Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI UDANG, SUNGAI UDANG POS, 76300 MELAKA.

Kod Sekolah : MBA 2027 Tel. : 06-3512164

Ruj. Kami : SKSUM.F.700-16/2/01 ( 2 ) Tarikh : 16 Januari 2012 Encik Abdul Razak Bin Manap, Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu, Jalan Bukit Rambai, 75250 Melaka. Tuan, JEMPUTAN SEBAGAI PENYAMPAI WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS DISIPLIN DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER, SKSU 2012. Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Buat makluman tuan, SK Sungai Udang, Melaka akan mengadakan Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Disiplin dan Pengawas Pusat Sumber SKSU, 2012 pada ketetapan seperti berikut:Tarikh Masa Tempat : 30 Januari 2012 (Isnin) : 8.00 pagi : Dataran Gemilang, SKSU (tapak perhimpunan sekolah)

3. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin menjemput tuan untuk merasmikan dan seterusnya menyampaikan watikah pelantikan pengawas 2012 seperti tarikh , masa dan tempat yang telah ditetapkan seperti di atas. Pihak kami juga berharap agar tuan dapat menyampaikan sedikit taklimat ringkas berhubung dengan disiplin dan peraturan sekolah serta tindakan yang boleh diambil terhadap kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid sekolah. 4. Bersama-sama ini dilampirkan aturcara program untuk rujukan dan tindakan tuan selanjutnya. Kerjasama dan perhatian tuan berhubung perkara tersebut amat dihargai. Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah,

(NORYATI BINTI CHEMAN) Guru Besar SK Sungai Udang, Melaka

ATURCARA PROGRAM PROGRAM PENYAMPAIAN WATIKAH DAN PELANTIKAN PENGAWAS DISIPLIN DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SKSU, 2012. TARIKH MASA TEMPAT MASA 7.40 pagi 7.45 pagi : 30 JANUARI 2012 (ISNIN) : 7.45 PAGI : DATARAN GEMILANG SKSU AGENDA - Semua murid Tahun 1 6 berkumpul di tapak perhimpunan - Nyanyian lagu patriotik 1. Negaraku 2. Melaka Maju Jaya 3. Sekolah Berjaya 4. Wawasan Pendidikan Melaka - Ikrar Sekolah - Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas - Ucapan Guru Besar - Perasmian dan taklimat ringkas disiplin murid Oleh : Encik Abdul Razak B. Manap Ketua Balai Bomba Tangga Batu - Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas 2012 Oleh : Encik Abdul Razak Bin Manap Ketua Balai Bomba Tangga Batu Bacaan Ikrar Bacaan Doa

7.55 pagi 8.00 pagi 8.10 pagi 8.15pagi

9.30 pagi

- Bersurai (murid masuk ke kelas)

Anda mungkin juga menyukai