Anda di halaman 1dari 23

Penghargaan Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.

T kerana dengan limpah dan kurniaNYA dapat juga saya menyiapkan tugasan yang telah diberikan ini walaupun pelbagai rintangan terpaksa ditempuhi dan perlu disiapkan dalam masa yang diberikan. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Hj. Mohamed Ayob Bin Hj. Sukani selaku pensyarah Subjek Sains Awal Kanak-kanak (ECS 2223) merangkap penasihat tugasan ini kerana membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya semasa proses menyiapkan tugasan ini. Bantuan beliau amat saya hargai walaupun beliau sentiasa sibuk dengan tugasnya sebagai pensyarah. Beliau yang tidak lokek ilmu sentiasa memberi pandangan kepada para pelajarnya agar dapat menyelesaikan tugasan ini dengan berjaya. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan. Ucapan terima kasih juga kami ucapkan kepada ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan dan mendoakan saya. Tidak lupa juga terima kasih saya ucapkan kepada teman-teman yang banyak membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu, memberi tunjuk ajar, dan semangat kepada saya semasa menyiapkan tugasan ini. Kerjasama dari teman-teman amat saya hargai kerana tanpa sokongan dan komitmen daripada teman-teman mungkin merumitkan lagi proses menyiapkan tugasan ini. Akhir kata dari kami, semoga penulisan saya ini dapat memuaskan hati semua pihak. Justeru itu saya juga berharap agar hasil tugasan yang kami lakukan ini dapat melahirkan bakal guru yang berkarisma dan bertoleransi. Jika ada salah silap dan terkasar bahasa, saya ingin menyusun sepuluh jari tanda memohon seribu kemaafan. Saya hanyalah insan biasa yang tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Harap dimaafkan. Sekian, Terima Kasih

Definisi Sains Awal

Umumnya, Sains boleh didefinisikan sebagai ilmu yang boleh menerang dan memahami sifat alam. Bidang sains mengandungi tiga aspek iaitu kognitif, konatif dan afektif. Menurut Joseph Abruscato (2000), sains adalah proses yang melibatkan kemahiran intelek dan manipulatif bagi mendapatkan maklumat berhubung alam semula jadi. Dengan kata lain,sains adalah pengetahuan yang diperolehi melalui aplikasi proses saintifik. Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh melalui pengalaman sains seharusnya dapat membantu kanak-kanak memahami dan mencorakkan alam sekeliling. Oleh itu, pendedahan awal dalam sains penting bagi membolehkan kanak-kanak membina rasa tanggunjawab dan prihatin serta rasa hormat pada alam sekitar. Interaksi positif yang dialami secara terus membantu peningkatan kanak-kanak dalam pembelajaran dan memperbaiki kualiti kehidupan dalam jangka masa panjang. Merujuk kepada pendidikan sains awal, ia menfokuskan dengan perkembangan deria/ sensori dan pemahaman dunia persekitaran. Bidang pembelajaran ini lebih dikenali sebagai pra-sains. Definisi Sains awal adalah subjektif iaitu sains adalah sesuatu yang dilakukan oleh kanak-kanak setiap hari apabila mereka bertanyakan soalan, memerhati serangga, membuat ketulan ais, menunggang basikal, mengasah pensel ataupun memasang lampu. Dengan kata lain, sains adalah sesuatu yang berkaitan dengan persekitaran yang mana ia akan mewujudkan perasaan ingin tahu kanak-kanak untuk meransang perkembangan kognitif dan deria mereka.
2

Menurut Johnston (1996), kanak-kanak pada umumnya bersifat ingin tahu atau inkuisitif. Kenyataan ini dibuktikan melalui soalan-soalan yang kerap kali ditanya dengan tujuan mendapatkan penjelasan dan kefahaman berhubung sesuatu yang menarik perhatian mereka. Soalan-soalan ini biasanya berkaitan dengan perkara yang dialami oleh kanak-kanak. Melalui proses ini, kanak-kanak akan cuba membina pengertian dan kefahaman berhubung dengan fonomena yang dialami. Proses Pendidikan Sains awal kanak-kanak pada peringkat awal menekankan konsep pembelajaran aktif. Justeru, aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah bercorak Hands-on yang mana ia dapat melibatkan kanak-kanak secara aktif melalui interaksi dengan bahan-bahan pembelajaran. Kanak-kanak belajar memahami sesuatu konsep dengan baik daripada pemerhatian, sentuhan, rasa dan manipulasi bahan bagi membina kefahaman saintifik. Pengetahuan sains awal yang diterapkan kepada kanak-kanak bermatlamat memberi pendekatan hands-on dalam pengajaran sains dengan memberi ruang dan peluang kanak-kanak membina kefahaman sendiri dengan bantuan guru. Harlan & Rivkin (1996), antara tujuan pendidikan sains adalah membantu meningkatkan perkembangan bahasa dan kemahiran kanak-kanak, memberi peluang kepada kanak-kanak mengkaji perhubungan kesan dan akibat, membantu kanak-kanak menguasai kemahiran berfikir secara kreatif, kritis, analitis dan sisitematik dalam membuat penakulan, membantu kanak-kanak membina dan menghayati sikap dan nilai murni.

Konsep Asas Sains Awal Kanak-Kanak

Sains merupakan pengetahuan yang diperoleh melalui aplikasi proses saintifik. Pengetahuan, kemahiran, dan nilai yang diperoleh melalui pengalaman sains seharusnya dapat membantu kanak-kanak memahami dan

membolehkan kanak-kanak membina rasa tangungjawab dan perihatin serta rasa hormat pada alam sekitar. Menurut Gene Holt (1979), mengikut kajian Noraini Tahir, Roszikin Zakaria, dan Zainab Zakaria (2007), sains adalah pemikiran dan perbuatan yang berlaku seiring pada kanak-kanak. Sains merupakan perkara yang ,menghairankan, menakjubkan dan menimbulkan rasa ingin tahu dan keinginan untuk meneroka. Terdapat empat konsep asas iaitu pemerhatian, pengelasan, kesimpulan dan komunikasi. Melalui pemerhatian kanak-kanak dapat melihat dan memerhati dua perkara yang berbeza. Pemerhatian melibatkan proses mental dan kadang kala melibatkan pengunaan lebih dari satu deria. Kanak-kanak perlu diberikan panduan dan pengalaman bagi membuat satu perhatian dengan mengalakkan mereka melihat dengan penuh teliti sesuatu peristiwa, tindakan atau maklumat. Pemerhatian bukan sekadar pada input visual, tetapi ia juga melibatkan deria yang lain seperti mendengar, menghidu, merasa, dan menyentuh.

Semasa melakukan pemerhatian, kanak-kanak belajar untuk menggunakan semula deria yang ada seperti melihat, mendengar,menghidu, merasa dan sentuhan. Menurut Forman & Kuschner (1977), dalam kajian Noraini Tahir, Roszikin Zakaria, dan Zainab Zakaria (2007), menerangkan bahawa beliau mencadangkan empat peringkat yang perlu diikuti oleh kanak-kanak dalam melakukan pemerhatian iaitu mengenal pasti bahagian-bahagian benda dan objek, melihat sesuatu benda dari pelbagai sudut, membandingkan benda yang dilihat dengan benda lain, dan mengantikan benda dengan fungsinya mata untuk melihat. Konsep asas yang seterusnya adalah pengelasan, mengelas merupakan suatu proses kemahiran asas dalam menyusun sesuatu maklumat. Dalam mengelas objek atau maklumat, kanak-kanak akan membuat perbandingan mengenai perbezaan dan persamaan sesuatu objek. Pada peringkat prasekolah kanak-kanak berkebolehan melakukan pengkelasan berdasarkan warna, bentuk, saiz dan fungsi. Kanak-kanak yang lebih besar dapat mengelaskan bedasarkan pelbagai ciri. Melalui pengelasan kanak-kanak bukan sahaja memerhati, tetapi berfikir. Sebelum ke sekolah kanak-kanak sering terlibat dengan peluang pengelasan dan pemarhatian melalui sekelilingnya. Kanak-kanak boleh melakukan aktiviti seperti biji benih yang pelbagai saiz dan bentuk, jenis serangga, bersayap atau tidak bersayap, binatang liar atau jinak, blok yang pelbagai warna, saiz dan bentuk, manik, dan alatan dibilik darjah.erusnya konsep asas yang ketiga adalah kesimpulan, ianya melibatkan cadangan huraian, sebab, atau akibat pada peristiwa lepas. Kesimpulan memerlukan kanak-kanak berfikir dan member sebab mengenai apa yang berlaku. Berbeza dengan ramalan yang melibatkan sesuatu yanag mungkin belaku pada masa akan dating. Kesimpulan menyemai hipotisis kerana melibatkan pertimbangan dan penilaian dan
5

ia tidak selalunya benar. Kanak-kanak yang sedang melakukan pemerhatian , minta mereka membuat pertimbangan, hipotesis atau kesimpulan mengenai pemerhatian yang dilakukan. Konsep asas yang terakhir adalah komunikasi, ianya merupakan suatu proses kemahiran asas yang penting. Kanak-kanak digalakkan berkongsi permehatian dan data yang dikutip melalui pelbagai cara. Komunikasi berlaku melalui pembantangan hasil pemerhatian dan dapatan melalui rekod bergambar, carta dan graf mudah. Kanak-kanak juga boleh menulis cerita dan melukis gambar untuk berkongsi maklumat. Proses komunikasi penting bagi membolehkan kanak-kanak memahami bagaimana pengaetahuan sains dapat dikongsi dan diperoleh. Kanak-kanak digalakkan untuk menyatakan apa dan bagaimana mereka melakukan pemerhatian, ramalan atau pengelasan dalam melahirkan pemikiran mereka sendiri dalam bentuk pertuturan bagi membina kemahiran interaksi sosial.

Teori Pembelajaran Dalam Perkembangan Sains Awal Kanak-Kanak

Lev Vygotsky (1896-1934) adalah seorang ahli psikologi berbangsa Rusia dan bidang beliau adalah dalam kesusasteraan dan bahasa. Idea-idea beliau terutama sekali berkenaan pembelajaran dalam konteks sosial lewat diterima oleh ahli-ahli psikologi barat kerana karyanya dalam bahasa Rusia menghadapi masalah alih bahasa. Oleh itu, teori tidak dapat disebarkan lebih awal lagi. Pengaruh beliau dalam bidang psikologi di Amarika semakin meningkat dalam 20 tahun kebelakangan ini dan idea-ideanya banyak diasimilasikan oleh ahli-ahli psikologi pendidikan.
6

Teori Vygotsky mewakili perkembangan manusia daripada segi budaya dan sejarahnya. Factor-faktor yang berpegaruh dalam pembentukan bagaimana seseorang individu itu berfikir adalah berdasarkan sejarah masyarakatnya dan pengalamannya dalam masyarakat itu. Beliau membezakan fungsi mental peringkat rendah seperti persepsi ringkas, memori dan penemuan iaitu ditentukan secara biologi atau semula jadi daripada fungsi budaya-psikologi peringkat tinggi. Penggunaan alat-alat psikologi seperti lambang dan simbol ataupun sistem lambing simbol seperti gerak-geri, bahasa, sistem lambang matematik dan teknik mnemonik yang dating daripada luar seseorang individu membolehkan perkembangan psikologi peringkat tinggi berlaku. Ianya datang daripada budaya sekeliling dan dipindahkan melalui interaksi dengan orang-orang lain yang sudah memilikinya dan akhirnya penerima itu dapat menginternalisasikan perkara itu. Vygotsky (1978) menyatakan, setiap fungsi dalam perkembangan budaya kanak-kanak muncul dua kali iaitu yang pertama pada aras sosial dan kemudian pada aras individu, bermula antara manusia (intrapsikologi) dan kemudian dalam diri kanak-kanak (intrapsikologi). Perkara ini merujik pada penumpuan secara sukarela, ingatan logik dan pembentukan konsep. Aspek kedua berkenaan teori perkembangan sosial oleh Vygotsky adalah

berkenaan dengan apa yang diperkatakan sebagai zon perkembangaan terdekat ataupun zone of proximal development. Menurutnya lagi, sebenarnya terdapat dua paras atau tahap perkembanagan kognitif. Yang pertama adalah paras yang dicapai oleh seseorang apabila dia berfungsi secara bersendiri yang dinamakan

perkembangan sebenar atau actual development dan paras yang lebih tinggi adalah paras yang seseorang itu berpotensi mencapai atau potential development apabila
7

mendapat bimbingan daripada pihat yang berkebolehan. Jarak ini dikenali sebagai zone of proximal development. Vygotsky melihat pembelajaran sebagai proses yang melibatkan interaksi sosial yang mendorong seseorang mendekati zon perkembangan terdekatnya (ZPD). Proses perkembangan baru tercetus dan diamalkan sehingga dapat

diinternalisasikan olehnya sehingga menjadi amalanya sendiri. Perkembangan terdekat ini boleh dilihat sebagai satu paras yang melepasi paras di mana beliau mempercayai dapat berfungsi secara sendiri. Kemahiran Proses Sains Melalui kajian yang dilakukan oleh Prof. Madya Dr. Zuraida Ismail, Dr. Sharifah Norhaidah Syed Idros, dan Maznah Ali ( 2003), kemahiran proses sains adalah kemahiran yang digunakan oleh para saintis bagi mengkaji fenomena dan

menyelesaikan masalah. Proses ini meliputi kaedah atau cara mencari penerangan yang rasional berhubung fenomena dalam alam semula jadi. Proses sains mengikut Gagne (1963) adalah inkuiri saintifik. Ia adalah kemahiran intelektual yang diitlakkan dan perlu bagi mempelajari konsep dan prinsip yang digunakan bagi membuat inferens secara induktif. Kemahiran ini adalah progresif dan berhieraki, setiap satu menjadi landasan kepada kemahiran berikutnya dan saling bertindih. Keupayaan menggunakan setiap proses sains peringkat tinggi bergantung pada kemampuan menguasai kemahiran proses sains yang lebih mudah. Ciri-ciri utama bagi proses sains ialah setiap proses sains adalah tingkah laku yang dapat dipelajari dan dikuasai kanak-kanak, setiap proses melibatkan kemahiran intelek spesifik dan boleh digunakan bagi memahami fonomena, dan proses sains

dapat digunakan dalam mempelajari isi kandungan sains dan menyumbang ke arah pembangunan pemikiran rasional. Antara strategi yang dicadangkan oleh National Science Education Standards (lind,200) bagi melibatkan kanak-kanak secara aktif dalam pencarian pengetahuan adalah bertanyakan soalan berhubung objek, organisma, dan fenomena yang terdapat dalam alam sekitar. Kanak-kanak seharusnya di galakkan mencari jawapan melalui pemerhatian dan penyiasatan, merangcang dan melaksanakan eksperimen ringkas. Pada peringkat awal kanak-kanak, eksperimen diasaskan pada

pemerhatian. Apabila kebolehan meningkat, mereka boleh mencadangkan dan melakukan eksperimen mudah bagi menjawab persoalan mereka, mengunakan alatalat dan radas yanag mudah bagi mengumpul data dan menfaatkan sepenuhnya lima deria yang ada. Kemahiran asas yang mudah seperti membuat pemerhatian, mengukur,menggunting, atau memotong, menuang, memegang, dengan

menggunakan alat-alat yang sesuai seperti kayu ukur, gunting, alat penimbang dan mikroskop perlu didedahkan dari awal lagi, menggunakan data bagi mencadangkan penjelasan yang logikal. Dalam inkuiri, pemikiran kanak-kanak ditegaskan, dan penjelasan yang dijana daripada data yang dikumpulkan melalui pemerhatian, pengukuran dan bacaan perlu dihebahkan dan dibincangkan bersama dengan guru dan rakan-rakan. Memerhati Pemerhatian adalah menggunakan semua atau sebanyak mungkin deria yang ada iaitu penglihatan, pendengaran, sentuhan rasa, ataupun bau bagi mengumpul maklumat berhubung objek atau fenomena. Ada empat peringkat yang perlu diikuti oleh kanak-kanak dalam membuat pemerhatian iaitu, mengenal pasti bahagian9

bahagian bahan atau objek, melihat objek daripada pelbagai sudut ataupun perspektif, membandingkan dan membezakan bahan atau objek yang dikaji dengan bahan lain, dan mengaitkan struktur objek atau bahan dengan fungsinya. Kanak-kanak melihat objek bagi mengenal pasti saiz, bentuk dan warna. Kanak-kanak mendengar bagi menantukan sama ada bunyi kuat ataupun perlahan, tinggi ataupun rendah dan juga rentaknya. Merasa makanan member kefahaman bagi berhubung konsep masam, manis, pahit dan masin yang digunakan bagi menerangkan berhubung makanan. Bau mengajar kanak-kanak membezakan dan mengaitkan bau busuk atau wangi. Guru bertanggungjawab menyediakan persekitaran yang kaya dengan pengalaman pembelajaran. Guru dapat meningkatkan pengalaman menjadi lebih bermakna. Sebagai guru, perlulah membimbaing kanak-kanak member tumpuan pada aspek-aspek tertentu dan melalui soal jawab membimbing murid membina pengetahuan yang diperlukan. Perbincangan atau interaksi lisan guru-murid penting dalam perkembangan bahasa dan konsep kanak-kanak. Mengelas Melalui pengelasan, kanak-kanak bukan sahaja perlu membuat pemerhatian, tetapi mereka juga perlu berfikir (Micklo, 1995). Dalam Al-Quran, terdapat banyak ayat yanag meyaranakan kita sentiasa memerhati dan berfikir. Sememangnya terdapat kelebihan bagi orang yang sentiasa berfikir berhubung perkara-perkara yang diperhatikan. Banyak penemuan sains bermula dengan pemerhatian dan hasil pemerhatian itu membuahkan penjelasan bagi fenomena yang diperhatikan. Kanakkanak selalunya mempunyai banyak peluang memerhati dan mengelas benda-benda yang terdapat di sekelilingnya. Pengelasan benda-benda ini dapat dilakukan
10

mengikut ciri-ciri yang jelas diperhatikan seperti saiz yang kecil, besar ataupun sedarhana, tekstur yang licin ataupun kasar, nipis ataupun tebal, sejuk ataupun panas. Contohnya, kanak-kanak dapat mengelas biji benih mengikut saiz,bentuk dan warna, mengelas serangga mengikut jenis bersayap ataupun tidak. Mengukur Dan Menggunakan Nombor Kemahiran ini memerlukan kanak-kanak membuat pemerhatian secara kuantitif. Pengukuran dalam sains membuatkan pemerhatian lebih jitu. Kanak-kanak perlu mengiuasai konsep nombor bagi membolehkan mereka member kuantiti kepada pemerhatian yang dilakukan. Sebagai contoh, membilang kelopak bunga, kawankawan dalam kelas, bilanagan kanak-kanak lelaki dan perempuan dan lain-lain. Jarak boleh diukur dengan menggunakan kayu ukuran tanpa unit, benang ataupun tapak tangan. Kanak-kanak Cuma mengira bilangan unit dalam pengukuran yang dilakukan. Apa yang ditekankan adalah keupayaan kanak-kanak menyatakan pemerhatian mereka dalam bentuk kuantiti. Sistem pengukuran piawai boleh diperkenalkan selepas murid faham konsep pengukuran. Guru juga boleh menggunakan bahan-bahan buangan seperti botol ubat dan bekas makanan segeraataupun bekas bekas kosong lain yang sesuai bagi aktiviti yang melibatkan pengukuran. Membuat Inferens Kemahiran ini merujuk pada keupayaan kanak-kanak membuat kesimpulan awal bagi menerangan perhatian mereka. Kesimpulan awal ini, mungkun betul ataupun tidak. Inferens dibuat berdasarkan data atau maklumat yang diperoleh daripada

11

pemerhatian dan juga pengalaman lalu. Inferens yang dibuat boleh diubahsuai bagi mengambil kira maklumat baru. Kanak-kanak biasanya dapat menerangkan pemerhatian mereka. Contohnya, kanak-kanak ditunjukan satu bekas mengandungi cecair tak berwarna. Kanak-kanak membuat inferens bahawa cecair adalah air. Kanak-kanak seharusnya dibantu membezakan semasa pemerhatian-

pemarhatian dan membuat inferens. Sesuatu yang diperhatikan adalah sama tetapi penjelasan pada pemerhatian berbeza mengikut tanggapan kanak-kanak yang sememangnya berbeza. Kesimpulan dibuat dengan memilih penjelasan yang dirasakan paling munasabah bagi menerangkan pemerhatian. Kanak-kanak boleh dibantu membuat inferens dengan merujuk data-data yang dikumpulkan kerana perbincangan adalah berdasarkan pada maklumat yang konkrit. Kanak-kanak dapat melihat corak dan pola perhubungan yang terdapat dalam data yang dipamerkan. Ramalan Kanak-kanak mengharapkan dapat membuat perbandingan dan jangkaan berhubung sesuatu peristiwa bedasarkan pemerhatian yang lalu ataupun data yang boleh dipercayai. Kanak-kanak sering membuat ramalan apabila berinteraksi dengan bahan-bahan. Ketepatan ramalan yang dibuat oleh kanak-kanak bergantung pada pengalaman silam dan setakat mana mereka dapat mengaitkannya dengan pesekitaran yang ada. Semakin banyak maklumat yang ada pada kanak-kanak semakin baik dan tepat ramalan yang dapat mereka buat. Berkomunikasi

12

Berkomunikasi merujik kepada keupayaan kanak-kanak mengemukakan idea dalam pelbagai bentuk seperti lisan, tulisan ataupun lukisan. Kanak-kanak dapat membina kemahiran berkomunikasi apabila mereka menerangkan objek atau bahan yanag dikaji dengan terpeinci. Pengelasan dianggap lengkap apabila kanak-kanak lain dapat mengenal pasti objek atau bahan yang diterangkan. Melalui interaksi dengan bahan pembelajaran, kanak-kanak seharusnya digalakkan menyatakan apa yang dirasai, apa yang dapat dilakukan dengan bahan dan apa saja yang berkaitan dengan bahan yanag sedang dikaji. Berkomunikasi boleh dalam bentuk lisan, melukis, mewarna, menari, ataupun pergerakan lain yang sesuai dengan tajuk ataupun bahan yang dipelajari. Kemahiran ini penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh dalam pelbagai bentuk bergantung pada bahan yang dipelajari. Dalam sians, bercakap dan mendegar membantu kanak-kanak mempelajari dan memahami konsep-konsep sains. Kanak-kanak seharusnya digalakkan menerangkan

pemerhatian mereka kepada rakan-rakan kelas, membuat inferens dan klasifikasi agar pembelajaran yang seharusnya diperoleh melalui aktiviti yang dilakukan menjadi lebih jelas dan meningkatkan kemahiran berfikir serta kemahiran interaksi sosial. Pendekatan Pengajaran

Mengajar sains pada peringkat prasekolah memerlukan pendekatan yang berbeza daripada yang digunakan pada peringkat rendah ataupun menengah. Pengajaran dalam sains melibatkan kedua-dua proses dan isi kandungan atau konsep-konsep sains. Mempelajari sains bukan dengan menghafal maklumat semata-mata. Pada
13

peringkat awal, tumpuan dalam pendidikan sains adalah lebih pada komponen proses. Komponen ini member fokus ke atas cara yang digunakan bagi mendapatkan pengetahuan saintifik. Justeru, kanak-kanak perlukan pengalaman yang membolehkan mereka mengumpul, menyusun, dan menilai pengetahuan sains. (McAnarny, 1980) Sains bagi kanak-akank melibatkan mereka secara aktif dalam aktiviti-aktiviti penerokaan dan penyiasatan. Konsep-konsep dan idea-idea sains pada peringkat ini disampaikan melalui aktiviti-aktiviti hans-on yang mengembirakan. Aktiviti-aktiviti pembelajaran ini membolehkan kanak-kanak meneroka, membuat penemuan dan membina

kesedaran berhubung alam disekeliling mereka serta fenomena, semula jadi. Sains bagi mereka termasuklah melihat pegerakan haiwan dan tumbuhan, air dan pasir, bermain dengan blok binaan, dan melihat pergerakan kereta permainan dan putaran roda, membuat eksperimen, mencuba dan menanyakan soalan. Kanak-kanak memulakan penerokaan dengan membuat penerapan yang mungkin mencetuskan tekaan saintifik dan membuat ramalan, seterusnya merekodkan pemerhatian yanag dilakukan. Terdapat pelbagai aktiviti yang dapat guru lakukan bagi menjana minat dan membantu murid memahami konsep-konsep asas dalam sains. Antara aktiviti-aktiviti sains yang menarik adalah seperti mengkaji gunung berapi, melihat kismis tengelam timbul, membina terrarium dan aquarium, mengkaji haiwan yang terdapat di sekitar kawasan seperti cacing, rama-rama, semut dan lipas, bermain air dan pasir serta meneroka dengan menggunakan deria rasa, sentuhan, bau, pendegaran, dan penglihatan. Aktiviti memasak membantu kanak-kanak mempelajari berhubung makanan dan melihat perubahan yang berlaku dalam keadaan tertentu (Cobb, 1979) serta berlatih kemahiran mengukur. Perkara yang perlu kanak-kanak sedari adalah
14

buku dan bahan-bahan bacaan adalah sumber utama mendapatkan makluamat tambahan berhubung perkara yang ingin dikaji. Pada peringkat awal, guru boleh membaca kepada kanak-kanak buku mengenai topik kajian. Penguasaan konsep berlaku dengan binaan kefahaman secara peribadi dan bukan dengan pengajaran atau penyampaian fakta dan makluamt oleh guru. Mereka perlu membina penjelasan bagi fenomena yang diperhatikan ataupun akibat daripada manipulasi dalam eksprimen yang dilakukan. Semasa kanak-kanak menjalankan aktiviti, guru boleh mengemukakan soalan yang dapat mencetuskan soalan ataupun menentukan arah aktiviti selanjutnya. Pengajaran yanag bermakna dan berkesan mengalakkan penerokaan pemikiran altenatif, kepelbagaian

penyelesaian ataupun jawapan yang kreatif. Dengan merancang aktiviti yang dapat dilakukan oleh kanak-kanak, guru dapat mengalakkan perkembanagan kemahiran berfikir dan menggunakan taakulan saintifik. Penerokaan saintifik juga mengalakkan perkembanagan kemahiran penyelesaian masalah, mengenal pasti kesan dan akibat serta menyusun dan mengelas maklumat yanag terdapat di sekitar kehidupan kanakkanak. Satu cara berkesan menggalakan kanak-kanak berfikir dangan member fokus pada idea yang dipelajari melalui perbincangan. Setiap aktiviti yang dilakukan bersama kanak-kanak perlu ada sesi perbincangan sama ada sebelum, semasa atau selepas aktiviti selesai. Kanak-kanak perlu digalakkan bercakap dan menceritakan semula pengalaman mereka. Melalui cara ini, mereka dilatih membina dan menjana idea dan pemikiran, membentuk konsep serta meneliti perhubungan antara idea. Kayu ukur dalam menetukan perbincangan yanag baik adalah sejauh mana kanakkanak itu diransang berfikir dan bukan sebanyak mana yanag diterangakan oleh guru.
15

Pengajaran boleh dilakukan mengikut langkah-langkah yang merangkumi penerokaan, membentuk soalan dan mencari jawapan melalui aktiviti penyiasatan dan penerokaan. Masa bagi setiap langkah tidak ditetapkan dan bergantung paa minat kanak-kanak dan guru. Contohnya, perbincangan konsep udara mungkin mengambil masa tiga minggu. Tiga hari pertama digunakan untuk meneroka konsep udara daripada pelbagai perspektif, dua hari membantu kanak-kanak membentuk soalan bagi kajian dan penerokaan lanjutan dan satu minggu ataupun lebih bagi menjalankan aktiviti penyiasatan termasuk eksperimen. Kanak-kanak boleh member sumbangan idea semasa sesi perbincangan dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang menarik minat mereka. Pengajaran dan pembelajaran sains tidak semestinya terikat dengan peralatan yang canggih. Guru-guru mengumpul bahan-bahan buangan seperti bekas-bekas plastik, majalah dan akhbar lama bagi digunakan dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang. Bayak bahan yang dapat diperoleh sama ada dengan percuma ataupun dengan harga yang murah bagi menjayakan pelajaran sains. Benda-benda hidup mahupun bukan hidup yang terdapat di sekeliling dan dalam kehidupan seharian dapat dijadikan bahan bagi pembelajaran sains. Satu perkara yang perlu diberi perhatian semasa merancang aktiviti adalah aspek keselamatan. Perkara ini penting, apabila guru merancang lawatan atau kajian luar dan semasa mengedalikan specimen hidup ataupun berbahaya.

Strategi Pengajaran Sains

16

Bagi mendapatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran sains pelbagai kaedah boleh digunakan. Antara kaedah yang terdapat dalam pengajaran sains adalah penyediaan meja atau sudut sains di dalam kelas, sediakan kotak sains mudah alih, merancang pembelajaran dalam kelas, aktiviti di sekitar kelas dan luar kelas, menghubung jalin dengan komponen pembelajaran lain, pengalaman pembelajaran yang sepontan, rancangan penggunaan bahan yang selamat, dan merancang lawatan. Kaedah penyediaan meja atau sudut sains di dalam kelas adalah sesuatu sedut yang perlu mempunyai identity dan menarik. Guru perlu menyediakan papan kenyataan untuk menampal maklumat, hasil kerja dan bahan berkaitan sains. Di sutu juga boleh diletakan buku berkaitan sains. Melalui sudut tersebut, boleh diletakkan buku berkaitan, batu, kulit siput, kanta dan sebagainya. Sekiranya mempunyai akuarium atau terrarium letakkan di tempat selamat tetapi jelas dilihat. Penyusunan dan penggunaan yang fleksibel akan menjadikan sudut itu menarik minat kanakkanak. Selain daripada itu guru sentiasa menukar ganti bahan pameran di sudut berkaitan. Sekali-kala sediakan bahan surprise yang boleh membuatkan kanakkanak sentiasa tertanya-tanya. Sediakan kotak sains mudah alih, kotak sains mudah alih boleh disediakan bagi kegunaan aktiviti di dalam atau di luar kelas. Ia boleh dibawa semasa lawatan. Kotak ini asasnya mengandungi kanta pembesar, pita pengukur, gunting, plastik, botol atau bekas, tali, sudip tanah, kertas dan pensil. Rancang pembelajaran di dalam kelas, aktiviti sains dalam kelas boleh melibatkan aktiviti memasak melibatkan merasa makanan, masak nasi, dan agaragar. Membancuh warna, percambahan, dan membuat pelangi. Memerhati kesan
17

magnet, litar elektrik, bahan larut, dan tidak larut, dan tenggelam timbul. Membincang fakta atau pengetahuan baru seperti tiga kumpulan makanan atau membincang kitaran dan habitat haiwan. Bercerita seperti The Very hungry caterpillar atau sehelai daun nagka. Mengendalikan projek kelas seperti projek percambahan, hidroponik, tanam setawar atau memelihara haiwan kesayangan. Memerhati aksi pokok ditiup angin atau pergerakan haiwan. Pemerhatian sesuatu proses seperti roti berkulat, membuat kek perhatikan mentega dan gula jadi aduan. Seterusnya aktiviti di sekitar kelas dan luar kelas, salah satu aktiviti luar kelas adalah lawatan. Lawatan dapat memberikan kanak-kanak first hand experience. Merupakan satu kaedah pembelajaran yang berkesan. Aktiviti yang dijalankan di luar kelas boleh disambung di dalam kelas. Antara aktivitinya adalah seperti melihat habitat pelbagai jenis haiwan, mengumpul benda hidup dan mati, mengukur bayangbayang dan lawatan ke zoo. Aktiviti boleh dipelbagaikan mengikut dan bergantung kepada lokasi prasekolah. Menggabung jalin dengan komponen pembelajaran lain, pengajaran dan pembelajaran sains perlu digabung dan diintegrasikan dengan pembelajaran lain. Salah satu strategi bagi mencapai pembelajaran dengan aktiviti kelas yang lain adalah melalui pengajaran bertema. Pengajaran berteman menjuruskan topik spesifik dan diajar dengan lebih sistematik. Melalui pemilihan tajuk aktiviti yang berkaitan dengan tema adalah memilih tajuk yang menarik. Tajuk yang menarik biasanya adalah sesuatu yang bersesuaian dengan budaya dan persekitaran. Berdasarkan pengendalian aktiviti tersebut, guru boleh merancang pembelajaran dalam kumpulan kecil, kelas atau individu. Membiarkan pengalaman sains berlaku mengikut minat kanak-kanak.
18

Pengalaman pembelajaran yang sepontan, pembelajaran iniadalah aktiviti yang tidak dirancang, tetapi berlaku secara sepontan. Contohnya, kanak-kanak menangkap belalang sebelum masuk kelas. Topik belalang boleh dibawa kepada perbincangan show and tell. Pengalaman saians di peringkat awal kanak-kanak adalah pengalaman meneroka dan mendapat soalan terhadap kejadian yang berlaku di sekitarnya. Pengalaman ini haruslah membawa kepada perasaan gembira dan kepuasan pada kanak-kanak.

Rangcangan Pengajaran Harian

Kelas Tarikh Masa Bilangan Murid Modul (asas/bertema) Tema / tajuk Tunjang Utama Standard Kandungan

: : : : : : : :

Prasekolah Dahlia 19.10.2011 (Selasa) 10.00 pagi 10.30 pagi (30 minit) 25 orang (13 L & 12 P) Bertema Alam Sekitar/ Kejadian Gunung Berapi Sains Dan Teknologi (ST 5.1) Meneroka fenomena alam iaitu letusan gunung berapi.

Standard Pembelajaran

(ST 5.1.4) Menjalankan aktiviti membentuk letusan gunung berapi

Kesatuan Tunjang

(PM 9.1.3) Berani melibatkan diri dalam

19

aktiviti. Objektif pembelajaran : Pada akhir pengajaran murid akan dapat : 1. Mengetahui bagaimanana terjadinya letusan gunung berapi. 2. Mengetahui kesan yang ditinggalkan setelah berlakunya letusan gunung berapi. Pengetahuan sedia ada : Kanak kanak pernah melihat letusan gunung berapi di televisyen. Kemahiran berfikir : menjana idea, menghubung kait, membanding beza penerapan Nilai : Menghargai alam sekitar. Mengetahui kejadian alam semesta Bbantuan Bantu Mengajar : Model binaan gunung berapi, cuka, baking , pewarna, pencuci pinggan. Focus MI/KB Kosa Kata : : kepekaan terhadap alam sekitar. model, letupan

20

Langkah/masa Isi Kandungan Set Induksi Model (5 minit) Gunung Berapi

Aktiviti

Catatan/Bahan

Murid-murid memerhatikan guru masuk ke kelas bersama Model gunung berapi. Guru bersoal jawab dengan murid. Contoh soalan: 1.Apakah benda ini? (gunung) 2.Siapa pernah mendaki gunung? 3.Apa warna gunung? Guru memperkenalkan tema minggu ini.

Model Gunung Berapi Bimbingan Guru

Langkah 1 (10 minit)

proses gunung berapi meletup

Muridmurid ditunjukkan gambar-gambar kejadian gunung berapi. Murid-murid memerhati dan bersoal jawab dengan guru. Contoh soalan: 1.Mengapa gunung berapi berlaku? 2.Bagaimana terjadinya letusan gunung berapi?

Gambar gunung berapi Bimbingan guru

Demonstrasi Langkah 2 (10 minit) letupan gunung Guru memperkenalkan bahan berapi atau alatan untuk menghasilkan 21 letupan gunung berapi. Murid-murid memerhatikan

Model gunung berapi. 1. Cuka 2. Pewarna

Refleksi Guru Pelatih

Ulasan Pensyarah / Guru Pembimbing :

Rujukan
22

Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad, 2004. Panduan Kurikulum Prasekolah. PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd. Bentong, Pahang. Noraini Tahir, Roszikin Zakaria, & Zainab Zakaria, (2007). Perkembangan Kognitif Dan pembelajaran Kanak-kanak.Open Universiti Malaysia (OUM). Kuala Lumpur. Zuraida Ismail, Sharifah Norhaidah Syed Idros, & Maznah Ali, 2008. Pendidikan Sains Prasekolah. PTS Publication & Distributors Sdn.Bhd. Batu Cave. Rohani Abdullah & Nani Menon, 2004. Panduan Kognitif kanak-kanak Prasekolah . PTS Publication & Distributors Sdn.Bhd. Bentong, Pahang. Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010. Kurikulum Standard Prasekolah

Kebangsaan.

23