Anda di halaman 1dari 20

Pemakanan Dan Kalori Makanan

Pendahuluan Makanan adalah sesuatu yang amat penting bagi sesuatu benda hidup. Tidak

terkecuali manusia. Ini adalahh kerana makanan yang dimakan akan membekalkan kepada kita tenaga. Tenaga ini dihasilkan apabila makanan yang kita makan dioksidakan oleh oksigen yang diperolehi semasa proses respirasi sel. Secara umumnya

Respirasi Glukosa + Oksigen Tenaga + Karbon Dioksida + Air

Tenaga yang di peolehi daripada ini iah yang dapat kita gunakan untuk a. Memberi haba kepada badan b. Menjalankan tindakbalas kimia dalam badan c. Menggerakkan otot d. Menghasillkan suara untuk komunikasi

Secara umumnya, setiap makanan yang diimakan telah dikelaskan kepada beberapa jenis iaitu karbohidrat, protein,lemak, mineral, vitamin dan air. Setiap kelas makanan ini mempunyai fungsi yang berlainan. Karboohidrat , contohnya adalah merupakan sumber tenaga yang utama bagi badan. Apabila ianya diambil secara berlebihan oleh badan maka ianya akan ditukarkan kepada lemak dan disimpan dalam tisu tisu adipos seperti dibahagian punggung dan dada manusia.

Lemak dan protein juga dapat membekalkan tenaga kepada manusia. Malah lemak dapat membekalkan tenaga dua kali ganda banyaknya berbanding dengan karbohidrat. Protein pula akan membekalkan asid amino yang diperlukan untuk membina sel-sel baru serta menbaiki tisu-tisu dalam badan. Protein hanya menjadi sumber tenaga apabila badan kekurangan tenaga dalam bentuk karbohidrat dan lemak.

Mineral, vitamin dan air juga tidak kurang pentingnya. Ia juga amat diperlukan oleh badan agar ianya boleh melakukan fungsi lain kepada badan seperti ferum yang diperlukan oleh badan untuk pembentukkan hemoglobin, vitamin C untuk mencegah

penyakit skurvi. Air pula adalah penting untuk semua tindakbalas kimia yang berlaku dalam badan, mengangkut makanan tercerna dan bahan buangan serta hormon.

Nilai Kalori Dalam Kelas Makanan

Sepertimana menghasilkan

yang tenaga.

diketahui Tenaga

bahawa yang

setiap

makanan boleh ukur

yang atau

dimakan disukat

akan dengan

dihasilkan

mengunakan peralatan tertentu. Unit yang biasa digunakan untuk menyukat tenaga dalam makanan ialah Kalori. Satu kalori tenaga dapat menaikkan suhu satu gram air sebanyak 10C dimana 1000 kalori adalah bersamaan dengan 1 kilokalori (1000 kalori = 1 kilokalori ). Selain dari itu juga tenaga disukat dalam unit Joule iaitu 1000Joule(J) = 1 Kilojoule (KJ)

1 Kilokalori = 4.2 kilojoule

Nilai kalori makanan pula adalah jumlah tenaga yang terbebas daripada makanan apabila dibakar atau dioksidakan secara lengkap. Ini dapat dilakukan dengan menggunakan alat yang dipanggil calorimeter bom seperti dalam rajar dibawah.

Dengan menggunakan alat ini, nilai kalori sesuatu makanan dapat ditentukan. Nilai kalori untuk pelbagai kelas makanan adalah seperti berikut:

a. Lemak b. Protein c. Karbohidrat

= 38.5 kilojoule/gram = 22.2 kilojoule/gram = 17.2 kilajoule/gram

Perlu diingat bahawa vitamin dan mineral tidak membekalkan tenaga.

Keperluan Kalori

Keperluan kalori bagi seseorang dalah berbeza diantara seorang individu dengan individu yang lain. Ini adalah disebabkan oleh beberepa factor. Diantaranya ialah: a. b. c. d. e. Jantina Saiz Badan Umur Aktiviti Fizikal Iklim

a.Jantina Jantina memainkan peranan penting dalaam penggunaan nilai kalori. Jika dibandingkan dengan perempuan yang sama umur dan saiz, orang lelaki biasanya menggunakan tenaga yang lebih banyak. Ini adalah disebabkan oleh: 1. Lelaki lebih aktif daripada perempuan 2. Lelaki mempunyai kurang lemak berbanding dengan perempuan didalam badannya.. Ini menyebabkan lebih banyak haba yang hilang ke permukaan.

Perbandingan penggunaan tenaga seperti dalam jadual dibawah. Bil 1 2 Penggunaan Tenaga(Kj/m) Tidur Berdiri

diantara

lelaki

dan

perempuan

adalah

Lelaki 4.2 8.4

Perempuan 3.8 6.3

3 4

Duduk Berjalan

6.3 21.0

5.0 16.8

b. Saiz Badan Individu yang mempunyai saiz badan yang besar memerlukan lebih banyak tenaga untuk menjalankan metabolism asas. Metabolisma asas aalah merupakan peoses - proses hidup yang berlaku dalam badan semasa kita berehat atau tidur.

c.Umur

Jantung Bayi berdenyut lebih daripada 100 kali salam seminit, manakala bagi jantung bagi orang dewasa pula ianya berdenyut kira-kira 72 kali dalam seminit. Ini adalah kerana kadar metabolism asas pada seorang bayi lebih tinggi berbanding dengan orang dewasa. Secara umumnya orang yang lebih muda akan menggunakan tenaga yang lebih banyak daripada orang dewasa atau tua. Orang yang lebih muda biasanya lebih aktif daripada orang yang lebih tua, ini menyebabkan mereka lebih memerlukaqn tenaga yang lebih banyak berbanding orang tua.

Bil 1 2 3 4 5

Peringkat Umur 1- 5 tahun 6 11 tahun 12 13 tahun 13 15 tahun 16 - 20 tahun

Keperluan Tenaga (Kilojoule) 5100 8000 11000 14000 12000

d. Aktiviti Fizikal Seseorang yang aktif akan memerlukan lebih banyak tenaga berbanding dengan orang yang tidak aktif. Ini juga berkaitan dengan kerja. Seseorang yang melakukan kerja berat seperti buruh memerlukan tenaga yang banyak agar semua aktiviti dapat dilakukan dengan berkesan. Orang yang melakukan kerja yang ringan seperti pekerja kilang pula hanya memerlukan tenaga yang lebih kecil berbanding dengan seorang buruh tadi.

Bil

Aktiviti Fizikal

Keperluan Tenaga (kilojoule) 10000 13000 21000 24000 10000 13000 1000

1 2 3 4 5 6 7

Kerja ringan Kerja sederhana berat Kerja Berat Kerja terlalu berat Ibu yang mengandung Ibu Menyusukan anak Aktiviti seks

e. Iklim Dinegara yang sejuk , lebih banyak tenaga haba yang hilang daripada individu ke persekitaran jika dibandingkan dengan individu di negra beriklim panas. Oleh itu seseorang yang berada dinegara sejuk memerlukan lebih banyak tenaga untuk memelihara suhu badan mereka.

Makanan Dan Kandungan Tenaga


Tidak syak lagi sebagai seprang manusia kita amat memerlukan makanan. Dengan adanya makanan, kita akan memperolehi tenaga. Walaubagaimanapun kandungan tenaga didalam sesuatu makanan adalah berbeza diantara satu sama lain. Kandungan tenaga yang terdapat didalam baras adalah berbeza dengan kandungan tenaga yang ada pada gandum manakala kandungan tenaga yang terdapat didalam sebiji pisang adalah berbeza kandungan tenaganya dengan sebiji apple walaupun kedua-duanya adalah daripada jenis buah-buahan. Secara umumnya makanan dikelaskan kepada beberapa jenisnya. Ianya terdiri daripada kumpulan karbohidrat, lemak dan uga protein. Hanya ketiga-tiga jenis/kelas maakanan inilah yang dapat membekalkan tenaga kepada kita manakala vitamin, mineral dan pelawas pula hanya bertindak sebagai pengawal kepada proses-proses kehidupan dalam badan serta melindungi badan daripada penyakit. Makanan-maknan yang mengandungi karbohidrat termasuklah nasi dan roti, Lemak pula adalah mentega dan minyak sementara contoh makanan yang mengandungi banyak protein pula adaalah susu dan ikan. Ketiga-tiga kelas makanan ini mempunyai nilai kalori yang berbeza. Jadual dibawah menunjukan nilai kalori bagi ketiga-tiga kelas makanan ini. Bil Kelas Makanan Berat Kalori (Kilojoule/gram) 17.2 38.5 22.2

1 2 3

Karbohidrat Lemak Protein

1 gram 1 gram 1 gram

Nilai kalori sesuatu makanan ini dapat dikira berdasarkan kepada nilai kalori bagi ketiga -tiga kelas makanan iini. Sebagai contoh: 100 gm nasi mengandungi 89.0 gm karbohidrat, 1.0 gm lemak dan 7.0 gm protein. Karbohidrat Lemak Protein 89.0 X 17.2 = 1530.8 Kj 1.0 7.0 X 38.5 = 38.5 Kj

X 22.2 = 155.4 Kj

Nilai Kalori bagi 100g Nasi

=( 1530.8 +38.5 + 155.4) = 1724.7 Kj

Dengan pengiraan ini dapatlah kita mengetahui bahawa dalam 100 g nasi itu ianya boleh membekalkan kkepada kita tenaga sebanyak 1724.7 Kj tenaga. Jadual dibawah menunjukan jumalah tenaga yang dapat dihasilkan oleh beberapa jenis makanan lagi:

Amalan Pemakanan Badan yang sihat adalah hasil daripada makanan yang baik dan berkhasiat. Ini adalahh kerana daripada makanan yang baik inilah ianya akan dapat memberikan tenaga yang diperlukan oleh badan. Salah satu cara untuk menentukan jumlah dan jenis makan yang perlu dimakan oleh seseorang, pyramid makanan boleh digunakan. Ianya adalah seperti berikut:

Daripada pyramid diatas, kita dapat mengetahui mana-mana makanan yang perlu dinakan dengan banyak dan makanan mana yang perlu dimakan sedikit sahaja. Makanan yang mesti dimakan dengan banyak adalah terdiri daripada kelas karbohidrat seperti nasi dan roti kerana ianya boleh memberikan banyyak tenaga kepada kita. Makanan seperti ikan , ayam serta daging mestilah dimakan tetapi dalam jumlah yang sederhana banyaknya manakala makanan yang mengandungi banyak lemak seperti keju dan minyak haruslah dimakan dengan kaar yang amat kecil. Ini adalah kerana lemak yang berlebihan akan disimpan didalam tisu-tisu badan selain ianya akan berkumpul dibahagian arteri darah. Keadaan ini boleh

menyebabkan pelbagai masalah seperti penyakit lemah jantung dan juga penyakit darah tinggi. Sayuran dan buah-buahan mestilah dimakan juga kerana selain daripada ianya menbekalkan vitamin dan mineral, ianya juga boleh bertindak sebagai pelawas yang memudahkan system penghadaman kta berfungsi dengan baik.

2.Kalori Sarapan Pagi


Sarapan pagi adalah sesuatu yang amat penting untuk diambil oleh setiap individu. Ini adala kerana pada waktu pagi badan kita memerlukan tenaga untuk memulakan sesuatu kerja. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan supaya semua murid diberikan makanan dibawah satu program yang dipanggil Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTS) bagi memastikan murid-murid mendapatkan makanan sebelum memulakan proses pembelajaran bagi murid murid miskin dan tidak berkemampuan. Keadaan ini berlaku kerana didapati bahawa ramai murid yang tidak berkesempatan uuntuk menjamah makanan sebelum ke sekolah. Ini menjadikan murid-murid tersebut akan rasa mengantuk dan tidak dapat meneruskan proses pembelajaran mereka. Ini menyebabkan pencapaian akademik mereka juga merosot. Bagi seseorang guru, pengambilan makanan pada waktu pagi juga tidak kurang pentingnya. Seorang guru yang mengajar 28 - 30 masa dalam seminggu, tentunya memerlukan banyak tenaga untuk memulakan proses Pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru juga adalah seorang yang sentiasa aktif bergerak dari suatu bilik darjah ke bilik darjah yang lain selain menghadapi pelbagai kerenah murid- muridnya. Sudah entulah memerlukan tenaga yang banyak. Oleh itu seorang guru juga mestilah mengambil sarapan pagi. Walaubagaimanapun pengambilan makanan ataupun sarapan pagi bagi seseorang individu berbeza nilai kalorinya. Ini adalah kerana individu yang bekerja sebagai buruh lebih memerlukan banyak tenaga tenaga untuk keperluan hariannya. Tanpa tenaga daripada makanan yang diambilnya, ianya akan menyebabkan kerja yang dilakukan juga tidak berhasil.

2.1 Label Kandungan Tenaga Dalam Makanan

A.Roti High 5 Sandwich

B.Susu Ducthlady 1 Liter

3.0 Analisa Jumlah Tenaga Dalam Makanan


Jenama Nama Makanan Saiz Hidangan Tenaga Karbohidrat Protein Lemak Kalsium(mg) Vitamin A(g) Roti High 5 Sandwich 2 keping (63 g) 165 31.8 5.4 1.5 151 65 Susu Ducthlady 1 gelas (250 ml) 155 12.0 8.0 8.3 338 400

Daripada jadual yang ditunjukan diatas dapatlah kita mengetahui bahawa darisegi kandungan tenaga yang dapat dibekalkan oleh roti High 5 adalah lebih tinggi daripada tenaga yang dapat dibekalkan oleh susu Dutchlady. Roti High 5 membekalkan tenaga sebanyak 165 Kcal manakala susu Dutchlady pula membekalkan tenaga sebanyak 155 Kcal untuj setiap gelas yang diminum. Ini adalah kerana kandungan karbohidrat yang terdapat didalam roti High 5 adalah tinggi berbanding dengan kandungan karbohidrat yang terdapat didalam susu Ducthlady iaitu sebanyak kira-kira 3 kali ganda. Namun begitu kandungan protin dan lemak pula, susu Dutchlady mempunyai kandungan yang lebih banyak berbanding roti High 5. Roti High 5 hanya mengandungi kandungan protein sebanyak 5.4 g berbanding dengan susu Ducthlady yang mengandungi kanndungan protein sebanyak 8.0 g. Perbezaan yang begitu ketara boleh kita dapati dalam kandungan lemak yang dimiliki oleh susu adalah kira-kira 6 kali ganda daripada kandungan lemak dalam roti High 5.

Selain dari itu kita juga mendapati bahawa kandungan kalsuim dan vitamin yang terdapat didalam 2 keping roti High 5 juga amat rendah berbanding dengan kandungan kalsium dan vitamin yang terdapat pada 1 gelas susu Ducthlady. Perbezaan yang paling ketara ialah kandungan vitamin A yang terdapat dalam roti ialah 41g manakala didalam susu Ducthlady adalah 400g dan kandungan kalsium pula hanya terdapat 151 mg dalam keeping roti berbanding dengan 338 mg kalsium dalam setiap gelas yang diminum.

4.0 Pengiraan Nilai Kalori Makanan


Untuk mengira nilai kalori makanan, kita hanya perlu menambah nilai kalori pada setiap makanan yang kita makan. Kaedahnya adalah seperti berikut:

Nilai Kalori Makanan = Nilai Kalori Roti + Nilai Kalori Susu

Jadi daripada sarapan pagi saya iaitu 2 keping roti dan segelas susu didapati nilai kalorinya ialah: Nilai Kalori Makanan = Nilai Kalori Roti + Nilai Kalori Susu = 165 Kcal + 155 Kcal = 320 Kcal Ini bermakna dengan memakan kedua-dua makanan ini saya telah mendapat 320 Kca ltenaga untuk keperluan badan saya pada waktu sarapan pagi. Persoalannya adakah ini mencukupi untuk keperluan badan saya ? Untuk menjawab persoalan ini kita mengenai pekara-perkara berikut iaitu : 1. Indeks Jisim Tubuh (IJT) 2. Kadar Metaolisma Basal (BMR) perlulah mengira terlebih dahulu

4.1 Pengiraan Indeks Jisim Tubuh ( IJT)

Indeks Jisim tubuh atau IJT dapat dikira dengan menggunakan Formula berikut:

Indeks Jisim Tubuh (IJT)

Saya mempunyai : Berat Badan = 78.8 Kg Ketinggian = 178 cm @ 1.78 m

Oleh itu IJT saya adalah:

Indeks Jisim Tubuh (IJT) =

= = 24.86 Kgm-2 Suatu indeks atau skala telah digunanakan untuk menentukan samada seseorang itu mengalami kekurangan berat badan, normal atau berlebihan telah ditentu iaitu:

Indeks Jisim Tubuh (IJT) Kurang dari 20 20- 24.9 25- 29.9 30 keatas

Keadaan Berat Badan Kekurangan berat badan Berat badan normal Berat badan berlebihan Keadaan Obesiti

Daripada pengiraan diatas, IJT saya adalah 24.86. Ini bermakna berat badan saya adalah dalam keadaan normal.

4.2 Pengiraan Kadar Metabolisma Basal (BMR)


Kadar Metabolisma Basal adalah merupakan jumlahh tenaga yang diperlukan untuk meneruskan hidup. Ianya adalah berbeza diantara orang lelaki dengan perempuan. Untuk Menentukan Kadar Metabolisma Basal , formula berikut digunakan:

LELAKI : BMR = 66.473 + (13.7516 X Berat(Kg) + (5.0033 X Tinggi(cm) - (6.775 X Umur)

WANITA: BMR = 655.0955 +(9.5634 XBerat(Kg) + (1.8496 X Tinggi(cm) - (4.6756 X Umur)

Saya Mempunyai : 1. 2. 3. 4. Berat badan .Ketinggian Umur Jantina = 78.8 kg = 178 cm = 47 thn = Lelaki

Oleh itu BMR saya adalah: BMR = 66.473 + (13.7516 X 78.8) + (5.0033 X 178) (6.775 X 47) = 1723 Kilokalori sehari

4.3 Pengiraan Keperluan Kalori Setiap Hari (DCR)


Pengiraan DCR adalah mengambilkira tentang keaktifan seseorang individu. Untuk mengira DCR formula berikut digunakan:

DCR = BMR X Skala Keaktifan Individu (Aktivity Multiplier) Activity Multiplier diberikan seperti berikut:

Keaktifan Individu
Tidak aktif Sedikit aktif Sederhana aktif Sangat aktif Terlalu aktif

Skala
1.2 1.375 1.55 1.725 1.9

Penunjuk
Tidak atau sedikit bersukan Bersukan 1-3 kali seminggu Bersukan 3-5 kali seminggu Bersukan 6-7 kali seminggu Aktif bersukan 2 kali sehari

Keadaan Saya : 1. Keaktifan Individu = sedikit aktif (1.375) 2. BMR = 1723 Kilakalori sehari

Oleh itu Keperluan kalori setiap hari , DCR saya adalah: DCR = BMR X Keaktifan Individu = 1723 X 1.375 = 2369 Kilokalori setiap hari

Sarapan Pagi menyediakan kira-kira 20% daripada keperluan tenaga dalam sehari. Oleh itu keperluan tenaga untuk sarapan pagi saya ialah: 20% X Jumlah kalori setiap hari = 20% X 2369 =473.8 Kcal

Oleh yang demikian, badan saya memerlukan tenaga kira-kira 473.8 Kcal tenaga untuk setiap kali bersarapan pagi.

Justifikasi

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Berdasarkan kepada pengiraan yang telah saya lakukan, dapat saya ringkaskan sebagai berikut: Tenaga yang dapat dibekalkan oleh 2 keping roti High 5 = 165 Kcal Tenaga yang dapat dibekalkan oleh 1 gelas susu Dutchlady = 155 Kcal Jumlah tenaga untuk sarapan pagi = 165 Kcal + 155 Kcal = 320 Kcal Indeks Jisim Tubuh(IJT) = 24.86 Kadar Metabolisma Basal(BMR) = 1723 Kcal Keperluan Nilai Kalori Sehar(DCR) = 2369 Kcal Keperluan tenaga sarapan pagi = 473.8 Kcal

Daripada ringkasan yang telah saya buat, saya mendapati sarapan pagi saya tidak dapat memenuhi keperluan tenaga saya pada waktu pagi. Ini adalah kerana saya sepatutnya membekalkan tenaga sebanyak 473.8 Kcal kepada tubuh saya semasa bersarapan, tetapi saya hanya memakan makanan yang hanya bemberikan kira-kira 320 Kcal sahaja daripada roti dan susu yang saya makan. Kekurangan tenaga sebanyak 153.8 Kcal ini memberikan kesan yang agak teruk kepada saya. Ia menyebabkan saya sering berasa lapar sebelum makan tengahari. Konsentrasi saya terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga turut terjejas. Keadaan lapar dan dahaga menyebabkan saya mudah untuk menjadi marah kepada murid-murid. Walaubagaimanapun saya juga akan mendapatkan makanan lain untuk memenuhi keperluan tenaga saya dengan memakan biskut mahupun coklat walaupun saya sendiri mengetahui bahawa kedua-dua makanan ini boleh memberikan kesan sampingan yang tidak baik untuk diri saya. Ashley Jacob (2011) dalam artikelnya bertajuk The Disadvantages Of Snack, unnecessary snacking can have significant disadvantages for your schedule, your health and your waist. Inji menunjukankan bahawa makanan seperti snek juga tidak begitu baik kepada kita.

Bagi memyediakan diri untuk keperluan tenaga saya sepatutnya memakan dua keeping roti lagi sebagai tambahan. Ini adalah kerana dengan memakan dua keeping roti , ianya dapat membekalkan tenaga sebanyak 165 Kcal lagi kepada saya. Jika di campur , saya akan mendapat kira-kira 485 Kcal. Ini menjadikan ianya sesuai untuk diri saya. Terdapat kira-kira 11.2 Kcal yang berlebihan itu dapat saya gunakan untuk aktiviti saya yang lain seperti naik turun tangga semasa mengajar. Saya menjangkakan dengan aktiviti tersebut kalori yang berlebihan itu dapat dikurangkan dengan cara tersebut.

Walaupun saya mengambil sarapan pagi yang tidak cukup nilai kalorinya, Indeks Jisim Tubuh ( IJT ) saya masih dalam keadaan normal. Ini mungkin disebabkab oleh saya mengambil makan tengahari dan makan malam yang mencukupi nilai kalorinya. Ini disusuli dengan memakan banyak sayur dan buah-buahan yang meruupakan serat yang dapat melancarkann proses penghadaman saya.

Saya juga tidak perlu memikirkan tentang zat-zat galian seperti kalsium , natrium serta zat besi yang begitu enting untuk badan kita. Kalsium yang terdapat didalam didalam roti dan susu yang saya makan misalnya, adalah sama dengan 2 ikat bayam ! Kalsum amat penting bagi kita terutamanya untuk membentuk tulang dan juga gigi. Ketiadaan kedua-dua bahan ini boleh mengakibatkan penyakit osteoporosis iaitu tulang mudah reput dan gigi juga mudah mereput. Sebagai seorang yang teelah berumur ,kedua-dua makanan ini perlu untuk saya.

Kedua-dua makanan ini juga mengandungi kandungan vitamin A dan B2 yang tinggi. Ianya juga mempunyai banyak kepentingan kepada fungsi badan. Vitamin A adalah penting untuk mata manakala vitamin B2 pula diperlukan untuk pembebasan tenaga yang diperolehi daripada karbohidrat, protein dan lemak.

Sebagai seorang guru juga, saya perlu banyak meminum air. Ini adalah kerana semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran banyak banyak peluh dikeluarkan, Peluh yang keluar ini mestilah digant penyakit i dengan segera supaya semua tindakbalas kimia yang berlaku dalam badan boleh berlaku kembali. Badan kita memerlukan kirakira 7 liter air dalam sehari.

Diperingkat usia yang semakin meningkat ini juga saya mesti memastikan saya tidak mengambil makanan secara berlebihan Diantara penyakit yang biasa berlaku pada individu yang sebaya usia dengan saya ialah kolesterol yang berlebihan didalam badan. Kolesterol yang berlebihan ini menyebabkan pelbagai penyakit seperti thrombosis (arteri tersumbat), strok (arteri di bahagian otak pecah) serta serangan jantung. Oleh itu penting bagi saya untuk memastikan semua makanan yang dimakan mempunyai nilai kalori yang mencukupi dan sesuai untuk tugas saya sebagai seorang pendidik.

Refleksi Syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya, dapat juga saya meyiapkan tugasan yang pada hemat saya amat mencabar ini. Ini adalah disebabkan oleh tugasan di sekolah. yang berlambak-lambak ditambah pula dengan menjelangnya peperiksaan UPRS tidak lama lagi. Walaubagaimanapun dengan tunjuk ajar daripada pensyarah iaitu Tn Hj Zohari B. Muda dapat juga saya menyiapkannya pada masa yang ditetapkan.

Melalui tugasan ini saya talah mendapat banyak manfaatnya. Apa tidaknya, kalau selama ini saya hanya memakan saja makanan yang dibelii,, tetapi sekarang saya telah mula membaca juga maklumat yang tertera pada lebel makanan. Dengan meneliti lebel tersebut, saya dapat mengetahui bukan saya tentang ramuan atau bahan makanan itu diperbuat bahkan juga nilai kalori yang ada pada makanan yang dimakan., vitamin serta zat-zat galian yang disediakan oleh makanan tersebut

Indeks Jisim Tubuh atau IJT juga adalah suatu yang amat penting diketahui oleh kita .

Bibliografi

1. Lau Hut Yee (1993),Petua Kejayaa SPM ,Sains, Longman Malaysia Sdn. Bhd

2. Chin Yuet Mee (1994) Nota Peperiksaan SPM Sains Tambahan. Preston Sdn.Bhd

3 .Steve Parke (1996), Makanan daqn Penghadaman, Federal Publications Sdn. Bhd

4 .Gan Wan Yeat, Choong Choe Hin (2004). Sukses Biologi SPM. Fajar Bakti Sdn. Bhd

5. Marie V.Krause,L.Kathleen Mahon (1993) Makanan, Pemakanan Dan Terapi Diet. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai