Anda di halaman 1dari 3

B&KSKBI

2010

PROGRAM KECEMERLANGAN MOTIVASI UPSR 2010 KALI KE-2 SK.BANTAYAN, 89357 INANAM

PENGENALAN Kesedaran atau motivasi merupakan satu perkara yang sangat penting untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Tanpa kesedaran untuk belajar dan Berjaya, murid-murid akan terleka dan tersasar di dalam dunianya. Kesedaran juga perlu dipupuk dan diransang bagi menjamin keberkesanannya. Selain itu, dorongan dari ibu bapa juga sebenarnya merupakan salah satu elemen yang penting sebagai peransang kepada pelajar dalam menentukan kecemerlangan mereka. Program motivasi dianggap sebagai salah satu cara yang berkesan bagi membantu muridmurid mengharungi cabaran yang bertambah kompleks. Oleh yang demikian, banyak aspek perlu didedahkan kepada mereka agar mereka lebih bersedia, menghadapi realiti kehidupan sekarang. Pendekatan ini juga diharapkan lebih sesuai dengan budaya,masyarakat, agama dan aspirasi negara. RASIONAL 1. Budaya bersaing dalam pendidikan di kalangan murid-murid semakin merosot. Oleh itu, semua murid-murid diberikan peluang supaya perkembangan diri mereka berlaku dalam persekitaran yang seimbang. 2. Budaya negatif di kalangan murid-murid telah memberi cabaran kepada kita. 3. Murid-murid dapat berinteraksi dan membuat perkongsian bijak untuk meningkatkan keyakinan diri.

MATLAMAT Mewujudkan semangat yang tinggi serta sebagai peransang kepada semua murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun 2010. OBJEKTIF 1. Murid-murid mendapat kemahiran baru untuk mencapai kecemerlangan diri. 2. Murid-murid berpeluang untuk berkongsi pengalaman bersama penceramah. 3. Pengetahuan tentang teknik menjawab yang tepat akan membantu murid-murid untuk mencapai keputusan terbaik dalam UPSR. TEMA KECEMERLANGAN IMPIAN BERSAMA

B&KSKBI

2010

KUMPULAN SASARAN Murid-murid tahun 6 SK.Bantayan, Inanam seramai 34 orang. TEMPAT Makmal Komputer, SK. Bantayan Inanam. TARIKH DAN MASA 17 Julai 2010 (Sabtu) ANJURAN Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama guru-guru Tahun 6. PERASMI Majlis perasmian dan penutupan telah disempurnakan oleh Guru Besar, (En. Abd Hajis Hj. Saipuddin) . STRUKTUR ORGANISASI Sila Rujuk Lampiran A TENTATIF Sila Rujuk Lampiran B SUMBER KEWANGAN SK. Bantayan, Inanam. ANGGARAN PERBELANJAAN Kos perbelanjaan bagi menjalankan program ini berjumlah RM 310.00. Sila Rujuk Lampiran C.

B&KSKBI

2010

PENUTUP Program ini diharapkan dapat member kesan yang mendalam kepada semua murid untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang kepentingan belajar dan mencemerlangkan diri. Program ini juga diharapkan mampu meningkatkan keyakinan dan daya saing dalam menghadapi dunia yang semakin mencabar. Segala keprihatinan dan komitmen daripada semua pihak,khususnya pihak pentadbir sekolah dan guru-guru dalam memastikan program ini berjalan lancar didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. Yang benar,

________________________ (ABD HAJIS HJ. SAIPUDDIN) Pengerusi, Program Kecemerlangan Motivasi UPSR 2010, SK. Bantayan, Inanam, Kota Kinabalu.

Anda mungkin juga menyukai