Anda di halaman 1dari 36

Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3111

Dalam kajian semantik, kita perlu memahami beberapa istilah penting. Namun begitu, kita harus memahami istilah Semantik dan makna terlebih dahulu. Dari sudut linguistik, semantik ditakrifkan sebagai sistem dan pengkajian tentang makna dalam bahasa, iaitu makna kata, frasa dan ayat. Sesuatu kata, frasa dan ayat dengan sendirinya mempunyai ciri semantik tersendiri dan makna yang berbeza-beza. Peristilahan pula membawa maksud pembentukan perkataan atau rangkai kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Bidang Peristilahan sangat penting dan perlu diberi perhatian serius dalam usaha memodenkan dan memajukan bahasa sebagai bahasa ilmu. Dalam usaha ini, istilahistilah baharu perlu dibentuk untuk kegunaan dalam pelbagai bidang ilmu khususnya Bahasa Melayu. Oleh yang demikian, untuk melihat perkaitan antara semantik dengan peristilahan, pelajar dikehendaki menyediakan satu tugasan projek. Dalam pelaksanaan projek ini, pelajar dikehendaki: 1. 2. Memberikan definisi, takrif dan konsep Semantik, Makna Leksikal, Makna Ayat, Peristilahan, Tataistilah, dan Tatanama. Dengan menggunakan Kerangka Generatif Chomsky, jelaskan proses transformasi (pengguguran, penyusunan semula dan peluasan). Berikan contoh-contoh ayat dalam proses transformasi tersebut. Penjelasan perlu disertakan dengan sekurangkurangnya satu ilustrasi seperti gambar rajah pohon. 3. 4. Istilah Bahasa Melayu boleh diperoleh daripada tiga sumber yang berikut iaitu: i Kosa Kata Umum Bahasa Melayu ii Kosa Kata Umum Bahasa Serumpun iii. Kosa Kata Bahasa Asing. Berdasarkan penyataan di atas, pilih satu artikel yang panjangnya antara 1,000 1,500 patah perkataan dan buat analisis tentang istilah bahasa Melayu yang terdapat dalam artikel tersebut. Analisis perlu merangkumi ketiga-tiga aspek sumber perolehan istilah bahasa Melayu. Anda boleh merujuk buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Istilah Bahasa Melayu sebagai panduan. Tugasan ini berlangsung bermula 27 Julai sehingga 29 Ogos 2011. Klik di sini untuk memuat turun soalan tugasan. Segala pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah dirujuk kepada pensyarah mata pelajaran; Encik Jalalludin bin Ibrahim melalui:-

Emel ( jalalludin6791@yahoo.com) Skype (jalalludinibrahim)

Facebook (Jalalludin Ibrahim) Telefon (017-3498509)

Anda mungkin juga meminati:

Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3112 Soalan (c) Tugasan BMM 3111 Terkini Tugasan BMM 3111 Sistem LMS IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

27/08/2009

KKBI BMM3111
TUGASAN KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (KKBI) PROGRAM PENDIDIKAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) SEMESTER 6, 2009 INSTITUT MATA TARIKH PELAJARAN MULA & : IPGM : BMM3111 HANTAR : 17 OGOS KAMPUS (SEMANTIK DAN 2009 - 17 SEPTEMBER KENINGAU PERISTILAHAN) 2009

Dalam kajian semantik, kita perlu memahami beberapa istilah penting. Namun begitu, kita harus memahami istilah Semantik dan Makna terlebih dahulu. Umumnya, Semantik dikatakan bidang yang ada kaitan dengan makna. Begitu juga dengan Peristilahan yang merupakan bidang yang penting dan perlu diberi perhatian serius dalam usaha memodenkan dan memajukan bahasa sebagai bahasa ilmu. Dalam usaha ini, istilah-istilah baharu perlu dibentuk untuk kegunaan dalam pelbagai bidang ilmu khususnya Bahasa Melayu. Bagi melaksanakan tugasan ini, pelajar secara individu dikehendaki: 1. Memberikan definisi, takrif, dan konsep Semantik dan Makna serta

Peristilahan, Tataistilah, dan Tatanama. 2. Memberi huraian Jenis-jenis makna. 3. Memberi Semiotik. 4. Huraikan perkaitan Makna Perkataan daripada segi Leksikal : Sinonim, Antonim, Hiponim, Polisemi. 5. Memberi huraian bentuk-bentuk Istilah dan sumber-sumber Istilah dalam Bahasa Melayu. 6. Berkolaborasi dengan pensyarah dan menyediakan penulisan refleksi antara 250300 patah perkataan yang berkaitan dengan tugasan. Refleksi tersebut juga perlu dihantar ke JPMMPKS@yahoogroups.com. huraian Teori Segitiga Semiotik beserta lakaran rajah Segitiga

KKBI SEMANTIK DAN PERISTILAHAN (BMM3111) Bil Perkara 1 Sekapur sireh 2 Halaman pengakuan 3 Jadual Perlaksanaan Tugasan 4 Soalan Tugasan 5 Nota Bidang Semantik Bahasa Melayu 10 Analisis Teks Sastera (cerpen) 11 Refleksi 12. Bahan rujukan 12 Lampiran 13 Borang Kolaborasi
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU 1.1 Definisi Semantik Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunuyai makna. Dalam bahasa, kita dapat menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia.. Definisi daripada segi istilah pula, semantic berasal daripada perkataan Yunani semantikosyang bermaksud penting atau beerti. Jika dilihat definisi yang diberikan oleh tokoh bahasa, semantic ialah cabang linguistic yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996). Selainb itu semantik merupakan bidang pengkajian linguistic yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer, 1994). Menurut kamus Dewan, semantrik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Secara umumnya senantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakann makna , hubungan antara makna dengan makna lain serta pengareuh maknan terhadap masyarakat. 1.2 Konsep Semantik Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang bermaksud penting atau bererti. Kata bererti membawa maksud makna yang diertikan sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan, 1985:9). Semantik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Menurut Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk menyampaikan makna. Choamsky berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan. Namun, semantik bukan sahaja merujuk kepada makna tetapi juga kepada perkembangannya yang disebut semantik sejarah (M.Breal, 1893)

Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik. Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis makna dapat dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (perkataan yang mempunyai makna yang sama dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi makna leksikal), antonim (perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan), hiponim (perkataan yang maknanya sebahagian daripada makna perkataan lain), homonim (perkataan yang mempunyai bentuk dan bunyi yang sama tetapi maknanya berbeza), polisemi (perkataan yang mempunyai makna yang banyak), dan peribahasa (beberapa perkataan yang mempunyai satu makna). 1.3 Pertaliannya dengan disiplin ilmu lain Setiap bidang disiplin ilmu mempunyai bahasa yang tersendiri. Bahasa dalam setiap bidang disiplin ilmu mempunyai nilai semantik yang tersendiri. Oleh yang demikian sesuatu bidang ilmu perlu diteliti maknanya supaya ia dapat dimanfaatkan. 1.3.1 Hubungan Semantik dengan Falsafah Falsafah ialah pengetahuan yang menelaah sesuatu yang istimewa. Falsafah adalah istimewa kerana falsafah tidak dapat dihuraikan dengan ilmu pengetahuan biasa sebaliknya falsafah memerlukan ilmu pengetahuan tentang hukum dan kaedah berfikir yang logika. Oleh yang demikian logika dalam disiplin ilmu falsafah memerlukan cara berfikir yang tepat untuk mencapai ketepatan makna dalam ilmu falsafah tersebut. Falsafah yang tidak mempunyai makna menjadi tidak bererti. Contohnya falsafah Biar saya mentertawakan diri saya sebelum orang lain mentertawakan diri saya membawa semantik kesedaran kendiri atau muhasabah diri perlu difahami pendengar mahupun penutur falsafah tersebut supaya ia bermakna apabila diujarkan. 1.3.2 Hubungan Semantik dengan Psikologi Psikologi ialah ilmu jiwa yang mengkaji hakikat dan gerak-geri jiwa. Hal ini bermakna tingkah laku manusia mempunyai makna. Makna yang dimaksudkan adalah tentang kebermaknaan kata atau ujaran dalam bahasa. Contohnya perkataan Makan! berbeza berbanding Makanlah.. Deretan bunyi dan susunan huruf dalam perkataan tersebut menghasilkan pemahaman makna yang berbeza oleh seseorang dalam situasi yang berbeza. Situasi yang berbeza tersebut melambangkan paksaan dan permintaan penuturnya. Hal ini bertepatan dengan pendapat ahli psikologi yang menyatakan bahawa makna wujud berdasarkan rangsangan atau tindak balas. 1.3.3 Hubungan Semantik dengan Antropologi dan Sosiologi. Antropologi ialah bidang ilmu yang mengkaji sekelompok masyarakat tertentu yang homogen yang mempunyai pelbagai ciri khasnya. Sosiologi pula ialah bidang ilmu yang mengkaji kelompok masyarakat yang lebih luas dalam perkembangan ekonomi dan sosial yang heterogen. Sosial dan budaya sesuatu masyarakat yang semakin berkembang menyebabkan makna bahasa

dalam sesuatu masyarakat semakin berkembang. Contohnya perkataan taman daripada aspek antropologinya telah berkembang membentuk perkataan taman hati, taman buaya, dan taman rimba yang bukan lagi bermaksud kebun yang ditanam dengan bunga -bungaan. Justeru makna yang difahami adalah berdasarkan bentuk bahasa semasa pertuturan itu dituturkan. (Aminuddin 1985). 1.3.4 Hubungan Semantik dengan Sastera Bahasa dalam karya sastera berbeza dengan bahasa yang terdapat dalam karya ilmiah. Bahasa dalam karya sastera sama adatulisan ataupun pertuturan tidak semuanya diketahui umum. Justeru terdapat pelbagai lapisan makna dalam sastera yang meliputi makna tersurat (makna biasa/denotatif), makna tersirat (makna yang dapat di agak pembaca/konotatif), makna kreatif (makna yang dapat difikirkan pengkritik) dan makna peribadi. (makna yang dapat diketahui oleh pengarang sahaja). Contohnya seperti ungkap an Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau. (Abdullah Hussain, 1982, hal. 95) merupakan makna konotatif yang dapat difikirkan yang membawa maksud orang yang baik itu biar di mana pun tempatnya tetap akan baik juga. 1.3.5 Hubungan Semantik dengan Sejarah Sifat bahasa adalah sentiasa berkembang. Perkembangan bahasa merupakan sejarah bahasa. Makna sesuatu perkataan mungkin kekal sehingga kini, mungkin berubah, menyempit, meluas atau menghilang. Contohnya perkataan khalwat yang bermaksud be rseorangan untuk mendekatkan diri kepada-Nya telah disempitkan maksudnya kepada berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan. Perkataan pondok yang bermaksud tempat tinggal yang usang pula telah dikembangkan maknanya menjadi tempat belajar. Justeru sej arah bahasa ini perlu direkodkan dalam kamus besar bagi mencatatkan perubahan bahasa yang berlaku dalam setiap hari bagi tujuan penggunaan bahasa dan pengkaji bahasa kelak. 1.3.6 Hubungan Semantik dengan Komputer Komputer dapat membantu penggunaan bahasa dalam bentuk tulisan dan lisan melalui proses penyemakan makna ejaan, pembetulan imbuhan dan struktur ayat. Yang menjadi kekurangannya adalah komputer tidak dapat menterjemah perkataan secara struktural kerana keupayaannya yang terbatas dalam proses menterjemah. Para penterjemah yang memiliki akal dan perasaan sahaja yang mampu memilih makna yang sesuai dalam konteks struktural ayat. Walau bagaimanapun komputer telah membantu dalam bidang penterjemahan terus dapat membantu penterjemah yang mempunyai akal fikiran yang tinggi untuk memikirkan makna yang sesuai bagi sesuatu perkataan berdasarkan konteks ayat. Justeru semantik dalam bidang ilmu pengkomputeran perlu diterokai dan disebarluaskan supaya makna yang ditafsirkan bertepatan dengan kehendak pengguna kelak. 1.3.7 Hubungan Semantik dengan Linguistik Linguistik ialah kajian tentang bahasa secara saintifik. Bahasa Melayu jelas mempunyai makna yang sedia ada dan penambahan makna melalui proses akronim, pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan. Contohnya makna kata kebun berbeza daripada pekebun dan pengebun, dalam proses pengimbuhan. Kata kebun bermaksud tanah yang ditanami tumbuh -

tumbuhan. Kata pekebun bermaksud orang yang mengurus kebun sementara kata pengebun bermaksud orang yang kerjayanya membuat kebun atau bekerja di kebun. Dalam proses penggandaan, kata langit juga berbeza dengan lelangit yang bermaksud keadaan bumi dan atas bahagian dalam mulut. Dalam proses pemajmukan pula kata buah dan hati mempunyai makna yang berbeza apabila membentuk kata majmuk buah hati. Buah ialah benda yang boleh dimakan sementara hati merupakan organ menjadi makna kekasih apabila perkataan tersebut digabungkan. 2. Makna Leksikal Makna leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat. Contohnya, perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian memiliki makna leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+, ber+, ber+...+an, me+ (... +kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna leksikal melainkan memiliki makna gramatis. 2.1 Kelompok kata Makna dalam kelompok kata adalah jalinan daripada makna satu perkataan dengan perkataan lain dalam kelompok kata tersebut. Misalnya lima ekor lembu bermakna ada lima ekor lembu. 2.2 Kata paduan Kata paduan ialah dua perkataan atau lebih yang pada mulanya memiliki makna masingmasing, tetapi maknanya telah berpadu menjadi satu, misalnya kereta api, kapal api, bunga api dsb. 2..3 Kata gabungan Kata gabungan ialah dua atau lebih perkataan yang mengandungi satu makna tetapi deretan perkataan tersebut menyimpang daripada deretan perkataan yang umum dalam bahasa Melayu. Misalnya mahasiswa, mahaputera, maharaja, bumiputera dan sebagainya. 3. Makna Ayat Makna ayat boleh dibahagikan kepada tiga iaitu makna tersurat, makna terselindung dan makna tersirat. 3.1 Makna Tersurat (denotasi) Makna tersurat ialah makna yang diperoleh semata-mata daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan. Misalnya, Burung itu hinggap di ranting pokok. Jika sesuatu ayat atau bahasa tersebut biasa kita gunakan maka kita menganggapnya sebagai betul. Contohnya: 1. Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian. Perkataan para menunjukkan ramai. Perkataan pelajar-pelajar menyatakan ramai. Perkataan sekalian bermaksud ramai. Ayat yang sebetulnya ialah Para pelajar yang dihormati. 3.2 Makna Terselindung Makna terselindung ialah makna yang terselindung dalam sesuatu ayat kerana perkataannya tidak dihadirkan. Misalnya dalam ayat Adik ke kedai Pak Ali. Kata pergi tidak dihadirkan, tetapi pendengar memahami perbuatan adik ialah pergi.

Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi ia dapat dikesan oleh pendengar atau pembaca. Atau dengan kata lain perkataan yang tidak hadir dalam sesuatu ayat tetapi masih dapat dikesan maknanya membuktikan adanya struktur dalam, dalam fikiran pendengar atau pembaca, Contoh lain adalah seperti berikut: Cikgu Ahmad guru Bahasa Melayu di sekolah kami. Makna yang terselindung dalam ayat ini ialah kata pemeri yang memerikan pekerjaan Cikgu Ahmad, iaitu guru Bahasa Melayu di sekolah kami. Oleh yang demikian, struktur dalam ayat ini ialah Cikgu Ahmad ialah guru Bahasa Melayu di sekolah kami. 3.3 Makna Tersirat (konotasi) Makna tersirat ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang tertulis atau diujarkan, misalnya dalam kiasan umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak. Bahasa seperti ini timbul dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Hal seperti ini dalam bahasa Melayu disebut sebagai peribahasa. Peribahasa ialah ayat yang khusus untuk makna yang tertentu. Peribahasa dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu bentuk kiasan, bentuk bidalan, bentuk pepatah, bentuk perbilangan, bentuk kata hikmah, bentuk ungkapan, bentuk pemeo dan bentuk simpulan bahasa. 3.3.1 Kiasan Membuat perbandingan perilaku manusia dengan alam alam sekitaran dengan cara yang lembut dan tidak sekitaran dengan cara yang lembut dan tidak tepat pukulannya. Contoh: Tangkai jering Panjang tangan. Mulut tempayan. 3.3.2 Simpulan Bahasa Kata-kata yang dikiaskan atau dibandingkan dengan dengan benda lain dan bentuknya terdiri daripada benda lain dan bentuknya terdiri daripada dua tiga patah perkataan: Contoh: Abu Nawas. Kaki Kaki bangku bangku. Kaki ayam. 3.3.3 Perbilangan Perbilangan merupakan susunan kalimat yang bertujuan menjadi pegangan kepada anggota masyarakat sehingga menjadi adat atau peraturan. Berasal daripada adat resam. Berfungsi sebagai pedoman pedoman dalam kehidupan bermasyarakat dan dalam kehidupan bermasyarakat dan bentuknya berkerat-kerat atau berpatah-patah: Contoh: Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras. Perbilangan ini membawa maksud menyelesaikan sesuatu perkara dengan sempurna tanpa merugikan mana-mana pihak. 3.3.4 Perumpamaan

Hasil daripada analogi dua perkara dan biasanya menggunakan menggunakan kata perbandingan seperti bagai kata perbandingan seperti, bagai, bak, umpama, laksana dan sebagainya. Contoh: Seperti kaca terhempas ke batu. Bagai tikus jatuh ke beras. Seperti bumi dengan langit. 3.3.5 Bentuk Bidalan Bidalan adalah susunan bahasa yang menarik dan mudah 'melekat di mulut orang ramai'. Ia merupakan bahasa kiasan yang digunakan untuk melahirkan fikiran yang tajam, tepat, mengandungi perbandingan, teladan, pengajaran, nasihat, dan kata-kata hikmat. Contoh bidalan: Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga - Kalau tidak mahir dalam sesuatu bidang itu, akibatnya buruk. 3.3.6 Bentuk Pepatah Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah. Contoh: diam ubi berisi, diam besi berkarat bermaksud orang yang pendiam tetapi berakal itu lebih baik daripada orang yang pendiam tetapi bodoh. 3.3.7 Tamsil dan Ibarat Memberikan penjelasan tentang perkara yang hendak hendak dibandingkan Tamsil biasanya bersajak dibandingkan. Tamsil biasanya bersajak sedangkan ibarat tidak. Contoh: Keras-keras kerak nasi, kena air lembut juga. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semuanya. 3.3.8 Lidah Pendeta Kata-kata hikmat atau kata-kata pujangga yang mengandungi mengandungi pengajaran atau falsafah hidup pengajaran atau falsafah hidup. Contoh: Bertangguh itu pencuri masa. Bersatu teguh, bercerai runtuh. 3.3.9 Pemeo Pemeo ialah perkataan yang popular disebut bertujuan memberi semangat atau menyindir. Sebagai contoh: Lebih baik mati daripada dijajah Pemeo ini bertujuan untuk mengukuhkan keahlian sesuatu organisasi atau memperkuat sesuatu perjuangan.

3.3.10 Cogan Kata atau Motto Cogan kata atau motto ialah kata semboyan atau sesuatu organisasi samada kerajaan atau swasta. Contohnya: Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Cogankata ini mewrupakan semboyanh kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. 4. HUBUNGAN SEMANTIK DALAM TEKS YANG DIKAJI 4.1 Aspek-aspek Makna Aspek-aspek makna dalam semantik menurut Mansoer Pateda ada empat hal, iaitu: 4.1.1 Pengertian (sense) Pengertian disebut juga dengan tema. Pengertian ini dapat dicapai apabila pembicara dengan lawan bicaranya atau antara penulis dengan pembaca mempunyai kesamaan bahasa yang digunakan atau disepakati bersama. Lyons (dalam Mansoer Pateda, 2001:92) mengatakan bahwa pengertian adalah sistem hubungan-hubungan yang berbeda dengan kata lain di dalam kosakata. 4.1.2 Nilai rasa (feeling) Aspek makna yang berhubungan dengan nilai rasa berkaitan dengan sikap pembicara terhadap hal yang dibicarakan.dengan kata lain, nilai rasa yang berkaitan dengan makna adalah kata0kata yang berhubungan dengan perasaan, baik yang berhubungan dengan dorongan maupun penilaian. Jadi, setiapkata mempunyai makna yang berhubungan dengan nilai rasa dan setiap kata mempunyai makna yang berhubungan dengan perasaan. 4.1.3 Nada (tone) Aspek makna nada menurut Shipley adalah sikap pembicara terhadap kawan bicara ( dalam Mansoer Pateda, 2001:94). Aspek nada berhubungan pula dengan aspek makna yang bernilai rasa. Dengan kata lain, hubungan antara pembicara dengan pendengar akan menentukan sikap yang tercermin dalam kata-kata yang digunakan. 4.1.4 Maksud (intention) Aspek maksud menurut Shipley (dalam Mansoer Pateda, 2001: 95) merupakan maksud senang atau tidak senang, efek usaha keras yang dilaksanakan. Maksud yang diinginkan dapat bersifat deklarasi, imperatif, narasi, pedagogis, persuasi, rekreasi atau politik. Aspek-aspek makna tersebut tentunya mempunyai pengaruh terhadap jenis-jenis makna yang ada dalam semantik. Di bawah ini akan dijelaskan seperti apa berkaitan aspek-aspek makna dalam semantik dengan jenis-jenis makna dalam semantik. 4.1.4.1 Makna Emotif Makna emotif menurut Sipley (dalam Mansoer Pateda, 2001:101) adalah makna yang timbul akibat adanya reaksi pembicara atau sikap pembicara mengenai atau terhadap sesuatu yang dipikirkan atau dirasakan. Dicontohkan dengan kata kerbau dalam kalimatEngkau kerbau. Kata itu tentunya menimbulkan perasaan tidak enak bagi pendengar. Dengan kata lain,kata kerbau tadi mengandung makna emosi. Kata kerbau dihubungkan dengan sikap atau perilaku malas, lembam dan dianggap sebagai penghinaan. Orang yang dituju atau pendengarnya tentunya akan merasa tersinggung atau merasa tidak nyaman. Bagi orang yang mendengarkan hal tersebut sebagai sesuatu yang ditujukan kepadanya tentunya akan menimbulkan rasa ingin melawan. Dengan demikian, makna emotif adalah makna dalam suatu kata atau kalimat yang dapat menimbulkan pendengarnya emosi dan hal ini jelas berhubungan dengan perasaan. Makna

emotif dalam bahasa Indonesia cenderung mengacu kepada hal-hal atau makna yang positif dan biasa muncul sebagai akibat dari perubahan tata nilai masyarakat terdapat suatu perubahan nilai. 4.1.4.2 Makna Konotatif ` Makna konotatif berbeza dengan makna emotif kerana makna konotatif cenderung bersifat negatif, sedangkan makna emotif adalah makna yang bersifat positif (Fathimah Djajasudarma, 1999:9). Makna konotatif muncul sebagai akibat asosiasi perasaan kita terhadap apa yang diucapkan atau didengar. Misalnya, pada kalimat Anita menjadi bunga desa. Kata bunga dalam kalimat tersebut bukan bererti sebagai bunga di taman melainkan menjadi idola di desanya sebagai akibat keadaan fizikalnya atau kecantikannya. Kata bunga yang ditambahkan dengan salah satu unsur psikologis fizik atau sosial yang dapat dihubungkan dengan kedudukan yang khusus dalam masyarakat, dapat menumbuhkan makna negatif. 4.1.4.3 Makna Kognitif Makna kognitif adalah makna yang ditunjukkan oleh acuannya, makna unsur bahasa yang sangat dekat hubungannya dengan dunia luar bahasa, objek atau gagasan, dan dapat dijelaskan berdasarkan analisis komponenya (Mansoer Pateda, 2001:109). Kata pohon bermakna tumbuhan yang memiliki batang dan daun denga bentuk yang tinggi besar dan kokoh. Inilah yang dimaksud dengan makna kognitif karena lebih banyak dengan maksud pikiran. 4.1.4.4 Makna Referensial Referen menurut Palmer ( dalam Mansoer Pateda, 2001: 125) adalah hubungan antara unsur-unsur linguistik berupa kata-kata, kalimat-kalimat dan dunia pengalaman nonlinguistik. Referen atau acuan dapat diartikan berupa benda, peristiwa, proses atau kenyataan. Referen adalah sesuatu yangditunjuk oleh suatu lambang. Makna referensial mengisyaratkan tentang makna yamg langsung menunjuk pada sesuatu, baik benda, gejala, kenyataan, peristiwa maupun proses. Makna referensial menurut uraian di atas dapat diartikan sebagai makna yang langsung berhubungan dengan acuan yang ditunjuk oleh kata atau ujaran. Dapat juga dikatakan bahwa makna referensial merupakan makna unsur bahasa yanga dekat hubungannya dengan dunia luar bahasa, baik berupa objek konkret atau gagasan yang dapat dijelaskan melalui analisis komponen. 4.1.4.5 Makna Piktorikal Makna piktorikal menurut Shipley (dalam Mansoer Pateda, 2001:122) adalah makna yamg muncul akibat bayangan pendengar atau pembaca terhadap kata yang didengar atau dibaca. Makna piktorikal menghadapkan manusia dengan kenyataan terhadap perasaan yang timbul karena pemahaman tentang makna kata yang diujarkan atau ditulis, misalnya kata kakus, pendengar atau pembaca akan terbayang hal yang berhubungan dengan hal-hal yang berhubungan dengan kakus, seperti kondisi yang berbau, kotoran, rasa jijik, bahkan timbul rasa mual karenanya. 4.2 Kelewahan Makna Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud kelewahan ialah hal (keadaan) yg berlebihlebihan. Berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dan sebagainya yangg tidak perlu (misalnya perkataan yang digunakan dalam ayat). Keselarasan huruf vokalbermaksud keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal di suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu selepas 1972, terdapat 18 keselarasan huruf vokal. Contoh:

alih, untung, tidur, lebih, dan sebagainya. Perkataan daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dikecualikan daripada sistem keselarasan huruf vokal. Kata pinjaman ialah kata-kata yang diambil daripada bahasa-bahasa lain selain bahasa Melayu seperti bahasa Inggeris, bahasa Eropah lain,bahasa Jawa atau bahasa serumpun lain. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu (Ismail Dahaman). 4.3 Ketaksaan Makna Sepotong ayat dapat menerbitkan beberapa maksud yang tertentu. Hal ini demikian bergantung pada intonasi ayat itu diucapkan. Ayat yang dapat menghasilkan pelbagai maksud dikatakan ayat yang mempunyai unsur ketaksaan (ambiguity). Dengan kata lain, ketaksaan ditakrifkan sebagai sifat binaan atau konstruksi yang dapat diberi lebih daripada satu tafsiran. Contoh: 1. Ibu bapa Mustafa telah meninggal dunia.

Ayat ini mengandungi unsur ketaksaan kerana dapat diertikan sebagai ibu kepada bapa (iaitu nenek) Mustafa telah meninggal dunia, atau kedua-dua ibu bapa Mustafa telah meninggal dunia. Untuk dapat mengenal pasti perbezaan erti ini, kita perlu, secara intuisi, menyedari kewujudan dua jenis binaan ayat yang berbeza. Kita begitu mudah memahami maksud yang terkandung dalam ayat ini jika diucapkan dengan lagu bahasa (intonasi) yang berbeza bersesuaian dengan maksud yang hendak disampaikan. Dalam ayat 1 di atas, jika kita meletakkan tekanan pada kata ibu, kemudian diikuti dengan jeda (hentian sebentar), pastilah ayat ini menyatakan bahawa ibu kepada bapa Mustafa (nenek Mustafa) telah meninggal dunia. Sebaliknya, jika tiada tekanan pada perkataan ibu dan tanpa jeda dalam mengucapkan ayat tersebut, maka maksud yang terkandung menyatakan bahawa kedua-dua ibu bapa Mustafa yang meninggal dunia, bukan neneknya. Jelas bahawa dalam ujaran, intonasi dan jeda memainkan peranan sebagai penentu kepada maksud yang didukung oleh sesuatu ayat. Dalam bentuk tulisan, hal ini dapat dijelaskan dengan penggunaan tanda baca untuk menentukan ketaksaan ayat berkenaan. 5. Semantik dan Linguistik Kita sudah jelas bahawa semantik adalah sebahagian daripada linguistik. Kini semantik sudah boleh diterima sebagai salah satu komponen penting dalam ilmu linguistik seperti bidang fonetik dan tatabahasa. Ahli-ahli bahasa meletakkan bidang semantik pada sebelah hujung, manakala fonetik pula pada sebelah hujung yang lain, dan tatabahasa atau nahu terletak di tengah-tengah deretan ini. Bidang semantik amat penting kerana kajian bahasa tidak akan menjadi sempurna jika tidak ada unsur makna. Semantik menjadi amat penting dalam tatabahasa, dan tanpanya, kita mungkin dapat membina atau melafazkan ayat atau ujaran yang tepat dari segi rumusnya tetapi tidak tepat dari segi ilmu semantik. Contohnya, kita tidak boleh menerima ayat Kerusi itu sedang menyampaikan ucapan di Dewan Gemilang, sebagai ayat yang betul, walaupun ayat ini menepati aturan bahasa, iaitu menurut susunan subjek dan predikat (S + P) di dalamnya. Hal ini kerana maknanya adalah taksa. Tegasnya, maklumat semantik amat penting dalam linguistik. 5.1 Sinonim dan Antonim

5.1.1 Sinonim Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Secara umumnya, sinonim disebut sebagai perkataan seerti , misalnya perkataan kereta dan motokar, sejuk dan dingin, suka dan gemar, ganggu dan kacau, lupus dan luput, loncat dan lompat dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, terdapat kamus sinonim yang mengandungi senarai perkataan seerti bahasa Melayu. Dalam semantik, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman, konteks, laras sosial, dan kolokasi. 5.1.1.1 Sinonim Pinjaman Belalang bermakna pepatung dalam kebanyakan dialek Melayu. Walau bagaimanapun, dalam dialek Perak, belalang bermakna cakcibau. Dalam dialek Kedah, batas ialah jalan raya, yang maksud konvensionalnya ialah timbunan tanah yang menjadi sempadan petak-petak sawah. 5.1.1.2 Sinonim Konteks Perkataan jemput dan undang banyak digunakan dalam konteks protokol. Sebenarnya, jemput digunakan dalam konteks lisan, manakala undang dalam konteks tulisan. Ini bermakna konteks mewujudkan perkataan yang sama makna. 5.1.1.3 Sinonim Laras Sosial Perkataan-perkataan tersebut digunakan dengan berdasarkan status. Misalnya penyanyi ialah orang yang bernyanyi manakala biduan bermaksud status yang tinggi dalam profesionalisme seni. 5.1.1.4 Sinonim Kolokasi Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri. Contohnya perkataan banyak dan ramai mempunyai makna yang sama. Contoh ayat, Banyak kilang kekurangan tenaga pekerja mahir dan Ramai pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut. Perkataan banyak boleh digunakan sama ada bagi manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan benda tetapi pastikan perkataan tersebut bermakna apabila digunakan tanpa kata sifat. Jika anda menyebut Banyak pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut akan menunjukkan makna yang salah. Alasannnya, ramai (untuk manusia sahaja) hanya bermakna jika ada kata sifat (gembira) dalam ayat tersebut. 5.1.2 Antonim Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna yang tidak sama. Secara umumnya, antonim disebut sebagai perkataan berlawanan, misalnya sejuk lawannya panas, baik lawannya jahat, cantik lawannya hodoh, tinggi lawannya rendah, miskin lawannya kaya dan sebagainya. Namun demikian, tidak semua perkataan mempunyai pertentangan makna satu lawan satu seperti contoh tersebut. Oleh itu kata nafi tidak kadang kala digunakan bagi menunjukkan pertentangan makna tersebut, misalnya perkataan lena lawannya tidak lena ataupun mati bermaksud tidak hidup. Terdapat beberapa jenis antonim seperti: (a) Antonim pasangan komplemen (b) Antonim hubungan darjah (c) Antonim hubungan bertentangan 5.1.2.1 Antonim pasangan komplemen

Antonim pasangan komplemen merupakan pasangan perkataan berlawanan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Cotohnya, perkataan tidur-jaga, hidup-mati, duduk-bangun, tajam-tumpul, kembang-kuncup, sihat-sakit, gembira-sedih, luas-sempit, kecil-besar, panjangpendek, keras-lembik dan sebagainya. Selain itu, perkataan perkataan seperti tidak hidup-mati, dan tidak mati-hidup, tidak tidurjaga dan tidak jaga-tidur dan sebagainya juga termasuk dalam antonim jenis ini. 5.1.2.2 Antonim hubungan darjah Jenis kedua ialah pasangan kata antonim yang menunjukkan hubungan darjah seperti perkataan besar-kecil, tebal-nipis, tinggi-rendah, panjang-pendek, kurus-gemuk dan sebagainya. Makna kata adjektif yang menunjukkan pasangan kata ini mempunyai hubungan rujukan dengan benda yang dimaksudkan. Sebagai contoh, sebatang kayu itu dikatakan bersaiz panjang dengan merujuk kepada kayu itu secara spesifik berbanding dengan kayu yang sama jenis. Selain itu, perkataan itu sendiri tidaklah menggambarkan darjah secara mutlak. Sebagai contoh, perkataan kecil pada kerbau kecil sebenarnya menunjukkan darjah dan makna yang tidak sama pada perkataan tikus kecil. Demikian juga perkataan laju bagi merujuk kepada kereta lumba tentulah tidak sama darjahnya jika merujuk kepada kereta biasa. 5.1.2.3 Antonim hubungan bertentangan Jenis pasangan kata antonim yang ketiga dinamakan hubungan bertentangan. Dalam hal ini, kedua-dua pasangan kata itu dari segi semantiknya membawa makna yang setara, misalnya beri-terima, jual-beli, murid-guru, majikan-pekerja dan sebagainya. Contohnya jika X beri barang pada Y bermakna Y akan terima barang itu. 5.2 Hiponim, Homonim dan Polisem 5.2.1 Hiponim Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai contoh, melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga. Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam erti kata lain ialah kata umum yang mempunyai lingkungan atau anggotanya terdiri daripada kata yang khusus. 5.2.2 Homonim Homonim merujuk kepada hubungan antara homonim. Iaitu dua kata atau lebih yang mempunyai, sama ada bunyi atau ejaan yang sama, tetapi berlainan makna. Perkataan yang mempunyai sebutan yang sama, tetapi berbeza makna seperti yang disebutkan tadi dikatakan mempunyai hubungan homonim. Sebagai contoh, perkataan kepala yang membawa maksud ketua tidak sama maknanya dengan kepala kereta api. kepala manusia dan kepala surat. Penggunaan homonim dalam pertuturan atau ayat boleh menimbulkan kekeliruan jika tidak berlatar belakangkan konteks tertentu. Hal ini kerana homonim mempunyai sebutan dan bentuk ejaan yang sama, tetapi berbeza dari segi makna. 5.2.3 Polisem Polisem ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada secara konseptual atau sedarjah. Dengan kata lain, polisem ialah hubugan kata atau frasa yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama. Sebagai contoh, kata bantu tentang boleh bermaksud berkaitan sesuatu perkara. Ada masanya perkataan tentang boleh membawa maksud lawan, seperti dalam ayat Kita tentang habis-habisan. Contoh lain ialah perkataan bisa yang membawa maksud sakit sangat dan boleh. Dalam perbualan di Indonesia, secara normalnya bisa digunakan untuk menggantikan

perkataan boleh. Berdasarkan contoh-contoh tersebut, tentang dan bisabervariasi maknanya, tetapi kewujudan polisem ditinjau dengan berasaskan konteks penggunaan. 6. Makna Ayat Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis. Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap perkataan dan setiap ayat lazimnya dikaitkan sekurang-kurangnya dengan satu makna. Bagi ayat persoalannya sangat rumit. Dalam setiap bahasa untuk membentuk suatu ayat, perkataan hendaklah disusun dan untuk mendapatkan makna ayat bergatung pada makna perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut. Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang mempunyai tiga makna. Adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan tanpa membawa apa-apa makna.Dalam konteks berbahasa, kita beranggapan bahawa pendengar atau penulis memehami makna yang ingin di sampaikan sehinggakan kita mengabai ataupun tidak menyebut atau menulis beberapa perkataan. Dalam bahasa Melayu makna ayat boleh dibahagikan makna konotatif dan makna denotatif. 6.1 Pengembangan Makna Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pemgembangan makna dan penyempitan makna. Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik dan menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan Wilson (1980) bahawa pengkajian makna belum dapat dipastikan makna sepenuhnya mengikut apa yang dihajati pleh penutur. Cakupan makna sekarang lebih luas daripada makna yang lama. Contohnya berlayar, dulu digunakan dengan pengertian bergerak di laut dengan memakai layar, tetapi sekarang semua tindakan mengarungi lautan atau perairan dengan alat apa saja disebut berlayar . Dahulu kata bapa hanya dipakai dalam hubungan biologis, sekarang semua orang yang lebih tua atau lebih tinggi kedudukannya disebut bapa sedangkan segala orang yang dianggap sama darjatnya disebutsaudara. 6.2 Penyempitan Makna Menurut Chaer (1995), Pateda (1986), penyempitan makna ialah gejala yang terjadi pada kata yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas,kemudian menjadi makna yang cukup terbatas hanya pada makna tertentu sahaja. Sedangkan Keraf (1986:97) menyatakan bahawa penyempitan makna sebuah kata ialah proses perubahan makna kata daripada makna yang lebih luas kepada makna yang lebih khusus atau spesifik. Sebagai contoh kata ahli membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga, sanak -saudara atau orang-orang yang memasuki sesuatu golongan. Walau bagaiman apun kata ahli juga telah disempitkan kepada makna orang yang mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau disebut juga pakar dalam sesuatu bidang. 7. Peristilahan Bahasa Melayu 7.1 Definisi Istilah Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591), istilah ialah kata, gabungan kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam sesuatu bidang ilmu atau profesyen. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya.

Menurut Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1992: 1-3) Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah ( termasuklah kumpulan istilah yang dihasilkannya). Tata istilah atau terminology pula merupakan kumpulan istilah bagi satu -satu bidang tertentu yang dibentuk menurut peraturan-peraturan yang ada. Misalnya, tataistilah matematik yang ada yang telah dibentuk berdasarkan sistem tertentu. Manakala tatanama ialah kumpulan peraturan untuk menentukan nama dalam bidang ilmu (termasuklah kumpulan nama yang dihasilkannya). Terdapat perbezaan kata biasa dengan kata istilah. Kata biasa atau kata umum ialah kata-kata biasa di dalam bahasa. Namun demikian, kata umum boleh menjadi istilah. Kata istilah ialah kata yang penggunaannya dan maknanya khusus pada bidang tertentu. Contohnya, kata hidrogren, nitrogen, neonatal, fonem, alofon, alormof dan morfem merupakan istilah khusus dalam bidang masing-masing. 7.1.1 Morfem dan Proses Peristilahan Morfem ialah unit atau fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar dan imbuhan yang digunakan dalam pembentukan istilah. Proses pembentukan istilah Bahasa Melayu ialah pengimbuhan, pengandaan dan penggabungan. 7.1.2 Kata akar Kata akar ialah kata yang belum mendapat imbuhan. Misalnya: rumah, asid, algebra dan sebagainya. 7.1.3 Imbuhan dan Pengimbuhan Imbuhan ialah morfem yang digunakan untuk mencipta istilah melalui proses pengimbuhan. Misalnya: ber- (berinteraksi), -an (hasilan), peN- -an (pemprosesan). 7.1.4 Penggandaan Penggandaan ialah ulangan kata dasar sama ada sebahagian (rambut = rerambut) atau seluruh (kacang = kacang-kacang) untuk membentuk istilah. 7.1.5 Gabungan Gabungan ialah cantuman dua kata atau lebih untuk membentuk istilah melalui proses penggabungan. Ada 16 kata majmuk yang mantap seperti setiausaha, warganegara, bumiputera dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ada juga antara istilah yang digunakan di dalam konteks umum. Dewan Bahasa dan Pustaka (2004), menjelaskan bahawa hal ini berlaku apabila istilah itu digunakan dengan kerap oleh masyarakat pengguna bahasa, dan penggunaannya itu tersebar melalui media massa. Contohnya, kata taqwa merupakan istilah dalam bidang keagamaan Islam dan belanjawan iaitu istilah dalam bidang ekonomi (dewasa ini istilah bajet digunakan), sekarang ini kata-kata berkenaan sudah digunakan secara am di dalam penggunaan bahasa sehari-hari. Usaha penggubalan istilah di Malaysia bermula selepas tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam tahun 1956. 7.2 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan yang penting di dalam pembentukan istilah bahasa Melayu. Di dalam bidang bahasa, DBP berperanan membina korpus dan menyebarkan melalui buku buku istilah, tatabahasa dan perkamusan. Bahagian pembinaan dan pengembangan bahasa bertanggungjawab membina dan memperkembangkan istilah, mengadakan penyelidikan dan menyebarkan hasil pemerolehan mereka. Badan ini juga bertanggungjawab mengawal penggunaan bahasa dengan mengeluarkan risalah dan panduan umum kepada sektor awam dan sektor swasta di samping menyediakan khidmat nasihat. Peranan utama DBP ialah melaksanakan usaha bagi memenuhi matlamat Bahagian Peristilahan DBP. Oleh itu, antara peranan yang dilaksanakannya ialah;

Mengumpul istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. Membentuk istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. Memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. Menerbitkan istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem, sesuai dengan matlamat penyebaran dan pemasyarakatan istilah. Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan mengadakan kerjasama dengan Indonesia dan Brunei Darussalam melalui MABBIM, dan negara-negara lain. 7.3 Peranan MABBIM MABBIM ialah sebuah badan kebahasaan serantau yang dianggotai oleh tiga negara, iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Asalnya badan ini dinamai Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM), yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972. Matlamat penubuhan MABBIM ini untuk membina dan mengembangkan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan di tiga buah negara anggota tetap berkenaan. Pendek kata MABBIM bertujuan untuk mendaulat, menyebar dan mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa peradapan yang tinggi bukan sahaja di rantau malah di dunia. 7.4 Dasar Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Pada tahun 1950-an, apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan diluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen Persekutuan Tanah Melayu, pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan dan ditingkatkan. Dengan itu, istilah sains dan teknologi perlu diadakan dengan segera. Bagi mendapat hasil yang seragam dan lebih cepat maka disusun pedoman pembentukan ini sejak tahun 1950-an. Adalah dilarang kita mengambil sembarangan bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti acid, asiditi, dan asidik, kerana bentuk bentuk morfologi Melayu berlainan dengan morfologi bahasa Inggeris. Manakala pada penghujung akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah disusun semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci. Berdasarkan pedoman yang baharu itu ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi dasar, cara dan pedoman, iaitu: i. Pembentukan istilah baru hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden; ii. Istilah baru hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat pemakai bahasa; iii. Pembentukan istilah baru, dalam semua bidang ilmu atau yang popular, hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia; iv. Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia; dan v. Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah asal atau istilah antarabangsa. 7.5 Prinsip Pembentukan Istilah Usaha usaha memajukan istilah Melayu lebih aktif selepas tahun 1975. DBP dengan kerjasama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Pedoman Umum Pembentuk Istilah. Jawatankuasa ini berfungsi untuk menghasilkan istilah yang seragam antara

Malaysia dengan Indonesia. Di samping itu, badan ini juga bertanggungjawab mengembangkan istilah Melayu dan menghasilkan istilah yang lebih khusus, abstrak dan tepat bersesuaian dengan bidang bidang ilmu yang terdapat di Malaysia. Di dalam proses pembentukan istilah, jawatankuasa ini lebih mengutamakan asas bahasa Melayu atau bahasa bahasa serumpun. Pinjaman juga turut dilakukan. Kerja kerja penggubalan istilah dan pembentukan istilah berdasarkan kepada beberapa prinsip tertentu. Istilah boleh dibentuk dengan menggunakan; i. Kata tunggal iaitu kata yang tanpa imbuhan. ii. Kata terbitan. iii. Kata ganda. iv. Kata gabungan. 7.5.1 Istilah Kata Tunggal (Tanpa Imbuhan) Istilah yang berupa bentuk dasar dipilih antara golongan kata utama, saperti kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Contoh: Kata nama: buruj constellation rawan gristle cahaya light Kata kerja: pecut accelerate Imbas scan reka invent Kata adjektif: kenyal elastic Rawak random Cemas anxious Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:26) menjelaskan akronim adalah kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Contoh : Cerpen cereka FELDA tabika kugiran JKR pawagam RISDA MRSM MARA ADUN PJK BERNAMA PLUS perhilitan KOBENA BERNAS berdikari 7.5.2 Istilah Kata Terbitan Istilah yang berupa kata terbitan dibina daripada kata dasar dengan imbuhan awalan, akhiran, sisipan atau apitan. Istilah kata terbitan ini juga termasuk kata dasar yang menerima imbuhan bahasa Sanskrit, Arab dan Jawa. 7.5.2.1 Paradigma kata dengan imbuhan berContoh: belajar pelajar pelajaran bertapa pertapa pertapaan bertani petani pertanian 7.5.2.2 Paradigma dengan Penambah me(N)-

Contoh: Menulis penulis penulisan tulisan mengajar pengajar pengajaran ajaran mengamal pengamal pengamalan amalan membesar pembesar pembesaran mengubah pengubah pengubahan 7.5.2.3 Paradigma dengan me(N)-, berContoh: memberhentikan - pemberhentian - perhentian -pembelajar pelajaran 7.5.2.4 Paradigma kata dengan me(N)-, perContoh: Mempersatukan pemersatu pemersatuan persatuan Memperoleh pemeroleh pemerolehan perolehan mempelajari pelajar - pelajaran 7.5.2.5 Paradigma kata dengan ke - an Contoh: saksi Kesaksian bermakna Kebermaknaan terbuka Keterbukaan penduduk Kependudukan sesuai kesesuaian 7.5.2.6 Paradigma Kata dengan Sisiapan -en-, -er-, -el-, -em-, -inContoh: Gigi gerigi susu tenusu tapak telapak kuncup kemuncup sambung sinambung 7.5.3 Istilah Kata Ganda Istilah yang terdiri daripada kata ganda boleh merupakan gandaan kata dasar sepenuhnya atau sebahagiannya dengan atau tanpa imbuhan atau perubahan bunyi. 7.5.3.1 Ganda Penuh Contoh: langit-langit kanak-kanak labi-labi paru-paru buku-buku guru-guru 7.5.3.2 Ganda Suku Kata Awal Contoh: Tetikus rerongga jejari Cecair rerambut kekisi 7.5.3.3 Ganda Suku Kata Awal dengan Imbuhan Contoh: dedaunan pepohonan jejarian

7.5.3.4 Kata Ganda Berentak Contoh: Warna-warni Batu-batan Serta-merta Bengkang-bengkok Bolak-balik Hingar-bingar Dolak- dalih Mundar- mandi 7.5.4 Istilah Bentuk Gabungan (majmuk) Istilah boleh dibentuk dengan menggabungkan dua kata atau lebih. Semua unsur dalam gabungan ini terdiri daripada bentuk bebas, sama ada sudah mendapat imbuhan atau tanpa imbuhan. 7.5.4.1 Tanpa Imbuhan: Contoh: garis lintang atas aras laut daftar masuk mesin atur huruf mesin kira tangan segi empat tepat ganda tiga kamera laut dalam 7.5.4.2 Dengan Imbuhan Pada Salah Satu Unsurnya Contoh- contoh seperti : saksi pendakwa pelarasan gaji dalam talian atas talian mengambil alih menerima pakai penerima janji gelombang melintang 7.5.4.2 Dengan Imbuhan pada kedua-dua Unsur Contoh - contoh seperti: Jagaan perlindungan kedudukan anggaran Perjanjian ditandatangani perbelanjaan terealisasi 7.6 SUMBER ISTILAH BAHASA MELAYU 7.6.1 Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum bahasa Melayu termasuk kata dari dialek atau bahasa lama. Sesuatu kata yang dipilih untuk dijadikan istilah itu hendaklah memenuhi syarat yang berikut; kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan. kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim). Contoh: Hospital dan rumah sakit, dipilih hospital Fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang. 7.6.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa serumpun dengan bahasa Melayu sekiranya tidak terdapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu, Contoh contoh seperti: gambut (daripada bahasa Banjar) peat nyeri (daripada bahasa Sunda) pain engkabang (daripada bahasa Iban) ellipenut

dermaga (daripada bahasa klasik) wharf dening (daripada dialek Kelantan) yoke 7.6.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asal Sekiranya istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan bahasa serumpun dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil kata-kata daripada bahasa asal atau bahasa asing. Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk ejaannya di dalam bahasa sumber (perlu disesuaikan) tetapi penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Untuk tujuan keseragaman, bahasa Inggeris yang dianggap paling internasional dijadikan sebagai bahasa sumber melainkan konsep yang berkenaan tidak ada istilahnya dalam bahasa Inggeris. Contoh contoh seperti:

Istilah Bahasa Asal Atom Electron Professional Psychology Structure Radio Television Radiography

Istilah Bahasa Melayu Atom Elektron Profesional Psikologi Struktur Radio Televisyen Radiografi

7.6.3 Penyerapan Istilah Asing Istilah asing boleh dipinjam atas dasar; Sesuai maknanya; Lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya; Istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan, sekiranya istilah bahasa Melayunya mempunyai banyak sinonim. 7.6.3.1 Bentuk-Bentuk Serapan Kata yang diambil daripada bahasa asing terdiri daripada bentuk akar atau terbitannya. Hal ini bergantung pada: Konteks situasi dan pemakaiannya di dalam ayat; Kemudahan belajar bahasa; dan Kepraktisan. Pada prinsipnya diambil bentuk tunggal contohnya, spectrum (spektrum) kecuali kalau bentuk jamaknya yang lebih biasa dipakai. 7.6.3.2 Istilah Asing yang sudah lazim Istilah asing yang sudah lama digunakan boleh terus dipakai walaupun ada kalanya istilah berkenaan tidak sesuai dengan peraturan. Hal ini dilakukan untuk menjauhkan kekacauan dan kekeliruan. Contoh contoh seperti :

Istilah Asing Campaign

Istilah Bahasa Melayu Kempen

Custom Dengue Grant Pension

Kastam Denggi Geran Pencen

7.6.3.3 Pembentukan Istilah Pelbagai Bidang Pelbagai istilah telah digubal dan dibentuk di dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh, istilah istilah mengikut bidang berkenaan diberikan di bawah: (a) Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Bahasa Inggeris Audioconferencing Autosave Broadcast Client-server Connection-oriented network Data scrambler Digital camera Digital certificate Digital purse Digital signature
(b) Istilah Undang Undang

Bahasa Melayu Sidang audio Autosimpan Siaran;siar Pelanggan-pelayan Rangkaian berorientasikan sambungan Pengarau data Kamera digital Sijil digital Dompet digital Tandatangan digital Bahasa Melayu Perintah pentadbiran Gangguan awam Hak sivil Pendakwaan dua kali Kekebalan diplomatik Ekstradisi Fraud Pesalah buruan Hak asasi Kajian semula kehakiman Kesahan Mala fide Tatacara mandatory Anak negeri Keadilan asasi Bahasa Melayu Capaian Tanda aras Kursor Pangkalan data

Bahasa Inggeris Administrative order Civil disorder Civil rights Double jeopardy Diplomatic immunity Extradiction Fraud Fugitive offender Fundamental rights Judicial review Legitimacy Mala fide Mandatory procedure Native Natural justice
a) Istilah Komputer

Bahasa Inggeris Access Bench mark Cursor Data base

Download End user Font Hardware Integrated circuit Local area network
b) Ekonomi / Pentadbiran Perniagaan

Muat turun Pengguna akhir Fon Perkakasan Litar bersepadu Rangkaian kawasan setempat Bahasa Melayu Kunci kira-kira Pinjaman penyambung Beli habis Harga beli balik Keluaran sampingan Laba modal / keuntungan modal Aliran tunai Perakuan kuasa Ketua pegawai eksekutif Surat ikatan amanah Iklim pelaburan Hutang jangka pendek Pembiayaan jangka pendek Ejen tunggal Jawatankuasa pemandu Bahasa Melayu Dewan besar Bankuet Hotel jimat / hotel kelas ekonomi Bufet Pusat khidmat urusan Daftar masuk Daftar keluar Koktel Guna siang Bilik mewah Bilik kelamin Bilik majlis Jamuan tengah hari Katil-kembar Pramusaji Bahasa Melayu Fotografi abstrak

Bahasa Inggeris Balance sheet Bridging loan Buy out Buy-back price By-product Capital gain Cash flow Certificate of authorization Chief executive officer Deed of trust Investment climate Long term debt Short-term financing Sole agent Steering committee
c) Istilah Perhotelan

Bahasa Inggeris Ballroom Banquet Budget hotel Buffet Business centre Check-in Check-out Cocktail Day use Deluxe room Double room Function room Luncheon Twin bed Waiter (L); waitress (P)
d) Fotografi

Bahasa Inggeris Abstract photography

Between-the-lens shutter Camera angle Daylight film Effective aperture Flash Ground-angle view Half-length portrait Invisible light Latitude of exposure Main lighting Out of focus Periscopic lens Quartz lens Reflect camera
e) Istilah Matematik dan Statistik

Pengatup antara kanta Sudut kamera Filem warna cahaya siang Apertur berkesan Dengar Pandangan sudut bawah Potret separuh Cahaya halimunan Latitude dedahan Pencahayaan induk Luar fokus Periskop Kanta kuarza Kamera reflex Bahasa Melayu Kabel arial Afin Geometri afin Aneka afin Agregat Pengagregatan Berdaya agregat; pengagregatan Indeks pengagregatan Model berdaya agregat

Bahasa Inggeris Aerial cable Affine Affine geometry Affine variety Aggregate Aggregation Aggregative Aggregative index Aggregative model

7.7 Cabaran Cabaran Pembentukan Istilah Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa istilah amat mencabar. Kritikan yang dilemparkan kepada mereka datang bertubi tubi, khusus daripada kalangan yang kurang memahami rasional di belakang pemilihan sesuatu istilah; dan kritikan sinis ini sering terdengar. Walau bagaimanapun, bagi orang bahasa, linguis dan pendidik, mereka amat memahami keputusan yang telah dibuat; mereka akur pada istilah yang telah dibentuk dan menerimanya dengan hati terbuka. Bagi orang yang tidak memahaminya, tidak semudah untuk mencapai kesepakatan dan persetujuan di dalam pembentukan istilah baru; tentu sekali banyak cabarannya. Walau apapun kritikan yang dilemparkan jawatankuasa istilah tetap dengan pendirian mereka. Hakikatnya kerja yang mereka lakukan berpandu kepada dua kriteria umum: Kepesatan ilmu : i. Perkembangan ilmu dalam bidang-bidang tertentu. ii. Penyerapan istilah-istilah baru mengikut perkembangan semasa. Kepakaran : i. Kekurangan pakar di dalam bidang tertentu. ii. Penentuan sumber istilah (bahasa asal, bahasa serumpun, bahasa pinjaman)

7.8 Konsep dan definisi singkatan dan Lambang 7.8.1 Definisi Singkatan Menurut Kamus Dewan (2007: 1501) menyatakan singkatan ialah kependekan, ringkasan , merupakan gejala umum dalam pemakaian bahasa. Manakala Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (2008: 66) Akronim adalah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan utuh. Beliau menyatakan ada tiga cara pembentukan akronim. Manakala Asmah Hj. Omar (2009:27) akronim adalah kata selapis yang dibentuk dengan menggunakan suku kata pada kata-kata unsur. Menurut Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu KPM (1992:15) singkatan terbentuk dengan empat cara melalui penggunaan : a) Menggugurkan satu bahagian atau lebih bahagian daripada dasarnya. Misalnya : lab ( laboratory) b) Menyingkatkan huruf ejaan, tetapi sebutannya seperti bentuk lengkap. Misalnya: sin - sinus cm - sentimeter cos - konsinus hab - habitat c) Menggabungkan suku kata atau bahagian kata. Misalnya: Mara - Majlis Amanah Rakyat Perkim - Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Bernama - Berita Nasional Malaysia Tadika - taman didikan kanak kanak Cerpen - cerita pendek Kugiran - kumpulan gita rancah Berdikari - berdiri dengan kaki sendiri Pawagam - Panggung wayang gambar Perkeso - Pertubunhan Keselamatan Sosial d) Menggabungkan huruf pangkal setiap kata, istilah begini dipanggil akronim. Misalnya: JKR - Jabatan Kerja Raya TLDM - Tentera Laut DiRaja Malaysia IPGKTAR - Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak LUTH - Lembaga Urusan Tabung Haji ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia ADUN - Ahli Dewan Undangan Negeri IKIM - Institut Kefahaman Islam Malaysia 7.8.2 Definisi Lambang Menurut Kamus Dewan Edisi keempat ( 2007: 876) Lambang ialah tanda yang mewakili entiti linguistik seperti bunyi, fonem,suku kata, morfem dan kata yang diterima dalam transkripsi fonetik atau sistem tulisan. Lambang huruf ialah singkatan khusus berdasarkan kebiasaan yang terdiri daripada satu huruf atau lebih tanpa titik di belakangnya, dan digunakan untuk menandai sesuatu konsep. Contoh :

meter - meter - m kilogram - kilogram - kg second - saat - s ampere - ampere - A degree - darjah - K candela - kandela - cd radian - radian - rad steradian - steradian - st mole - mol - mol hecto - hekto - h centi - senti - c mega - mega - M giga - giga - G 7.9 EJAAN DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU 7.9.1 Ejaan Transliterasi Dalam Bahasa Melayu Kamus Dewan (2007:1712) menyata transliterasi ada penukaran huruf perkataan daripada abjad sesuatu tulisan (misalanya tulisan Arab kepada huruf yang selaras bunyinya dalam abjad sistem tulisan lain (seperti Rumi). Ejaan Transliterasi atau alih huruf boleh mengikut perakuan ISO untuk huruf Arab (Perakuan ISO-R233) atau Perakuan ISO-R315 huruf Yunani. Contoh transliterasi Arab. Contoh : Bismillahirrahmanirrahim muslimin hajah fikir hadith Muslimat ustaz ghaib zakat akad lafaz solat iman Talak imam taubat haji ustazah 8.2 Ejaan Transkripsi Dalam Bahasa Melayu Transkripsi ialah penulisan sebutan yang menunjukkan sebutan dalam bahasa yang bersangkutan. Istilah asing yang diserapkan ke dalam bahasa Melayu tanpa diterjemahkan, pada umumnya ditranskripsikan lebih dahulu. Misalnya: bureau - biro police - polis ambulance - ambulans Ejaan nama khas, yang dalam bahasa sumber ditulis dengan huruf Latin, tidak diubah. Sekiranya nama khas itu ditulis dengan huruf lain, maka diambil ejaannya yang dalam bahasa Inggeris dan kemudian disesuaikan dengan bahasa Melayu. Misalnya: Baekelund Cannizzaro Aquadag Dacron Keops Dmitri Ivanovic Mendeleev Anton Chekhov Mao Tze Tung

Nekad Hari ini aku bertekad untuk mencari dia walaupun aku tak pasti di mana dia berada. Aku hanya tahu alamat tempat kerjanya. Alamat rumah juga ada tapi aku tak pasti sama ada dia ada di rumah atau sedang bekerja. Dia bekerja shif menyukarkan aku tahu kerana jadual kerjanya aku tak tahu. Inilah kalau

komunikasi tiada di antara kami berdua. Berbekalkan duit yang cukup-cukup untuk aku tambang pergi balik dan duit kecemasan aku pergi mencari dia ke kota. Aku tahu tindakanku ini amat bodoh kerana tanpa arah akan membahayakan aku dan anak kecilku. Melihat wajah si kecil melonjak keriangan kerana dapat berjalan-jalan. Apalah anak kecil ini mengerti tentang gelodak dalam hatiku.Dia suamiku telah beberapa bulan tiada berita dan aku harus bertemu dengannya kerana ingin memberitahu tentang masalah rumah yang kami anak beranak tinggal akan di sita. Perjalananku dua jam mengelisahkan hatiku kerana aku bimbang tidak dapat bertemu dengannya dan apa pula akan terjadi. Aku nekad sekiranya aku tidak bertemu dengannya kali ini aku sendiri akan pergi dari hidupnya buat selama-lamanya. Tiba di stesen aku terus mendapatkan teksi terus ke tempat kerjanya. Memang malang nasibku kerana dia tiada. Airmataku deras mengalir.."Umi,nape nanggis", kata anak kecil berumur 4 tahun yang petah bercakap. "Em..tiada apa-apa nak. Cuma habuk masuk ke mata umi". Begitulah pembohonganku pada si kecil setiap kali nampak aku menangis. Aku melangkah dengan longlai hanya satu arahku menuju ke rumahnya .Aku menahan teksi terus ke flat tempat tinggl dia. Sekali lagi nasibku amat malang dia tiada. Rumahnya berkunci. Aku dan anak kecil hanya menanti di pintu keletihan. Setelah kufikir-fikir, lebih baik aku pulang saja ke kampung halaman kerana tiada guna lagi aku menanti dan mencari sedangkan dia tahulah ke mana harus mencariku nanti. Aku sendiri harus berusaha untuk menyelesaikan segala masalahku.. Hanya itu saja tekadku. Aku akan pergi dari kehidupan dia buat selamanya dan menganggap dia tiada lagi dalam hidupku.Sepanjang perjalanan airmataku sudah kering dan tidak akan menangis lagi. Itulah janjiku. Aku berikrar akan mempastikan kehidupan anak-anakku akan terjamin walau tanpa bantuan dia suamiku. Biarlah segala yang berlaku ini menjadi satu pengajaran padaku.
Kami cuba analisis beberapa istilah yang terkandung dalam teks cerpen di atas berdasarkan bentuk-bentuk istilah.

Akar bebas anak suamiku rumah stesen shif jadual teksi duit

berimbuhan bertekad mencari bekerja menyukarkan berdua berbekalkan kecemasan mencari

gabungan

gandaan

prototaip shift Komunikasi (communication) Stesen (station) Teksi (taxi)

paradigma

tempat kerja Cukupcukup Bekerja shif Berjalanjalan Jadual kerja Selamalamanya Kami Apa-apa berdua pergi balik Fikir-fikir Duit Anakkecemasan anak Anak kecil Melonjak keriangan

tambang kota habuk flat pintu kampung

membahayakan melihat melonjak

keriangan bertemu terjadi bertemu mendapatkan mengalir berumur bercakap menuju menahan berkunci menanti berusaha perjalanan berikrar mempastikan kehidupan terjamin bantuan menjadi pengajaran menganggap ANALISIS GOLONGAN KATA DI DALAM CERPEN NEKAD Bil Perkataan Golongan kata Catatan 1 bertekad Kata kerja Kata kerja terbitan 2. dia Kata nama Kata ganti nama diri ketiga 3. hanya Kata tugas Kata bantu ragam 4. sedang Kata bantu Kata bantu aspek 5. Cukup-cukup Kata adjektif Kata adjektif gandaan seluruh 6. ke Kata tugas Kata sendi nama 7. bodoh Kata adjektif Kata adjektif sifatan 8. kerana Kata tugas Kata arah 9. dalam Kata tugas Kata arah 10. rumah Kata nama Kata nama am konkrit 11. dua Kata tugas Kata bilangan tentu 13. apa Kata tugas Kata tanya 14. sekiranya Kata tugas Kata hubung pancangan keterangan 15. teksi Kata nama Kata nama konkrit

Tempat kerjanya Anak kecil Kampung halaman Air mata

16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25.

memang longlai sekali amat kehidupan perjalanan sudah halaman bantuan walau

Kata tugas Kata adjektif Kata tugas Kata tugas Kata nama Kata nama Kata tugas Kata nama Kata kerja Kata tugas

Kata penegas Kata adjektif sifatan Kata penguat belakang Kata penguat hadapan Kata nama am abstrak Kata nama am abstrak Kata bantu aspek Kata nama am konkrit Kata kerja terbitan Kata hubung pancangan keterangan

Bil 1.

Frasa walaupun

Jenis Frasa Frasa sendi nama

Kajian Semantik Kata hubung pancangan keterangan

Keterangan Kata hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yng mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa , iaitu sama ada masa lampau, masa kini, atau masa hadapan. Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap.

Contoh Ayat Hari ini aku bertekad untuk mencari dia walaupun aku tak pasti di mana dia berada.

2.

Alamat : petanda

Frasa nama

Medan makna (sinonim)

Aku hanya tahu alamattempat kerjanya.

3.

sedang

Frasa sendi

Kata bantu aspek

Alamat rumah juga ada tapi aku tak pasti sama ada dia ada di rumah atau sedangbekerja.

4.

bekerja

Frasa kerja

Kata kerja aktif

Dia bekerja shif menyukarkan aku tahu kerana jadual kerjanya

5.

Cukup-cukup

Frasa adjektif

Kata adjektif ukuran

6.

Duit : wang

Frasa nama

Medan makna (sinonim)

7.

bodoh

Frasa adjektif

Kata adjektif sifatan atau keadaan

8.

dua

Frasa sendi nama

Kata bilangan

9.

mendapatkan Frasa kerja

Kata kerja aktif transitif

10.

deras

Frasa adjektif

Kata adjektif

Kata adjektif ukuran ialah jenis perkataan yang membawa pengertian ukuran sebagai unsur keterangan. Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yng mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang member pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsure keterangan nama Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut. Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Kata adjektif cara ialah jenis perkataan yang

aku tak tahu. Berbekalkan duit yangcukupcukup untuk tambang pergi balik dan duit kecemasan aku pergi mencari dia ke kota. Berbekalkan duit yang cukup-cukup untuk tambang pergi balik dan duit kecemasan itu aku pergi mencari dia ke kota.

Aku tahu tindakanku ini amatbodoh kerana tanpa arah akan membahayakan aku dan anak kecilku.

Perjalananku dua jam menggelisahkan hatiku kerana aku bimbang tidak dapat bertemu dengannya dan apa pula akan terjadi

Tiba di stesen aku terusmendapatkan teksi terus ke tempat kerjanya.

Air mataku mengalir deras.

11.

longlai

Frasa adjektif

12.

anak kecil

Frasa nama

13

dalam

Frasa nama

14.

segala

Frasa sendi

membawa pengertian keadaan kelakuan atau ragam , sebagai penerang kata nama. Kata adjektif Kata adjektif jenis sifatan atau ini terdiri daripada keadaan perkataan yang member pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama. Istilah Bentuk Kata majmuk Gabungan ialah bentuk kata (majmuk) yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Kata arah Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Kata Kata bilangan bilangan yang menunjukkan bilangan tak tentu.

Aku melangkah denganlonglai hanya satu arahku menuju ke rumahnya.

Aku dan anak kecil hanya menanti di pintu keletihan.

Aku akan pergi dari kehidupan dia buat selamanya dan menganggap dia tiada lagi dalam hidupku.

Biarlah segala yang berlaku ini menjadi satu pengajaran padaku.

Berdasarkan teks ini, kami cuba melihat dari sudut peristilahan Bahasa Melayu. Istilah ialah: (a) Pinjaman terjemah (b) Pinjaman terus
Analisis teks dalam bidang leksikal dilihat dari sudut:

1. Antonim: Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna yang tidak sama. Menyukarkan - memudahkan Bodoh pandai Suami isteri Malang untung Kecil besar Petah gagap Deras perlahan Menangis ketawa Longlai gagah 2. Sinonim: Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Duit wang Bodoh dungu Pergi bertolak, berangkat Keriangan kegembiraan Mengerti tahu Berita khabar Bimbang khuatir Bertemu berjumpa Nekad tabah Stesen perhentian Malang tidak bernasib baik Petah - gagap Nampak lihat Berkunci bermangga Pulang balik Menanti menunggu Menangis ketawa Pengajaran pedoman 3. Hiponim Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai contoh, melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim

kepada bunga. Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai contoh, melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga. Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam erti kata lain ialah kata umum yang mempunyai lingkungan atau anggotanya terdiri daripada kata yang khusus. Rumah : Rumah banglo Rumah teres Rumah pangsa Rumah papan Rumah berkembar Rumah rehat Rumah sewa Rumah kedai Rumah kongsi Rumah mayat Rumah pam Stesen: Stesen bas Stesen keretapi Stesen minyak Stesen teksi Stesen kaji cuaca Stesen angkasa lepas Jam: Jam tangan Jam dinding Jam loceng Jam randik Jam penggera Jam matahari Jam air Jadual: Jadual waktu Jadual kerja Jadual belajar Jadual tuisyen Jadual bertugas Jadual perjalanan bas Jadual peperiksaan Duit:

Duit syiling Duit kertas Duit raya Duit zakat Duit sedekah Duit rasuah Duit pengeras Duit simpanan Duit palsu Duit judi Kering: Lada kering Daun kering Ikan kering Udang kering Hati kering 4. Homonim: Homonim merujuk kepada hubungan antara homonim. Iaitu dua kata atau lebih yang mempunyai, sama ada bunyi atau ejaan yang sama, tetapi berlainan makna. Alamat dalam petikan cerpen ini adalah membawa maksud alamat rumah. Alamat dalam kontek lain pula membawa maksud sebagai petanda akan berlakunya sesuatu. Sedang dalam petikan ini adalah membawa maksud sedang melakukan sesuatu. Sedang dalam konteks lain mungkin membawa maksud menceritakan saiz sesuatu yang tidak kecil dan tidak besar.
5. Polisem

Polisem ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada secara konseptual atau sedarjah. Dengan kata lain, polisem ialah hubugan kata atau frasa yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama. Perkataan berada di dalam petikan cerpen ini adalah membawa maksud sedang menetap di sesuatu tempat. Dalam situasi lain perkataan berada boleh membawa maksud orang kaya. Kami analisis pula teks ini dari sudut grammatikal. 1. Ayat grammatikal mempunyai unsur frasa yang menggambarkan kesedihan. (i) Memang malang nasibku kerana dia tiada. Perkataan malang dalam ayat di atas membawa maksud berasa kecewa kerana hasrat yang tidak tercapai untuk bertemu dengan suaminya. 2. Ayat grammatikal mempunyai unsur frasa yang menggambarkan kegembiraan. (i) Melihat wajah sikecil melonjak keriangan kerana dapat berjalan-jalan.

Perkataan melonjak keriangan dalam ayat ini menunjukkan watak dalam cerpen di atas berasa sangat gembira kerana dia berpeluang berjalan-jalan di kota. 3. Ayat grammatikal mempunyai unsur frasa yang menggambarkan ketakutan. (i) Perjalananku dua jam menggelisahkan hatiku kerana aku bimbang tidak dapat bertemu dengannya dan apa pula akan terjadi. Perkataan bimbang dalam ayat ini menunjukkan watak dalam cerita ini berasa risau,.Frasa ini menggambarkan ketakutan seseorang. 4. Ayat grammatikal mempunyai unsur frasa yang menggambarkan suspen. (i) Hari ini aku bertekad untuk mencari dia walaupun aku tak pasti di mana dia berada. Frasa tak pasti di mana dia berada membawa maksud watak dalam cerita ini tidak tahu lokasi suaminya berada ketika dia ke rumah suaminya dengan menaiki bas. Teks ini mementingkan aspek sebutan, intonasi dan perbendaharaan kata. Cerita ini melambangkan kesedihan seperti di dalam sinopsis di bawah. SINOPSIS CERITA Cerita ini mengisahkan seorang isteri yang hidup menderita kerana telah ditinggalkan oleh suaminya. Dia tidak pasti di mana suaminya berada sekarang. Demi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh dirinya, dia telah nekad membawa anak kecilnya ke kota dengan berbekalkan sedikit wang sebagai perbelanjaan. Sepanjang perjalanan yang memakan masa selama dua jam, dia berasa begitu gelisah kerana bimbang tidak dapat bertemu dengan suaminya. Dia telah bertekad iaitu jika tidak Berjaya bertemu dengan suaminya, dia akan kembali ke kampong halaman dan tidak akan menemui suaminya lagi. Dia sudah pasrah dan akan menerima apa juga ketentuan. Dia lebih mengutamakan kehidupan anak-anaknya. TEMA Cerpen ini bertemakan kekecewaan hati seorang isteri yang telah ditinggalkan suaminya tanpa khabar berita. PERSOALAN Cerpen ini membawa satu situasi yang dialami oleh seorang isteri yang berkeadaan serba salah disebabkan suaminya bertindak menghilangkan diri. Disebabkan dia menghadapi satu masalah besar iaitu rumahnya hendak disita, maka dia terpaksa menggagahkan diri pergi ke kota untuk mencari suaminya. Sekiranya suaminya gagal ditemui, dia telah mengambil keputusan untuk menetap sahaja di kampung halaman demi untuk kesejahteraan anak-anaknya. Dia tidak lagi memerlukan suaminya.
Kesimpulan Bahasa merupakan alat komunikasi manusia yang tidak terlepas dari erti atau makna pada setiap perkataan yang diucapkan. Semantik merupakan salah satu cabang ilmu yang dipelajari dalam penyelidikan linguistik. Dalam semantik kita mengenal yang disebut klasifikasi makna, relasi makna, perubahan makna, analisis makna, dan makna pemakaian bahasa. Semantik adalah subdisiplin linguistik yang membicarakan makna iaitu makna kata dan makna kalimat.

REFLEKSI Saya rasa amat bersyukur kerana akhirnya saya berjaya juga menyiapkan KKBI ini telah menghadapi berbagai jenis halangan. Sebenarnya saya berasa kebingungan ketika proses penyiapan ini sedang dilakukan. Ini adalah kerana soalan yang dikemukakan agak sukar untuk difahami. Saya telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencari maklumat yang diperlukan. Saya telah mencari maklumat yang diperlukan melalui pembacaan di perpustakaan, modul, internet dan perbincangan dengan rakan-rakan serta para pensyarah. Setelah berjaya menyiapkan tugasan ini, saya telah mendapat banyak maklumat yang sangat berguna untuk diketahui oleh saya . Maklumat ini akan saya gunakan untuk memantapkan lagi mutu pengajaran dan penggunaan bahasa saya dalam kehidupan harian. Tugasan KKBI ini telah mendedahkan saya kepada bidang kajian semantik yang pada pendapat saya begitu luas sekali. Sesungguhnya bidang kajian Bahasa Melayu amatlah luas. Terlalu banyak bidang yang perlu diketahui oleh saya selaku seorang pelajar PGSR Bahasa Melayu. Melalui KKBI ini juga, saya berpeluang membuat kajian terhadap analisis cerpen yang bertajuk Nekad. Cerpen ini walaupun kelihatan pendek sahaja, tetapi mempunyai banyak aspek bahasa yang boleh dikaji. Bidang kajian pula boleh terdiri daripada berbagai sudut yang terdapat di dalam bidang sintaksis. Analisis teks cerpen ini memerlukan saya banyak membuat rujukan daripada buku Tatabahasa Dewan REFLEKSI Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian. Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek BMM 3111 Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu, saya berasakan tugasan ini amat payah dan sukar untuk dilaksanakan memandangkan ini adalah subjek baru kepada saya. .Saya berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada saya tentang semantik dan peristilahan bahasa Melayu amatlah sedikit. Namun dengan bantuan pensyarah-pensyarah, rakan - rakan dan sedikit ilmu pengetahuan mengenai semantik dan peristilahan bahasa Melayu dapat saya meneruskan tugasan ini walaupun terdapat masalah kekangan waktu. Cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari nota yang berkaitan dan seterusnya mengkaji aspek makna dalam semantik dan pembentukan istilah berdasarkan cerpen pilihan yang bertajuk Nekad. Di sini kumpulan kami telah berjaya mengkaji dan membuat analisis melalui aspek perbendaharaan kata dan istilah serta makna leksikal dan makna grammatikal. Aspek-aspek ini dihubungkaitkan dengan bidang semantik dan peristilahan. Sesungguhnya untuk mengkaji dan menganalisis cerpen bukanlah sesuatu yang mudah dan perlu menghayatinya dengan penuh kesungguhan.

Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan tentang semantik dan peristilahan bahasa Melayu dapat saya kumpulkan dan saya perolehi maklumat-maklumat tersebut melalui buku-buku terutamanya buku Tatabahasa Dewan dan sumber internet. Akhirnya dengan usaha gigih yang saya lakukan, banyak ilmu yang saya perolehi dan akan saya gunakan ilmu ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti. Ilmu yang saya perolehi ini terutamanya membuat analisis mengenainya akan dapat membantu saya dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di peringkat sekolah atau peringkat yang lebih tinggi. Secara amnya, tugasan ini bukan sekadar memenuhi peruntukan yang disenaraikan untuk pemarkahan sahaja, namun ia memberi kekuatan dan pengetahuan yang lebih meluas mengenai ilmu semantik dan peristilahan bahasa Melayu. Sebagaimana yang kita ketahui semantik merupakan bidang kajian tentang makna sama ada pada peringkat perkataan atau ayat.Manakala istilah pula merupakan kata atau perkataan atau rangkai kata atau gabungan kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Bidang kajian tentang makna dalam bahasa Melayu merupakan sesuatu yang menarik untuk dikaji. Berbagai maklumat dan input yang berguna dapat saya perolehi melalui tugasan yang diberikan ini .Sebagai seorang pendidik, ianya amat penting dan berguna sekali dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.. Sebagai guru, tugasan ini akan saya jadikan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah sekiranya saya diberi peluang untuk mengajar subjek ini nanti. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggitinggi penghargaan kepada yang telah banyak membantu kumpulan kami dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan. Akhir kata ,dalam menyiapkan tugasan ini,saya berharap agar hasil kajian tugasan ini dapat menepati kehendak dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak tuan dan puan.