Anda di halaman 1dari 3

7.

PENILAIAN

Ujian pos dan pentadbiran soal selidik kali kedua dijalankan bagi mengenal pasti keberkesanan Kad Dalil Avu Zar Zad dalam menangani masalah murid tidak mahir menulis Jawi. Selain itu, laporan saya berkenaan dengan perubahan sikap dan tingkah laku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran akan turut digunakan bagi memperjelaskan lagi sama ada objektif menjalankan kajian iaitu untuk meningkatkan kemahiran murid dalam menulis Jawi tercapai atau sebaliknya. Berikut huraian secara terperinci: 7.1 Ujian Pos

Ujian pos adalah untuk mengesan sama ada berlaku peningkatan dalam kemahiran murid dengan mengenal pasti peratus murid lulus dalam ujian menulis Jawi. Huraian adalah mengikut objektif khusus kajian seperti berikut: 7.1.1 Objektif 1 : Untuk memastikan kelulusan 100% bagi ujian menulis suku kata mudah dalam tulisan Jawi dalam kalangan 30 murid Tahun 2 Optimis setelah menggunakan Teknik Dalil Murid telah menjalani ujian pos. Soalan ujian yang digunakan semasa ujian pra digunakan semula. Soalan ujian mengarahkan murid menulis suku kata mudah dalam tulisan Jawi berpandukan gambar-gambar objek. Perbandingan keputusan yang dicapai murid dalam ujian pra dan pos adalah seperti dalam Jadual 5.

Jadual 7.1 Perbandingan Keputusan Ujian Pra Dan Ujian Pos Iaitu Sebelum Teknik Dalil Dan Selepas Teknik Dalil Ujian Pra Ujian Pos Gagal 100% Lulus 0% Gagal 0% Lulus 100%

Jadual menunjukkan semua murid yang gagal semasa ujian pra telah lulus dalam ujian pos. ini menunjukkan Teknik Dalil telah dapat meningkatkan kemahiran 30 orang murid 2 Optimis mengenali huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi dan menulis suku kata mudah bagi tulisan Jawi. Dapatan ini juga menunjukkan objektif menjalankan kajian ini iaitu untuk memastikan 100% murid lulus dalam ujian setelah menggunakan teknik Dalil telah tercapai. 7.1.2 Untuk memastikan kelulusan 100% bagi ujian menyambung huruf-huruf Jawi dalam kalangan 30 orang murid Tahun 2 Optimis setelah menggunakan Teknik Avu Zar Zad. Soalan kedua ujian pos ialah untuk murid-murid menyambung huruf-huruf tunggal Jawi. Soalan yang digunakan juga adalah sama dengan soalan yang digunakan semasa ujian pra. Analisis data adalah seperti dalam Jadual 6 di bawah: Jadual 7.2 Perbandingan Keputusan Ujian Pra Dan Ujian Pos Iaitu Sebelum Teknik Avu Zar Zad Dan Selepas Teknik Avu Zar Zad Ujian Pra Ujian Pos Gagal 100% Lulus 0% Gagal 20% Lulus 80%

Berdasarkan dapatan dalam Jadual 6, didapati Teknik Dalil Avu Zar Zad berjaya menjadi pemangkin perubahan markah yang ketara terhadap para murid. Walaupun ujian pos menunjukkan 20% peratus murid masih gagal, namun ini tidak memberi makna kegagalan teknik ini meningkatkan kemahiran murid. Kajian ini mendapati murid-murid yang gagal dalam ujian

pos adalah adalah mereka yang tidak mengikuti sepenuhnya sesi pengajaran dan pembelajaran seperti murid-murid lain. Dapatan ini juga menunjukkan objektif kajian tindakan ini iaitu untuk meningkatkan kemahiran 30 orang murid Tahun 2 Optimis mengenal huruf-huruf Jawi yang boleh dan tidak boleh disambung serta menyambung huruf-huruf tunggal menggunakan Teknik Avu Zar Zad dengan memastikan 100% murid lulus dalam ujian telah tercapai. 7.2 Pentadbiran soal selidik

Soal selidikditadbir sekali lagi bagi mengenal pasti minat murid terhadap mata pelajaran Jawi setelah

Anda mungkin juga menyukai