Anda di halaman 1dari 21

1.

0 Pengenalan Strategi pengajaran yang sesuai akan memberi impak kepada keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran murid. Oleh itu, seorang guru haruslah menguasai pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai supaya objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai.

1.1 Objektif Kerja Kursus Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: a. Membuat pemerhatian teliti terhadap pengajaran dan pembelajaran sains. b. Mengenalpasti strategi pengajaran dan pembelajaran sains yang digunakan oleh guru. c. Membincangkan kelemahan dan kekuatan strategi 1.2 Skop Tugasan Tugasan ini memerlukan pengkaji mencerap sekurang-kurangnya dua seisi pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah semasa pengkaji menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS/SBE). Tugasan ini mengkaji strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru dan menilai kekuatan dan kelemahan sesi pengajaran tersebut. Selain itu, tugasan ini juga membincangkan cabaran yang dihadapi oleh guru dalam

melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Tugasan ini juga melibatkan penghasilan laporan yang menyeluruh tentang sesi pengajaran dan pembelajaran sains yang merangkumi: a. Pemerhatian secara terperinci sesi pengajaran dan pembelajaran yang dicerap. b. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru. c. Kekuatan dan kelemahan. d. Cabaran yang dihadapi oleh guru.

2.0 Laporan Sesi Pengajaran dan Pembelajaran Sains Sekolah Rendah. Pada 19 Ogos 2013 23 Ogos 2013, saya Lee Chee Heung telah menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS/SBE) di Sekolah Rendah Kebangsaan Sung Siew, Sandakan, Sabah. Saya telah mencerap tiga (3) sesi pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah di SRK Sung Siew masing-masing pada 20, 22 dan 23 Ogos 2013 pada kelas yang berbeza serta darjah yang berbeza iaitu pada Kelas 6 Harmoni, Kelas 4 Amanah dan Kelas 3 Cekap (kelas pemulihan). 2.1 Hasil Pemerhatian dan Pencerapan Pengajaran dan Pembelajaran Sains Pendidikan Rendah Berikut merupakan hasil pencerapan pengajaran dan pembelajaran iaitu pencerapan pengajaran dan pembelajaran 1, pencerapan pengajaran dan pembelajaran 2 dan pencerapan pengajaran dan pembelajaran 3.

Hasil Pencerapan Pengajaran dan Pembelajaran 1

WAKTU/JAM 15 minit pertama (8.40 a.m 8.55 a.m)

AKTIVITI GURU 1. Cikgu lewat masuk (4 minit). 2. Guru masuk ke dalam kelas & memberi salam (8.44 a.m) 3. Memberi nasihat ramai murid-murid tidak hadir kelas tambahan pada hari kelmarin. 4. Menyuruh pelajar mengelap papan putih. 5. Mula mengajar cara-cara menjawab

AKTIVITI MURID Murid-murid memberi salam kepada guru yang masuk. Pelajar duduk di tempat masing masing. Murid-murid memberi kerjasama yang baik.

CATATAN Guru mengajar maklumat yang salah kepada murid matahari tidak pernah bertambah panas, suhu bumi meningkat kerana kesan rumah hijau, aktiviti harian manusia dll.

soalan sains Peka. 6. Isi kandungan matahari bertambah panas, tiada pokok yang melindungi bumi, paras air laut meningkat, mengaitkan penebangan hutan dengan peningkatan paras air laut. 15 minit kedua (8.55 a.m 9.10 a,m) 1. Membincangkan soalan UPSR yang lalu jenis-jenis soalan yang keluar. 2. Cara menjawab soalan. 3. Memberi kertas soalan sebagai latihan pengukuhan kepada murid. 4. Guru menyuruh murid-murid duduk di tempat duduk masing-masing. 5. Guru mengajar dan menjelaskan soalan yang murid tidak faham. 15 minit ketiga (9.10 a.m 9.25 a.m) 1. Menjelaskan soalan asid & alkali. 2. Sesi soal jawab. 3. Perbincangan antara guru dengan muridmurid. Murid-murid melibatkan dengan diri sesi soal jawab dengan guru. Guru memberi galakkan kepada murid-murid untuk menjawab soalan. Perbincangan keluar dari topik P&P masuk topik Murid-murid memberi perhatian dan kerjasama yang baik semasa guru sedang membincangkan soalan-soalan UPSR yang lalu. Murid-murid membuat latihan pengukuhan yang diberikan oleh guru. Murid-murid bergerak ke tempat duduk kawan. Guru tiba-tiba keluar dan bercerita dengan guru yang lain di luar kelas. Hanya sebahagian murid yang membuat soalan yang diberikan. Sebahagian murid tidak menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar berborak dengan kawan.

permakanan & mi segera, guru memberi nasihat kepada muridmurid supaya mengurangkan pengambilan mi segera. 15 minit terakhir (9.25 a.m 9.40 a.m) 1. Guru meneruskan perbincangan yang berkaitan dengan P&P asid & alkali (air garam, minyak masak dll) 2. Guru bercerita tentang proses penghasilan minyak galian dan perbezaan dengan minyak masak (pengetahuan am). 3. Guru mengajar murid-murid membuat kesimpulan. 4. Guru menyuruh murid-murid siapkan soalan yang seterusnya. 5. Menjelaskan soalan yang seterusnya. 6. Loceng berbunyi. 7. Kelas tamat. Murid-murid memberi perhatian semasa guru menjelaskan tentang asid & alkali. Murid-murid menjawab soalan guru dan melibatkan diri secara aktif dalam sesi soal jawab. Guru bermain dengan telefon pintar peribadi selepas menyuruh murid menyiapkan soalan yang seterusnya. Sesi soal jawab berlangsung. Berlakunya interaksi dua hala antara muridmurid dengan guru.

Hasil Pencerapan Pengajaran dan Pembelajaran 2

WAKTU/JAM 15 minit pertama (11.30 a.m 11.45 a.m)

AKTIVITI GURU 1. Menyediakan stoteskop, kanta pembesar, binokular 2. Guru menyuruh murid-murid masuk ke dalam makmal. 3. Guru memberi salam. 4. Proses P&P bermula mengajar fungsifungsi teleskop, binokular, telefon, microfon, megafon.

AKTIVITI MURID Murid-murid menunggu di luar makmal sementara guru menyediakan bahan P&P. Murid-murid masuk ke dalam makmal. Murid memberi salam. Murid membuat bising. Murid-murid belajar menggunakan stetoskop. Murid-murid belajar menggunakan kanta pembesar.

CATATAN Tiada pembantu makmal di sekolah guru perlu menyediakan bahan-bahan pengajaran sendiri. Penjelasan guru kurang jelas.

15 minit kedua (11.45 a.m 12.00 p.m)

1. Guru memberi stetoskop kepada murid-murid. 2. Guru memberi kanta pembesar kepada murid-murid.

Proses pembelajaran inquiri penemuan berlaku murid-murid mencuba untuk menggunakan stetoskop. Suasana di dalam makmal bising. Murid-murid di luar kawalan guru. Murid-murid bergerak dari meja ke meja di dalam makmal. Sebahagian kecil murid bermain di dalam makmal.

15 minit ketiga (12.00 p.m 12.15 p.m)

1. Guru menyuruh murid-murid untuk mencuba

Murid-murid belajar untuk menggunakan

Kelas menjadi huruhara. Ada sebahagian murid 5

menggunakan binokular. 2. Guru menyuruh murid-murid keluarkan buku kerja. 3. Menyuruh semua murid-murid lelaki berdiri dan membaca nota yang terdapat dalam buku kerja. 4. Guru menyuruh murid-murid menyiapkan soalan di buku kerja m/s 72. 15 minit terakhir (12.15 p.m 12.30 p.m) 1. Guru membincangkan soalan & jawapan di buku kerja dengan murid-murid. 2. Guru menyuruh murid-murid membaca jawapan mereka. 3. Guru membetulkan jawapan murid-murid yang salah. 4. Guru menyuruh murid-murid mengeja alat-alat teknologi seperti binokular, komputer, stetoskop, kren. 5. Bertanya kepada murid-murid fungsifungsi alat tertentu.

binokular. Murid-murid lelaki berdiri dan membaca nota seperti yang disuruh oleh guru.

yang tidak menumpukan perhatian.

Murid-murid membaca jawapan mereka. Murid-murid membetulkan jawapan yang salah. Murid-murid mengeja nama alat-alat teknologi. Menjawab soalan guru fungsi alat teknologi tertentu.

Suasana bilik darjah agak bising. Sebahagian kecil murid-murid bermain.

6. Guru memberi sedikit kerja rumah kepada muridmurid. 7. Loceng berbunyi tamat persekolahan.

Hasil Pencerapan Pengajaran dan Pembelajaran 3

WAKTU/JAM 15 minit pertama (3.30 p.m 3.45 p.m)

AKTIVITI GURU 1. Bagi salam. 2. Bertanya kepada murid-murid apa itu penyerapan. 3. Bertanya kepada murid-murid objekobjek yang menyerap air & objek-objek yang kalis air. 4. Membahagikan semua murid-murid kepada 2 kumpulan. 5. Memberi kad manila kepada murid-murid dan menyuruh murid-murid untuk membincang dan menulis objek kalis air & objek serap air atas kad manila.

AKTIVITI MURID Bagi salam. Menjawab soalan yang ditanya oleh cikgu. Bergerak ke dalam kumpulan masingmasing. Mengambil kad manila dan berbincang dalam kumpulan seterusnya menulis hasil perbincangan di atas kad manila.

CATATAN Kelas bising & huruhara. Sebilangan kecil murid lelaki bertengkar kerana percanggahan idea dan jawapan.

15 minit kedua (3.45 p.m 4.00 p.m)

1. Mengambil kembali kad manila dan menampal kedua-

Murid-murid mengangkat dan menurunkan

Murid-murid teruja melihat jawapan mereka disemak dan 7

dua kad manila di atas papan putih. 2. Guru meminta murid-murid mengangkat tangan & menurunkan tangan supaya mereka senyap. 3. Menyuruh muridmurid secara individu untuk membacakan apa yang tertulis di atas kad manila di depan kelas. 4. Menyemak jawapan di hadapan semua murid. 15 minit ketiga (4.00 p.m 4.15 p.m) 1. Guru mengembalikan buku kerja kepada murid. 2. Guru menyuruh murid-murid membaca soalan. 3. Menjelaskan soalansoalan kepada murid-murid. 4. Guru menyuruh murid-murid menyiapkan soalan di dalam buku kerja (m/s 57). 15 minit terakhir (4.15 p.m 4.30 p.m) 1. Guru menyuruh murid masukkan borang pentaksiran

tangan seperti yang disuruh diam. Membaca jawapan yang tertulis di atas kad manila.

dibetulkan oleh guru.

Murid-murid mengambil buku mereka di hadapan. Membaca soalan dan menyiapkan soalan di dalam buku kerja (m/s 57).

Sebahagian murid tidak menumpukan perhatian dan tidak membuat kerja.

Murid-murid memasukkan borang pentaksiran

Murid-murid bergerak di dalam kelas mengambil fail PBS

berasaskan sekolah ke dalam fail PBS masing-masing. 2. Menyuruh muridmurid hantar buku kerja yang sudah siap. 3. Bergerak kepada murid-murid yang belum siap dan memberi tunjuk ajar. 4. Menyuruh muridmurid membuka buku teks dan baca. 5. Guru menjelaskan fungsi-fungsi sesuatu objek dalam situasi berikut kain pengelap, baldi, mop, topi keledar, baju hujan, tayar, baju, paip & singki. 6. Objek serap air dan objek kalis air. 7. Loceng berbunyi.

berasaskan sekolah ke dalam fail PBS masingmasing. Murid-murid menghantar buku kerja yang sudah siap. Mengeluarkan buku teks dan membaca buku teks. Mendengar penjelasan cikgu tentang fungsifungsi sesuatu objek serap air dan kalis air.

masing-masing dan masukkan borang pentaksiran sekolah. Suasana kelas agak bising.

2.2 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai amat penting dalam memastikan sesuatu objektif pengajaran itu tercapai. Secara keseluruhannya, melihat kepada ketiga-tiga hasil pencerapan pengajaran dan pembelajaran di atas, guru telah menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran yang berbeza. Antaranya ialah strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan ialah strategi pemusatan guru, iaitu guru akan banyak memberi penerangan dan murid

akan duduk dan mendengar penerangan daripada guru. Sebagai contohnya, semasa pencerapan pengajaran dan pembelajaran 1 pada masa 15 minit pertama, guru telah mengajar murid cara-cara untuk menjawab soalan sains peka dengan menggunakan strategi pemusatan guru. Seperti sedia maklum, di bawah strategi pengajaran dan pembelajaran ini guru memainkan peranan yang utama. Buktinya, guru telah menjelaskan cara-cara untuk menjawab soalan sains peka dengan mengenal pasti jenis soalan dan murid-murid hanyalah duduk dan mendengar penerangan guru sambil menyalin jawapan di papan putih. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru ini sesuai kerana hampir semua murid-murid di dalam kelas tersebut mendapat keputusan B, 2 orang murid mendapat A, 2 orang murid mendapat C dan tiada murid yang gagal dalam peperiksaan percubaan UPSR barubaru ini.

Strategi pemusatan guru guru sedang memberi penjelaskan kepada murid-murid cara untuk menjawab soalan sains peka.

Selain itu, strategi pemusatan murid juga digunakan oleh guru. Sebagai contohnya, pada masa tertentu, guru akan mengajukan soalan kepada murid-murid supaya murid-murid akan dapat berfikir dan berlakunya interaksi dan komunikasi antara guru dan murid secara dua hala. Hal ini demikian kerana aktiviti soal jawab atau kaedah menyoal ini memerlukan murid untuk memainkan peranan yang penting, iaitu menjawab soalan yang diajukan oleh guru kepadanya. Dengan ini, guru dapat membimbing murid untuk berfikir dan bertindak balas dengan memberi jawapan

10

kepada

mereka.

Strategi

pemusatan

murid

juga

akan

dapat

membantu

perkembangan murid akan menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani, emosi dan sosial. Buktinya, semasa pencerapan pengajaran dan pembelajaran 1 dijalankan, guru mengajukan soalan-soalan yang memerlukan pemikiran kritis seperti adakah ubat bersifat alkali? memandangkan ubat mempunyai salah satu sifat alkali iaitu pahit. Soalan-soalan sedemikian akan membimbing murid-murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Pada pencerapan pengajaran dan pembelajaran 2, guru telah menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan bahan pelajaran. Tajuk yang diajar oleh guru pada hari tersebut ialah teknologi di sekeliling kita dan guru telah menyediakan alat-alat teknologi seperti stetoskop, kanta pembesar, binokular dan sebagainya sebagai bahan pelajaran pada hari tersebut. Seterusnya, guru memberikan stetoskop, kanta pembesar dan binokular kepada murid secara satu persatu. Menurut pemerhatian dan pendapat saya sendiri, strategi pengajaran dan pembelajaran ini dapat memberi pengalaman secara langsung kepada murid-murid untuk mencuba menggunakan sesuatu alat teknologi. Selain itu, guru juga menggunakan strategi pemusatan murid di mana guru akan mengajukan soalan atau pertanyakan bagi membimbing murid-murid untuk berfikir.

Strategi berpusatkan bahan pelajaran Guru memberikan salah satu bahan pelajaran (stetoskop) kepada murid-murid untuk mencuba menggunakan bahan pelajaran tersebut. Berlakunya interaksi antara murid dengan bahan pelajaran.

11

Pada pencerapkan pengajaran dan pembelajaran 3 pula, guru telah menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran koperatif. Hal ini demikian kerana guru telah membahagikan murid-murid kepada dua kumpulan dan memberikan mereka kad manila dan pen marker untuk menulis jenis bahan yang serap air dan jenis bahan yang kalis air bersertakan contoh alat yang diperbuat daripada bahan tersebut. Namun begitu pada pendapat saya sendiri, guru tersebut tidak patut membahagikan semua murid-murid di dalam kelas kepada 2 kumpulan sahaja. Hal ini demikian kerana bilangan murid di dalam kelas tersebut adalah ramai dan pembahagian murid kepada 2 kumpulan dalam bilangan yang besar akan menyebabkan sebilangan besar murid-murid tidak dapat belajar kerana keciciran yang berlaku. Secara kesimpulannya, semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru biasa menggunakan lebih daripada satu strategi pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai akan memastikan objektif pengajaran tercapai ataupun tidak.

Kedua-dua kumpulan murid sedang berbincang dan menulis jawapan di atas manila kad. 2.3 Kekuatan dan Kelemahan Berikut merupakan kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam setiap sesi pengajaran sains yang telah dicerap oleh saya sendiri semasa saya melaksanakan pengalaman berasaskan sekolah di SRK Sung Siew, Sandakan, Sabah pada 19 23 Ogos 2013. Kekuatan dan kelemahan setiap pencerapan akan dianalisis dalam bentuk jadual dan dibahagikan kepada pencerapan 1, pencerapan 2 dan pencerapan 3. Pencerapan 1 Kekuatan Guru telah menekankan pengajaran cara menjawab soalan peperiksaan Kelemahan Objektif pengajaran tidak dinyatakan dengan jelas. 12

sebanyak 2 orang pelajar mendapat A, 2 mendapat C dan yang lain mendapat B, tiada pelajar yang gagal dalam peperiksaan percubaan UPSR. Keadaan kelas terkawal. Interaksi dua hala berlaku dan muridmurid digalakkan untuk memberi pendapat mereka. Perkembangan murid yang menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, sosial, jasmani dan emosi. Murid-murid lebih memahami faktafakta yang disampaikan oleh guru kerana guru menggunakan strategi pemusatan guru dan strategi pemusatan murid.

Proses pengajaran dan pembelajaran yang agak bosan yang kurang menarik.

Terdapat sebahagian kecil murid yang tidak menumpukan perhatian. Guru tidak menjelaskan sesuatu fakta sains dengan tepat dan padat.

Pencerapan 2 Kekuatan Proses pengajaran dan pembelajaran tidak membosankan murid. Murid-murid dapat belajar melalui inquiri penemuan. Murid-murid dapat belajar melalui aktiviti yang bermakna melalui pengalaman langsung. Kelemahan Guru menyediakan bahan pelajaran pada waktu kelas lewat memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak dapat mengawal kelas. Kelas bising dan huru-hara. Murid-murid bermain di dalam makmal sains - murid terdedah kepada risiko kecederaan. Sebahagian kecil murid tidak menumpukan perhatian dan terdapat juga sebahagian murid yang tidak melibatkan diri secara aktif. 13

Pencerapan 3 Kekuatan Murid dapat belajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Berlaku dengan interaksi murid antara murid membantu Kelemahan Bilangan murid yang tercicir ramai kerana bilangan murid dalam keduadua kumpulan terlalu ramai. Banyak daripada murid tidak melibatkan diri secara aktif mereka hanya berdiri dan membiarkan

perkembangan sosial murid. Murid-murid dapat berkongsi pengalaman sesama sendiri muridmurid sendiri sekumpulan menceritakan dengan tentang pengalaman rakan-rakan kepentingan

beberapa orang rakan mereka yang membuat kerja. Kelas terlalu bising dan huru-hara keadaan kelas tidak terkawal. Guru tidak memanfaatkan masa

bahan kalis air dan bahan serap air dalam kehidupan seharian mereka.

proses pengajaran dan pembelajaran dengan sepenuhnya.

2.4 Cabaran Yang Dihadapi Oleh Guru Melalui pemerhatian saya, saya berpendapat bahawa cabaran yang dihadapi oleh setiap orang guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran ini ialah menarik perhatian murid supaya menumpukan perhatian kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid yang berusia 7-12 tahun di sekolah rendah mempunyai keinginan bermain dan sifat ingin tahu yang tinggi. Namun begitu, seorang guru haruslah berusaha untuk menarik perhatian murid untuk belajar. Bukan itu sahaja, seorang guru haruslah memastikan tiada keciciran murid berlaku. Seorang guru bukan hanyalah mengajar satu kelas atau dua kelas tetapi lebih daripada bilangan itu. Dan semestinya kelas yang setiap orang guru ajar bukanlah seorang dua tetapi banyak. Kelas 6 Harmoni yang telah dicerap oleh saya mempunyai bilangan pelajar yang agak ramai, iaitu 39 orang murid namun begitu semua kelas ini mempunyai 2 orang murid yang berjaya mendapat A dalam mata pelajaran sains, 35 orang murid mendapat B dan 2 orang murid mendapat C. Ini

14

merupakan satu keputusan yang agak memberangsangkan kerana tiada murid yang gagal mata pelajaran sains dalam peperiksaan percubaan UPSR. Selain itu, guru haruslah juga mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang sains dan pengetahuan umum supaya boleh mengajar murid-murid. Oleh sebab itu, guru haruslah membanyakkan pembacaan supaya tidak ketinggalan zaman dan sentiasa dapat memberi pengetahuan yang baru kepada murid-murid lebih-lebih lagi dalam mata pelajaran sains. Melalui pemerhatian saya di sekolah, banyak tenaga pengajar yang mengajar mata pelajaran sains di sekolah merupakan bidan terjun kerana mereka bukanlah mengambil major atau minor dalam pendidikan sains semasa mereka menuntut di IPTA atau IPTS. Oleh sebab itu, guru haruslah mengambil inisiatif dalam mendidik anak bangsa. Guru haruslah membanyak pembacaan yang berkaitan dengan mata pelajaran sains sekolah rendah supaya lebih banyak ilmu yang dapat disalurkan kepada murid-murid. Selain itu, guru juga haruslah mengambil tahu tentang strategi pengajaran dan pembelajaran sains seperti pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti sains seperti penyiasatan, eksperimen, peristiwa bercanggah dan sebagainya bagi menarik minat dan perhatian murid-murid dalam pembelajaran sains. Seterusnya, kelengkapan sains di sekolah juga merupakan satu cabaran yang harus dihadapi oleh guru. Seperti yang sedia maklum, tidak semua sekolah mempunyai kelengkapan dan kemudahan yang lengkap, apa lagi kelengkapan sains yang diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam perkara ini, guru tidak harus mengambil masalah tiada kelengkapan sebagai alasan untuk tidak menjalankan aktiviti sains di sekolah. Selain itu, ketiadaan pembantu makmal juga merupakan satu cabaran kepada semua guru-guru sains di sekolah. Semasa saya melaksanakan pencerapan, saya mendapati bahawa guru sains terpaksa menyediakan alat dan bahan pengajaran di makmal sendiri. Oleh sebab itu, guru bolehlah datang lebih awal ke makmal untuk menyediakan alat dan bahan yang diperlukan. Guru haruslah mengharungi cabaran ini tanpa supaya proses pengajaran dan pembelajaran tidak terjejas oleh ketiadaan pembantu makmal. Seterusnya, guru juga haruslah menanamkan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran sains supaya murid-murid tidak menjadi seorang yang menyalahgunakan sains pada satu hari nanti. Seperti yang kita sedia maklum, sains merupakan satu bidang yang menyelamatkan nyawa manusia, menyenangkan hidup 15

manusia dan memudahkan hidup manusia. Namun begitu pada masa yang sama, sains juga meragut nyawa berjuta-juta manusia dalam sekelip mata di medan perang, senjata kimia dan biologi menyebabkan bayi yang dilahirkan cacat untuk berkurun lamanya, dan bom nuclear dan hydrogen boleh meragut manusia tanpa had. Oleh sebab itu, guru sains haruslah menanamkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid kita supaya menjadi seorang yang memberi sumbangan kepada sejagat dan bukannya seorang pembunuh pada satu hari nanti. Sebagai kesimpulannya, cabaran yang perlu dihadapi oleh seorang guru adalah banyak. Namun begitu, itu sudah menjadi tugas seorang guru untuk mengharungi segala cabaran yang ada dan bukannya menjadikan cabaran sebagai satu halangan dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang dapat memberi sumbangan kepada masyarakat, negara dan sejagat.

3.0 Refleksi Semasa melaksanakan kerja kursus ini, saya telah mendapat banyak pengalaman yang tidak ternilai harganya. Antara pengalaman yang yang saya perolehi ialah semasa saya melaksanakan pencerapan di sekolah semasa saya menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS/SBE) di SRK Sung Siew, Sandakan, Sabah. Semasa saya melaksanakan pencerapan di sekolah, saya telah melihat sendiri bagaimana guru-guru di sekolah melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah. Saya mendapati bahawa untuk mengajar muridmurid bukanlah satu perkara yang mudah. Hal ini demikian kerana murid-murid mempunyai keinginan untuk bermain dan sifat ingin tau yang tinggi. Selain itu, muridmurid juga mudah berasa bosan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya mereka akan tidak menumpukan perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut pakar yang mengkaji otak manusia, otak manusia hanya boleh memberi tumpuan untuk 30 minit pertama dan akan mula hilang tumpuan sekiranya dilanjutkan masanya. Ini bermakna murid-murid hanya dapat memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran untuk 30 minit pertama dan akan mula hilang tumpuan selepas itu. Oleh sebab itu, untuk sekolah rendah jadual setiap masa hanyalah mempunyai 30 minit sahaja. Namun begitu, masa pengajaran dan pembelajaran sains biasanya mempunyai 2 masa iaitu bersamaan dengan 60 minit. Oleh itu guru haruslah mencari

16

jalan untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran sepanjang masa menarik dan tidak membosankan murid-murid supaya murid-murid dapat menumpu perhatian yang sepenuhnya dalam proses pembelajaran mereka. Selain itu, saya juga melihat bagaimana guru-guru mengajar mata pelajaran sains di sekolah rendah. Mereka tidak menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang menarik seperti eksperimen, penyiasatan atau aktiviti

bercanggah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya sendiri telah berinterkasi dengan salah seorang guru sains sekolah dan kami telah berbual tentang teknik-teknik pengajaran sains di sekolah rendah dan menengah dan cabaran yang dihadapi. Saya telah menjelaskan kepada beliau tentang cara untuk menarik perhatian murid-murid untuk belajar aktiviti dan fenomena sains dan beliau tidak pernah mengetahui tentang strategi pengajaran sains melalui peristiwa bercanggah. Namun begitu saya difahamkan bahawa kebanyakkan daripada guruguru sains di sekolah tidak mengambil pendidikan sains sebagai major atau minor semasa mereka menuntut di IPTA atau IPTS. Seterusnya, saya juga melihat kepentingan pengurusan bilik darjah yang baik akan memberi impak kepada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pengurusan bilik darjah yang tidak baik akan menyebabkan keadaan bilik darjah menjadi tidak kondusif seterusnya menyukarkan proses pengajaran dan

pembelajaran dijalankan. Sebagai contohnya, semasa saya melakukan pencerapkan 2, murid-murid berada di luar kawalan dan bermain di dalam makmal sains kerana guru tidak mempunyai kemahiran pengurusan bilik darjah yang baik. Ini seterusnya menyebabkan sebahagian murid tidak menumpu perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang dijalankan. Antara halangan yang telah saya hadapi dan harungi semasa saya melaksanakan kerja kursus ini ialah untuk mencari sesi pengajaran dan pembelajaran sains yang menpunyai dua masa atau satu jam. Oleh disebabkan bukan semua kelas pembelajaran sains mempunyai dua masa atau satu jam, saya telah mengambil keputusan untuk kembali ke sekolah pada waktu sebelah petang bagi mendapatkan kelas yang mempunyai dua masa pada satu sesi untuk dicerap. Selain saya, saya juga menghadapi kesukaran untuk meminta kebenaran guru untuk masuk ke dalam kelas. Hal ini demikian kerana kebanyakkan guru akan menolak dan menyarankan saya untuk mencari guru sains yang lain. Saya telah berjumpa kepada guru penolong kanan dan penyelia petang untuk meminta bantuan

17

daripada mereka untuk mengaturkan kelas sains yang mempunyai dua masa pada satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Antara pengetahuan baharu yang telah saya perolehi dalam meningkatkan kefahaman saya dengan topik yang saya kaji ialah saya mendapati bahawa strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai akan memberi impak kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Saya telah diberi peluang untuk mengambil pengalaman untuk mengajar murid-murid tahun 5 pada hari Sabtu bersamaan dengan 24 Ogos 2013 dengan menggunakan peristiwa bercanggah dan dibimbing oleh dua orang guru sains. Saya telah diminta untuk menunjukkan cara-cara mengajar sains menggunakan peristiwa bercanggah. Saya telah dikehendaki untuk mengajar topic strength and stability dan disebabkan oleh kekangan masa, saya telah meminjam beberapa biji telur yang masih mentah dari kantin untuk membuktikan kepada pelajar bagaimana bentuk telur membolehkan telur

menampung tekanan yang tinggi dan tidak pecah walaupun ditekan dengan keduadua belah tangan. Melalui aktiviti ini juga, saya mendapati murid-murid akan memberikan perhatian sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran walaupun pada mulamulanya mereka kurang memberi kerjasama dan tidak percaya dengan apa yang saya katakan. Namun begitu, selepas saya membuktikan kepada murid-murid bahawa yang telur mentah tidak akan pecah walaupun ditekan dengan kedua-dua belah tangan, mereka mendapati bahawa pengajaran dan pembelajaran sains menarik dan menumpukan perhatian sehingga ke akhir pengajaran. Sebagai kesimpulannya, kerja kursus ini telah memberikan pelbagai pengalaman dan pengetahuan yang hebat lagi tak ternilai harganya kepada saya. Walaupun pelbagai cabaran yang perlu saya tempuhi, dengan usaha dan semangat yang tidak berputus asa saya telah berjaya menyiapkan segala tugasan yang diberikan dengan jayanya. Segala ilmu dan pengalaman yang telah saya perolehi daripada kerja kursus ini nescaya akan dapat saya aplikasikan dalam masa-masa akan datang dan seterusnya melahirkan generasi masa depan yang berguna kepada masyarakat, bangsa, negara dan sejagat selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

18

4.0 Rumusan Secara keseluruhannya, tugasan ini memaparkan hasil kajian yang dijalankan oleh pengkaji yang memaparkan 3 pencerapan terhadap 3 pengajaran dan pembelajaran sains dan mengkaji strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru. Dalam bidang pendidikan, strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Dengan perkataan lain, strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada teknik perancangan kaedah serta teknik mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan.Selain itu, tugasan ini juga mengkaji kekuatan dan kelemahan sesi pengajaran tersebut serta cabaran yang dihadapi oleh guru.

19

5.0 Bibliografi Esler, W. K. & Esler, M. K. (2001). Teaching elementary science (8th ed.).Washington: Wadsworth Publishing Company. Mayer, Richard, E. (2002). The Promise of Educational Psychology Volume II: Teaching for Meaningful Learning. Pearson Education, Inc., New Jersey. Mayer, R.E. (2003). Learning and Instruction. Pearson Education, Inc: Upper Saddle River, 287-88.

Martin, R.;Sexton,C;Gerlovich,J.(2002). Teaching Science for All Children-Methods for Constructing Understanding. Boston: Allyn and Bac

Poh,S.H.(2005) Pedagogy Of Science Volume 1.Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2001). Modul Pedagogi:Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia. Skamp, K. (2004). Teaching primary science constructively (2nd ed.). Southbank, Victoria: Harcourt Brace.

20

6.0 Lampiran

21