Anda di halaman 1dari 18

Penyelidikan umumnya mengandungi aktiviti : 1. Menyatakan masalah kajian 2. Menyatakan kerangka konseptual 3. Menetapkan objektif kajian 4.

4. Membentuk soalan kajian 5. Menghasilkan hipotesis kajian 6. Melakukan tinjauan literatur 7. Merancang kaedah kajian

8.

Mereka bentuk kajian 9. Menentukan prosedur persampelan 10. Membina instrumen kajian 11. Menyatakan kesahan & kebolehpercayaan instrumen kajian 12. Menentukan prosedur pengumpulan data 13. Mengumpul data 14. Menganalisis data 15. Membincang & melapor hasil kajian

1. Latar Belakang Masalah : Dihasilkan melalui bacaan, pemerhatian , temu bual. Penjelasan awal tentang masalah dalam amalan harian yg berkait dgn topik kajian, jadi asas kpd pembentukan kerangka konsep kajian. Pengkaji buat penilaian masalah lalui pemerhatian, temu bual, bacaan utk ketahui hal sebenar. Jika masalah telah dikenal pasti, tindakan penyelesaian perlu dicari utk selesaikan masalah utk kepentingan semua pihak. Rumusan : jelaskan topik kajian dgn jelas, kepentingan kajian kpd individu, organisasi, negara. Kesan negatif jika tidak dijalankan.

Kerangka Konseptual adalah hubungan antara variabel dlm kajian & kesan perhubungan tersebut. Memberi huraian pertalian antara teori, model, dapatan kajian lepas dlm masalah yg dikaji. Penyelidik & pembaca dpt fahami hala tuju masalah yg dikaji. Adalah proses input-output & diterangkan dgn menggunakan rajah. Dpt menggambarkan skop & fokus kajian.
Sekolah Pelajar Ibu Bapa Rakan sebaya Pencapaian Akademik

Pernyataan tentang sasaran yg hendak dicapai, yg boleh dicerap & diukur. Objektif perlu jelas & bersifat eksplisit. Objektif perlu dinyatakan secara kronologi mengikut keutamaan kajian. Majid Konting (2000) : Objektif A (menjelas, membanding, menghubung, menyusun, membeza). Objektif B (menyebut, melakar, melabel, menyenarai). Objektif C (memahami, mengetahui, menyedari).

Dihasilkan drpd objektif kajian. 3 jenis persoalan kajian iaitu Persoalan Deskriptif, Persoalan Korelasi dan Persoalan Penyebab. Perincian kpd pernyataan masalah yg dibentuk. Persoalan Deskriptif : berfokus kpd perbandingan terhadap sesuatu piawai penanda (bench mark), antara beberapa institusi/sekolah, atau dalam sistem institusi/sekolah yg sama. Contoh : Adakah terdapat perbezaan pencapaian pelajar dari kawasan luar bandar dan bandar di negeri Selangor?

Persoalan Korelasi : berfokus kpd andaian terdapat perkaitan atau perhubungan antara pemboleh ubah. Contoh : Adakah terdapat hubungan antara prasarana yang lengkap di sekolah dengan pencapaian akademik pelajar?

Persoalan Penyebab : berfokus kpd perancangan terhadap sesebuah institusi kesan daripada faktorfaktor yg mempengaruhi. Contoh : Apakah kesan daripada perbezaan latar belakang sosioekonomi yg berbeza ke atas pencapaian akademik pelajar? Kesan drpd faktor2 yg mempengaruhi menjadi perhatian kpd perancang utk memperbaiki sesuatu isu/keadaan utk tentukan tindakan yg akan diambil. Persoalan kajian perlu dibuat secara berturutan mengikut langkah demi langkah penyelesaian kajian.

Saranan @ andaian sementara bagi menjelaskan fenomena populasi yg dikaji. Hipotesis hendaklah dlm bentuk operasi, mudah, jelas & tepat. Mempunyai jangkaan hubungan antara pemboleh ubah & boleh diuji. 2 jenis hipotesis : Hipotesis alternatif & Hipotesis nul. Hipotesis alternatif adalah jangkaan penyelidik ttg penemuan kajian yg akan diperoleh apabila penyelidik telah dapat bukti2 yg tidak boleh dipertikaikan hasil kajian2 lepas.

Contoh : Pelajar yg menyertai kem matematik akan peroleh keputusan yg lebih baik berbanding dgn pelajar yg tidak menyertai. Hipotesis nul adalah pernyataan andaian yg memerlukan pengujian secara statistik. Ia bertentangan dgn hipotesis alternatif. Penolakan hipotesis nul bermakna menerima hipotesis alternatif. Contoh : Tidak terdapat perbezaan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar yg menyertai kem matematik. Juga utk melihat hubungan/interaksi/sumbangan dalam sesuatu masalah.

Creswell (2008) : tinjauan literatur adalah ringkasan artikel bertulis yg diambil dr buku, jurnal, dokumen2 yg beri gambaran & maklumat kajian lepas berkaitan dgn masalah yg dikaji. Dapat bantu penyelidik faham dgn lebih mendalam berkaitan masalah kajian. Bantu penyelidik membentuk soalan2 kajian, pilih populasi, teori yg jadi sandaran, kaedah & reka bentuk kajian yg sesuai. Langkah buat tinjauan literatur : (a)Kenal pasti isu/masalah berkaitan, (b)dapatkn sumber literatur, (c)nilai secara kritikal, (d)susun bahan literatur dan (e)lapor/tulis. Laporan mengandungi nama pengkaji, tahun, subjek, kaedah kajian, instrumen, masalah yg dikaji, sampel, keputusan kajian. Pengkaji juga boleh beri respon/nilai kekuatan & kelemahan terhadap hasil kajian.

Sumber media elektronik buku, jurnal, buletin, akhbar

Dibuat oleh organisasi individu kerajaan pelajar kumpulan profesionall

Dikomunikasi oleh konferens, seminar laporan, buletin, akhbar buku ilmiah, buku teks tesis/disertasi

Literatur

Dihasil daripada kajian penilaian kritikal penulisan sistematik & logik

Maklumat utama teori reka bentuk kajian kaedah kumpul & analisis data

Dicatat dalam bibliografi ensiklopedia indeks jurnal

Penyelidik perlu pilih kaedah kajian yg sesuai dgn ambil kira objektif kajian, kumpulan yg terlibat, tahap kesukaran, kos, masa dsb. Boleh menggunakan kaedah/pendekatan kuantitatif, kualitatif atau kaedah gabungan kualitatif & kuantitatif. Nyatakan subjek, bilangan subjek, lokasi, tempoh kajian dsb.

Reka bentuk kajian adalah berdasarkan kpd jenis kajian yg hendak dibuat dgn mengambil kira data yg diperlukan, prosedur statistik, sampel, instrumen dsb. Boleh gunakan kajian eksperimental, kuasieksperimental, tinjauan, lapangan, kajian kes, kajian tindakan, kajian sejarah, naratif.

Persampelan berkait dgn proses memilih sebilangan subjek drpd populasi sbg responden kajian. Pemilihan sampel yg tidak sesuai akan kurangkan kesahan & kebolehpercayaan kajian. Bagi kajian kualitatif, saiz sampel sekecil 5 subjek boleh diterima. Bagi kajian kuantitatif, saiz ditentukan dgn prosedu pengiraan tertentu. Istilah-istilah yg berkait dengan persampelan
Istilah Populasi Kerangka persampelan Sampel Makna Seluruh kumpulan yg akan dikaji Satu senarai elemen populasi yg akan dibuat persampelan Sebahagian elemen dalam populasi

2 jenis prosedur persampelan : (1) Prosedur persampelan kebarangkalian dan (2) prosedur persampelan bukan kebarangkalian. Prosedur persampelan kebarangkalian adalah memilih subjek secara rawak & semua subjek punyai peluang yg sama utk dipilih. Subjek dalam sampel juga punyai semua ciri2 yg terdapat dalam populasi. Prosedur persampelan bukan kebarangkalian adalah memilih sampel bila setiap subjek tidak punyai peluang yg sama utk dipilih jadi responden. Pengkaji pilih subjek yg punyai ciri2 khusus berdasarkan topik kajian.

Prosedur persampelan rawak mudah

Prosedur persampelan sistematik Prosedur persampelan kebarangkalian Prosedur persampelan rawak berlapis Prosedur persampelan kelompok

Prosedur persampelan secara kebetulan Prosedur persampelan bertujuan Prosedur persampelan kuota

Prosedur persampelan bukan kebarangkalian

Prosedur persampelan bola salji Prosedur persampelan dimensional

Prosedur persampelan kes kritikal


Prosedur persampelan variasi maksimum

Anda mungkin juga menyukai