Anda di halaman 1dari 24

SEKOLAH MENEGAH KEBANGSAAN DATO SYED ESA, BANDAR BATU PAHAT,JOHOR. PENCEMARAN ALAM SEKITAR DAN LANGKAH-LANGKAH MENCEGAHNYA.

NAMA MURID:MUHAMMAD ALIF BIN ZAINALDIN. TINGKATAN:2KAA1. NAMA GURU: PUAN SABARIAH BINTI KASAN

TANDATANGAN MURID

TANDATANGAN GURU

KANDUNGAN
PENGHARGAAN............................................................................................. PENDAHULUAN............................................................................................... OBJEKTIF KAJIAN.............................................................................................. KAWASAN KAJIAN............................................................................................ KAEDAH KAJIAN.............................................................................................. HASIL KAJIAN.............................................................................................. RUMUSAN....................................................................................................... RUJUKAN........................................................................................................ LAMPIRAN......................................................................................................

Penghargaan
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan saya kepada guruGeografi saya , Pn Sabariah kerana telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan projek Kajian Geografi Tempatan .Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pengetua sekolah , Pn Rohana Bte Hj. Ismail yang telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan .Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu saya , Pn. Faridah Bte Buang dan juga kepada ayah saya Zainaldin Bn Said yang telah banyak memberi dorongan dan bantuan untuk saya menjalankan kajian ini .Saya bersyukur kerana mendapat kerjasama yang cukup baik daripada kawan-kawan saya. Mereka semua di atas telah memberi sokongan dan galakan kepada saya untuk membuat folio ini. Jutaan terima kasih kepada mereka semua di atas.

Pendahuluan

Saya Muhammad Alif Bin Zainaldin dari kelas 2 Kelas Aliran Agama telah memilih tajuk Pencemaran Alam Sekitar di Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor. Saya telah memilih Ayer Hitam sebagai kawasan pilihan sebab ia menepati kehendak saya. Masa yang telah diberikan oleh Puan Sabariah ialah 2bulan lamanya.Puan Sabariah juga telah mencurahkan segala ideanya kepaa kami semua.Dia juga telah menunjukka n segala macam informasi yang berguna untuk kami gunakan semasa membuat folio ini.

Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif seperti berikut : Konsep pencemaran alam sekitar Jenis pencemaran alam sekitar Punca pencemaran alam sekitar Kesan pencemaran alam sekitar Cadangan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian

Kawasan Kajian

Peta Negeri Johor. Peta di atas menunjukkan kawasan negeri Johor Darul Takzim.
Saya telah memilih kawasan Pekan Ayer Hitam sebagai lokasi kajian untuk folio geografi tingkatan 2.

Kaedah Kajian
Antara kaedah yang digunakan dalam menjalankan kajian ini ialah : 1. Kaedah Lawatan dan Pemerhatian : Kaedah ini dibuat untuk mengenal pasti jenis bentuk muka bumi yang terdapat di Ayer Hitam 2. Kaedah Soal Selidik : Kaedah ini perlu dilakukan bagi mendapatkan maklumat tepat tentang komposisi penduduk di kawasan Ayer Hitam mengikut kategori setiap kaum, Agama dan Usia. 3. Kaedah Temu Bual : Kaedah ini dilakukan bagi mengumpulkan maklumat tepat tentang perkembangan petempatan di kawasan kajian. 4. Rujukan di Perpustakaan : Rujukan adalah penting bertujuan mendapatkan maklumat tepat dan terperinci tentang factor-faktor yang mempengaruhi perkembangan petempatan di kawasan kajian.

KERJA KURSUS GEOGRAFI SMKDSE 2011 BORANG SOAL SELIDIK


NAMA PELAJAR :................................................................................................... NAMA RESPONDEN:.............................................................................................. ALAMAT RESPONDEN :........................................................................................ ARAHAN : SILA TANDAKAN 2 ATAU 3 PILIHAN YANG DIBERIKAN. A. JENIS-JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN JENIS PENCEMARAN AIR UDARA TANIH BAU BUNYI B. PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR TERHADAP KAWASAN KAJIAN PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR PERKILANGAN PEMBINAAN PETEMPATAN SAMPAH SARAP SISA TOKSID TUMPAHAN MINYAK PERNIAGAAN KENDERAAN TANDAKAN (X) TANDAKAN (X)

C. KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN KESAN TANDAKAN (X) UDARA TERCEMAR SUHU MENINGKAT BAU BUSUK JEREBU AIR TERCEMAR PENYAKIT HIDUPAN AKUATIK TERANCAM HUJAN ASID TANAH BERASID D. LANGKAH MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN KESAN TANDAKAN (X) KEMPEN CINTAI ALAM SEKITAR PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG KITAR SEMULA PENDIDIKAN ALAM SEKITAR RAWATAN AIR KUMBAHAN PENAPIS ASAP INSINERATOR/TAPAK PELUPUSAN PETROL TANPA PLUMBUM CATALYTIC CONVERTER

HASIL KAJIAN
Konsep Pencemaran alam sekitar Selepas membuat kajian ini, kami mendapati bahawa kawasan kajian saya masalah pencemaran air, pencemaran udara dan pencemaran bunyi yang sangat serius. Air sungai digunakan untuk pelbagai tujuan seperti saliran, bekalan air untuk kegunaan domestik, pembekalan air untuk industri, dan akuakultur. Di sepanjang rezab sungai terdapat juga aktiviti pertanian dan pembinaan bangunan. Penggunaan air sungai dan rezab sungai tanpa kawalan bagi pertanian pengambilan pasir sungai telah menyebabkan gangguan terhadap kestabilan saluran sungai dan sistem sungai amnya, serta menyekat perlaksanaan kerja kerja penyelenggaraan dengan efektif. Jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian: Masalah pencemaran seperti pencemaran air, udara dan bunyi sentiasa menghantui pemikiran penduduk di kawasan ini tetapi ada segelintir yang hanya memejam sebelah mata sahaja. Manusia telah dijadikan sebagai khalifah di bumi ini seharusnya mengambil berat terhadap masalah ini dan bukannya menambahkan lagi beban hidup masyarakat yang akan datang. Seperti yang kita ketahui, pencemaran alam sekitar yang terdapat di kawasan kajian ialah :

Pencemaran Udara : Pencemaran udara dapat didapati di kawasan kajian . Pencemaran udara di kawasan kajian disebabkan oleh pelepasan asap melalui kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan yang dapat mencemarkan udara dan pengunaan dapur arang atau kayu yang tidak terkawal. Pencemaran Air : Punca utama yang menghasilkan pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang kilang yang berdekatan dengan sumber air tersebut. Keadaan atau tahap pencemaran sumber air boleh dinilai berdasarkan beberapa faktor yang mempengaruhi kuantiti tersebut iaitu oksigen terlarut, keperluan oksigen biokimia (BOD), zat terlarut dalam air, pH, dan suhu. Pencemaran Bunyi : Pencemaran bunyi juga dapat didapati di kawasan kajian yang disebabkan oleh jentera jentera pembinaan. Jentera jentera tersebut melepaskan bunyi yang tidak menyenangkan penduduK

Cadangan untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar

Penggunaan teknologi moden : Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting kepada kita. Sebagai contohnya, tanpa teknologi moden, orangf pembersihan tidak mungkin dapat untuk membersihkan tumpahan minyak di laut. Dengan adanya teknologi moden, sisa pepejal seperti surat khabar lama, kertas, bahan plastik dan kaca dapat dikitar semula. Dengan cara ini, ia dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna.

Mengadakan kempen melindungi alam sekitar : Menyertai alam sekitar untuk melindungi alam sekitar adalah sesuatu yang sihat dan amat digalakkan kepada semua orang. Antara kempen kempen yang melindungi alam sekitar ialah

kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Kempen kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap peserta yang menyertainya.

Dalam kempen kempen ini, peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara cara menguruskan sisa buangan yang telah digunakan supaya hanya tidak mendatangkan pencemaran kepada alam sekitar. Selain itu, kempen kitar semula dapat menggalakkan pengguna untuk mengitar semula bahan bahan yang boleh dikitar semula. Secara tidak langsung juga, peserta akan belajar berjimat cermat.

Penanaman pokok bunga juga akan mencantikkan pemandangan di sesuatu kawasan. Selain itu, ia juga dapat menapis debu yang berterbangan di udara. Tumbuhan hijau juga adalah penting untuk mengurangkan kandungan karbon dioksida yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau.

Kempen cintailah sungai kita telah banyak menjalankan aktiviti untuk membersihkan kawasan sungai dan sewaktu dengannya. Selain membersih, mereka juga menanamkan kesedaran kepada semua penduduk tempatan tentang pentingnya alam sekitar ini.

RUMUSAN
Kami bersyukur dan berbangga kerana pekan yang kecil ini dianugerahi pelbagai jenis sumber alam seperti kelapa sawit, pokok getah dan pelbagai lagi sumber pertanian. Namun, pencemaran alam sekitar yang dilakukan oleh

segelintir penduduk yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan kawasan ini tercemar dengan pelepasan asap kenderaan, pembuangan sampah di merate-rata tempat dan pembuangan sisa kimia ke sungai yang berdekatan telah mendatangkan kesan negatif kepada penduduk setempat. Oleh itu, saya memohon kepada semua penduduk Ayer Hitam menyahut baik kempen `` Cintailah Alam Sekitar yang dianjurkan oleh kerajaan untuk kebersihan alam sekitar . Penduduk setempat perlu sedar bahawa generasi kini dan generasi akan datang akan kehilangan kawasan alam sekitar yang bersih akibat segelintir penduduk yang tidak bertanggungjawab.

Rujukan

1. LAMAN WEBPENCEMARAN ALAM SEKITAR DI

SEKITAR AYER HITAM 2.PENDUDUK TEMPATAN 3.IBU BAPA DAN RAKAN- RAKAN

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai