Anda di halaman 1dari 1

22 JULAI 2013M/13 RAMADHAN 1434H

DISEDIAKAN OLEH:UNIT SURAU AL-KAUTHAR SKPG4

BADAR AL-KUBRA
MUQADDIMAH:
Perang Badar merupakan perang pertama yang dilalui oleh umat Islam di Madinah.Ia merupakan isyarat betapa mulianya umat Islam yang berpegang teguh pada tali agama Allah.Kemenangan besar kaum muslimin tidak terletak pada jumlah tentera yang ikut serta tetapi terkandung dalam kekuatan iman yang tertanam disanubari mereka.Dengan keyakinan yang kukuh itu,Allah telah menurunkan bantuan ibarat air yang mengalir menuju lembah yang curam.

RINGKASAN SEJARAH:
Perang Badar Al-Kubra merupakan tapak kemenangan Islam dalam melebarkan penguasaan seterusnya.Peperangan Badar AlKubra telah berlaku pada 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah dimana pada tahun itu juga Allah mewajibkan berpuasa sebulan Ramadhan.Peristiwa ini berlaku apabila Rasulallah s.a.w sendiri yang mengetuai pasukan tentera Islam seramai 313 orang menuju ke Badar bertujuan untuk menyekat qafilah perniagaan Quraisy pimpinan Abu Sufian bin Harb yang baru pulang dari Syam menuju ke Mekah.Jumlah tentera Islam tidak begitu ramai kerana ia pada asalnya merupakan suatu operasi dalam menyekat qabilah tersebut dan Rasulallah s.a.w sendiri tidak meramalkan akan berlakunya suatu peperangan terbuka yang besar dan bersejarah.Oleh itu ramai dikalangan sahabat tidak menyertai gerakan ini.Malangnya kemaraan tentera Islam telah diketahui oleh Abu Sufian.Abu Sufian dan pengikutnya telah berjaya menyelamatkan diri daripada bertembung dengan tentera Islam.Rasulallah s.a.w. mengetahui tentang qafilah Abu Sufian yang berjaya menyelamatkan diri di samping bala tentera kafir Quraisy seramai 1300 orang dan lengkap bersenjata telah tiba dii Badar.Walaupun dengan jumlah yang sedikit dan kelengkapan yang tidak mencukupi namun semangat jihad demi mempertahankan Islam terus membara dalam diri tentera Islam. Pertempuran bermula apabila Rasulallah s.a.w. meminta 3 pahlawan Islam menentang 3 pemimpin Quraisy yang telah mencabar tentera Islam.Kemenangan berpihak kepada tentera Islam dan ia merupakan kemenangan awal dalam memyemarakkan semangat jihad.Pada peringkat kedua tentera Islam mula mengambil tindakan menyerang di mana serangan ini turut dibantu oleh tentera daripada kalangan malaikat.Iblis yang menyerupai dirinya sebagai Suraqah b. Malik berasa gementar apabila melihat penyertaan malaikat.Dia terus lari dan terlanggar Al-Harith b.Hisyam sehingga rebah.Apabila ditanya mengapa dia cuba lari lalu dia menyatakan bahawa dia nampak apa yang tidak mampu dilihat oleh tentera kafir dan dia begitu takut kepada Allah yang amat pedih siksaanNya.Kemudian dia lari sekuat hatinya dan mencampakkan dirinya ke laut.Kemenangan ini berpihak kepada tentera Islam dimana 70 orang musyrikin terbunuh manakala 14 orang tentera Islam telah gugur syahid.

HIKMAH:
1) 2) 3) 4) 5) Kemenangan ini meletakkan Islam agama yang tertinggi dan umat Islam menjadi bangsa yang kuat. Pengaruh Quraisy Mekah mula lemah dan merosot. Kebaikan yang ditunjukkan oleh tentera Islam terhadap tawanan Quraisy menyebabkan mereka secara diam berhijrah ke Madinah dan memeluk Islam. Bilangan tentera Islam bertambah dengan penghijrahan tersebut. Menguatkan kepercayaan orang Islam kepada Nabi Muhammad s.a.w.dan ajaran Islam.

Anda mungkin juga menyukai