Anda di halaman 1dari 5

BABAK 1 Kedengaran takbir dari seorang penduduk Gaza yang baru sahaja selesai solat.

Takbirnya disambut oleh laungan beberapa penduduk lain. Gaza 1 Penduduk Gaza 1 Penduduk : Takbir! : Allahuakbar! : Takbir! : Allahuakbar!

Suasana menjadi kecoh apabila kedengan bunyi dentuman dari daratan dan udara. Kelihatan penduduk mula panik dan menjerit jerit meminta pertolongan. Penduduk 1 Penduduk 2 : Tolongggggggggggg : Ya, Allah, selamatkan lah aku dan keluargaku juga rakan-rakan seagamaku.

BABAK 2 Muzik sedih mengiasi ruang. Kelihatan seorang wanita yang berpakaian serba putih berdiri, menggeleng geleng tanda berduka dengan apa yg terjadi. Wanita itu bermonolog dalam kesedihan.(sajak)

BABAK 3 Bunyi dentuman kembali, suasana kecoh dengan laungan meminta tolong dan teriakan anakanak. Kelihatan penduduk cuba untuk menyelamatkan diri. Di satu penjuru, kelihatan seorang ayah dan juga seorang anak kecil beserta abangnya sedang cuba untuk menyelamatkan diri.

Ayah Anak Abang Ayah

: Anakku, cepat selamatkan diri! : Ayahhhhhhhhhhh, Hussin takuttttttttt! : Hussin, Cepatttttt! : Jangan risau anakku, ayah bersamamu.

BABAK 4 Kumpulan militan yang terdiri daripada 4 orang pemuda yang bersenjata cuba untuk menembak penduduk. Penduduk yang melihat kelibat militan itu bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri. Penduduk : Lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Seorang dari kumpulan militan mendekati ayah dan juga anak-anak kecil lalu cuba untuk menembak mangsa. Ayah menghalang anaknya dari ditembak dan berlaku pergaduhan dan akhirnya ayahnya gugur. Anak dan Abg : Ayahhhhhhhhhhhhhhhhh

BABAK 5 Muzik sedih menghiasi ruang. Anak kecil menangis keesakan. Ayah terbaring kujur. Anak : Ayah, bangun ayah! Bangun! Hussin takut ayah! Ayah, bangunnnnnn..bangun ayah! Jangan tinggalkan Husiin bersendirian ayah, Hussin takut..

Lagu Di Pondok Kecil dimainkan

BABAK 6 Para penduduk mengiringi jenazah ayah. Penduduk hiba. Lagu Selimut Putih berkumandang. Anak kecil bagai tidak mengerti akan pemergian ayah. Anak Abang Anak : Abang, kemana mereka mahu membawa ayah? : Adikku, ayah telah pergi jauh, pergi tak kembali. : Tapi.adik sayang ayahhhhhhhhhhh

Anak kecil cuba untuk mengejar jenazah ayah dan abang Cuma untuk mententeramkan adiknya.Mereka berpelukan kesedihan. -TAMAT-

lampiran Di pondok kecil Di pantai ombak Berbuih putih Beralun-alun

Di suatu hari Ayah berkata Jaga adikmu Ayahkan pergi jauh Ku pandang wajah ayah Dahinya kucium Air mata mengalir hatiku pilu

Diam-diamlah sayang jangan menangis Doakan Ayah semoga diterima Diam adikku sayang jangan menangis Andai Ayah gugur doakan biar syahid

Selamat berjuang Ayah tercinta Kau pergi dulu Ayah ke medan juang Ku iringi doa moga berjaya Beroleh kemenangan demi agama Islam

Wahai abangku ke mana Ayah Ku sayang Ayah ku cinta Ayah Wahai abangku ke mana Ayah Ku sayang Ayah ku cinta Ayah

Duhai adikku sayang jangan menangis Ayahmu pergi menyambut seruan Ilahi Tapi ingatlah adikku pesanan Ayah Berjuang dan berkorban walau di mana jua

Pada Mu Tuhan aku bermohon Dosa ayahku minta diampunkan Berilah rahmat bantulah ia Untuk menegakkan agama Islam

Selimut putih Bila Izrail datang memanggil Jasad terbujur di pembaringan Bila Izrail datang memanggil Jasad terbujur di pembaringan Seluruh tubuh akan menggigil Terkujur badan dan kedinginan Seluruh tubuh akan menggigil Terkujur badan dan kedinginan Tiada lagi gunanya harta Kawan karib sanak saudara Tiada lagi gunanya harta Kawan karib sanak saudara Jikalau ada amal di dunia Itulah hanya pembela kita Jikalau ada amal di dunia Itulah hanya pembela kita Janganlah mahu disanjung-sanjung Engkau digelar manusia agung Janganlah mahu disanjung-sanjung Engkau digelar manusia agung

Sedarlah diri tahu diuntung Sebelum masa keranda diusung Sedarlah diri tahu diuntung Sebelum masa keranda diusung Datang masanya insaflah diri Selimut putih pembalut badan Datang masanya insaflah diri Selimut putih pembalut badan Tinggal semua yang dikasihi Berbaktilah hidup sepanjang zaman Tinggal semua yang dikasihi Berbaktilah hidup sepanjang zaman Bila Izrail datang memanggil Jasad terbujur di pembaringan Bila Izrail datang memanggil Jasad terbujur di pembaringan Seluruh tubuh akan menggigil Terkujur badan dan kedinginan Seluruh tubuh akan menggigil Terkujur badan dan kedinginan

Anda mungkin juga menyukai