Anda di halaman 1dari 24

Pelajar yang gagal dalam latihan industri dikehendaki menjalaninya semula sebelum melanjutkan pengajian ke semester seterusnya.

Setiap pelajar diberi kebebasan untuk memilih tempat latihan industri sama ada di firma atau syarikat milik swasta mahupun kerajaan. Pihak Unit Perhubungan dan Latihan Industri hanya akan menempatkan pelajar yang gagal memohon tempat latihan industri ke tempat latihan industri yang sesuai dan padan dengan kursus yang diikuti. Secara umumnya, tempat latihan yang dipilih untuk menjalani latihan adalah bergantung kepada faktor-faktor berikut :-

a)Kesediaan firma untuk menerima pelajar sebagai pelatih. b)Permintaan dari firma atau syarikat itu sendiri. c)Kekosongan jawatan di tempat latihan. d)Permintaan pelajar itu sendiri.

Latihan yang mengambil masa selama lima bulan ini adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar, meluaskan pengetahuan teknikal dan kemahiran, menanam sikap bertanggungjawab, yakin dan semangat kerja berpasukan. Selain itu, ia juga memupuk minat para pelajar terhadap pelajaran sebelum menamatkan pengajian di peringkat akhir. Para pelajar juga perlu tahu bahawa pengetahuan secara teori tidak mencukupi sekiranya tidak disusuli dengan latihan ataupun amali. Hal ini adalah untuk
1

menguji atau menilai tahap kemampuan pelajar tersebut dan kebolehannya menggunakan apa yang telah dipelajarinya di dalam bilik kuliah atau di bidang pelajaran kelak.

1.1.1Objektif Latihan Industri.

Objektif utama Latihan Industri adalah untuk membina personaliti individu, memberi serta mendedahkan pelajar kepada suasana alam pekerjaan yang sebenar berdasarkan kepada jurusan yang diambil oleh para pelajar. Sepanjang tempoh pembelajaran di politeknik, para pelajar hanya dapat mendalami ilmu melalui mentelaah buku nota dan penerangan oleh para pensyarah. Tetapi melalui program latihan industri ini, para pelajar dapat mempraktikkan apa yang dipelajari serta merasai sendiri pengalaman mengendalikan tugas-tugas yang diberikan.

Selain itu, pelajar juga dapat belajar bagaimana cara-cara untuk berkomunikasi dengan berkesan apabila berhadapan dengan seseorang individu atau pelanggan apabila mereka bekerja kelak. Pelajar juga akan dapat belajar dan mengamalkan etika dan setiap peraturan kerja yang telah ditetapkan oleh sesebuah jabatan atau firma berkenaan. Program ini juga diwujudkan bagi melihat sejauh mana kemampuan para pelajar dalam menangani masalah di sesebuah organisasi. Melalui kaedah ini, kita mampu menilai kesunggguhan dan keyakinan para pelajar dalam menjalankan atau menyelesaikan sesuatu tugas. Selain memberi peluang kepada para pelajar untuk menunjukkan bakat masing-masing, ia juga boleh mewujudkan sikap daya saing di dalam diri setiap pelajar.

Di dalam era yang serba moden ini, tidak cukup bagi seseorang individu itu hanya mempunyai kelayakan akademik semata-mata, tetapi kemahiran dan pengalaman juga memainkan peranan penting bagi melahirkan individu yang berwawasan. Oleh itu,
2

kemahiran dan pengalaman ini dapat ditimba melalui program latihan industri ini sebagai persediaan pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.

1.1.2Objektif Laporan Latihan Industri.

Laporan merupakan ringkasan penerangan, huraian dan rumusan daripada hasil sesuatu kerja yang telah dilaksanakan. Sesuatu laporan adalah bertujuan merumuskan setiap kerja atau tugasan yang telah dilaksanakan dan disediakan mengikut format dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik.

Satu laporan industri perlulah menuruti kaedah yang telah ditetapkan dengan memberi penerangan yang jelas, susunan yang teratur agar mencapai objektif yang sebenar. Beberapa aspek perlu di titikberatkan semasa menyediakan laporan iaitu kaedah memberi nombor, tajuk, penulisan bab dan sebagainya. Selain itu, jarak langkau hendaklah dipatuhi seperti yang telah ditetapkan dalam format. Sistem penomboran bab dan bahagian bab juga harus mengikut format yang telah ditetapkan. Bagi memudahkan penyemakkan, sistem penomboran muka surat juga tidak harus di abaikan. Kaedah menyertakan jadual dan rajah juga dapat memudahkan sesuatu penerangan.

Sebagai pelajar yang menjalani latihan industri adalah diwajibkan untuk menyediakan satu laporan lengkap dan mengikut piawaian. Antara objektif laporan industri ialah :-

a)Mendokumentasikan atau menfailkan kembali setiap aktiviti-aktiviti diljalankan

sepanjang tempoh latihan industri.


b)Sebagai bukti menjalani latihan industri. c)Menjadi bahan rujukan semasa temuduga. d)Memenuhi syarat disepanjang pengajian bagi kelayakan memperolehi Sijil atau

Diploma.

1.1.1Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar.

1.Untuk menghasilkan tenaga kerja separa profesional yang berkualiti tinggi bagi

menampung sektor awam dan swasta di Malaysia seperti misi Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
2.Untuk memperluaskan dan menambah pengetahuan pelajar yang sedang menjalani

Latihan Industri di samping mempraktikkan ilmu teori yang dipelajari di Politeknik.


3.Untuk memberi pendedahan kepada pelajar cara-cara untuk berkomunikasi dan

meluaskan pergaulan dengan kakitangan pejabat mahupun semasa berurusan dengan pelanggan yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.
4.Pelajar akan didedahkan kepada suasana alam pekerjaan yang sebenarnya di mana

pelajar akan cuba menyesuaikan diri dengan pekerjaan yang sebenar kerana alam pekerjaan berbeza dengan alam pembelajaran.
5.Untuk melatih seseorang pelajar itu supaya berdisiplin dan menanam sikap

tanggungjawab dalam menjalankan tugasan yang telah dipertanggungjawabkan oleh pihak majikan. Sikap tanggungjawab amat penting dalam sesebuah organisasi syarikat.
6.Untuk mendedahkan para pelajar dengan perkembangan terbaru dalam bidang kerja

yang diceburi. Ini kerana setiap peralatan yang digunakan dalam bidang kerja sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Selain itu, pelajar dapat mengenali dan mencuba peralatan yang lebih canggih dan terbaru di pasaran.
1.1LATAR BELAKANG PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI

PERLIS (PKENPs).

1.1.1Pengenalan Organisasi 5

Malaysia merupakan negara yang sedang membangun dari segi ekonomi, politik, sosial dan sebagainya. Hal ini telah menyebabkan kerajaan mengambil langkah yang drastik untuk membangunkan negara dengan membangunkan projek-projek pembangunan yang dapat menjana ekonomi negara agar matlamat menjadi negara Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020 akan dapat dicapai. Oleh itu, kerajaan Malaysia telah menubuhkan dasar-dasar yang dapat mempercepatkan proses pembangunan Malaysia antaranya Dasar Ekonomi Baru. Bagi memastikan tujuan utama perlaksanaan dasar ini dapat dicapai dan dinikmati oleh semua golongan masyarakat di negara ini iaitu Membasmi Kemiskinan dan Menyusun Semula Masyarakat, kerajaan telah mengambil beberapa langkah termasuklah menubuhkan perbadanan di setiap negeri di seluruh Malaysia sebagai menghubung kerajaan dengan masyarakat. Melalui perbadanan ini pelbagai program dan aktiviti dapat dilaksanakan demi untuk pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat di Malaysia.

1.2.2 Sejarah Penubuhan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs)

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) telah ditubuhkan pada 01 September, 1973 mengikut Enakmen Kerajaan Negeri Perlis Bil. 6 Tahun 1973 dan beroperasi pada 1 Januari, 1974. Sebagai sebuah Agensi Kerajaan, Perbadanan

Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) tertakluk kepada Akta Perbadanan (Kekompeten Badan Perundangan Negeri) 1962. PKENPs bertempat di No. 173-191, Taman Kemajuan, Jalan Raja Syed Alwi, 01000 Kangar, Perlis semenjak tahun 1990. Fungsi utama PKENPs adalah untuk membantu Kerajaan Negeri meningkatkan perkembangan ekonomi negeri dan rakyat negeri Perlis melalui program-program berkaitan iaitu pembangunan hartanah, pembangunan kawasan Industri dan pelabuhan dan pembangunan Bandar Baru. Keluasan tanah bagi tapak bangunan ini ialah 200 kaki X 50 kaki dengan 10,000 kaki persegi. Premis PKENPs ini adalah sebuah bangunan rumah kedai 2 tingkat dan mempunyai seorang Pengurus Besar serta beberapa orang sebagai pembantu tadbir. Setiap tingkat bangunan pula dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti bahagian Perancangan, bahagian Pembangunan Usahawan, bahagian Pentadbiran dan Urusetia, bahagian Teknikal, bahagian Audit dan bahagian Kewangan.

Peranan utama Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) adalah untuk memajukan ekonomi di Negeri Perlis. Antara kegiatan yang dilaksanakan adalah seperti berikut:
a)Mempromosikan dan merealisasikan pelaburan b)Pembangunan semula bandar dan bandar baru c)Pembangunan kawasan perindustrian d)Pembangunan pertanian komersil e)Pembangunan pelancongan f)Pembangunan hartanah

Sebagi sebuah agensi pelaksana di bawah Kementerian Kewangan, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) bertindak melaksanakan projek Rancangan Lima Tahun Malaysia dan membantu membangunkan Masyarakat Perdagangan dan
7

Perindustrian Bumiputera (MPPB), melalui Program Pembangunan Usahawan seperti vendor dan francais.

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) juga melaksanakan projekprojek pelaburan melalui pinjaman dari institusi kewangan dan sumber pembiayaan dalaman. Projek yand dilaksanakan berdasarkan keperluan pasaran dan tujuan strategik dan bukanlah bertujuan untuk bersaing dengan usahawan bumiputera.

1.2.3Visi dan Misi Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs)

VISI PKENPs

Misi Korporat PKENPs ini adalah memajukan pembangunan hartanah yang berkualiti tinggi, pembangunan perindustrian dan pelaburan yang dapat menjana pembangunan ekonomi serta menyediakan peluang-peluang perniagaan dan latihan keusahawanan
2

kepada peniaga atau pengusaha bumiputera di negeri Perlis. Slogan yang diamalkan adalah Ke Arah Kecemerlangan Ekonomi Perlis.

MISI PKENPs

Menjana Pembangunan MPPB, Usahawan, Perindustrian, Hartanah, Pelancongan Dan Pertanian Untuk Menjadikan Negeri Perlis Maju Pada Tahun 2015.
a)Pembangunan Hartanah

PKENPs mengamalkan konsep pembangunan terancang dan terkawal bagi memastikan pembangunan hartanah yang dilaksanakan mempunyai potensi yang baik dan dapat memberi kepuasan kepada penduduk.
b)Pembangunan Perindustrian

Kerajaan negeri melalui PKENPs sedang menggandakan usaha untuk meningkatkan dan memajukan bidang perindustrian.

c)Pelaburan

PKENPs merupakan salah satu pusat kepada pelabur dari luar yang berminat untuk membuat pelaburan di Malaysia.
d)Perdagangan

Perbadanan terlibat secara langsung dalam menggalakkan kegiatan perdagangan sempadan di Perlis.
e)Pelancongan

PKENPs telah berjaya meningkatkan taraf infrastruktur perlancongan di Perlis seperti mewujudkan beberapa tempat menarik untuk para pelancong yang berkunjung ke Perlis.

1.2.4 BUDAYA KOPORAT

Menjadikan Anggota Kerja Sebagai Aset Utama, Mengamalkan Nilai Islam, Mengutamakan Kehendak Dan Kepuasan Pelanggan Serta Mengoptimakan Penggunaan Sumber Untuk Meningkatkan Prestasi Keuntungan Dan Pulangan

1.2.5 OBJEKTIF PENUBUHAN PKENPs

1.Melahirkan anggota kerja yang berilmu serta mempunyai budaya kerja terbaik

melalui penerapan nilai-nilai murni


2.Meningkatkan imej korporat PKENPs serta memberi perkhidmatan terbaik

kepada pelanggan
3.Mencapai sasaran keuntungan kasar tahunan sekurang-kurangnya RM 5.0 Juta

pada akhir tahun 2010 dan kadar pertumbuhan minima 10% setahun dan mencapai sasaran tidak kurang RM 30 Juta keuntungan kasar terkumpul pada akhir tahun 2014
4.Memupuk

budaya

keusahawanan

dan

membangunkan

usahawan

bumiputera yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya bertahan secara berterusan.

1.2.6 Logo dan Slogan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis:

Toward The Excellence of Perlis Economic

MOTTO KE ARAH KECEMERLANGAN EKONOMI PERLIS

1.2.7Ahli Lembaga Pengarah

BIL NAMA DAN JAWATAN 1 YAB DATO SERI DR MD ISA BIN SABU 2 3 4 MENTERI BESAR PERLIS YB DATO AZIZAN BIN HAMID SETIAUSAHA KERAJAAN PERLIS YB DATO HAJI MUSA BIN HAJI HASSAN SETIAUSAHA KERAJAAN PERLIS YBM DATO' SERI DIRAJA SYED RAZLAN IBNI ALMARHUM TUANKU SYED PUTRA JAMALULLAIL 5 6 AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI PUAN ZURINA BT. AHMAD TIMBALAN PENGARAH SEKSYEN PERKHIDMATAN SOSIAL YBHG. DATUK NOZIRAH BT. BAHARI SETIAUSAHA BAHAGIAN PENGURUSAN PINJAMAN, PASARAN
11

KEWANGAN DAN AKTUARI CIK BAHRIA BT. MOHD TAMIL

PENGARAH PEJABAT SEKRETARIAT PEMUDAH 8 PUAN FAUZIAH BT HASHIM 9 EN. MOHAMMAD DAUD B. ABD HAMID 10 IR. HAJI AHMAD REDZA B. GHULAM RASOOL 11 ENCIK SAFFIE BIN BAKAR 12 YBHG. DATO ROSZALI B. OTHMAN 1.2.7.1Senarai Ahli Lembaga Pengarah

1.2.8Aktiviti-aktiviti Utama Organisasi

Semenjak penubuhan PKENPs ini pelbagai aktiviti dijalankan bagi meningkatkan keadaan ekonomi negeri Perlis. PKENPs mempunyai perniagaan utama yang mana untuk melaksanakan projek-projek pembangunan hartanah di negeri Perlis untuk dijual melalui:a)Pembangunan Hartanah

PKENPs mengamalkan konsep pembangunan terancang dan terkawal bagi memastikan pembangunan hartanah yang dilaksanakan mempunyai potensi yang baik dan dapat memberi kepuasan kepada kumpulan sasaran dan masyarakat umum amnya. Antara projek pembangunan hartanah yang telah dan akan dilaksanakan ialah projek perumahan, rumah kedai, lot perniagaan dan ruang niaga. PKENPs juga terlibat menyediakan kemudahan sukan dan rekreasi kepada masyarakat

b)Perdagangan

PKENPs juga terlibat secara langsung dalam menggalakkan kegiatan perdagangan terutamanya sempadan Malaysia-Thailand. Antara projek-projek yang dilaksanakan ialah menyiapkan pembinaan Kompleks Halal Park di atas tanah seluas 27.92 ekar di Padang Besar. Perbadanan mendapat peruntukan sebanyak RM 10,000,000.00 untuk melaksanakan projek ini di bawah RMK 9. Projek ini akan menambahkan perdagangan dan pengeluaran barangan halal di sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar yang merupakan sebagai pusat utama perdagangan import eksport dan perindustrian di dalam wilayah Indonesia- Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT).
c)Pelancongan

Dalam menyediakan infrastruktur pelancongan, PKENPs telah berjaya meningkatkan taraf Taman Ular dan Reptilia Sungai Batu Pahat sehingga menjadi salah satu tarikan utama pelancong ke Perlis. Pengenalan Road Train yang beroperasi dalam kawasan Sungai Batu Pahat dan Bukit Air telah mendapat liputan meluas media massa tempatan dan menjadi produk utama tarikan pengunjung ke Taman Ular. Di samping itu, Taman Ular dan Reptilia (TUR) Sungai Batu Pahat merupakan satu-satunya taman ular yang terbesar di Malaysia dan telah diiktiraf oleh Malaysia Guiness Book of Record bagi Largest Snake Farm dengan memiliki 54 spesis ular. TUR telah mempelbagaikan kegiatan termasuk aktiviti persembahan permainan ular dari pelbagai spesis yang berbisa dan tidak berbisa. Persembahan ini menjadi tarikan di seluruh Malaysia dan seringkali pihak TUR menerima jemputan untuk mengadakan persembahan di dalam dan luar Perlis.
d)Perindustrian

Secara umumnya, kebanyakan projek perindustrian di negeri Perlis merangkumi bidang keluaran makanan, getah, tekstil, elektrik dan elektronik serta keluaran bukan logam. PKENPs merupakan agensi tunggal yang membangunkan kawasan
13

industri di Perlis. Sehingga kini sebanyak 4 buah kawasan industri dengan jumlah keluasan 226.70 ekar telah dibangunkan di Chuping, Kuala Perlis, Jejawi dan Padang Besar. Kesungguhan negeri Perlis untuk meningkatkan pembangunan industri

pembuatan dan pengilangan memerlukan kerjasama semua pihak termasuk daripada kerajaan pusat, sektor swasta dan pengguna sendiri. Firma-firma di negeri Perlis perlu memperkukuhkan operasi dan meningkatkan keupayaan mereka dalam persekitaran liberal dan global. Sektor swasta perlu sentiasa meningkatkan daya saing dan produktiviti untuk kekal kompetitif.
e)Pembangunan Keusahawanan

Sekretariat Pembangunan Pengurusan dan Keusahawanan (SPPK) Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) telah ditubuhkan oleh PKENPs pada 22 September 1992 dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah PKENPs bil. 9/1992 dengan peruntukan pelancaran sebanyak RM 100,000.00. Dalam usaha melengkapkan dan melahirkan kumpulan Pentadbir, Pengurus dan Pengusaha yang berwibawa ke arah membangunkan Usahawan Peniaga Bumiputera yang berdaya saing dan berdikari menerusi Etika Niaga dan mempertajamkan daya fikir strategik, Lembaga Pengarah PKENPs dalam Mesyuarat bil. 7/1994 pada 19 Julai 1994 telah meluluskan cadangan pusat latihan SPPK.

1.2Fungsi-fungsi Jabatan/bahagian

Dalam sesebuah organisasi, perkembangan organisasi sangat penting bagi menjamin keberkesanannya. Perkembangan organisasi Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri
2

Perlis (PKENPs) telah banyak mencapai kemajuan dari awal 1978 hingga sekarang. Pada tahun 2009, organisasi ini telah berkembang di mana ia telah mempunyai 55 orang staf iaitu Seorang Pengurus Besar sebagai Ketua Organisasi dan dibantu oleh 6 orang Pegawai Tadbir yang terdiri daripada Pengurus Pentadbiran/Setiausaha, Pengurus Perancangan, Pengurus Kewangan, Pengurus Pembangunan Usahawan, Pengurus Audit Dalam serta Pengurus Teknikal. Manakala Pengurus Besar dibantu oleh seorang Pembantu Khas. Antara fungsi-fungsi bagi setiap bahagian tersebut.
a)Bahagian Pentadbiran dan Urusetia

Unit urusetia adalah salah satu unit diwujudkan di Bahagian Pentadbiran. Fungsi utama Unit ini adalah seperti berikut:
i.Menjadi urusetia kepada Mensyuarat Lembaga Pengarah PKENPs ii.Menjadi urusetia kepada Mensyuarat Jawatankuasa Pengurusan iii.Menjadi urusetia kepada Mensyuarat Jawatankuasa Tender PKENPs iv.Menjadi urusetia kepada Mensyuarat Lembaga Pengarah Anak Syarikat v.Menguruskan lantikan ahli Lembaga Pengarah PKENPs dan anak Syarikat vi.Menguruskan fail-fail sulit PKENPs

a)Bahagian Perancangan dan Pembangunan Perniagaan

Bahagian Perancangan merupakan bahagian yang terpenting dalam sistem pengurusan dan menjadi nadi atau penggerak utama untuk melaksanakan semua urusan dalam organisasi. Selain itu fungsi bahagian perancangan ialah mengenalpasti lokasi dan sasaran pasaran melalui kajian pra kemungkinan, kajian kemungkinan, proses kelulusan projek oleh Lembaga Pengarah sehinggalah kepada penyediaan tanah. Fungsi-fungsi lain bahagian perancangan ialah :
1.Menyediakan

Rancangan

Pertumbuhan

Ekonomi

tahunan

mengikut

pelan

pertumbuhan kerajaan negeri Perlis.


2.Menyediakan perancangan strategik untuk industi pembuatan, pertanian dan

pengeluaran makanan serta prasarana dan teknologi maklumat


15

3.Mewujudkan pelan perancangan pelaburan PKENPs, membentuk perancangan

lapangan perniagaan strategik yang boleh diterokai oleh organisasi samada melalui usahawan dengan pihak swasta atau melalui penswastaan.
4.Perancangan untuk menarik industri yang berpontensi untuk berkembang, membantu

industri sedia ada untuk mengekalkan prestasi di samping kemampuan untuk berkembang di Perlis.
5.Memantau pencapaian target pertumbuhan ekonomi negeri aktiviti

melalui aktiviti olek PKENPs pada setiap suku tahun.


6.Meninjau dan menyediakan pelan perniagaan strategik dan keselamatan untuk

membolehkan PKENPs mengambil alih jabatan kerajaan yang mempunyai nilai komersil tetapi tidak boleh diswastakan sepenuhnya.
7.Merancang pembangunan ekonomi di kawasan khas yang strategik seperti

Pembangunan Sempadan Thailand, Kedah dan negeri di wilayah utara.


8.Menyediakan perancangan korporat serta merancang dan menyediakan Rancangan

Malaysia 5 tahun.
a)Bahagian Kewangan

Menguruskan belanjawan, permohonan pembiayaan projek (di mana perlu), promosi jualan, proses pemilihan pembeli atau penyewa, tawaran jualan atau sewaan, deposit, perjanjian jualbeli atau sewaan, urusan pindahmilik dan gadaian, tuntutan bayaran kemajuan kepada pembeli, pembiayaan serta peguam dan akhirnya proses penyerahan kunci.

b)Bahagian Audit Dalam

Bahagian ini bertanggungjawab untuk memelihara kepentingan kerajaan sebagai pemegang saham melalui kawalan dan pengawasan ke atas pengurusan Syarikat Induk
2

dan semua lapisan Anak Syarikat dan Bersekutu. Bahagian ini juga membantu Ahli-Ahli Perbadanan mengawasi dasar dan sistem perakaunan, kawalan dalaman, laporan kewangan dan etika perniagaan semua lapisan Anak Syarikat dan Bersekutu. Selain itu, bahagian ini berfungsi menentukan sumber-sumber kewangan syarikat kerajaan yang diuruskan dengan seberapa cekap dan efektif untuk memenuhi objektif korporat dan sosialnya. Bahagian ini juga turut memainkan peranan sebagai mekanisma penyemakan dan pengimbangan (check and balance) terhadap pengurusan semua lapisan anak syarikat dan Bersekutu Kerajaan.
c)Bahagian Teknikal

Menguruskan penyediaan pelan, pengeluaran tender, penyediaan pembinaan, bayaran kemajuan kepada kontraktor, kemudahan prasarana dan Sijil Layak Menduduki Bangunan (CF) dan perkhidmatan selepas jualan. Selain itu, bahagian ini akan menyemak dan melawat tapak projek yang dijalankan oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs). Selain itu, bahagian ini juga terlibat dengan tender syarikat. Contohnya seperti pembinaan kiosk di sekolah-sekolah yang terdapat di negeri Perlis yang terlibat dengan Program Usahawan Muda (PUM).
d)Bahagian Pembangunan Usahawan

Objektif utama Sekretariat Pembangunan Pengurusan dan Keusahawanan (SPPK) ialah untuk mewujud dan membangunkan usahawan yang berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing dalam sektor ekonomi yang berkembang dan berpotensi. Bahagian ini juga memupuk budaya keusahawanan dikalangan rakyat Perlis yang mampu melahirkan usahawan yang berkualiti dan beretika. Ini adalah selaras dengan misi nasional untuk mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) dan Golongan Menengah Bumiputera (GMB). Antara peranan SPPK adalah:

17

c.Mewujudkan

dan melaksanakan program-program dan pembangunan

keusahawanan yang diarahkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Kerajaan Negeri Perlis.
d.Mempermudahkan serta mendedahkan usahawan Bumiputera untuk mendapatkan

laluan dari segi perolehan teknologi, amalan pengurusan dan pemasaran.


e.Menggalakkan dan membimbing pembangunan usahawan dalaman (intrapreneurship)

oleh agensi-agensi dan syarikat kumpulan PKENPs.


f.Meneliti dan menyebarkan peluang-peluang baru yang boleh diceburi oleh usahawan. g.Mengadakan jaringan dan rantaian secara ikatan strategik diperingkat Kementerian,

agensi kerajaan Persekutuan dan Negeri.


h.Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti penggalakan mengenai usahawan dan

budaya keusahawanan menerusi forum-forum formal dan tidak formal.


i.Menyediakan laporan-laporan keusahawanan, statistik dan menyediakan bank

maklumat usahawan tempatan untuk dikemukakan kepada kerajaan negeri dan pusat.
j.Menjadi penasihat kepada persatuan-persatuan keusahawanan dan agensi-agensi yang

melibat keusahawanan.

Anak Syarikat PKENPs Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (Syarikat Milik Penuh)

Rangkaian Hotel Putra Palace Terinai Sdn. Bhd. Pens Holding Sdn. Bhd.
2

Ecotarade Resources Sdn. Bhd. Modern Spectrum Sdn. Bhd. Pens Industries Sdn. Bhd. Rumpun Teras Sdn. Bhd. Perlis Marine Engineering Sdn. Bhd. Perlis Poperty Sdn. Bhd. Bakaujaya Sdn. Bhd.

1.3.1 Senarai anak-anak syarikat milik penuh PKENPs

1.2PROSEDUR KESELAMATAN SEMASA BERTUGAS.

19

Jika anda mengalami kemalangan di tempat kerja, lapor kepada Penyelia anda dengan segera dan isikan Borang Laporan Kemalangan,
1.Lapor segala keadaan kerja yang berbahaya yang mungkin boleh mengakibatkan

kecederaan sebaik sahaja anda mengesannya.


2.Jangan berlari semasa anda beradea di kawasan kerja, berjalanlah dengan sederhana.

3.Guna kedua-dua belah tangan semasa menolak sesuatu barang.

4.Jangan meninggalkan peralatan kerja merata-rata selepas digunakan.

5.Bersihkan segala minyak atau air dilantai, keadaan lantai yang licinboleh

mengakibatkan kemalangan.
6.Selalu menggunkan tangga untuk mengambil barang yang berada ditempat yang

tinggi.
7.Jangan menggunkan peralatan rosak/pecah. Ini boleh mengakibatkan kecederaan.

8.Gunakan kedua-dua belah tangan semasa mengangkat barangan berat. Bengkokkan

lutut dan gunakan kedua-dua belah kaki untuk menolong mengangkat dan jangan guna pinggang.
9.Pastikan mengambil langkah-langkah keselamatan seperti memakai kasut, pakaian,

sarung tangan, penghadang mata semasa melakukan kerja-kerja berisiko tinggi.


10.Kenali Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan laporkan segala kemungkinan atau apa-

apa masalah tentang keselamatan di jabatan anda.

1.5

Kebakaran ,Pencegahan dan Keselamatan di PKENPs

1.5.1 Prosedur Kebakaran

Apabila anda ternampak api atau asap, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil:
a)Hubungi operator yang bertugas dengan mendail 0 sebutkan :-

a.Nama anda b.Tingkat berapa anda berada c.Tempat sebenar kebakaran berlaku d.Jenis kebakaran

b)Sedarkan pekerja lain di kawasan itu akan kebakaran tersebut.

c)Jika selamat cuba padamkan api dengan menggunakan hos pemadam api atau

alat pemadam api.


d)Sekiranya api marak, tutup pintu untuk mengelakkan api daripada merebak. e)Patuhi arahan yang diberi oleh petugas dan Bantu tetamu menggunakan tangga

kecemasan.
f)Lapor diri di kawasan perhimpunan dan tunggu arahan selanjutnya dari

majikan.
g)Jangan membenarkan tetamu atau pekerja lain meninggalkan kawasan

perhimpunan untuk masuk semula ke bangunan tanpa kebenaran.


h)Pada setiap masa cuba jangan CEMAS. 21

1.6

Panduan Mengenai Tatatertib

Berikut adalah peraturan-peraturan mustahak merangkumi pekerjaan di Perbadanan ini. Semua kakitangan diharapkan dapat menjaga tingkah laku menurut peraturan-peraturan Perbadanan dan sekiranya melakuakan perkara-perkara yang dilarang seperti berikut, anda akan dihadapkan dengan tindakan disiplin dan/atau dipecat. Bukan ini sahaja senarai tatatertib yang harus dipatuhi malah segala tingkahlaku yang melanggar peraturan-peraturan pejabat atau Perjanjian Perkhidmatan akan menerima tindakan disiplin yang sama. Sekiranya terdapat kemusykilan mengenai perkara nini, sila hubungi Ketua Bahagian atau Jabatan sumber manusia.

1.6.1 Sebab-sebab pemecatan

1.Tidak bersikap jujur di dalam apa juga segi.

2.Berjudi (tanpa kebenaran) di dalam bangunan pejabat.

3.Tidur atau membuang masa semasa bertugas.

4.Meminum minuman keras semasa bertugas atau melapor diri untuk bertugas di bawah

pengaruh minuman keras.


5.Memiliki, memperkenal atau mengguna DADAH atau minuman keras semasa di

bangunan pejabat, atau melapor diri di bawah pengaruh DADAH.


2

6.Sebarang perilaku yang tidak bersopan (termasuk bergaduh atau cuba mencederakan

orang lain) di kawasan pejabat.


7.Mengancam, menggertak, memaksa atau menggangu pekerja-pekerja lain, tetamu-

tetamu atau orang awam diperkarangan pejabat pada bila-bila masa.


8.Memiliki dengan tanpa kebenaran harta benda pejabat, minuman keras, alat-alat

perjudian, barang-barang yang diharamkan dan senjata yang membahayakan seperti pisau, pisau cukur, senjata api, peluru dan lain-lain yang dilarang di bangunan Perbadanan.
9.Melakukan kesalahan jenayah semasa masih di dalam perkhidmatan.

10.Meninggalkan tempat kerja.

23

1.6.2 Sebab-sebab tindakan disiplin

Setiap kakitangan akan dikenakan tindakan disiplin atas kesalahan-kesalahan yang berikut:a)Menggunakan bahasa yang kesat dan kasar terhadap pekerja, penyelia, tetamu dan

lain-lain di kawasan pejabat.


b)Enggan, gagal atau berterusan tidak dapat menjalankan kewajiban untuk ditugaskan

atau ke tahap tugas yang seharusnya. Kecuaian atau perlakuan yang tidak bertanggungjawab yang boleh mengakibatkan kecederaan ke atas seseorang di bangunan Perbadanan serta mengakibatkan kerugian, kecacatan

Anda mungkin juga menyukai