Anda di halaman 1dari 8

ANALISIS MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN ASSURE adalah model pengajaran dan pembelajaran yang terbaik untuk diaplikasikan

di dalam bilik darjah kerana model ini berfokus kepada situasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, di mana skop pembelajarannya terhad dan mudah dikendalikan. Sebelum seseorang guru melaksanakan model ASSURE dalam

pengajarannya, dia mestilah memahami model tersebut. Model ASSURE ini dipelopori oleh Heinich dan rakan-rakannya pada tahun 1982. Ia bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran di dalam bilik darjah dengan menggunakan media. Dalam menghasilkan Reka Bentuk Pengajaran yang baik, model ASSURE yang terbaru, iaitu perubahan pada tahun 2002 digunakan. Model ASSURE ini mengandungi enam langkah yang perlu diikuti iaitu: A - Analyse Learner (Analisis Pelajar) S - State Objective (Nyatakan Objektif) S - Select Method, Media and Materials (Pilih Kaedah, Media dan Bahan) U Utilise Media and Materials (Gunakan Media dan Bahan) R Require Learner Participation (Libatkan Pelajar Dalam Pembelajaran) E - Evaluate and Revise (Nilai dan Semak Semula)

Analisis Pelajar
Komponen menganalisis murid merupakan salah satu komponen yang perlu dititik berat sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebelum memulakan pengajaran, kami perlu mengetahui ciri-ciri yang ada pada murid seperti perbezaan dari segi keupayaan, kecerdasan, bakat, minat, kecenderungan, sikap, emosi dan sebagainya. Daripada penganalisaan ini, kami dapat menentukan kaedah, media dan bahan yang sesuai untuk digunakan semasa mengajar. Analisis murid boleh dikelaskan kepada tiga kategori iaitu: Aspek Penerangan

Ciri-ciri umum murid

Analisis murid yang telah saya lakukan kepada murid-murid Tahun 4 Mawar Sekolah Kebangsaan LBJ yang mempunyai jumlah seramai 20 orang yang terdiri daripada 10 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan. Semua murid adalah umur 10 tahun. Kedudukan sekolah tersebut adalah di bahagian luar Bandar. Tajuk pengajaran yang dipilih adalah Benda Hidup Menjalani Proses Hidup dan salah satu tema telah dipilih iaitu Sistem Pernafasan Manusia. Saya fahami bahawa setiap murid mempunyai personaliti yang berbeza. Oleh itu, aktiviti yang dirancang seperti aktiviti berkumpulan untuk menghasilkan model telah mengambil kira perbezaan individu dalam kelas supaya tiada murid yang tersingkir atau tercicir.

Pengetahuan sedia ada

Saya telah memilih topik Benda Hidup Menjalani Proses Hidup dalam menghasilkan RPH saya. Salah satu tema dalam topik ini telah dipilih iaitu sistem pernafasan manusia. Sebelum

merancang RPH saya, saya telah mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid iaitu semua murid mengetahui bahawa manusia dapat bernafas. Hal ini kerana bernafas adalah perlakuan yang dilakukan oleh setiap murid dalam kehidupan harian. Gaya pembelajaran Gaya pembelajaran dalam kalangan murid di kelas ini lebih kepada aktiviti. Pelajar kumpulan ini suka mencari pengalaman baru. Mereka berfikiran terbuka dan ingin mengambil tahu tentang perkara-perkara baru. Mereka suka terlibat dalam perbincangan seperti sumbangsaran. Oleh itu, dalam rancangan pengajaran harian saya telah menggunakan aktiviti kumpulan seperti membina model 3D. Aktiviti membina model ini membolehkan murid berbincang dengan ahli kumpulan bagi membina pengetahuan baru terhadap pembelajaran tersebut.

Nyatakan objektif
Dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran, objektif amat penting dan harus dinyatakan dengan jelas. Objektif ialah sesuatu pernyataan yang spesifik tentang

kebolehan atau prestasi yang akan dipelajari oleh murid selepas mengikuti pelajaran tersebut. ia juga melibatkan apa sahaja yang dipelajari dan dikuasai yang meliputi pengetahuan, kemahiran, perubahan tingkah laku, sikap dan sebagainya. Objektif adalah penting dalam menentukan jenis media pengajaran yang akan digunakan dan juga corak penilaian yang akan dijalankan. Objektif Menganalisa proses-proses hidup manusia Penerangan Dalam rancangan pengajaran harian saya, saya telah menentukan satu objektif yang perlu dicapai oleh semua murid. Objektif adalah diambil dari sukatan pelajaran panduan kurikulum dan juga buku teks sains tahun 4. Dalam pengajaran dan pembelajaran, murid perlu menganalisa proses-proses hidup manusia. Objektif yang hendak dicapai lebih kepada domain kognitif. Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat: I. Menerangkan bahawa manusia bernafas melalui video dan sesi soal jawab. II. Memerihalkan proses menarik dan menghembus nafas melalui gambar dalam powerpoint dan video yang ditunjukkan. III. Mengenal pasti laluan udara semasa bernafas melalui model yang telah dihasilkan. Hasil pembelajaran ini adalah sebagai panduan untuk murid mencapai objektif yang ditetapkan. Apabila murid mencapai ketiga-tiga hasil pembelajaran ini, sama ertinya mereka juga mencapai objektif yang ditetapkan.

Pilih Kaedah, Media dan Bahan


Setelah menganalisis murid-murid dan menentukan objektif yang ingin dicapai, langkah seterusnya adalah pemilihan kaedah, media dan bahan. Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan kaedah, media dan bahan sumber dibuat secara sistematis dan terancang juga. Proses pemilihan tersebut merangkumi tiga langkah iaitu:

Langkah-langkah Penentuan Kaedah

Penerangan Kaedah sumbang saran telah dipilih dalam membina rancangan pengajaran harian saya kerana kebanyakkan murid tahun 4 lebih kepada kecerdasan verbal-linguistik. Murid yang memiliki kecerdasan ini suka mengeluarkan pendapat dan berkomunikasi dengan orang lain. Oleh itu, saya telah menggunakan cara sesi soal-jawab untuk mengembangkan kognitif murid. Untuk kaedah tunjuk cara, ia lebih sesuai untuk murid yang lebih kepada kecerdasan spatial-kinestetik. Kaedah ini dipilih terutamanya sebagai satu cara untuk membiasakan murid dengan prosedur yang perlu diikuti oleh mereka semasa membuat aktiviti berkumpulan seperti menghasilkan model atau eksperimen. Kaedah tunjuk cara yang berjaya

mengandungi langkah-langkah yang memberi murid peluang menunjukkan bahawa mereka benar-benar memahami apa yang dipelajari. Sesuatu tunjuk cara tidak akan berjaya dan lengkap jika tidak diberi peluang murid membuat sesuatu yang menunjukkan mereka telah menguasai maklumat, proses atau prinsip tertentu. Kaedah latih tubi adalah kaedah ketiga yang terpilih untuk rancangan pengajaran harian saya ini. Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan

secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian. Oleh itu, saya telah menyediakan penilaian dan lembaran kerja kepada murid untuk menilai kefahaman mereka. Pemilihan Format Media Dalam bahagian pemilihan format media, saya telah

menggunakan gambar, video, grafik, dan slaid. Gambar yang menunjukkan struktur organ dalam sistem pernafasan

manusia telah digunakan supaya murid boleh mengetahui

bahagian dalaman sistem pernafasan manusia dengan jelas. Video yang dihasilkan adalah digunakan dalam bahagian set induksi bagi menarik perhatian dan juga persediaan P&P untuk murid-murid. Video juga dihasilkan di bahagian langkah 1 untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap proses menarik dan menghembus nafas dengan lebih mendalam. Grafik digunakan apabila menerangkan laluan udara di dalam organ-organ sistem pernafasan manusia supaya murid boleh meneliti laluan udara dengan lebih jelas bersama animasi yang dihasilkan. Slaid pula digunakan dalam langkah 2 supaya murid mampu mengkaji struktur sistem pernafasan manusia dengan membanding beza dua gambar iaitu gambar model dan gambar sistem pernafasan manusia benar. Dua jenis gambar ditunjukkan dalam slaid adalah untuk

membolehkan murid membuat imaginasi terhadap model yang dihasilkan dengan organ sebenar sistem pernafasan manusia. Pemilihan Bahan Sumber

Gunakan Media dan Bahan


Langkah seterusnya ialah bagaimanakah media dan bahan sumber pengajaranpembelajaran dimanfaatkan oleh guru dan pelajar? Anjakan fokus daripada strategi berpusatkan guru kepada strategi berpusatkan pelajar turut menjadikan penggunaan sumber pembelajaran oleh pelajar lebih utama berbanding media penyampaian guru. Penggunaan media boleh dibahagikan kepada tiga fasa iaitu: Fasa Sebelum Pengajaran Penerangan Guru perlu memastikan media yang dipilih adalah sesuai dengan tahap murid. Sebagai contoh, video dan gambar yang digunakan dalam pengajaran sangat sesuai kerana murid sangat mudah tertarik kepada benda-benda di persekitaran. Oleh itu, video dan gambar boleh menarik perhatian murid untuk belajar. Guru perlu menyiapkan bahan dan alat yang ingin digunakan

semasa mengajar. Sebagai contoh, komputer dan LCD perlu siap disetkan sebelum mula pengajaran supaya tidak membazirkan masa dan secara tidak langsung silabus pembelajaran boleh habis diajar. Setelah kesemua bahan disediakan, guru boleh

menggunakan bahan-bahan tersebut dengan mudah tanpa perlu mencarinya semasa mengajar. Guru juga perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang selesa kepada murid agar mereka tidak berasa bosan semasa pembelajaran. Semasa Pengajaran Semasa sesi pengajaran, guru perlu membenarkan murid untuk membina pengalaman pembelajaran baru melalui aktiviti di dalam kelas. Sebagai contoh, saya menggunakan gambar untuk

menunjukkan struktur organ dalam sistem pernafasan manusia supaya murid boleh mengetahui bahagian dalaman sistem pernafasan manusia dengan jelas. Video juga digunakan dalam set induksi supaya dapat menarik perhatian dan juga sebagai persediaan P&P kepada murid-murid. Video juga dihasilkan di bahagian langkah 1 untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap proses menarik dan menghembus nafas dengan lebih mendalam. Slaid pula digunakan dalam langkah 2 supaya murid mampu mengkaji struktur sistem pernafasan manusia dengan membanding beza dua gambar iaitu gambar model dan gambar sistem pernafasan manusia benar. Dua jenis gambar ditunjukkan dalam slaid adalah untuk membolehkan murid membuat imaginasi terhadap model yang dihasilkan dengan organ sebenar sistem pernafasan manusia. Model juga dibinakan bagi memudahkan murid mengenali organ-organ dalam sistem pernafasan dan perubahan yang berlaku dalam sistem semasa melakukan pernafasan. Selepas Pengajaran Guru perlu memastikan murid dapat menguasai dan memahami apa yang telah dipelajari dalam P&P tersebut. pada akhir pembelajaran, murid perlu mencapai objektif yang telah ditetapkan sebelum aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Melalui penilaian, guru dapat mengetahui sama ada murid dapat

menguasai pengetahuan yang dipelajari. Oleh itu, lembaran kerja dan penilaian telah diberikan selepas setiap aktiviti dan juga bahagian refleksi. Penilaian yang dilakukan juga sebagai ukuran kepada guru terhadap keberkesanan pengajaran yang dilakukan.

Libatkan Pelajar Dalam Pembelajaran


Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori pembelajaran baik teori behavioris mahupun teori kognitif. Pandangan teori konstruktivis yang menjadi amalan umum hari ini juga mengambil kira keaktifan pelajar dalam proses membina pengetahuan sendiri sebagai bentuk pengalaman pembelajaran yang paling berkesan. Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Lantaran itu, guru hendaklah memberikan maklum balas sebaik sahaja pelajar menunjukkan kejayaan. Latihan dalam bentuk perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, eksperimen dan sebagainya dapat terus mengekalkan penglibatan pelajar dalam aktiviti akan berterusan. Kumpulan Sasaran Murid

Penerangan Pada mula-mulanya, saya telah menggunakan cara soal-jawab untuk mengalakkan penglibatan murid dalam menjawab soalan dengan aktif. Ini secara tidak langsung boleh memperkembangkan kognitif dan juga kecerdasan verbal-linguistik murid apabila mereka

memikirkan jawapan dan cara mengeluarkan idea masing-masing secara verbal. Secara perlahan-perlahan, murid boleh mengetahui topik yang ingin diajar dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut. Saya juga telah merancang aktiviti berkumpulan bagi menghasilkan model sistem pernafasan manusia supaya penglibatan semua murid dapat digalakkan. Saya membahagikan murid kepada 4 kumpulan iaitu 5 orang dalam satu kumpulan dan setiap kumpulan perlu menghasilkan model sistem pernafasan manusia berpandukan

prosedur yang ditunjukkan sebelum ini dan juga mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari dalam model tersebut.

Nilai san semak semula


Langkah terakhir dalam model ASSURE ialah penilaian dan menyemak semula perancangan. Penilaian sering kali dianggap sebagai melalui pencapaian pelajar sematamata melalui latihan lembaran kerja atau ujian. Langkah ini boleh dibahagikan kepada dua aspek penilaian iaitu: Aspek Penilaian Pembelajaran Penerangan Penilaian dalam penyoalan telah dilakukan dalam bahagian langkah 1 Penilaian Pengajaran

Anda mungkin juga menyukai