Pembelajaran Secara Kontekstual Apakah Pembelajaran Secara Kontekstual? Mengapa Kontekstual ? Faedah Pembelajaran Kontekstual Bentuk Pembelajaran Kontekstual Bagaimana Melaksanakannya ? Apakah Perbezaan Antara Pembelajaran Kontekstual Dengan Pembelajaran Tradisional?
1 2
Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Bagi Melaksanakan Pembelajaran Secara KontekstualDengan Berkesan Senarai Semak Pengajaran Secara Kontekstual Penilaian
43
56
15 22
57 58 59
60 65 69
OBJEKTIF
Setelah menggunakan modul ini, guru berupaya :
Menerangkan maksud pembelajaran kontekstual dan kepentingan menyerapkan pendekatan kontekstual ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual. Mengaplikasi dan mengamalkan pendekatan kontekstual dalam bilik darjah dengan yakin dan berkesan. Melatih guru lain menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan kontekstual.
PENGENALAN
Anda mungkin memerlukannya suatu hari nanti. Kenapakah saya mesti belajar perkara ini?
Mereka tidak boleh didorong untuk belajar Mereka tiada kemampuan untuk menguasai mata pelajaran akademik
Kegagalan membantu murid mencari hubung kait Antara maklumat baru dengan pengalaman sedia ada Antara sekolah dengan dunia luar Antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain Antara pengetahuan lepas dengan cabaran kini, dan cabaran kini dengan tanggungjawab masa depan
Bebanan pengurusan dan pentadbiran ke atas sekolah dan guru Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan Tekanan untuk menghabiskan sukatan pelajaran Kebimbangan bahawa pengenalan elemen baru dalam kelas akan menambahkan bebanan guru Terlalu terkongkong kepada pendekatan pengajaran secara behaviourist iaitu penekanan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan
Persekolahan
Kehidupan Masyarakat
Alam Pekerjaan
Pengetahuan baru
Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka.
Budaya
Psikologi
Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid.
Makmal
Tempat Kerja
Kehidupan Harian Penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.
10
KUMPULAN SASARAN MURID YANG MANAKAH BOLEH MENDAPAT MANFAAT YANG LEBIH DARIPADA PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL?
Jenis murid
Kumpulan sederhana
Ciri murid
terdorong melalui aktiviti hands-on tidak yakin mempelajari matematik dan sains secara abstrak
Lokasi
11
Matematik
Sains
Bahasa
Teknologi Maklumat
Komunikasi
Kemanusiaan
13
Mengikut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan dengan persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harian. Teori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan. 14
MENGAPA KONTEKSTUAL?
15
16
APA YANG KITA TAHU TENTANG PROSES PEMBELAJARAN? Kebanyakan murid belajar dengan berkesan melalui pengalaman penglibatan peribadi, aktiviti hands-on dan peluang untuk penemuan kendiri. Pembelajaran lebih bermakna apabila konsep disampaikan dalam konteks hubungan yang tidak asing kepada murid. Kebanyakan murid belajar dengan lebih berkesan melalui komunikasi interpersonal, belajar dalam kumpulan, berkongsi maklumat, saling membantu dan maklum balas yang positif. Pemindahan pembelajaran dari satu situasi ke situasi yang lain adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari.
17
Kita kekalkan :
10 % Apa yang kita baca 20 % Apa yang kita dengar 30 % Apa yang kita lihat 50 % Apa yang kita dengar dan lihat 70 % Apa yang kita bincang dengan orang lain 80 % Apa yang kita alami sendiri 95 % Apa yang kita ajar kepada orang lain
Sumber : Secret of Ancient Chinese Art of Motivation
Kita Belajar
18
+
Verbal-Linguistik Muzik Logik- Matematik
Naturalis
Interpersonal
Setiap orang memiliki kesemua kecerdasan tersebut. Walau bagaimanapun, tahap dan kombinasi kecerdasan berbeza-beza di antara individu. Teori kecerdasan pelbagai memberi maklumat tentang apa yang perlu dipelajari tetapi lebih penting lagi, bagaimana mempelajarinya. Justeru, pendekatan Pembelajaran Kontekstual dapat mencungkil potensi kecerdasan pelajar dengan lebih berkesan.
19
PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL
20
Pendekatan kontekstual merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mencabar, berkesan dan menyeronokkan, seterusnya dapat menyumbang ke arah pemeringkatan penguasaan kemahiran dan prestasi murid.
21
22
Murid
Guru
23
MURID Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan Dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian Boleh memindahkan kemahiran Boleh meneroka dan mendapatkan bukti Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit Dapat belajar secara kerjasama
24
Dapat menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri.
25
INDUSTRI Menerima tenaga kerja yang berpotensi untuk dilatih atau dilatih semula secara berkesan mengikut keperluan
26
Pembelajaran secara Kontekstual dapat membina keyakinan diri kerana murid dapat memahami perhubungan antara teori dan amalan. Pembelajaran secara Kontekstual juga membina pendekatan kerja kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sekolah dapat memainkan peranan sebagai penghubung antara akademik dan alam pekerjaan dan dengan itu mendapat sokongan dan dokongan industri. Pendekatan Kontekstual dapat membina asas kukuh tenaga kerja mahir masa depan untuk menguatkan kedudukan negara di peringkat dunia.
27
28
R E A C T
Belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup Belajar dalam konteks penerokaan, penemuan dan reka cipta Belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain. Belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi Belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina daripada apa yang telah diketahui
Experiencing (Mengalami)
Applying (Mengaplikasi)
Cooperating (Bekerjasama)
Transfering (Memindahkan)
29
Experiencing (Mengalami)
Murid dibawa ke makmal untuk menyaksikan demontrasi serta membuat latihan amali menyambungkan wayar kepada plug 3 pin. Pengalaman ini boleh digunakan di rumah apabila berlakunya situasi wayar plug 3 pin sterika tertanggal
30
Applying (Mengaplikasi) Murid mempelajari teori dan konsep tuas. Mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan ini apabila bertemu situasi sebuah kereta yang tayarnya pancit tidak mempunyai jek. Dengan mengamalkan pengetahuan yang ada, murid boleh menggunakan konsep tuas untuk menggantikan jek kereta bagi membolehkan penukaran tayar
Cooperating (Bekerjasama) Murid ditugaskan secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah pencemaran alam menerusi satu aktiviti yang memerlukan mereka berbincang dan bekerjasama dengan ahli kumpulan masing-masing . Hasil yang diperolehi adalah lebih baik disebabkan mereka menyelesaikan masalah secara bekerjasama Transfering (Memindahkan) Murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut tegak dengan menggunakan Teorem Pythagoras. Murid boleh memindahkan pengetahuan segitiga bersisi 3m, 4m dan 5m untuk menghasilkan sudut tegak dalam aktiviti mengecat garisan gelanggang permainan
31
Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, objektif pembelajaran dapat dicapai melalui pelbagai bentuk. Antara bentuk yang diutarakan adalah menghubung kait, mengalami, mengaplikasi, bekerjasama dan memindahkan. Setiap bentuk yang dibincangkan harus mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman dan persekitaran. Murid yang melalui kaedah pembelajaran secara kontekstual berupaya mengaitkan apa yang dipelajari dan mengaplikasikannya kepada situasi lain.
32
BAGAIMANA MELAKSANAKANNYA?
33
MOTIVASI
Penerangan
PEMAHAMAN KEMAHIRAN
mengajar
Aktiviti Hands-
On Penyelesaian masalah
PENILAIAN
Ingat kembali
34
MOTIVASI
Segmen ini bertujuan untuk menarik minat dan mencetuskan idea asas terhadap sesuatu tajuk yang akan dibincangkan, contohnya :
Bidang
Konsep
Motivasi Tayangan video permainan gendang oleh pelbagai kaum di Malaysia Memperdengarkan rakaman bunyi tembak menembak berserta jeritan
Muzik
Permainan gendang
Sejarah
Darurat
35
PEMAHAMAN
Segmen ini merangkumi kemahiran murid yang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari. Kaedah penyampaian maklumat harus dipelbagaikan agar dapat menarik minat murid terhadap sesuatu konsep itu. Murid diberikan kebebasan mengutarakan perkara-perkara yang berkaitan.
36
KEMAHIRAN
Pengetahuan yang diperoleh murid dapat diaplikasi dengan cara melakukan hands-on dan seterusnya dapat mencetuskan pemikiran murid (minds-on). Dengan ini murid dapat mengaitkan pengetahuan bilik darjahnya untuk menyelesaikan masalah harian. Guru boleh menyediakan senario tertentu untuk membantu murid menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, selepas murid mempelajari cara penggunaan ensiklopedia, guru mengutarakan persoalan yang akan mendorong murid menggunakan ensiklopedia sebagai rujukan. Bidang kerjaya juga boleh dibincangkan oleh guru dalam segmen ini. Guru mengaitkan isi kandungan pelajaran dengan bidang kerjaya yang berkaitan. Kebolehan murid mengaplikasikan pengetahuan sedia ada mereka dengan situasi sebenar dalam kerjaya yang akan mereka ceburi merupakan aset utama yang mereka peroleh hasil daripada pembelajaran secara kontekstual.
37
PENILAIAN
Menggulung fakta utama sesuatu tajuk dan menilai penguasaan tentang tajuk tersebut adalah dua aspek segmen ini. Apabila guru merumus tajuk, murid diingatkan semula mengenai fakta penting. Di sini perbincangan dapat diarahkan untuk memperkaya pengetahuan murid. Selepas ini, guru perlu mengadakan penilaian kemajuan murid. Penilaian tidak semestinya secara bertulis. Guru boleh menggunakan kaedah lisan dan pemerhatian. Contoh-contoh aktiviti adalah seperti kuiz berkumpulan, perbincangan antara kumpulan dan penyediaan portfolio. Perubahan sikap dan perlakuan yang dapat dilihat juga boleh digunakan sebagai petunjuk bahawa murid telah menghayati isi pelajaran.
38
Dalam pendekatan kontekstual, pengajaran dan pembelajaran perlu melalui proses motivasi, pemahaman, aplikasi serta imbasan kembali dan penilaian. Kebolehan melakukan (hands-on) dan berfikir (minds-on) merupakan asas pendekatan kontekstual. Paduan kedua-duanya akan mendorong naluri ingin tahu murid dan menjadikan pembelajaran suatu aktiviti bermakna kepada mereka.
39
40
Objektif
Peranan Guru
Penyampai maklumat Penerima maklumat yang pasif melalui syarahan dan pembacaan Disesuaikan untuk kecerdasan Bahasa dan Logik- Matematik. Syarahan dan soal-jawab Menguji fakta (contoh: ujian kertas dan pensil).
41 39
Terdapat beberapa perbezaan yang ketara antara pembelajaran secara kontekstual dengan pembelajaran secara tradisional. Pembelajaran secara kontekstual memberi penumpuan kepada murid. Objektif pembelajaran dapat dicapai dengan lebih cepat dan berkesan berbanding dengan kaedah tradisional.
40 42
PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN BAGI MELAKSANAKAN PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL DENGAN BERKESAN
43
Pembelajaran Murid
Pengajaran Guru
Sokongan Masyarakat
Matlamat utama pembelajaran secara kontekstual adalah untuk menghasilkan murid yang berkualiti. Untuk menjayakannya, semua pihak perlu bersetuju mengenai apa yang perlu dipelajari dan bersetuju mengenai strategi pembelajarannya. Di samping itu, sokongan daripada organisasi masyarakat diperlukan untuk menjayakan strategi pengajaran dan pembelajaran kontekstual. Sokongan luaran ini akan memberi galakan dan sumber-sumber untuk membantu murid dan guru mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.
44
Komunikasi
Pengajaran Guru
Ibu bapa
Masyarakat
46
Pembelajaran kontekstual yang berjaya memerlukan komunikasi berterusan di kalangan murid, guru, ibu bapa dan masyarakat. Maklum balas daripada murid adalah satu komponen yang penting untuk mengukur keberkesanan program pembelajaran kontekstual. Ibu bapa dan masyarakat perlu memahami keadaan dan kaedah pengajaran yang terkini dan memberi sokongan kepada perancangan dan perkembangan pembelajaran kontekstual.
47
Kurikulum
Kurikulum
Disiplin tradisional diubah suai dalam konteks yang bermakna. Strategi pengajaran baru perlu diwujudkan memandangkan peranan
guru hanya sebagai fasilitator. Kandungan kurikulum yang sesuai untuk pembelajaran kontekstual dikenal pasti terlebih dahulu. Bukan semua kandungan kurikulum boleh disampaikan dengan kaedah pembelajaran kontekstual. Maklumat tentang hubung kait kurikulum dengan individu, masyarakat dan khususnya alam pekerjaan perlu disediakan.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid Suasana pembelajaran koperatif di kalangan murid digalakkan.
Guru mengambil kira persekitaran luar sekolah. Misalnya bagi sekolah luar bandar, guru akan menggunakan konteks yang ada di persekitarannya.
Penilaian
49
Perkembangan Staf
Masa Kewangan
50
Kepimpinan
Guru perlu diberi latihan atau kursus untuk mempelajari teori dan kaedah pembelajaran kontekstual dan mempraktikkannya dalam bilik darjah.
Perkembangan Staf
Guru perlu peka tentang persekitaran tempat kerja bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Kemudahan bilik aktiviti, makmal, bilik tayang, perkakasan komputer dan perisian serta peralatan lain perlu disediakan untuk menambahkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Infrastruktur
Kewangan
Kepimpinan
Sokongan dan dorongan daripada pihak pentadbir amat perlu supaya guru boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kontekstual dengan berkesan.
Jadual waktu perlu fleksibel supaya masa mencukupi untuk menjalankan aktiviti.
Masa
51
Sokongan Teknikal Dan Kewangan SOKONGAN MASYARAKAT Penyediaan Situasi Tempat Kerja Sebenar
SOKONGAN MASYARAKAT
Hubungan rapat antara Kementerian Pendidikan dengan industri adalah penting untuk mendapatkan sokongan teknikal, kewangan dan memberi pendedahan kemahiran kepada murid tentang alam pekerjaan. Murid memerlukan pengalaman hands-on. Mereka menimba pengalaman ini dengan cara bekerja atau membuat latihan amali dalam situasi tempat kerja sebenar. Masyarakat perlu bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk memberi sumbangan dalam menjayakan pelaksanaan kurikulum.
53
Pembelajaran kontekstual yang efektif memerlukan gabung jalin atau interaksi di antara kurikulum, kaedah pengajaran, situasi dan masa. Penglibatan masyarakat dan industri dalam merancang strategi untuk menjayakan wawasan bersama dengan pihak sekolah sangat penting. Oleh itu sekolah, industri dan masyarakat perlu bersedia menerima perubahan dalam menjayakan pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual.
54
55
56
PENILAIAN
1. 2. Apakah yang anda faham tentang maksud Pembelajaran Kontekstual? Mengapakah pendekatan Pembelajaran Kontekstual perlu diserapkan dalam sesuatu pelajaran? 3. Nyatakan aspek-aspek yang terdapat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kontekstual. 4. Senaraikan urutan strategi pengajaran dan pembelajaran Kontekstual. 5. Apakah hasil yang diharapkan daripada murid melalui pendekatan Pembelajaran Kontekstual? 6. Nyatakan faedah Pembelajaran Kontekstual kepada : a. Murid b. Guru c. Industri 7. Senaraikan perbezaan antara Pembelajaran Kontekstual dengan pembelajaran secara tradisional. 8. Nyatakan perubahan sosial dan fizikal yang perlu dilakukan untuk menjamin kejayaan Pembelajaran Kontekstual di sekolah. 9. Apakah institusi-institusi yang perlu dilibatkan untuk menjamin kejayaan Pembelajaran Kontekstual? 10. Anda seorang guru sejarah. Anda dikehendaki mengajar tajuk Kemerdekaan Malaysia. Cadangkan dengan ringkas bagaimana tajuk ini boleh diajarkan melalui pendekatan Kontekstual.
57
RUJUKAN
Brooks, J.G., & Brooks, M.G., (1993). In search of understanding: The case for constructivist classrooms. Alexandria, VA:ASCD. Caine, Renate Numella and Geoffrey Caine, (1991). Making Connections : Teaching and the Human Brain. Alexandria : Association for Supervision and Curriculum Development. CORD , (1998). CORD Algebra 1: Mathematics In Context. Waco : Center of Occupational Research and Development. CORD , (1999). The ABCs of Tech Prep : The Cornerstone of Tech Prep. Waco : Center of Occupational Research and Development. CORD , (1999). Teaching Mathematics Contextually : The Cornerstone of Tech Prep. Waco : Center of Occupational Research and Development. CORD , (1999). Teaching Science Contextually : The Cornerstone of Tech Prep. Waco : Center of Occupational Research and Development. Davidson, N. (Ed)., (1990). Cooperative learning in mathematic: A handbook for teachers. Menlo Park, CA: Innovative Learning, Addison Wesley. Gardner, Howard, (1983). Frames of Mind : The theory of Multiple Intelligences. New York : Basic Books. Hull, Dan and Dale Parnell, (1991). Tech Prep/ Associate Degree : A Win/Win Experience. Waco : Center of Occupational Research and Development. Hull, Dan, (1993). Opening Minds Opening Doors : Rebirth of American Education. Waco: Center of Occupational Research and Development. Hull, Dan, (1995). Who Are You Calling Stupid? Waco : Center of Occupational Research and Development. Kolb, David A., (1984). Experiential Learning : Experience as a source of Learning and Development. New Jersey : Prentice Hall. Parnell, Dale, (1994). Logo Learning : In Search for Meaning in Education. Waco: Center of Occupational Research and Development. http://www.google.yahoo.com/bin/query?p=contextual/+learning&hc=O&hs=O http//www.cord.org http://ateec.eiccd.cc.ia.us/2000/themes/ctlinfo.html
58
59
CONTOH 1
: : :
OBJEKTIF Selepas menjalankan aktiviti ini, murid akan dapat menggunakan jubin algebra untuk menyelesaikan persamaan linear dalam satu anu. PENGETAHUAN SEDIA ADA Murid mengetahui bahawa bagi sebarang nilai a, a + ( a ) = 0 , contohnya 5 + ( 5 ) = 0
PERALATAN Jubin algebra berwarna hijau (Jubin-unit) dan kuning (Jubin-x) 2 keping kad manila yang mempunyai kawasan positif (+) dan kawasan negatif (-)
60
Kad Manila
1
x Jubin-x
Jubin-unit
PENYATAAN MASALAH Anda akan menggunakan jubin algebra untuk menyelesaikan persamaan linear dalam satu anu.
61
LANGKAH (a) Wakilkan persamaan 3 x 2 = 7 dengan meletakkan jubin pada kad manila seperti yang berikut:
x x x =
1 1
1 1
1 1
1 1
3x2
(b)
1 1 1
1 1 1
1 1
3x2+2
7+2
62
(c)
Pada kad manila di sebelah kiri, keluarkan 2 jubin-unit pada kawasan positif dan 2 jubin-unit pada kawasan negatif.
x x x
1 1 1 1
1 1 1
1 1 1
1 1
3x2+2
7+2
63 62
(d)
Agihkan jubin-unit di sebelah kanan secara saksama mengikut bilangan jubin-x yang terdapat di sebelah kiri.
x x x
1 1 1
1 1 1
1 1 1
3x
Adakah ini menunjukkan bahawa 3 (iaitu x = 3) ialah penyelesaian bagi persamaan 3 x 2 = 7? Semak jawapan anda.
AKTIVITI PENGUKUHAN Gunakan jubin algebra untuk menyelesaikan persamaan 5 x + 3 = 2 x 3. Catatkan setiap langkah dengan melukis rajah. Nyatakan penyelesaian bagi persamaan 5 x + 3 = 2 x 3.
64
CONTOH 2
: : :
OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran murid boleh: 1. 2. 3. Menyatakan klasifikasi yang terdapat dalam alat muzik tradisional. Menyatakan pengertian Membranofon, Kordofon, Idiofon dan Erofon. Mengklasifikasikan alat muzik tradisional dengan tepat mengikut Membranofon, Kordofon, Idiofon dan Erofon
65
MOTIVASI
Murid menonton video yang menunjukkan persembahan Dondang Sayang.
PEMAHAMAN
1. 2.
Guru menyuruh murid memberi tumpuan kepada jenis alat muzik yang digunakan oleh kumpulan muzik Dondang Sayang. Guru mengadakan sesi perbincangan dengan murid tentang jenis alat muzik yang digunakan sama ada alat muzik tersebut bertali, berkulit, alat tiupan atau alat muzik yang diketuk. Guru memberi penerangan kepada murid tentang klasifikasi alat muzik tradisional. : : : : Alat muzik bertali Alat muzik yang diketuk Alat muzik tiupan Alat muzik yang diperbuat daripada kulit
3.
66
APLIKASI
1. 2.
Guru membawa murid ke Istana Budaya Negara untuk menyaksikan persembahan Ghazal secara langsung. Murid diberikan sehelai kertas. Semasa menonton persembahan, murid dikehendaki menyenaraikan bilangan alat muzik mengikut klasifikasi Membranofon, Idiofon , Kordofon dan Erofon. Murid dibawa ke dalam bilik simpanan alat-alat muzik tradisional. Di sini mereka dikehendaki memegang, mengamati dan cuba membunyikan alat muzik yang dipilih. Murid dikehendaki menyenaraikan sepuluh jenis alat muzik, dapatkan namanya daripada pembantu yang bertugas dan mengklasifikasikan alat-alat muzik tersebut. Murid kemudian menonton persembahan kumpulan Keroncong. Sambil menonton, murid dikehendaki menyenaraikan nama alat-alat muzik yang digunakan dalam kumpulan Keroncong itu dan mengklasifikasikannya. Guru mengaitkan pelajaran dan pengalaman yang telah dilalui oleh murid dengan kerjaya yang boleh diceburi. Contoh kerjaya :
3.
4.
5.
6.
Jurutera Audio Pengarah Orkestra Penggubah Penerbit Rakaman Pengusaha Alat Muzik
(Audio Engineer) (Orchestra Director) (Muzik Arranger) (Recording producer) (Musical Instrument Manufacturer)
67
IMBAS KEMBALI
Murid dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut : 1. 2. 3. 4. Berapakah alat Membranofon yang digunakan dalam kumpulan Ghazal? Berapakah alat Erofon yang digunakan dalam kumpulan keroncong? Apakah klasifikasi alat yang tidak digunakan dalam kumpulan, Ghazal, Dondang Sayang dan Keroncong? Nyatakan kerjaya yang boleh diceburi dalam bidang muzik.
68
CONTOH 3
: : :
Menganalisis perkembangan genetik di antara ahli keluarga. Meramalkan generasi F 2 (generasi filial kedua) berdasarkan pengetahuan genotip.
PENGETAHUAN SEDIA ADA Pengetahuan yang telah ada pada pelajar ialah:
69
AKTIVITI
: : :
Wajah zuriat ku Rajah wajah kosong, sekeping duit siling, pensil dan pemadam
1. Guru meyenaraikan sifat-sifat pada bahagian muka seperti berikut : bentuk dagu lekuk dagu bentuk mulut bentuk hidung bentuk mata bulu mata suak rambut rambut telinga 2. Murid memilih pasangan daripada gender yang berlainan. 3. Setiap ahli pasangan memilih kesudahan lambungan siling secara tetap (iaitu sama ada kepala atau bunga). 4. Setiap pasangan memilih sifat yang hendak dilakar pada rajah wajah kosong yang disediakan. 5. Guru melambung siling dan menyatakan kesudahannya.
70
6. Jika kesudahan lambungan siling memihak kepada murid perempuan, murid lelaki akan melakarkan sifat wajah murid perempuan yang telah dipilih tadi pada rajah wajah kosong. Begitu juga sebaliknya.
7. Ulang langkah 4 hingga 6 sehingga semua sifat wajah yang disenaraikan telah dilakarkan.
KEPUTUSAN Wajah yang terhasil daripada aktiviti di atas merupakan satu daripada hasil yang mungkin dalam proses kacukan monohibrid.
RUMUSAN
Aktiviti di atas terhad kepada kacukan dan perwarisan monohibrid sahaja. Wajah yang diperoleh merupakan satu daripada kesudahan yang mungkin.
AKTIVITI PENGUKUHAN Murid dibahagikan kepada kumpulan. Salah seorang ahli daripada setiap kumpulan diminta menyediakan gambarnya, ibu bapanya dan datuk dan neneknya (daripada sebelah ibu dan bapanya). Ahli setiap kumpulan akan menganalisis gambar-gambar itu dan menerangkan kepada kelas daripada siapakah rakan mereka mewarisi sifat-sifat wajahnya. NOTA : Aktiviti di atas mengukuhkan pengetahuan sedia ada bagi unit ini dan boleh dijadikan motivasi kepada unit pelajaran yang berikutnya iaitu Hukum Mendel II dan kacukan dihibrid.
71
71
72
73
Panel Penulis
Penasihat Dr. Sharifah Maimunah bt Syed Zin Pengerusi Dr. Rohani Abdul Hamid Ahli Panel Sharifah Fatmah Alhabshi (Ketua) Bakhtiar Mohd. Salleh Roslena Zakaria Nor Zamani Abdol Hamid Hoe Hong Tai Mohamad Shah katimon Salahuddin Abdullah Radziah Abdul Manap Azizah bt Mohamad Pusat Perkembangan Kurikulum Pusat Perkembangan Kurikulum Pusat Perkembangan Kurikulum Pusat Perkembangan Kurikulum Pusat Perkembangan Kurikulum Pusat Perkembangan Kurikulum Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru Sekolah Menengah Teknik Port Dickson Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar Seremban Timbalan Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum
74