Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN CENDANA, PASIR GUDANG, JOHOR.

KERTAS KERJA PROGRAM PEMULIHAN 3M (PROTIM) TAHUN 4

ANJURAN PENYELARAS PROTIM TAHUN 4

TARIKH 19 APRIL 28 OKTOBER 2011

TEMPAT BILIK MESYUARAT SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN CENDANA/ BILIK PEMULIHAN

1.0 TAJUK PROGRAM PEMULIHAN 3M (PROTIM) TAHUN 4 (TERPILIH)

2.0 PENGENALAN
Program Pemulihan 3M (PROTIM) merupakan satu program yang dilaksanakan kepada murid yang belum menguasai kemahiran 3M di Tahun 4 dan Tahun 5. Program dilaksanakan mulai Mac 2010 di semua sekolah rendah Kementerian Pelajaran Malaysia. Selepas dua bulan murid berada di Tahun 4 dan Tahun 5, kesemua murid di sekolah rendah akan menduduki Ujian Diagnostik yang dipanggil Praujian PROTIM Tahun 4 dan Praujian PROTIM Tahun 5. Bagi murid yang tidak melepasi skema yang ditetapkan murid tersebut mesti mengikuti kelas PROTIM yang akan dilaksanakan selepas pelaksanaan praujian dianalisis. Bagi yang melepasi skema yang ditetapkan murid tersebut akan mengikut kelas seperti biasa.

3.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF


3.1 Matlamat program ini adalah untuk memastikan murid Tahun 4 menguasai kemahiran 3M. Iaitu melahirkan 100% celik huruf atau sifar buta huruf dikalangan murid-murid tahun 4.

3.2

Objektif program: pada akhir program ini, murid dapat:

3.2.1 Mengenal nombor bulat hingga 10 000; 3.2.2 Menguasai operasi tambah dalam lingkungan 10 000; 3.2.3 Menguasai operasi tolak dalam lingkungan 10 000; 3.2.4 Menguasai fakta asas darab; 3.2.5 Menguasai fakta asas bahagi; 3.2.6 Menguasai kemahiran bahasa dengan baik iaitu membaca, menulis, bertutur, dan mendengar.

4.0 SASARAN PESERTA


Peserta adalah terdiri daripada murid-murid PROTIM tegar dikalangan murid tahun 4. Iaitu bagi mereka yang sangat lemah dalam kemahiran 3M (matapelajaran Bahasa Melayu dan Matematik).

5.0 CADANGAN TARIKH / MASA


Tarikh Tempat : 19 April 28 Oktober 2011 (hanya waktu persekolahan) : Bilik Mesyuarat

6.0 TENTATIF PROGRAM TARIKH 18 April 28 Oktober 2011 (hanya waktu persekolahan) HARI ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT MASA 2.00 - 4.00 petang 7.20 - 8.50 pagi 2.00 4.00 petang 7.20 8.20 pagi 7.50 8.40 pagi

(tidak dilaksanakan pada waktu cuti persekolahan)

7.0 ANGGARAN BELANJAWAN


Fotostate ditanggung oleh pihak sekolah

8.0 KESIMPULAN
Adalah diharapkan program ini dapat menangani masalah penguasaan kemahiran asas menulis, membaca, dan mengira.

Disediakan oleh,

.................................
(WILLTON JAIPOL) PENYELARAS PROTIM TAHUN 4, SK TAMAN CENDANA.

JAWATANKUASA PROGRAM PEMULIHAN 3M (PROTIM) TAHUN 4

Penasihat Pengerusi Penyelaras dan Setiausaha AJK

: Tuan Haji Musa bin Mastor : Encik Yusri bin Zakaria

: Encik Willton Jaipol : Guru Bahasa Melayu dan Matematik 4 Intelek, 4 Kreatif, dan 4 Luhur

Senarai Murid PROTIM (TERPILIH)


BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 NAMA KHAIRUL IMRAN BIN RAJMY MOHAMMAD IRFIAN SHAH BIN IRFAN MUHAMMAD FITRI BIN HUSSIN MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN ISMAIL MUHAMMAD KHALIS SYAZWAN BIN YACCOUB MUHAMMAD SOLEHIN BIN AZMAN MUHAMMAD FARHAN BIN AZMAN NORHIDAYAH BINTI JAMIL NURUL AZWA BINTI SAAD OMAR NOR AMIRA NATASYA BINTI AYUB NO SB/KP AW84978 SB039749 AY21721 AY12425 AT68902 AX30323 AY13396 BL75699 011211011302 AX29389 KELAS 4 LUHUR 4 LUHUR 4 LUHUR 4 LUHUR 4 LUHUR 4 LUHUR 4 LUHUR 4 LUHUR 4 LUHUR 4 LUHUR

Anda mungkin juga menyukai