Anda di halaman 1dari 17

ANALISIS MODEL ASSURE

Pengaplikasian kaedah dan model pengajaran adalah penting supaya sesuatu objektif pembelajaran dapat dicapai. Model pengajaran yang sesuai digunakan untuk membantu guru mengajar dan menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan lebih jelas dan berkesan supaya objektif pembelajaran dan pengajaran guru dapat dicapai. Bahan yang digunakan dapat membantu guru untuk menjelaskan konsep dan memberi penerangan kepada pelajar agar mesej yang ingin disampaikan jelas dan tepat. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna dan dapat mencapai objektif pembelajaran dengan adanya perancangan yang lengkap dan sistematik. Seseorang guru perlu mengetahui perkara yang hendak dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka memerlukan satu perancangan yang rapi untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efisien dan berkesan. Model reka bentuk pengajaran yang digunakan adalah model ASSURE. Model ASSURE (Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1993) adalah model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media secara sistematik. Model ini digubal oleh Heinich dan rakan-rakan (1982). Model ini bertujuan untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang menggunaan media. Model ini berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah. Model ASSURE bermaksud mempastikan pembelajaran berlaku. Dalam model ini terdapat enam langkah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1: A - Analyse learners (Analisis pelajar). S - State learning objectives (Nyatakan objektif pembelajaran). S - Select methods, media and materials (Pilih kaedah, media dan bahan ). U - Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan).

R - Require learner participation ( Penglibatan pelajar dalam pembelajaran ). E Evaluate / Review (Penilaian / semak semula bahan).

Langkah 1 : Analyse learners (analisis pelajar)


Ciri-ciri umum pelajar Model ASSURE bermula dengan analisis pelajar. Ciri-ciri umum pelajar termasuklah deskripsi tentang umur pelajar, tahun, jantina, latar belakang dan sebagainya. Maklumat yang dinyatakan di atas boleh dijadikan asas dalam pemilihan

media. Maklumat tersebut boleh diperolehi dengan meneliti rekod pelajar dan berinteraksi secara langsung dan pengajar akan dapat mengetahui harapan, sikap dan latar belakang pelajar. Kelas ini terdiri daripada 30 orang murid. 16 orang murid lelaki dan 14 orang murid perempuan. Kelas 6 Wawasan terdiri daripada 25 orang murid berbangsa Melayu, 3 orang murid berbangsa Cina dan 2 orang murid berbangsa India. Muridmurid ini berumur 12 tahun. Ibu bapa murid-murid ini rata-ratanya mempunyai pekerjaan yang tersendiri Antara pekerjaan yang telah dikenal pasti seperti petani, pesawah dan peruncit. Justeru, budaya murid-murid lebih kepada budaya ketimuran, riang dan menghormati ibu bapa. Manakala taraf ekonomi mereka juga sederhana dan menghormati ibu bapa.

Kompetensi khusus peringkat masuk Peringkat pertama berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran. Maklumat diperolehi daripada ujian

kemasukan dan juga interaksi bersama mereka. Guru juga boleh mendapat maklumat daripada buku rujukan dan mendapat pendedahan melalui majalah dan TV. Saya menggunakan kaedah pemerhatian, kaedah soal jawab dan menggunakan borang anekdot untuk mengkaji tahap pencapaian murid-murid di dalam kelas. Kaedah

ini menyenangkan saya untuk merancang objektif pengajaran agar isi pelajaran dapat dicapai dengan berkesan di dalam bilik darjah. Kajian borang anedot menunjukkan murid-murid kelas ini mempunyai tahap kompetensi yang sederhana. Mereka berminat pada benda-benda yang baru. Justeru, pemilihan video dan bahan-bahan 2D dan 3D sebagai bahan bantu mengajar dapat membantu murid-murid kelas ini untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Stail pembelajaran Terdapat beberapa gaya pembelajaran murid-murid kelas 6 merah iaitu logikal, visual, kinestatik dan verbal. Secara keseluruhan murid kelas ini lebih suka belajara dengan gaya visual dan kinestatik. Aktiviti hands-on sudah mampu merangsang minda muridmurid kelas ini. Bahan 2D dan 3D juga membantu murid-murid yang memiliki gaya pembelajaran secara visual.

Langkah 2 : Tentukan objektif (state objektive)

Langkah kedua dalam Model Assure ini memerlukan objektif dinyatakan secara khusus untuk menentukan jenis bahan multimedia yang ingin digunakan. Objektif

pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas supaya guru dapat lebih fokus kepada perkara yang sepatutnya dipelajari dan dikuasai oleh pelajar. Setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang adalah untuk menyampaikan maklumat berdasarkan objektif pembelajaran. Penggunaan kaedah dan media yang bersesuaian dapat dipilih kerana guru telah fokus terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap baru yang perlu dikuasai oleh pelajar. Objektif pembelajaran berfokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari. Justeru, saya mengenalpasti kebolehan kognitif dan prestasi murid-murid agar dapat menentukan bahan multimedia yang ingin digunakan. Sebelum memulakan sesi

pengajaran, saya telah merujuk sukatan pelajaran, saya telah menggunakan aras utama, iaitu penghasilan projek elektronik. Manakala aras sampingan saya ialah memilih alatan, bahan dan komponen dan membentuk kaki komponen dan bahan. Oleh itu, saya memfokuskan aras sampingan agar murid dapat menguasai aras yang mudah dahulu sebelum pergi ke aras yang tinggi iaitu penghasilan projek elektronik. Objektif topik ini ialah murid dapat: 1) Memilih 10 daripada 14 alatan, bahan dan komponen. 2) Menyebut 3 daripada 4 komponen elektrik dan menyatakan simbol dan fungsinya dengan betul. 3) Membentuk kaki komponen dan bahan dengan cara yang betul. 4) Mengukur, memotong dan menjalur wayar dengan cara yang betul.

Rasional pemilihan objektif Saya memilh objektif di atas kerana murid hendaklah menguasai aras yang mudah dahulu sebelum pergi ke aras yang tinggi iaitu penghasilan projek elektronik. Selain itu, saya telah spesifikasikan bilangan alatan dan komponen elektronik dapam objektif

yang pertama dan kedua kerana kelas ini terdiri murid yang pencapaiannya sederhana. Oleh itu, murid tidak akan berupaya untuk melabelkan semua alatan dan bahan komponen elektronik yang telah diajar oleh guru. Selain itu, saya memilih objektif berdasarkan tiga aspek iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. Bagi aspek psikomotor, saya akan menjalaankan aktiviti amali yang menggalakkan pergerakkan fizikal untuk bekerja. Aktivti amali akan saya jalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran ialah membentuk kaki komponen dan menjalur wayar. Objektif yang dipilih untuk aktiviti ini ialah objektif ketiga dan keempat supaya murid dapat melakukan aktiviti fizikal. Dengan ini aktiviti fizikal , muri dapat memahami dan mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dengan lebih mendalam dan jelas.

Di samping itu, objektif pertama dan kedua dipilih untuk meningkatkan aspek kognitif murid. Kedua-dua aspek psikomotor dan kognitif digabungkan akan memberikan kefahaman kepada murid dalam pembelajaran berkaitan dengan amali dan teori. Keempat-empat objektif ini dipilih untuk meningkatkan aspek afektif murid iaitu sikap murid semasa mereka belajar dan membuat kerja amali. Secara tidak langsungnya objektif-objektif yang dipilih, membantu guru untuk menilai murid dalam aspek rohani. Konklusinya, objektif-objektif yang dipilh seiring dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Langkah 3 : Memilih Kaedah, Media dan Bahan (Select Methods, Media dan Materials)
Dalam proses pemilihan, membaiki atau mengubah suai media, guru perlu berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelajar dan objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Terdapat 3 perkara yang perlu dilakukan dalam langkah ini:

Memilih kaedah
Dalam satu pengajaran, pelbagai kaedah berbeza akan diaplikasi untuk disesuaikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dipilih seperti set induksi, pengenalan untuk konsep, aktiviti berkumpulan dan latihan. Guru menarik perhatian pelajar dengan memulakan set induksi dan diikuti dengan kaedah perbincangan, latihan dan latih tubi untuk mempelajari sesuatu pengetahuan yang baru.

1) Kaedah eksplorasi-penemuan Saya telah menggunakan kaedah eksplorasi dalam set induksi. Tujuan saya menggunakan kaedah eksplorasipenemuan dalam set induksi ialah untuk

meningkatkan pembelajaran murid melalui penemuan kendiri. Dalam kaedah ini, peranan guru adalah menyediakan peralatan tertentu dan murid dibenarkan

menggunakan alatan mengikut kesukaan masing-masing dengan pemantauan rapi daripada guru terutamanya apabila menggunakan peralatan berbahaya. Dalam set induksi, saya telah menyediakan bahan 3D iaitu telefon bimbit mainan, lampu suluh kecil, rumah mainan dan patung elektronik. Saya membenarkan murid untuk menggunakan kesemua- semua bahan tersebut dengan pemantauan rapi.

Rasional pemilihan keadah eksplorasi-penemuan Saya menggunakan kaedah ini kerana melalui kaedah ini, murid akan lebih mengetahui apakah kegunaan sesuatu alatan dengan membuat aktiviti menggunakan alatan itu. Kaedah ini juga akan meningkatkan rasa ingin tahu murid, keinginan untuk mencuba dan kebebasan melakukan eksplorasi. Jika sebelum ini mereka (murid) tidak berpeluang untuk cuba menggunakan peralatan ini atau menggunakannya secara nyata atas alasan dibimbangi akan memudaratkan mereka sendiri, namun dengan kebebasan diberi oleh guru serta dengan pemantauan rapi oleh guru, maka mereka akan merasakan berkeinginan untuk mencuba menggunakan peralatan tersebut dengan cara yang betul. Melalui kaedah ini, pembelajaran berlaku secara spontan dan dapat mengukuhkan pengetahuan mereka daripada pengajaran guru.

2) Kaedah perbincangan Saya telah menggunakan kaedah perbincangan dalam langkah pengajaran satu. Tujuan saya menggunakan kaedah perbincangan ialah kaedah ini merupakan satu strategi pengajaran yang melibatkan satu aktiviti perbualan yang melibatkan di antara pelajar dengan guru di dalam sesebuah kelas. Dalam sesi perbincangan, guru lazimnya menjadi penyelia kepada sesi perbincangan. Pelajar pula memainkan peranan yang aktif dalam sesi perbincangan tersebut. Terdapat dua jenis bentuk perbincangan iaitu perbincangan yang dijalankan di keseluruhan kelas dan juga perbincangan antara kumpulan-kumpulan kecil. Dalam perbincangan antara keseluruhan kelas,

perbincangan tersebut lazimnya diarahkan oleh guru. Untuk perbincangan kumpulankumpulan kecil pula, sesi perbincangan tersebut lazimnya diketuai oleh pelajar di dalam kelas tersebut. Dalam langkah pengajaran satu, saya telah menggunakan kedua-kedua jenis perbincangan ini iaitu perbincangan yang dijalankan di keseluruhan kelas dan perbicangan antara kumpulan-kumpulan kecil. Perbincangan keseluruhan kelas dijalankan semasa guru menerangkan tentang komponen elektronik, simbol dan fungsinya dengan menggunakan slaid bergambar. Manakala perbincangan antara kumpulan berlaku semasa melakukan aktiviti kumpulan iaitu menyelesaikan puzzle.

Rasional pemilihan keadah perbincangan Saya memilih kaedah ini kerana perbincangan melibatkan perbualan antara murid dengan guru dalam sebuah kelas atau antara sekumpulan murid. Strategi ini menggalakkan murid bertukar pendapat, idea atau maklumat secara berkesan bersama guru mereka atau dalam kalangan murid. Murid-murid berpeluang untuk menegemukakan isu-isu, pendapat dan ideaidea tentang sesuatu topik dan guru bersama murid-murid membuat rumusan pada

akhir sesi perbincangan. Perbincangan boleh merangsang pemikiran kritikal dan menggalakkan murid-murid yang berkebolehan sederhana dan kurang berupaya

melibatkan diri dalam prosos pembelajaran. Perbincangan boleh digunakan untuk mencapai objektif-objektif kognitif dan afektif. Dalam domain menganalisis kognitif, perbincangan dan boleh menggalakkan dari murid-murid baru

idea-idea

fakta-fakta

pelajaran

dan mengaitkannya dengan pelajaran yang lampau. Dari sudut afektif, perbincangan menggalakkan murid-murid meninjau pendapatpendapat mereka, berinterksi dan menilai idea-idea murid-murid lain serta

mengembangkan kemahiran mendengar dengan baik.

3) Kaedah tunjuk cara atau demostrasi Saya telah menggunakan kaedah tunjuk cara dalam langkah pengajaran yang kedua. Kaedah tunjuk cara juga dikenali sebagai kaedah demonstrasi. Dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup, kaedah pengajaran ini adalah penting. Dalam langkah pengajaran yang kedua, guru mendemostrasikan cara-cara untuk membentuk kaki komponen dan menjalur wayar yang betul. Sewaktu pengajaran, kemahiran guru mendemonstrasikan langkah-langkah dan juga cara-cara melakukan kerja amali yang melibatkan penggunaan alatan tangan di hadapan pelajar secara langsung memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati dan meneliti.

Rasional pemilihan keadah tunjuk cara (demostrasi) Kaedah demonstrasi telah lama dikenal pasti sebagai teknik yang paling berkesan untuk kemahiran psikomotor. Menerusi kaedah pengajaran ini, pelajar-pelajar akan dapat mencontohi tunjuk cara yang dilakukan oleh guru sewaktu pengajaran dengan lebih tepat. Di samping itu, demonstrasi dari guru juga berupaya untuk membina keyakinan pelajar supaya mereka dapat melaksanakan demonstrasi secara individu dalam kerja amali contohnya penggunaan alatan tangan. Dalam proses demonstrasi, Ia terdapat juga satu komunikasi pendekatan lisan visual secara untuk

langsung dari guru kepada murid.

melibatkan

memeriksa memeriksa proses, maklumat dan idea. Demonstrasi membolehkan muridmurid memerhati benda-benda maujud dan bagaimana mereka berfungsi. Terdapat demonstrasi tulin, demonstrasi dari murid-murid. dengan komen atau demonstrasi dengan guru mendemonstrasi satu penglibatan balas

Lazimnya,

gerak

atau aktiviti sebelum murid-murid melakukan aktiviti itu secara individu. guru ini dijadikan model gerak balas dan jangkaan oleh murid-murid.

Demonstrasi

Demonstrasi

boleh

digunakan

untuk

mengilustrasikan

hujah-hujah memberi

atau model

prosedur secara berkesan, merangsang minat dalam sesuatu topik,

kemahiran mengajar dan menunjukkan kadar perubahan. Kebaikan tujuk cara ialah ia memberi peluang kepada murid untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajari setelah melihat prosedur-prosedur yang ditunjukkan oleh guru. Contohnya, murid boleh melihat cara untuk membentuk kaki komponen yang betul. Kaedah ini juga membenarkan murid-murid untuk mencontohi sesuatu perlakuan dengan mudah.

4) Kaedah latih tubi Saya telah menggunakan kaedah latih tubi dalam langkah pengajaran penilaian. Kaedah ini merupakan satu kaedah pengajaran yang menitikberatkan aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang diperoleh. Tujuan saya menggunakan kaedah latih tubi ini dalam pengajaran adalah untuk mencapai taraf penguasaan pelajar terhadap kemahiran di samping menjamin kekekalannya. Saya telah mengedarkan lembaran kerja mengenai bahan dan komponen elektronik. Saya memberi masa selama lima minit untuk murid menjawab kesemua- semua soalan tersebut.

Rasional pemilihan keadah latih tubi Saya menggunakan kaedah ini kerana melalui kaedah ini, murid akan mencapai taraf penguasaan terhadap kemahiran kerana latih tubi merupakan aktiviti pengulangan fakta-fakta yang dipelajari. Selain itu, menjamin kekekalannya dalam kalangan murid. Murid akan mengingati sampai bila-bila masa dan boleh menggunakannya untuk menghasilkan pengatahuan yang baru.

Memilih media
Pemilihan media yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran merupakan antara faktor yang membolehkan mesej atau maklumat disampaikan secara bermakna. Media yang dipilih ialah slaid powerpoint bergambar, video, tayangan

komputer multimedia. Format media yang dipilih perlu sesuai dengan keupayaan pelajar.

MS PowerPoint slaid bergambar Saya memilih slaid bergambar untuk menggunakan dalam langkah pengajaran yang kedua. Dalam slaid ini, saya memasukkan gambar-gambar elektronik iaitu kapasitor berkutub, kapasistor tidak berkutub dan transistor, nota mengenai simbol dan fungsi komponen tersebut. Saya juga memilih untuk memasukan animasi dan hyperlink bagi menarik minat murid. Rasional Slaid bergambar yang berwarna-warni dapat menarik perhatian murid. Selain itu, penggunaan animasi dan hyperlink, juga merangsang minda murid dan murid akan memberi perhatian yang sepenuh. Penggunaan Video Pada langkah pengajaran kedua, saya menggunakan tayangan video. Tayang video akan meransang murid-murid supaya minat dengan aktiviti yang dijalankan. Pembelajaran akan menjadi sangat seronok dengan iringan muzik dan murid akan dapat pengalaman belajar yang menyeronokan. Penggunaan bahan interaktif yang menarik dan sesuai juga membantu pemahaman murid. Bahan ini digunakan dengan sokongan komputer atau komputer riba dan projektor (LCD). Daripada komputer video akan dipaparkan ke layar dan alat pembesar suara juga diperlukan bagi membolehkan murid-murid mendengar muzik daripada video yang jelas.

Rasional Melalui paparan video dengan lagu yang dipasang menjadikan murid lebih bersemangat dan ingin mengikuti aktiviti seterusnya. Murid-murid yang pemalu untuk

bergaul dengan rakan-rakan lain diharapkan akan terhakis sifat pemalu mereka dengan mengambil bahagian sama.

Memilih bahan
Bahan sumber pengajaran pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang menjadi fokus pembelajaran. Bahan yang dipilih ialah buku teks Kemahiran Hidup Tahun Enam, bahan 2D dan bahn 3D. Bahan 3D Bagi tajuk elektrik dan elektronik, saya akan memulakan sesi pengajaran, set induksi dengan memaparkan bahan-bahan elektronik yang sebenar. Antara contoh bahan elektronik ialah telefon bimbit, lampu suluh, model rumah mainan dan patung elektronik. Model rumah mainan dibuat sendiri dengan pasangan litar yang mudah agar dapat merangsang murid mengaitkan pengalaman sedia ada untuk membina pengetahuan baru. manakala dalam langkah satu, saya menggunakan komponen-komponen elektronik yang sebenar agar murid dapat merasakan dan dapat melihat komponen elektronik tersebut. Rasional Bahan-bahan 3D ini membolehkan murid-murid menumpukan perhatian dan murid akan lebih faham kerana mereka menggunakan bahan-bahan tersebut pada kehidupan seharian mereka. Konsep yang betul dibina kerana murid boleh melihat benda yang sebenar. Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar. Murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda itu dengan lebih baik. Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar sesuatu bahan atau benda itu. Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau hasilan. Memberi lebih banyak peluang kepada murid berinteraksi diantara satu sama lain. Menimbulkan

semangat ingin tahu yang akan membawa kepada konsep pembelajaran melalui penyelidikan.

Bahan 2D Pada langkah satu saya menggunakan bahan 2D. Bahan 2D ini merupakan kad puzzle yang berwarna dan sebagai bahan yang digunakan untuk merangsang minda murid. Berbagai-bagai bentuk dan warna yang berbeza bagi menarik murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti dirancang. Cara menggunakannya ialah guru akan mengedarkan kad puzzle tersebut kepada setiap kumpulan. Setiap kumpulan hendaklah mencantumkan agar dapat gambar komponen dan simbol-simbol komponen. Seterusnya, murid akan padankan simbol pada komponennya. Murid berjaya melengkapkan puzzle tersebut diberi tepukan manakala murid yang tidak berjaya melengkapkan akan diberi motivasi. Selain itu, bahan 2D yang lain ialah gambar-gambar komponen elektronik. Gambargambar ini dimasukkan dalam slaid dengan nota-nota komponen elektronik tersebut. Justeru, murid boleh membaca nota-nota dan boleh melihat bentuk komponennya sekali. Selain itu, saya menggunakan buku teks semasa sesi pengajaran. Buku teks amat membantu dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid. Rasional Gambar boleh menerangkan dengan jelas konsep-konsep abstrak kepada ide-ide yang maujud dan formal. Gambar juga mudah didapati dan mudah dihasilkan dan tidak memerlukan peralatan khas untuk menggunakan gambar kecuali ianya terlalu kecil Penggunaan gambar foto boleh disesuaikan dengan semua peringkat pengajaran pembelajaran dari set induksi hingga ke penutup. Gambar juga dapat menunjukkan mengenai sesuatu benda atau keadaan yang baru kepada murid dengan jelas dan tepat.

Langkah 4: Gunakan media dan bahan


Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah penting kerana hal ini menjadi penentuan kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menggunakan internet dalam proses pengajaran dan menyediakan bahan pengajaran dalam bentuk nota dan latihan. Media dan bahan yang telah dipilih akan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran pelajar. Selain itu pemilihan bahan dan media tersebut adalah bersesuaian dengan pengalaman pelajar, jadi akhirnya dapat mendatangkan manfaat kepada para pelajar. Penggunaan media perlulah diselenggarakan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ini bermaksud guru bertanggung jawab dalam

menguruskan media dan bahan yang telah dipilih. Penggunaan media boleh dibahagikan kepada tiga fasa iaitu: a) Sebelum Pengajaran Saya mengadakan pratonton terlebih dahulu untuk menyemak semula manual penggunaan, teks, audio agar bersesuaian dengan tahap murid. Selain itu, saya akan melihat dan mendengar sendiri video dan audio agar sesuai dengan objektif pembelajaran. Pratonton media ini perlu dilakukan agar tiada sebarang kesalahan yang bakal berlaku semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, bahan bantu mengajar yang disediakan perlu sesuai dengan tahap murid-murid. Sebagai contoh, nota yang disediakan perlu mengikut tahap penguasaan murid-murid. Saya harus memastikan perbendaharaan kata yang digunakan tidak terlalu kompleks. Selan itu, saya juga membuat pratonton bahan untuk memastikan kejelasan suara semasa video tersebut dimainkan. Bahan video ini amat sesuai dengan tahap murid. Sebelum sesi pengajaran bermula, guru perlu menyediakan persekitaran bilik darjah yang kondusif dan selesa kepada murid-murid. Guru akan memastikan pengudaraan udara bilik darjah berjalan lancar dan infrastruktur seperti kipas dan

lampu dapat berfungsi dengan elok. Manakala meja dan kerusi perlu disusun menghadap guru agar pengajaran dapat disampaikan secara langsung dan murid-murid juga tidak perlu mengalih kedudukan mereka. Slaid power point yang sesuai dengan latar belakang yang tidak keterlaluan yang boleh menenggelamkan isi pelajaran. Slide yang dimasukkan dengan bahanbahan yang terlalu padat akan menjadikan murid lebih fokus ke arah slide yang dipaparkan. Contohnya slaid power point yang saya gunakan, mempunyai banyak gambar dan perkataan yang kurang. b) Semasa Pengajaran Semasa sesi pengajaran, guru perlu membenarkan murid untuk membina pengalaman pembelajaran baru melalui aktiviti di dalam kelas. Contohnya, bagi aktiviti lembaran dan puzzle guru perlu memastikan semua murid mengambil bahagian di dalamnya. Guru perlu membimbing murid-murid yang lemah sepanjang aktiviti ini. Guru perlu memastikan murid-murid juga menumpukan perhatian semasa sesi pengajaran dijalankan. Peneguhan positif seperti memberikan pujian dan tepukan untuk menaikkan motivasi murid-murid boleh dilakukan agar mereka berasa dihargai. c) Selepas Pengajaran Guru perlu pastikan bahawa murid dapat menguasai dan memahami apa yang telah dipelajari. Pada akhir pembelajaran, murid perlu mencapai objektif yang telah ditetapkan sebelum aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Melalui sesi penutup iaitu pembinaan peta minda sebagai penilaian, guru dapat mengukur sama ada objektif yang ditetapkan tercapai ataupun sebaliknya.

Langkah 5: Penglibatan pelajar dalam pembelajaran

Untuk mempastikan proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu terlibat dalam aktiviti pembelajaran seperti perbincangan, gerak kerja kumpulan, latihan, latih tubi dan sebagainya. Pengukuhan serta merta perlu diberikan atas tindak balas pelajar yang betul. Dalam topik pengajaran ini, pelajar dibahagikan kepada kumpulan untuk mencari rupa bentuk mikroorganisma melalui internet. Selepas itu latihan struktur juga diberikan kepada pelajar. Bagi pengajaran dan pembelajaran penghasilan elektronik, guru dapat menarik perhatian murid dengan menunjukkan bahan 3D seperti telefon bimbit permainan, rumah mainan, patung elektronik dalam set induksi. Soalan-soalan yang ditujukan seperti yang di bawah dapat mengekalkan perhatian murid dan murid mula berfikir. i. ii. Bahan apakah yang menyebabkan telefon itu berbunyi? Bahan apakah yang menyebabkan lampu itu menyala?

Maklum balas segera yang diterima daripada murid amat penting bagi memberikan sign atau tanda kepada guru untuk meneruskan perjalanan pengajarannya. Dengan aktiviti soal jawab, guru dapat mengesan tahap kefahaman dan kepekaan murid dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran Tambahan penggunaan slaid PowerPoint bergamabr yang beranimasi dan berwarnawarni komponen-komponen elektronik dapat meningkatkan kefahaman dan respon murid-murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain semasa melakukan aktiviti kumpulan iaitu menyelesaikan puzzle juga, murid mengambil bahagian secara menyeluruh kerana murid-murid lebih suka kepada permainan- permainan yang mencabar.

Tambahan pula, aktiviti menyelesaikan puzzle, memaksimumkan penglibatan semua murid yang memerlukan pembentukan kumpulan, guru perlu bijak dalam

menguruskan situasi tersebut. Maka bagi aktiviti tersebut guru perlu menetapkan sendiri anggota untuk setiap kumpulan murid bagi mengelakkan terdapatnya unsur-unsur deskriminasi antara murid. Tambahan lagi, jika berlakunya situasi demikian, mungkin terdapat murid yang tidak menjalankan tugas semasa berbincang dan menyiapkan puzzle. Justeru, guru perlu kerap memantau aktiviti murid supaya dapat mengikuti perkembangan meraka

Langkah 6 : Penilaian / semak semula bahan


Penilaian ialah proses untuk melihat keberkesanan keseluruhan proses P&P mahupun program pendidikan yang dilaksanakan. Penilaian boleh dibuat terhadap sesebuah program atau kursus, kesusuaian penggunaan media, pembinaan bahan pengajaran, dan pencapaian murid mengikut keperluan. Setelah tamat pengajaran, penilaian perlu dilakukan untuk melihat kekuatan dan keberkesanan media secara menyeluruh agar penambahbaikan dapat dilakukan untuk mendapatkan kesan penggunaan media yang maksimum dalam pengajaran. Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai. Secara umum, pencapaian pelajar dibahagikan kepada tiga, iaitu i. Prestasi pelajar berdasarkan rujukan criteria (penilaian pelajar berdasarkan suatu set objektif yang telah ditentukan) ii. Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran. iii.Sikap.. Setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran, saya menilai semula keberkesanan dan kelemahan pengajaran. Penilaian juga secara berterusan, iaitu pada peringkat sebelum, semasa dan selepas mengajar. Dalam set induksi, sebelum saya memulakan

sesi pembelajaran, saya menyoal beberapa soalan kepada murid untuk menguji pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada tentang penghasilan projek. Setelah mengetahui tahap pengetahuan murid, saya telah memulakan sesi pengajaran. Setelah menghabiskan satu sub topik, saya telah menguji murid melalui beberapa cara. Contohnya, dalam langkah satu, setelah menghabiskan sesi pembelajaran, saya telah memberi puzzle kepada murid untuk menyelesaikannya agar dapat mengetahui bahawa murid memberi perhatian atau tidak. Jika tidak guru boleh mengambil tindakan sebelum melaksanakan sesi pengajaran seterunya. Manakala dalam langkah kedua pula, saya telah memilih secara rawak untuk menjawab soalan yang diberikan. Setelah tamat sesi pengajaran, saya menjalankan ujian bertulis untuk menguji kefahaman murid-murid mengenai tajuk elektrik dan elektronik yang telah diajar. Apabila jawapan yang ditulis oleh murid-murid betul, secara automatiknya saya mendapat gambaran yang positif bahawa media tayang yang dipilih bertepatan dengan hasil pembelajaran yang dikehendaki. .

Anda mungkin juga menyukai