1. Kelebihan Sains, yaitu : -Sains telah memberikan banyak sumbangannya bagi umat manusia, misalnya dalam perkembangan sains dan teknologi kedokteran, sains dan teknologi komunikasi dan informasi. -Dengan sains dan teknologi memungkinkan manusia dapat bergerak atau bertindak dengan cermat dan tepat, efektif, dan efisien karena sains dan teknologi merupakan hasil kerja pengalaman observasi, eksperimen dan verifikasi. 2. Kelemahan Sains, yaitu : -Sains bersifat obyektif, menyampingkan penilaian yang bersifat subyektif. Sains menyampingkan tujuan hidup, sehingga dengan demikian sains dan tekhnologi tidak bisa dijadikan pembimbing bagi manusia dalam menjalani hidup ini. -Sains membutuhkan pendamping dalam operasinya. Menurut Albert Einstein, Sains tanpa agama lumpuh, dan agama tanpa sains adalah buta. (Science without religion is lame, Region without sains is blind). Manfaat Sains Untuk Kesejahteraan Umat Diantara kelebihan sains adalah mempunyai peran dan manfaat bagi kesejahteraan umat didunia. Dalam kehidupan manusia, manfaat sains dibagi menjadi : 1. Bioteknologi tradisional 2. Bioteknologi modern a. Manfaat bioteknologi tradisional
1. Aspek pertanian Contoh bioteknologi tradisional dibidang pertanian misalnya, suatu tanaman jenis mustard alami yang diseleksi oleh manusia menghasilkan tanaman kolabri, brokoli, kubis, kembang kol ( Aryulina dkk, 2003 ). 2. Aspek peternakan Beberapa contoh bioteknologi tradisional dibidang peternakan, misalnya : Domba ankon, yang merupakan domba berkaki pendek dan bengkok sebagai hasil mutasi alami. Sapi jersey, yang diseleksi oleh manusia agar menghasilkan susu dengan kandungan krim lebih banyak. 3. Aspek kesehatan Beberapa contoh bioteknologi tradisional dibidang kesehatan, misalnya :
Antibiotik yang digunakan untuk pengobatan diisolasi dari jamur penicillium. Vaksin, yang merupakan mikroorganisme atau bagian mikroorganismae yang toksinnya telah dimatikan, bermanfaat untuk meningkatkan imunitas.
4. Aspek pangan Beberapa contoh bioteknologi tradisional dibidang pangan, misalnya : Tempe, dibuat dengan cara memfermentasikan kedelai dengan jamur rhizopus. Kecap, dibuat dengan cara memfermentasikan campuran kedelai dan padi-padian ditambah garam dengan menggunakan jamur aspergillus bersama saccaromyces. Oncom, dibuat dengan cara memfermentasikan bungkil kacang atau ampas kedelai dengan jamur neurospora sitophila. Tape, dibuat dengan cara memfermentasikan singkong ataupun beras ketan dengan ragi.
b. Manfaat bioteknologi modern Bioteknologi modern mulai berkembang setelah penemuan struktur DNA sekitar tahun 1950, yang diikuti oleh penemuan-penemuan lainnya. Penemuan ekspresi gen, enzim pemotong DNA, keberhasilan menciptakan DNA rekombinan dengan menggabungkan DNA dari dua organism yang berbeda, cloning, dan kultur jaringan. Pemanfaatan Bioteknologi 1. Aspek pangan, misalnya : Protein sel tunggal ( single cell protein ) Merupakan makanan kaya akan protein yang berasal dari mikroorganisme. Mikroorganisme yang biasanya digunakan adalah jamur, bakteri, ragi ataupun algae. Contohnya adalah protein sel tunggal dari fusarium graminearum, hifa jamur fusarium merupakan makanan yang sangat bergizi disebabkan sebagai mikroprotein. Selain itu protein sel tunggal adalah microalgae ( ganggang mikroskopis ) misalnya : chlorella ( ganggang hijau dan spirulina ( ganggang biru ). Buah tomat hasil manipulasi genetic sehingga tahan lama, tidak cepat matang dan membusuk. Dalam kehidupan umat manusia, sains memberikan pengaruh yang besar tidak hanya dalam bidang ekonomi, social, dan budaya tetapi juga pengaruh positif dan negative terhadap peradaban umat manusia. Beberapa pengaruh positifnya yaitu : Meningkatkan kesejahteraan hidup manusia dalam segala aspek kehidupan. Pemanfaatan yang tepat dan lebih mudah dalam memecahkan masalah yang sedang dihadapi manusia. Dapat memberikan pelayanan pada masyarakat.
DAFTAR PUSTAKA
Buku materi pokok PGTK, Filsafat Pendidikan Http : // www.google.com
boleh menyebarkan bahan radioaktif dan menyebabkan radiasi ke kawasan yang lebih luas. Sudah tentu ia memberi kesan psikologi terhadap masyarakat yang kurang pengetahuan mengenai keselamatan sinaran. Mungkin ia juga menimbul kekalutan dan ketakutan yang akan menjejaskan kegiatan sesebuah masyarakat. Usaha pembersihan kawasan yang dicemari radiasi juga menelan belanja yang tinggi dan membabitkan tenaga kerja yang ramai dan peralatan yang canggih. Bukankah ia akan memberi kesan kepada ketenteraman awam, menyebabkan kegawatan ekonomi negara malah ia turut tersebar melalui tiupan angin dan tekanan udara ke negara yang bersempadan. Kesan inilah yang turut dibimbangi oleh banyak pihak kerana penyalahgunaan kemajuan teknologi yang sedia ada. Teknologi maklumat yang berkembang pesat sehingga ke hari ini memungkinkan semua lapisan masyarakat mendapat maklumat dengan begitu mudah. Pelbagai penerokaan maklumat boleh diperolehi tanpa ada batasan. Dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi, jalan dakwah terbuka luas untuk menyampaikan sesuatu yang berguna kepada masyarakat. Namun di sebalik kecanggihan dan kelebihan teknologi tersebut kini, terselit suatu keburukan yang jarang sekali difikirkan kerana ia timbul tanpa disedari. Ramai muda mudi kita terpengaruh dengan kelebihan teknologi maklumat. Kesannya kepada pembangunan sosial generasi kita terlalu besar di mana mereka leka dengan teknologi tersebut sehingga mengabaikan nilai murni. Contohnya, internet yang merupakan gedung ilmu, tetapi kadangkala muda mudi kita menyalahgunakan kelebihannya dengan melayari laman- laman web yang berunsur lucah dan tidak berakhlak. Ini akan mempengaruhi fikiran golongan tersebut dan akan merosakkan pembangunan nafs mereka. Kemajuan teknologi maklumat juga mendatangkan kesan buruk apabila kini berlaku pula pencerobohan maklumat yang disebut sebagai "penggodam" di mana maklumat sulit sesebuah negara boleh diceroboh dengan mudah. Melalui teknologi terkini juga, pengubahsuaian ke atas sesuatu gambar boleh dibuat. Kadangkala ia memberi kesan buruk kerana boleh menyebabkan fitnah. Kini bioteknologi memacu negara ke arah pembangunan. Bidang kejuruteraan makanan menerusi teknologi terkini mampu menghasilkan makanan ubahsuaian genetik (Genetically Modified Food) yang mempunyai ciri- ciri terbaik seperti tahan lama, sedap dan bermutu, mudah, murah serta meningkatkan pengeluaran tanaman contohnya beras perang, tomato dan cili. Makanan yang dihasilkan adalah sama tetapi mempunyai sifat- sifat yang berbeza yang dimasukkan dengan pelbagai gabungan gen organisma lain. Apa yang menjadi persoalan ialah sumber genetik yang digunakan untuk menghasilkan makanan ubahsuaian tersebut dikhuatiri daripada benda-benda yang dilarang oleh syarak. GMF juga memberi kesan terhadap kesihatan manusia kerana mengandungi bendasing (allergen) yang tidak diketahui kesan buruknya. Isu pengklonan juga mendapat perhatian hangat dari semua pihak. Hasil kemajuan teknologi mampu memindahkan genetik dari satu organisma ke organisma lain. Ini akan menghasilkan satu organisma yang sama dengan yang induk. Isu ini agak dibimbangi kerana takut disalahgunakan oleh pihak tertentu untuk tujuan pengklonan manusia. Hal ini terlalu menyimpang dari landasan agama yang sebenar. Begitu juga dengan teknologi "stem cell" yang banyak kelebihannya dalam membantu mengatasi pelbagai penyakit. Namun apa yang dikhuatiri jika penggunaan "embryonic stem cell" bakal disalahgunakan juga untuk pengklonan manusia. Natijah daripada kemajuan sains dan teknologi kini sememangnya banyak membawa kepada kebaikan disamping terselit juga keburukan. Pokok pangkalnya, apa jua kemajuan yang
dicapai perlulah berlandaskan nilai- nilai Islam dan mengikut batas- batas penerokaan ilmu yang telah ditetapkan. Barulah kemajuan dan pembangunan yang kita capai tidak terpesong dan tidak mendatangkan keburukan kepada ummah kerana kadangkala keburukan itu sebenarnya kita juga yang menciptakannya.
Kebaikan dan Keburukan Sains Apa itu sains? Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, sains merujuk kepada:-
1. Aktiviti atau kajian yg menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan, sains gunaan dan lain-lain. 2. Kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal; ~ maklumat sains yg berkaitan dgn pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat secara elektronik; ~ maklumat dan komunikasi sains yg berkaitan dgn pemerolehan, penyimpanan, pem-prosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan sains komputer dan telekomunikasi; ~ tinggi sains yg berasaskan kajian saintifik termaju spt penggunaan peralatan elektronik yg canggih; bersains mempunyai sains: masyarakat ~ tinggi. Kebaikan Sains:1. Memudahkan Kerja Seharian Sains telah berjaya memudahkan pelbagai kerja seharian kita. Mesin basuh kain, mesin basuh pinggan dan peti ais telah meringankan kerja di rumah dan hampir setiap rumah di Malaysia kini telah memiliki sekurang-kurangnya mesin basuh kain dan peti ais. Para suri rumah tidak perlu lagi membasuh kain dengan menggunakan tangan. Sains bukan sahaja telah membantu kerja-kerja di rumah menjadi semakin mudah malah di pejabat juga. Penggunaan mesin fotostat misalnya telah memudahkan pekerja untuk membuat salinan sesuatu dokumen . Disamping itu penggunaan applikasi seperti Microsoft Word telah memudahkan pekerja dipejabat untuk membuat laporan, menaip surat dan sebagainya. Ianya jauh berbeza dengan penggunaan mesin taip yang terpaksa menaip balik seluruh dokumen jika terdapat sebarang kesilapan. 2. Menjimatkan Masa Perkembangan sains juga telah dapat menjimatkan masa. Perkembangan pesat sains pengangkutan telah menjimatkan masa perjalananan dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Penggunaan LRT dan komuter menjadi pilihan warga kota untuk pergi dan balik dari kerja. Ianya bukan sahaja menjimatkan masa malah menjimatkan duit kerana penggunaan banyak minyak petrol di dalam keadaan jalan yang sesak dan sekaligus dapat mengurangkan tekanan kepada mereka yang memandu. Sains juga telah banyak membantu petani dalam mempercepatkan proses pembajakan tanah. Jika dahulu tanah dibajak dengan menggunakan cangkul dan bajak besi, ianya memerlukan banyak tenaga manusia dan memakan masa yang lama. Penggunaan alat pembajak seperti traktor telah banyak menjimatkan masa para petani. 3. Kemudahan komunikasi
Kecanggihan sains masa kini telah memberi banyak kemudahan komunikasi kepada seluruh masyarakat di dunia. Ianya amat mudah, hanya perlu menggunakan telefon, laman media sosial, Skype, Yahoo Messenger, Email dan sebagainya. Penyaluran maklumat dapat disalurkan dengan pantas ke seluruh dunia. Jika dahulu, suratkhabar, telefon dan televisyen merupakan antara media massa yang paling penting dalam menyalurkan maklumat. Kini dengan perkembagan sains dalam komunikasi telah mempelbagaikan saluran untuk menyampaikan maklumat dan ianya juga lebih pantas. Kemudahan komukasi ini banyak membantu kita untuk berhubungan dengan masyarakat di seluruh pelusuk dunia di samping memudahkan kaum keluarga untuk berhubung sesama mereka. 4. Sains perubatan membantu mengawal/mengubat penyakit Perkembangan sains perubatan telah banyak membantu menyelamatkan manusia. Penggunaan incubators telah banyak membantu bayi yang lahir tidak cukup bulan untuk terus hidup. Begitu juga dengan penggunaan kimoterapi, ianya telah banyak membantu sesetengah pesakit kanser dalam mengubati penyakit mereka. Walaupun tidak semua pesakit kanser boleh pulih dengan sesi kimoterapi tetapi ianya memberi sedikit harapan kepada pesakit untuk terus hidup. Perkembangan sains pengimejan juga telah membantu dalam mengenalpasti pelbagai jenis penyakit dengan lebih cepat dan mudah. Ianya sekaligus membantu untuk kenalpasti rawatan yang diperlukan. Sains ini telah banyak membantu pengamal perubatan. 5. Meningkatkan pengeluaran Sains telah banyak membantu para peniaga dalam meningkatkan pengeluaran. Penggunaan pelbagai jenis mesin dan peralatan telah berjaya meningkatkan pengeluaran dan mengurangkan penggunaan tenaga buruh, contohnya penggunaan mesin dalam penyediaan makanan, pembuatan kereta dan sebagainya. Penggunaan mesian dan peralatan ini mampu mengurangkan kebarangkalian dalam kerosakan sesuatu produk yang dihasilkan. Keburukan Sains:1. Jenayah Perkembangan sains juga boleh membawa keburukan terutamanya jenayah siber, ianya seperti kecurian maklumat, penipuan, penyebaran virus, penggodam , pengubahsuaian ke atas program dan sebagainya. Jenayah Siber amat berleluasa sekarang ini dan ianya sukar untuk dibendung. Kecanggihan sains telah disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tertentu bagi mengaut keuntungan dengan cara yang mudah. Di samping itu, sains juga telah memudahkan penjenayah untuk melakukan jenayah contohnya dengan penggunaan alat bagi mengesan laptop di dalam kereta dan juga alat untuk membuka pintu kereta. Alat-alat ini banyak digunakan oleh penjenayah. 2. Kurang Pergaulan Pelbagai jenis gadget dan permainan secara online telah menyebabkan kurangnya pergaulan dikalangan remaja dan kanak-kanak. Sekiranya ianya berlarutan untuk jangka masa yang agak lama, ianya boleh mengurangkan kemahiran bersosial dan tidak mempunyai keyakinan diri ketika bergaul dengan masyarakat sekeliling. Ini jelas memberi kesan yang negatif
kepada individu tersebut. Perkembangan sains juga boleh melonggarkan perhubungan dalam sesebuah keluarga. Ianya terjadi apabila masing-masing sibuk dengan telefon atau gadget masing-masing tanpa berkomunikasi antara satu sama lain. Sekiranya kita lihat masyarakat di luar sana, terdapat ramai keluarga yang datang menjamu selera, duduk dalam satu meja tetapi masing-masing sibuk dengan alat komukasi masing-masing. Inilah yang berlaku pada masa kini. 3. Mengancam Nyawa Manusia Sains nuklear boleh mengancam nyawa manusia. Tidak dinafikan sains nuklear banyak memberi kebaikan kepada manusia, di samping kebaikan, ianya juga boleh memberi keburukan kepada manusia. Tragedi di Chernobyl yang berlaku pada 1986 di Ukraine merupakan antara tragedi nuklear yang paling teruk berlaku. Tragedi ini telah mengorbankan banyak nyawa manusia dan kesan radiasi telah menular ke 3 negara iaitu Belarus, Ukraine dan Russia. Kesan radiasi ini juga telah memberi impak yang buruk kepada manusia di mana manusia boleh mendapat penyakit kanser dan penyakit-penyakit lain dalam jangka masa panjang. 4. Menjejaskan kesihatan Pada masa kini terdapat banyak makanan dalam tin yang boleh terus dimakan. Pernahkah kita terfikir, adakah makanan dalam tin selamat untuk dimakan? Apakah bahan yang digunakan bagi memastikan ianya tahan lama? Penggunaan bahan kimia dalam pemprosesan dan sains makanan seperti sulfur dioksida, asid benzoik da asid sorbik boleh menyebabkan penyakit seperti kanser dan sesak nafas. Disamping itu juga, kenderaan yang terlampau banyak di kota raya juga boleh menjejaskan kesihatan manusia akibat daripada pelepasan asap dari kenderaan.