Anda di halaman 1dari 2

Laporan AJK Pengangkutan

Pada 7- 9 September, seramai 38 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Januari 2013 telah mengadakan program ke Sekolah Kebangsaan Ewa yang bertempat di Pulau Langkawi. Seperti biasa, perkara utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum perjalanan bermula ialah menguruskan pengangkutan yang bakal membawa pelajar-pelajar yang terlibat. Jadi saya bersama seorang lagi rakan iaitu Mohamad Amsyar bin Ilyas selaku wakil bagi Jawatankuasa Pengangkutan telah menguruskan pengangkutan dengan meminta kebenaran menggunakan bas institut. Alhamdulillah prosedur untuk mendapatkan bas tersebut berjalan dengan lancar dengan pihak pentadbiran institut telah meluluskan untuk kami menggunakan bas pada hari tersebut. Kebetulan juga pada tarikh tersebut bas-bas institut tidak digunakan untuk apa-apa program. Hal ini kerana permohonan untuk mendapatkan bas tersebut telah dibuat dengan lebih awal. Malangnya bas institut hanya dapat menghantar kami sehingga ke pelabuhan Jeti di Perlis sahaja. Pelbagai inisiatif telah kami fikirkan masalah tersebut. Dengan bantuan Pengarah, kami Berjaya mendapatkan bas daripada SMK Teknik di Langkawi. Mereka dengan berbesar hati membenarkan kami menggunakan bas mereka untuk pulang balik dari Jeti ke sekolah tempat kami menjalankan program. Akhirnya masalah untuk membawa pelajar-pelajar ke sekolah tersebut dapat diselesaikan. Kami juga telah menempah tiket feri untuk pulang dan balik dari Pulau Langkawi ke Jeti Perlis. Pada 5 September jam 8 pagi, kami mula bertolak dari IPG Kampus Sultan Abdul Halim dan sampai di pelabuhan Kuala Perlis pada jam 10 pagi. Kami menaiki feri pada jam 10.30 pagi dan sampai di Pulau Langkawi pada jam 12.30 tengahari. Di sana, kami diambil oleh bas yang ditempah dari SMK Teknik Langkawi. kami sampai awal di sekolah tersebut lebih awal daripada yang dijangkakan. kami berasa gembira kerana program kami dapat dijalankan seperti yan dirancang. Pada 7 Spetember pula, iaitu paada hari sabtu kami mula bertolak pulang dari sekolah tersebut dengan menggunakan bas yang sama iaitu bas SMK Teknik pada jam 12 tengahari. Kami berhenti di pusat membeli-belah untuk berehat sebentar dan

solat Zohor. Kemudian kami meneruskan perjalanan kami tepat pada jam 4. Kami sampai di jeti pada jam 4.30 petang. Kami telah membeli tiket feri pada jam 5.30 petang. Hal ini disebabkan masih ada pelajar yang belum sampai ke jeti kerana masih bersama dengan keluarga angkat masing-masing. Tepat jam 5.30 petang kemudian, kami menaiki feri menuju ke jeti Kuala Perlis. Kami sampai lewat daripada yang dijangkakan iaitu pada jam 7 malam kerana cuaca yang tidak mengizinkan. kami kemudian menaiki bas institute yang sedia menunggu di jeti tersebut untuk balik ke IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Kami tiba di IPSAH agak lewat daripada yang dirancang iaitu pada jam 12 tengah malam. Hal ini kerana kami berhenti sebentar di kawasan Bandar untuk makan dan berehat sebentar. Sememangnya kelewatan kami ini tidak dirancang dan di luar jangkaan kami. Segala kekurangan amat kami kesali dan berharap agar kekurangan itu dapat diperbaiki pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, kami amat bersyukur kerana sampai dengan selamat ke destinasi yang kami tujui. Sesungguhnya segala bantuan dan kerjasama dari pihak yang terlibat sepanjang perjalanan kami amat kami hargai.

Anda mungkin juga menyukai