Anda di halaman 1dari 4

PENGGUNAAN KALKULATOR SEBAGAI ALAT PEMBELAJARAN

Pengenalan Kemajuan sains dan teknologi telah membawa satu makna baru dalam kehidupan manusia masa kini. Dengan perkembangan yang pesat dalam bidang elektronik, berbagai ciptaan baru telah dihasilkan termasuklah mesin pengira atau kalkulator. Pada suatu ketika ( 1984 - 1989 ), cadangan menggunakan kalkulator agak hebat dibincangkan. Isu penggunaan kalkulator ini telah disiarkan dalam satu artikal Berita Matematik ( Septembr,1984) yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Akan tetapi, isu kalkulator itu telah menjadi lenyap. Keadaan yang sama juga berlaku di negara lain. Dalam rencana yang ditulis oleh John Costello ( 1992 ) yang bertajuk " A failed Revolution ", beliau menyatakan bahawa walaupun dari tahun 1962 hingga 1965 , isu mengenai kalkulator diterbitkan dalam stiap terbitan Mathematics Teaching, tetapi nampaknya penggunaan kalkulator memberikan kesan yang kecil dalam pendidikan matematik. Mengapakah keadaan ini berlaku? Seperti yang dinyatakan oleh Hillary Shuad ( 1992 ), ramai orang dewasa sama ada guru, ibubapa atau pihak kementerian yang menggunakan kalkulator hampir setiap hari dalam kerja mereka, masih berasa satu keraguan untuk menyokong penggunaan kalkulator di sekolah. Antara perkara - perkara yang dikhuatiri oleh mereka adalah seperti berikut:

Murid yang menggunakan kalkulator akan menjadi malas kerana mereka tidak perlu berfikir. murid yang menggunakan kalkulator mungkin tidak pandai menjalani algoritma yang biasa yang melibatkan empat operasi, seterusnya mereka mungkin kurang faham dengan konsep asas nombor.

Memang tidak boleh dinafikan bahawa setiap sesuatu perubahan baru diperkenalkan akan mengakibatkan beberapa masalah. Kajian Schmidt dan Cailahan ( 1992 ) mengenai kepercayaan guru dan pengetua tentang penggunaan kalkulator dalam matematik sekolah rendah juga memperolehi dapatan yang hampir sama iaitu : " teachers have fears that calculator could have a negative impact on student's math learning but the principal's fear is weaker". Adakah kekhuatiran ini berasas? Di sini dipaparkan beberapa kajian yang telah dijalankan tentang penggunaan kalkulator yang di luar dan dalam negara. Dalam satu kajian yang dijalankan di luar negara oleh Cockcroft pada awal tahun 1982, telah melaporkan bahawa penggunaan kalkulator di sekolah rendah tidak akan

menjejaskan kemampuan murid membuat pengiraan secara congak atau bertulis. Ini adalah kerana kalkulator tidak akan membantu seseorang yang tidak tahu memilih operasi yang sesuai. mereka mesti dahulu mampu berfikir dalam menentukan operasi yang sesuai digunakan. Tambahan pula kanak - kanak yang menggunakan kalkulator akan dapat belajar konsep matematik seperti perpuluhan dan nombor negatif pada peringkat yang lebih awal daripada mereka yang mengikuti kurikulum matematik biasa tanpa diperkenalkan dengan kalkulator. Satu lagi kebaikan ialah pengalaman kanak - kanak mengenai nilai tempat dan sifir jugga turut diperluaskan. Laporan mengenai penilaian Matematik Keempat ( Lindquist, 1989 ) yang dijalankan di Amerika Syarikat telah memaparkan hasil dapatan berikut :

Secara amnya, pelajar yang menggunakan kalkulator mencapai prestasi yang lebih baik daripada pelajar tanpa menggunakan kalkulator apabila membuat soalan pengiraan. Pelajar yang menggunakan kalkulator lebih berjaya menyelesaikan soalan yang mana nombor dan operasi yang diberi adalah mengikut susunan dan tidak perlu menyusun semula (reordering ). Perkara ini menjadi lebih ketara untuk soalan yang melibatkan pembahagian.

Di Malaysia, terdapat beberapa rencana yang membincangkan isu kalkulator serta menyokong dan menggalakkan penggunaan kalkulator di sekolah - sekolah pada tahun ( 1984 - 1989 ) oleh (Palanisamy, 1984; Lim 1986; Zaleha Ismail danMaizah Hura Ahmad, 1989), tiada kajian empirikal dijalankan ke atas sampel pelajar di malaysia. keadaan ini berlaku kerana kalkulator masih belum dibenarkan penggunaannya oleh murid sekolah rendah. Penggunaan kalkulator hanya dibenarkan pada peringkat matrikulasi atau Tingkatan Enam ke atas. Walaubagaimanapun, satu kajian telah dijalankan oleh para pendidik ( Abu Osman Md. Taib dan rakan - rakan ) di UKM untuk meninjau kesan kalkulator terhadap sikap dan kebolehan pelajar kursus matrikulasi dalam pelajaran matematik. hasil dapatan mereka adalah seperti berikut:

didapati pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap matematik dengan penggunaan kalkulator dan penggunaan buku sifir. didapati pelajar boleh menyelesaikan masalah matematik dengan lebih cepat menggunakan kalkulator jika dibandingkan dengan penggunaan buku sifir atau congak.

Hasil kajian tempatan ini masih belum dapat mengurangkan atau meyakinkan beberapa pihak yang terlibat tentang penggunaan kalkulator di sekolah tetapi hasil kajian luar negeri sudah sedikit membatasi keraguan ini.

Apa yang boleh dikatakan sekarang ini ialah penyelidikan yang dijalankan mengenai kesan kalkulator ke atas sistem pendidikan di Malaysia mahupun di negara - negara maju belumlah boleh dikatakan menyeluruh, tetapi tidak dapat disangkal bahawa terdapat bukti - bukti hidup yang menunjukkan bahawa murid - murid yang menggunakan kalkulator adalah lebih bermotivasi dan menunjukkan pencapaian yang lebih memberangsangkan daripada mereka yang tidak menggunakannya. Pemerhatian - pemerhatian yang menyeluruh juga menyokong penggunaan kalkulator dalam bilik darjah. Maka, mengapa kita masih mengamalkan kemahiran mengajar yang ketinggalan zaman kepada pelajar kita? Terdapat kajian yang menunjukkan pelajar takut terhadap matematik akibat daripada penggunaan algoritma kertas-pensel yang panjang lebar dan memerlukan banyak langkah dan peraturan yang harus diikuti, misalnya dalam operasi pendaraban dan pembahagian. Telah banyak kajian yang menunjukkan bahawa penggunaan kalkulator akan menukar sikap pelajar terhadap matematik dan juga meningkatkan keyakinan diri mereka serta minat terhadap matematik.Secara umum, penggunaan kalkulator mempunyai fungsi yang boleh disimpulkan seperti berikut :

memberi motivasi terhadap pembelajaran matematik secara mendalam dan berterusan; membekalkan pelajar cara yang lebih mudah dan berkesan untuk membuat penyelesaian masalah; membenarkan soalan yang lebih mencabar dan mendalam yang memerlukan diberikan kepada pelajar pada peringkat yanglebih awal; pelajar berpeluang membuat penerokaan dan aplikasi yang lebih mendalam tentang topik - topik yang berkaitan; membolehkan pelajar mensintesis jawapan melalui ramalan berdasarkan pola pola yang diperhatikan; menggalakkan murid menguasai saiz dan nilai nombor ( bijak nombor ).

Berdasarkan fungsi dan kebaikan seperti di atas sudah cukup untuk menggalakkan penggunaan kalkulator dalam matematik sekolah rendah. Biasanya pelajar terutama pelajar yang lambat mengalami kesukaran semasa menyelesaikan soalan matematik yang melibatkan penggunaan ayat, bukan kerana mereka tidak faham atau tidak tahu membuat transformasi, tetapi kerana mereka bermasalah dalam menjalankan algoritma operasi itu. Dengan menggunakan kalkulator, pelajar boleh menumpukan perhatian kepada aplikasi konsep dan penyelesaian masalah. Mereka tidak akan diganggu oleh kesukaran membuat kiraan yang panjang lebar. Soalan yang lebih mencabar dan realistik juga boleh diberikan. Ini secara tidak langsung akan menjadi pembelajaran matematik lebih bermakna dan seronok. Sebenarnya, banyak masalah hanya memerlukan anggaran jawapan dan

bukan jawapan tepat. Oleh itu pelajar harus diajar cara membezakan dan menentukan kaedah yang paling berkesan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang diberi, sama ada memerlukan hanya anggaran, pengiraan congak, penggunaan algoritma kertaspensel ataupun kalkulator. Contohnya, kemahiran mengganggar adalah satu kemahiran yang paling berkuasa sekali dalam kehidupan seharian kita. Setelaj membeli barang - barang di pasarraya, kita boleh menggangggar sama ada kiraan bil oleh juru wang betul atau tidak. Seseorang pelajar yang mahir membuat anggaran akan cepat mengecam kesilapan kiraan seperti " 223 + 489 = 1099 " kerana 200 + 400 tidak mungkin menjadi 1000. Oleh itu, pelajar digalakkan membuat anggaran sebelum mengira. Setelah mendapatkan jawapan yang betul dengan kalkulator, galakkan pelajar menaakul sama ada jawapan yang didapati itu munasabah atau tidak Ini akan menyebabkan motivasi belajar matematik di kalangan pelajar akan terus meningkat. Penutup Kesimpulannya, penggunaan kalkulator akan menambahkan peluang kepada guru guru untuk memberi celik - akal dalam matematik. Satu usaha patut dilakukan ke arah memaksimumkan perhubungan di antara fizikal ( kertas dan pensil atau kalkulator ) dan mental khususnya dalam pendidikan matematik sekolah rendah melalui persembahan bilik darjah yang lebih efisien dan berkesan. Sejarah telah menampakkan seribu macam perubahan yang menunjukkan bahawa teknologi lama akan diambil alih oleh teknologi terkini. Contohnya, lampu pam telah digantikan oleh lampu elektrik, komputer menggantikan mesin taip. Adakah kalkulator tidak boleh menggantikan buku sifir atau algoritma atas kertas? Tidak dinafikan mungkin timbul beberapa buah fikiran yang bercanggah untuk menggunakan kalkulator dalam matematik di sekolah rendah tetapi sesuatu yang berfaedah dan mempunyai potensi untuk meningkatkan penguasaan matematik dikalangan pelajar tidak harus diketepikan.