Anda di halaman 1dari 6

SULIT

02/2 02/2
Bahasa Melayu
Kertas 2
LTS 2005
Set 1

UNIT KURIKULUM

JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

LEARNING TO SCORE 2005

PENILAIAN MENENGAH RENDAH

BAHASA MELAYU

KERTAS 2

Dua Jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian.

2. Bahagian A terdiri daripada Bahagian A (i) dan Bahagian A (ii). Anda dikehendaki
menjawab kedua-dua bahagian tersebut.

3. Bahagian B tidak mempunyai pilihan.

4. Bahagian C mempunyai lima pilihan dan anda dikehendaki menjawab satu soalan
sahaja.

5. Bahagian D juga tidak mempunyai pilihan.


Set 1 Bahasa Melayu PMR
Bahagian A
(Masa yang dicadangkan : 40 minit)

Bahagian A (i) : Ringkasan


(20 markah)

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang masalah
pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik. Panjang ringkasan anda hendaklah
tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan

Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia tidak begitu memberangsangkan berbanding dengan keputusan mata
pelajaran yang lain. Peratusan kelulusan kedua-dua mata pelajaran tersebut didapati
semakin merosot khususnya di kalangan pelajar Melayu.

Sains dan Matematik merupakan dua mata pelajaran yang sangat penting. Pelajar
perlu memperoleh kepujian untuk kedua-dua mata pelajaran tersebut sekiranya ingin
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi terutamanya dalam bidang
kejuruteraan, perubatan, komputer, dan pengurusan perniagaan. Dalam lapangan pekerjaan
pula, kebanyakan majikan memilih pemohon-pemohon yang mempunyai kepujian atau
sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Matematik atau Sains.

Faktor susah ialah alasan yang sering diberikan oleh pelajar apabila gagal dalam
kedua-dua mata pelajaran tersebut. Terdapat segelintir pelajar yang bukan saja kurang
memberikan tumpuan semasa guru mengajar, bahkan ada yang langsung tidak mengulang
kaji pelajaran. Mereka berpendapat bahawa tiada faedahnya mengulang kaji mata pelajaran
tersebut yang sudah tentunya tidak mendapat kepujian dalam peperiksaan atau
kemungkinannya akan gagal.

Dalam hal ini perlu diingatkan bahawa perkara ini bukan saja dialami oleh pelajar
aliran sastera tetapi juga pelajar aliran sains. Kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar
ialah mereka cuba menghafal fakta dan formula yang terdapat dalam buku tanpa berusaha
untuk memahaminya.

Mata pelajaran ini juga memerlukan masa yang lebih untuk mengulang kajinya. Oleh
itu, pelajar terpaksa meluangkan masa yang lebih untuk membaca, mengulang kaji, dan
menelaah apa-apa yang telah diajarkan oleh guru. Mereka juga boleh merujuk buku teks
atau buku panduan yang begitu banyak terdapat di pasaran

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Siswa, 2002)

LEARNING TO SCORE
UNIT KURIKULUM
JABATAN PELAJARAN PERAK
Halaman 2
Set 1 Bahasa Melayu PMR
Soalan Bahagian A (ii) : Pemahaman
(10 markah)

1. Apakah maksud rangkai kata “begitu memberangsangkan”? (2 markah)

2. Apakah peluang yang diperoleh oleh pelajar sekiranyanya mereka mencapai keputusan
yang baik dalam mata pelajaran Sains dan Matematik? (4 markah)

3. Nyatakan dua langkah yang dapat diambil untuk meningkatkan pencapaian bagi kedua-
dua mata pelajaran ini? (4 markah)

LEARNING TO SCORE
UNIT KURIKULUM
JABATAN PELAJARAN PERAK
Halaman 3
Set 1 Bahasa Melayu PMR
Bahagian B
(Masa yang dicadangkan : 25 minit
(20 markah)

Lihat gambar di bawah dengan teliti.Huraikan pendapat anda tentang sambutan


kemerdekaan di negara kita. Huraian anda hendaklah tidak kurang 120 patah perkataan.

LEARNING TO SCORE
UNIT KURIKULUM
JABATAN PELAJARAN PERAK
Halaman 4
Set 1 Bahasa Melayu PMR
Bahagian C
(Masa yang dicadangkan : 45 minit)
(40 markah)

Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan anda
hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

a) Bekalan air di tempat tinggal anda terputus selama beberapa hari. Sebagai
akibatnya, anda sekeluarga serta penduduk yang terlibat menghadapi pelbagai
kesulitan. Perihalkan keadaan tersebut selengkapnya.

b) Anda dan beberapa orang rakan telah diminta oleh guru kelas anda untuk
mencantikkan kelas . Tuliskan perkara-perkara yang anda dan rakan anda lakukan
untuk mencantikkan kelas tersebut.

c) Pelajar-pelajar yang tinggal di asrama lebih cemerlang dalam pelajaran berbanding


dengan pelajar yang tinggal di rumah. Bincangkan.

d) Rakan anda memerlukan bantuan untuk rawatan penyakit yang dihidapinya. Sebagai
sahabat yang bersimpati dengannya,anda ingin memohon bantuan daripada pihak
sekolah. Tuliskan berita tentang keadaan rakan anda itu untuk dimuatkan dalam
buletin sekolah anda.

e) Anda berpeluang mewawancara seorang olahragawan tanah air,sewaktu anda


bertugas di pesta Sukan Malaysia (SUKMA). Tuliskan wawancara tersebut.

LEARNING TO SCORE
UNIT KURIKULUM
JABATAN PELAJARAN PERAK
Halaman 5
Set 1 Bahasa Melayu PMR
Bahagian D
(Masa yang dicadangkan : 10 minit)
(10 markah)

Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel-novel yang telah anda kaji
sama ada di Tingkatan 2 atau Tingkatan 3 seperti senarai di bawah.

(i) Kapten Hassan Wira Bangsa (Harun Johari)


( ii ) Merdeka! Merdeka! ( A. Rahman Hanafiah )

Watak sampingan berperanan dalam mengembangkan cerita di samping watak


utama. Pilih satu watak sampingan dan jelaskan dua perwatakannya berdasarkan
novel yang anda kaji.

KERTAS SOALAN TAMAT

LEARNING TO SCORE
UNIT KURIKULUM
JABATAN PELAJARAN PERAK
Halaman 6

Anda mungkin juga menyukai