Anda di halaman 1dari 9

2.

0 KEMAHIRAN MENULIS

2.1 Definisi Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik, dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif. (Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa melayu 2003)

Secara umumnya, menulis merupakan perlakuan menggunakan pen, pensel atau sebarang alat tulis bagi menulis atau menaip sebarang idea mahupun pernyataan. Namun begitu, definisi ini begitu umum dan bersifat mekanikal.

Definisi menulis menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (muka surat 1729), ialah mencatat kata-kata dengan huruf dan memakai pena seperti kalam,kapur , pensel dan lain-lain. Di samping itu, menulis juga bermaksud melahirkan perasaan (fikiran dan lain-lain) dengan catatan yang memakai huruf, membuat surat atau mengarang. Menurut Paul Jennings pula dalam The Reading Bug, Menulis adalah keperluan peribadi bukan kerana tugas di dalamnya tetapi ada kesenangan dan ada manfaat untuk kehidupan sehari-hari. Ada nilai yang tak ternilai dalam kegiatan ini.

Sebenarnya, menulis bermaksud kegiatan simbol-simbol grafik yang disusun atur berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan seterusnya disusun menjadi ayat-ayat. Tulisan pula merupakan bahasa yang bertulis dengan lambanglambang bunyi di samping sebagai alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan.

2.2 Tujuan Kemahiran Menulis

Ekspresif

Pemujukan

Tujuan Kemahiran Menulis

Informatif

Kesusateraan

Rajah 1 : Tujuan Kemahiran Menulis

Secara umumnya, terdapat empat tujuan menulis yang berfokus kepada ciriciri komunikasi, iaitu :

1. Ekspresif Bertujuan untuk melahirkan perasaan, idea, hujah dan sebagainya. Tujuan menulis seperti ini tidak begitu mengambil kira aspek pembaca kerana ia hanya berfokus kepada perasaan, pengalaman dan keperluan penulis semata-mata. Hasil penulisan sedemikian adalah seperti sajak, novel, komentar dan penulisan bebas.

2. Pemujukan Berfokus kepada pembaca. Ia khusus untuk memberikan kesan perasaan dan menarik perhatian pembaca. Tujuan sedemikian boleh ditulis dengan pelbagai gaya bagi memujuk dan menimbulkan keinginan serta emosi pembaca.

3. Informatif Merujuk kepada penulisan yang bersifat eksternal, iaitu untuk memberikan maklumat kepada pembaca. Tujuan penulisan informatif lazimnya berbentuk prosa; berbeza dengan zaman dahulu yang menggunakan bentuk puisi untuk tujuan informatif.

4. Kesusasteraan Mempunyai ciri-ciri stilistik, iaitu gaya bahasa penulisan. Menunjukkan cara elemen-eleman bahasa digunakan, termasuklah struktur dan pola pada peringkat frasa dan keseluruhan karangan. Sebagai contoh, fiksyen merupakan penulisan untuk tujuan kesusasteraan.

Tujuan menulis atau mengarang di sekolah adalah lebih mudah dan antaranya adalah untuk: 1. Menguji kefahaman murid mengenai tajuk karangan. 2. Menguji kebolehan, kemahiran dan keupayaan murid menarik minat pembaca. 3. Menguji fikiran, pendapat dan idea murid. 4. Menguji dan mengetahui sejauh mana pembacaan dan sumber rujukan murid. 5. Merangsang dan memahirkan tatabahasa dan kosa kata murid.

2.3 Peringkat Kemahiran Menulis

1. Peringkat Pramenulis

2. Peringkat Mendirikan Asas

3. Peringkat Pelahiran

Rajah 2 : Peringkat Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis pada tahap rendah dapat dibahagikan kepada tiga peringkat seperti yang berikut:

1. Peringkat Pramenulis Dalam peringkat ini murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Latihan otot-otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid-murid supaya mereka untuk memegang alat-alat menulis seperti pensel, pen dan marker. Aktiviti ini, iaitu latihan koordinasi mata dan tangan penting supaya murid-murid dapat menulis dalam buku latihan dengan tulisan yang betul dan kemas. Setiap murid mempunyai bentuk tulisan yang berbeza. Hal ini ada kaitan dengan keupayaan kognitif murid-murid.

Biasanya murid-murid yang cerdas dapat menulis dengan baik kerana mereka berjaya melahirkan idea dengan pantas dan bernas dan dapat koordinasi tangan dan mata dengan baik dan seterusnya dapat menulis dengan cepat dan cermat. Manakala murid yang kurang cerdas akan mengalami kesukaran untuk

melahirkan idea dan tidak dapat koordinasi tangan dan mata dengan baik. Hal ini secara tidak langsung akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan.

Contoh aktiviti-aktiviti pramenulis adalah seperti yang berikut : i. ii. iii. Latihan menulis dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri. Latihan mewarna dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri. Latihan membentuk bulatan di udara, di atas meja, pasir, lantai tanpa menggunakan alat tulis. iv. v. Latihan membentuk garis lurus. Latihan membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus yang dilakukan secara bebas. vi. Latihan melukis gambar yang mengandungi garis lurus dan bulat.

2. Peringkat Mendirikan Asas Kemahiran menulis peringkat mekanis ialah peringkat melatih murid membentuk lambang-lambang tulisan, membentuk huruf di atas kertas kosong dan kertas atau buku bergaris. Tujuan kemahiran menulis mekanis ataupun mendirikan asas ini adalah untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran huruf-huruf kecil dan besar dalam abjad dengan betul dan seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat.

Guru-guru harus memberikan penekanan kepada kepentingan kemahiran ini disebabkan kemahiran ini harus dikuasai oleh murid-murid sejak di peringkat awal supaya murid-murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Sekiranya murid-murid dapat menguasai kemahiran menulis mekanis di peringkat awal secara tidak langsung dapat mengatasi atau mengurangkan masalah penguasaan 3M dalam kalangan murid Tahun Satu khasnya dan murid sekolah rendah amnya.

Latihan peringkat mendirikan asas termasuklah latih tubi menulis huruf secara berurutan dan menulis perkataan dalam buku latihan bergaris empat. Di samping itu, pada peringkat ini murid sudah mula menulis perkataan dengan memberikan tumpuan pada bentuk, saiz dan jarak yang betul. Latihan lain yang diberikan adalah melukis gambar dan menulis frasa berdasarkan gambar.

3. Peringkat Pelahiran Kemahiran menulis peringkat pelahiran melibatkan proses mental dan lazimnya dikuasai setelah murid-murid menguasai kemahiran menulis secara mekanis. Oleh yang demikian aktivti-aktiviti latihan mental boleh dilaksanakan oleh guru untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran ini. Dalam kemahiran menulis peringkat ini, murid dilatih melahirkan fikiran secara bertulis berpandukan gambar, perkataan, mengisi tempat kosong dan melengkapkan ayat atau perenggan.

Pada peringkat pelahiran, murid mula diberi latihan membina ayat bagi melengkapkan sesuatu cerita. Laithan lain yang dicadangkan adalah seperti meluaskan ayat dengan menambah frasa yang sesuai, menulis jawapan bagi soalan kefahaman, menulis rencana yang dibacakan oleh guru, menulis karangan berdasarkan tajuk yang disediakan dan menyusun ayat dalam perenggan.

2.4 Jenis-Jenis Penulisan

Terkawal

Bebas Jenisjenis Penulisan

Separa terkawal

Separa berpandu

Berpandu

Rajah 3: Jenis-jenis Penulisan

Jenis-jenis penulisan terbahagi kepada 5 jenis iaitu :

1. Terkawal Penulisan pada peringkat ini merupakan karangan peringkat asas. Biasanya isi dan bahasa dalam karangan dikawal oleh guru bagi mengurangkan kesilapan. Kelancaram dalam penggunaan bahasa sangat penting. Penulisan pada peringkat ini juga lebih menggalakkan murid meniru dan menyalin sesebuah karangan. Murid diberi banyak latihan meniru dan menyalin tulisan daripada bahan ransangan.

Semasa murid menyalin mereka melihat perkataan dengan cermat dan menyalin dengan betul. Melalui aktiviti ini murid dapat mempelajari dan mengukuh ejaan dan struktur ayat. Bahan untuk menyalin perlu dipilih untuk kesesuaian umur

Contoh latihan peringkat ini adalah seperti menyalin ayat mudah dalam perenggan pendek atau rangkap puisi dan prosa, meniru dan menyalin karangan

dengan membuat pertukaran kecil dan menyalin karangan berformat dengan tujuan memberi pendedahan tentang format. 2. Separa Terkawal Pada peringkat ini murid masih diberi kawalan walaupun tidak sepenuhnya. Muridmurid diberi peluang menggunakan sedikit daya pemikiran mereka. Dalam jenis penulisan separa terkawal terdapat 2 peringkat iaitu peringkat mengingat kembali dan peringkat menggabung.

Dalam peringkat mengingat kembali murid menggunakan daya ingatan untuk mengingat kembali apa yang ditulis, didengar dan dilihat. Contoh latihan yang guru boleh diberikan adalah perdengarkan sesuatu bahan, kemudian murid tulis semula. Guru juga boleh memadam bahan yang ditulis minta murid tulis semula. Guru juga boleh perlihatkan gambar dan minta murid tulis semula apa yang dilihat.

Manakala, pada peringkat menggabung murid bukan sahaja menggunakan daya ingatan tetapi juga pemikiran. Contoh latihan yang dicadangkan adalah guru menyusun kad ikut urutan cerita di papan tulis. Murid baca cerita. Kad ditanggal dan dicampuradukkan. Murid susun semula kad kemudian menulis mengikut urutan. Melengkapkan baris-baris puisi yang telah diberi pilihan jawapan juga merupakan salah satu latihan yang boleh dijalankan oleh guru. Selain daripada itu, guru juga boleh menjalankan latihan menyesuaikan ayat-ayat dengan gambar yang diberi lalu menyusun semula menjadi sebuah cerita lengkap dan menggabungkan rangkai kata supaya menjadi ayat yang lengkap. 3. Berpandu Penulisan jenis ini memerlukan bahan ransangan untuk membantu murid menulis. Contohnya untuk menulis ayat mereka diberi gambar-gambar yang berkaitan. Murid perlu menulis ayat berdasarkan gambar tersebut. Contoh bahan ransangan seperti bahan grafik, gambar tunggal, gambar bersiri, peta, iklan, rajah, jadual dan sebagainya.

Hasil penulisan murid hanya bergantung kepada bahan ransangan tersebut. Murid-murid akan membina ayat-ayat berdasarkan apa yang terdapat dalam bahan tersebut. Penulisan jenis ini paling sesuai untuk mengajar asas karangan.

4. Separa Berpandu Penulisan jenis ini memerlukan bahan ransangan juga untuk membantu murid menulis. Namun tidak semua hasil penulisan murid begantung kepada bahan ransangan tersebut. Murid hanya menjadikan bahan tersebut sebagai panduan untuk atau gambaran untuk mendapatkan idea-idea untuk menulis.

Penulisan murid hanyalah berdasarkan tema atau tajuk yang diberi pada bahan ransangan tersebut. Maksud yang tersirat boleh diambil daripada bahan ransangan. Contoh bahan ransangan ialah gambar kemalangan. Murid-murid boleh membina ayat-ayat atau menulis karangan berkaitan Kesan-kesan kemalangan atau Punca-punca kemalangan. 5. Bebas Penulisan bebas atau karangan bebas hanya dapat dijalankan setelah murid-murid sudah mula boleh menguasai bahasa yang diajar dengan baik. Pada peringkat ini murid-murid diberi tajuk-tajuk umum dan mereka diminta untuk terus menumpukan perhatian kepada apa yang hendak ditulis dan bukan lagi bagaimana hendak menulis.

Oleh kerana murid-murid ini telah mempunyai kemahiran tatabahasa dan kemahiran mekanikal yang mencukupi, maka guru hanya perlu menumpukan kepada isi-isi dan kesilapan bahasa yang dilakukan.

Jenis-jenis penulisan bebas seperti bentuk cerita, laporan, rencana, surat, bahan puisi, karangan fakta dan sebagainya. Terdapat juga karangan jenis deskriptif iaitu merangkumi gambaran suasana, peristiwa, benda dan perwatakan

Pada peringkat awal mengajar penulisan bebas guru perlu membimbing murid untuk mendapatkan idea-idea untuk menulis. Contohnya bersoaljawab atau membuat rangka karangan