Anda di halaman 1dari 13

STRATEGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (KURSUS ORIENTASI JURULATIH UTAMA PPK 2003) ISI KANDUNGAN STRATEGI 1.

. Belajar Cara Belajar (BCB)

ISI KANDUNGAN Pengertian Kemahiran Belajar Kemahiran Maklumat Strategi Metakognitif Pengurusan Masa Gaya Pembelajaran Persediaan Peperiksaan Pengertian KB Kemahiran Berfikir Kritis Kemahiran Berfikir Kreatif Alat Berfikir Pengertian Teori Pembelajaran Kontekstual Faedah Pembelajaran Kontekstual Bentuk Pembelajaran Kontekstual Proses Pembelajarn Kontekstual dalam P & P Pengertian Prinsip-Prinsip KMD Objektif Pengajaran Komponen KMD Matriks Pengajaran KMD Perancangan Guru Untuk P & P KMD Strategi KMD Di Bilik Darjah Pengertian Implikasi Daripada Pengetahuan Konstruktivisme Ciri-Ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivisme Peranan Murid Dalam Kelas Konstruktivisme Peranan Guru Dalam Kelas Konstruktivisme Pengertian Prinsip Pembelajaran Masteri Ciri-Ciri Pembelajaran Masteri Langkah-Langkah Pembelajaran Masteri Penentuan Hasil Pembelajaran Masteri Proses P& P Penilaian Tindakan Susulan Dalam Pembelajaran Masteri Pengenalan Tutorial Penerokaan Aplikasi Komunikasi Definisi Asas Teori Kecerdasan Pelbagai Lapan Kecerdasan Pelbagai Konsep PAK Program PAK di sekolah

2. Kemahiran Berfikir (KB)

3. Pembelajaran Secara Kontekstual

4. Pengajaran Berasakan Kajian Masa Depan (KMD)

5. Pembelajaran Secara Konstruktivisme

6. Pembelajaran Masteri

7. Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)

8. Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) 9. Pembelajaran Akses Kendiri

1. BELAJAR CARA BELAJAR (BCB) PENGERTIAN BCB Belajar cara belajar merupakan proses memperoleh teknik pembelajaran yang boleh diaplikasikan oleh murid sama ada bersama guru atau tidak atau semasa belajar di kelas atau di luar waktu sekolah. Teknik pembelajaran BCB meliputi cara kemahiran belajar yang efektif, mengumpul maklumat daripada pelbagai sumbe, strategi metakognitif, pengurusan masa, mengetahui gaya pembelajaran sendiri dan persediaan peperiksaan. 1. KEMAHIRAN BELAJAR Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk menambah ilmu pengetahuan serta meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan. Ia melibatkan beberapa kemahiran seperti: Mendengar dengan berkesan Membaca -luncuran (skimming) -imbasan (scanning) -intensif -laju Mencatat nota Menulis -laporan Mengingat 2. KEMAHIRAN MAKLUMAT Kemahiran maklumat merupakan keupayaan seseorang mengenal pasti keperluan maklumat mencari dan mengumpulkan, mengurus dan mengolah maklumat dan membekalkan maklumat bagi memenuhi keperluan tertentu. Kemahiran-kemahiran mengumpul maklumat ialah: -Kemahiran Menemu Ramah -Kemahiran Membuat Rujukan -Kemahiran Mengenal Maklumat Bahagian Dalam Buku -Kemahiran Merujuk Ensiklopedia -Kemahiran Merujuk Kamus -Kemahiran Mencari Maklumat Melalui Internet 3.STRATEGI METAKOGNITIF Metakognitif ialah kesedaran tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak. Strategi Metakognitif merujuk kepada cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku. Apabila kesedaran ini wujud, seseorang dapat mengawal fikirannya dengan merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari. 4. PENGURUSAN MASA Pelajar yang berjaya biasanya tahu mengurus masanya dengan jadual waktu dan perancangan yang tersusun dan sistematik. Jadual Waktu ialah pembahagian masa hari ke hari yang terperinci yang merangkumi sesi pembelajaran dan aktiviti-aktiviti lain dalam sehari. Perancangan ialah pandangan menyeluruh tentang sesi pembelajaran dan aktiviti-aktiviti lain. Kelebihan mempunyai Jadual Waktu ialah: -Mengurangkan pembaziran waktu -Lebih memberi focus kepada pelajaran -Pengurusan masa lebih teratur -Memberi keutamaan kepada mata pelajaran yang sukar -Melatih diri supaya tidak menangguhkan kerja

5. GAYA PEMBELAJARAN Gaya pembelajaran ialah cara mempelajari sesuatu mengikut kecerendungan individu. Terdapat pelbagai teori dan model gaya pembelajaran. Murid perlu mengetahui kepelbagaian gaya pembelajaran tersebut supaya mereka dapat mengenal pasti gaya pembelajaran yang sesuai untuk diri mereka. 6. PERSEDIAAN PEPERIKSAAN Kemahiran BCB membantu murid beranggapan positif terhadap peperiksaan dengan lebih yakin. Murid boleh membuat persediaan peperiksaan sebelum peperiksaan, semasa peperiksaan dan juga selepas peperiksaan.

2. KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM P&P PERGERTIAN KB. Kemahiran berfikir (KB) merupakan satu proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesautu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah. Proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan, kemahiranm kognitif dan sikap atau nilai dalam minda individu. KB boleh dibahagikan kepada kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK). KEMAHIRAN BERFIkIR SECARA KRITIS 1. MENCIRIKAN Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek. Ia digunakan untuk mendefinisikan konsep atau item dan mengenali antara konsep atau item yang hampir serupa. 2. MEMBANDINGKAN DAN MEMBEZAKAN. Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan criteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa. Ia digunakan bila terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan dan semasa menbuat pilihan atau keputusan. 3. MENGUMPULKAN DAN MENGKELASKAN. Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan criteria tertentu seperti cirri atau sifat sepunya. Ia digunakan apabila terdapat banyak item atau maklumat yang tidak tersusun. 4. MEMBUAT URUTAN. Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kualiti ciri atau sifatnya seperti saiz, masa, bentuk atau bilangan.Ia digunakan untuk menyusun item atau maklumat supaya mudah difahami dan item tertentu mudah dikesan. 5. MENYUSUN MENGIKUT KEUTAMAAN. Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kepentingan atau kesegaraan.Ia digunakan untuk menonjolkan perkara yang mustahak dan menentukan tindakan yang perlu dibuat dahulu. 6. MENGANALISIS Mengolah maklumat dengan menghuraikan kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat. Ia digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubung kait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat. Menganalisis ialah suatu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.

7. MENGESAN KECONDONGAN. Mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak kepada sesuatu atau menentang sesuatu. Ia digunakan apabila terdapat sesuatu pernyataan yang cuba mempengaruhi keputusan atau pendapat seseorang,menimbangkan ketepatan sesuatu sumber maklumat atau pernyataan atau mengenal pasti kecondongan pandangan seseorang. 8. MENILAI Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan keburukan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.Ia digunakan untuk membuat keputusan bagi memilih sesuatu dan semasa membuat keputusan menerima atau menolak sesuatu idea. 9. MEMBUAT KESIMPULAN. Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara.berdasarkan penyiasatan.I a digunakan untuk membuat keputusan,menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong pernyataan. KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF 1. MENJANAKAN IDEA Menjanakan idea yang banyak secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara. Ianya digunakan apabila mencari idea baru dan mencari alternatif. 2. MEMBUAT INFERENS. Membuat kesimpulan awal yang mungkin benar atau pun tidak berdasarkan maklumat daripada pemerhatian. Ia digunakan apabila hendak merancang langkah-langkah tindakan atau membuat pilihan dan menganalisis sebab dan akibat keputusan atau kesan. 3. MENGHUBUNG KAITKAN Membuat perkaitan untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan. Ia digunakan untuk membuat inferens, meramal, membuat hipotesis, membuat kesimpulan dan mengitlak. 4. MERAMAL Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai. Ia digunakan untuk menjuruskan,merancang dan mempertimbangkan pilihan. 5. MEMBUAT HIPOTESIS Membuat pernyataan umum yang menghubungkaitkan pembolehubah-pembolehubah bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Pernyataan ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya .Ia digunakan pada peringkat awal apabila hendak menjalankan sesuatu eksperimen, kajian atau penyelidikan. 6. MENSINTESIS Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan artifik. Ia digunakan untuk membuat kesimpulan, mengitlak atau menyediakan tajuk dan menghasilkan bentuk komunikasi seperti lukisan, peta, rajah dan laporan. 7. MENGITLAK Membuat penyataan umum terhadap keseluruhan kumpulan maklumat berdasarkan pemerhatian ke atas sample kumpulan itu. Ia digunakan untuk mencari pola, menyusun maklumat dan meramal. 8. MENGANALOGI Membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep secara mengaitkan konsep itu dengan pekara yang mudah , maujud dan mempunyai ciri yang serupa .Ia digunakan untuk memahami perkara mujarad dengan cara mengaitkan dengan sesuatu perkara maujud yang di ketahui.

9. MEMBUAT GAMBARAN MENTAL Membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea , kosep, keadaan atau gagasan dalam minda atau fikiran . Ia digunakan untuk memahami konsep yang mujarad dan mengingat konsep yang kompleks. 10. MEREKA CIPTA Menghasailkan sesuatu yang baru atau melakukan pengubah suaian kepada sesuatu yang sedia ada dalam bentuk maujud atau mujarad. ALAT BERFIKIR Penguasaan murid dalam KB menjadi lebih berkesan melalui proses alat berfikir yang sesuai dengan P&P. Alat berfikir yang biasa di gunakan dalam proses P&P adalah: a. penyusunan grafik b. soalan dan penyoalan c. peta minda. 3. PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL PENGERTIAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu ,masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti HANDS ON dan MINDS ON TEORI PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara bermakna dalam minda mereka . pembelajaran akan lebih menjadi berkesan jika maklumat di sampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bemakna kepada murid. Penekanan perlu di beri kepada pelbagai persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan (bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harian). Sasaran murid yang boleh mendapat manfaat yang lebih darinya ialah kumpulan murid jenis sederhana. FAEDAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL - Murid - Guru - Industri BENTUK PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL Dalam proses pembelajaran kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran yang berikut: 1. R- - relating/ Menghubung kait (belajar dalam konteks menghubungkait pengetahuan baru dengan pengalaman hidup) 2. E- - experiencing/ Mengalami (belajar dalam konteks , penerokaan ,penemuan dan reka cipta) 3. A ---applying/ Mengaplikasi (belajar konteks bagaimana pengetahuan boleh digunakan dalam situasi lain ) 4. C- - Cooperating/ Bekerjasama (belajar konteks bekerjasama memberi maklum balas dan komunikasi) 5. T ---Transfering/ Memindahkan (belajar konteks pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina dari apa di ketahui)

PROSES PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL DALAM P& P 1 .MOTIVASI 2 .PEMAHAMAN 3 KEMAHIRAN 4. PENILAIAN -Pengenalan,isu perbincangan,ABM. -Penerangan konsep & perbincangan kelas atas bacaan, melakukan contoh kajian. -Aktiviti Hands on, penyelesaian masalah Minds On. -Ingat kembali fakta utama, penilaian kemajuan.

PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN BAGI MELAKSANAKAN PERBELANJAAN KONTEKSTUAL DENGAN BERKESAN. KOMUNIKASI -Antara guru dan murid, ibubapa dan masyarakat. PENGAJARAN GURU -Berdasarkan kurikulum, suasana bilik darjah, persekitaran luar sekolah, penilaian dan teks/bahan sokongan. SOKONGAN PENTADBIR SEKOLAH -Dari segi perkembangan staf, infrastruktur, kewangan, kepimpinan dan masa. SOKONGAN MASYARAKAT -Dari segi sokongan teknikal juga kewangan, penyediaan situasi tempat kerja sebenar dan kerjasama masyarakat dan sekolah.

4. PENGAJARAN YANG BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN (KMD) PENGERTIAN KMD Pengajaran berlandaskan Kajian Masa Depan merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan terbaik dan bertanggungjawab. Konsep KMD ditujukan kepada kesedaran dan rangsangan murid supaya mereka berfikir panjang tentang isu, masalah dan peluang yang bakal dihadapi. PRINSIP-PRISIP KMD DIPERKENALKAN DI SEKOLAH PRINSIP PERUBAHAN PRINSIP PANDANGAN JAUH PRINSIP PERANCANGAN STRATEGIK PRINSIP PENGUPAYAAN OBJEKTIF PENGAJARAN BERLANDASKAN KMD Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal masa depan. Berkomukasi secara berkesan tantang hal-hal masa depan Membina nilai dan sikap tentang masa depan Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang KMD Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan KOMPONEN KMD KEMAHIRAN ASAS KMD - Membuat ramalan ~Menjangka akibatnya ~Mengawal dan mengendalikan perubahan KEMAHIRAN KHUSUS KMD - Pemahaman konsep masa depan ~Pengumpulan maklumat analisis trend ~Ramalan dan analsis ~Penggunaan imaginasi dan kreativiti ~Strategi mengatasi kebimbangan ~Proses inovasi social ~Pembinaan senario ~Penjelasan nilai dan masa depan ~Pemahaman Dimensi

MATRIKS PENGAJARAN KMD Strategi P&P dilaksanakan melalui matriks yang melibatkan pelbagai unsur KMD seperti: - Konsep utama - Kemahiran khusus - Proses - Kapasiti - Persepsi - Isu - Tema - Aplikasi PERANCANGAN GURU UNTUK P&P KMD Perancangan yang strategik Isu dan tema yang relevan Berpusatkan murid Aplikasi sebagai projek, kerja kokurikulum / sepanjang hayat Peranan guru sebagai fasilitator STRATEGI KMD DI BILIK DARJAH I. Menggunakan matriks sepenuhnya II. Menyisipkan KMD dalam pengajaran III. Menggunakan unsur-unsur KMD sebagai induksi / susulan pengajaran. 5. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME PENGERTIAN KONSTRUKTIVISME Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. IMPLIKASI DARIPADA PENGETAHUAN KONSTRUKTIVISME 1. P&P akan berpusatkan murid. 2. Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif. 3. Guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannyan dengan sifat asas pengetahuan tersebut. 4. Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru. 5. Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah. CIRI-CIRI PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME 1. Menggalakkan murid bertanya dan berdailog dengan murid dan guru. 2. Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang penting dengan hasil pembelajaran. 3. Menyokong pembelajaran secara koperatif. 4. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid. 5. Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar. 6. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen. 7. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea. 8. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid. 9. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan meggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran.

KELEBIHAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME Murid akan Lebih berfikir Lebih faham Lebih ingat Lebih yakin Lebih berkemahiran social Lebih seronok PERANAN MURID DALAM KELAS KONSTRUKTIVISME - Murid mengambil inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu, membuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu. - Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka. - Murid mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. - Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau interaktif untuk menjana idea dan pengetahuan. PERANAN GURU DALAM KELAS KONSTRUKTIVISME Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan meraka. Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid. Membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka. Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas. Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis. Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka. Menggalakkan penemuan murid melalui pertanyaan soalan. Memberi masa secukupnya kepada murid untuk menjawab soalan. Memberi masa secukupnya kepada murid untuk membuat perkaitan antara idea-idea yang telah dijanakan. Menggalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalakan tugasan tertentu. Membimbang murid mendapatkan jawapan yang tepat.

6. PEMBELAJARAN MASTERI PENGERTIAN PEMBELAJARAN MASTERI Pembelajaran masteri merupakan suatu pendekatan P&P bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses P&P yang berkualiti. Ia dilaksanakan dalam P&P kerana: Murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza Murid memerlukan pendekatan P&P yang sesuai dan berkesan Murid mesti menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diajarkan PRINSIP PEMBELAJARAN MASTERI 1. Murid normal boleh mempelajari apa yang diajarkan oleh guru. 2. Pembelajaran dipecahkan kepada beberapa unit kecil supaya mudah dikuasai. 3. Murid memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaran yang ditentukan. 4. Arahan P&P bagi setiap unit pembelajaran mestilah jelas.

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN MASTERI 1. Hasil pembelajaran perlu ditentukan. 2. Hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki atau unit pembelajran. 3. Aktiviti P&P hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan menyeronokan. 4. Penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria (URK). 5. Bahan P&P yang berkesan. 6. Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit lain. 7. Aktiviti pemulihan dilaksanakan. 8. Aktiviti pengayaan dilaksanakan. LANGKAH-LANGKAH PEMBELAJARAN MASTERI I. Penentuan Hasil Pembelajran II. P&P III. Penilaian IV. Tindakan susulan PENENTUAN HASIL PEMBELAJARAN Mengenal pasti apa yang perlu dikuasai oleh murid Memberi tumpuan dlm penguasaan Hasil Pembelajaran Merancang pelbagai kaedah dan bahan bantu mengajar Membantu membina ujian formatif dan sumatif PROSES P & P Guru harus mengambil kira perkara yang berikut semasa merancang aktiviti P&P: Kebolehan dan keupayaan murid berbeza-beza Kepelbagaian kaedah P & P Kemudahan yang sedia ada Masa yang diperuntukkan

PENILAIAN Penilaian dalam Pembelajaran Masteri perlu dirancanag, dibina, dikendali dan ditadbir oleh guru. Ia berbentuk formatif dan sumatif yang berasaskan Ujian Rujukan Kriteria, Kedua-dua penilaian ini bersifat diagnostik. Ia mestilah berdasarkan kepada Hasil Pembelajaran yang telah ditetapkan. Hasil Pembelajaran boleh dinilai secara lisan, pemerhatian dan penulisan yang dijalankan secara berasingan atau digabungkan. TINDAKAN SUSULAN DALAM PEMBELAJARAN MASTERI Ia bertujuan: Memastikan kelemahan murid tidak terhimpun Memperkukuhkan dan mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran yang dikuasai Ia boleh dilakukan melalui aktiviti: Pemulihan Pengayaan (pengukuhan dan pengembangan).

7.TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

( ICT)

PENGENALAN Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (atau lebih dikenali sebagai ICT) secara berfikrah , terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. (P&P) Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran:Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan Meningkatkan motivasi murid Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualised learning) Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi serta mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama Menwujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum Meningkat kemahiran ICT Dalam konteks pembelajaran, penggunaan ICT dalam P&P boleh dikategorikan kepada empat:TUTORIAL ICT dikatakan untuk pembelajaran tutorial apabila diguna untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial ini merangkumi: Pembelajaran ekspositori Demontrasi sesuatu fenomena yang ditunjukan dan dikawal urutan babaknya oleh system Latihan atau latihtubi yang disampaikan dan dikawal oleh system PENEROKAAN Penggunaan ICT untuk pembelajaran penorokaan berlaku apabila ICT digunaan untuk: Mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, internet, portal maklumat dan sebagainya. Mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi Melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid. APLIKASI ICT dikatakan diguna sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran , bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat P&P. Contohnya, penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemproses perkataan oleh murid dalam menghasilkan karangan atau pengunaan perisian hamparan elektronik untuk memplot graf. Perisian aplikasi khusus seperti editor grafik, Computer Aided Design (CAD) dan lain-lain, juga termasuk dalam aplikasi yang boleh digunakan untuk membantu murid-murid melaksanakan aktiviti pembelajaran. KOMUNIKASI ICT dikatakan sebagai pemudah komunikasi apabila diguna untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk (Internet). Kemajuan ICT pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti berikut: Teks Grafik Audio Video Kombinasi pelbagai mod

8. TEORI KECERDASAN PELBAGAI DEFINISI ASAS TEORI KECERDASAN PELBAGAI (TKP) Dalam konteks TKP, Howard Gardner mendefinisikan kecerdasan seperti yang berikut : "An intelligence is the ability to solve problems or to create products that are valued within one or more cultural settings." TKP bukan sahaja memperluas keluarga kecerdasan , malah menjana definisi dan konsep kecerdasan yang relevan dalam pendidikan hari ini. Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) ialah kebolehan seseorang itu menyelesaikan masalah yang dihadapi sebenar , kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan dan kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya . Kecerdasan bukan terhad kepada IQ sahaja, malah kecerdasan seseorang itu boleh berubah mengikut masa dan kematangannya Kecerdasan Pelbagai terdapat sekurang kurangnya lapan jenis, iaitu : 1: Verbal linnguistik 2: Logik - matematik 3: Visual - Ruang 4: Kinestetik 5: Muzik 6: Interpesonal 7: Intrapersonal 8: Naturalis LAPAN KECERDASAN PELBAGAI 1. KECERDASAN VERBAL-LINGUISTIK Kebolehan menggunakan kata-kata dengan berkesan secara lisan dan penulisan, termasuklah kebolehan mengingat maklumat, meyakini orang lain serta bercakap tentang bahasa itu sendiri. 2. KECERDASAN LOGIK MATEMATIK Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan bijak berhujah, termasuk memahami kelompok asas, prinsip sebab-akibat serta kebolehan menjangka. 3. KECERDASAN VISUAL RUANG Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk ruang, warna dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual. 4. KECERDASAN KINESTETIK Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, persaan dan menyelesaikan masalah, termasuklah kemahiran fizikal seperti kordinasi, keanjalan, kepantasan dan kesimbangan. 5. KECERDASAN MUZIK Kebolehan mengesan irama dan lagu, termasuk kebolehan mengenal lagu mudah serta membezakan atau mengubah rentak dan tempo dalam melodi yang mudah. 6. KECERDASAN INTERPERSONAL Kebolehan memahami persaan, motivasi , tabiat serta hasrat orang lain. Kecerdasan ini juga merupakan kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal, seperti mengglakkan murid menyertai sesuatu projek.

7. KECERDASAN INTRAPERSONAL Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan kehendak, termasuklah kemahiran bagaimana seseorang itu sama atau berbeza dengan orang lain. Kecerdasan ini juga dapat membantu individu menangani persaan, beradap sopan serta mengawal kemarahan atau kesidhan diri 8. KECERDASAN NATURALIS Kebolehan mengenali dan mengklasifikasi tumbuh-tumbuhan galian, binatang termasuk rumput dan batu batuan, serta pelbagai flora dan fauna. Ia juga merupakan kebolehan untuk mengenali artifak budaya dari segi pakaian dan makanan

9. PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI (PAK) KONSEP PAK PAK (Pembelajaran Akses Kendiri) adalah satu pendekataan pembelajaran yang boleh memberi akses kepada sumber pelajaran dan membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran berdikari. Dalam program PAK, bahan pembelajaran direka dan diuruskan supaya pelajar belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka. Bagi membolehkan pelajar mendapat maklum balas tentang pencapaian dan kemajuan mereka. Program PAK menyediakan pentaksiran kendiri. Program ini dibentuk untuk menggalakan pembelajaran kendiri di mana pelajar mempunyai autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran kendiri dengan menyedari mereka adalah individu yang mempunyai minat, kemampuan gaya dan rentak pembelajaran yang berbeza. PAK melatih pelajar untuk belajar sambil memberi penekanan kepada usaha memenuhi keperluan yang berbeza dengan eviromen pembelajaran yang kondusif. Pendekatan murid berdikari ini adalah berasaskan persepsi bahawa hanya murid itu sendiri yang boleh melakukan pembelajaran secara optimum. Ini dikukuhkan lagi melalui pemerhatian bahawa murid berbeza antara satu sama lain dari segi gaya, keperluan dan kadar pembelajaran. Adalah sangat penting bagi murid menentukan strategi pembelajaran yang terbaik dan sesuai dengan diri mereka. Ini akan menghasilkan individu yang boleh berfikir dan bertangung jawab ke atas pembelajaran mereka. PROGRAM PAK DI SEKOLAH Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid telah semakin diterima dan dipraktikkan dalam bidang pendidikan. Peranan guru yang secara tradisinya lebih cenderung kepada penyampai maklumat sahaja telah berubah dan peranan mereka sebagai fasilitator, jurulatih dan kauselor semakin diterima. Program PAK memerlukan guru yang sedemikian adalah untuk: a) Menggalakkan murid berinteraksi sesama sendiri dalam kelas. b) Mewujudkan environmen pembelajaran yang memberi peluang murid menguji kemampuan mereka. c) Membantu murid menyedari pelbagai strategi dalam pembelajaran. d) Melatih murid untuk belajar secara kendiri. e) Membimbing dan membantu murid di mana perlu.

Dalam program PAK murid menetapkan matlamat pembelajaran mereka sendiri. Muridlah yang menyediakan rancangan pembelajaran mereka dan bertanggungjawab menyempurnakannya. Bagi tujuan itu murid hendaklah: Mengenal pasti keperluan pelajar Mengenal pasti tahap kebolehan mereka sendiri Menetapkan matlamat pembelajaran sendiri Mengenal pasti masa pembelajaran yang ada Menyediakan pelan pembelajaran yang realistik

Dengan mengikuti program PAK murid akan: Memperoleh kemahiran belajar untuk belajar Berusaha memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari Belajar mengikut keperluan dan gaya pembelajaran sendiri Mentaksir sendiri pencapaian mereka Mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri

Program PAK mempunyai ciri-ciri seperti berikut: Environmen pembelajaran fleksibel, selesa dan tanpa tekanan Bahan PAK dan bantuan fasilitator mudah diakses Pemilihan bahan dan aktiviti pembelajaran yang luas Kemudahan yang membolehkan murid belajar secara bersendirian atau dalam kumpulan Membolehkan pembelajaran mengikut kadar dan kemampuan murid Membolehkan murid mentaksir pencapaian sendiri.