Anda di halaman 1dari 2

TEKS MAJLIS MINUM TEH BERSAMA PENGETUA ALU-ALUAN Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara;

Assalamualaikum mulanya kata, Salam sembah pembuka bicara Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera Yang berusaha Cik Tan Soo Soo Pengetua SMK Convent Batu Pahat Pn Siti Aminah bt Saman Penolong Kanan Pentadbiran Pn Loh Cher Ting Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn Zamilah Ekhwan Guru Penolong Kanan Kokurikulum Guru kanan matapelajaran, Guru media dan perpustakaan, kaunselor sekolah, guru cemerlang, guru-guru tingkatan 3, para ibu bapa dan murid-murid kumpulan mercu gemilang. Selamat datang ke Majlis Jamuan Teh Bersama Pengetua. BACAAN DOA Panjang-panjang si pohon buluh Jangan dijolok sarang penyengat Menadah tangan jari sepuluh Doa dipohon biar berkat Bagi memberkati majlis restu ilmu ini, dengan hormatnya mempersilakan ______________________________ bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan. SELEPAS DOA Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada _________________ di atas bacaan doa itu tadi. UCAPAN PENGETUA Sedikit informasi. Objektif majlis ini diadakan adalah untuk ___________________________________________________________________________ _____________________________________________________

Pergi ke kota beli selasih, Selasih berasal dari Tanjung Batu ; Berilah kata simpulan kasih, Sulamkan doa iringkan restu. Seterusnya, tanpa melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya menjemput Pengetua SMK Convent Batu Pahat, Cik tan soo soo bagi menyampaikan ucapannya. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. SELEPAS UCAPAN Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cik Tan Soo Soo, Pengetua SMK Convent Batu Pahat di atas kesudian beliau menyampaikan ucapan sebentar tadi. PENUTUP Maka berakhirlah sudah Majlis Jamuan Teh Bersama Pengetua pada pagi ini. Semoga majlis ini memberikan dorongan dan semangat untuk para murid mercu gemilang mencapai kejayaan dalam PMR 2013. Saya mewakili jawatankuasa majlis merakamkan ucapan terima kasih dan jutaan penghargaan kepada semua yang menjayakan majlis pada hari ini Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang saya mengendalikan majlis pada hari ini. Saya sudahi majlis dengan w.b.t wassalamualaikum warahmatullah hi wabaratuh.Salam permisi.