Anda di halaman 1dari 8

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Tn Haji Zulkapli bin Mat Taib, YDP PIBG, diiringi oleh PK Pentadiran, Barisan

Pentadbir dan tetamutetamu jemputan. Semua hadirin diminta berdiri. Memulakan atur langkah majlis, marilah sama-sama kita mengumandang suara untuk menyanyikan lagu Negaraku bersama iringan muzik. Semua hadirin diminta berdiri dan bersedia. ( lagu dimainkan PA System ) Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk. Ulik Mayang nyanyian asli Dilagu sigadis merdu sekali Terima Kasih sekalung budi Sudi datang ke majlis merai.. Buku Pelawat serahan hati Tanda ingatan kekal abadi Biar padu seteguh jati Budaya kita junjungan budi KATA ALU-ALUAN Yang Berusaha, Pn Ramlah bt Hj Hashim, PK Pentadbiran yang memangku tugas Pengetua SMK Sijangkang Jaya Yang Berusaha Tuan Haji Zulkefli bin Mat Taib, Yang Dipertua PIBG SMK Sijangkang Jaya Yang Dihormati, Barisan Kepimpinan Penolong Kanan, En. Kowangid bt Taufik - PK Hal Ehwal Murid. Pn. Zaleha bt Selamat - PK Kokurikulum Pn Sharipah bt Shaari - PK Pendidikan Khas

Yang Dikasihi, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-Guru Cemerlang, Rakanrakan guru, Para Ibu Bapa , Para Penerima Hadiah Kecemerlangan serta pelajarpelajar yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum wbt , salam sejahtera, Salam Keilmuan dan salam 1 Malaysia. Warga cemerlang tersenyum manis Hadir bersama ibu bapa wibawa Sambutan anugerah penyeri majlis Sematkan gagah di dalam jiwa Selamat datang ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik SMK Sijangkang Jaya 2013. Marilah kita bersama-sama seiring dan sederap melangkah dalam menjayakan majlis sambutan hari Anugerah ini. Setiggitinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapat kita berhimpun di sini dengan penuh kedamaian dan keamanan bagi memberi pengiktirafan kepadapelajar-pelajar, bekasbekas pelajar dan individu-individu yang menunjukkan kecemerlangan di bidang pendidikan.Sesungguhnya kecemerlangan para pelajar hari ini membuktikan kejelikitan dan pengorbanan yang terjalin antara semua pihak serta kesungguhan dan iltizam tinggi seluruh warga pendidik dan pentadbiran SMK Sijangkang Jaya untuk membangunkan kegemilangan pendidikan di sekolah ini. 2. DOA Anugerah di kecap si anak watan Mengangkat senjata bidalan suara Menadah tangan memohon keberkatan Mendapat restu hidup sejahtera Untuk memberkati majlis, dengan sukacitanya dijemput Al Fadhil Ustaz Zahari bin Mamat untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan DOA Terima kasih kepada Ustaz Zahari bin Mamat atas bacaan doa sebentar tadi.

3. BACAAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAAN. Sebagai santapan jiwa dan makanan rohani kita, saya dengan penuh takzimnya menjemput saudara Muhammad Akmal bin Zulkifli (2 KRK) untuk memperdengarkan alunan bacaan ayat-ayat suci al quraan, ManakalaTafsir al quraan akan diperdengar oleh saudara Hatim al-Ashan binShamsul Kamar (2 Bestari) Dengan segala hormatnya dipersilakan. BACAAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAAN Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas alunan bacaan ayat-ayat suci itu tadi 3. UCAPAN PENGETUA Pepatah-petitih Adat Melayu Warisan amalan sejak dahulu Pohon keizinan barang sewaktu Ucapan PK 1 amat dialu Sebagai pembuka acara, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha , Pn Ramlah b Hj Hashim, PK Kanan Pentadbiran yang memangku tugas Pengetua SMK Sijangkang Jaya untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. UCAPAN Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

4. UCAPAN YDP PIBG Tuah tersenyum pada Si Teja, Duduk bersimpuh sambil bersila, Kain ditenun bersama reja, YDP PIBG hormat dipersila, Seterusanya, majlis dengan segala hormatnya menjemput Tuan Haji

Zulkepli bin Mat Taib, Yang Dipertua PIBG SMK Sijangkang Jaya untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Penyampaian Anugerah Akademik sesi 2012. Dengan segala hormatnya dipersilakan UCAPAN Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi. 5. UCAPAN PERASMI Pahlawan Melayu Gagah Perkasa, Sungguh terkenal serata negeri, Tuan sudah diberi kuasa, Sudilah kira, pohon merasmi

Hadirin dan Hadirat yang dikasih. Proses diajar, belajar dan mengajar Membentuk modal insan lebih gemilang Menghasilkan modal insan elok akhlaknya Melahirkan watan yang mantap jati diri Melahirkan generasi kemenjadian dan harapan Sebagai halwa telinga dan penawar resah dan gelisah, pihak majlis tampilkan satu persembahan yang akan disampaikan oleh . Perssembahan Sajak Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan sajak sebentar tadi. 7. PENYAMPAIAN HADIAH TEMPAT PERTAMA, KEDUA DAN KETIGA TING 1,2,4. Terbang tinggi si burung helang

Berkicau kenari sambil berterbangan Insan cemerlang Negara terbilang Anugerah diberi tanda kecemerlangan.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada pelajar yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga dalam peperiksaan PAT bagi Tahun 2012. Sehubungan itu, majlis dengan hormatnya mempersilakan Pn Suzana bt Mohamad untuk menjemput dan dan mengiringi Yang dihormati En Kowangid bin Taufek untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pelajar terlibat. (MUZIK GAMELAN BERMULA) BACA SENARAI NAMA PENERIMA HADIAH MENGIKUT URUTAN Terima kasih diucapkan kepada Yang dihormati En Kowangid bi Taufek dan Puan Suzana Mohamad atas penyempurnaan majlis itu.. 8. PENYAMPAIAN ANUGERAH MATA PELAJARAN TERBAIK TING 1,2,DAN 4 Majlis diteruskan dengan penyampaian Angerah Pencapaian Mata Pelajaran Terbaik untuk pelajar-pelajar Ting 1 dan Ting 2 dan Ting 4. Untuk itu, majlis mempersilakan Pn Faridah bt Dasir bagi menjemput dan mengiringi Pn Ramlah bt Hj Hashim, Pengetua SMK Sijangkang Jaya untuk menyampaikan anugerah kepada penerima. Dipersilakan. (MUZIK GAMELAN BERMULA) BACA SENARAI PENERIMA ANUGERAH PENCAPAIAN MATA PELAJARAN TERBAIK TINGJATAN 1,2 DAN 4 Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn Ramlah bt Hj Hashimdan P Faridah bt Dasir 10. PENYAMPAIAN ANUGERAH PMR Majlis seterusnya ialah Penyampaian ANUGERAH pelajar-pelajar

Cemerlang PMR 2010. Untuk itu majlis mempersilakan En. Kowangid bn Taufek untuk mengiringi Tuan Haji Zulkapli bin Mat Taib, ke pentas utama untuk menyampaikan anugerah. Dengan hormatnya dipersilakan. (MUZIK GAMELAN BERMULA) BACA SENARAI pelajar terbaik PMR PELAJAR TERAKHIR ( muzik Gamelan berhenti)

11. PENYAMPAIAN ANUGERAH SPM ( Muzik Gamelan Bersedia) MUZIK GAMELAN BERMULA PENERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM 2008 DIMULAKAN DENGAN. Baca Senarai Nama Pelajar Cemerlang SPM 2010 Penerima Anugerah Mata Pelajaran Terbaik SPM ialah ; Baca Senarai Pelajar Terbaik Mata Pelajaran PMR 2012 (Mengikut Subjek) Seterusnya, Penerima Anugerah Mata Pelajaran Terbaik SPM ialah Baca Senarai Pelajar Terbaik Mata Pelajaran SPM 2010 (Mengikut Subjek) MUZIK GAMELAN BERHENTI Hadirin yang dirahmati pihak sekolah turut mengiktiraf guru-guru yang berdedikasi menzahirkan kecermerlangan para pelajar ini. Seterusnya Anugerah 100% lulus matapelajaran dan peningkatan ketara pencapaian matapelajaran dalam Peperiksaan Awam 2010 MUZIK GAMELAN BERMULA Dipersilakan penerima Anugerah Mata Pelajaran 100 % dalam peperiksaan SPM

Seterusnya Anugerah Peningkatan Lima Peratus Ke atas Matapelajaran Peperiksaan Awam 2010 Dipersilakan Ketua Panitia . Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik dan______________ ______________ atas kesudian menyampaikan Anugerah Kecemerlangan itu tadi. Anak Ibarat kain putih Diasuh diajar dididik dilatih Kalau anak tidak dilatih Jika besar ibu bapa letih Hati orang tua perlu dijaga Emak ayah berasa bangga Jika anak berbudi bahasa Itu tandanya membalas jasa Hadirin yang dihormati, Adat orang bertandang, kehadiran dialu-alukan, kepulangan diraikansebagai tanda kasih dan tanda penghargaan , majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha Pn Ramlah bt Hj Hashim, PK 1 SMK Sijangkang Jaya untuk menyampaikan tanda hati kepada tetamu jemputan kita pada pagi ini. Dipersilakan Yang Berusaha Tn Hj Zulkapli bin Mat Taib untuk menerima tanda hati daripada pihak sekolah. Terima kasih diucapkan kepada Puan Pengetua dan Yang Berbahagia ______________________. 14. PENUTUP Dengan penyampaian tanda hati itu tadi, majlis kita sudah tiba dipenghujungnya. Kami bagi pihak AJK Pelaksana , mengucapkan setinggi tahniah dan

syabas kepada semua penerima anugerah.Sesungguhnya tiada kejayaan tanpa iltizam yang padu. Bagi pihak sekolah , majlis juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Tetamu jemputan dan semua hadirin yang turut sama meluangkan masa untuk hadir pada majlis ini . Terima kasih kalungan budi juga diberikan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi memastikan majlis ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. Akar keladi melilit selasih Selasih tumbuh di hujung taman Kalungan budi junjungan kasih Mesra kenangan sepanjang zaman Tenang-tenang air di kali Tempat mandian putra puteri Sempurna sudah majlis dirai Salah dan silap harap dimaafi Hinggap tempua di hujung dahan Kenari berbalah berebut taman Sajian tersedia jemputlah makan Awal bismillah menjamah hidangan Sekian . Wabilahitaufiq walhidayah wassalamualaikum wbt. Dijemput para tetamu untuk ke bilik gerakan untuk jamuan ringan.