Anda di halaman 1dari 1

Kekeliruan ini mungkin berlaku kerana satu perbezaan pendapat antara penyusunTatabahasa Dewan dan penulis Nahu Melayu

Terakhir. Menurut Asmah Omar dalam Nahu Melayu Mutakhir, edisi kelima, alomorf ialah varian morfem. Bagi morfem bebas, morfem dengan alomorfnya sama. Namun begitu, bagi sesetengah morfem terikat, alomorfnya terbahagi kepada beberapa jenis. Jika alomorf sama dengan morfem, alomorf tersebut disebut sebagai alomorf dasar. Contohnya, alomorf jalan dengan morfem jalan sama. Oleh itu, bentuk jalan mewakili morfem dan juga alomorfnya. Bagi morfem terikat pula, alomorf di- sama dengan morfem di-. Oleh itu, bentuk di- boleh mewakili morfem dan alomorfnya. Jika sesuatu morfem mempunyai banyak alomorf, satu daripada alomorf akan dipilih untuk melambangkan morfem tersebut. Alomorf yang terpilih sebagai lambang morfem disebut sebagai alomorf dasar. Alomorf yang pelbagai terdapat pada sesetengah morfem terikat. Alomorf tersebut terbahagi kepada tiga jenis, iaitu alomorf lingkungan fonologi, alomorf lingkungan tatabahasa dan alomorf lingkungan leksikal. Jika bentuk alomorf berkaitan dengan ciri bunyi awal pada kata dasar yang ditambah morfem terikat, alomorf yang terhasil disebut sebagai alomorf lingkungan fonologi. Contohnya, morfem meN- mempunyai empat alomorf lingkungan fonologi, iaitu me-, men-, mem- dan meng-. Alomorf lingkungan fonologi mungkin ditambah pada kata dasar dengan atau tanpa peleburan fonem atau pengguguran bunyi pada awal kata dasar. Kamus Tatabahasa Dewan hanya mempunyai 4 alomorf sahaja, iaitu me-, men-, mem-, dan meng-. Berlainan dengan Asmah Omar dalam Nahu Melayu Terakhir edisi Kelima, meny-, dan menge- termasuk dalam alomorf. Sebenarnya, awalan meny- dan menge- tidak tergolong sebagai bentuk awalan meN- dalam Tatabahasa Dewan. Walau bagaimanpun menye- ada di bawah me- , iaitu apabila kata dasar yang bermula dengan huruf s menerima awalan meN- . Menge- pula wujud di bawah meng- bagi kata dasar yang terdiri daripada satu suku kata. Bagi menjelaskannya, menye- ada di bawah me-, iaitu apabila kata dasar yang bermula dengan huruf s menerima awalan me- seperti susun apabila menerima awalan me- mengalami perubahan huruf pertama dalam kata dasar (s kepada ny) menjadi menyusun. Menge- pula wujud di bawah meng- bagi kata dasar yang terdiri daripada satu suku kata seperti had apabila menerima awalan meng- menjadi mengehadkan.

Anda mungkin juga menyukai