Anda di halaman 1dari 13

Tarikh : 24hb Mei 2013 Masa : 09.00 Malam Tempat : SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH Kehadiran : 13 orang 1.

Agenda 1 : Ucapan Alu-aluan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua AJK dan jemaah yang berkesempatan hadir. Pengerusi juga memaklumkan ramai AJK yang tidak dapat hadir mesyuarat kerana balik kampung memandangkan kebetulan cuti 3 hari ditambah dengan cuti sekolah. 1.2 Sebelum meneruskan mesyuarat, Pengerusi memohon semua yang hadir membacakan surah al-fatehah mohon keberkatan dan kesejahteraan. 2. Agenda 2 : Pengesahan Minit Mesyuarat AJK Kali Pertama 2.1 Pengerusi membaca minit mesyuarat AJK kali pertama sepintas lalu. Menyentuh agenda 3 pada minit mesyuarat AJK kali pertama tersebut, Pengerusi memaklumkan berkenaan tiang pagar yang rosak, beliau telah menghubungi kontraktor Hajjah Suraya yang telah berjanji akan membaiki tiang pagar tersebut. Kerja-kerja membaik pulih akan dilakukan oleh anak beliau. Bagaimanapun baik pulih tersebut tidak dapat dijalankan dalam masa terdekat ini memandangkan kontraktor terbabit perlu menyiapkan satu projek lain. Pengerusi meminta agar jemaah dapat bersabar dan memberikan masa pada kontraktor terbabit. 2.2 Untuk lain-lain infrastruktur seperti bidai dan awning, setiausaha akan membuat permohonan rasmi kepada Baitulmal. 2.3 Penambahan pinggan mangkuk pula akan bergantung kepada kewangan semasa surau. Meskipun surau mempunyai dana, bagaimanapun pengerusi akan mengamalkan perbelanjaan secara berhemah. Perbelanjaan adalah berdasarkan yang utama diutamakan dahulu. 2.4 Minit mesyuarat AJK kali pertama dicadang untuk pengesahan oleh Encik Nekmat Takin manakala Encik Khairi Jahim menyokong. Tindakan : Makluman 3. Agenda 3 : Majlis Sambutan Israk Mikraj 3.1 Mesyuarat bersetuju mengadakan majlis israk mikraj pada 05/06/2013 bersamaan hari rabu malam khamis. 3.2 Tentatif sambutan adalah seperti biasa dengan menjemput penceramah. 3.3 Mesyuarat juga mencadangkan agar kutipan derma ikhlas dilakukan seperti biasa. Setiausaha akan mengeluarkan satu surat rasmi bagi tujuan kutipan tersebut. Agihan tugas bagi menjalankan kutipan derma israk mikraj ini adalah seperti berikut :

3.3.1 Blok A, B dan C 3.3.2 Blok D 3.3.3 Blok E 3.3.4 Blok F

Puan Raja Diwi Puan Norhisham Hj. Ithnin Puan Lin dan Puan Normah Puan Norfitri Sarif

3.4 En. Nekmat Takin mencadangkan sebelum majlis tersebut, diadakan gotong royong untuk membersihkan persekitaran surau. Tarikh dan masa gotong royong tersebut akan diberitahu kelak. 3.5 Setiausaha akan mengeluarkan surat jemputan kepada beberapa orang VIP, surausurau berdekatan dan notis pemberitahuan kepada warga Rumah Pangsa Senawang Fasa 2. 3.6 Puan Raja Diwi akan mengetuai urusan penyediaan menu makan pada majlis israk mikraj dengan dibantu secara beramai-ramai oleh AJK dan jemaah-jemaah yang berkelapangan. Bagi urusetia sambutan, semua AJK lelaki adalah terlibat secara langsung. Tindakan : Makluman Setiausaha/AJK 4. Agenda 4 : Usul dan Cadangan 4.1 Pengerusi mencadangkan pada setiap bulan agar surau dengan kerjasama persatuan penduduk dapat memberikan sumbangan tertentu kepada golongan yang memerlukan seperti OKU, warga emas, ibu tunggal dan mereka yang difikirkan layak. 4.2 Untuk merealisasikan cadangan tersebut, pengerusi juga mencadangkan ditubuhkan satu Panel Pemilih Khas. Anggota panel yang dicadangkan terdiri dari 11 orang dan telah dipersetujui oleh mesyuarat AJK iaitu :

1) Pengerusi 2) Imam 3) Setiausaha 4) Bendahari 5) Bilal 6) Siak 7) Pn. Raja Diwi 8) Pn. Lin 9) Cik Putih 10) Cik Normah 11) En. Khairi Jahim

4.3 Pengerusi mohon bermula dari sekarang bolehlah senarai nama-nama cadangan penerima bantuan tersebut diajukan kepada beliau, setiausaha atau mana-mana barisan AJK untuk dinilai oleh barisan panel yang dilantik. Setiausaha akan menyediakan borang khas bagi tujuan dokumentasi. 4.4 Pengerusi juga mencadangkan pada setiap hujung bulan malam jumaat iaitu ketika majlis bacaan yasin, menu disediakan secara beramai-ramai oleh barisan AJK surau. Menu ini dibawa dari rumah sama ada berbentuk kuih-muih, buah-buahan, pelbagai makanan seperti nasi lemak atau bihun dan sebagainya. Surau hanya akan menyediakan minuman sahaja. Ini bertujuan agar AJK dapat bersama-sama menyumbang sesuatu kepada surau secara tidak langsung. 4.5 Pengerusi juga mencadangkan agar satu kertas kerja dibuat oleh setiausaha bagi memohon peruntukan untuk membeli peralatan lengkap khemah berserta kerusi dan meja khas untuk kegunaan surau. Ia juga sebagai salah satu cara untuk surau mendapatkan sumber kewangan dengan menyewakan khemah tersebut kepada jemaah yang memerlukan dengan kadar yang murah. 4.6 En. Tajol Ariffin bercadang untuk memohon kepada Baitulmal atau Pejabat Menteri Besar bagi membeli peti sejuk mini bagi kegunaan surau. 4.7 Cik Normah mencadangkan agar surau dapat memberikan sedikit sumbangan kepada jemaah yang akan pergi menunaikan umrah. Cadangan ini mendapat maklum balas positif dari barisan AJK. Pengerusi bersetuju untuk memberikan sumbangan berupa telekung kepada Cik Wok (Pn. Rosnah) yang akan berangkat menunaikan umrah pada 08/06/2013 nanti. Bagaimanapun pengerusi memaklumkan sebarang sumbangan adalah bergantung juga kepada akaun semasa surau. 4.8 Pn. Jamilah Taat mencadangkan peruntukan menu makan pada majlis yasin dinaikan daripada RM30 kepada RM50. Mesyuarat juga bersetuju dengan cadangan tersebut dengan syarat penyediaan menu itu dibuat secara giliran. Tindakan : Makluman 5. Agenda 5 : Lain-lain Hal 5.1 Setiausaha dan Pengerusi memaklumkan bahawa untuk apa-apa aktiviti surau janganlah sampai terlalu mengikut protokol kerana fungsi surau sebagai rumah Allah berkehendak segala yang dilakukan atas dasar Lillallah Taala. Pengerusi berharap untuk kaedah komunikasi, setiausaha akan mengguna pakai pelbagai cara yang difikirkan relevan seperti selain daripada menggunakan cara lama iaitu surat menyurat, kaedah pemberitahuan di papan kenyataan, di laman blog surau dan sms melalui telipon juga akan dianggap sebagai salah satu kaedah penyampaian sesuatu aktiviti surau termasuk mesyuarat AJK; sesuai dengan peredaran zaman IT sekarang ini. 5.2 Berkenaan masalah sampah yang tidak dikutip oleh kontraktor ARAH, mesyuarat memutuskan untuk berunding secara diplomasi dulu dengan pihak-pihak berkenaan sebelum mengatur satu sesi dialog yang akan melibatkan SUK, SWM dan ARAH jika didapati masalah masih berlanjutan. Perkara ini akan ditangani oleh persatuan penduduk.

5.3 Sempena kadatangan bulan ramadhan nanti, seperti biasa pihak surau akan menganjurkan tahlil yang akan dipimpin oleh Ustaz Awal. Borang tahlil akan disediakan oleh setiausaha. Tindakan : Makluman 6. Ucapan Penangguhan 6.1 Pengerusi sekali lagi merakam ucapan terima kasih kepada semua AJK yang hadir. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.45 malam. Laporan disediakan oleh : Disemak oleh :

.. Tajol Ariffin Hasan Setiausaha

.. Abdul Ghani bin Mansoor Pengerusi

LAPORAN MINIT MESYUARAT AJK BIL 1/2013


Tarikh : 03hb Feb 2013 Masa : 09.00 Malam Tempat : SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH Kehadiran : 30 orang 1. Agenda 1 : Ucapan Alu-aluan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua AJK dan jemaah yang hadir. Jemaah yang bukan AJK juga dianggap AJK secara automatik kerana pengerusi beranggapan surau ini adalah rumah Allah dan milik semua muslimin dan muslimat. 1.2 Pengerusi juga menginsafi kekurangan diri sementelah beliau baru menerajui pentadbiran surau. Justeru beliau berharap barisan AJK lama dan baru saling berganding bahu bantu membantu demi melicinkan perjalanan dan pentadbiran surau. Tidak lupa juga beliau berharap moga mantan pengerusi dan bendahari memberikan kerjasama dan bantuan-bantuan yang dirasakan perlu. 1.3 Beliau juga memaklumkan mesyuarat AJK akan dijalankan sekurang-kurangnya 4 kali setahun berdasarkan arahan pejabat agama Negeri Sembilan. 1.4 Sebelum meneruskan mesyuarat, Pengerusi meminta ustaz Mohd Awal Mangsor membacakan doa mohon keberkatan dan kesejahteraan.

2. Agenda 2 : Post Mortem Sambutan Maulidur Rasul 2.1 Pengerusi memaklumkan untuk sementara waktu beliau akan menguruskan hal-hal berkaitan kewangan dan akaun simpan kira surau bersama-sama bendahari yang baru dilantik. Beliau juga berharap mantan bendahari lama bersedia memberikan tunjuk ajar dan berkongsi ilmu. 2.2 Jumlah perolehan Maulidur Rasul berupa kutipan derma dan sumbangan ialah RM1082.00. Jumlah derma penduduk muslimin dan muslimat Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 ialah RM582.00. Sumbangan daripada kontraktor, KRT dan Ybhg Dato Bahrain ialah RM500.00. 2.3 Kos perbelanjaan Maulidur Rasul akan dikira kemudian. Segala resit pembelian ada ditangan pengerusi. 2.4 Pengerusi mengharapkan jika ada apa-apa cadangan untuk menambah baik sambutan Maulidur Rasul pada masa-masa akan datang, harap dapat diusulkan kepadanya. Tindakan : Makluman 3. Agenda 3 : Status Infrastruktur Surau 3.1 Berkenaan tiang pintu pagar yang telah rosak, pengerusi telah berhubung dengan pihak kontraktor dan pihak kontraktor akan membaik pulih tiang pintu pagar itu semula. 3.2 Pemasangan bidai atau awning bagi menghalang tempias air hujan membanjiri ruang luar surau akan diatasi segera sebaik surau memperolehi dana. 3.3 Peralatan memasak, pinggan mangkuk juga akan diaudit untuk menentukan manamana yang perlu ditambah atau dibeli baru. Bagaimanapun semua ini akan bergantung kepada status kewangan semasa surau. Tindakan : Makluman 4. Agenda 4 : Hal-hal Lain/cadangan 4.1 Status AIM yang menggunakan surau sebagai lokaliti aktivitinya. Pengerusi telah mendapatkan keterangan daripada mantan Pengerusi, Hj, Ruzali Said. Hj. Ruzali Said memaklumkan AIM telah menampung bayaran bil eletrik surau sebagai salah satu tanggunjawabnya kerana menggunakan kemudahan surau. 4.2 Menurut Pn. Sarimah Othman pula, RM1.00 akan dikutip ke atas setiap ahli AIM yang hadir pada hari aktiviti mereka dijalankan dan hasil kutipan tersebut akan digunakan untuk menampung bayaran bil eletrik. Jika terkurang, Hj. Ruzali said akan menampung kekurangan tersebut. 4.3 Setiausaha surau, En Tajol Ariffin Hasan pula memaklumkan kepada Pengerusi, untuk tahun kewangan 2012 lalu, pihak surau hanya membayar bil eletrik cuma sekali sahaja (Bulan Mei RM67.00).

4.4 Ustazah Mah mencadangkan agar diadakan kelas fardhu ain. Pengerusi dan barisan AJK bersetuju dengan cadangan tersebut. untuk permulaan, kelas fardhu ain mungkin akan dijalankan sebulan sekali. Jika ada sambutan, jumlah kekerapan kelas fardhu ain tersebut akan ditambah. 4.5 Pn. Sarimah Othman mencadangkan diadakan kutipan bulanan sebagai salah satu cara menambah dana surau. Kutipan berjumlah RM1.00 dicadangkan. Kaedah kutipan boleh sahaja sebulan sekali, 6 bulan sekali atau setahun sekali berdasarkan mana yang lebih mudah. Pihak surau pada dasarnya bersetuju dengan cadangan ini. Setiausaha akan mengeluarkan satu surat rasmi pemberitahuan kepada muslimin dan muslimat tentang kutipan yang akan diadakan nanti. 4.6 Ustaz Mohd Awal Mangsor pula menyeru muslimin dan muslimat sentiasa memakmurkan surau terutama ketika solat subuh kerana menurut beliau, jemaah solat subuh amat mendukacitakan. 4.7 En. Nekmat Takin mencadangkan diadakan tabung kutipan khas agar jemaah yang bersolat di surau terutama jemaah dari luar, mempunyai saluran untuk menderma. Pengerusi dan barisan AJK bersetuju dengan cadangan tersebut. Pengerusi memohon kepada barisan AJK agar mendapatkan sebut harga tabung derma tersebut. 4.8 Ustaz Mohd Awal Mangsor berharap dapat kiranya jemaah muslimin dan muslimat datang beramai-ramai untuk bersolat subuh secara berjemaah. Buat masa sekarang, kehadiran jemaah pada waktu subuh amat mendukacitakan. 4.9 Setiausaha memaklumkan segala maklumat berkenaan surau termasuk aktiviti semasa, minit mesyuarat, laporan kewangan dan taqwim ada dipaparkan dalam laman blog surau. Menurut beliau, laman blog surau sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa. 4.10 Pengerusi menyeru agar barisan AJK memastikan pada setiap kali berakhir program, dipastikan kebersihan surau, peralatan dan sebagainya dikemas dan dibersihkan sebelum pulang. 4.11 Pn. Raja Diwi memaklumkan satu program khas untuk kaum wanita akan diadakan pada 7/2/2013 bersamaan hari khamis jam 2:30 petang. Pengisian program itu adalah bacaan yassin beramai-ramai. Program dijangka akan dihadiri oleh ketua Wanita UMNO Bahagian Rasah, Ybhg. Pn. Habsah Hamid. Tindakan : Makluman 5. Ucapan Penangguhan 5.1 Pengerusi sekali lagi merakam ucapan terima kasih kepada semua AJK yang hadir. Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 10.15 malam.

Laporan disediakan oleh :

Disemak oleh :

.. Tajol Ariffin Hasan

.. Abdul Ghani bin Mansoor

Setiausaha

Pengerusi

LAPORAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (2013)

Tarikh Masa Tempat : Kehadiran :

11hb. Jan 2013 : 09.00 Malam SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH 31 orang (Seperti Lampiran A)

1. Agenda 1 : Pelantikan Pengerusi Mesyuarat 1.1 Mesyuarat Agung Tahunan Surau Infitah Al-Khairiah berlangsung sebaik usai solat berjamaah maghrib. Mesyuarat ini bertujuan melantik barisan AJK Surau Infitah AlKhairiah bagi sesi pentadbiran 2013 2014. 1.2 Hj. Ruzali Said telah dilantik untuk mempengerusikan mesyuarat agung Surau Infitah Al-Khairiah 2013. 1.3 En. Tajol Ariffin Hasan pula dilantik menjadi setiausaha mesyuarat. 2. Agenda 2 : Ucapan Pembukaan Pengerusi Mesyuarat. 2.1 Pengerusi mengingatkan sesiapa sahaja yang dilantik dalam barisan AJK Surau Infitah Al-Khairiah bagi sesi pentadbiran 2013 2014 ini hendaklah bertanggungjawab dan sentiasa mengimarahkan surau jika ada waktu terluang. Pengerusi tidak mahu kehadiran mereka pada malam mesyuarat agung ini sekadar untuk mendapatkan tempat dalam barisan AJK 2013 - 2014. Tindakan : Makluman 3. Agenda 3 : Pelantikan Barisan AJK 2013 2014. 3.1 Format Mesyuarat Agung Tahunan kali ini adalah mengikut pelantikan secara berkumpulan. Format ini digunakan untuk menjimatkan masa memandangkan mesyuarat dibuat selepas selesai maghrib dan diharapkan selesai sebelum masuk waktu isyak. 3.2 Pencalonkan kumpulan pertama dicadangkan oleh Pn. Raja Diwi Sulong dan disokong oleh En. Khairi Jahim. Manakala pencalonan kumpulan kedua dicadangkan oleh Hj. Shamsudin Abu dan disokong oleh Pn. Sarimah Othman. 3.3 Berikut keputusan undian yang telah dibuat :BIL JAWATAN CALON Hj. Ruzali bin Said 1 Pengerusi Abd. Ghani bin Mansoor DICALONKAN OLEH Hj. Shamsudin bin Abu Pn. Fatimah bte Syidtamiah DISOKONG OLEH Pn. Sarimah bte Othman En. Abu Bakar bin Suliman JUMLAH UNDI 6 19 Abd. Ghani bin Mansoor PEMENANG

Setiausa

Bendahari

AJK

En. Tajol En. Tajol Sebulat Ariffin bin Kumpulan Pertama Ariffin bin suara Hasan Hasan Pn. Nor Azah Sebulat Kumpulan Pertama bte Baharin suara Pn. Nor Pn. Normala Kumpulan Kedua Azah bte bte Al Atas Baharin Pn. Sarimah Kumpulan Kedua bte Othman Jemaah mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan En. Nekmat bin Takin agar semua yang hadir mesyuarat pada malam itu secara automatik dilantik menjadi AJK bagi sesi Pentadbiran 2013 hingga 2014

Tindakan : Makluman

4. Agenda 4 : Kemaskini Akuan Surau Di Bank Islam Malaysia Berhad. 4.1 Susulan dari pertukaran beberapa orang pemangku AJK 2012, maka jemaah mesyuarat bersetuju pertukaran penama di Bank Islam Malaysia Berhad (Seremban) dibuat dengan kadar segera. 4.2 Butiran pertukaran tersebut adalah seperti di bawah : NO KAD BIL JAWATAN NAMA PENGENALAN 1 Pengerusi Abd. Ghani bin Mansoor 660908-05-5049 2 Setiausaha Tajol Ariffin bin Hasan 670204-04-5271 3 Bendahari Nor Azah bte Baharin 590930-05-5474

5. Agenda 5 : Laporan Sesi Pentadbiran Tahun Lalu (2011- 2012). i) Laporan Kewangan 5.1 Bendahari memaklumkan akaun surau dari bulan Januari 2012 hingga bulan December 2012 adalah seperti berikut : BIL 1 2 1 2 3 PERKARA Baki dibawa ke hadapan . Perolehan 2012 dari pelbagai sumber JUMLAH BESAR Perbelanjaan 2012 untuk pelbagai aktiviti Baki wang ditangan Baki wang di Bank Islam Seremban JUMLAH BESAR RM 1,906.05 13,182.33 15,088.38 10,431.80 280.00 4,376.58 15,088.38

Tindakan : Makluman ii) Aktiviti Yang Telah Dijalankan 5.2 Setiausaha membentangkan laporan aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan sepanjang tahun pentadbiran 2012 lalu. BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 BULAN 11 Feb 25 Feb 11 Jun 16 Jun 04 Julai 15 Julai 05 Ogos 08 Sept 28 Okt 14 Nov AKTIVITI Sambutan Maulidur Rasul (Perarakan dan Ceramah) Gotong Royong bersama KRT Mesyuarat AJK membincangkan majlis sambutan Israk Mikraj Israk Mikraj (Ceramah Ustaz Solihin) Sambutan Nifsu Syaaban (Yassin) Kenduri dan tahlil sempena kedatangan awal ramadhan Nuzul Quran, majlis berbuka puasa, penyampaian sumbangan raya kepada warga emas, OKU, ibu tunggal dan kanak-kanak di bawah 17 tahun. Rumah terbuka KRT Majlis qurban Sambutan Awal muharam/maal hijrah

4.3 Laporan akaun dan aktiviti 2012 telah dicadang untuk disahkan oleh En. Abd. Ghani bin Mansoor dan disokong oleh Pn. Sarimah bte Othman. Tindakan : Makluman

6. Agenda 6 : Perkara Berbangkit 6.1 Tiada Tindakan : Makluman 7. Agenda 7 : Lain-lain Hal 7.1 Tiada. Tindakan : Makluman 8. Agenda 8 : Ucapan Aluan Pengerusi Baru 8.1 En. Abd. Ghani bin Mansoor selaku pengerusi Surau Infitah Al-Khairiah yang baru dilantik mengucapkan berbanyak terima kasih kepada jemaah yang hadir dalam mesyuarat agung surau dan telah melantik beliau mengetuai pentadbiran surau bagi sesi 2013 hingga 2014. 8.2 Beliau mengharapkan kerjasama dari seluruh barisan AJK yang baru dilantik untuk sama-sama berganding bahu mengimarahkan surau seterusnya memastikan surau meneruskan pelbagai aktiviti-aktiviti yang telah, sedang dan akan diatur sepanjang tahun ini. Tindakan : Makluman 9. Agenda 9 : Ucapaan Penanguhan 9.1 Pengerusi mesyuarat sekali lagi merakam ucapan terima kasih kepada semua jemaah yang hadir. Mesyuarat Agung ini telah ditangguhkan pada pukul 08.35 malam.

Laporan disediakan oleh :

Disemak oleh :

.. Tajol Ariffin bin Hasan Mansoor Setiausaha

.. Abdul Ghani bin Pengerusi

LAMPIRAN A KEDATANGAN :
1.

HJ. RUZALI BIN SAID

(BLOK C37)

2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31.

TAJOL ARIFFIN BIN HASAN SAMSUL BAHARI BIN HUSSIN MOHD. RADZI BIN AKIB NEKMAT BIN TAKIN ABU BAKAR BIN SULIMAN KHAIRI BIN JAHIM ABD. GHANI BIN MANSOOR NORFITRI BTE SARIF HAZLIN BTE M. ROMZI JAMILAH BTE TAAT PADILAH BTE MUSTAFA NORMAH BTE DOLLAH NORHISHAM BTE HJ. ITHNIN KHARIAH BTE HJ. ABAS ERZANTINA BTE HASHIM ROSMAWATI BTE HAMIM ZAITON BTE HASSAN MASNAH BTE NORDIN ROSMAH BTE SALLEH RAHMAH BTE IBRAHIM MAIMUNAH BTE HJ. ABU TALIB RAJA DIWI BTE SULONG FATIMAH BTE SYIDTAMIAH NOR AZAH BTE BAHARIN NORMALA BTE AL ATAS ZAINUN BTE AHMAD HALIMAH BTE HASSAN HJ. SHAMSUDIN BIN ABU SARIMAH BTE OTHMAN YASHIMAH BTE YAAKOP

(BLOK D05) (BLOK D35) (BLOK C19) (BLOK C20) (BLOK C13) (BLOK D48) (BLOK F10) (BLOK F10) (BLOK E23) (BLOK F03) (BLOK E40) (BLOK E08) (BLOK D05) (BLOK C14) (BLOK E42) (BLOK F15) (BLOK B22) (BLOK C34) (BLOK B18) (BLOK C12) (BLOK C20) (BLOK C36) (BLOK F13) (BLOK F48) (BLOK B02) (BLOK C02) (BLOK B02) (BLOK B02) (BLOK B01) (BLOK F16)

LAPORAN MINIT MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA (2011)


SENARAI AHLI JAWATAN KUASA SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH SESI 2011-2012

PENGERUSI : EN. RUZALI BIN SAID (014-2658 952) SETIAUSAHA : EN. TAJOL ARIFFIN BIN HASAN (012-3748 376) BENDAHARI : PN. NORHISHAM BT. HJ ITHNIN (017-2769 419) BARISAN AJK : 1) EN. MOHAMAD RADZI BIN AKIB

2) EN. MOHD YUSOH BIN SIRAT 3) EN. NEKMAT BIN TAKIN 4) EN. MADIN BIN BAKAR 5) EN. ABU KASSIM BIN MOHAMAD 6) EN. KHAIRI BIN JAHIM 7) EN. ARZREEN BIN ABAS 8) PN. HAMIDAH BT. BASHAR