Anda di halaman 1dari 22

Tajuk 7 : Bincangkan ciri-ciri kepimpinan pendidikan yang perlu anda hayati sebagai seorang guru.

Maisyarihafiza Ismail Wan Ajrina Wan Ahmad

KONSEP ASAS KEPIMPINAN


Kepimpinan adalah satu seni atau proses yang mempengaruhi aktiviti individu dalam berhubung dengan tugas mereka, supaya mereka bersedia untuk bekerja keras untuk mencapai matlamat kumpulan atau organisasi.

Kamus Dewan (2002)


Robbins

Keupayaan untuk memimpin.

Kebolehan untuk mempengaruhi ahli ahli kumpulannya untuk mencapai matlamat.

Kim dan Maubourge (1992)

Kebolehan seseorang untuk mengaspirasikan keyakinan dan sokongan dalam kalangan sekumpulan manusia yang diperlukan untuk mencapai matlamat.

JENIS JENIS KEPIMPINAN


SEMULA JADI

BIROKRATIK

KARISMATIK

TERAGIH

SEMULA JADI
Orang yang berpengaruh sebagai ketua. Tak dilantik secara formal. Dipilih mungkin berdasarkan yang tertua, paling berpengalaman, atau yang mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi.

KARISMATIK
Diutarakan oleh Max Weber (1947). Pemimpin berkarisma dapat menyelesaikan maslah dengan berjaya. Pengikut akan mempunyai kesetiaan yang tidak berbelah bagi.

Tret tret personaliti pemimpin berkarisma


Berorientasikan pencapaian. Berorientasikan kreativiti dan inovasi. Amat bertenaga dan penglibatan diri yang tinggi. Keyakinan diri yang tinggi. Keperluan untuk menggunakan pengaruhnya terhadap orang lain. Sanggup menanggung risiko. Membina (nurturing), bertimbang rasa, dan sensitif.

BIROKRATIK
Berstruktur dan berfungsi mengikut prosedur yang ditetapkan. Pemimpin biokratik akan menggunakan kuasa rasmi yang diberikan melalui perlantikan jawatan. Kurang memberi tumpuan terhadap keperluan individu + lebih kepada autokratik. Menurut Weber (1989), kepimpinan biokratik bertujuan memaksimakan kecekapan melalui pengurusan dengan menggunakan pendekatan rasional.

Pentingkan aspek2
Organisasi yang berorientasikan matlamat. Pembahagian bidang pengkhususan. Struktur berhieraki. Peraturan dan tatatertib. Mempunyai prosedur kerja yang amat teknikal. Perjawatan berdasarkan kelayakan dan kecekapan bidang.

Ciri berkepimpinan biokratik dalam organisasi sekolah :

Struktur organisasi sekolah yang berhieraki dengan guru besar di pucuk kepimpinan. Guru guru mempunyai kepakaran masing masing. Terdapat peraturan sekolah dan jadual waktu akademik untuk dipatuhi. Ketua bidang / panitia mata pelajaran bertanggungjawab dalam pastikan aktiviti kurikulum dilaksanakan mengikut garis panduan dan sukatan.

TERAGIH
Kepimpinan diagihkan dalam suatu jaringan interaktif antara pemimpin dengan ahli ahli di dalamnya. Menimbulkan kerjasama dan keakraban antara rakan sekerja. Cara pemimpin yang paling sesuai untuk organisasi sekolah.

KEPIMPINAN PENDIDIKAN
Terbahagi kepada kepimpinan sekolah kepimpinan guru.

Kepimpinan Sekolah
Dilihat dalam konteks pengurusan aktiviti sekolah, kepimpinan pengajaran dan kepimpinan dalam konteks masyarakat luar. Merupakan usaha kolaboratif antara pentadbir sekolah dan rakan sejawat dalam meningkatkan amalan profesional.

Kepimpinan Guru
Tidak terbatas di dalam bilik darjah sahaja. Guru biasa mempunyai ciri kepimpinan jika mampu membimbing dan mendorong guru lain untuk sama-sama berusaha meningkatkan amalan profesional dan pencapaian pelajar.

CIRI-CIRI KEPIMPINAN YANG PERLU ADA


Tahap disiplin Integriti Keyakinan Motivasi Kreatif Inovatif Fleksibiliti

Tahap Disiplin
Perasaan taat dan patuh terhadap nilai-nilai yang dipercaya termasuk melakukan pekerjaan tertentu yang menjadi tanggung jawabnya

Integriti
Sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya.

Keyakinan
Bermaksud kepercayaan yang tidak berbelah bagi. Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya

Motivasi Proses yang menjelaskan kekuatan, arah, dan


ketekunan seorang individu untuk mencapai tujuannya

Kreatif
Kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru melalui kemahiran imaginasi

Inovatif
Kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan

Fleksibiliti
Mudah dan cepat menyesuaikan diri dengan lingkungan baru yg masih asing baginya.