Anda di halaman 1dari 5

Faktor luaran

Pemerolehan Bahasa dan Ciriciri Asosiasi

Psikolinguistik

Linguistik Klinikal

Pemerolehan Bahasa dan Ciri-ciri Asosiasi


Seseorang bayi apabila sahaja dilahirkan ke dunia, turut bersama-samanya beberapa alat fizikal yang sesuai untuknya memperoleh bahasa. Walaupun ia memulakan hidup tanpa bahasa tetapi pemerolehan bahasa itu dalam kalangannya berlaku sedikit demi sedikit dan berperingkat-ringkat mengikut perkembangan otaknya, iaitu hasil perkembangan fizikal anak itu sendiri. Mengikut teori biologis, sejak anak itu lahir, memang sudah ada satu kebolehan menggunakan bahasa. Kebolehan ini dinamakan jentera pemerolehan bahasa. Bagi kanakkanak yang normal, mereka akan dapat bertutur dalam jangka masa yang agak sama. Oleh sebab manusia mempunyai otak yang kecil waktu lahir maka kematangan berbahasa itu adalah sejajar dengan perkembangan otak mereka dan semestinya mengambil masa yang lama. Kanak-kanak menguasai bahasa pertamanya bukan melalui proses pembelajaran tetapi adalah dengan cara memperoleh. Ini berlaku secara formal. Kebanyakan penyelidik bahasa kanak-kanak berpendapat bahawa jangka masa antara 1 hingga 5 tahun umur kanak-kanak adalah jangka masa penguasaan bahasa yang paling kritikal dan pada jangka masa itu kanak-kanak sangat mudah menerima pengaruh bahasa pertama yang didedahkan kepada mereka. Mutu bahasa yang akan dilahirkan oleh kanak-kanak itu bergantung kepada bahasa yang mula-mula didedahkan kepada mereka. Mengikut kajian ada satu jangka masa penting dalam kehidupan manusia yang subur dalam pemerolehan bahasa. Jika jangka masa itu terlangkau, maka perkembangan bahasa akan terhalang. Perkembangan bahasa kanak-kanak itu biasanya dikaji daripada tiga sudut, iaitu: (a) Fonologi (b) Semantik (c) Sintaksis Dalam perkembangan fonologi, kanak-kanak menghasilkan bunyi secara rambang. Ini berlaku di peringkat agihan. Mula-mula ia memperoleh fonem-fonem yang kasar dan ketara perbezaan fiturnya, tetapi kemudian ia maju kepada fonem-fonem yang halus dan seni perbezaaan fiturnya. Dalam perkembangan semantik pula, kanak-kanak mula berupaya menguasai beberapa patah perkataan dan kemudian memperluaskan perbendaharaan katanya dengan

agak cepat. Mula-mula sepatah perkataan mungkin merujuk beberapa benda atau makna. Sebagai hasil interaksi dengan persekitarannya dalam pelbagai konteks komunikasi, kanakkanak itu akan mempelajari konsep-konsep daripada yang konkrit kepada yang lebih abstrak dan mula dapat menyusun perkataan mengikut kelas-kelas tatabahasa. Dalam perkembangan sintaksis, kanak-kanak menguasai ujaran yang terdiri daripada satu perkataan ketika berumur 1 tahun dan maju kepada ujaran dua perkataan ketika menjangkau umur 2 tahun. Setiap ujaran dapat merujuk beberapa makna mengikut susunan kata atau konteks untuk menggambarkan penafian, pertanyaan dan sebagainy. Setelah meningkat kepada umur 5 tahun, baharulah bahasa kanak-kanak itu hampir menyamai bahasa orang dewasa. Apabila mencapai umur 5 tahun, kanak-kanak akan berupaya menghasilkan ayat-ayat pasif atau ayat-ayat yang lebih kompleks dan dapat mengenal struktur dalaman dan hubungannya dengan struktur luar. Untuk membolehkan kanak-kanak dapat menguasai bahasa dengan berkesan, mereka hendaklah seboleh-bolehnya didedahkan kepada pengalaman-pengalaman yang banyak yang boleh meningkatkan perkembangan bahasa mereka. Dengan itu kanak-kanak akan lebih terdedah kepada perilaku bahasa orang dewasa dan ini akan menjadikan bahasa mereka lebih matang dan mencapai taraf penguasaan yang baik dan sempurna.

Psikolinguistik

Psikolinguistik dan pengajaran bahasa memang tidak dapat dipisahkan, kerana skop atau tumpuan psikolinguistik adalah terhadap pemerolehan bahasa dan pembelajaran dan pengajaran bahasa. Psikolinguistik adalah sains inter disiplin yang lahir daripada hasil percantuman dua disiplin sains-psikologi dan linguistik. Istilah ini telah tercipta setelah adanya pertemuan-pertemuan oleh beberapa orang pakar dalam bidang psikologi dan linguistik yang masing-masing cuba mencari dan menentukan hubungan antara kedua-dua sains ini. Ahli-ahli psikologi telah lama menerima kenyataan bahawa otak manusia bergerak berdasarkan simbol-simbol linguistik. Ahli-ahli linguistik pula mengakui kewujudan satu alat di dalam otak manusia yang dikenali sebagai motor psikososial yang menggerakkan jentera tatabahasa dan leksikon. Ahli-ahli bahasa cuba mengkaji bagaimana otak manusia dapat memproses bahasa dan mampu menerbitkan perkataan-perkataan serta ayat-ayat yang tidak terhingga banyaknya. Mengikut ahli psikologi tumpuan utama psikologi ialah usaha

untuk mengetahui proses-proses yang berlaku apabila seseorang itu menghasilkan dan memahami ujaran dan bagaimana pula kebolehan ini diperoleh. Kajian ahli-ahli psikolinguistik terbahagi kepada 3 aspek penting: (a) Pemahaman percakapan (b) Penghasilan percakapan (c) Pemerolehan bahasa (a) Pemahaman Percakapan Bidang ini mengkaji proses-proses mental yang berlaku apabila seseorang itu mendengar, memahami dan mengingati percakapan yang didengarnya.

(b) Penghasilan percakapan Bidang ini mengkaji segala proses mental yang berlaku ketika seseorang itu cuba bertutur.

(c) Pemerolehan bahasa Bidang ini mengkaji peringkat-peringkat yang didahului oleh lanak-kanak dalam proses memperoleh bahasa. Dalam membincangkan teori pemerolehan bahasa ini sering timbul persoalan tentang sejauh mana bahasa itu bergantung kepada operasi kognitif melalui sejadi dan sejauh mana pula pemerolehan bahasa itu bergantung kepada pengalamanpengalaman naluriah.

Linguistik Klinikal
Pisikolinguistik adalah pendekatan gabungan melalui psikologi dan linguistik bagi telaah atau kajian pengetahuan bahasa, bahasa dalam pemakaian, perubahan bahasa, dan hal-hal yang ada kaitannya dengan itu yang tidak begitu mudah dicapai atau didekati melalui salah satu dari kedua ilmu tersebut secara terpisah atau sendiri-sendiri antara psikologi dan linguistik. Linguistik klinikal adalah salah satu bidang yang terangkum di dalam bidang Sains Pertuturan. Ia mengintegrasikan kedua-dua bidang Linguistik dan bidang Patologi Bahasa dan Pertuturan kerana setiap kecelaruan bahasa dan pertuturan dimanifestasikan melalui kelengahan atau kecelaruan komponen bahasa daripada aspek penggunaan kata, frasa, ayat, artikulasi bunyi, sistem fonologi, semantik, serta pragmatik. Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak yang menghadapi masalah komunikasi, dan sebagainya. Bidang kajian: Fonetik dan fonologi.

Dalam bidang psikolinguistik, penyelidikan menumpukan perhatian pada bagaimana otak memproses dan memahami bunyi-bunyi-Fonetik dan fonologi. Dalam bidang linguistik klinikal, penyelidikan menumpukan kepada bagaimana kanak-kanak mengeluarkan bunyi.- Semantik. Bagaimana kanak-kanak memahami bahasa itu.- Morfologi ialah kajian struktur-struktur kata, khususnya hubungan antara perkataan-perkataan yang berkait (seperti jalan dan berjalan), dan pembentukan perkataan berdasarkan peraturan-peraturan (umpamanya, pembentukan kata berimbuhan).

Teori-teori : Menggunakan teori-teori kognitif seperti teori Noam Chomsky.- Menggunakan teori-teori behavioris seperti teori B.F Skinner.

Perkaedahan : Membuat uji kaji tingkah laku.- Subjek eksperimen diberikan sesuatu bentuk input linguistik dan diminta melakukan sesuatu tugas (umpamanya, membuat pertimbangan, menghasilkan semula rangsangan, membaca perkataan yang dipaparkan dengan kuat). Melakukan pemerhatian. Terdapat kanak-kanak yang sukar membunyikan bahasa.- Penyelidikan tertumpu kepada menganalisis aspek linguistik yang terdapat dalam kecelaruan bahasa atau pertuturan, membentuk alat-alat penilaian dan intervensi, mendirikan norma bahasa dan pertuturan bagi bahasa-bahasa tempatan, serta aspek pengajaran/pembelajaran kanak-kanak yang menghadapi masalah komunikasi, dan sebagainya. Masa tindak balas (biasanya pada peringkat milisaat) dan kadar jawapan yang betul paling biasa digunakan untuk mengukur prestasi.