Anda di halaman 1dari 2

Pemikiran Geometri Van Hiele

Kanak-kanak mengenali bentuk kerana mengenali rupa bentuk tersebut. Kanak-kanak di peringkat ini belum dapat mencirikan bentuk yang dilihat. Tetapi dapat mengumpulkan/mengkelaskan bentuk yang seakan-akan serupa dari pandangan mata mereka. Contoh aktiviti yg sesuai di peringkat ini : a. memadankan bentuk yang serupa. b. mewarnakan bentuk2 yang serupa dengan warna yang sama

Aras 1 - Analisis Dapat mencirikan bentuk dari segi bilangan sisi, bersudut tegak, sisi selari dan bilangan bucu. Boleh kenali bentuk berdasarkan ciri-ciri.

Contoh aktiviti : a. Membezakan sisi empat sama dengan sisi empat selari. b. mencirikan bentuk-bentuk tertentu

Aras 2 Deduksi tak formal Menyatakan hubungan antara ciri-ciri bentuk. Boleh kaitkan bentuk dengan bentuk lain secara terperinci.

Contoh aktiviti : a. mencari paksi simetri bentuk b. melukis bentuk-bentuk tertentu

Aras 3 Deduksi Peringkat pelajar menengah.Dapat mencirikan bentuk dalam sistem yang lebih kompleks dan abstrak dengan mengaitkan dengan teorem dan axiom tertentu. Contoh aktiviti . a. mencari sudut pada bentuk-bentuk yang kompleks b. membina bentuk-bentuk geometri yang lebih kompleks.

Aras 4 Rapi (rigor) Peringkat tinggi . Membanding dan melihat hubungan antara sistem axiom. Contoh aktiviti : a. membina pelan rumah b. mereka cipta corak-corak kompleks yang kreatif