Anda di halaman 1dari 6

Portfolio Hasil Kerja Murid Pengenalan Dalam Pendidikan Seni Visual, penyimpanan atau dokumentasi bahan bukti proses

pembelajaran pelajar adalah digalakkan. Bahan bukti ini mengandungi pengetahuan, kemahiran dan pemikiran serta penyataan perasaan pelajar. Bahan ini dikumpulkan dan dipersembahkan secara terancang. Rakaman Proses Pembelajaran Rakaman proses pembelajaran ini merangkumi beberapa kecerdasan dan ia dikaitkan dengan alat penilaian benar. Melalui portfolio Pendidikan Seni Visual, semua pihak dapat melihat:

Himpunan rakaman urutan proses hasilan kerja pelajar Contoh hasil kerja pelajar Penyataan perasaan pelajar semasa proses pembelajaran Pendidikan Seni Visual Hasil penulisan, ilustrasi atau gambar yang menjadi sebahagian peristiwa penting untuk dikongsi bersama pihak lain Petunjuk keupayaan dan refleksi pelajar tentang proses kerja serta hasil kerja seni Dari segi konsep, portfolio Pendidikan Seni Visual berasaskan kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, yang turut melibatkan proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan. lni disebabkan portfolio Pendidikan Seni Visual, selain mendokumenkan urutan proses kerja, turut menuntut kemahiran mencetuskan idea secara kritis untuk melakukan penggubahan secara kreatif, sama ada melalui alat, bahan atau teknik tertentu. Pelajar patut dapat merancang proses kerja dengan memastikan masalah yang akan ditempuh sebelum dan sepanjang melakukan kerja dan berupaya pula menentukan keputusan muktamad dalam membuat pilihan bagi mendapat hasil kerja yang terbaik. Proses ini dirakamkan dalam portfolio supaya ia menjadi bahan bukti untuk tatapan dan mampu juga menjadi salah satu alat penilaian benar dalam proses pembelajaran pelajar.

Bentuk Portfolio Portfolio Pendidikan Seni Visual lebih merupakan portfolio dokumentasi proses sepanjang kerja seni dilakukan dan bukan sekadar portfolio persembahan. Justeru, bentuk portfolio menampakkan kajian, perancangan, eksperimen dan penentuan berhubung dengan hasil yang hendak dibuat. Secara umumnya bentuk portfolio yang dicadangkan mengandungi 4 aspek : Kajian Pemerhatian dan pengamatan Koleksi bahan serta rekod daripada bahan rujukan yang sesuai dengan kegiatan Rumusan dan pertimbangan dalam membuat pemilihan Lakaran Eksperimentasi melalui lakaran dan lukisan sebelum mendapat idea yang

konstruktif Pewujudan Idea Perkembangan lakaran berkaitan tema atau tajuk Rangka Sebenar Merangka reka cadang atau model Menentukan alatan dan bahan Prototaip (jika berkaitan) Persembahan Portfolio Ringkas, menjimatkan, menarik dan tepat Mengikut urutan Bersih, kemas dan mudah digunakan Keempat-empat aspek yang meliputi kajian, lakaran, rangka sebenar dan persembahan boleh dihasilkan melalui sebarang bentuk, bergantung kepada keupayaan dan kemampuan fizikal pelajar, sekolah dan

kemudahan yang ada kemungkinan besar pelajar akan menyediakan portfolio dalam bentuk seperti: Jurnal Diari Laporan Kompilasi catatan yang dijilid Beberapa helaian kertas yang di kokot Ataupun mungkin disket/cakera padat terdapat beberapa kegunaan portfolio secara umum.

Antaranya : Untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada hasil kerja dan pencapaian pelajar Untuk membantu pelajar membuat refleksi terhadap hasil keria sendiri Untuk membantu ibu bapa, pentadbir dan guru lain mengetahui kemajuan pembelajaran pelajar Memberi peluang kepada pelajar bersama mengusahakan hasil kerja sendiri Menentukan kriteria bagi membandingkan hasil kerja seorang pelajar dengan pelajar yang lain

Cadangan Kandungan Portfolio Kandungan portfolio seboleh mungkin dapat merakamkan beberapa kecerdasan, antaranya:

Kecerdasan linguistik seperti : Catatan pra penulisan Draf projek penulisan Huraian bertulis tentang tajuk /tema/kajian Proses Penyelesaian masalah

Kecerdasan ruang-,visual seperti: Lakaran, catan, cetakan, kolaj, montaj, gambar rajah, peta minda, carta aliran Sampel gambar 2 dimensi dan 3 dimensi.

Kecerdasan interpersonal seperti : Maklum balas bertulis daripada rakan sebaya, guru dan pihak lain Laporan rakan sebaya Kecerdasan interpersonal seperti: Catatan jurnal Esei, senarai semak, kegiatan penilaian kendiri Sampel latihan refleksi kendiri Soal selidik

Carta kemajuan Catatan refleksi tentang hasil kerja sendiri

Hasil Kerja Pemerhatian hasil kerja adalah penilaian pencapaian kebolehan dan kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja. Kriteria-kriteria yang relevan dalam penilaian adalah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan. Aspek afektif juga boleh dinilai oleh guru semasa menggunakan kaedah

pemerhatian.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni

Visual,nilai-nilai yang sesuai diperhatikan adalah kebersihan dan keteraturan, keselamatan, ketekunan, bekerjasama,ketelitian dan kesempurnaan. Penilaian secara lisan dan interaksi ialah satu kaedah penilaian di mana guru berinteraksi dengan murid untuk mengetahui tahap penguasan murid terhadap aspek seni, kemahiran berkomunikasi dalam bahasa seni dan menilai potensi murid dalam kemahiran berfikir.

Aktiviti-aktiviti

lisan

yang

boleh

dijalankan

ialah

soal

jawab,

peta

minda,

kuiz, temubual, teka teki, forum, seminar, lakonan dan sumbangsaran. Perkara-perkara yang boleh dinilai secara lisan adalah penguasan pengetahuan, pemahaman konsep, penguasan kemahiran berfikir dan belajar, kemahiran berbahasa seni dan sosial, perkembangan daya kreatif dan mengenalpasti perlakuan emosi, perasaan dan perubahan sikap murid. Penilaian secara penulisan pula dapat mengesan dan mengukur perkembangan dan pemahaman murid dalam pelbagai aspek pengetahuan serta merekod proses dalam bentuk folio.

Penilaian menggunakan kaedah penulisan dapat merangsang pemikiran mur id secara logikal, kritikal dan analitikal. Murid juga digalakkan membuat kajian, eksperimentasi serta membuat perancangan. Melalui penilaian ini, guru dapat menilai tahap penguasan pengetahuan, pemahaman konsep, proses dan teknik serta kemahiran bahasa seni dan kemahiran berfikir. Pembinaan soalan-soalan obejktif dan subjektif harus menggambarkan pembelajaran secara keseluruhan yang menitikberatkan aras kesukaran berasaskan Taxonomy Bloom seperti pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.