Anda di halaman 1dari 17

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

AHLI KUMPULAN: TAN YOKE PIT NG PEK TZE THOI LIH JIUN MOON SHI MIN

Pertumbuhan dan perkembangan fizikal


1. Pendidikan Jasmani dapat membantu perkembangan diri individu serta memberi penekanan kepada perkembangan fizikal 2. Pergerakan fizikal merupakan aspek yang dititik beratkan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Perkembangan kecergasan terutama aktiviti yang melibatkan kapasiti aerobik dan kekuatan adalah penting kerana aktiviti tersebut boleh mengurangkan risiko kecederaan dan penyakit-penyakit kronik.

3. Oleh itu program Pendidikan Jasmani yang dibina haruslah dilihat dapat memberi manfaat sepenuhnya dalam pertumbuhan iaitu: Mengelakkan pertumbuhan terbantut Merangsang pertumbuhan fizikal murid. Murid lebih peka kepada kesihatan dan pertumbuhan fizikal mereka Lebih bijak dalam menguruskan pemakanan mereka Menambah kualiti hidup murid-murid

4. Pendidikan Jasmani juga memberi manfaat dalam perkembangan fizikal iaitu: Menguasai kemahiran asas pergerakan (kemahiran motor) Menjamin kecergasan fizikal untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian Memaksimumkan fungsi fizikal murid iaitu menyelaraskan koordinasi anggota fizikal. Meningkatkan daya tahan otot Menguatkan sistem kardiovaskular Meningkatkan kekuatan badan Memgembangkan bakat atau kemahiran seperti kemahiran permainan olahraga dan gimnastik

PERKEMBANGAN MENTAL
Melahirkan modal insan yang celik akal Dapat membentuk idea-idea yang bernas Mewujudkan daya berfikir secara kreatif dan kritis

Menyihatkan kesihatan otak Mempercepatkan proses pemerolehan maklumat

Contohnya, Apabila guru mengajar teknik memukul bola, Ahmad dapat memahami dengan cepat jika berbanding dengan rakannya.

Dapat berfikir dengan waras Contohnya, sekiranya pasukan mereka kalah dalam sesuatu pertandingan, mereka perlu bertanggung kekalahan itu bersama-sama, dan bukannya menolak kesalahan tersebut sesama lain.

Kanak-kanak perlu bertanggungjawab atas segala perbuatan mereka semasa PJ.

Dapat membantu kanak-kanak dalam meningkatkan kefahaman, kejelasan, menggunakan maklumat dengan berkesan serta menyelesaikan masalah. Kanak-kanak akan mendapat pengetahuan yang lebih mendalam tentang aktiviti Pendidikan Jasmani yang dijalankan.

Kepentingan perkembangan emosi

Kecergasan dapat membantu pelajar untuk mengawal emosi kerana tubuh badan yang cergas berupaya membantu mengawal perasaaan dan berupaya mengenal pasti cara mengawal atau melepaskan perasaan.

Kecergasan dapat meransang pelajar berfikiran positif dan rasional. Keaadaan ini boleh melahirkan individu yang seimbang dan berfikiran postif dalam mengani sebarang situasi.

Kejayaan yang diperolehi dalam bentuk fizikal dapat memberi kesan yang baik dalam diri pelajar seperti berkeyakinan dan berpuas hati dengan pencapaian dan seterusnya menghargai diri mereka.

PERKEMBANGAN SOSIAL
1. Pendidikan Jasmani adalah suatu aliran yang dapat membantu seseorang individu dalam pembangunan sosial seperti menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan masyarakat. 2. Aktiviti PJ dapat membantu individu memupuk sifat kepimpinan yang baik. 3. Penglibatan dengan aktiviti Pendidikan Jasmani mampu memberi peluang kepada individu untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan seperti melakukan kerja berkumpulan, yang boleh diperolehi melalui permainan berpasukan.

4. Mengeratkan hubungan antara pelajar pelajar, guru dengan guru dan guru pelajar melalui aktiviti PJ 5. Menjalinkan hubungan yang baik antara dengan sekolah yang lain pertandingan persahabatan antara sentiasa diadakan.

dengan dengan sekolah sekolah

6. Menggalakkan gaya hidup dan persekitaran yang sihat. Pengamalan gaya hidup sihat membantu: a) Meningkatkan status kesihatan seseorang individu dan mencegah tubuh individu tersebut daripada diserangi pelbagai penyakit. b) Membolehkan seseorang individu memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati kehidupan.

7. Memberi kesedaran tentang kepentingan kesihatan dan kesejahteraan hidup melalui PJ 8. Mengurangkan masalah sosial masa terluang/ lapang dimanfaatkan dan diisi dengan bersukan atau beriadah.