Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Pertama sekali kami ingin memanjatkan kesyukuran pada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, dapat menyiapkan penyelidikan tindakan ini dengan baik. Jutaan terima kasih saya simpulkan buat pensyarah penyelia kajian tindakan saya, Encik Mohd Nizam Bin Hj Ijom atas bimbingan dalam proses menyiapkan tugasan ini sepanjang tempoh yang ditetapkan. Tidak lupa juga kepada semua warga sekolah yang memberi kerjasama dengan baik semasa saya menjalankan kajian ini. Penghargaan ini juga ditujukan buat para pensyarah Jabatan Sains & Matematik IPG Kampus Tg Ampuan Afzan, kepada orang tersayang iaitu ahli keluarga yang sentiasa menyokong dan tetap tidak putus-putus memberi semangat dan juga harapan kepada kami. Kepada rakan sekelas PISMP Sains yang banyak berkongsi idea dan pendapat dalam menyiapkan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.