Anda di halaman 1dari 6

Dasar adalah fundamental bagi sesuatu perkara.

Namun apabila kita membicarakan tentang Dasar Pendidikan Malaysia, frasa dasar tidak lagi hanya membawa konotasi asas, tapak atau falsafah semata-mata. Sebaliknya, dasar di sini membawa makna yang lebih luas dan holistik. Hal-hal yang berkaitan dengan dasar yang lahir daripada Penyata Razak (1956) dan Ordinan Pelajaran 1957 ini telah mengalami pelbagai revolusi dan penambahbaikan setelah melalui beberapa era pascamerdeka. Cabaran atau tuntutan semasa yang semakin kompleks menyebabkan wujud respons dinamik, terpantak pada Dasar Pendidikan Kebangsaan edisi revisi. Menjelang kemerdekaan, usaha memartabatkan semula bahasa Melayu telah diupayakan, khususnya oleh Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 yang menetapkan dasar pendidikan kebangsaan dengan berteraskan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama. Usul Jawatankuasa tersebut (yang dikenal sebagai Penyata Razak) dan kemudian diperkuat olah usul Jawatankuasa Penyemakan Pelajaran Abdul Rahman Talib 1960 (yang dikenal sebagai Penyata Rahman Talib) telah dijadikan asas penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang selama 35 tahun menjadi asas sistem pendidikan kebangsaan sebelum diluluskan Akta Pendidikan 1996. Malah akta pendidikan yang baharu itu pun, khususnya dalam Seksyen 17, masih mempertahankan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara. Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur. (Penyata Razak, perenggan 12, 1956). Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956). Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957. Tujuan Penyata Razak adalah, menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah. Mengeratkan perpaduan

antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu. Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan. Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan. Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih , liberal dan progresif. Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan

Bahasa jiwa bangsa. Bahasa berupaya mewujudkan perpaduan antara pelbagai kaum yang sedia ada di Malaysia. Hal ini menjadi salah satu prasyarat yang membawa kepada pembinaan negara bangsa seperti yang diimpikan pemerintah hari ini. Bahasa yang diguna pakai umum untuk berbicara akan mempercepat proses pemindahan maklumat, berupaya mengelakkan salah tafsir, rasa curiga dan memperkaya informasi. Strategi ini dilaksanakan tanpa menidakkan bahasa-bahasa ibunda kaum lain seperti bahasa Cina dan Tamil. Hanya sanya, Bahasa Melayu merangkap Bahasa Kebangsaan perlu digunakan secara optimum seperti dalam urusan rasmi sekolah dan sesi pengajaran dan pembelajaran. Bahasa adalah milik manusia yang paling penting dan inilah yang membezakan mereka dengan makhluk-makhluk lain. Dengan bahasalah manusia dapat berhubung, melahirkan pandangan, perasaan dan pendapat, menyampaikan ilmu dan mengakulumasikannya, menciptakan keindahan melalui kesusateraan dan menurunkan ilmu, kebudayaan, peradaban dari satu generasi kepada satu generasi. Bahasa yang telah ditetapkan oleh sesebuah negara sebagai bahasa yang digunakan untuk sistem pendidikannya seperti bahasa Melayu di sekolah-sekolah kebangsaan, bahasa Cina di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina, dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil. Bahasa-bahasa di atas, ini telah ditetapkan oleh Laporan Pelajaran Datuk Abdul Razak Hussein (1956) dan Laporan Pelajaran Datuk Abdul Rahman Talib (1960), sebagai bahasa pengantar.

Bahasa Melayu di Malaysia juga memperlihatkan fungsinya sebagai bahasa pengantar lama sebelum dijadikan Bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu di Malaysia menjadi bahasa pengantar antara kaum yang berbeza-beza. Bahasa yang digunakan dalam perhubungan antara kaum terutama sekali orang-orang yang tidak mempunya pendidikan sekolah Inggeris

adalah Bahasa Melayu. Orang-orang yang mahu berhubung dengan orang lain dari kaum lain, yang tidak mempunyai pengetahuan Bahasa Inggeris, maka bahasa yang menjadi alat perantaraan adalah Bahasa Melayu. Antara orang-orang Cina, Melayu, India dan sebagainya, alat komunikasinya adalah Bahasa Inggeris jika kesemua pihak mengetahui Bahasa Inggeris, tetapi jika salah satu pihak atau kesemua pihak tidak mengetahui Bahasa Inggeris maka alat komunikasi antara kaum itu adalah Bahasa Melayu. Usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah bagi melahirkan bangsa Malaysia yang intelek tidak akan berjaya selagi rakyat itu sendiri tidak dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik. Justeru, usaha digembleng bagi menggantikan pengantar bahasa Inggeris. Peristiwa 13 Mei 1969 telah menyegerakan proses penukaran dilaksanakan. Pada Tahun 1957 Bahasa Melayu dijadikan sebagai mata pelajaran wajib di semua peringkat sekolah rendah dan menengah kerajaan. Pada Tahun 1970 semua matapelajaran darjah satu diajar dalam Bahasa Melayu kecuali Bahasa Inggeris dan Bahasa Ibunda. Pada Tahun 1980 Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar disemua Sekolah Menengah Kebangsaan bermula tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Perkembangan Bahasa Melayu agak pesat dan peranan serta fungsinya amat luas sama ada dilihat dari perspektif pendidikan mahupun dalam urusan rasmi dan tidak rasmi di Malaysia. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa penghantar di sekolah-sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. Kini Bahasa Melayu merupakan salah satu daripada matapelajaran wajib yang diajar dan dipelajari di sekolah rendah, menengah, tinggi dan maktab perguruan; misalnya kursus Pengajian Melayu yang ditawarkan di Universiti Malaya pada peringkat lepasan ijazah mengiktiraf akan kepentingan Bahasa Melayu. Secara beransur-ansur Bahasa Melayu telah diterima sebagai salah satu syarat bagi kelulusan peperiksaan awam. Malah universiti-universiti tempatan telah menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar pengajian. Jelaslah bahawa Bahasa Melayu yang dianggap sebagai bahasa kampungan oleh penjajah barat dan hanya untuk dipertuturkan oleh kelas bawahan dalam tahap sosial Malaysia seperti golongan petani, buruh dan nelayan tidak benar sama sekali memandangkan kini Bahasa Melayu semakin menunjukkan kemampuannya untuk kental bersaing sehingga berjaya melahirkan para cerdik pandai atau ilmuwan yang menggunakan media Bahasa Melayu sebagai perantara.

Bahasa Melayu

berfungsi sebagai bahasa pengantar di Malaysia, pasti dapat

merealisasikan 1Malaysia pada bahagian aspek kedua dalam gagasan 1Malaysia iaitu penerapan nilai-nilai aspirasi. Bahasa Melayu mula berperanan penting sebagai bahasa pengantar sejak Penyata Razak (1956) dilaksanakan. Bahasa Melayu sekian lama telah menjadi bahasa pengantar di sekolah, maktab, politeknik, dan universiti. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan kemuncak bagi menentukan Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Sehingga kini, universiti itu telah melahirkan ratusan ribu siswazah yang menerima pendidikan dalam Bahasa Melayu. Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat menyampaikan ilmu pengetahuan moden , dengan kata lain Bahasa Melayu harus boleh berfungsi sebagai bahasa akademik yang lengkap dengan laras-laras bahasa untuk memperkatakan pelbagai hal baharu dalam bidang moden. Sebagai bahasa ilmu, Bahasa Melayu harus mempunyai perbendaharan kata, istilah dan bahasa yang sesuai untuk mengungkapkan konsep dan pemikiran yang kompleks dan abstrak. Bahasa Melayu perlu duduk sama rendah dan berdiri sama tianggi dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain. Untuk mencapai taraf sebagai bahasa ilmu, sesuatu bahasa perlu mempunyai dua ciri penting iaitu bermaksud keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa. Keintelektualan bahasa berkeupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan Keintelektualan bahasa dicapai bahasa

berkesan. Kemuncaknya ialah penggunaan laras saintifik.

melalui perkembangan perbendaharaan kata. Kesempurnaan bahasa bermaksud yang ada ciri-ciri kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan.

Sifat kestabilan bermaksud bahasa ilmu harus mempunyai peraturan atau sistem. Peraturan dan cara penggunaan aspek kebahasaan ini penting kerana tanpanya, kestabilan bahasa tidak tercapai. Sifat kelenturan bermaksud bahasa harus ada ciri kelenturan

(flexible), boleh menyesuaikan dan disesuaikan dengan alam sekitar dan pembaharuanpembaharuan yang berlaku dalam masyarakat bahasa. Untuk menjadi sempurna, bahasa harus berupaya dan boleh menyesuaikan diri dengan perubahan masa dan selera penutur tanpa mengorbankan sifat-sifat aslinya.

Sifat kepelbagaian bermaksud bahasa yang sempurna mempunyai pelbagai cara dan gaya penyampaiannya. Fikiran, perasaan atau pendapat boleh dilahirkan dalam pelbagai Sifat keberkesanan bermaksud bahasa itu

cara demi mendapatkan kesan yang berlainan.

perlu berupaya memberikan maksud dengan tepat dan berkesan tanpa menimbulkan kekeliruan. Ciri keindahan bermaksud bahasa harus mempunyai kosa kata yang sedap

didengar, bertenaga, menarik dan dapat menyentuh hati pembaca atau pendengar. Ada pelbagai laras dan gaya bahasa. Ratusan tesis dan disertasi pada peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran ditulis dalam Bahasa Melayu, malahan ratusan profesor telah menyampaikan syarahan perdana tentang pelbagai ilmu dalam Bahasa Melayu. Semua perkara ini tidak terhad kepada orang melayu sahaja, tetapi melibatkan semua kaum yang menjadi warganegara Malaysia. Tidak syak lagi bahawa Bahasa Melayu telah membuktikan kejayaan dan keupayaan sebagai bahasa ilmu dan bahasa bagi wahana ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Bahasa Melayu berperanan sebagai alat pengisian fikiran dan melahirkan pendapat. Ini bersesuaian dengan nilai-nilai aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1Malaysia iaitu nilai-nilai yang perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju melalui sistem pendidikan serta membantu mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global. Ini seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap. Pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam proses pemerolehan dan pengembangan ilmu, Melalui bidang pendidikan Bahasa Melayu
mampu merentangi segala cabaran untuk dinobatkan sebagai bahasa yang dapat diterima dan digunakan di peringkat dunia. Walau bagaimanapun, sebelum bahasa Melayu mampu dinobatkan sebagai bahasa yang diterima dan dipraktik oleh masyarakat maka pelaksanaan Aspirasi Bahasa Melayu mestilah bermula di peringkat ASEAN terlebih dahulu. Bagi mencapai hasrat dan matlamat ini usaha-usaha kearah menglobalisasikan Bahasa Melayu perlu dipergiatkan lagi.

Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka yang diberi tanggungjawab melaksanakan Bahasa Melayu dalam pendidikan khususnya yang berhubung dengan penerbitan dan perkembangan bahasa dan sastera. Selain itu, penubuhan Institusi Bahasa yang bertujuan

untuk melatih dan menghasilkan guru-guru yang berwibawa dalam pengajaran Bahasa Melayu dan menjalankan penyelidikan dalam pelbagai aspek tentang bahasa khasnya Bahasa Melayu. Bahasa Melayu dianggap penting dan kelulusan wajib diperlukan dalam peperiksaan awam bagi memenuhi syarat persijilan.

Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan moden akan tetap kekal walaupun tidak dinafikan bahawa, Bahasa Inggeris turut berfungsi sebagai bahasa untuk menimba ilmu di negara ini. Keadaan ini tidak bercanggah kerana sudah menjadi dasar pendidikan negara untuk menghasilkan pelajar yang bersifat dwibahasa. Seseorang pegawai pertanian, misalnya, yang ingin menyampaikan taklimat tentang sistem perairan terkini yang baru dipelajarinya melalui kursus yang dianjurkan oleh pendengarnya yang merupakan petani biasa akan lebih selesa berbahasa Melayu. Satu lagi peranan yang dapat dimainkan oleh Bahasa Melayu pada abad ke-21 ialah sebagai pemangkin kepada proses pembinaan tamadun masyarakat Malaysia. Tanpa menafikan peranan Bahasa Inggeris, pembinaan bentuk masyarakat Malaysia abad ke-21 yang unggul dapat dicorakkan oleh Bahasa Melayu, iaitu berdasarkan pendapat yang mengatakan bahawa kita hendaklah maju dan berkembang mengikut acuan sendiri.

Anda mungkin juga menyukai