Anda di halaman 1dari 10

Teknik susun umpan

TEKNIK memasang umpan juga penting untuk menarik perhatian ikan. Ini kerana cara
menyusun serta meletakkan umpan turut diambil kira supaya mangsa lebih cepat
memakan umpan.

Menghimpunkan jumlah umpan yang banyak terutama cacing pada mata kail antara
teknik yang boleh digunakan ketika memancing air tawar untuk memikat penghuni
sungai ataupun tasik. Cacing adalah antara umpan paling berkesan untuk kebanyakan
ikan air tawar. Ia mungkin digunakan seekor atau beberapa ekor sekali gus seperti
gambar rajah berikut.

Cara pintal umpan


CARA memasukkan umpan pada mata kail ada kalanya memainkan peranan untuk
memastikan umpan tidak mudah terlucut dibawa arus ataupun tidak mudah terkeluar
apabila diragut mangsa.

Oleh itu, cara memasukkan umpan juga perlu dilakukan dengan teknik yang sesuai
termasuk memintal seperti bahagian sotong yang dipotong ataupun cacing, ruat,
perumpun sarang ataupun ulat lundu.

1
Simpulan untuk umpan lembut
Penggunaan isi ikan ada kalanya menyukarkan kerana ia mudah terburai terutama
ketika dibaling ataupun dibawa arus. Oleh itu, simpulan yang sesuai diperlukan bagi
mengelakkan umpan habis begitu saja.

1 - Ambil isi ikan yang biasa digunakan tetapi perlu dibuang kulit bagi membolehkan
baunya menjadi tarikan untuk menjinakkan mangsa dan kemudian masukkan mata kail
ke isi ikan berkenaan.

2 - Kemudian lilit tali tangsi yang nipis pada hampir keseluruhan umpan tadi.

3 - Putus tali terakhir melilit umpan tadi tetapi jangan sesekali membuat sebarang
simpulan.

2
Simpulan Bulatan Tuna

SIMPULAN ini sesuai digunakan untuk


mengikat umpan sama ada hirisan
sotong ataupun keratan ikan dalam
keadaan air yang berarus tidak kira di
laut ataupun sungai.

1. Umpan yang dipotong dimasukkan


menerusi mata kail namun kaedah ini
ada keburukan sekiranya menggunakan
umpan yang lembut kerana ia
berkemungkinan akan dimakan ikan yang
tidak dikehendaki ataupun bersaiz lebih
kecil.

2. Bagaimanapun, umpan akan lebih selamat jika dimasukkan menerusi tali pancing
terutama pada tahap air yang lebih dalam.

3. Kemudian lipat umpan dan sekali lagi masukkan mata kail menerusinya untuk
memastikan keberkesanan mata kail.

4. Bahagian lebihan umpan mampu menjadi daya penarik apabila ia bergerak dibawa
arus.

5. Sekali lagi masukkan mata kail menerusi bahagian terakhir untuk memastikan mata
kail terkeluar dari umpan.

6. Ambil sepotong lagi umpan dan lipat kemudian masukkan menerusi mata kail.

7. Tolak bahagian umpan yang terlipat untuk memastikan mata terkeluar dan
mengenakan mangsa dengan baik.

3
SIMPULAN ini sesuai digunakan untuk mengikat tali
pancing layang (fly fishing) bagi memastikan ikatan kemas.

Simpulan
Turle
SIMPULAN ini sesuai
digunakan untuk
mengikat tali pancing
layang (fly fishing) bagi
memastikan ikatan
kemas.

1. Mulakan ikatan
dengan mengikat umpan ‘fly’ dengan tali pancing di bahagian pangkal mata kail dan lilit
beberapa kali.

2. Kemudian masukkan bahagian hujung tali ke dalam lubang mata kalil ke arah tali
pancing utama.

3. Buat satu gelung pada tali utama dan lilit pada tepi gelung.

4. Ulang lilitan sama pada gegelung tadi.

5. Kemudian simpulkan gegelung tadi tanpa menarik dengan kuat.

6. Ikat bahagian hujung tali pancing dan matikan ikatan pada lubang mata kail.

4
SIMPULAN ini sesuai untuk pancing layang kerana ia
akan memudahkan pergerakan mata kail.

Ikatan Lefty's
Loop
SIMPULAN ini sesuai untuk
pancing layang kerana ia akan
memudahkan pergerakan
mata kail. Ia mudah untuk
dilakukan malah tidak mudah
putus ataupun terlucut.

1. Masukkan tali ke lubang


mata kail dan lakukan gegelung pada perambut dan masukkan hujung tali ke dalam
gegelung.

2. Lilit sebahagian daripada perambut antara tiga hingga lima lilitan.

3. Tarik tali dari bahagian Peter Hayes, mencadangkan simpulan Duncan’s Loop
atas untuk untuk memudahkan ikatan ketika pancing layang (fly
memperkemaskan ikatan
fishing) dilakukan.
serta menjamin kekuatan
ikatan.

Simpulan
Duncan’s
Loop
Peter Hayes,
mencadangkan simpulan
Duncan’s Loop untuk
memudahkan ikatan
ketika memancing cara layangan.

ADAKALANYA jenis tali pancing yang sama boleh mengelirukan terutama untuk
membezakan manakala ia lebih merumitkan apabila membabitkan memancing layang.
Peter Hayes, mencadangkan simpulan Duncan’s Loop untuk memudahkan ikatan ketika
memancing cara layangan.

1. Masukkan tali pancing utama pada lubang mata kail dan buat satu gegelung.

2. Ambil bahagian hujung tali pancing dan kemudian masukkan ke dalam gegelung dan
lilit pada tali utama.

5
3. Ulang lilitan sehingga empat atau lima kali.

4. Matikan simpulan dengan mengambil bahagian hujung dan dimasukkan dalam


gegelung.
SIMPULAN ini sesuai untuk mengikat tali yang
5. Kemudian kemaskan ikatan
mengikut saiz yang diperlukan. bersaiz lebih tebal atau menyambung dua tali.

Simpulan Wind On
Dacron Leader
SIMPULAN ini sesuai untuk
mengikat tali yang bersaiz lebih
tebal atau menyambung dua tali.
Caranya:

1. Tajamkan bahagian depan tali


pancing yang bersaiz besar tetapi
jangan melakukannya sehingga terlalu tajam.

2. Licinkan bahagian yang kesat dengan menggunakan kertas pasir.

3. Masukkan bahagian yang tajam ke dalam salur dacron.

4. Rapikan saluran dacron supaya ia melekat dengan baik.

5. Kemudian potong bahagian dacron yang berlebihan.

6. Gunakan tali pancing yang bersaiz lebih licin serta lilitkan pada hujung dacron.

7. Lakukan lilitan dengan kemas serta lilitkan beberapa kali di bahagian hujung dacron.

8. Simpulkan ikatan itu dengan kemas supaya ia tidak mudah terlucut.

9. Ikatkan simpulan dengan ketat serta gunakan gam yang sesuai untuk menutup
dacron.

6
SIMPULAN ini terbukti begitu kukuh untuk menyambung
dua tali pancing mono utama yang memiliki ketebalan
berbeza dengan perambut tanpa terlerai siap dengan seutas
tiub.

Ikatan Shock
Tippet &
Leader Knot
SIMPULAN ini terbukti
begitu kukuh untuk
menyambung dua tali
pancing mono utama
yang memiliki ketebalan
berbeza dengan
perambut tanpa terlerai
siap dengan seutas tiub.

1. Buat satu gelung


utama dengan beberapa
lilitan didalamnya.

2. Kemudian bentukkan
gelung tali menjadi angka
8.

3. Masukkan perambut yang agak tebal di bahagian gelung angka 8 di tengah lilitan.

4. Ketatkan dua sambungan di bahagian tengah angka 8.

5. Masukkan tiub, lilitkan beberapa di bahagian tengah hingga ke atas.

6. Kemudian tarik dan ketatkan sambungan tadi ke arah berlawanan untuk


mengukuhkan ikatan.

7. Kemaskan lilitan dengan mengetatkan lilitan sambil masukan tali mono atau tali
perambut ke dalam tiub.

8. Tarik keluar tiub yang di bawah lilitan.

9. Tindihkan dua ikatan tadi dengan kemas tanpa menariknya terlalu ketat.

10. Kemaskan sambungan dengan memotong lebihan tali di hujung bahagian.

Simpulan Slim Beauty

7
SIMPULAN ini lazimnya digunakan untuk
menyambung tali pancing mono utama yang memiliki
ketebalan berbeza.

SIMPULAN ini lazimnya


digunakan untuk
menyambung tali pancing
mono utama yang memiliki
ketebalan berbeza.

1. Buat satu gelung utama


diikuti gelung beselang
daripada tali yang lebih
nipis.

2. Kemudian bentukkan
gelung tali menjadi angka 8.

3. Masukkan perambut yang agak tebal di bahagian gelung angka 8 di tengah lilitan.

4. Lakukan lilitan empat kali atau lebih keatas tali perambut yang akan disambung.

5. Kemaskan lilitan
kedua-dua tali mono yang SIMPULAN ini sesuai untuk digunakan menyambung dua
akan disambung. tali pancing mono yang memiliki ketebalan berbeza.

6. Kemudian tarik dan


ketatkan sambungan tadi
ke arah berlawanan untuk
mengukuhkan ikatan.

Simpulan
Blood Knot
SIMPULAN ini sesuai
untuk digunakan
menyambung dua tali
pancing mono yang
memiliki ketebalan berbeza.

1. Lakukan satu gelung bertindih dengan menggunkan tali yang lebih nipis dan
kemudian lilit pada tali yang lebih tebal.

2. Lilit tali yang lebih tebal dengan tali yang lebih nipis

3. Masukkan bahagian hujung tali yang tebal ke bahagian tengah lilitan selepas
melakukan empat hingga lima lilitan.

4. Lakukan sekali lagi lilitan hingga enam lilitan dan masukkan bahagian tengah dengan
menggunakan tali yang lebih nipis.

8
Simpulan ini sesuai untuk menyambung dua tali saiz
5. Tamatkan simpulan
yang sama ataupun berbeza .
dengan menggunakan tali
yang lebih tebal dengan
dengan menarik dua
bahagian berbeza.

6. Kemudian tarik
perlahan-lahan ikan ke
arah berbeza untuk
mengukuhkan ikatan.

Simpulan
Opposed Nail
IKATAN ini sesuai untuk
menyambung dua tali saiz
yang sama ataupun
berbeza.

1. Tali yang akan


digunakan perlu diletakkan tanda antara A dan B. Buat satu gegelung seperti di dalam
rajah untuk memulakan ikatan manakala letakkan tiub pada bahagian tengah simpulan.

2. Mulakan lilitan untuk bahagian A dan B menerusi B, A dan tiub sehingga 10 lilitan dan
kemudian masukkan bahagian hujung tali A ke dalam tiub.

3.Tarik tiub keluar dan tutup bahagian gegelung tali dengan perlahan tetapi jangan tarik
ikatan.

4. Letakkan tiub selari dengan bahagian dengan tali A dan sambungkan tali B dan
mulakan lilitan pada tiub bahagian tali A dan B.

5. Lakukan sehingga 10 lilitan dan keluaran tiub dari bahagian tengah ikatan. Tutupkan
ikatan dengan perlahan.

6. Simpulkan lilitan dengan ketat dan tarik dua bahagian manakala licinkan bahagian
terlebih menggunakan pemotong kuku.

Reverse Twist Blood Knot

9
SIMPULAN ini sesuai
untuk menyambung
dua tali dan mampu
memikul beban yang
berat serta tidak
mudah terlucut.

1. Lilitkan dua jenis tali


pancing yang berbeza.

2. Lilit sehingga empat


lilitan dan kemudian
buat lilitan yang sama
secara menyongsang.

3. Ulang untuk membuat lilitan sehingga empat lilitan dan sulam di bahagian tengah.

4. Ulang lilitan yang sama.

5. Sulam ikatan di bahagian tengah dan tarik.

6. Tarik kedua-dua bahagian dari arah berlainan untuk memperkemaskan ikatan.

10

Anda mungkin juga menyukai