Anda di halaman 1dari 4

KRT3013 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH NAMA: MUNALIZATUL BT DAUD NO MATRIK: D20102043877 KUMPULAN: EL-A23 NAMA PENSYARAH: CIK

ASMARA BINTI ALIAS TUGASAN: 1B TEKNOLOGI KOMPUTER DIKATAKAN DAPAT MENBANTU PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH. SEBAGAI SEORANG GURU DI SEKOLAH RENDAH, JELASKAN ISU BERIKUT: 1. KENALPASTI MASALAH PENGAJARAN DI BILIK DARJAH. Guru merupakan pendidik yang berperanan menyampaikan ilmu bagi membangunkan insan agar selari dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek(JERI). Namun dalam melaksanakan tugas mengajar di dalam kelas, guru sudah pastinya menghadapi masalah. Isu masalah yang dikenalpasti ialah kurangnya tumpuan murid terhadap pengajaran guru terutamanya muridmurid di kelas tahun 1 di mana mereka pertama kalinya menjejakkan kaki ke alam persekolahan yang formal. Tumpuan kajian pemasalahan adalah ketika pengajaran matapelajaran Bahasa Malaysia. Pemasalahan ini berlaku kerana masih terdapat segelintir murid yang masih belum menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan menaakul dengan baik. Ada segelintir murid boleh membaca dengan baik namun lemah dari segi penulisan dan begitulah sebaliknya berlaku. Ada juga terdapat murid yang masih belum menguasai kemahiran membaca suku kata terbuka dan ada juga yang masih belum mengenal serta mengecam huruf.Akibat dari itu murid-murid ini kurang memberi tumpuan pada pengajaran guru serta tidak fokus terhadap aktiviti yang dilaksanakan di dalam bilik darjah kerana mereka selalu ketinggalan berbanding murid di arus perdana yang telah menguasai kemahiran 3M itu. Tidak dapat dinafikan di dalam setiap kelas terdapat perlbagai tahap kebolehan murid dan guru harus peka dan memainkan peranan agar semua murid terlibat sepenuhnya dalam aktiviti yang dilaksanakan.

2. KAITKAN BAGAIMANA TEKNOLOGI KOMPUTER DAPAT MEMBANTU ANDA MENYELESAIKAN MASALAH DALAM (1). Dalam bidang pendidikan, usaha mempertingkatkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran terus dipergiatkan bagi melahirkan generasi yang celik komputer dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa. Selaras dengan kesungguhan kerajaan menggalakkan penggunaan komputer dalam bilik darjah semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Masalah kurangnya tumpuan murid di dalam kelas dapat diatasi dengan penggunaan teknologi komputer. Antara kebaikannnya ialah terdapatnya hubungan interaktif kerana komputer membolehkan wujudnya hubungan di antara rangsangan dengan jawapan. Bahkan komputer dapat menggalakkan inspirasi dan meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah dari segi mengeja perkataan suku kata terbuka seperti buku, meja, bola dan mata. Murid menyesuaikan gambar dengan perkataan yang diberi dan pada masa yang sama mereka boleh menyemak jawapan mereka. Kebaikan seterusnya ialah dengan menggunakan komputer akan terdapat pengulangan. Komputer membolehkan murid atau guru mengulangi apabila perlu untuk memperkuatkan lagi pembelajaran dan memperbaiki ingatan. Aktiviti pengulangan amat memerlukan kebebasan daripada para murid(Clements, 1995). Antara contoh aktiviti ialah pengulangan menyebut suku kata tertutup seperti bas, dam, gam dan beg. Murid boleh mengulang aktiviti sampai mereka boleh menguasai kemahiran mengeja dan menyebut suku kata tertutup tersebut. Ini dapat mengelakkan rasa jemu murid apabila mereka lupa dan kurang mengingat. Kebaikan menggunakan computer dalam aktiviti pengajaran guru ialah guru dan murid mendapat maklum balas dan peneguhan. Media komputer membolehkan murid memperoleh maklum balas terhadap pembelajaran secara serta merta. Peneguhan positif yang diberikan apabila murid memberikan jawapan dapat memotivasikan murid. Oleh itu murid rasa diri mereka dihargai dan seterusnya mengurangkan sikap bermain murid di dalam kelas yang boleh mengurangkan daya tumpuan mereka terhadap pengajaran guru. Objektif pembelajaran murid lebih luas dengan penggunaan komputer dan boleh dilakukan sendiri oleh murid dan membolehkan simulasi pengalaman pembelajaran dilakukan secara terus. Namun di dalam kebaikan yang diperolehi terdapat juga kelemahan penggunaan computer dalam pengajaran di dalam bilik darjah. Antara kelemahan penggunaan komputer ialah kemudahan komputer yang tidak mencukupi untuk seorang murid satu komputer. Selain itu guru tidak bersedia untuk menggunakannya disebabkan tidak berkeyakinan untuk menggunakannya dan terpaksa mencuri sedikit masa untuk penyelenggaraannnya.

Komputer sebagai satu yang membebankan kerana memerlukan masa dari segi penyediaan kerana usaha untuk guru membentuk bahan pembelajaran berasaskan komputer memerlukan kemahiran yang tinggi. Murid sudah tentu akan menjadi jemu andai sentiasa mengulangi bahan yang sama. Ini memerlukan kreativiti guru untuk mempelbagaikan bahan namun akibat dari kekangan masa guru tidak mampu untuk memperbanyakkan bahan berasaskan komputer. Selain kebaikan, kelemahan penggunaan komputer dalam pengajaran di dalam kelas terdapat juga cabaran-cabaran yang harus dihadapi samada di pihak guru mahupun pihak sekolah. Antara cabaran yang dihadapi ialah kekurangan kemahiran guru dalam bidang IT kerana tidak ramai guru yang memanfaatkan internet sebagai satu alternatif untuk menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kekurangan prasarana dan bahan sokongan dari pihak kementerian dan sekolah juga merupakan satu cabaran dalam melaksanakan pengajaran dengan sistem komputer. Kekurangan dari bilangan komputer di mana murid terpaksa berkongsi komputer menyebabkan berlakunya sifat dengki dan berebut di antara murid kerana ada murid yang dapat menyentuh dan mengakses computer dan ada murid yang hanya menjadi pemerhati. Cabaran seterusnya ialah masalah sumber kewangan yang tidak mencukupi. Pihak sekolah yang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi membiayai perlbagai kos penggunaan tenologi maklumat akan kembali kepada pembelajaran konvensional. Sekolah gagal memainkan peranan positif bagi membangunkan murid supaya celik komputer terutama murid dari kawasan luar bandar akibat dari masalah kewangan yang dihadapi. Perkembangan pendidikan dalam pengetahuan ICT memerlukan anjakan peranan pendidikan dan profesion keguruan. Guru-guru perlu mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi maklumat (ICT). Guru perlu berani meneroka bidang IT dan pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota harus dikikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat dari komputer. Cabaran seterusnya penggunaan komputer dalam bilik darjah bagi mengatasi kurangnya daya tumpuan murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran ialah guru menghadapi kekangan masa untuk menghabiskan silibus jika berterusan menggunakan teknologi komputer di dalam bilik darjah kerana penggunaan internet untuk mendapat bahan pembelajaran yang baharu memerlukan masa yang lama untuk dilayari dan diakses. Membina, membangunkan dan mengintegrasikan sumber-sumber multimedia agak sukar walaupun mempunyai kemahiran teknikal tetapi masa dan sumber yang terhad akan menjadi penghalang utama dalam dunia digital.

Penggunaan komputer bagi menangani masalah kurangnya fokus murid terhadap pengajaran dalam situasi pendidikan konvensional bukan hanya terdapat kebaikan. Kelemahan serta cabaran namun juga terdapatnya peluang-peluang tertentu yang mungkin menguntungkan sesetengah pihak seperti guru dan murid. Antara peluang penggunaan komputer dalam bilik darjah semasa aktiviti pengajaran ialah berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan guru dan murid terhadap pelajaran. Ia juga memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang perlbagai keupayaan untuk mencuba mengakses komputer ketika sesi pembelajaran dijalankan. Selain itu penggunaan komputer dapat meningkatkan motivasi guru serta murid. Selain itu penggunaan komputer juga memberi peluang kepada murid belajar lebih berkesan dengan bimbingan yang minimum dari guru. Selain itu guru boleh mengakses maklumat yang sukar diperolehi dari internet untuk dijadikan bahan pengajaran untuk murid. Pengunaan komputer juga membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan secara biasa. Ini juga dapat meningkatkan daya imaginasi serta kreativiti guru dan murid serta meningkatkan kemahiran ICT di kalangan mereka. RUMUSAN Penggunaan ICT dalam bidang pendidikan adalah selaras dengan hasrat Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidkan bertaraf dunia ICT dan penggunaan komputer dalam pengajaran di bilik darjah membolehkan pembangunan pendidikan di negara ini menjadi lebih kompetitif dan dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Pendidikan di Malaysia perlu melangkah ke hadapan bagi mengantarabangsakan status pendidikannya di peringkat global. Peranan institusi pendidikan bagi meningkatkan kadar celik komputer yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran komputer ke arah melahirkan masyarakat siber bergantung pada profesion keguruan. Kaedah pengajaran tradisional chalk dan talk perlu diubah untuk disesuaikan dengan kaedah mengajar menggunakan peralatan ICT seperti menggunakan projector, computer dan persembahan PowerPoint bagi mengatasi masalah pengajaran yang dihadapi di dalam kelas. Walaupun terdapat kelemahan, cabaran serta peluang dalam penggunaan computer di dalam bilik darjah, seharusnya guru mengambil peluang ini untuk mempertingkatkan lagi kemahiran dalam bidang IT dan seterusnya dapat meningkatkan profesionalisme keguruan.

Anda mungkin juga menyukai