Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN AHLI JAWATANKUASA (AJK) PERHUBUNGAN LUAR

Program anak angkat di Kampung Jongok Batu berlangsung pada 26 28 September 2013 dengan jayanya. Secara ringkasnya, program ini berjaya dilaksanakan dengan bantuan dan penglibatan pelbagai pihak yang turut sama membantu bagi melancarkan perjalanan program ini. Saya selaku ketua AJK Perhubungan Luar merasa amat berbesar hati dan sangat berterima kasih diatas bantuan dan pertolongan yang dihulurkan kepada pihak kami. Sebelum program ini berlangsung, kami terlebih dahulu diberi tugasan untuk menghubungi pihak-pihak yang terlibat dalam program ini. Sebagai contohnya, kami berjaya mendapatkan respons dari pihak JKKK Kampung Jongok Batu, pihak Sekolah Kebangsaan Jongok Batu dan juga pihak YB Dun Bukit Besi. Kerjasama yang diberikan kepada pihak kami sangatlah memberangsangkan lantas menjurus kepada kelancaran perjalanan program ini. Kami mampu berinteraksi dan berhubung dengan sangat baik dengan pihak-pihak yang terlibat. Secara keseluruhannya, pihak kami tidak berhadapan dengan banyak masalah untuk berhubung dengan pihak-pihak yang terlibat sama dalam program ini. Dari program ini, banyak perkara yang dapat kami pelajari seterusnya dapat kami aplikasikan dalam melaksanakan program-program yang akan datang.. Alhamdulillah, segalanya telah berjalan dengan baik. Sekian sahaja laporan daripada saya. Sekian, terima kasih. Laporan telah disediakan oleh;

. (MOHD ZULHELMEI SYAZWAN BIN SULONG) AJK Perhubungan Luar Program Anak Angkat

Anda mungkin juga menyukai