Anda di halaman 1dari 2

Kategori Konstruk Konteks

Aras Domain:

PISA Pengetahuan, Aplikasi dan Penaakulan Tingkatan 1 Bab: Udara di sekeliling kita Topik: Pencemaran udara Tinggi Biologi

Baru-baru ini, negara kita dilanda jerebu yang teruk akibat pembakaran ladang kelapa sawit di negara Indonesia (selatan Sumatera dan Riau). Sebenarnya jerebu ini adalah satu fenomena pencemaran udara. Banyak punca yang menyebabkan pencemaran udara. Antaranya ialah: Pembebasan asap kilang yang mengandungi gas-gas beracun seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan nitrogen oksida. Asap yang dikeluarkan juga bewarna hitam dan berjelaga yang boleh mencemarkan udara persekitarannya. Pembebasan asap kenderaan bermotor. Kenderaan awam seperti bas, lori dan teksi menggunakan minyak diesel kerana harganya yang lebih murah. Namun penggunaan minyak diesel ini menyebabkan asap yang terhasil dan dibebaskan adalah bewarna hitam dan mencemarkan udara, disamping baunya yang menyakitkan hidung. Pembakaran bahan api fosil di stesyen jana kuasa elektrik terma. Apabila bahan api fosil yang terdiri dari petrolium, gas asli dan arang batu dibakar, asap hitam akan dilepaskan di stesyen jana kuasa berkenaan. Contohnya, pencemaran udara di Paka dan Bintulu adalah kerana pembakaran gas asli di stesyen jana kuasa terma di Paka dan Bintulu. Pembakaran jerami di kawasan pertanian padi sawah. Bagi menjimatkan kos, kebanyakan pesawah membakar jerami padi setelah musim menuai. Keadaan ini menyebabkan pencemaran udara di kawasan tersebut seperti yang sering berlaku di Dataran Kedah dan Dataran Kelantan suatu ketika dahulu. Pembakaran ladang kelapa sawit sebagaimana yang dilakukan oleh pemilik ladang di Sumatera dan Riau baru-baru ini. Kesannya bukan hanya menyebabkan pencemaran udara tetapi juga kejadian jerebu yang amat teruk. Pembakaran terbuka di kawasan perumahan. Walaupun kegiatan ini tidak melibatkan kawasan yang luas, tetapi telah menyebabkan pencemaran udara di kawasan perumahan berkenaan.

Soalan: 1. Nyatakan tiga kesan negatif pencemaran udara terhadap kesihatan manusia? [3 Markah]

2. Gas karbon monoksida akan menjejaskan beberapa sistem dalam badan manusia, nyatakan salah satu sistem tersebut dan jelaskan kesan gas karbon monoksida ini terhadap sistem tersebut?[2 Markah]

3. Jika keadaan ini berterusan, ramalkan apakah yang akan berlaku kepada kehidupan 50 tahun akan datang. [1 Markah]

Jawapan:

No. 1

Jawapan - Sesak nafas - Sakit mata - Sakit kepala - Kerosakan otak - Kanser peparu - Asma - Batuk - Bronchitis Mana-mana penyakit yang bersesuaian - Sistem respirasi - Mengurangkan kapasiti hemoglobin mengangkut oksigen Or - Sistem peredaran darah - Menyebabkan penyakit kardiovaskular yang semakin teruk - Kepupusan organisma - Peningkatan penghidap penyakit berkaitan dengan sistem respirasi - Bencana alam yang menyebabkan kematian dalam jumlah yang banyak

Markah 1

1 1