Anda di halaman 1dari 16

LATIHAN BAHAGIAN C Tulis lima pengajaran yang kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Fajar menyinsing waktu pagi, Ayam berkokok di atas reban; Rendah diri sikap terpuji, Mulia berbudi jadikan amalan. Bayu menghembus nyaman terasa, Sutera beralun di pohon ara; Tuntut ilmu manfaatkan masa, Kelak dirimu hidup berjaya. Cantik berseri bunga cempaka, Mekar indah dalam jambangan; Janganlah lupa ibu dan bapa, Moga kejayaan sentiasa berpanjangan. Bekal dibawa berupa penangan, Buat umpan si ikan haruan; Wahai adikku dengarlah pesanan, Nasihat ini jadikan panduan.

BAHAGIAN C 20 MARKAH (MASA DICADANGKAN : 20 MINIT)

SOALAN 1 Tulis lima nilai yang kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Hazarina seorang murid yang pandai. Dia disukai guru dan rakan sekelas kerana berbudi bahasa dan peramah orangnya. Hazarina mempunyai ramai kawan. Dia suka membantu orang yang berada dalam kesususahan. Hazarina juga seorang murid yang berdisiplin. Dia patuh kepada segala peraturan sekolah. Ayah dan ibunya juga selalu berpesan kepada Hazarina supaya selalu menjaga nama baik diri dan keluarga. Ayah dan ibunya mahu Hazarina menjadi contoh kepada kawan-Kawannya. Pesanan ayah dan ibunya sentiasa segar di ingatan.

BAHAGIAN C Tulis lima nilai yang kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Rina seorang budak yang rajin dan taat kepada ibu bapa. Dia selalu menolong ibu dan bapanya di rumah. Ketika ayah dan ibunya keluar bekarja, Rina bertanggung jawab menjaga adiknya di rumah. Dia juga akan menjaga dan mengemas rumah dan sebagainya. Dia mahu meringankan beban ibu bapanya setelah

seharian penat berkerja. Pada waktu malam, dia akan mengulang kaji pelajaran. Dia selalu mengingati pesanan ibu bapanya agar belajar dengan bersungguh-sungguh.

BAHAGIAN C

Tulis lima nilai yang kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Dewi dilahirkan dalam keluarga yang miskin. Ayah dan ibunya bekerja sebagai penoreh getah. Di sekolah, Dewi seorang murid yang rajin. Dia selalu mendapat markah yang tertinggi di dalam kelas. Selain itu, Dewi juga peramah orangnya dan berbudi bahasa. Dia suka menolong orang yang berada dalam kesusahan. Oleh sebab itu, banyak orang suka berkawan dengannya. Dia juga disenangi dan disukai oleh gurunya.

BAHAGIAN C Tulis lima pengajaran yang kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Zainal seorang murid yang nakal. Dia selalu menganggu rakan-rakannya ketika pulang dari sekolah. Pada hari itu, seorang murid baharu, bernama Azman belajar di kelasnya. Zainal merancang untuk menganggu Azman. Dia menyekat Azman di pertengahan jalan dan meminta wang. Azman yang ketakutan terus memberikan wang sakunya kepada Zainal. Hal ini, berlarutan selama beberapa hari. Azman tidak tahan lagi dengan Zainal. Azman mengadu kepada kawannya,Rizal. Rizal menyuruh

Azman melaporkan kepada Guru Besar. Akhirnya, Azman melaporkan perkara itu kepada Guru Besar dengan bantuan Rizal. Guru Besar mengenakan tindakan tatatertib kepada Zainal. Zainal berasa menyesal akan perbuatannya dan meminta maaf kepada Azman. Dia berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatannya.

BAHAGIAN C Tulis lima pengajaran yang kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Sang burung sedang berehat pada sebatang pokok. Tiba-tiba, Sang Burung mendengar jeritan Sang Semut meminta tolong. Sang Burung mencari cari suara Sang Semut. Rupa-rupanya,Sang Semut telah terjatuh ke dalam sungai. Tanpa membuang masa, Sang Burung menjatuhkan sehelai daun untuk Sang Semut menyelamatkan diri. Tindakan pantas Sang Burung berjaya menyelamatkan Sang Semut daripada lemas. Sang Semut berpaut pada daun itu. Setelah selamat ,sang semut mengucapkan terima kasih kepada Sang Burung. Selang beberapa hari, Sang semut terserempak dengan seorang pemburu yang mengacukan senapangnya ke arah seekor burung. Rupa-rupanya, burung itulah yang telah menyelamatkannya tempoh hari. Kini, tiba giliran Sang Semut untuk membalas jasa Sang Burung. Sang semut telah menggigit kaki pemburu.Tindakan Sang Semut telah menyebabkan pemburu terkejut dan tembakannya tersasar. Sang Burung pun terselamat.

LATIHAN BAHAGIAN C LATIHAN 01

Aiman seorang anak yang baik. Dia sentiasa mendengar kata ibu bapanya. Dia juga tidak pernah meninggikan suara apabila bercakap dengan orang tuanya. Adam, adiknya pula suka bergaduh dengan Ali, jiran mereka. Aiman selalu memberi nasihat kepada Adam supaya jangan berbuat demikian. Selain itu, Aiman juga sering menegur sikap Adam yang selalu terlupa membasuh tangan sebelum makan dan suka membeli makanan dan minuman di warong yang kotor. Sikap Adam yang menggemari makanan manis, berminyak dan tidak berkhasiat juga tidak disenangi oleh Aiman. Dia selalu mengingatkan adik kesayangannya itu supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang. JAWAPAN 1. Menghormati ibu bapa/ orang lain 2. Menghormati orang lain/ kawan-kawan. 3. Kasih saying memberi nasihat / teguran 4. Menjaga kebersihan makanan 5. Menjaga kesihatan dengan makan makanan seimbang/ berkhasiat

LATIHAN 02

Tema : Murid yang bersikap negative Kamal murid Tahun 4 Anggerik. Setiap hari dia datang ke sekolah dengan pakaian yang kotor dan tidak kemas. Setiap hari dia sampai ke sekolah setelah loceng berbunyi. Apabila ditegur oleh guru kelas, dia asyik memberi pelbagai alasan. Semasa guru-guru mengajar, dia tidak menumpukan perhatian malah mengganggu murid-murid yang lain. Latihan yang diberi oleh guru tidak disiapkan. Murid-murid dalam kelasnya selalu mengadu barang-barang mereka hilang. Apabila disiasat, Kamal tidak pernah mengakui bahawa dia yang melakukannya. Dia juga berani melawan guru. Walaupun beberapa kali telah didenda oleh

guru disiplin. Murid-murid dalam kelasnya tidak suka berkawan dengannya. Mereka takut pada Kamal. JAWAPAN 1. Kita perlu menepati masa 2. Mesti memberi tumpuan terhadap pelajaran 3. Tidak mengganggu dan membenci orang lain 4. Mesti bersikap jujur dan amanah 5. Mesti menghormati guru

LATIHAN 03

Ibu menyuruh Jumali ke kedai Pak Naim untu membeli tepung dan gula. Dengan marah Jumali menunggang basikal ke kedai Pak Naim. Dia menunggang basikal sambil melepaskan sebelah tangan. Setibanya di kedai, dia pun membeli tepung dan gula. Dia juga membeli gulagula dan aiskrim. Selepas dia habis makan aiskrim dan gula-gula, dia pun terus menunggang basikal ke rumahnya. Dalam perjalanan ke rumah, dia singgah sebentar di tepi sungai yang berhampiran lalu bermain-main selama beberapa jam.Kemudian,barulah dia pulang ke rumah. Sesampai di rumah dia menyerahkan tepung dan gula kepada ibunya. Wang bakinya tidak dipulangkan. Apabila ibu bertanya akan wang bakinya, dia memberikan alasan wangnya hilang lalu lari ke rumah jirannya semula. JAWAPAN 1. Menghormati ibu 2. Berhati-hati / mementingkan keselamatan 3. Menghargai masa 4. Perlu jujur dan amanah 5. Bercakap benar /

LATIHAN 04 Siva membantu Zaid yang mengalami kecederaan semasa berlari dalam acara 4 x 100 meter. Dia membalut luka pada lutut Zaid dengan berhati-hati. Zaid menyesal kerana menuduh Siva mencuri duitnya. Zaid memohon maaf kepada Siva kerana berprasangka terhadapnya. Zaid menceritakan perkara yang sebenarnya. Duit Zaid sebenarnya tidak hilang tetapi tertinggal di dalam kereta ayahnya. Zaid berasa malu terhadap Siva kerana tidak bersikap adil kepadanya. Walaupun Zaid menuduh mencuri duitnya, tetapi Siva tidak berdendam dan sudi merawat lukanya. Siva telah memaafkan Zaid dan menghargai persahabatannya dengan Zaid selama ini.

Jawapan: Nilai atau pengajaran daripada petikan di atas ialah kita mesti membantu rakan kita yang berada dalam kesusahan. Kita perlu menunjukkan sikap baik hati walaupun terdapat perselisihan faham sebelum ini. Perasaan dendam harus dielakkan dalam persahabatan. Selain itu berterus teranglah sekiranya terdapat keraguan. Sekiranya kita telah melakukan kesalahan, tindakan yang perlu adalah insaf atas kesalahan tersebut. Sikap pemaaf penting dalam menjalinkan semangat setiakawan.

LATIHAN INTENSIF BAHAGIAN C (ULASAN)


LATIHAN 1

Amir termenung sendirian di kantin. Semenjak ayahnya jatuh sakit, dia dan ibunya patah kandar. Mereka hilang tempat bergantung. Selama ini, ayahnya bekerja keras mencari rezeki di kebun getah mereka. Amir, cikgu lihat kamu seperti ada masalah. Boleh cikgu membantu kamu? tanya Cikgu Rajeswari.

Sebenarnya, saya runsing memikirkan yuran yang belum dijelaskan, cikgu. Ayah saya sakit sekarang ini. Tetapi, saya tidak mahu menyusahkan sesiapa. Saya tidak mahu menagih simpati daripada orang lain, kata Amir. Amir, usahlah kamu runsing lagi. Tentang yuran, biarlah pihak sekolah selesaikan. Cikgu akan mengadakan kutipan derma untuk membantu keluarga kamu. Kamu perlu menjaga ayah kamu itu. Tetapi, jangan kamu mengabaikan pelajaran pula, kata Cikgu Rajeswari. Terima kasih, cikgu. Saya berasa bersyukur kerana ada orang yang mengambil berat tentang keluarga saya. Budi cikgu tidak dapat saya balas, kata Amir.

LATIHAN 2 Sudah acap kali Pak Murad menasihati jirannya Kassim seorang pengusaha bengkel motosikal tentang sampah sarap di belakang rumahnya itu. Botol-botol plastik, tin kosong, malah tayar buruk juga dilonggokkan di situ. Malangnya, Kassim keras kepala orangnya. Nasihat Pak Murad jirannya langsung tidak diendahkannya. Suatu hari, anaknya Faridah jatuh sakit. Suhu badannya panas meningkat mendadak. Demamnya berulang-ulang, sekejap surut sekejap naik semula suhu badannya. Seluruh badan Faridah juga mula ditumbuhi bintik-bintik merah. Ubat klinik tidak berkesan ditubuhnya. Akhirnya, Kassim membawa Faridah ke hospital. Doktor yang merawat Faridah mengesahkan Faridah menghidap demam denggi. Keadaannya itu menyebabkan Faridah terpaksa ditahan dan diasingkan di wad. Kassim sangat sesal dengan sikap keras kepalanya selama ini. Kedegilannya menyebabkan anaknya terlantar di hospital. Dia sedar akan kesilapannya. Dia berazam untuk membersihkan kawasan belakang rumahnya secepat mungkin.

LATIHAN 3 Tanam kangkung tanam halia, Dijual di pasar hari Selasa; Berjimat cermat amalan mulia, Menjadi amalan setiap masa.

Ambil cangkul ambil tajak, Lubang digali ditanam ros; Membeli sesuatu mestilah bijak, Jangan membazir janganlah boros.

Guruh berdentum kilat menyabung, Hujan turun kampung akan bah; Duit lebihan dimasukkan ke tabung, Beransur-ansur sebelum bertambah.

Lumpur lecak kaki terbenam, Sungguh mendung ketika hujan; Jikalau perlu bercucuk tanam, Tidak perlu membeli sayuran.

Daun sirih dihancur lumat,

Pinang seulas dikacip juga; Pelbagai cara untuk berjimat, Bertangguh itu pencuri masa. LATIHAN 4 Erma menatap kertas ujian Bahasa Melayu. Dia mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan. Dia hanya memperoleh 45 markah sahaja. Erma berazam untuk mempertingkatkan prestasinya. Pada waktu rehat, dia berjumpa dengan gurunya. Gurunya menasihati Erma agar mengubah strategi belajar. Erma dinasihati agar menumpukan perhatian di dalam kelas dan membaca pelbagai bahan bacaan tambahan. Selain itu, Erma dinasihati agar rajin merujuk kepada kamus. Erma sedar akan kesilapannya selama ini. Dia akan belajar bersama-sama dengan rakannya yang lebih bijak seperti Sarah. Sarah telah berjanji untuk membantu Erma. Erma mempunyai keyakinan untuk mencapai tahap yang membanggakan jika dia tidak mudah berputus asa.

LATIHAN 5 Ainil : Keputusan ujian bulanan saya semakin merosot. Saya bimbang kerana

peperiksaan telah semakin hampir. Puteri : Saya rasa setiap masalah mesti ada penyelesaiannya. Ainil : Saya memerlukan bantuan kamu, Puteri.

Puteri : Saya bersedia untuk membantu kamu, Ainil. Ainil : Bolehkah saya belajar bersama-sama dengan kamu?

Puteri : Boleh, apa salahnya. Lagipun, belajar secara berkumpulan lebih baik. Kita dapat bertukar-tukar nota, latihan, dan idea. Ainil : Terima kasih, Puteri. Saya akan ke rumah kamu petang nanti.

Puteri : Baiklah, saya akan menunggu kamu pada pukul empat petang ini. Ainil : Saya akan datang tepat pada masanya.

LATIHAN 6 Cikgu Kariman sudah lama bersara dalam pendidikan tetapi orang kampung tetap memanggilnya cikgu. Setiap hari beliau akan memenuhi masa senggang dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Beliau sangat aktif dalam kegiatan sukarela di tempatnya. Beliau mengambil berat akan kebajikan anak-anak miskin yang masih bersekolah. Pada sebelah petang beliau suka berkebun. Pelbagai tanaman ditanam seperti sayur-sayuran dan pokok buah-buahan. Hasil tanaman itu bukan sahaja untuk dimakan malahan dijual dan disedekahkan kepada jiran tetangga. Pada hujung minggu, beliau mengadakan kelas Bahasa Inggeris di balai raya. Beliau sanggup mengajar secara percuma. Ramai anak orang kampung yang tidak berkemampuan belajar dengannya. Murid-murid yang tidak mampu mengikuti kelas tuisyen berbayar dapat belajar Bahasa Inggeris dengan Cikgu Kariman. Prestasi murid-murid semakin meningkat. Bagi diri Cikgu Kariman, inilah bakti mulia selagi hayat dikandung badan.

LATIHAN 7 Cikgu Yahya Rasyid

: Rasyid, mengapakah kamu tidak hadir semalam? : Maafkan saya, cikgu. Saya ke klinik kerana mengalami keracunan makanan. Cikgu Yahya : Keadaan kamu sekarang bagaimana? Adakah kamu sudah sembuh? Rasyid : Ya, cikgu. Setelah mengambil ubat, saya semakin pulih. Oleh sebab saya tidak mahu ketinggalan dalam pelajaran, saya hadir juga ke sekolah. Semuanya berpunca daripada makanan yan saya beli di sebuah gerai. Saya mendapati gerai tersebut tidak bersih.

Cikgu Yahya datang, makanan

: Bersyukurlah kerana kamu telah pulih. Pada masa akan cikgu berharap agar kamu lebih berhati-hati. Pilihlah

yang bersih dan tidak tercemar. Rasyid : Terima kasih atas nasihat cikgu. Akan saya jadikan peristiwa ini sebagai pengajaran. Saya pasti akan belajar daripada kesilapan yang saya lakukan.

LATIHAN 8 Mak Cik Saleha merupakan seorang ibu tunggal. Pak Hamid, suaminya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya lima tahun lalu. Mak Cik Saleha menjaga enam orang anaknya yang masih bersekolah. Mak Cik Saleha menjual kuih-muih dan nasi lemak bagi menyara keluarganya. Anak-anak Mak Cik Saleha amat memahami akan kesusahan ibu mereka. Mujurlah anak-anak Mak Cik Saleha pandai menguruskan diri masing-masing. Mereka tidak mahu menyusahkan ibu mereka. Mereka berenam hanya berjalan kaki dan membawa bekalan makanan yang dimasak di rumah ke sekolah bagi mengurangkan perbelanjaan ibu mereka. Mak Cik Saleha selalu menasihati anakanaknya supaya tekun belajar dan memberi tumpuan dalam pelajaran. Jika mereka berilmu dan berjaya nasib keluarga dapat diubah. Mak Cik Saleha bersyukur dan sangat bertuah kerana mempunyai anak-anak yang selalu mendengar dan menurut kata-katanya.

LATIHAN 9 Rosnah tiba di rumahnya. Dia memberikan salam kepada ibunya. Selepas itu, dia menyimpan kasut dan stokingnya di dalam rak kasut. Rosnah menukar pakaian dan membersihkan dirinya. Rosnah menyimpan duit syiling ke dalam tabung yang dihadiahkan oleh ayahnya. Kemudian dia ke dapur untuk makan tengah hari. Dia

memanggil adik-adiknya untuk makan tengah hari bersama-sama. Ibunya memasak asam pedas kegemarannya. Selepas makan, Rosnah membasuh pinggan mangkuk dan membersihkan meja. Rosnah ke ruang tamu lalu membaca surat khabar. Setengah jam kemudian, dia mengulang kaji pelajaran. Dia turut membantu adik-adiknya belajar. Dia mahu berjaya dalam pelajaran. Ibu bapanya pasti akan berasa bangga dengan pencapaiannya.

LATIHAN 10 JOHOR BAHRU, Jumaat Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Taman Merbau telah mendermakan wang sebanyak RM4000.00 untuk Tabung Mangsa Banjir. Derma tersebut disampaikan oleh pengerusinya, Encik Yusri kepada Guru Besar. Kami berasa sedih mengetahui beberapa orang murid dan guru di sekolah ini terlibat dengan kejadian banjir itu. Diharapkan sumbangan ini akan dapat membantu meringankan beban mereka, kata Encik Yusri. Guru Besar sekolah itu, Encik Hamdan Hamid berkata bahawa beliau bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada pelbagai pihak yang menghulurkan sumbangan. Sumbangan ini akan membantu murid meneruskan pelajaran. Beliau berharap agar mangsa banjir banyak bersabar dan berdoa agar bencana ini akan berakhir. Beliau juga berharap ramai sukarelawan datang untuk bergotong-royong membersihkan sampah sarap dan Lumpur di kawasan kampung yang teruk dilanda banjir.

LATIHAN 11 Solihin sudah ketiadaan ayah dan ibu. Ibu bapanya meninggal dunia semasa dia berusia sepuluh tahun. Dia tinggal dengan bapa saudaranya iaitu Encik Kamarul. Solihin dipelihara bapa saudaranya seperti anaknya sendiri. Namun demikian, dia tetap bersedih kerana memerlukan kasih sayang yang sebenarnya daripada ibu bapanya.

Solihin sedang belajar dalam tahun enam di Sekolah Kebangsaan Nitar 2.. Solihin menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah dengan yakin sekali. Dia rajin mengulang kaji pelajaran sama ada siang atau malam. Di samping itu, dia juga selalu menolong bapa saudaranya di gerai yang terletak di tepi jalan. Solihin menolong bapa menjual pisang goreng. Dia mendapat upah sebanyak dua ringgit sehari. Dia menyimpan wang itu di dalam tabung. Keputusan peperiksaan telah diumumkan. Solihin bergegas ke sekolah bersama-sama dengan bapa saudaranya. Dia begitu bangga kerana usahanya selama ini tidak sia-sia. Solihin memperoleh keputusan 5A. Solihin mendapat durian runtuh kerana bapa saudaranya memberikan hadiah wang tunai sebanyak RM300 sebagai menghargai kejayaan itu. Solihin melompat keriangan selepas menerima keputusan itu.

LATIHAN 12 Memerah santan pagi hari, Untuk memasak seperiuk kari; Segala rintangan mereka tempuhi, Agar terbela anak dan isteri.

Pergi belayar ke Inderagiri, Hajat meminang puteri rupawan; Jasa ibu bapa tidak terperi, Tetap dikenang sepanjang zaman.

Terbang tinggi burung merpati, Hinggap sementara di pohon jati;

Belailah mereka dengan rela hati, Agar hidupmu sentiasa diberkati.

Singgah sebentar di tengah kota, Mencari bekalan keperluan diri; Jagalah sikap dan tutur kata, Sekiranya tergores merana diri.

Sungguh cantik bunga melati, Hidup mekar di tepi perigi; Pesanan mereka dijunjung tinggi, Pasti hidupmu sejahtera abadi.

LATIHAN 13 Baizura seorang pengawas di sekolahnya. Pada suatu hari, dia ternampak seorang murid lelaki mencuri alat tulis seorang murid lain ketika waktu rehat. Baizura terus mendekati murid itu dan meminta dia memulangkan alat tulis itu semula. Walaupun budak itu digeruni kerana kenakalannya, namun Baizura tidak gentar. Budak itu tidak mengaku bahawa dia yang mengambil alat tulis itu. Baizura terus mendesak budak itu, tetapi dia tetap berdegil. Baizura tidak berputus asa lalu melaporkan kejadian itu kepada guru disiplin. Guru disiplin tidak mahu menghukum budak itu tanpa usul periksa. Beliau menyiasat perkara itu dengan teliti. Akhirnya, budak itu didapati bersalah kerana kesalahan mencuri.

Budak itu meminta maaf atas kesalahannya. Dia berjanji tidak akan melakukan perkara itu lagi. Dia turut memohon maaf daripada Baizura. Baizura dan guru disiplin memaafkan kesalahannya itu. Apabila balik dari sekolah, Suraya mengeluarkan buku-buku teks barunya dari beg. Kakaknya berkata, Biar kakak tolong kamu balut buku-buku itu, Suraya menjawab, Terima kasih, kak. Biar saya yang membalut buku-buku ini.

LATIHAN 14 Suraya merupakan anak yang suka menolong ibu bapa dan ahli keluarganya. Suraya selalu menolong ibunya mencuci pinggan mangkuk, melipat kain dan mengemas rumah. Suraya juga membantu ayahnya mencuci kereta. Setiap pagi sebelum mandi, dia akan mengemas bilik tidurnya supaya kelihatan kemas dan bersih. Dia sentiasa menjaga kebersihan diri. Rambutnya diikat kemas,kukunya dipotong dan dia sentiasa menjaga kebersihan pakaian. Pada hari minggu, Suraya dan keluarga selalu bersama-sama membersihkan rumah dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal mereka sentiasa kelihatan bersih dan cantik.

Anda mungkin juga menyukai