Anda di halaman 1dari 4

Cabaran Pendidikan Awal Kanak-kanak Teknologi Maklumat Dalam keghairahan dunia alaf baru kini yang sedang rancak

maju dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), bidang pendidikan khususnya di negara kita terus menerus berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran yang perlu dilihat dengan rasa tanggungjawab oleh semua pihak. Malahan, pengaplikasian teknologi ini dalam P&P memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru. Para pendidik juga adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21. Menurut Johan dalam jurnal Perkembangan, Cabaran dan Aplikasi Teknologi Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Malaysia, beberapa penyelidikan lepas telah membuktikan bahawa penggunaan teknologi telah dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan secara keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan dengan sesuai dengan era masa kini. Memandangkan dunia pendidikan kini lebih canggih dan kompleks, secara tidak langsung menjadikan tugas pendidik seakin mencabar. Justeru, guru perlu meningkatkan pengetahuan dan keterampilan khususnya dalam era globalisasi teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT). Selanjutnya, guru harus meningkatkan kemahiran mengajar melalui ICT, meneroka dan menukar maklumat dengan guru-guru lain yang lebih berpengalaman. Tambahan pula zaman sekarang merupakan zaman maklumat di hujung jari yang pesat dengan penggunaan ICT. Oleh itu, wajarlah guru perlu memantapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT sesuai dengan pendekatan yang dikemukakan oleh Saidina Ali karamallahu wajhah katanya:"Didiklah anakmu sesuai dengan zamannya" .Bagi meningkatkan profesioanal diri, guru perlu membuat jaringan dengan guru-guru di negara lain agar berpeluang untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan mereka. Sehubungan ini, guru dapat mengadaptasikan strategi atau cara yang digunakan oleh guru-guru di luar negara bagi meningkatkan strategi pengajaran dan pembelajaran di Malaysia pula. Bagi memantapkan lagi pengetahuan dalam ICT, guru juga mesti berusaha untuk memantapkan dirinya dengan menguasai perisian-perisian komputer dan mengaplikasikannya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran demi meningkatkan kualiti pendidikan bagi menjana modal insan di sekolah. Guru harus mempelajari cara-cara menggunakan perisian-perisian

komputer dan aplikasi Internet. Dalam dunia moden ini, seorang guru harus mengetahui menggunakan perisian-perisian seperti Microsoft Word, Microsoft Power Point, Microsoft Excel, dan Microsoft Access. Manakala aplikasi-aplikasi Internet pula seperti Jaringan Web Sedunia, Emel, Kumpulan perbincangan dan Senarai mel. Guru harus tahu menggunakan aplikasi internet tersebut kerana ia sangat berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi dalam bilik darjah akan mendorong murid menjadikan masa belajar sebagai masa yang penuh keseronokan dengan memberi peluang kepada murid untuk mengakses maklumat dari pelbagai sumber suapaya pembelajaran menjadi lebih menarik dan kondusif. Bagi memantapkan pengetahuan dalam teknologi maklumat dan komputer, guru harus berusaha menghadirkan diri ke kursus-kursus berkaitan perkomputeran, sama ada yang dianjurkan oleh KPM atau Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) mahupun yang disediakan oleh pihak swasta. Contohnya, program Smart Learning Environment (SLE) yang telah dianjurkan oleh KPM yang bertujuan untuk meningkatkan infrastruktur sekolah dengan meningkatkan kemahiran sumber manusia dalam kalangan guru. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan guru terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Matlamat SLE adalah untuk guru mengaplikasikan teknologi maklumat di dalam kelas. Berikut merupakan beberapa aplikasi dari program SLE iaitu word processing, spreadsheet, database, desktop publishing, dan graphing. Penggunaan ICT bukan hanya terbatas kepada pelajar di sekolah rendah dan sekolah menengah sahaja, malahan pendidik awal kanak-kanak juga perlu menggunakan ICT di dalam kelas. Hal ini kerana, pembelajaran berdasarkan ICT yang menarik kepada kanak-kanak akan mempercepatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, ianya akan memudahkan proses guru untuk mengajar. Kanak-kanak sememangnya mudah untuk menerima apa-apa pengajaran dan pembelajaran baru terutamanya seperti bahan bergambar, bewarna, imej yang bergerak, imej yang menegeluarkan bunyi dan lain-lain yang menarik minat mereka. Menurut Bayrei (2008), ICT dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak bermaksud penggunaan ICT dalam sesi pengajaran dan pembelajaran secara terancang dan bersesuaian untuk membantu dalam pencarian maklumat dan ilmu pengetahuan serta meningkatkan kecekapan dalam proses dan keberkesanan P&P. Kementerian Pelajaran Malaysia, bahagian Kurikulum Prasekolah Kebangsan Malaysia menyarankan bahawa salah satu daripada pendekatan yang harus digunakan di prasekolah dalam proses P&P adalah pendekatan

penggunaan ICT ataupun TMK (Teknologi maklumat dan komunikasi) dan termasuklah pengintegrasian komputer dalam prasekolah. Dengan itu, menurut Lim Keat Heng (2007), Kementerian Pelajaran juga telah berusaha untuk menjayakan rancangan ini dengan membekalkan kelas prasekolah dengan sisstem komputer dan perisian untuk digunakan oleh pelajar-pelajar prasekolah. Bagi pengajaran pembelajaran kanak-kanak di prasekolah, ICT perlu diintegerasikan supaya proses P&P dapat berjalan dengan berkesan, menarik, mencabar, interaktif, dan bersesuaian dengan tahap perkembangan mereka. Sifat ingin tahu dalam diri kank-knak sememmangnya sangat tinggi dimana kanak-kanak dapat menghasilkan sesuatu yang kreatif melalui penggunaan ICT. Hal ini kerana, melalui penggunaan komputer dapat mengubah kaedah pembelajaran tradisional yang memerlukan guru memberikan arahan kepada pendekatan hands on dan menggunakan sepenuhnya sifat inkuiri yang ada dalam diri kanak-kanak. Penggunaan ICT amat penting kepada awal kanak-kanak adalah sangat penting dewasa ini dimana menurut Shashi-Rekha Berglund (2011), beliau menyatakan bahawa penggunaan ICT harus diperkenalkan seawall di dalam kelas prasekolah dan bukannya dalam gred pertama. Ironinya, walaupun pelbagai cabaran dan masalah yang semakin bertimbun setiap hari, guru tetap meneruskan tanggungjawab yang diamanahkan secara telus. Menurut Zainuin et al (2008), apabila ICT menular masuk ke dalam semua aspek pengajaran dan pemebelajaran, merentasi semua mata pelajaran dan ke dalam semu aspek persekolahan dan pengurusan bilik darjah, maka pendekatan pengajaran tradisional yang berpusatkan guru beransur-ansur diganti dengan pendekatan pengajaran yang lebih berpusatkan pelajar. Walau bagaimanapun hebat sekalipun ICT dan teknologi, ianya hanya alat bantu dalam proses P&P kerana tidak mungkin dapat menggantikan kedudukan guru dalam erti kata yang luas. Pendidikan hari ini adalah untuk kecemerlangan masa hadapan. Johan@Eddy Luaran. Perkembangan, Cabaran dan Aplikasi Teknologi Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Malaysia. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi MARA, Malaysia. Dicapai di http://i-learn.uitm.edu.my/v2/wp-content/uploads/2013/02/PerkembanganCabaran-dan-Aplikasi-Teknologi-Maklumat-dalam-Pengajaran-dan-Pembelajaran-diMalaysia.pdf pada 27 Oktober 2013.

Bayrei Asrin (2008), Penggunaan Perisian dan Internet dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia: Universiti Pendidikan Sultan Idris Perak Berglund, Shashi-Rekha (2011).Enable Emergent Literacy by Including ICT in Preschool Class, Bachelor of Education in Didactics, Academy of Education & Economy. University College of Gavle. Zainuin et al (2008), Kemahiran ICT di Kalangan Guru Pelatih IPTA Malaysia. Arah Pendidikan Sdn. Bhd. Shah Alam

Anda mungkin juga menyukai