MTE 3112
Terdapat lima langkah am dalam pembinaan item ujian iaitu yang pertama menyediakan JSU, menulis item ujian, menyemak item ujian, menilai item ujian dan membuat kajian rintis terhadap keseluruhan item. Keseluruhan langkah am penyediaan item ujian ini dapat disimpulkan seperti rajah berikut ;
16
MTE 3112
Langkah awal dalam pembinaan item ujian adalah dengan menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Hal ini bertujuan untuk memastikan item-item ujian yang dibina ini meliputi keseluruhan kandungan pelajaran mengikut domain dan peringkat objektif pengajaran yang ditentukan sebelum pengajaran dimulakan. Perancangan awal ini akan dapat menjamin soalan-soalan ujian yang terhasil akan dapat menguukur pengetahuan, kemahiran atau sikap yang guru ingin pelajarnya kuasai. Objektif pengajaran juga menjadi panduan kepada guru tentang bentuk soalan yang digunakan.
Setelah siap menyediakan JSU, guru boleh bersedia bagi membina atau menulis item-item ujian. Terdapat beberapa prinsip bagi pembinaan item ujian yang sama dan boleh digunakan untuk menulis item-item ini, iaitu; Arahan menjawab bagi setiap stem hendaklah ringkas dan mudah difahami pelajar. Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas supaya pelajar dapat memahami maklumat dalam soalan dan juga kehendak soalan tersebut, yang seterusnya akan membantu pelajar memberikan jawapan seperti yang dikehendaki soalan. Membina item yang memerlukan jawapan berkaitan pengetahuan/ kemahiran yang spesifik daripada tajuk pengajaran tertentu, dan bukannya berbentuk pengetahuan atau kepintaran am. Sekiranya soalan dalam bentuk item betul atau salah/ pernyataan yang "tidak benar", arahan bagi soalan tersebut hendaklah jelas. Contohnya dengan menggunakan huruf besar. Bagi item berkaitan pengiraan atau lukisan, nyatakan unit dan ketepatan ukuran yang dikehendaki.
17
MTE 3112
Selepas semua item ujian siap ditulis, guru perlu menyemak semula itemitem tersebut. Semakan ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut: Arahan menjawab bagi setiap bahagian ujian dan setiap soalan adalah tepat dan mudah difahami oleh murid. Soalan ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami murid dan mengandungi maklumat dan kehendak soalan yang jelas dan mencukupi. Soalan yang dibina mencukupi dan seimbang dari segi kandungan dan objektif pengajaran. Soalan yang diberi, terutamanya soalan objektif tidak mengandungi petanda (clue) kepada jawapan yang dikehendaki.
Selepas semua item disemak oleh penggubalnya, item-item ini perlu disemak oleh pakar mata pelajaran. Semakan ini perlu dilakukan bagi menentukan perkara-perkara berikut; Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan mudah difahami oleh murid. Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi maklumat yang cukup untuk murid menjawabnya. Soalan-soalan yang dibina mencukupi dan seimbang untuk mengukur
kandungan dan objektif pengajaran yang ditetapkan. Jawapan yang diberikan oleh penggubal soalan adalah mengikut kehendak soalan dan boleh dijawab dalam masa yang diperuntukkan.
18
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK 5. Membuat Kajian Rintis Terhadap Keseluruhan Item
MTE 3112
Selepas semua item ujian disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran, sebaiknya kajian rintis dilakukan terhadap keseluruhan item ujian. Kajian ini bermaksud kajian awal tentang kesesuaian item-item kepada murid yang setara dari segi keupayaan dengan pelajar sasaran. Tujuannya adalah untuk menentukan perkara-perkara berikut;
Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan dapat difahami pelajar dan tidak terdapat kesilapan ejaan/ istilah yang digunakan.
Soalan yang kehendak soalan adalah jelas dan soalan yang mengandungi maklumat yang cukup untuk pelajar menjawabnya.
Soalan-soalan yang diberikan adalah sepadan dengan kandungan pelajaran yang diajar guru dan tidak ada soalan yang terkeluar daripada kandungan tersebut.
Pelajar dapat menjawab soalan-soalan dalam masa yang diperuntukkan mengikut kehendak soalan.
19