Anda di halaman 1dari 5

Konsep Pengajaran Dan Pembelajaran 1.

Lapan Cara Pembelajaran Gardner (Pemikiran Kritis dan kreatif m/s 9) Howard Gardner telah memperkenalkan teori pelbagai kecerdasan pada tahun 1983. teori ini juga dikenali sebagai MI (Multiple Intelligence). Beliau berpendapat bahawa manusia mempunyai bukan satu jenis kecergasan tetapi tujuh jenis kecerdasan iaitu kecerdasan muzik, kecerdasan kinestatik, kecerdasan matematik-logik, kecerdasan linguistic, kecerdasan visual-spatial, kecerdasan interpersonal dan kecerdasan intrapersonal. Namun begitu, beliau juga tidak menafikan mungkin satu lagi jenis kecerdasan wujud iaitu kecerdasan naturalis dan menjadikan jumlah keseluruhan kecerdasan yang ada ialah lapan. Setiap murid di dalam kelas bukan hanya tertakluk kepada satu jenis kecerdasan sahaja. Seseorang itu mungkin memiliki dua atau lebih kecerdasan dan ini adalah tugas guru untuk mencari cara pembelajaran yang sesuai dengan seseorang pelajar itu berdasarkan jenis kecerdasan mereka. Di dalam kelas Bahasa Inggeris, tidak keterlaluan jika dikatakan guru banyak memanipulasikan kecerdasan-kecersdasan yang ada di dalam pengajaran mereka supaya setiap murid akan dapat belajar dengan selesa dan tidak mudah berasa bosan jika hanya mendengar penerangan daripada guru sahaja dan menyalin apa yang ditulis di papan hitam (chalk and talk). Aktiviti-aktiviti seperti menyanyi beramai-ramai di dalam Bahasa Inggeris, menonton filem Inggeris dan bermain permainan yang menggunakan Bahasa Inggeris adalah beberapa contoh yang boleh guru lakukan untuk mencapai jenis-jenis kecerdasan yang tertentu.

1. Penting Penilaian Berterusan Semasa Pengajaran (m/s 86 Pedagogi IV) Penilaian secara berterusan semasa pengajaran adalah sangat penting. Tanpa penilaian, guru tidak akan mampu untuk mengetahui pencapaian muridnya. Ini akan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran kerana guru tidak akan dapat merancang satu rancangan pengajaran harian yang sesuai dengan tahap murid. Penilaian boleh dijalankan melalui dua cara iaitu melalui ujian formatif dan ujian sumatif.

Ujian formatif terdiri daripada dua iaitu secara formal dan tidak formal. Jika secara formal, guru akan menjalankan ujian selepas sesuatu tajuk atau lebih diajar kepada murid. Selalunya ujian formatif yang formal dijalankan di hujung bulan. Ujian formatif yang tidak formal pula dijalankan menerusi sesi soal jawab, kuiz dan lembaran kerja sebagai latihan. Ujian formatif yang dijalankan secara formal mahupun tidak formal akan dapat menilai kemajuan murid dan dalam masa yang sama guru akan dapat melihat kemampuan murid dan kelemahan mereka. Menerusi penilaian ujian formatif, guru boleh membuat refleksi dan menukar strategi pengajaran supaya lebih sesuai dengan tahap murid. Ujian sumatif pula dijalankan pada hujung penggal atau hujung tahun dan hasil daripada ujian sumatif ini akan menentukan tahap pencapaian murid di dalam satu-satu matapelajaran. Kedua-dua jenis ujian ini sangat penting di dalam penilaian pencapaian murid kerana setiap murid adalah berbeza dan memerlukan pendekatan yang berbeza di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, guru perlu senantiasa menjalankan penilaian bagi memastikan tiada murid yang ketinggalan.

1. Pengajaran Pendekatan Permainan (m/s 267 Pedagogi IV) Pendekatan ini bertujuan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan di kalangan pelajar. Berbeza dengan pendapat ramai, pendekatan ini sebenarnya mampu meningkatkan kefahaman murid dalam sesuatu topik dalam situasi yang lebih santai. Murid akan dapat berfikir secara kritis dan kreatif semasa menjalani aktiviti permainan atau rekreasi tetapi dalam masa yang sama juga murid berhibur. Pendekatan ini amat sesuai dijalankan di dalam kelas Bahasa Inggeris, tidak kira di tingkatan 1 mahupun di tingkatan 6 atas. Guru perlu memastikan bahawa permainan yang dipilih dapat mencabar murid untuk berfikir dalam mencari strategi untuk menang dan mengaplikasikan strategi tersebut. Permainan yang dipilih juga perlu sesuai dengan objektif topik pengajaran dan pembelajaran pada hari itu. Antara permainan yang boleh dijalankan di dalam kelas Bahasa Inggeris ialah Scrabble dan Monopoly. Guru yang kreatif juga boleh mencipta permainan baru yang sesuai dengan tahap murid dan mampu mencapai objektif pengajarannya.

1. Mempastikan Kefahaman Pelajar Selepas Pengajaran Setiap kali mengajar, guru perlu memastikan agar objektif bagi pengajaran tersebut tercapai. Justeru, adalah penting bagi guru untuk memastikan murid faham selepas pengajaran. Ini dapat dilakukan semasa proses pembelajaran ataupun ketika guru ingin merumuskan pengajaran beliau di mana guru menggunakan masa tersebut untuk bertanya kepada murid dan murid akan cuba menjawabnya berdasarkan apa yang telah dipelajari sebelum itu. Ini akan dapat memberikan petunjuk kepada guru samada murid sebenarnya faham atau tidak faham akan topik yang telah diajar dan seterusnya mencari alternatif lain untuk memperbaiki tahap pencapaian murid.

1. Bahan Bantu Mengajar Bahan bantu mengajar amat penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tanpa bahan bantu mengajar, murid sukar untuk memahami apa yang diajar oleh guru. Ini akan membantut proses pembelajaran mereka.dan menyebabkan mereka berasa bosan dan mula membenci matapelajaran tersebut. Justeru, guru perlulah melakukan sesuatu bagi menarik minat murid dan dalam masa yang sama menggunakan bahan tersebut untuk memudahkannya untuk mengajar di dalam kelas. Bahan bantu mengajar ini perlulah sesuai dengan konsep dan objektif yang perlu dicapai dan dalam masa yang sama sesuai dengan tahap pencapaian murid; tidak terlalu rendah ataupun tinggi. Bahan bantu mengajar boleh terdiri daripada komputer, television, papan hitam, whiteboard dan sebagainya. Guru boleh mempelbagaikan penggunaan bahan bantu mengajar untuk memastikan murid senantiasa memberi perhatian kepada pengajaran di dalam kelas. 1. Model Ekspositori (m/s 26 Pedagogi III) Model ini menekankan aspek penerangan. Ia juga dikenali sebagai pengajaran langsung atau pengajaran eksplisit. Di dalam matapelajaran Bahasa Inggeris, ada kalanya murid perlu ditunjukkan bagaimana melakukan sesuatu. Proses demonstrasi oleh guru ini kemudiannya akan diikuti oleh murid selepas

mereka faham akan apa yang perlu dilakukan dan kenapa ia perlu dilakukan. Sebelum demonstrasi dilakukan, guru perlu menerangkan dengan jelas apa yang perlu murid lakukan dan kemudiannya, dengan bantuan alat bantu mengajar, guru akan melakukan demonstrasi dan murid memerhatikannya dengan teliti. Kemudian, murid akan berlatih melakukan apa yang telah dilihat tadi dan guru akan membimbing mereka. Aktiviti seperti drama pendek adalah salah satu contoh bagi model ekspositori yang boleh digunakan dalam matapelajaran Bahasa Inggeris. Drama pendek yang dimaksudkan boleh diadaptasikan daripada cerita pendek mahupun novel yang perlu murid pelajari menerusi kesusasteraan. Ini akan meningkatkan lagi kefahaman murid dalam elemen tersebut. Proses demonstrasi bagi drama pendek akan dilakukan oleh guru dengan menunjukkan cara ekspresi muka yang betul serta intonasi suara yang diperlukan bagi menjiwai setiap watak.

1. Konsep Pengajaran secara Induktif Pendekatan induktif merupakan satu kaedah yang memberi peluang kepada para pelajar untuk membuat kesimpulan atau takrifan tersendiri mengenai sesuatu konsep,benda atau situasi. Pada awal pengajaran guru akan memberikan seberapa banyak contoh sehingga pelajar boleh membuat kesimpulan mereka sendiri berdasarkan arahan ataupun contoh yang diberikan. olor=#000000>Pendekatan ini lebih menitikberatkan proses untuk membuat taakulan bagi meningkatkan serta menggalakkan pemikiran aras tinggi. Hal ini jelas kerana para pelajar tidak dijelaskan mengenai topik-topik yang dibincangkan tetapi mereka memperolehi berdasarkan taarifan dan taakulan mereka sendiri. Namun demikian guru harus menjadi fassilitator aktif yang sentiasa memberi nasihat dan tunjuk ajar bagi mengelakkan pelajar membuat kesimpulan palsu. Sebagai contoh aktiviti seperti dibawah :

Mencari/memerhati/ mengkaji/mentafsir

Membuat Generalisasi

Contoh-contoh Khusus

Anda mungkin juga menyukai