Anda di halaman 1dari 18

3.

ANALISIS TEORI-TEORI PEMBELAJARAN 3.1 Teori Behavioris 3.1.1 Konsep Umum Teori behavioris yang dikenali juga sebagai teori tingkah laku yang amat mengutamakan pembelajaran kemahiran-kemahiran tertentu khususnya kemahiran fizikal. Teori ini diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh E.L. Thorndike dan B.F. Skinner, berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan perubahan tingkah laku. Teori pembelajaran dengan mereka

kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara rangsangan dan gerakbalas yang menghasilkan perubahan tingkah laku. Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku murid sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku murid boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Para pendukung psikologi behavioris juga beranggapan bahawa pemerolehan sesuatu perlakuan terjadi melalui ulangan dan latih tubi secara kerap. Semua bentuk pembelajaran perlakuan baru adalah berdasarkan persekitaran dan tidak mempunyai apaapa hubungan dengan keupayaan mental. Golongan ini juga berpendapat otak manusia merupakan satu kotak hitam yang gelap dan apa-apa yang berlaku di dalamnya tidak dapat diamati dan diselidik. Oleh yang demikian, sebarang kajian atau pembelajaran yang mengaitkannya dengan otak manusia haruslah ditolak.

3.1.2 Ciri-Ciri Umum Ciri-ciri umum dari teori behavioris adalah mengutamakan unsurunsur dan bahagian kecil, bersifat mekanistis, menekankan peranan lingkungan, mementingkan pembentukan reaksi atau respon, menekankan pentingnya latihan, mementingkan mekanisme hasil belajar, mementingkan peranan kemampuan dan hasil belajar yang diperoleh adalah munculnya perilaku yang diinginkan. Dalam proses pembelajaran, teori behavioris juga menekankan kepentingan rangsangan (stimulus) dan tindak balas (response). Peranan otak dan fungsinya tidak diambil kira langsung kerana hubungan-hubungan mental tidak dapat diamati dan diselidik. Penguasaan sesuatu aspek pembelajaran bukanlah semata-mata merupakan ilmu pengetahuan. Ia memerlukan banyak latihan dan harus dikuasai dan pelajari lebih daripada biasa. Di samping itu, teori behavioris juga mementingkan ciri kewujudan operasi rangsangan dan tindak balas dalam pengajaran. Hal ini kerana pembelajaran adalah hasil operasi ransangan dan tindak balas. Kebiasaannya pengggunaan kedudua elemen ini akan membuahkan pembelajaran yang lebih berkesan. Selain bertujuan untuk menghasilkan satu pembentukan tingkah laku yang berkesan ia juga dapat bertindak sebagai daya penggerak serta menambahkan motivasi dan minat. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang menyebut perkataan bola ketika melihat sebiji bola dalam rumahnya. Sebutan bola itu ialah gerak balas manakala objek bola itu ialah rangsangan.

3.1.3 Penggunaan Teori Dalam Masalah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Berdasarkan situasi yang telah dinyatakan berikut adalah analisis yang telah dijalankan. SITUASI ANALISIS DAN CADANGAN MENURUT TEORI Mengikut teori Behavioris situasi ini tidak menjadi satu 1. Murid-murid yang belajar bersendirian masalah pada kerana tingkah teori laku ini menganggap yang pembelajaran adalah perubahan-perubahan yang berlaku manusia berasaskan pelbagai situasi yang tertentu. Selain itu, teori ini menyatakan bahawa pembelajaran adalah satu proses luaran yang dapat dilihat dan diamati. Teori Behavioris juga melihat tingkah laku ialah satu siri gerak balas yang dipelajari dengan wujudnya rangsangan. Jadi, bagi murid yang suka belajar bersendirian, mungkin ini merupakan tingkah laku yang selesa pada diri mereka dan pada teori ia tidak mengatakan bahawa tingkah laku ini menjadi masalah kepada murid tersebut.

2. Murid-murid tidak gemar melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan

Menurut Teori Behavioris mengikut situasi ini guru perlu mengutamakan hasilan kaedah-kaedah terbaik bagi pembelajaran secara berkumpulan. Ini kerana murid-murid atau kanak-kanak menilai dan mempelajari sesuatu berdasarkan apa yang dapat dialami dan dipelajari secara efektif. Murid-murid ini akan meniru secara berterusan apa yang dilihat atau didengari daripada orang sekeliling. Jika kaedah pengajaran berkumpulan dilaksanakan dengan betul dan menarik, murid-murid mungkin akan merubah tingkah laku dalam melibatkan diri dalam sebarang aktiviti kumpulan yang dijalankan.

Bagi masalah ini, guru perlu sentiasa memberikan 3. Murid-murid kurang bermotivasi pengukuhan terhadap murid-murid. Hal ini kerana dalam teori behavioris telah dinyatakan bahawa pengukuhan adalah satu syarat yang penting dalam pembelajaran. Pengukuhan penting kerana ia adalah satu medium dalam penentuan pembentukan tingkah laku yang diingini berlaku dengan sempurna. Selain itu sesuatu gerak balas yang tepat perlu diteguhkan melalui pemberian pengukuhan yang memberangsangkan oleh guru di dalam kelas. Ketika proses pembelajaran di dalam kelas guru perlu memberi pengukuhan positif yang kerap seperti memberi pengiktirafan, memberikan dorongan, memberi sesi maklum balas yang aktif serta mempamerkan keistimewaan murid-murid ini di hadapan murid-murid yang lain agar keyakinan motivasi mereka dapat dipertingkatkan. Jadi, dalam masalah ini teori ini boleh menyelesaikan masalah murid-murid yang kurang bermotivasi dengan sentiasa memberikan pengukuhan.

Jika perkara seumpama ini terjadi guru perlu 4. Pencapaian akademik adalah sederhana dan rendah memberikan latih tubi secara berterusan kepada murid-murid. Teori Behavioris telah menegaskan bahawa latihan latihan-latihan yang pembelajaran Latihan adalah yang diperkukuhkan.

dinyatakan ini bermaksud latihan ulangan sesuatu gerak balas dengan sesuatu rangsangan. Ini bagi membiasakan diri murid-murid dengan sesuatu tabiat yang telah terbina supaya ia kekal. Guru perlu bijak dalam menjalankan perlaksanaan latihan agar dapat membuahkan keberkesanan dan seterusnya pembelajaran menjadi kekal setiap masa. Jika latihan yang diberikan secara berulang, tidak mustahil suatu hari nanti pencapaian muridmurid ini akan meningkat dan sentiasa memberangsangkan.

3.2

Teori Konstruktivisme 3.2.1 Konsep Umum Teori Konstruktivisme merupakan satu lagi teori pembelajaran yang diperkenalkan bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Teori ini diperkenalkan oleh Jean Piaget dan Lev Vygotsky dan mereka merupakan pendukung utama teori ini dalam usaha mengkaji psikologi pembelajaran kanak-kanak. Teori ini membentangkan bahawa murid sebagai pembina pengetahuan, bukannya sebagai penerima pengetahuan. Murid merupakan peranan utama dalam proses pembelajaran. Seseorang murid dianggap telah mengalami proses belajar sekiranya beliau berjaya membina kefahaman kendiri tentang ilmu atau idea baharu melalui pengalaman sedia ada atau skemata. Teori ini terbahagi kepada dua, iaitu Teori Konstruktivisme psikologi/individu/kognitif yang dipelopori oleh Jean Piaget (1896 1980) dan Teori Konstruktivisme sosial yang dipelopori oleh Lev Vygotsky (1896 1934). Teori Konstruktivisme mempunyai asas teori kognitif dengan penekanan diberikan kepada bagaimana struktur kognitif membina dan mengorganisasikan pengetahuan. Konsep bagi Teori Konstruktivisme psikologi/individu/kognitif ialah keupayaan mengurus maklumat dan pengetahuan berlaku secara berperingkat begitu juga dengan proses membina pengetahuan di mana ia bermula dengan pengetahuan yang sedia ada dalam struktur kognitif. Struktur asas organisasi mental ini ialah skema. Justeru, pengetahuan sedia ada yang menjadi asas tingkah laku ialah skema.

Manakala konsep bagi Teori Konstruktivisme sosial

pula

ialah perkembangan konsep kanak-kanak secara sistematis, logikal serta rasional dengan bantuan dan bimbingan verbal orang lain. Ini menjadikan konteks sosial sebagai pemain utama dalam pembelajaran. Teori ini melihat pembelajaran manusia melalui konteks sosio-budaya, yang mana komunikasi individu membantu pembinaan pengetahuan yang baru. Secara keseluruhannya, teori pembelajaran konstruktivis ini merupakan satu proses pembelajaran di mana pengubahsuaian model mental akan berlaku untuk menyesuaikannya dengan pengalaman baru yang diterima. Makna yang cuba dibina dengan pemahaman sendiri adalah datangnya daripada pengalaman dan pengetahuan yang ditimba.

3.2.2 Ciri-ciri Umum Melalui konsep teori yang dibentangkan, teori ini menggariskan beberapa ciri yang membolehkan teori ini dijadikan sebagai garis panduan dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara ciri-ciri teori ini ialah ia menekankan tentang pembelajaran berpusatkan murid. Hal ini kerana pembelajaran berlaku melalui proses aplikasi pengetahuan dan interaksi dengan orang lain. Tanpa dua kaedah ini, maka tidak berlakulah pembelajaran. Selain itu, dalam teori ini pembinaan pengetahuan dapat diajar dan dibimbing melalui proses scaffolding dan bagi murid, mereka membina pengetahuan yang bermakna adalah dalam diri mereka sendiri. Jika pembelajaran baharu terjadi, ia akan bergantung kepada pemahaman atau pengetahuan sedia ada. Hal ini kerana pembelajaran baharu bermula dengan pengetahuan sedia ada sehingga pemahaman baru itu tercapai.

Di samping itu, teori ini juga mengatakan bahawa interaksi sosial banyak membantu bermakna dan berlaku menyokong dalam pembelajaran. tugasan Pembelajaran konteks

berasaskan alam nyata. Dalam hal ini guru dan rakan sendiri memainkan peranan dalam memberi tunjuk ajar. Perkara yang menjadikan sesuatu pembelajaran itu menarik adalah situasi persekitaran yang banyak menunjukkan kaitan sesuatu pembelajaran itu. Interaksi dan pengaruh sosial akan membawa kepada pemikiran aras tinggi. Bukan itu sahaja, dalam teori ini juga, seseorang murid itu perlu bertanggungjawab terhadapa pembelajarannya sendiri. Hal ini kerana dalam teori pembelajaran konstruktivis, ia menekankan tentang pembelajaran pencarian sesuatu makna. Murid itu sendiri perlu berhadapan dengan proses pembelajaran dalam memahami apa yang dipelajari. Guru hanya perlu menunjukkan pelbagai contoh yang dapat mewujudkan makna dalam diri seseorang murid itu.

3.2.3 Penggunaan Teori dalam Masalah P&P Setelah melihat dan meneliti konsep dan ciri-ciri Teori

Konstruktivisme yang telah dibentangkan, seterusnya kita akan melihat dan meneliti bagaimana teori ini diaplikasikan dalam masalah pembelajaran yang diberikan dan kebolehan memberi implikasi yang memberangsangkan dalam menangani masalah pembelajaran yang dinyatakan. Berdasarkan pernyataan masalah, beberapa kata kunci masalah telah ditanda dan digariskan sebagai panduan. Kata-kata kunci yang ditanda dan digariskan itu ialah: Murid suka belajar bersendirian Tidak gemar melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan

Kurang motivasi, dan Pencapaian akademik rendah

Pengaplikasian teori ini dalam pernyataan masalah dilihat dapat membantu sedikit sebanyak setelah dihubungkaitkan kata-kata kunci yang digariskan dengan ciri-ciri dan kehendak teori. Penyelesaian yang ketara dilihat ialah berkaitan ciri komunikasi dan kemahiran sosial individu dalam menjalani proses pembelajaran dengan pernyataan masalah kurang penglibatan dalam aktiviti berkumpulan. Masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan teori ini kerana teori ini menekankan kepentingan interaksi, komunikasi dan kemahiran sosial individu dalam pemerolehan ilmu dan penjanaan idea yang membolehkan perkembangan kognitif murid berlaku. Menurut Lev Vygotsky, berdasarkan Teori Konstruktivisme Sosial beliau, pembelajaran dapat berlaku melalui bermain, penyampaian secara formal atau kerjasama antara pelajar dengan pelajar yang lebih berpengalaman. Perkara ini dapat diperjelaskan lagi melalui Zon Perkembangan Terdekat (ZPD) yang disarankan oleh Vygotsky, iaitu merujuk kepada kolaborasi antara pelajar dengan pelajar lain yang lebih berpengalaman atau dengan bimbingan orang lain yang lebih mahir dalam menyelesaikan sesuatu tugasan pembelajaran yang sukar dilakukan oleh pelajar. Jika komunikasi atau interaksi tidak berlaku, maka pembinaan makna dalam diri murid ini tidak akan berlaku. Oleh hal yang demikian, semua orang termasuk ibu bapa, guru serta rakan kepada murid itu sendiri perlu menitikberatkan soal komunikasi ini supaya murid-murid yang mempunyai masalah dalam belajar bersendirian dan tidak gemar lakukan aktiviti kumpulan dapat membina makna dalam diri sendiri berdasarkan pengetahuan atau pengalaman yang dilalui.

Selain hubungkait ciri interaksi, satu lagi ciri yang dilihat memberi implikasi kepada penyelesaian pernyataan masalah ialah aktiviti pengukuhan yang membantu pembinaan pengetahuan baru yang berhubungkait dengan pernyataan masalah pencapaian akademik yang rendah. Dalam konteks ini, teori ini menegaskan bahawa dengan pengukuhan yang baik dapat menjadikan murid menimba pengetahuan yang baru dalam proses belajar. Berdasarkan apa yang dinyatakan oleh Jean Piaget melalui Teori Konstrutivisme Kognitif beliau, pelajar akan mengadaptasi sesuatu penerimaan maklumat dan pengukuhan berdasarkan pengetahuan yang sedia ada tentang pembelajaran yang sedang dilaluinya. Dalam perkara ini, Piaget mengkategorikan adaptasi pembelajaran kepada dua proses, iaitu asimilasi dan akomodasi. Asimilasi ialah apabila sesuatu maklumat atau keadaan baru yang sedang dilalui pelajar sama dengan ciri-ciri pengetahuan yang sedia ada pada pelajar, dengan mudah pelajar dapat menyerap ke dalam struktur kognitif. Akomodasi pula ialah penyesuaian kepada sesuatu perkara atau keadaan baru seperti penerimaan maklumat atau pengukuhan yang baru yang melibatkan perkembangan kognitif pelajar dalam memahami dan menyesuaikan diri dengan pembelajaran. Ini akan membolehkan murid sentiasa bersedia dengan perkara-perkara yang baru yang akan dipelajari. Jika seseorang murid itu berjaya membentuk makna dalam diri, maka masalah pencapaian masalah ini tidak lagi akan terjadi. Di samping itu, tindakan guru dan rakan sebagai fasilitator pembelajaran dalam membantu murid memahami apa yang dipelajari dan membimbing untuk pengetahuan baru sedikit sebanyak menyelesaikan pernyataan masalah tentang kurangnya motivasi. Perkara ini dilihat mampu memabntu memotivasikan murid dalam menimba pengetahuan yang baru. Murid tidak akan belajar bersendirian kerana guru sentiasa memberikan input-input

dan

pengukuhan

yang

menjadikan

murid

sedia

untuk

berkomunikasi dengan murid yang lain. Daripada sini, murid akan sentiasa merasakan dirinya sentiasa diberi perhatian dan sedikit sebanyak motivasi dalam diri murid ini akan meningkat dengan layanan yang diberikan oleh guru dan rakan-rakan sekeliling. Dari sesuai keseluruhan pemerhatian dan analisis masalah Teori yang

Konstruktivisme, dapat dituntaskan di sini bahawa teori ini lebih diaplikasikan dalam menyelesaikan dinyatakan. Hal ini demikian kerana teori ini dilihat merangkumi aspek kognitif, sosial dan pengalaman serta pengukuhan. Aspekaspek ini yang membantu murid untuk kesediaan belajar jika teori ini dilaksanakan dengan betul dan baik secara menyeluruh. Guru pula di satu bahagian yang lain, juga perlu menjadi seorang yang konstruktivis dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran berkesan dan bermakna. Dengan ini, baru proses pembelajaran dapat membantu membina murid dalam aspek kognitif dan sosial serta membolehkan murid sentiasa inigin mempelajari perkara yang baru. Semua keadaan pernyataan masalah dilihat dari konteks teori Jean Piaget yang menyasarkan proses asimilasi iaitu gunapakai pengetahuan yang sedia ada untuk maklumat dan pengukuhan yang baru yang berkaitan dan akomodasi yang menyesuaikan sesuatu maklumat dan pengukuhan itu dengan keadaan pembelajaran yang berubah bagi mengembangkan kognitif pelajar. Selain itu, teori Vygotsky juga membantu perkembangan kognitif dengan cara ZPD, iaitu bimbingan dan komunikasi dengan pelajar atau orang di sekeliling yang lebih berpengalaman yang dapat membantu pelajar dalam inkuiri maklumat dan penyelesaian tugasan pembelajaran yang sukar.

3.3

Teori Humanisme 3.3.1 Konsep Umum Teori Humanisme merupakan salah satu teori pembelajaran yang diperkenalkan bagi mengkaji keadaan pengajaran dan pembelajaran. Humanisme melihat manusia sebagai makhluk yang istimewa dan mempunyai keupayaan yang tidak serupa dengan haiwan. Pendekatan Humanisme melihat pelajar sebagai insan berpotensi, bermotivasi dan berkeupayaan untuk belajar dan berkembang. Bukan itu sahaja, pendekatan ini juga lebih berorientasikan nilai di mana ia lebih mirip kepada preskripsi iaitu mengenai apa yang harus berlaku dan bukannya pemerihalan iaitu apa yang sebenarnya berlaku. Teori ini diperkenalkan oleh Carl Rogers berdasarkan teori personaliti Medan Fenomena Combs dan Snygg (1949). Menurut Carl Rogers, manusia pada dasarnya adalah baik dan mempunyai motivasi yang tinggi untuk mencapai potensi diri. Sebagai insan yang baik, jika dijuruskan ke arah yang betul akan berkembang secara positif, baik rohani dan jasmani. Dalam bidang pendidikan, Rogers terkenal dengan teori pembelajaran pengalaman (experiential learning). Rogers mengkategorikan pembelajaran kepada dua, iaitu pembelajaran kognitif yang dianggapnya tidak bermakna dan pembelajaran pengalaman. Pembelajaran kognitif ialah pembelajaran mata pelajaran akademik semata-mata, manakala pembelajaran pengalaman pula melibatkan pemerolehan pengetahuan dan pengaplikasiannya. Tambahan pula, dalam konteks pendidikan pendekatan humanistik ini sebenarnya menekankan sifat semulajadi individu untuk belajar. Dalam hal ini, murid perlu mengawal diri sendiri dan

membuat keputusan sendiri atas pembelajaran masing-masing. Guru hanya sebagai penunjuk ajar dan pembantu dalam proses pembelajaran. Dalam teori ini, ia menekankan objektif-objektif seperti membantu meningkatkan murid ke arah kendiri dan kebebasan, membantu murid agar lebih bertanggungjawab untuk menentukan apa yang mereka ingin pelajari, meningkatkan daya cipta murid, memperkembangkan minat murid dalam bidang seni serta meningkatkan naluri ingin tahu murid. Ahli humanistik berpendapat bahawa kriteria pertama dalam menentukan kejayaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah kepuasan murid itu terhadap diri sendiri. Oleh hal yang demikian, jelaslah di sini bahawa pembelajaran murid itu lebih bersifat ke arah kendiri. 3.3.2 Ciri-ciri Umum Teori Humanisme seperti yang telah diterangkan konsepnya, membentangkan beberapa ciri yang membezakan antaranya dengan teori-teori pembelajaran yang lain, menjadikan salah satu teori pembelajaran yang penting, menarik untuk dikaji dan unik. Antara ciri-ciri Teori Humanisme ialah murid akan belajar apa yang mereka kehendaki dan apa yang ingin mereka tahu. Oleh sebab itulah telah dikatan bahawa dalam teori ini pembelajaran murid itu adalah lebih bersifat kendiri. Selain itu, teori ini juga mengatakan bahawa keinginan untuk belajar dan mengetahui bagaimana hendak belajar adalah lebih penting daripada pemerolehan fakta-fakta. Pada diri murid itu, penilaian yang dilakukan diri sendiri adalah lebih bermakna berbanding dilakukan oleh orang lain. Hal ini kerana mereka tahu apa yang mereka inginkan dan peroleh.

Di samping itu, dalam teori ini fakta-fakta yang disampaikan atau diperoleh adalah sama penting dengan perasaan murid itu sendiri. Padanya, mempelajari bagaimana hendak merasa adalah sama penting dengan mempelajari bagaimana hendak berfikir. Semuanya bergantung kepada diri murid itu sendiri. Teori ini tidak pernah memaksa murid dalam pembelejaran, semua bergantung kepada diri sendiri. Tambahan pula, pembelajaran hanya berlaku jika murid tidak berasa terancam. Suasana sosioemosi yang sihat di mana guru lebih memuji daripada mengkritik dan lebih membimbing daripada memarahi hendaklah diwujudkan. Murid akan belajar dengan lebih berkesan jika harga dirinya tidak tergugat. Mereka akan mudah menerima apa yang diajar jika guru prihatin dengan keadaan mereka dan sentiasa memberikan kata-kata perangsang. Apa yang penting dalam teori ini adalah pembelajaran banyak bergantung kepada diri murid-murid itu sendiri. Maklumlah pembelajaran dalam teori ini adalah bersifat kendiri.

3.3.3

Penggunaan Teori dalam Masalah P&P Setelah melihat dan meneliti konsep dan ciri-ciri Teori Humanisme yang telah dibentangkan kita akan melihat dan meneliti bagaimana teori ini diaplikasikan dalam masalah pembelajaran yang diberikan dan kebolehan memberi implikasi yang memberangsangkan dalam menangani masalah pembelajaran yang dinyatakan. Berdasarkan pernyataan masalah, beberapa kata kunci masalah telah ditanda dan digariskan sebagai panduan. Kata-kata kunci yang ditanda dan digariskan itu ialah: Murid suka belajar bersendirian Tidak gemar melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan Kurang motivasi, dan Pencapaian akademik rendah Humanisme Berdasarkan diaplikasikan pernyataan dalam masalah, menyelesaikan analisis yang

Teori diberikan.

pernyataan masalah ini berdasarkan kata kunci yang telah diperolehi daripada pengaplikasian Teori Humanisme merupakan teori yang menggalakkan murid belajar sendiri dan mengikut kehendak sendiri. Implikasi daripada perkara ini adalah perkembangan kognitif murid tidak berlaku, murid akan lebih menumpukan perhatian pada perkara yang diminati mereka atau satu-satu perkara sahaja terutama perkara yang mudah kerana mereka sudah biasa dan faham akan perkara tersebut atau mereka dapati mereka boleh melakukan perkara tersebut sahaja. Oleh hal yang demikian, teori ini tidak dapat menyelesaikan masalah murid suka belajar bersendirian kerana teori ini lebih menggalakkan murid menentukan pembelajaran sendiri.

Tambahan lagi, aktiviti berkumpulan sukar dilaksanakan kerana murid-murid berada dalam keadaan minat dan kefahaman masingmasing. Murid akan lebih bersikap egosentrik sesama sendiri dan komunikasi dalam kumpulan akan sukar. Jadi, dalam teori ini pembelajaran secara sendiri dan secara berkumpulan sukar untuk diselesaikan. Hal ini kerana teori ini menekankan tentang pembelajaran bersifat kendiri dan sifat semulajadi murid untuk belajar. Agak sukar bagi teori ini untuk menyelesaikan masalah murid yang suka belajar bersendirian dan tidak gemar dalam aktiviti berkumpulan. Selain itu, murid dibiarkan timbul rasa hendak belajar dan bagaimana hendak belajar berbanding dengan murid diajak untuk belajar dan ditunjukkan cara belajar kerana ketiadaan kesediaan belajar dalam situasi pembelajaran yang sedang berlangsung. Motivasi tidak dapat diberikan dan murid lama kelamaan akan berasa kurang minat untuk belajar seterusnya murid akan kekal dalam keadaan sedia ada. Teori ini tidak dapat memberikan penyelesaian sepenuhnya ke atas masalah murid yang kurang motivasi. Sudah terang lagi bersuluh, teori humanisme ini semuanya bergantung kepada diri sendiri murid itu. Jika dia hendak belajar, dia akan belajar. Apa yang dapat dilakukan adalah guru perlu berusaha memotivasikan diri murid dengan mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan menarik buat diri muridmurid. Murid akan lebih bepuas hati dan bersenang hati dengan pencapaian sendiri berdasarkan penilaian mereka sendiri atas usaha yang telah dilakukan berbanding melihat penilaian orang lain, terutama guru mereka. Ini akan menyukarkan proses penambahbaikan pada prestasi murid dan pencapaian akademik murid dan akan menyebabkan murid tidak meningkat dalam

pemerolehan ilmu. Jika pelbagai jenis pendekatan dilakukan secara berperingkat-peringkat, mungkin murid ini akan menerima penilaian yang dilakukan oleh orang lain. Tetapi hal ini semuanya bergantung kepada usaha yang dilakukan. Berdasarkan implikasi yang diperolehi daripada pengaplikasian Teori Humanisme dalam masalah pembelajaran yang dinyatakan, jelas dilihat yang teori ini kurang memperbaiki masalah yang sedia ada dihadapi oleh guru yang berkenaan kerana ia menekankan kepada pembelajaran sebagai kendiri perkara semata-mata utama dan meletakkan dan pengalaman pembelajaran

pemerolehan ilmu. Teori ini hanya bergantung kepada pengalaman belajar semata dari perkembangan kognitif dan penambahbaikkan prestasi di mana teori ini hanya sesuai diguna pakai pada tahap pemerolehan ilmu yang lebih tinggi iaitu pada peringkat pendidikan tinggi, yang lebih banyak kepada kajian. Pada peringkat pendidikan rendah, murid perlu dibimbing dan ditunjuk ajar, dengan cara yang baik, agar pemerolehan ilmu dan perkembangan ilmu memberi kesan yang positif pada peningkatan prestasi murid. Pengukuhan dan penilaian serta motivasi yang berterusan harus dilaksanakan agar dapat membantu murid dalam meningkatkan perkembangan kognitif dan membolehkan murid memperbaiki kelemahan diri dan membina keyakinan diri.

Anda mungkin juga menyukai