Anda di halaman 1dari 11

TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG.

DATO MOHAMAD ZABIDI ZAINAL KETUA PENGARAH MAMPU SEMPENA SEMINAR PERANCANGAN STRATEGIK MAMPU 2013 INOVASI DIPERSADA, RAKYAT SEJAHTERA TARIKH/ MASA 12 JANUARI 2013 (SABTU), 9.00 PAGI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Kegemilangan. Salam 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Yang Dihormati Saudari Pengacara Majlis Yang Berbahagia Dato Dr. Nor Aliah Mohd Zahri, Timbalan Ketua Pengarah (ICT) Yang Berbahagia Dr. Mazlan bin Yusoff Timbalan Ketua Pengarah (PT) Ketuaketua Perunding ICT Sektor Awam Pengarah-Pengarah Bahagian dan Cawangan Perunding-Perunding ICT Sektor Awam Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya kasihi sekalian. 2. Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan kesyukuran kerana dengan izin Allah S.W.T, dapat kita berhimpun pada pagi ini dalam seminar yang begitu signifikan dan bermakna untuk kita semua bermuhasabah diri dan melihat semula perjalanan pelaksanaan usaha-usaha transformasi yang telah kita lalui bersama sepanjang tahun 2012 dan seterusnya memeta hala tuju dan bercega menempuh cabaran baharu yang mendepani kita pada tahun 2013.

3. Di akhir 2012 kita telah berhimpun di Malam Apresiasi yang julung julung kalinya diadakan untuk memperingati dan menghargai usaha penat lelah seluruh warga MAMPU. Sebagai perjumpaan pertama kita pada tahun baharu ini, sekali lagi saya mengambil kesempatan merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada kedua-dua Timbalan Ketua Pengarah (ICT) dan (PT), Ketua-Ketua Pakar Perunding, barisan Pengarah Bahagian/ Cawangan dan tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang hadir. Syabas dan tahniah diucapkan atas kejayaan menjadikan MAMPU sebuah organisasi yang berprestasi cemerlang pada tahun 2012. Kecemerlangan kita telah diperakui antara lainnya menerusi penarafan bintang (SSR) di peringkat agensi-agensi Persekutuan dan penganugerahan usaha-usaha inovasi di kalangan agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri. MAMPU juga turut diiktiraf oleh badan bukan Kerajaan seperti Multimedia Development Corporation (MDeC) untuk portal Kerajaan yang berkesan untuk kegunaan orang ramai. Paling membanggakan, peranan MAMPU turut diperakui di peringkat antarabangsa dengan pemilihan sebagai tuan rumah kepada penganjuran Persidangan dwi-tahunan Commonwealth Association for Public Administration and Management (CAPAM) bagi tahun 2014. 4. Kejayaan-kejayaan ini tidak mungkin dicapai tanpa kerjasama jitu seluruh warga. Maka dengan itu, marilah kita meneruskan usaha-usaha bagi memantap dan memperteguhkan MAMPU untuk tahun baharu ini. Kita perlu mengatur langkah menyahut seruan untuk menyedia dan memberikan perkhidmatan yang terbaik demi kesejahteraan rakyat. Di samping itu, marilah kita mempersiapkan diri untuk melangkaui ke sempadan yang baharu ataupun the new frontier yang sedang menanti kita. MENGIMBAS PENCAPAIAN TAHUN 2012 Hadirin yang dihormati sekalian, 5. Mendepani cabaran-cabaran getir globalisasi, tugas menerajui transformasi Perkhidmatan Awam bukanlah sesuatu yang mudah. Perubahan-perubahan drastik yang sedang berlaku di peringkat antarabangsa mahu pun tempatan adakalanya amat sukar untuk diramal dan ditangani.

6. MAMPU sebagai sebuah agensi perdana hendaklah memacu dan menerajui agenda transformasi Sektor Awam dengan memanfaatkan segala kekuatan dan keupayaan yang ada. Pelaksanaan transformasi menuntut warga MAMPU untuk berfikiran lebih terbuka, bersikap dinamik dan bersedia memperlengkapkan diri dengan ketajaman ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan. 7. Malah lebih daripada itu, setiap warga MAMPU harus berani merangsang pemikiran dan mencabar minda bagi mencerna isu dan mencari jalan untuk sentiasa melakukan pembaharuan dan memecahkan tembok kemustahilan yang wujud. Ciri-ciri inilah yang menjadi ramuan dan intipati kepada MAMPU sebagai sebuah agensi perdana yang berdiri di atas kebitaraannya mencurah bakti kepada Perkhidmatan Awam dan rakyat. 8. Menyelak semula tirai tahun 2012, kisah kejayaan yang dilakari oleh kita semua telah mewarnai potret kegemilangan MAMPU. Antaranya ialah kejayaan kita mengenal pasti dan seterusnya mengiktiraf agensi Kerajaan yang telah berjaya menghasilkan perkhidmatan yang cekap dan berkesan melalui kaedah yang inovatif dan kreatif menerusi Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) dan Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA). 9. Pengiktirafan kepada agensi yang terpilih merupakan pendorong kepada lain-lain agensi Kerajaan untuk terus maju ke hadapan bersamasama mentransfromasikan Perkhidmatan Awam. Pencapaian sesebuah agensi tidak hanya diukur dari segi hadiah ataupun ganjaran sematamata tetapi kejayaan yang lebih mendasar ialah mengetahui bahawa usaha yang dilakukan itu berjaya mempermudah dan memberi manfaat kepada rakyat. Perkhidmatan yang diberikan itu dirasai oleh rakyat dan menjalin satu hubungan yang erat antara Kerajaan dan rakyat. Hasilnya, mempertingkatkan persepsi positif terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh Perkhidmatan Awam. 10. Kita boleh berbangga dengan pelbagai pencapaian yang telah dikecapi dan diraikan bersama dan amatlah wajar kita memperingati kejayaan signifikan yang telah dicapai itu sebagai pendorong kepada usaha yang lebih gigih to go beyond the expected and to embrace the new frontier pada tahun ini. Antara pencapaian yang masih segar di ingatan, kejayaan melancarkan projek bitara Kerajaan di bawah inisiatif Lautan Biru Kebangsaan seperti 1Malaysia One Call Centre (1MOCC) dan 1Malaysia Training Centre (1MTC), menganjurkan Persidangan CIO Sektor Awam, menghasilkan penerbitan berkualiti sebagai sebuah

agensi perdana intelektual melalui penulisan buku Meneruskan Momentum Transformasi: CTI-PCI dan usaha memantapkan pembudayaan nilai melalui penghasilan karya Etos Perkhidmatan Awam. Adalah diharapkan dengan terhasilnya dua karya perdana MAMPU ini akan dapat meningkatkan penghayatan etos dalam kalangan penjawat awam ke arah pencapaian program yang lebih bermanfaat kepada rakyat selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan berteraskan konsep CTI-PCI. 11. Begitu juga dengan pelaksanaan projek-projek antara agensi menggunakan kepakaran ICT seperti projek U-Customs, peningkatan keselamatan ICT menerusi Pemantauan Rangkaian ICT Sektor Awam (PRISMA) dan peningkatan penggunaan Open Source Sofware (OSS) oleh agensi-agensi Kerajaan serta perkhidmatan-perkhidmatan online Kerajaan. 12. Setiap kejayaan yang dikecapi memberi peluang untuk kita menghargai breakthrough strategy yang telah dihasilkan, keupayaan untuk melahirkan pemikiran outside of the box, mengikis amalan silo, kepentingan mewujudkan hubungan kolaborasi dengan lain-lain agensi Kerajaan, penghasilan outcome dan impak dalam pelaksanaan program dan projek serta perkhidmatan yang disediakan, prinsip value for money dan yang terpenting sekali setiap tindakan yang kita lakukan ditunjangi oleh integriti yang kukuh seperti yang ditekankan oleh kepimpinan tertinggi negara. 13. Kejayaan tahun 2012 akan kekal dalam lipatan sejarah MAMPU, namun kejayaan ini menghendaki MAMPU selaku peneraju transformasi Perkhidmatan Awam memantapkan lagi momentum Agenda Transfromasi Sektor Awam. Despite our success, this is no time to rest on our laurels. The road to success and the road to failure are almost always the same. MENERUSKAN AGENDA PERKHIDMATAN AWAM Hadirin yang dihormati sekalian, 14. Peranan dan fungsi Perkhidmatan Awam telah berkembang seiring dengan keperluan semasa. Pada ketika ini, gagasan utama Kerajaan adalah memberikan kesejahteraan kepada rakyat melalui prinsip Mendahulukan Rakyat, Mengutamakan Pencapaian. TRANSFORMASI: CABARAN

15. Sebagai sebuah agensi perdana Kerajaan MAMPU juga perlu mengatasi cabaran untuk membolehkan kita bergerak ke hadapan sebagai peneraju transformasi Perkhidmatan Awam. Laporan Globaltrends.com telah menyenaraikan 10 cabaran utama merempuh globalisasi dunia pada tahun 2013. Saya ingin mengulangi 5 cabaran utama yang pernah saya nyatakan sebelum ini. 16. Pertama, Social Everything: New Generations And Their Digital World Stepping Forward. Cabaran ini mengenai kemunculan generasi baharu yang mengoptimumkan penggunaan media digital. Kemunculan generasi muda dengan penggunaan media digital yang meluas menyebabkan kurang kebergantungan kepada perkhidmatan perdana yang disediakan oleh Perkhidmatan Awam secara konvensional. Sekiranya dibiarkan berterusan, jurang yang wujud antara Kerajaan dan rakyat akan melebar dan akhirnya membawa kegagalan kepada usaha mensejahterakan rakyat dan negara. 17. Kedua, The Next Industrial Revolution: Robots and Smart Machines Reshaping Work merupakan cabaran kewujudan teknologi baharu terhadap keupayaan pekerja menyedia dan memberikan perkhidmatan. Kewujudan pelbagai sistem robotik dan penggunaan aplikasi mobile secara meluas mengikis etos dan nilai yang dijadikan pegangan dalam menyediakan perkhidmatan oleh pekerja. 18. Ketiga, Geopolitical Wars: The Fight to Control The Future adalah cabaran yang dihadapi oleh negara untuk menentukan hala tuju pembangunan berdasarkan persekitaran politik semasa. 19. Keempat, Information is Power: The Security Challenge melihat kepada cabaran kepesatan penggunaan teknologi maklumat yang merentasi sempadan dan waktu yang berupaya mengancam keselamatan sesebuah negara. 20. Dan yang kelima, Redefining Value: The Consumer is Winning the Fight to Own The New Consumer adalah cabaran yang terbit akibat daripada rakyat generasi baharu yang semakin terbuka, berpendidikan tinggi yang bersikap berani dan agresif dalam memperjuangkan hak dan mengutarakan pandangan mereka. 21. Untuk Perkhidmatan Awam di Malaysia, cabaran utama yang kita hadapi boleh dirangkumkan kepada faktor berikut:

a) b) c) d)

Tadbir urus pentadbiran Perkhidmatan Awam; Ekspektasi rakyat yang meningkat; Pembangunan modal insan Sektor Awam; dan Integriti penjawat awam.

22. Pertamanya, kita perlu melihat kepada pendekatan pentadbiran antara Kerajaan supaya diwujudkan mekanisme perhubungan yang lebih fleksibel dan efektif untuk membolehkan program pembangunan Kerajaan dilaksanakan secara lebih terangkum. Cabarannya adalah untuk melihat keupayaan bagaimana kemudahan teknologi maklumat terutamanya pengurusan data dan maklumat dapat digunakan untuk menghasilkan nilai strategik khususnya dalam dunia hari ini yang dinamik dan saling berhubungan. Kedua, menganalisa tahap perkhidmatan yang disediakan supaya memenuhi kehendak dan ekspektasi rakyat sesuai dengan peningkatan taraf hidup, peluasan penggunaan teknologi maklumat dan tahap pendidikan rakyat. 23. Perkara ketiga yang perlu dititik-beratkan adalah berkaitan dengan pembangunan modal insan. Isu utama yang kelihatan pada hari ini adalah jurang generasi (generation gap) penjawat dalam Perkhidmatan Awam. Kenyataannya pada hari ini terdapat perbezaan nilai dan amalan bekerja daripada generasi Baby Boomers, Generasi X dan Y. Jurang ini perlu direntangi supaya usaha pembangunan Kerajaan tidak terganggu gugat. If we are able to unlock the full potential of these diverse talents the sky is the limit for the civil service. Saya percaya MAMPU dapat mengoptimumkan segala kemahiran, pengalaman dan ilmu pengetahuan yang terangkum untuk kita bergerak sebagai satu empowered entity. 24. Sebagai usaha membangunkan organisasi, MAMPU haruslah membangunkan intelek pegawai serta kemahiran baharu yang sesuai dengan kehendak semasa. Selain membangunkan modal insan, kita juga perlu mengekalkan kepakaran yang wujud dengan merancang dan menyediakan pelan penggantian jangka panjang yang komprehensif supaya MAMPU kekal bergerak mencapai kejayaan. Usaha berterusan juga perlu dipertingkatkan untuk menyokong pewujudan kepakaran penjawat awam untuk mengurangkan kebergantungan kita kepada perkhidmatan yang disediakan oleh pembekal luar. Saya merasa gembira kerana MAMPU mempunyai kumpulan pakar yang telah diperakui dalam Perkhidmatan Awam, terutamanya untuk kepakaran dalam bidang ICT, namun demikian adalah lebih baik jika kita melahirkan lebih ramai pakar yang mempunyai kepakaran yang berbentuk crosscutting untuk memberikan perkhidmatan rundingan yang lebih baik, cekap dan meyakinkan kepada lain-lain agensi Kerajaan.

25. Faktor keempat adalah menangani persepsi yang kurang memberangsangkan terhadap Perkhidmatan Awam. Sungguhpun, pelbagai usaha telah dilaksanakan dan disandarkan oleh pencapaian yang membanggakan, masih terdapat persepsi negatif terhadap tahap penyampaian perkhidmatan yang disediakan. Integriti, kebertanggungjawaban, produktiviti dan kualiti perkhidmatan dan penjawat awam itu sendiri masih kekal dipersoalkan dan ini merupakan cabaran getir yang perlu kita hadapi bersama. 26. Seeloknya, kita perlu melihat kepada pelaksanaan model pembangunan yang didasari oleh hubungan emosi (emotional connection) dengan rakyat. Kita perlu mewujudkan feel good factor dan kerana itu dalam mengukur kejayaan pelaksanaan program pembangunan Kerajaan, Indeks Kesejahteraan Rakyat turut diambil kira. Kita perlu menyedari ada kalanya kesejahteraan rakyat tidak semestinya berkait secara langsung atau positif semata-mata kepada pembangunan yang berbentuk fizikal, peningkatan pencapaian kemajuan ekonomi dan kekayaan negara serta penyediaan kemudahan asas tetapi juga kepada perpaduan dan kedamaian yang lebih berbentuk intangible namun tidak kurang pentingnya kepada rakyat. MEMETA BAHARU HALA TUJU, MELANGKAH MENUJU SEMPADAN

Hadirin yang dihormati sekalian, 27. Memasuki tahun baharu, YAB Perdana Menteri telah membuat seruan awal kepada semua penjawat awam untuk melipat gandakan usaha menjadikan tahun ini lebih berjaya dan cemerlang serta menjauhkan diri dari merasa leka dan selesa. Tidak dapat dinafikan pencapaian negara kita di peringkat global menyaksikan pencapaian yang amat membanggakan baik dari segi keyakinan (confidence), kemasukan pelaburan langsung asing dan indeks kesejahteraan rakyat. Antaranya, peningkatan keyakinan pelaburan asing (Foreign Direct Investment) terhadap Malaysia meningkat ke tangga ke-10 pada tahun 2012 berbanding tangga ke-17 pada tahun 2007 seperti dilaporkan oleh AT Kearney; Ease of Doing Business berada di tangga ke-18 pada tahun 2012 berbanding tangga ke-25 pada tahun 2007 mengikut laporan yang dikeluarkan oleh World Bank; tahap kompetitif negara meningkat ke tangga ke-14 pada tahun 2012 berbanding ke-19 pada tahun 2008 menerusi penarafan yang dilaksanakan oleh Institute for Management Development dan Global Peace Index menempatkan Malaysia di tangga ke-20 pada 2012 berbanding kedudukan di tangga ke-37 pada tahun

2007. Sekali lagi, perlu kita ingati we do not have the time to sit on our laurels. 28. YAB Perdana Menteri telah menggariskan 7 tumpuan utama untuk membawa kejayaan kepada pelaksanaan Bajet 2013 untuk memakmurkan negara dan mensejahterakan rakyat. Tujuh tumpuan yang telah digariskan adalah: a) b) c) memastikan perpaduan dan jati diri nasional diperkukuhkan; melaksanakan bajet 2013 dengan lancar mengikut jadual; melaksanakan Program Transformasi Kerajaan untuk memberi kesan dan kepuasan kepada rakyat, di samping memberi suntikan modal kepada pertumbuhan ekonomi negara; mengagih hasil pendapatan secara adil dan saksama kepada rakyat; melaksanakan program di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) secara sepenuhnya; memberikan perkhidmatan yang cepat, tepat dan berintegriti selain berfikiran kreatif dan bertindak secara inovatif; dan memastikan pencapaian Key Performance Indicator Menteri dan agensi dicapai sepenuhnya.

d) e) f) g)

29. Seruan telah pun dikumandangkan dan kini menjadi tanggungjawab kita melaksanakannya. Bertitik tolak dari seruan ini, MAMPU perlu bergegas dan bersiap siaga untuk menerokai the divergent scenarios of possible futures di mana kita boleh merebut peluang-peluang baharu yang tersedia. Sebagai menggalas usaha transformasi untuk mentransformasikan Perkhidmatan Awam MAMPU perlu memberi FOKUS kepada: a) Pertama, melaksanakan projek bitara di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang melibatkan kerjasama strategik antara agensi Kerajaan. Di samping memperluaskan projek yang telah dilancarkan seperti 1MOCC dan 1MTC, usaha perlu dilipat gandakan untuk menerokai lebih banyak program baharu yang berimpak tinggi. Pengiktirafan oleh Kerajaan kepada MAMPU untuk melaksanakan projek-projek mega harus disambut dengan ketersediaan untuk melaksanakan lebih daripada yang dituntut (going beyond the expected). MAMPU perlu kekal relevan dan engaged dalam menyokong usahausaha Kerajaan di bawah program ETP dan GTP yang telah diperluaskan (versi 2.0) supaya kita boleh menjangkakan apa yang boleh dilaksanakan untuk menyokong usaha-usaha Kerajaan;

b)

Kedua, memantap dan menjulang usaha-usaha transformasi dengan memperkukuhkan pendekatan State-Wide-Approach atau pun penggunaan kaedah yang terkini. Di samping itu, meningkatkan usaha-usaha merekayasa sistem dan prosedur untuk memudahcara perniagaan dan perkhidmatan kepada pelanggan; Ketiga, memantapkan pemanfatan ICT selaras dengan Pelan ICT Sektor Awam yang telah dibangunkan untuk mempertingkatkan penyampaian Perkhidmatan Awam. Pemanfaatan ICT menambah nilai menerusi inovasi kepada proses, produk dan perkhidmatan selain membangunkan new efficiencies; Keempat, mempertingkatkan pembudayaan dan kecemerlangan inovasi dalam Perkhidmatan Awam melalui usaha-usaha pengiktirafan dan penarafan sama ada di dalam mahu pun di luar negara. Kita perlu melihat apakah pendekatan baharu yang boleh kita terokai supaya peningkatan penarafan negara bergerak selari dengan peningkatan pelaburan dan daya saing negara; Kelima, mempertingkatkan jalinan kolaborasi antara agensiagensi Kerajaan dan agensi serantau serta luar negara untuk berkongsi maklumat dan pengalaman untuk mempertingkatkan penyampaian Perkhidmatan Awam; Keenam, memperkukuh dan memperluaskan promosi penyampaian Perkhidmatan Awam supaya dirasai di samping mengeratkan hubungan di antara Kerajaan dan rakyat. Perancangan perlu dibuat dengan teliti untuk memastikan projek-projek yang dilaksanakan berimpak tinggi dan signifikan. Kerjasama strategik dan kolaborasi antara agensi hendaklah dipertingkatkan dan pelaksanaan projek secara ad hoc hendaklah dielakkan; dan Ketujuh, memperteguhkan keupayaan dan kapasiti agensi supaya tegap berdiri sebagai peneraju transformasi Perkhidmatan Awam menerusi latihan dan program pembangunan insan yang lebih komprehensif.

c)

d)

e)

f)

g)

30. Dalam tempoh 2 hari yang mendatang kita perlu bersama-sama bersedia dengan perancangan yang jitu supaya kita dapat melaksanakan lebih banyak program yang akan membawa kesejahteraan kepada rakyat. Di bawah Bajet 2013, YAB Perdana Menteri telah menyebutkan tentang 113 touch point yang akan dilaksanakan untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat. MAMPU perlu memainkan peranan dalam pelaksanaan projek berbentuk touch point menerusi keupayaan ICT untuk menyedia dan membangunkan sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan kepada rakyat. Kita tidak boleh leka kerana tempoh Malaysia menjadi sebuah negara yang maju terlalu hampir, it is on the horizon. 31. Saya percaya MAMPU boleh mengecapi kejayaan yang lebih monumental kerana budaya seamless yang kita miliki adalah tiang seri yang mempaterikan kekuatan MAMPU sebagai agensi perdana dalam Perkhidmatan Awam negara. Budaya inovasi yang diamalkan akan memastikan kita sentiasa kekal relevan sementara pemikiran yang kreatif membolehkan kita bersedia menyahut cabaran dan ekspektasi pelanggan yang sentiasa meningkat dan berubah secara dinamik. Kita hendaklah mengubah cara berfikir yang konvensional daripada entiti yang terpisah kepada 1MAMPU yang lebih terangkum dan connected. PENUTUP Hadirin yang dihormati sekalian, 32. Mendepani kita adalah beberapa cabaran baharu dalam Perkhidmatan Awam. Hampir 11 hari berada di tahun 2013, saya ingin mengingatkan kepada seluruh warga MAMPU untuk sentiasa mewaspadai rempuhan cabaran baharu yang mendepani kita. 33. Sebelum mengakhiri ucapan pada malam ini, saya ingin mengambil kesempatan merakamkan ucapan tahniah dan ribuan terima kasih kepada pihak urus setia di atas penganjuran seminar yang bermula pada hari ini. 34. Saya ingin sekali lagi menyatakan rasa gembira dan berpuas hati di atas segala usaha dan jerih payah pengorbanan yang telah dicurahkan oleh tuan-tuan dan puanpuan sepanjang tahun 2012. Kesemua pencapaian dan kejayaan yang telah dikecapi ini adalah manifestasi kepada gandingan kerjasama berterusan di MAMPU. Kekalkan gandingan mantap yang telah kita wujudkan bersama ini. Untuk itu, kita harus mengubah cara berfikir dan bertindak daripada entiti Bahagian

yang berbeza kepada pendekatan 1MAMPU. Hanya dengan cara ini kita boleh menghadapi cabaran dalam penyediaan perkhidmatan Kerajaan secara connected dan dilaksanakan menggunakan pendekatan whole of government. Perkara ini perlu wujud dalam MAMPU terlebih dahulu dan dirasai sebelum dapat direalisasikan. Tahniah kepada tuan-tuan dan puan-puan yang telah melonjakkan nama MAMPU sehingga ke peringkat ini! 35. Walau apapun rintangan dan halangan yang melanda, biar apapun cabaran menghalang, MAMPU tidak mungkin berpatah arah. Kita akan terus bersama-sama berganding bahu untuk terus melayari bahtera transformasi Perkhidmatan Awam ini sehinggalah akhirnya nama negara Malaysia yang tercinta ini ternobat di persada kecemerlangan dunia. Selamat menyambut tahun baharu 2013. Semoga kejayaan menanti kita. Insyaa Allah. Sekian, Wabillahi Taufiq Wal Warahmatullahi Wabarakatuh. Hidayah Wassalamu Alaikum