Anda di halaman 1dari 14

Kertas Cadangan Pertandingan Permainan Mini Bola Baling SJK (C) Sing Ming Sibu Tahun 2013 1.

0 Pengenalan Bola Baling merupakan salah sejenis sukan yang berpotensi dan boleh dibangunkan sebagai sukan teras negara. Namun demikian, negara kita masih ketandusan bakat muda dalam sukan ini. Menyedari akan hakikat ini, SJK (C) Sing Ming, Sibu telah mengambil inisiatif untuk mencungkil bakat-bakat muda dengan menganjurkan Pertandingan Permainan Mini Bola Baling yang melibatkan 4 orang murid sepasukan. Hal ini seiras dengan matlamat Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya dapat menjadi warga negara Malaysia yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Selain itu, pertandingan mini ini yang berbentuk permainan berpasukan dapat menerapkan nilai-nilai positif seperti bekerjasama, berdisplin, semangat juang yang tinggi dan semangat kesukanan. Pengalaman dalam permainan dan pertandingan ini dapat digunakan dalam kehidupan seharian bagi menghasilkan kualiti hidup yang lebih sempurna. Dengan perkataan lain, Pertandingan Mini Bola Baling ini dapat memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang.

2.0

Tujuan Tujuan utama bagi pertandingan mini bola baling adalah untuk: a) memperkenalkan permainan bola baling kepada murid-murid. b) melahirkan murid-murid yang sihat dan aktif dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. c) memajukan sukan bola baling sebagai sukan teras di peringkat sekolah rendah seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi. d) mengeratkan hubungan kerjasama dan silaturahim di antara guru-guru dan muridmurid untuk meningkatkan kualiti sukan bola baling.

3.0

Objektif Objektif utama merancang dan mengelolakan pertandingan mini bola baling adalah untuk: a) memberi pendedahan kepada peserta tentang permainan yang dipertandingkan. b) memberikan murid pengalaman menyertai pertandingan yang berkaitan sukan. c) memberi peluang kepada peserta untuk menimba ilmu dan pengalaman baru. d) meluaskan pengetahuan peserta kepada sukan. e) mendukung aspirasi satu murid satu sukan

4.0

Tarikh dan Masa a) Tarikh b) Masa : 5 hingga 6 November 2013 (Selasa dan Rabu) : 8.30 pagi hingga 4.00 petang (Selasa) 8.30 pagi hingga 3.00 petang (Rabu)

5.0

Tempat Dewan SMK Methodist, Sibu

6.0

Sasaran Penyertaan a) Murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 SJK (C) Sing Ming, Sibu b) Pasukan jemputan daripada SMK Methodist c) Pasukan jemputan daripada Kelab-kelab Bola Baling sekolah rendah Daerah Sibu

7.0

Senarai Ahli Jawatankuasa Pelaksana AJK Pelaksana Pertandingan Mini Permainan Bola Baling SJK (C) Sing Ming, Sibu Tahun 2013 Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Naib Pengerusi 3 Penyelaras Pengerusi Teknik Setiausaha Naib Setiausaha Bendahari Pengurus Pasukan AJK a) Pendaftaran b) Juruacara c) Bacaan Doa d) Hadiah / sijil / cenderamata : Encik Wong Hing (Guru Besar SJK (C) Sing Ming, Sibu) : Encik Ling Kah Wei (GPK Kokurikulum SJK (C) Sing Ming, Sibu) : Puan Law Hei Ping (GPK Kurikulum SJK (C) Sing Ming, Sibu) : Puan Lam Mei Lai (GPK HEM SJK SJK (C) Sing Ming, Sibu) : Encik Wong Shoou Jang (Ketua Panitia PJ SJK (C) Sing Ming, Sibu) : Encik Saiful Bin Alias (Ketua Panitia PJ SMK Methodist, Sibu) : Puan Lily Ak. Anan : Puan Sharifah Binti Mohd Yasin : Puan Cindy Lu : Encik Ling Kwok Sun : Puan Ngu Siew Fung : : Puan Mary Ho : Cik Yong Yee Ling : Encik Syvester Ak. Wisley : Cik Yap Ming Jie : Ust. Amirul Hj. Mohd Sharul : Cik Jenny Lo : Cik Chong Li Sin

e) Peralatan / Persiapan Tempat f) Alat Siaraya g) Makanan / minuman h) Dokumentasi / Fotografi i) Kecemasan j) Keselamatan / Kebersihan k) Urusetia

: Encik Tan Bin Sheng : Encik Wong Hen Gung : Encik Lau Sie Tung : Puan Siti Binti Khalid : Puan Wong Yeen Keng : Encik Hii Ping Tong : Puan Ngu Mee Ing : Puan Cheong Ung Ping : Puan Wong Siew Hie : Puan Helen Ling : Puan Stephanie Ang : Encik Kong Ken Yit

8.0

Bilangan Pasukan Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. Pasukan SJK (C) Sing Ming, Sibu (Lelaki) SJK (C) Sing Ming, Sibu (Perempuan) Jemputan SMK Methodist, Sibu (Lelaki) Jemputan SMK Methodist, Sibu (Perempuan) Kelab Bola Baling Sekolah Rendah Daerah Sibu(Lelaki) Kelab Bola Baling Sekolah Rendah Daerah Sibu (Perempuan) Jumlah Pasukan Bilangan pasukan 6 4 1 1 5 3 20

9.0

Bilangan Pegawai a) Pengadil gelanggang : 4 orang

b) Penjaga masa 10.0

: 4 orang

Peralatan Sistem Pertandingan Bil. 1. 2. 3. 4. 5. Bola Tiang gol Gelanggang Borang skor Jersi (untuk pasukan SJK (C) Sing Ming, Sibu) Peralatan- peralatan Bilangan 4 4 2 secukupnya 40

11.0

Peraturan dan Undang-undang Berikut merupakan peraturan dan undang-undang bagi pertandingan bola baling yang telah diubah suai mengikut kesesuaian murid-murid sekolah rendah dan jenis pertandingan mini bola baling yang dirancangkan: a) Pendaftaran Peserta Setiap pasukan bagi kategori lelaki dan kategori perempuan hanya perlu mendaftarkan 4 orang peserta sepasukan (peraturan asal: 7 peserta termasuk penjaga gol). Dalam setiap pasukan terdiri daripada 3 orang pemain gelanggang dan 1 penjaga gol. Setiap pasukan perlu membayar RM10 sebagai yuran pendaftaran.

b) Gelanggang Permainan Permukaan gelanggang yang digunakan adalah rata dan keras. Gelanggang yang bersimen dan di dalam dewan yang tertutup. Hanya setengah daripada gelanggang yang digunakan untuk pertandingan mini.

Saiz gelanggang yang digunakan dalam pertandingan mini ialah 20 meter panjang dan 20 meter lebar (saiz asal: 40 meter panjang dan 20 meter lebar). Hanya 2 gelanggang yang akan digunakan dalam pertandingan ini iaitu satu untuk kategori lelaki dan satu untuk kategori perempuan.

c) Bola Bola yang digunakan adalah berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau getah yang tidak terlalu keras. Bola saiz 1 digunakan dalam pertandingan mini bagi kategori lelaki dan perempuan (bola saiz 1 untuk pertandingan mini bagi sekolah rendah). Berat bola saiz 1 adalah antara 290 gram hingga 330 gram. Lilitan bola saiz 1 adalah antara 50 sentimeter hingga 52 sentimeter. Dua biji bola akan disediakan bagi setiap perlawanan. Bola tidak boleh ditukar ganti kecuali dengan sebab-sebab tertentu. d) Tiang Gol Tiang gol perlu diletakkan di tengah-tengah garisan gol. Tiang gol yang digunakan adalah berukuran 2 meter panjang dan 3 meter lebar seperti ukuran asal tiang gol. e) Masa Perlawanan Masa perlawanan yang diperuntukkan bagi semua pasukan lelaki dan perempuan ialah 15 minit untuk setiap separuh masa (masa perlawanan sebenar bagi peringkat umur 8 tahun hingga 12 tahun ialah 20 minit untuk setiap separuh masa). Masa rehat yang diperuntukkan bagi pula ialah 10 minit. Jika perlawanan berakhir dengan seri, perlawanan masa tambahan akan diberi selepas rehat 5 minit. Perlawanan masa tambahan bagi dua separuh masa adalah 5 minit masing-masing dan masa rehat tidak akan diperuntukkan.

Sekiranya perlawanan seri lagi, setiap pasukan akan diberi peluang untuk balingan penalti sebanyak 3 kali (balingan penalti asal: 5 kali)

f) Pengadil Satu perlawanana diadili oleh dua orang pengadil dan dua orang penjaga masa.

g) Jaringan gol Suatu jaringan gol dikira sah apabila bola telah melepasi garisan gol pasukan lawan iaitu antara kedua-dua tiang serta di bawah palang gol. Pengadil akan meniupkan wisel sebaik sahaja gol dijaringkan. Gol akan diperoleh menerusi permain daripada pasukan yang membuat jaringan.

h) Syarat-syarat Perlawanan: Seseorang pemain dalam pasukan dibenarkan: Membaling, melontar, menangkap, menahan dan memukul bola dengan tangan, lengan, paha, lutut atau kepala. Memegang bola, tidak melebihi 3 saat. Melantunkan bola dari satu tempat ke satu tempat yang lain dalam kawasan permainan. Pemain yang membawa bola boleh berjalan / berlari tetapi tidak lebih daripada tiga langkah. Penjaga gol boleh keluar dari kawasan gol ketika bermain akan dikira sebagai pemain gelanggang. Penjaga gol boleh menahan bola dengan keadaan berlutut, duduk atau berbaring di lantai. Menahan bola dengan berlutut, duduk atau berbaring di atas lantai. Penjaga gol boleh menapis bola sekali ke lantai (melantun) dan menyambut bola semula. Pemain tidak dibenarkan:

Menyentuh bola dengan menggunakan bahagian bawah kaki. Menjunam bagi mendapatkan bola yang sedang bergolek atau pegun di atas lantai. Meneruskan permainan sekiranya bola terkena pengadil ketika di dalam gelanggang. Menarik atau menumbuk bola keluar daripada tangan pihak lawan. Menghalang secara kasar dengan menggunakan lengan, tangan dan kaki. Menarik baju atau menolak lawan secara kasar. Membaling bola ke arah pihak lawan dengan tujuan mencederakannya.

i) Balingan Permulaan Balingan permulaan diambil daripada tengah kawasan perlawanan. Selepas gol dijaringkan, permainan dimulakan dengan balingan permulaan. Semua pemain mesti berada di kawasan permainan masing-masing semasa balingan permulaan dimulakan. j) Balingan Pengadil Pengadil akan membaling bola menegak ke atas tanpa tiupan wisel di tempat berlaku gangguan permainan. k) Balingan Bola ke Dalam Balingan hanya dibenarkan ke dalam apabila seluruh bahagian bola telah melepasi bahagian garisan tepi. Pasukan yang tidak melakukan kesalahan sehingga bola terkeluar gelanggang diberi peluang melakukan balingan. Balingan dilakukan ditempat bola telah terkeluar, tetapi di penjuru gelanggang atau kawasan permainan. l) Balingan Gol

Balingan gol dilakukan apabila bola telah melepasi garisan gol oleh pasukan lawan. Balingan gol dilakukan sendiri oleh penjaga gol atau pasukan pertahanan. Penjaga gol akan membuat lontaran dari dalam kawasan pintu gol.

m) Balingan Penalti: Balingan penalti dilakukan setelah berlakunya perkara yang berikut : Bermain dalam keadaan merbahaya. Menghalang pemain lawan dari menjaringkan gol. Pemain memasuki kawasan golnya dengan sengaja untuk bertahan. Pemain memberikan bola kepada penjaga gol dengan sengaja. Penjaga gol membawa masuk bola ke dalam kawasan golnya atau keluar dari kawasan golnya. Setiap balingan penalti hendaklah dilakukan dalam masa tiga saat selepas pengadil meniupkan wisel. n) Balingan Percuma Balingan percuma diberikan kepada pasukan lawan kerana melakukan kesalahankesalahan berikut : Memasuki / meninggalkan gelanggang secara tidak sah. Bermain bola tanpa mengikut undang-undang permainan. Melakukan halangan terhadap pemain lawan secara sengaja. Memainkan bola secara sengaja supaya bola melepasi garisan gol. Kelakuan yang tidak sopan. Sekiranya peserta melakukan kesalahan semasa membuat balingan, balingan percuma hendaklah dilakukan dengan segera dari tempat berlakunya kesalahan itu.

o) Denda / Hukuman Permainan Berikut merupakan beberapa denda atau hukuman dalam perlawanan bola baling: Amaran / Kad Kuning Kerap melakukan kesalahan atau melanggar peraturan permainan. Hukuman / Gantung 2 Minit Tidak meletakkan bola ke lantai selepas melakukan seuatu kesalahan. Melanggar peraturan permainan. Pembatalan / Pemberhentian Pemain Melakukan kesalahan secara sengaja terhadap pihak lawan. Melakukan kesalahan gantung 2 minit untuk kali ketiga. Mencederakan pihak lawan.

12.0

Bajet a) Anggaran Pendapatan

Bil. 1. 2. 3. 4.

Sumber Kewangan Yuran pendaftaran (RM10 x 20 pasukan) Sumbangan PIBG SJK (C) Sing Ming, Sibu Sumbangan PIBG SMK Methodist Sumbangan daripada perseorangan (ibu bapa)

Jumlah RM200 RM800 RM300 RM1200

Jumlah Sumber Kewangan RM2500

b) Anggaran Perbelanjaan

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Perkara Sewa gelanggang Elaun pegawai Makanan dan Minuman (AJK dan pegawai) Air mineral (peserta, pegawai dan AJK) Bola baling Tiang gol Jersi (Pasukan SJK (C) Sing Ming, Sibu) Sijil ( 8 pegawai dan 80 peserta) Piala (Pertama, Kedua dan Ketiga)

Anggaran RM10 x 2 gelanggang x 2 hari RM7 x 8 pegawai x 2 hari RM4 x 36 orang x 2 hari RM7 x 15 kotak x 2 hari RM60 x 4 biji RM50 x 4 RM20 x 40 RM1 x 88 orang a) Pertama: RM8 x 4 peserta x 2 (L/P) b) Kedua RM6 x 4 peserta x 2 (L/P) c) Ketiga RM5 x 4 peserta x 2 (L/P) RM20 x 8 pegawai -

Jumlah RM40 RM112 RM288 RM210 RM240 RM200 RM800 RM88 RM64 RM48 RM40 RM160 RM100

10. 11.

Cenderamata (pegawai) Kecemasan (Ubat-ubatan)

Jumlah Perbelanjaan RM2390

13.0

Penutup Saya berharap tuan dapat mempertimbangkan kertas kerja ini demi memajukan permainan bola baling sekolah. Diharapkan semua pihak yang

terlibat dapat memberi kerjasama atau komitmen yang tinggi untuk menjayakan pertandingan mini bola baling ini.

Disediakan oleh, _____________________ ( Setiausaha Pelaksana Pertandingan Mini Bola Baling. Disemak oleh, ______________________ ( ) GPK Kokurikulum SJK (C) Sing Ming, Sibu. )

Disahkan oleh, _______________________ ( ) Guru Besar SJK (C) Sing Ming, Sibu

RUJUKAN Buku Rujukan Dr Norkhalid Salimin et.al. (2013). Kegiatan Profesional (Permainan) (Edisi Kedua). Malaysia. OUM. Lee Chin Choy. (2006). Siri Sukan Popular Fajar Bakti: Bola Baling. Shah Alam. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Reita E. Clanton. (1997). Team Handball Step To Success. United States of America. Human Kinetics, Inc. Teng Boon Tong. (1993). Panduan Pengajaran Kemahiran Asas Permainan . Petaling Jaya. Longman Malaysia Sdn. Bhd. Wee Eng Hoe (2000). Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Edisi Kedua. Shah Alam. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Laman Web Kertas kerja pertandingan bola baling http://www.scribd.com/doc/98081867/Kertas-Kerja-Bola-Baling-2012 Kertas kerja pertandingan bola baling http://www.scribd.com/doc/40154358/Kertas-Kerja-Bola-Baling Peraturan permainan bola baling http://mainbolabaling.blogspot.com/p/pengenalan.html

Anda mungkin juga menyukai