Anda di halaman 1dari 2

BAB 6 ENCOURAGING, PARAPHRASING AND SUMMARIZING : THE SKILL OF ACTIVE LISTENING (GALAKKAN, PARAFRASA DAN RUMUSAN : SKILL KEMAHIRAN

MENDENGAR) KEMAHIRAN MENDENGAR Kaunselor yang aktif mendengar merupakan kaunselor yang sentiasa memberi galakan, parafrasa serta dapat membuat rumusan yang tepat ketika mendengar dan cuba untuk membantu klien semasa seseorang klien membuat penjelasan, penghuraian dan penceritaan. Ia memerlukan seseorang kaunselor iru untuk membuat penelitian dan mendengar sebarang perubahan kecil yang berlaku dalam pemikiran, perasaan dan tingkahlaku klien. Ini kerana seorang pendengar yang aktif mampu untuk membawa dirinya kepada emphati. Asas kepada empati seperti galakan, parafrasa dan rumusan bertujuan agar kaunselor dapat memahami dan berkomunikasi dengan klien . Skil pendengaran yang baik bermaksud kaunselor tidak terlalu mudah untuk memberikan sesuatu idea kepada klien kerana perbuatan tersebut sebanrnya boleh dianggap sebagai menganggu klien terutama ketika klien cuba untuk menzahirkan permaslahan dirinya.Cuma apa yang perlu dilakukan ialah sebagai seorang pendengar yang baik, kaunselor hanya perlu mengulang kembali key words, menyaring, merumus dan menjelaskan maklumat yang diperolehi dari klien. Parafrasa dan rumusan merupakan suatu bentuk komunikasi bertujuan untuk membantu klien manakala galakan pula ialah suatu proses untuk menolong klien dengan membuat penerokaan perasaan dan pemikiran terhadap klien. Definasi ringkasnya adalah seperti berikut : Galakan boleh diberi dalam bentuk verbal atau nonverbal, ini bermakna Kaunselor perlu mendorong klien untuk menyambung percakapan dan penceritaan mereka. Galakkan seperti anggukan, isyarat tangan, parafrasa, ekspresi muka yang positif dan seumpamanya merupakan perkara asas yang boleh digunakan untuk prses ini. Pengulangan key words dan kenyataan atau perasaan dilakukan kaunselor terhadap kenyataan klienn juga sebahagian dari galakan. Kaunselor digalakkan menyebut dengan jelas galakan. Menggunakan ton suara yang bersesuaian dengan keadaan klien. Parafrasa merupakan suatu tindak balas hasil daripada intipati yang dinyatakan oleh klien semasa bersesi.Pendengar iaitu kaunselor akan membuat rumusan pendek untuk membantu klien dalam mendapt celik akal. Pada kebiasaannya kaunselor akan menggunakan perkataan sendiri dan ditambah dengan beberapa perkataan penting yang telah disebut klien. Parafrasa juga digunakan untuk menghalang klien dari mengulang cerita yang sama kepada kaunselor. Tujuan utama parafrasa adalah untuk membantu klien meneroka dan menjelaskan isu iaitu peristiwa atau lebih tepat jika

diaktakan masalah kepada kaunselor. Semasa bersesi nada suara dan bahasa badan bersama-sama dengan parafrasa akan menyakinkan klien bahawa kaunselor sedang mendengar dengan baik isu yang diutarakan.Klien akan merasakan kaunselor bersama-samanya dalam mendengar segala luahan cerita yang sedang diutarakan. Terdapat empat bentuk parafrasa iaitu sentence stem iaitu menggunakan nama klien, key words yang digunakan klien untuk menggambarkan orang atau sesuatu, essence of what client has said intipati dari apa yang dikatakan oleh klien.ketika sesi berlangsung dan check out iaitu menyoal untuk memastikan apa yang dikatakan oleh klien. Ini juga berlaku ketika membuat rumusan. Rumusan i adalah penjelasan dan penyaringan fakta tentang apa yang telah diperkatakan oleh klien. Rumusan boleh digunakan pada permulaan, pertengahan, diakhir, sebelum menukar topik atau ketika meminta penjelasan tentang isu yang konflik dalam sesi kaunseling yang diadakan. Ianya boleh dilakukan secara verbal dan nonverbal. Skil ini perlu digunakan pada setiap klien Tidak dapat tidak seorang kaunselor mesti menggunakan skil mendengar ketika menjalankan sesi. Skil ini tidak hanya memberi manfaat kepada kaunselor sebaliknya kepada kedua-dua pihak dimana kaunselor mendapat input dari klien dan klien merasa percaya dan dapat menbina hubungan yang baik dengan klien

http://kaunselorislam.blogspot.com/2009/04/bab-6-encouraging-paraphrasing-and.html