Anda di halaman 1dari 9

SINOPSIS CERITA

Akibat Angkuh Memakan Diri mengisahkan perihal si Bunga Matahari yang angkuh akan kecantikan dirinya sendiri. Si Bunga Matahari yang bersahabat dengan Bunga Kertas (bunga yang baik hati dan penyabar) serta si Cendawan yang suka dirinya dipuji seperti mana pujian yang diperoleh oleh si Bunga Matahari. Cerita ini bermula apabila sepasang suami isteri, Mas Toyib dan isterinya, Si Neng yang asalnya hidup bahagia menjadi kian suram. Hal ini disebabkan mereka belum dikurniakan anak walaupun umur sudah mencecah setengah abad. Akhirnya, mereka mencuba hobi menanam bunga sebagai salah satu hobi yang dikongsi bersama untuk melupakan kekurangan yang terdapat dalam rumah tangga mereka. Pendek kata, si Bunga Matahari, Bunga Kertas dan Cendawan merupakan tanaman yang ditanam oleh Mas Toyib dan isterinya, Si Neng di halaman rumah mereka. Dalam hal itu, setiap hari si Bunga Matahari hidup dalam keadaan gembira dan ceria kerana merasakan dirinya yang paling sempurna di antara semua bunga yang ditanam oleh Mas Toyib dan Si Neng, isterinya. Rutin harian berulang pada setiap hari, bilamana si Bunga Matahari asyik mengutuk atau menyindir kehodohan rakan-rakan seperti si Bunga Kertas dan si Cendawan. Walaupun setiap hari dipersendakan oleh si Bunga Matahari, mereka tetap sabar dan cuba memahami perangai sahabatnya yang angkuh. Hari demi hari, sahabat-sahabatnya cuba menasihati si Bunga Matahari agar sentiasa bersyukur dan tidak riak akan kelebihan dirinya. Mereka juga sentiasa mengingatkan si Bunga Matahari agar tidak menyesal di lain hari, namun sindiran dan gelak yang diterima oleh kawan-kawannya akibat nasihat yang diberikan kepada si Bunga Matahari. Namun, pada suatu hari, Ekang yang merupakan seorang budak perempuan berperangai seperti seorang budak lelaki sedang membuat rancangan jahat. Dia ingin merosakkan semua tanaman Mas Toyib dan isterinya yang dapat menarik perhatiannya. Disebabkan keangkuhan si Bunga Matahari, akhirnya dia telah menjadi mangsa si Ekang. Kelopaknya ditanggalkan satu persatu sehingga dia merasa sangat kesakitan. Namun, semuanya telah terlambat. Penyesalan si Bunga Matahari kini

menjadi sia-sia kerana nasi telah menjadi bubur. Mas Toyib dan Si Neng yang merasa sedih kerana tanamannya, si Bunga Matahari telah dirosakkan. Lantas mencantas dahan si Bunga Matahari dan tamatlah riwayat si Bunga Matahari yang sombong. Pengajaran dari cerita ini, kita sebagai manusia biasa hendaklah sentiasa bersyukur akan semua pemberian dari Tuhan. Sekiranya kita memperoleh rupa fizikal yang menarik dan menawan, gunakan kelebihan itu untuk tujuan kebaikan dan bukannya untuk membanggakan diri mahupun menjatuhkan orang lain. Ingatlah semua perkara yang baik dan jahat akan dibalas setimpal dengan perlakuan kita, cuma masa yang menentukan sama ada cepat atau lambat pembalasan karma yang kita peroleh.

WATAK PERWATAKAN

i.

Bunga Matahari Watak utama. Panas baran. Sukakan pujian. Sangat ceria dan suka menyanyi. Bunga yang cantik tetapi bersikap angkuh. Tidak suka bunga lain mengatasi kecantikannya. Suka meninggi diri dan tidak mahu kalah dalam semua aspek.

ii.

Bunga Kertas Watak sampingan. Sangat penyabar dan pandai menyanyi. Amat menghargai hubungan persahabatannya. Bunga yang baik hati dan sentiasa menasihati sahabatnya. Bersikap bersahaja kerana dapat memaafkan sahabatnya yang angkuh.

iii.

Cendawan Panas baran. Mudah tercabar. Suka bersaing dengan Bunga Matahari. Inginkan pujian yang setaraf dengan Bunga Matahari.

iv.

Mas Toyib Suami yang suka mengusik manja isterinya. Seorang suami yang penyayang dan romantik Hobi suka bercucuk tanam bersama isteri tercinta. Seorang yang rajin dan sentiasa menerima isterinya seadanya.

v.

Si Neng Isteri yang penyabar. Seorang isteri yang solehah. Pasangan yang setia terhadap suaminya. Berkongsi hobi yang sama dengan suaminya, iaitu bercucuk tanam.

vi.

Ekang Seorang budak perempuan yang berkelakuan seperti seorang budak lelaki. Bersikap sangat nakal dan hiperaktif. Suka mengganggu atau merosakkan harta benda orang lain. Suka lari dari tanggungjawab.

vii.

Bunga-bunga lain Sebagai latar sahaja yang terdiri daripada pelbagai jenis bunga seperti Bunga Mawar, Bunga Raya, Bunga Orkid dan sebagainya.

UNSUR LAGU DALAM TEATER PERSEMBAHAN

BIL 1

AUDIO Latar suasana kampung

BABAK Babak 1

CATATAN Audio suasana latar kampung ditambah dalam Babak 1 sebelum pencerita memulakan penceritaan supaya kesan suasana tempat berada di kampung dapat dirasai oleh para penonton.

Audio tema animasi Jepun Mojako

Babak 1

Audio tema animasi Jepun Mojako ditambah dalam Babak 1 untuk memperkenalkan watak. Tujuan penambahan audio ini supaya penonton dapat melihat unsur kecindan dan unsur kanakkanak dalam cerita teater yang dilakonkan.

Lagu : Pagi yang Gelap Penyanyi : Hujan

Babak 1

Lagu asal Pagi yang Gelap hasil karya kumpulan Hujan telah diubahsuai lirik untuk lagu yang dinyanyikan oleh si Bunga Matahari sebagai pembuka tirai cerita. Lagu ini dinyanyikan secara langsung oleh pemegang watak si Bunga Matahari dengan iringan alat muzik gitar.

Lagu : Pesta Muda Mudi

Babak 2

Audio ini ditambah dalam Babak 2 untuk mewujudkan suasana

bahagia di antara Mas Toyib dan Penyanyi : Saloma isterinya, si Neng. Dalam scene ini, Mas Toyib tiba-tiba mengajak isterinya untuk menari bersama apabila audio ini tiba-tiba dimainkan oleh radio dari dalam rumah mereka. 5 Lagu : Lelaki Seperti Aku Penyanyi : Alif Satar Babak 3 Lagu asal Lelaki Seperti Aku hasil karya Alif Satar telah diubahsuai lirik untuk lagu yang dinyanyikan oleh si Bunga Kertas sebagai lagu sindiran terhadap si Bunga Matahari yang sentiasa angkuh akan kecantikan dirinya. 6 Lagu : Pohon Beringin Penyanyi : Latifa Omar Babak 5 Lagu asal Pohon Beringin hasil karya Latifa Omar telah diubahsuai liriknya untuk lagu yang dinyanyikan oleh si Bunga Matahari. Lagu ini dinyanyikan untuk menyampaikan rasa kesedihan dan penyesalan yang dialami oleh si Bunga Matahari.

REFLEKSI

Bersyukur kepada Tuhan kerana berkat dan cinta kasih-Nya, akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan projek bagi subjek WAJ 3107, iaitu Seni Dalam Pendidikan. Secara umumnya, subjek ini membincangkan hal-hal berkaitan cara guru

mengendalikan kelas dengan memasukkan unsur seni, muzik dan pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Matlamat utama subjek ini adalah untuk membentuk kreativiti dalam kalangan guru supaya para guru yang mengikuti kursus ini mempunyai kemahiran dan kreativiti dalam merancang pengajaran dan pembelajaran secara interaktif, di samping menggunakan pelbagai unsur seperti muzik, seni visual dan pergerakan dalam sesuatu pengajaran. Dalam tempoh masa menyiapkan tugasan projek ini, saya telah memperoleh banyak pengalaman baharu sama ada dari aspek kekuatan yang saya miliki semasa melaksanakan tugasan ini, masalah atau kelemahan yang dihadapi dan langkah penambahbaikan yang perlu dilaksanakan. Bagi aspek kekuatan, kekuatan yang saya miliki dalam melaksanakan tugasan ini ialah saya dapat menghasilkan skrip sendiri. Pada asalnya, projek bagi subjek ini ialah membuat satu teater kanak-kanak yang menekankan unsur kecindan dan pengajaran serta memasukkan unsur muzik, seni dan pergerakan dalam persembahan. Saya dengan berani telah menyahut cabaran untuk membuat skrip ini. Namun begitu, masalah yang saya hadapi ialah saya tidak mempunyai sebarang kemahiran untuk membina skrip. Hal ini kerana dari dulu lagi saya belum terdedah dengan cara membuat skrip. Boleh dikatakan aspek menulis skrip ini adalah aspek yang paling sukar. Sebagai langkah penambahbaikan, saya seharusnya cuba mencari pelbagai sumber untuk dijadikan contoh, kemudian mengaplikasikan dalam membina skrip. Selanjutnya, kekuatan kedua saya yang kedua dalam menyiapkan tugasan bagi subjek Seni Dalam Pendidikan ini ialah berpeluang berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan. Interaksi yang dijalankan, secara tidak langsung dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti kelak. Namun begitu, kelemahan dalam tempoh masa pelaksanaan

kerja kursus, saya kurang membuat kolaborasi bersama pensyarah secara individu tetapi hanya dalam kumpulan. Saya tidak merebut peluang yang diberikan dengan baik walhal pensyarah bagi subjek WAJK 3107 adalah seorang pensyarah yang open serta memahami para pelajarnya. Saya seharusnya bijak dalam membuat sebarang keputusan. Sebagai langkah penambahbaikan lagi, saya akan membuat sebanyak mana kolaborasi yang termampu dengan mana-mana pensyarah untuk kerja kursus bagi subjek yang lain. Kekuatan lain ialah belajar untuk mengawal keadaan. Hal ini berkaitan dengan kelemahan saya mengawal tekanan. Hal ini berlaku adalah disebabkan kegagalan saya untuk membahagi-bahagikan masa secara sistematik. Akibatnya, saya telah dibanjiri dengan pelbagai kerja kursus pendek mahupun tugasan projek sekali gus. Perkara ini amat membebankan saya dan hampir membuatkan saya putus harapan untuk menyiapkan tugasan ini. sebagai langkah penambahbaikan, saya perlu merancang jadual waktu melaksanakan kerja kursus. Sebagai seorang bakal guru, saya hendaklah mempunyai pengurusan masa yang baik kerana saya percaya, seorang guru yang produktif adalah guru yang bijak mengurus masa. Hal tersebut jelas menunjukkan, saya mestilah bijak mengurus masa dan mengatur strategi untuk memulakan atau menyiapkan sesuatu tugasan itu. Kekuatan seterusnya, saya dapat memotivasikan diri saya untuk mencari bahanbahan dan merujuk pelbagai sumber dalam mencari maklumat tugasan. Namun, kelemahan yang saya hadapi ialah bahan-bahan dan sumber-sumber rujukan adalah terhad. Kebanyakan bahan-bahan rujukan dari Internet merupakan rujukan yang sama. Hal ini dikatakan kerana banyak sumber rujukan yang lain, tidak dapat dilawati disebabkan sekatan yang dibuat oleh pihak institut terhadap banyak laman sesawang dalam Internet. Perkara ini bertambah parah lagi, apabila sumber buku rujukan di pusat sumber kampus dan Perpustakaan Cawangan Tuaran adalah sangat terhad. Sebagai langkah penambahbaikan, saya harus berfikiran postif dan rasional. Mungkin perpustakaan kekurangan sumber bahan-bahan, namun alternatif lain boleh digunakan. Misalnya, berkolaborasi bersama pensyarah, senior mahupun rakan-rakan seunit atau meminjam buku rujukan secara terus dari para senior mahupun dari pensyarah.

Secara keseluruhannya, tugasan projek bagi subjek WAJ 3107 ini, dapat memberikan banyak manfaat dan membuatkan diri saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambah lagi semangat untuk menjadi seorang bakal guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara.

Anda mungkin juga menyukai