Anda di halaman 1dari 31

KAEDAH PELUPUSAN SISA

KUMBAHAN & SISTEM


PEMBENTUNGAN
Senario pembuangan air sisa di
Malaysia

• Pengolahan air sisa di Malaysia


adalah moden, tetapi ini benar untuk
kawasan bandar dan kawasan yang
maju.

• Di kawasan luar bandar dan pinggir


pantai, air sisa biasanya dibuang
terus ke persekitaran.
Senario pembuangan air sisa di
Malaysia
• Di sesetengah kawasan, sistem tangki
septik / kolam septik/ kolam pengoksidaan
adalah kaedah yang utama.

• Dalam kaedah ini, air sisa ditakung dalam


tangki septik untuk menjalani tindakan
penguraian

• Seterusnya air akan dilepaskan ke tanah @


badan air
Senario pembuangan air sisa di
Malaysia
• Masalah utama bagi kebanyakan negara
ialah pengurusan sistem septik yang tidak
teratur dan tidak efisien.

• Selain itu, rekabentuk sistem septik tidak


sesuai dan penyelenggaraan yang tidak
baik turut menjadi masalah utama.
SISTEM PEMBENTUNGAN

1. Tangki septik
2. Tangki imhoff
3. Sistem ‘aerated lagoon’
4. Kolam pengoksidaan
Tangki Septik (ST)
Tangki septik (ST)

Merupakan jenis pembentungan yang paling ringkas

ST meliputi dua ruang bersambung secara bersiri

Dalam ruang pertama, pepejal daripada kumbahan


akan mendap dan membentuk ‘enapcemar’
manakala gris dan minyak akan terapung di
permukaan dan membentuk lapisan scum
Tangki Septik (ST)

Effluen diantara lapisan scum dan enapcemar akan


mengalir ke ruang kedua di mana pemendapan
seterusnya akan berlaku

Akhirnya, effluen akan meninggalkan ruang kedua


dan akan dilepaskan ke longkang atau dibenarkan
untuk menyerap ke dalam tanah
Tangki Septik (ST)

Enapcemar di dalam tangku akan melalui proses


anaerobik dan ditukarkan kepada sebatian organik
yang lebih stabil dan gas-gas seperti CO2, CH4 dan
H2S

 muatan disimpan di dalam tangki simpanan yang


mencukupi disediakan supaya skum dan enapcemar
najis boleh disimpan di dalam tangki selama 2 tahun
yang mana selepas itu ia perlu dikosongkan untuk
tangki itu beroperasi dengan baik
Tangki septik

Sesuai untuk sesuatu kediaman atau bangunan


individu dengan kesetaraan penduduk yang tidak
mempunyai sistem pembentungan terpusat dan
pengaliran efluennya tidak akan memberikan kesan
buruk kepada persekitaran

Hanya merawat enapcemar secara separa dan


tumpuan dari kumpulan tangki-tangki ini akan
membebankan kapasiti penerimaan alam sekeliling
mengakibatkan masalah-masalah kesihatan dan bau
Tangki septik
Tangki Imhoff
• Menyediakan olahan kumbahan yang
terhad dan tidak sesuai untuk jangka
masa panjang.

• Effluen daripada tangki imhoff boleh


menjadi semakin teruk dengan pantas
jika tangki-tangki tersebut tidak
diselenggara dengan betul

• Tangki imhoff mempunyai 2 ruang


diletakkan di atas satu sama lain
Tangki Imhoff
• Merupakan loji kumbahan yang
paling ringkas dan memerlukan
kemahiran pengendali yang sedikit

• Tiada perkakasan mekanikal untuk


diselenggarakan dan operasi meliputi
penyingkiran skum, penukaran arah
aliran untuk penyebaran enapcemar
yang sama rata dan juga
penyingkiran enapcemar
Tangki Imhoff
• Di ruang atas, pemendapan berlaku
dengan pepejal melalui pembukaan ke
ruang yang di bawah

• Pepejal termendap akan membentuk


enapcemar di ruang bawah dan akan
melalui pencernaan anarobik

• Gas-gas daripada tangki akan


dilepaskan ke udara dan skum pula
dikumpulkan di bahagian atas tangki
Tangki Imhoff
• Kumbahan daripada premis-premis
bersambung akan memasuki tangki
pemendapan.

• Pepejal yang lebih berat akan


mendap di bahagian bawah tangki
sebagai enapcemar.

• Cecair daripada tangki pemendapan


akan menitis menerusi tapak
penuras batu batan
Tangki Imhoff
• Organisma-organisma yang tinggal di
dalam penuras batu batan akan
memakan kumbahan dan merawatnya
pada masa yang sama

• Efluen terawat akan diambil dan


dilepaskan ke saliran

• Selalunya, proses pemendapan di ruang


atas akan disusuli dengan efluen
penelusan ke atas media batu kasar
sebelum dilepaskan ke perairan
Tangki Imhoff
• Biasanya digunakan untuk komuniti
komuniti kecil sehingga kesetaraan
penduduk 1000

• Tangki ini murah untuk dipasang,


dikendalikan dan diselenggarakan

• Ia hanya merawat kumbahan secara


separa
Tangki Imhoff
Sistem Aerated Lagoon
• Lagun pengudaraan adalahloji
yang mudah dikendalikan dan
diselenggarakan

• Ia memerlukan kawasan yang


luas

• Proses aerated lagoon


melingkungi dua atau tiga lagun
dalam susunan berturut
Sistem Aerated Lagoon
• Lagun yang pertama mempunyai
pengudara-pengudara permukaan
yang besar

• Pengudara ini akan timbul di


permukaan kolam dan akan terus
mengacau air kumbahan yang
masuk

• Ini bertujuan untuk mengekalkan


kandungan oksigen di dalam
kumbahan dan mengelakkan pepejal
daripada mendap ke bawah
Sistem Aerated Lagoon
• Kumbahan mempunyai purata
pengekalan selama lima hari di
kolam yang pertama

• Sepanjang tempoh ini, bakteria


akan menggunakan oksigen
untuk memecahkan bahan
organik di dalam kumbahan
Sistem Aerated Lagoon
• Efluen disalirkan ke kolam kedua di
mana bahan organik ternyahgred
dan mendapan akan mendap dan
membentuk enapcemar

• Selepas itu, efluen akan disalirkan


ke kolam ketiga untuk
dipertingkatkan atau dilepaskan ke
pengairan

• Masa pengekalan purata bagi kolam


kedua adalah satu hari
Sistem Aerated Lagoon
• Ketika waktu panas, kolam-kolam
ini boleh terjejas akibat
pertumbuhan alga dan/atau bau
yang dihasilkan oleh pencernaan
anerobik enapcemar di bahagian
bawah kolam

• Kolam-kolam ini perlu


dikosongkan setiap lebih kurang
10 tahun
Sistem Aerated Lagoon
Kolam pengoksidaan
• Kolam pengoksidaan / kolam
penstabilan merupakan kaedah
olahan kumbahan yang popular
untuk komuniti kecil

• Ini kerana kod pembinaan dan


operasi yang rendah
Kolam pengoksidaan
• Kolam pengoksidaan mempunyai
satu atau lebih kolam-kolam cetek
bersiri

• Proses-proses semulajadi di dalam


pertumbuhan alga dan bakteria juga
wujud

• Oksigen dibekalkan daripada


pengudaraan permukaan semulajadi
dan juga melalui proses fotosintesis
Kolam pengoksidaan
• Bakteria yang terdapat di dalam air
kumbahan menggunakan oksigen
untuk memakan bahan organik,
memecahkannya kepada nutrien dan
karbon dioksida

• Ini akan digunakan oleh alga


Kolam pengoksidaan
• Mikrob-mikrob lain di dalam kolam
seperti protozoa akan menyingkirkan
organik tambahan dan nutrien untuk
mempertingkatkan efluen

• Selalunya, terdapat sekurang-


kurangnya dua kolam akan dibina
Kolam pengoksidaan
• Kolam pertama, akan mengurangkan
bahan organik dengan menggunakan
pencernaan aerobik

• Kolam kedua, akan


mempertingkatkan efluen dan
mengurangkan patogen-patogen di
dalam kumbahan
Kolam pengoksidaan
• Setelah pengekalan beberapa hari,
selalunnya aliran akan disalirkan ke
kolam kedua untuk rawatan
seterusnya sebelum ia dilepaskan ke
saliran

• Bakteria kumbahan akan bertindak


untuk memecahkan bahan organik
dengan menggunakan oksigen
daripada permukaan kolam
Kolam pengoksidaan
• Kolam pengoksidaan perlu
dikosongkan secara berjadual untuk
memastikan ia berjalan lancar, lebih
kurang 10 tahun sekali

• Jumlah rawatan kolam pengoksidaan


bergantung kepada keadaan cuaca

Anda mungkin juga menyukai