Anda di halaman 1dari 90

Cabaran Profesyen Perguruan Pada Masa Kini Ramai berpendapat secara umumnya kerjaya sebagai seorang guru merupakan

suatu pekerjaan yang murni. Tambahan pula dikatakan guru mempunyai cuti yang banyak. Ada juga yang mengatakan menjadi seorang guru senang dan memperoleh pendapatan tinggi dan tetap. Tidak kurang juga yang menyatakan menjadi seorang guru merupakan jalan mati setelah profesion lain tidak memberikan peluang yang baik. Pelbagai tanggapan yang boleh disimpulkan sama ada dalam kalangan masyarakat umum tentang profesion guru. Namun sebenarnya profesion menjadi seorang guru bukan sahaja suatu pekerjaan yang murni dan baik malah menjadi seorang guru perlu menggalas suatu tugas dan cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing dan menunjuk ajar dalam proses membentuk seorang manusia untuk menjadi modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Dalam mengharungi proses dan sistem pendidikan tersebut khususnya di Negara kita seorang guru sering menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan konteks tugasannya di bilik darjah dan sekolah. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 : 232) cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan (untuk berlawan dan sebagainya), sesuatu (unsur, faktor dan sebagainya) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dan lain-lain), pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, secara lateralnya cabaran membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan seseorang yang ada kaitannya dengan sesebuah organisasi. Dalam konteks perguruan, profesion menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran untuk melihat keupayaan seorang guru dalam melaksanakan tugasannya bukan sahaja dalam biik darjah namun di sekolah secara amnya. Antara cabaran profesion guru di sekolah rendah ialah tugas seorang guru dalam menyampaikan pengajarannya dalam bilik darjah. Buat masa ini guru terpaksa menggunakan pendekatan, teknik dan kaedah yang terbaharu dalam sistem pendidikan yang diperkenalkan. Cara chalk and talk bukan lagi suatu kaedah yang sesuai. Guru mesti menguasai kaedah pedagogi yang sinonim dengan pengetahuan sedia ada murid yang bersifat homogenius, menggunakan bahan bantuan mengajar yang sistematik. Apabila bahan bantuan mengajar digunakan guru terpaksa menggunakan teknologi terkini dengan sumber kewangan yang terhad. Kaedah berpusatkan murid mesti dilaksanakan dalam pengajaran seseorang guru. Guru kena berfungsi sebagai medarator yang berkesan. Pencapaian objektif mesti berbentuk eksplisit yang mampu merangsang murid memahami isi pembelajaran. Penilaian secara formatif perlu dilaksanakan. Oleh itu, secara keseluruhan sistem penyampaian guru dalam pembelajaran dan pengajaran bukan lagi berbentuk stereotaip tetapi berbentuk proaktif. Persediaan seorang guru bukan lagi berbentuk nota atau ringkasan mengajar tetapi persediaan mengajar yang lengkap bermula daripada set induksi, perkembangan isi pengajaran, penilaian formatif dan kesimpulan yang dikaitkan dengan nilai. Unsur nilai tambah seperti pembelajaran kontekstual, konstruktivisme, pembelajaran masteri dan kecerdasan pelbagai juga perlu diterapkan yang mempunyai kaitan dengan penyerapan

dan penggabungjalinan dalam isi pengajaran. Untuk menghadapi cabaran ini seorang guru perlu menggunakan peluang kursus penambahbaikan pedagogi yang dianjurkan oleh Unit Kurikulum Jabatan pelajaran dan Pusat Perkembangan Kurikulum. Penggunaan bahan autentik sebagai bahan bantu mengajar dapat menyelesaikan keperluan bahan bantuan mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Semua ilmu pedagogi yang diperoleh akan dapat dilaksankan dengan baik. Selanjutnya, cabaran lain yang terdapat pada seseorang guru ialah seorang guru diberikan pelbagai jawatan yang bukan sepatutnya dilakukan oleh seseorang guru. Seorang guru terpaksa memegang beberapa potfolio dalam sesuatu jawatankuasa yang diwujudkan atas kapasiti yang tidak berkaitan dengan subjek yang diajar. Sebagai contoh, seorang guru yang sudah dilantik sebagai Ketua Panitia subjek terpaksa menjadi ahli untuk jawatankuasa bagi pengurusan Hal Ehwal Murid seperti Bahagian Perabot, Keceriaan dan Keselamatan sekolah serta Pengurusan Bangunan dan Pemuliharaan Bangunan dan pelbagai ini. Dengan kesibukan dalam menyediakan rancangan pembelajaran dan pengajaran dalam kelas serta menanda latihan murid seorang guru terpaksa menguruskan hal-hal yang sedemikian seperti sistem pemfailan, inventori, rekod kemas kini dan sebagainya yang perlu dilengkapkan dan diurus dengan baik. Cabaran ini kena dilaksanakan oleh guru bagi membantu proses pembangunan dan aset sekolah. Untuk mengatasi cabaran ini seorang guru perlu bijak mengagihkan masa semasa di sekolah iaitu menyampaikan isi pengajaran dan melakukan penandaan buku semasa di bilik darjah. Dalam proses tersebut guru perlu mengisi masa lapang atau masa tidak mengajar untuk melaksanakan sistem pendokumentasian tersebut. Justeru itu, seseorang guru perlu mengimbangi masa yang diperlukan mengajar dan melaksanakan kerja-kerja samping tersebut. Kerangkaan kerja perlu disediakan dengan lebih detail beserta dengan senarai semak. Di samping itu, cabaran berkaitan dengan penyediaan pelbagai dokumen yang terlalu rencam serta tidak melibatkan tugas utama seorang guru dalam pengurusan pembelajaran dan pengajaran (PNP) dalam bilik darjah. Seorang guru seolah-olah terpaksa menjadi kerani yang perlu mengisi pelbagai dokumen pengurusan pendidikan. Seorang guru terpaksa mengagihkan pinjaman buku teks, sistem maklumat murid, sistem kokurikulum sekolah dan borang-borang tertentu yang melibatkan murid yang langsung tiada kaitan dengan pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah. Kadangkadang terdapat borang-borang yang terpaksa diisi secara adhock dan perlu disegerakan. Tugas guru yang sepatutnya lebih kepada pengajaran dan mendidik telah lari daripada tugasan yang sebenar namun seorang guru perlu melakukannya bagi keperluan dalam pengurusan pentadbiran murid. Pendapat ini bersesuaian dengan kajian yang telah dikemukakan oleh Prof Dr Aminah Ayob Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim ( 2010 : Slide 21) dalam pembentangan kertas kerja Pendidikan Guru Profesional : Cabaran Masa Hadapan di Akademi Sains Malaysia menyatakan bahawa cabaran guru kini ialah terpaksa melakukan pelbagai kerja perkeranian di samping menyampaikan isi pengajaran ketika mengulas satu artikel dalam suratkhabar. Justeru itu, untuk menghadapi cabaran seseorang guru perlu memegang beberapa jawatan yang bukan ada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dan penyediaan pelbagai dokumen, seorang guru perlu mengimbangi

masa yang diperlukan mengajar dan melaksanakan kerja-kerja samping tersebut. Takwim persekolahan mesti dikemas kini. Kerangkaan kerja dan masa perlu disediakan dengan lebih detail beserta dengan senarai semak. Patuhi jadual yang ditetapkan untuk memudahkan seorang guru bergerak. Semua hal tersebut akan dapat membantu seorang guru melaksanakan tugasnya. Seterusnya, seorang guru juga terpaksa menghadapi cabaran yang melibatkan dasardasar yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia khasnya seperti Dasar Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah dimulai pada tahun 2002.Walaupun dasar tersebut melibatkan guru-guru yang mengajar Sains dan Matematik namun dasar tersebut tetap dirasai oleh seluruh warga sekolah. Pihak sekolah telah diarahkan untuk memastikan dasar tersebut berjalan. Akibatnya terdapat unsur-unsur yang cuba mendiskriminasikan subjek lain terutamanya bahasa Melayu seolah-olah bahasa Melayu bukan lagi bahasa pengantar dan merentasi kurikulum sekolah. Walaupun dasar ini tidak selaras dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 namun pihak sekolah tetap melaksanakannya dengan matlamat untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di sekolah serta meningkatkan peratus sains dan matematik seperti suatu formula tiga dalam satu. Namun apabila kajian semula dilaksanakan atas persetujuan Mesyuarat Meja Bulat Kementerian Pelajaran Malaysia dasar ini telah bersetuju untuk diubah. Sekali lagi guru dihadapkan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Kalau mengikut proses dasar ini melibatkan bahasa Melayu yang akan mengambil alih tempat bahasa Inggeris dalam pengajaran subjek Sains da Matematik secara proses soft landing. Dasar ini perlu dilaksanakan atas faktor yang dikemukakan dalam Buku Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris ( 2011:8 ) oleh Kementerian Pelajaran yang merasionalkan perubahan tersebut kerana berdasarkan kajian UNESCO yang menyatakan murid lebih mudah mempelajari pelajaran dengan menggunakan bahasa ibundanya dan profisiensi Bahasa Inggeris guru pada tahap cemerlang dan baik hanya sekitar 25% sahaja. Bagi menghadapi cabaran ini seorang guru perlu bersiap siaga dari segi mental dan fizikal kerana dasar yang sering berubah-uabh. Namun hal yang demikian ini, tidak menghalang seorang guru untuk mengikuti dan melaksanakan dasar tersebut mesti dilakukan hanya bermatlamat untuk kejayaan murid. Oleh sebab kerangka masa telahpun ditetapkan maka seorang guru akan akur dengan proses dan prosedur tersebut. Tambahan lagi, cabaran lain yang perlu dihadapi oleh seorang guru ialah cabaran program-program kokurikulum wajib di sekolah yang mesti didedahkan kepada semua murid. Kokurikulum yang terdiri daripada persatuan dan unit uniform perlu diikuti oleh guru dan murid. Baru-baru ini kerajaan telah memperkenalkan program yang berkaitan dengan sukan iaitu Dasar 1 Murid 1 Sukan.Dengan program tersebut ini bermakna tanggungjawab guru makin bertambah. Guru bukan sahaja perlu melaksanakan aktiviti kokurikulum namun pengisian aktiviti tersebut perlu ada perancangan yang lebih kemas kini. Bilangan hari yang perlu berkokurikulum pula telah bertambah dengan penyusunan oleh pihak pentadbiran kokurikulum iaitu Hari rumah sukan pada hari Isnin, 1 Murid 1 Sukan pada hari Selasa, Kegiatan kokurikulum pada hari Rabu dan latihan pasukan sekolah kokurikulum dan sukan pada hari Khamis. Hal ini menyebabkan seorang guru

berada dari pagi hingga petang di sekolah selama 4 hari berturut-turut. Bagi menghadapi cabaran ini seorang guru perlu melaksanakan jadual yang berkala sifatnya iaitu pengagihan kerja mengikut giliran bertugas iaitu seorang guru hanya perlu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum sebanyak dua kali berselang minggu. Kesimpulannya, dalam dunia pendidikan yang semakin canggih seiring dengan perkembangan teknologi seseorang guru tidak boleh lari daripada cabaran yang makin hebat sama ada dalam bilik darjah ataupun sekolah secara amnya. Tugas mendidik dan mengajar di sekolah perlu dilaksanakan bagi memastikan wawasan yang ingin dicapai melalui Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) supaya menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkupayaan dalam mencapai Wawasan 2020. Oleh hal yang demikian, cabaran yang datang perlu disahut oleh seorang guru sama ada cabaran dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada muridnya dan dasar-dasar yang telah ditetapkan dalam sistem pendidikan walaupun sosiologi sekolah tidak memberangsangkan. Itu tugas dan tanggungjawab seorang guru di sekolah rendah.

BIBLIOGRAFI Aminah Ayob Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim ( 2010 : Slide 21) dalam Pembentangan Kertas Kerja Pendidikan Guru Profesional : Cabaran Masa Hadapan, Kuala Lumpur : Akademi Sains Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2007), Kamus Dewan Edisi Keempat , Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia (2011), Buku Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Pena Cikgu (2011), Cabaran Seorang Guru dalam Blog Pena Cikgu, Malaysia. Rosiah Othman (2012), Cabaran Seorang Guru dalam Blog Rosiah Othman, Pedas Negeri Sembilan. EDU3109_Isu dan Cabaran Guru Semasa Kejayaan profesionalisme keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan berhubung dengan sejauhmanakah kesedaran tenaga pendidik terhadap pelaksanaan tugas,tanggungjawab dan amanah yang diberi. Untuk mencapai sebuah negara maju menjelang wawasan 2020, sistem pendidikan negara memerlukan tenaga pendidik khususnya guru-guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti mana yang digariskan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sejajar dengan hasrat itu juga, amat perlu bagi para guru untuk mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajarannya dalam bilik darjah. Bagaimanapun tanggungjawab ke arah pelaksanaan ini memerlukan satu bentuk pengkongsian ilmu secara bersama dalam kalangan warga pendidik agar dapat membentuk satu kerjasama berpasukan untuk faedah anak bangsa.

Sebagai sebuah negara yang berkembang pesat dalam berbagai aspek pembangunan, sektor pendidikan ini perlu berkembang dan mengalami perubahan anjakan paradigma yang dapat merintiskan alaf baru dalam segala aspek. Hal yang demikian juga merupakan satu langkah penting bagi mengangkat martabat dan status Malaysia ke arah Pendidikan Bertaraf Dunia pada masa akan datang. Ini juga merupakan satu komitmen dan usaha Kementerian Pelajaran bagi memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya

ia dapat ditingkatkan kepada satu standard pendidikan yang tinggi dan mampu menyaingi negara maju yang lain. Untuk tujuan menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia ini juga, semua pihak yang terlibat dengan kegiatan pendidikan perlu meningkatkan komitmen mereka supaya sentiasa berusaha untuk mengekalkan dan meningkatkan kualiti pendidikan untuk kemajuan dan perubahan sistem pendidikan. Pendidikan yang berkualiti ini amat penting bagi mencorakkan perubahan dan kemajuan pembangunan sumber tenaga manusia yang produktif di negara ini bagi mengorak langkah untuk mencapai status negara maju pada masa akan datang. Pendidikan sebagai asas pembinaan masa depan bangsa dan negara bergantung kepada profesion perguruan yang berkembang secara dinamik dan progresif. Profesion perguruan yang dinamis perlu melahirkan kepimpinan guru yang berkualiti, sentiasa memperbaiki dan mempertahankan etika profesionalisme pendidikan, berbanding dengan tugas yang mengabdikan diri sebagai golongan pendidikan yang berwibawa dan dapat menjadikan diri sendiri lebih berketrampilan dengan mendokong belajar seumur hidup (life long learning), belajar untuk mengubah dan belajar untuk berubah. Sejajar dengan itu, perubahan yang hendak dibuat mestilah sesuai dengan tuntutan semasa. Perubahan dan pembaharuan adalah berdasarkan kepada hakikat bahawa tanpa sistem pendidikan yang bertaraf dunia, impian untuk mentransformasikan Malaysia menjadi negara maju tidak mungkin dapat dicapai. Lantas profesion perguruan harus berkembang dengan lebih pantas dan progresif bagi mencorakkan perkembangan individu, masyarakat dan negara. Dari satu segi yang lain, profesion perguruan yang menjadi agen perubahan sosial harus menjadi penyelamat kepada krisis kemelut sosial yang dihadapi oleh masyarakat yang sedang bergelut dengan tuntutan kemajuan dan perubahan. Pendidikan yang maju juga tidak akan terlepas daripada peranan guru sebagai kunci kepada keberhasilan kemajuan pendidikan sesebuah institusi. Guru bukan sahaja mengajar subjek tertentu di dalam kelas bahkan mereka merupakan ejen kepada perubahan minda masyarakat. Mereka juga merupakan fasilitator yang melayan, membimbing, membina dan mengusung murid sebagai klien mereka bagi menuju ke gerbang kejayaan. Kemuliaan institusi pendidikan dan kemenjadian pelajar bergantung kepada guru itu sendiri. Justeru itulah guru dituntut agar bersikap profesional dalam menjalankan amanah mereka sebagai seorang pendidik.

Peranan guru dalam membentuk satu generasi yang berilmu dan berakhlak tinggi akan dapat melahirkan satu bangsa yang bertamadun. Untuk itu peranan guru sebagai perancang masa depan murid-murid dan sentiasa mempunyai cita-cita unggul untuk membina sebuah masyarakat yang bertamadun tinggi amat diharapkan. Guru juga sedar bahawa peranan mereka sebenarnya memikul satu tanggungjawab yang amat

berat. Di sekolah, guru perlu mencurahkan ilmu bukan saja kepada para pelajarnya malah berkongsi kemahiran dan pengalaman bersama rakan sekerja yang lain.

Di samping itu, guru juga harus peka dengan perubahan semasa dan menyesuaikannya secara bijak bagi menangani masalah dalam pengajaran dan pembelajaran semasa. Guru itu perlu pakar atau profesional dalam segala bidang. Untuk menjadi seorang guru yang profesional, guru itu harus menekankan kepada tiga aspek penting dalam dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan dan pembentukan sahsiah. Cabaran seorang guru pada hari ini bukan lagi seperti cabaran guru-guru terdahulu. Guru pada masa dahulu tugasnya hanya sekadar mengajar subjek tertentu sahaja di dalam kelas. Sebaliknya kini, tugas guru memikul tugas dan tanggungjawab yang berat dengan hasrat kementerian yang tinggi. Guru kini bukan hanya sekadar mengajar subjek tertentu di dalam kelas, bahkan mereka juga merupakan operator kepada sebuah kurikulum pendidikan. Pendidik memainkan peranan yang dominan dan sangat penting dalam merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan kaum. Guru juga membuktikan bahawa mereka mampu mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Selain itu seorang guru merupakan ejen keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberhasilan guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi disifatkan sebagai cabaran yang harus didepani dengan profesional. Tugas guru pada masa kini memerlukan komitmen dan iltizam yang amat tinggi dan memerlukan pengorbanan. Bukan sahaja kerana sistem pendidikan yang berubah, malahan suasana persekitaran juga turut berubah akibat daripada arus modenisasi bagi mendepani zaman ini. Ibu bapa semakin tangkas, anak-anak pula ada yang ganas. Kalau dulu, pelajar ditampar, didenda dan pelbagai hukuman diterima tanpa ada bantahan atau perasaan dendam terhadap guru. Jika mengadu kepada ibu bapa, mereka pula meminta pula yang meminta hukuman itu ditambah. Sebaliknya hari ini, guru merotan agar anak menjadi lebih sopan, dicemuh hingga ke muka pengadilan (mahkamah) . Seperti profesion yang lain, bidang keguruan yang juga terkandung dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan tidak terkecuali mendepani cabaran yang cukup besar. Perkembangan bidang sains dan teknologi turut menjadikan bidang pendidikan semakin mencabar. Dunia pendidikan berubah dengan penekanan diberikan terhadap penggunaan teknologi maklumat yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Keadaan ini seterusnya menyebabkan pengurusan di sekolah menjadi semakin kompleks. David Ryans dalam bukunya Characteristics Of TeachersTheir Description, Comparison and Appraisal berpendapat bahawa guru yang berkesan dalam

menangani cabaran ialah guru yang mempunyai sifat adil, demokratik, responsif, bertimbang rasa, baik hati, jujur, cergas, menarik, bertanggungjawab, stabil, tenang dan berkeyakinan. Guru dalam konteks pendidikan sebenarnya berperanan sebagai ejen penyalur budaya dan ilmu. Selain itu, guru berperanan sebagai institusi kedua selepas keluarga. [1] Proses pembelajaran mungkin berlaku secara spontan dan personaliti berubah secara tidak disedari. Guru harus mendepani cabaran secara profesional dan sedar tentang hakikat bahawa guru ialah pembimbing dan pendidik dalam masyarakat yang berbudaya. Banyak persepsi yang mengenai profesion keguruan yang menjadi keraguan masyarakat, antaranya tanggapan yang menyatakan bahawa profesion keguruan sebagai mudah dan tidak memeningkan kepala, namun menjanjikan gaji yang memuaskan. Apapun tanggapan itu mungkin ada kebenarannya namun hanya segelintir guru sahaja yang melakukan kesalahan telah menjadi satu anggapan bahawa semua guru seperti yang mereka saksikan. Bagaimanapun sebagai seorang guru semua persepsi yang dilemparkan ini memerlukan kekuatan mental dan semangat yang jitu bagi menghadapi cabaran guru sebagai seorang pendidik . [1] Dipetik dari Dewan Masyarakat Mei 2012 ISU CABARAN GURU SEMASA 00:51 |

Assalamualaikum readers...

Dunia pendidikan hari ini tidaklah seperti dunia pendidikan 20 tahun dahulu, Ledakan globalisasi pada hari ini menuntut guru era ini mempersiapkan diri sepenuhnya. Apakah yang dimaksudkan dengan globalisasi?

Globalisasi membawa maksud menjadi atau menuju ke arah kesejagatan. Ayat yang sering kita dengar kini adalah dunia tanpa sempadan. Fenomena globalisasi ini berlaku di seluruh dunia dan memberi kesan kepada semua negara dalam pelbagai aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi, politik, budaya dan pendidikan.

Baiklah, berbalik kepada cabaran guru masa kini. Guru masa kini bukan sahaja memikul tugas sebagai seorang pengajar di dalam bilik darjah, malah guru zaman kini juga terlibat dengan pelbagai tugas lain seperti :

Tugas- Tugas pengkeranian

Pengkeranian di sini bermaksud guru terlibat dengan penyediaan fail dan surat menyurat untuk tujuan dokumentasi. Penyediaan pelbagai dokumen yang terlalu rencam serta tidak melibatkan tugas utama seorang guru dalam pengurusan pembelajaran dan pengajaran (PNP) dalam bilik darjah. Ini adalah realiti dunia pendidikan pada hari ini. Sebagai seorang pelaksana dasar, guru dituntut untuk memikul tugas ini sebaiknya dalam memastikan misi dan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan berjaya digapai.

Guru Dalam Bilik Darjah

Buat masa ini guru perlu sentiasa peka kepada perkembangan semasa. Hal ini termasuk dalam menggunakan pendekatan, teknik dan kaedah yang terbaharu dalam sistem pendidikan yang diperkenalkan di aplikasikan dalam bilik darjah.

Cara chalk and talk bukan lagi suatu kaedah yang sesuai. Guru mesti menguasai kaedah pedagogi yang sinonim dengan pengetahuan sedia ada murid yang bersifat homogenius, menggunakan bahan bantuan mengajar yang sistematik.

Bahan bantuan mengajar digunakan guru perlu menggunakan teknologi terkini dengan sumber kewangan yang terhad. Kaedah berpusatkan murid mesti dilaksanakan dalam pengajaran seseorang guru. Guru kena berfungsi sebagai medarator yang berkesan.

Pencapaian objektif mesti berbentuk eksplisit yang mampu merangsang murid memahami isi pembelajaran. Penilaian secara formatif perlu dilaksanakan. Oleh itu, secara keseluruhan sistem penyampaian guru dalam pembelajaran dan pengajaran bukan lagi berbentuk stereotaip tetapi berbentuk proaktif.

Tugas Guru

Pelbagai jawatan yang disandang oleh seseorang guru dalam satu masa. Seorang guru terpaksa memegang beberapa potfolio dalam sesuatu jawatankuasa yang diwujudkan atas kapasiti yang tidak berkaitan dengan subjek yang diajar. Sebagai contoh, seorang guru yang sudah dilantik sebagai Ketua Panitia subjek terpaksa menjadi ahli untuk jawatankuasa bagi pengurusan Hal Ehwal Murid seperti Bahagian Perabot, Keceriaan dan Keselamatan sekolah serta Pengurusan Bangunan dan Pemuliharaan Bangunan dan pelbagai ini.

Dengan kesibukan dalam menyediakan rancangan pembelajaran dan pengajaran dalam kelas serta menanda latihan murid seorang guru terpaksa menguruskan hal-hal yang sedemikian seperti sistem pemfailan, inventori, rekod kemas kini dan sebagainya yang perlu dilengkapkan dan diurus dengan baik. Guru perlu melaksanakan tugas ini bagi membantu proses pembangunan dan aset sekolah

Pelaksana Dasar

Dasar Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah dimulai pada tahun 2002. Walaupun dasar tersebut melibatkan guru-guru yang mengajar Sains dan Matematik namun dasar tersebut tetap dirasai oleh seluruh warga sekolah. Pihak sekolah telah diarahkan untuk memastikan dasar tersebut berjalan. Akibatnya terdapat unsur-unsur yang cuba mendiskriminasikan subjek lain terutamanya bahasa Melayu seolah-olah bahasa Melayu bukan lagi bahasa pengantar dan merentasi kurikulum sekolah. Walaupun dasar ini tidak selaras dengan Akta Bahasa Kebangsaan namun pihak sekolah tetap melaksanakannya dengan matlamat untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di sekolah serta meningkatkan peratus sains dan matematik seperti suatu formula tiga dalam satu.

Namun apabila kajian semula dilaksanakan atas persetujuan Mesyuarat Meja Bulat Kementerian Pelajaran Malaysia dasar ini telah bersetuju untuk diubah. Sekali lagi guru dihadapkan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Kalau mengikut proses dasar ini melibatkan bahasa Melayu yang

akan mengambil alih tempat bahasa Inggeris dalam pengajaran subjek Sains da Matematik secara proses soft landing.

Sebenarnya, dasar ini perlu dilaksanakan atas faktor yang dikemukakan dalam Buku Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris ( 2011:8 ) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang merasionalkan perubahan tersebut kerana berdasarkan kajian UNESCO yang menyatakan murid lebih mudah mempelajari pelajaran dengan menggunakan bahasa ibundanya dan profisiensi Bahasa Inggeris guru pada tahap cemerlang dan baik hanya sekitar 25% sahaja. Bagi menghadapi cabaran ini seorang guru perlu bersiap siaga dari segi mental dan fizikal kerana dasar yang sering berubah-uabh. Namun hal yang demikian ini, tidak menghalang seorang guru untuk mengikuti dan melaksanakan dasar tersebut mesti dilakukan hanya bermatlamat untuk kejayaan murid. Oleh sebab kerangka masa telahpun ditetapkan maka seorang guru akan akur dengan proses dan prosedur tersebut.

Justeru, melihat cabaran- cabaran pendidikan masa kini, guru perlu sentiasa bersedia dari segi mental, fizikal, dalam memastikan diri guru guru berada dalam arus permodenan pendidikan. Guru merupakan agen perubah sumber tenaga manusia. Walau bagaimanapun, jika guru tidak berjaya menghadapai cabaran masa kini, maka wujudlah gejala stress dalam kalangan guru. Oleh itu, untuk isu berikutnya, akan dibincangkan mengenai langkah- langlah yang boleh diambil dalam menangani stress. CABARAN DAN HARAPAN DALAM PENDIDIKAN MENGHADAPI ALAF BARU

OLEH

MOHAMAD BIN MUDA KETUA PENOLONG PENGARAH BAHAGIANPENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYISA.

"Malaysia mempunyai salah satu sistem pendidikan yang terbaik di Dunia Ketiga. Namun sebagai bekal kita harungi perjalanan pada generasi yang kedua ini, piawaian yang baru hendaklah ditetapkan dan matlamat baru hendaklah dicapai. (YAB Perdana Menteri, 1991)

Pendahuluan

Pendidikan adalah kepentingan awam. Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana uasaha membangunkan generasi alaf baru, yang akan menjelang dua tahun akan datang. Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kauliti yang tingggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21.

Sistem pendidikan akan berubah sejajar dengan peubahan aspek ekonomi, budaya dan politik Perubahan aspek tersebut amat hebat dan pantas. Leka dan alpa boleh menyebabkan kita terpinggir dan tersingkir. Intellectual capital akan menjadi asas kukuh daripada kekayaan yang berupa tanah, wang atau bahan mentah. Budaya koperat yang berasaskan pendemokrasian kuasa akan menggantikan amalan hiraki tradisional. Persaingan melebihi batas kawasan kepada persekitaran sejagat dan terlalu sengit. Pendek kata prinsip dan nilai sejagat akan menentukan kejayaan sesuatu institusi, organsisasi atau negara. Oleh itu sistem pendidikan dan persekolahan dalam menghadapi gelombang perubahan alaf baru perlu berfungsi pada landasannya untuk menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara.

Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, dalam ucapan menyambut perayaan Hari Kebangsaan Malaysia ke-40 baru-baru ini, telah meminta rakyat supaya mencari strategi dan pelan baru bagi menghadapi alaf mendatang ini. Rakyat perlu melengkapkan diri dari segala sudut, dari ilmu pengetahuan yang berasaskan teknologi tinggi sehingga memupuk semangat kebangsaan yang unggul di dalam jiwa masing-masing. Jika rakyat tidak bersedia menghadapi perubahan dunia, negara pasti tidak akan mampu bersaing dengan negara-negara maju lain. Beliau mahukan pembangunan negara mestilah seiring dengan pembangunan rohaniah agar keseimbangan antaranya dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat medani. Kerap juga Perdana Menteri dalam ucapannya memberi ingatan "kita mahu menjadi negara maju dalam acuan kita sendiri".

Cabaran Alaf Baru

Perubahan-perubahan yang hebat dan pantas dalam aspek ekonomi, budaya dan politik itu sendiri adalah cabaran besar yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa sejak dari dahulu lagi cabaran-cabaran itu sudah wujud dan diperbincangkan tetapi kali ini dijangka lebih hebat dan kritikal dengan sumbangan teknologi yang baru. Masalah yang timbul dari cabaran tersebut seperti rohani, akhlak, sosial, politik, ekonomi, sains dan teknologi.

Dalam Persidangan Pendidikan Nasional Ke-5, dalam tahun 1997 yang lalu, natijah persidangan menunjukkan dua cabaran besar alaf baru ialah ledakan ilmu yang berbentuk global dan masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi ke arah membentuk masyarakat madani. Justeru itu agenda penting untuk membangun rakyat Malaysia melalui sistem pendidikan pertama ialah pembinaan budaya ilmu dan keduanya ialah pembudayaan masyarakat.

a. Pembinaan Budaya Ilmu Ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu dan kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Ilmu membina kekuatan minda ke arah daya fikir tinggi (high order thinking) dan daya kreatif di kalangan indidvidu dan bangsa. Semua agama dan sistem sosial manusia mahukan

ahlinya menguasai ilmu pengetahuan sama ada untuk kebahagiaan duniawi dan ukhrawi.

Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud, menjelaskan "Budaya Ilmu bermaksud kewujudan satu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baik secara langsung mahupun tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan di setiap kesempatan: dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik di tahap individu, apatah lagi di peringkat masyarakat, diputus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan." Mengikut beliau lagi, budaya ilmu ialah satu budaya yang meletakkan nilai tertinggi dan asas kepada ilmu pengetahuan sebagai kunci segala kebaikan dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa depan yang penuh saingan, pendidikan adalah bersifat futuristik, maka kita hendaklah mampu menyediakan generasi muda kita untuk menghadapi keungkinan-kemungkinan berupa masyarakat industeri, ekonomi yang global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Kita perlu lahirkan generasi berilmu untuk berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop yang global dan teknologi yang terkin, serta berupaya menangani gelombang perkembangan dan perubahan masa kini.

b. Pembudayaan Masyarakat Malaysia Perkembangan ekonomi dan industri yang berlaku dengan pesatnya tidak bermakna jika tidak diseimbangan dengan kesejahteraan sosial, ketinggian rohani, kekuatan jiwa dan kebudayaan yang terpelihara. YAB Timbalan Perdana Menteri , Dato Seri Anwar bin Ibrahim, menganjurkan satu gagasan sosial yang memantapkan lagi bentuk acuan masyarakat maju Malaysia ialah dengan mengambil ciri-ciri madani. Mengikut takrif masyarakat madani ialah: "suatu sistem sosial yang subur yang diasaskan kepada prinsip moral yang menjamin keseimbangan antara kebebasan perseorangan dengan kestabilan masyarakat. Masyarakat yang mendorong daya usaha serta inisiatif individu baik dari segi pemikiran, seni, ekonomi dan teknologi. Sistem sosial yang cekap dan saksama serta perlaksanaan pemerintahan mengikut undang-undang dan bukan nafsu atau keinginan individu menjadikan keterdugaan (predictability) serta ketelusan(transprency) sistem.

Cabaran yang sedia wujud seperti masalah remaja, dadah, seks bebas, samseng sekolah, ponteng, dan berbagai kes salah laku perlu ditangani dengan bijaksana. Para pendidik seharusnya menghadapi cabaran ini sebagai satu peluang (opptunity) secara komited menggunakan wadah pendekatan nilai merentasi kurikulum persekolahan untuk membentuk masyarakat madani di kalangan pelajar dan masyarakat.

Peranan Pendidik

Tuntutan abad ke-21 dilandaskan kepada tuntutan Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan. Selari dengan tuntutan-tuntutan tersebut penyediaan sumber manusia berkualiti hendaklah dihasilkan oleh sistem pendidikan kita.. YAB Perdana Menteri telah menggariskan ciri-ciri generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu:

kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi) kekuatan minda (krestif dan proaktif) nilai-nilai luhur dan murni (termasuk penyayang) semangat jati diri, jaya diri dan keusahawanan, dan ketrampilan

Untuk menentukan kehendak ciri-ciri manusia berkualiti tersebut dapat dihasilkan, maka para pendidik dan guru-guru pelatih, perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri berikut pula:

menguasai subjek (kandungan kurikulum) mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran) memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology) memiliki kemahiran kaunseling menggunakan teknologi terkini dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain, dan memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik.

Satu agenda dalam program pendidikan kini sebagai persediaan abad ke-21, ialah Sekolah Bestari. Pelaksanaan Sekolah Bestari turut mewujudkan transformasi dalam sistem pendidikan yang meliputi aspek kurikulum, sistem penilaian, pentadbiran, pengurusan pembelajaran. Implikasi kepada reformasi ini, memerlukan persediaan guru. Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Nordin, memberi ciri-ciri guru bestari ialah guru-guru yang boleh dan bijaksana mengimbang keperluan Wawasan Pendidikan dengan tuntutan dan cabaran semasa. " Pendidikan Bestari antara lain menginginkan guru yang berketrampilan. Tingkat ketrampilannya bukan sekadar mengguna dan menguruskan teknologi, tetapi lebih penting berkeupayaan menyaring, mengadun, mengacuan setiap perkara seiring dengan tingkat ketahanan anak bangsa, sejajar dengan budaya halus masyarakat kita dan seterusnya menyumbang untuk terus memperkukuh asas kewujudan kita." (1997)

Merujuk kepada cabaran besar di atas, para pendidk mempunyai tanggungjawab melaksanakan peranan berikut secara komited dan ikhlas:

a. Membina Budaya Ilmu Kemampuan para pendidik ialah menyusun, dan mensepadukan ilmu dengan perkembangan semasa, seperti:

Teknologi dan perkomputeran para pendidik seharusnya mengorak langkah dan menggembleng peluang untuk melengkapkan diri berketrampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat untuk pelbagai bidang dan menjadi mekanisme urusan harian. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif pelajar-pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa. Kebolehan menterjemah dan mengawal kurikulum yang luwes Para pendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan ketrampilan mengaitkan domain teori dengan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan kemahiran secara developmental mengikut kadar pembelajaran (pace of learning) untuk mencapai kemahiran thoughtful learning. Kurikulum sepatutnya mempunyai ruang untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa berdasarkan keperluan negara, perkembangan semasa dan kemajuan sejagat. Kurikulum yang hendak digubal melalui Four Pillars of Learning iaitu:

@ Learning to know ( Belajar untuk menguasai ilmu) @ Learning to do (Belajar untuk menguasai kemahiran) @ Learning to be (Belajar untuk menjadi insan berguna) @ Learning to live together (Belajar untuk harmoni dan bekerjasama)

Menerapkan nilai-nilai murni/moral/akhlak nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara. Menguasai pengetahuan dan kemahiran industri melahirkan generasi untuk pasaran tenaga kerja industri merupakan Dasar Pembangunan Negara. Usaha ini ialah sebagai sumbangan kepada melahirkan sumber manusia yang menyumbang kepada tenaga buruh yang berkualiti, seba boleh dan responsif kepada perubahan keadaan perindustrian. Kurikulum dan daya didik di dalam sistem pendidikan hendaklah berupaya merealisasikan masyarakat sainstifik, teknologis dan progresif yang inovatif dan berpandangan jauh ke hadapan.

a. Membentuk Masyarakat Madani Pendidik yang profesional dapat menangani pengajaran dan pembelajaran yang dapat membudayakan masyarakat dengan amalan akhlak dan nilai-nalai murni. Perkembangan dan kemajuan dunia boleh mempengaruhi gaya hidup dan akhlak masyarakat kita. Usaha mengimbangkan perkembangan dan kemajuan dunia aspek teknologi maklumat dan industri hi-tech, dengan pembentukan rohaniah dan ketahanan diri diberikan perhatian serius. Maka konsep masyarakat madani merupa wadah untuk membudayakan masyarakat Malaysia. Kurikulum dalam sistem pendidikan kita sama ada secara formal atau tidak formal, mampu menyusun dan membentuk masyarakat madani. Dalam merancang pelaksanaan konsep ini beberapa perkara mesti diberi perhatian:
o

o o o

Prinsip berteraskan keimanan dan moral yang menjamin keseimbangan antara kekebasan perseorangan dengan kestabilan dan kesejahteraan masyarakat Mendorong perkembangan indidvidu dari segi pemikiran, budaya, sosial, ekonomi, alam sekitar dan teknologi Sistem sosial yang cekap dan saksama serta perlaksanaan pemerintahan mengikut undang-undang dan bukan nafsu atau kepentingan individu Mengamalkan akhlak terpuji dan boleh diteladani

Usaha mewujudkan masyarakat madani diharap dapat melahirkan warga negara yang berpegang kepada teras keimanan dan ketuhanan, mempunyai ketahanan diri, memiliki identiti bangsa Malaysia, tahap kepimpinan yang dinamik, berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, citra diri yang tinggi , berdisiplin dan amalan hidup yang cemerlang.

Kesimpulan

Perkembangan dunia aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi seharusnya menjadi indikator asas kepada sistem pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan moral yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, semangat patiotis dan memelihara perpaduan rakyat sebagai bangsa Malaysia, dan manusia yang bertaraf dunia. Para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21. Cabaran Guru Setelah mendekati rakan seprofesion daripada semasa mengendalikan PTK MARA di Melaka, saya rasa amat bertuah kerana dapat berkongsi pendapat dan pengalaman dengan mereka. Apabila membincangkan tentang hal-hal mengenai pengajaran dan pembelajaran, tidak terlepas juga dengan isu kenakalan murid seperti kita bincangkan sebelum ini. Kenakalan murid daripada MSRM dan institusi MARA yang lain adalah berbeza dengan kenakalan murid di sekolah harian kerajaan. Ini adalah kerana murid daripada institusi pengajian MARA adalah dalam kalangan mereka yang telah terpilih untuk mengikuti pelajaran di sekolah yang dianggap elit di negara kita. Kenakalan murid yang cerdik ini adalah amat berbeza dengan murid sebaliknya. Walau bagaimanapun, masih lagi memeningkan kepala guru-guru mereka. Saya terbaca satu berita yang disiarkan oleh Berita Harian pada 4 Jun 2008 bertajuk Kes Kesihatan Mental Serius. Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata kes kesihatam mental meningkat setiap tahun berdasarkan kajian Kementerian Kesihatan. Kita berharap warga guru tidak termasuk dalam golongan ini. Namun pelbagai cabaran dan dugaan yang semakin bertambah dalam dunia pendidikan masa kini menyebabkan golongan guru juga tidak akan

terlepas daripada masalah mental. Saya pernah berjumpa dengan kes seperti ini di sebuah sekolah pedalaman (kurang murid) di kawasan Kluang, Johor. Guru tersebut kelihatan normal, tetapi tidak bercampur gaul dengan guru lain dan sentiasa menyendiri. Mengikut Guru Besar sekolah tersebut, kalau mood dia baik, dia akan masuk ke kelas dan mengajar, namun sebaliknya kalau mood tak baik, dia tidak akan masuk ke kelas. Guru Besar tidak boleh berbuat apa-apa untuk menegurnya kerana dia akan bertindak dengan agresif. Khabarnya guru ini telah pun di pindah -randahkan ke merata tempat (sekolah) sebelum ditempatkan di sekolah ini. Menjadi persoalan saya ialah mengapakah sistem kita tidak boleh membuang orang seperti ini daripada dunia pendidikan? Kita kasihan? Sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini, maka pada masa itulah semua akan melatah. Percayakah anda bahawa masih wujud guru-guru yang tidak mampu mengajar kerana masalah mental di sekolah-sekolah kita seluruh negara? Walau pun mereka tidak layak untuk menduduki wad psikitri (sakit mental). Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) telah dilapor akan diubahsuai pendekatannya. Ini menyebabkan warga kerja seluruh negara menarik nafas lega. Namun, tarikh pelaksanaan dan kaedah pelaksanaannya masih belum pasti. Kasihan juga melihat guru-guru MARA bertungkus lumus untuk menyediakan diri bagi menghadapi Peperiksaan PTK. Oleh kerana mereka adalah terdiri daripada golongan cerdik pandai dalam pelajaran semasa di sekolah dulu, saya boleh lihat kesungguhan mereka masih ada walau pun usia sudah menjangkau jauh ke hadapan. Mereka kelihatan begitu serius untuk belajar bagi mencapai kejayaan yang cemerlang kerana dengan itu mereka akan mendapat kenaikan gaji. Bagi mereka, untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi adalah amat terhad kerana jumlah jawatan yang sedikit, namun kejayaan dalam PTK akan membantu meningkatkan gaji masing-masing. Kesungguhan juga telah ditunjukkan semasa mahu melakukan persembahan. Berbagai kerenah dapat dilihat semasa menyediakan diri untuk mempersembahkan bahan persembahan yang telah ditugaskan. Walau pun sudah matang dan masak dalam selok belok mengajar, namun untuk menghadapi situasi dalam bilik persembahan dengan dinilai oleh pensyarah dan pegawai MARA agak menakutkan mereka. Kelihatan sesetengahnya mundar mandir di sekeliling kawasan untuk menghafal dan rehearse persembahan masing -masing. Suasana di luar bilik persembahan kelihatan tegang dan setiap peserta yang menunggu giliran kelihatan begitu resah dan tertekan. Kasihan juga melihat kawan warga guru kita dalam keadaan tersebut. Jumpa lagi.. Cabaran Seorang Guru. Pepatah Melayu menganalogikan guru sebagai lilin membakar diri bagi menerangi orang lain masih relevan dalam era globalisasi. Apa tidaknya, ramai kalangan guru kekal pada takuk lama kerana rutin kerja yang diamanahkan pihak stake-holder, demi melahirkan generasi cemerlang dari segi budaya, agama, sahsiah dan pemikiran.Namun, golongan guru boleh menguntum senyuman kerana jasa mereka terpapar pada kejayaan dikecapi, bukan saja murid diajar bahkan pada setiap pelosok pembangunan. Inilah lilin yang membakar diri demi kebahagiaan orang lain. Profesion keguruan yang merupakan profesion tertua di dunia, kini memasuki satu lagi era baru. Dulu peranan utama guru ialah sebagai

penyampai pengetahuan. Gurulah yang banyak bercakap dan menyoal. Bagaimanapun kini, peranan guru lebih penting sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran. Sebagai pemudah cara, guru perlu lebih sedia dan peka melahir dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Murid perlu selalu digerak untuk berfikir secara kreatif dan kritikal. Malahan, murid dijangka dapat menyoal guru serta membantu guru membuka luas pintu pembelajarannya. Dahulu, punca pengetahuan adalah dalam bentuk bertulis. Sekarang, lebih banyak bilik darjah ditukar menjadi bilik darjah bestari yang membolehkan pelajar menggunakan komputer untuk mencari lebih banyak pengetahuan dan maklumat. Bagaimanapun, kehadiran guru penting untuk membimbing pelajar membuat pilihan ilmu dan maklumat yang betul. Betul kata pujangga Usman Awang yang menulis bait keramat bahawa setiap kejayaan dicapai manusia, titik pangkalnya bermula daripada guru.Meskipun guru tidak boleh bermegah dengan kejayaan anak didik mereka, guru harus bangkit daripada kesibukan bagi memberi didikan kepada anak bangsa untuk mencapai kejayaan cemerlang. Inilah satu lagi peranan guru - sebagai seorang pembangun negara. Ini kerana di bawah jagaannya adalah sekumpulan manusia muda yang akan diasuh dan dididik supaya menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab dan berguna. Justeru, fokus guru adalah lebih daripada pembelajaran. Ia melibatkan pendidikan meliputi segala aspek meliputi pembangunan mental, fizikal, emosi, sosial dan psikologi. Guru harus berperanan untuk mengenal pasti dan membangunkan potensi diri pelajar. Peranan guru ini amat penting dalam menentukan corak pembangunan sesebuah negara. Kita perlu sedar, kejayaan negara sehingga kini, sebahagian besar adalah hasil sumbangan kerjaya keguruan. Ini kerana persediaan bagi pengeluaran tenaga kerja negara di semua sektor bermula dari sekolah yang sudah pastinya memerlukan khidmat dan jasa guru. Guru juga adalah model manusia berkelakuan baik. Guru mesti bebas daripada bersikap negatif dan sempit daripada aspek bangsa, kelas, sosial, kedaerahan dan politik. Seorang ahli psikologi Barat pernah menganalogikan seorang guru yang pintar ibarat walking dictionary kerana peranannya memberi arah kepada orang yang ingin bertanya sesuatu.Pun begitu, seorang guru yang proaktif dan berfikiran terbuka lebih mesra dengan sikap keterbukaan dan kesediaannya untuk meningkatkan tahap profesionalisme masingmasing.Seorang pelajar di Amerika Syarikat pernah dipetik sebagai berkata bahawa guru yang baik ialah guru yang mengajar muridnya seperti mana dia mahukan anak murid mengajarnya. Malah guru yang berpendirian profesional dalam tingkah lakunya dengan memegang kepada nilai-nilai akhlak dan etika yang positif berkemungkinan mampu mempengaruhi pelajarnya daripada ibu bapa mereka sendiri. Bagi memantapkan profesionalismenya, adalah penting guru menjalani latihan sebelum perkhidmatan. Pendedahan awal ini mendedahkan guru dengan pelbagai

kaedah dan kemahiran pengajaran yang perlu seorang guru miliki. Bagaimanapun, latihan tidak terhad kepada sebelum perkhidmatan sematamata. Dalam semua aspek keguruan, ilmu pengetahuan adalah lebih luas dan mendalam hasil usaha penyelidikan dan diskusi guru-guru pengetahuan. Selain itu, kelayakan akademik juga adalah satu lagi perkara yang perlu ditimbangkan. Ini kerana profesionalisme guru itu adalah berpusatkan kepada pengetahuan. Maka, adalah wajar diramalkan, seiringan dengan kejayaan Malaysia meningkatkan kadar pembangunannya, guru-guru ijazah akan bertugas sehingga ke sekolah rendah. Memandangkan guru memainkan peranan penting dalam pembangunan negara, sifat kerja guru yang begitu khusus memerlukan guru mempunyai kelayakan akademik minimum dan menghadiri program-program latihan sebelum dan semasa perkhidmatan. Justeru langkah Kementerian Pelajaran Malaysia menggalakkan guru meningkatkan kelayakan akademik melalui pelbagai program dan galakan termasuklah kursus dalam perkhidmatan, galakan guru bukan siswazah melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah, pensiswazahan Guru Besar, anugerah biasiswa melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan ijazah kedoktoran merupakan manifestasi untuk membangunkan kerjaya guru. Bagaimanapun dorongan ini perlu selari dengan insentif untuk terus menyuburkan minat dan kompetensi guru dengan menyediakan Hadiah Pergerakan Gaji umpamanya bagi guru yang mempunyai kelayakan akademik yang lebih tinggi seperti sarjana, Phd dan sebagainya. Di samping itu, cabaran kini, guru juga perlu mempunyai dan mengamalkan sifat-sifat tingkah laku yang positif. Di samping memperakui akan kepentingan guru, penganugerahan status ini akan dapat menarik caloncalon yang lebih terpelajar dan lebih berkelayakan memohon menjadi guru dan seterusnya akan membantu negara memperoleh kejayaan yang lebih besar. Benarlah Islam meletakkan profesion guru itu tinggi darjatnya. Hakikat ini ditunjukkan sendiri Imam Shafie ketika beliau pada saat-saat hampir menghembuskan nafas terakhir, meminta anak muridnya mengajar sesuatu kepadanya. Beliau tahu betapa tingginya martabat orang yang mengajar, begitu juga orang yang belajar di sisi Tuhan. Dalam menghadapi krisis pendidikan dalam era globalisasi ini, guru boleh berfikir sejenak terhadap tugas dan tanggung jawab yang harus dipikul bagi memenuhi tuntutan semasa. Cabaran guru masa depan lebih hebat. Guru harus berfikiran glokal dengan mengadunkan aspek tempatan dengan kepelbagaian entiti dunia yang berlaku begitu pantas dengan pelbagai karenah yang harus dibendung secara lebih bijak dan berhati-hati. Guru masa kini harus melihat kurikulum pendidikan secara dinamik. Guru harus bijak mentafsir kurikulum yang

menjadi wahana penyampaian ilmunya. Bagi rakyat, kurikulum yang menjadi intipati kemajuan dan perpaduan ialah integrasi antara kaum.Bentuk kurikulum yang usang dan difikirkan kurang menyumbang kepada kemajuan negara bangsa harus diberi nafas baru atau digubal semula agar penampilannya lebih segar sebagai agen kemajuan dan pembangunan 2020.

Globalisasi dan Cabaran Pendidikan di Malaysia Nasuha Bt Che A. Bakar Siti Norsaidah Bt Mohd Azimi Nor Syahida Bt Nik Wil Nurul Syuhada Bt Mohd Sohaimi Nur Ainra Bt Ismail Jessica Agnes Fletcher Chee Han Chem Wei Keong Choong Zyy Kiat NG Nooveen Blog Archive

113533 195751 Ahad, 15 Ogos 2010 114070 113992 195612 196878 Bing 196767 196877

2010 (1) o Ogos (1) <!--[if gte mso Normal 0 ...

9]>

Dikuasakan oleh Blogger.

Impak globalisasi dan pengantarabangsaan pen difahami dan pelan tindakan telah pun digubal untuk m bakal timbul. Perubahan corak dalam pendidikan dalam globalisasi, pengantarabangsaan dan perubahan da komunikasi ini cukup mencabar bagi pendidikan di cabaran-cabaran, peranan pendidikan serta persekita pendidikan di Malaysia. CHEM WEI

KE

CABARAN: KESEDIAN GURU DALAM MENGHADAPI G

Cabaran yang terpaksa dilalui oleh institus

pelaksanaan inovasi kurikulum adalah kesediaan melaksanakannya dengan penuh kesungguhan. Harve beberapa faktor yang mengekang kesediaan guru untuk

1. Kurang rasa kepunyaan: Guru-guru merasakan p sekolah sebagai elemen asing justeru mereka tid lebib-lebih lagi sekiranya mereka menyedari idea daripada pihak mar seperti pertubuhan bukan pendesak, tekanan pihak media dan sebagainya.

2. Kurang berfaedah: Guru-guru mempunyai panda amalan yang sedia ada tidak perlu kepada p kurang diyakini benar-benar membawa faedah k Situasi mungkin akan menjadi lebih berce menyebabkan guru kekurangan kuasa autonom mengenai fungsi guru dalam kelas adalah seba kebanyakan guru berpendapat fungsi tradisi gur penyampai ilmu.

3. Penambahan beban: Guru mempunyai persepsi u bermakna penambahan terhadap beban tugas d menyebabkan guru bersikap pesimis terhadap pe pihak-pihak berkenaan dianggap sebagai tidak terutama beban tugas yang tidak berkaitan menghadiri mesyuarat, menghadiri kursus, m sekolah seperti hari kantin, hari sukan, hari kokuri

4. Kekurangan sokongan pentadbiran: Guru-gur perubahan kurikulum di sekolah sekiranya memberikan sokongan iaitu dari segi: a) kewangan b) motivasi dan dorongan c) pengiktirafan

d) penyediaan peralatan untuk pengajaran dan

e) mengurangkan karenah birokrasi di peringk

5. Menyendiri: Kebanyakan guru lebih suka melak terutama berkaitan pengajaran dan pembelajaran memerlukan guru bekerja secara berpasukan kolaboratif guru berasa kurang kondusif dan keba dari melibatkan diri secara proaktif.

JESSICA AGNES FLETCHER (196878)

CABARAN: KEBERKESANAN KOKURIKULUM SEKOL

Dunia tanpa sempadan menyebabkan Malaysia Kebanjiran maklumat, akses yang mudah keadaan bahan-bahan porno melalui Internet dan melayari a masyarakat menyebabkan berlakunya gejala negatif di m

Perasaan kebimbangan terhadap generasi pelajar m fenomena negatif ini. Perkembangan tersebut telah kurikulum Malaysia terpaksa menyemak semula keberke menghadapi pelbagai perubahan akibat pengaruh glo terhadap kekuatan dan kelemah system pendidikan d semasa ke semasa oleh perancang kurikulum untuk kemahiran dan pengetahuan tertentu bagi menghadapi yang semakin sengit dan mencabar.

CHONG

CABARAN: PENGURUSAN PENDIDIKAN

Pengurusan pendidikan juga telah mengalami transfor perkembangan dunia global terutama dari segi penggu dan pengkomputeran. Beberapa inovasi telah dila pendidikan di Malaysia terutama di peringkat sekolah dalam pengurusan pendidikan. Beberapa perisian baru t sebagai Pengurusan Maklumat Sekolah (School Man Aplikasi sistem ini telah memudahkan pihak pentadbiran tugas rutin seperti:

1. Membantu dan mempermudahkan pengurus sekol

2. Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentad

3. Mengurangkan beban pengurus dalam melaksana 4. Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail.

5. Memudah dan menjimatkan masa dari segi menyimpan data seperti laporan kehadiran pelaja

6. Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/ 7. Penempatan pelajar dalam kelas. 8. Membuat agihan jadual waktu mengajar guru. 9. Pembinaan jadual waktu guru.

10. Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, d

11. Menyimpan data mengenai stok dan inventori rutin yang dikendalikan pentadbir dan guru. CHEE HAN PING (196754)

PERANAN PENDIDIK Hussien Ahmad (2001)

memberi

proses g perubahan yang mendadak kepada perlakuan hidup d Masyarakat Malaysia sedang berdepan dengan pelba dengan budaya setempat. Jati diri anak-anak remaja yan menjadi pertanyaan kerana terdapat petunjuk dimana bangsa mulai longgar. Mereka semakin liar dan teri amalan negatif kehidupan barat seperti pergaulan b sehingga lewat malam menyebabkan mereka tidak dalam kelas keesokan hari. Semua institusi pendidika meletakkan anak-anak remaja di landasan moral ya program-program pendidikan nilai di sekolah.

Aspek yang diteliti adalah aspek berkaitan k

menampilkan perwatakan yang positif terutama ke pembelajaran. Antara watak yang perlu diterampilkan su ialah amanah, bersopan santun, berdedikasi serta kokurikulum seperti badan beruniform, persatuan, kel memberi input penting kepada pembentukan sahsiah melalui pemantauan guru akan menyuburkan sika kerjasama, berdikari dan semangat cinta akan ne pembentukan jati diri dan moral pelajar. NG NOOR

VE

PERANAN PELAJAR

Isuisu berkaitan perlakuan negatif pelajar sem untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohan menghadapi ujian dari segi keberkesanan pelaksanaa kini sedang berhadapan dengan arus globalisasi yang pelbagai budaya yang bertentangan dengan budaya s ini, banyak cabaran yang harus ditempuhi. Globalisasi it tanpa sempadan. Generasi kini dikatakan mempunyai ke begitu, generasi muda seperti pelajar harus lebih berha maklumat yang diperolehi.

Sebagai contoh, dunia hari ini banyak menggun maklumat terutamanya kepada pelajar. Pelajar mengg bahan rujukan kepada tugasan yang diberikan oleh pe menggunakan internet sebagai bahan untuk bersosial memenuhi keperluan sosial mereka. Sehubungan mempunyai nilai kesedaran sendiri. Mereka perlulah pa Banyak maklumat positif yang boleh merangsang minda sama banyak maklumat negatif yang boleh merosakkan

Para pelajar dikatakan sebagai tunjang kepimp Pelajar harus bersikap matang dalam menghadapi caba sekarang pelajar harus lah sentiasa mengikut perkemb kerana persaingan yang ramai. Pelajar yang ketinggalan akan sentiasa kebelakang. Perkembangan semasa p pemimpin yang disegani. Dunia hari ini mengatakan seh

banyak maklumat yang dilepaskan. Pelajar harus dididik dengan arus dunia sekarang. SITI NORSAIDAH BT MOHD AZIMI (195751)

PERANAN IBUBAPA

Ibu bapa merupakan contoh terbaik untuk pembe Ia bertujuan untuk mencorakkan perwatakan atau perso tingkah laku yang ditunjukkannya adalah baik dan sesu keluarga, masyarakat dan negara. Keindahan tingka menjamin masa depan yang cerah bagi belia untuk m berwibawa kelak. Oleh yang demikian, peranan ibu b masa kini terutama di Malaysia semakin mencabar. Ibu yang terbaik dalam mengorak langkah bagi membimbing dalam kandungan lagi, ibu bapa haruslah cuba unt kesihatan agar dapat melahirkan anak yang baik.

Ibu bapa juga haruslah memastikan anak-anak yang terbaik dari guru-guru dan seboleh-bolehnya ib memenuhi keperluan pelajaran mereka seperti menyedi mereka, bahan-bahan bacaan yang mencukupi dan me tambahan agar masa terluang mereka tidaklah diaba pula, ibu bapa mesti sentiasa peka dengan pembelaja memberikan yang terbaik agar mereka dapat belajar da tenang bagi memudahkan mereka menelaah pelajaran d bapa mestilah sentiasa menemani anak mereka terutam

ibu bapa ada kelapangan bagi menemani anak-anak m itu, tidaklah mereka berasa sunyi dan ada teman untuk Maka, jelaslah peranan ibu bapa amatlah besar dalam masa kini di Malaysia khususnya. NUR AMIRA BINTI

PERANAN ICT

Globalisas teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pembangu budaya dan penguasaan ICT di kalangan pelajar. Pe system mengajar dan belajar di bilik-bilik darjah yang ma adalah digalakkan kerana ia dapat memupuk minat se bertanggungjawab terhadap pembelajaran di sa pembelajaran sepanjang hayat. Penyelidikan yang me

perlu dibuat terhadap keberkesanan pendekatan pembudayaan ICT di kalangan generasi muda b berpanjangan. NOR SYAHIDA BT NIK

PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

Dalam usaha menangani cabaran globalisasi dal perlu menyediakan segala sumber manusia dan kele membentuk satu daya ketahanan budaya yang mem bertindak secara autonomous dalam persekitaran baru penting untuk menjadikan rakyat Malaysia lebih produk baru.Pengurusan sumber manusia dalam pendidi membangkitkan pelbagai isu yang menyentuh pelbag pendidikan.Namun dalam memastikan produktiviti dipert perlu diberikan perhatian oleh pihak yang bertanggungja

Antara isu yang telah dibangkitkan dalam sektor p kebelakangan ini termasuklah:

i)isu penilaian prestasi atau insentif dalam pendidika prestasi tidak dilaksanakan mengikut jadual Pekeliling yang berkenaan, penilaian prestasi t dan telus, kelemahan pegawai penilai, sis Perkhidmatan Cemerlang,penetapan kuota Perkhidmatan Cemerlang mengikut Pekeliling konsep dan pelaksanaan Penilaian Tahap Kece

ii)isu globalisasi pendidikan, yang merangkumi pencap

pendidikan bertaraf dunia,pencapaian daya saing transformasi pengajian tinggi bagi menjadika pengajian tinggi antarabangsa.

iii)isu teknologi dalam pendidikan, yang merangkumi guru atas talian,kemahiran kakitangan dal kekurangan infrastruktur fizikal (komputer/pera fizikal (perisian teknologi maklumat & komunika

iv)isu jaminan kualiti pendidikan yang merangkumi isu Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 202

v)Kualiti Menyeluruh (Total Quality Managem ISO(International Organisation for Standardisati

vi)isu perekrutan dan pemilihan staf yang merangk guru,unjuran keperluan guru, pembangu pembangunan kerjaya dan penempatan dan pe dan maklumat pendidikan.

vii)isu latihan dan pembangunan staf yang merang objektif latihan memerlukan maklum balas darip impak latihan, contohnya, analisis organisasi y pelaksanaan, kurangnya sokongan pengurusan kemahiran diajar tidak berkaitan dengan masa tempat pelatih dan masalah peruntukan bag

mencukupi.

viii)isu pembangunan kerjaya pekerja yang merangkum kenaikan pangkat,pertukaran tempat bertugas,pengurus berorientasikan kerjaya, disiplin pekerja dan persaraan sebelum persaraan. NURUL SYUHADA BT MOHD

KESIMPULAN Kesimpulannya, dunia tanpa sempadan ini memaksa

untuk melalui era transformasi yang sangat diras perkembangan pendidikan di Malaysia yang semakin minat ibu bapa yang tinggi terhadap perkembangan pen anak mereka baik di peringkat pra sekolah, pendidikan institusi pengajian tinggi. Kesedaran tersebut adalah mengenai kepentingan pendidikan bagi memajukan d kehidupan yang semakin sengit. Oleh itu, peranan-pe ibubapa, dan pelajar itu sendiri amatlah penting bagi m tanpa sempadan ini. Akhir sekali, pihak perancang pend cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan masalah secara runcitan dan memberi tumpuan mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan meng kita terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidik NASUHA BINTI CHE A.BAKAR (113533)

GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN DEFINISI GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN Era globalisasi meletakkan Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran. Untuk menjadi sebuah Negara membangun sepenuhnya, Malaysia perlu meningkatkan daya saing dan meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Sebelum kita menyelami segala perihal berkaitan globalisasi, adalah lebih baik kita memahami maksud sebenar globalisasi. Berdasarkan gambar rajah di bawah ada sedikit maklumat berkaitan dengan definisi globalisasi dalam pendidikan.

gambar rajah 1

Globalisasi berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu globalization juga perkataan globalisasi diungkap menerusi Bahasa Perancis iaitu perkataan monodialisation yang mana semuanya bermaksud seantero dunia. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ( 1986) telah mentafsirkan global bermaksud mengenai dunia seluruhnya atau pada keseluruhannya dan pada umumnya.Manakala, globalisasi pula bererti fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Scholte (2000), menyatakan globalisasi ialah proses menyingkirkan batasan atau sekatan kerajaan mengenai pergerakan antara negara supaya mewujudkan satu ekonomi dunia yang terbuka dan tanpa sempadan. Berdasarkan himpunan penulisan dan pandangan bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamed sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia telah mengingatkan agar masyarakat Malaysia tidak dipengaruhi dengan arus globalisasi sehingga berjaya menghancurkan mereka, sebaliknya kita perlu membina kekuatan dan menangkis unsur-unsur negatif yang membawa kesan buruk kepada kita. Kita sedia maklum bahawa dengan globalisasi perkembangan yang signifikan dapat dicapai dan ianya berfokus kepada profesion keguruan yang semakin mencabar di negara ini.

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN MELALUI GLOBALISASI

Dengan globalisasi yang semakin rancak menguasai dunia-dunia dalam pelbagai bidang seperti politik, sosial, pendidikan dan ekonomi ianya memberikan kelebihan menerusi perkembangan profesionalisme keguruan dalam bidang pendidikan khasnya. Berdasarkan gambar rajah di bawah terdapat lima perkembangan yang jelas diperoleh menerusi globalisasi.

Meluaskan peluang kepada guru dalam perkhidmatan dan guru dalam latihan dari aspek pendidikan guru dan peningkatan taraf profesionalisme. Ini dilihat menerusi adanya peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang yang ditawarkan bagi memantapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam sesuatu tempoh yang telah ditetapkan mampu meningkatkan lagi taraf profesionalisme keguruan. Selain itu, menerusi globalisasi ianya dapat meluaskan pengetahuan guru secara global. Seperti yang kita tahu, guru perlu sentiasa mengekalkan nilai intelektualnya kerana guru merupakan agen perubahan dalam menghasilkan produk berkualiti atau modal insane yang diperlukan di Negara kita. Guru perlulah peka dengan perkembangan semasa kerana selain tanggungjawab menyalurkan ilmu kepada murid, guru menjadi sumber rujukan dan teladan bagi masyarakat di sekeliling.

Dengan globalisasi guru dapat meningkatkan kemahiran ICT dan interaksi global yang mana ianya meluaskan konsep pembelajaran mengatasi bilik darjah. Contohnya, dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, guru dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang merentasi penyediaan pengalaman murid tanpa terbatas. Contohnya, murid berpeluang melihat keadaan gunung berapi, keadaan di kutub utara dan menyelami di dasar laut menerusi carian laman video pendidikan di internet. Meluaskan lagi program pensiswazahan guru bagi memperbaiki taraf kualiti dan taraf profesionalisme guru setanding dengan guru-guru di negara luar agar produk yang dihasilkan mampu membangunkan negara kita dengan lebih maju dan berjaya. Dengan globalisasi ianya meletakkan profesion keguruan sebagai satu profesion yang penting. Ini kerana berjayanya sesebuah negara adalah dengan berjayanya negara itu menghasilkan modal insan berguna yang akan membangunkan negaranya setaraf dengan negara maju yang lain. CABARAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN Menerusi pandangan bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamed sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia mengenai dunia globalisasi terdapat sebanyak lima cabaran asas terhadap dunia globalisasi seperti yang dilihat menerusi rajah di bawah.

gambar rajah 2 Dalam membincangkan keperluan perubahan dari aspek bidang pendidikan dalam era globalisasi, pihak UNESCO telah mencadangkan untuk merombak cara-cara membangunkan potensi sumber manusia melalui tata cara pendidikan secara formal dan tidak formal. Menurut Hussein Ahmad ( 2001) menyatakan supaya diperbanyakkan institusi latihan dan pendidikan bagi orang-orang dewasa yang sudah mempunyai kerjaya untuk membangun dan mengembangkan potensi sumber manusia bagi membolehkannya memberi sumbangan lebih bermakna kepada pembangunan negara dan juga perkembangan diri individu itu sendiri. Ini bermakna mereka akan mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang perlu dikuasai bagi menghasilkan produk berkualiti sesuai dengan peraliran semasa yang mana menuntut kecekapan dan kesiap siagaan yang tinggi dalam berhadapan dengan pelbagai kemungkinan era globalisasi kini. Selain itu, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi cabaran tersebut sebagai kesan daripada arus globalisasi. Hallinger (1998), menegaskan globalisasi telah mendorong berlakunya anjakan paradigma yang amat ketara di kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualiti pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan. Ini bermaksud, terdapat perubahan kurikulum terutama dari segi strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan seperti: 1. Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia.

2. Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar. Ini memberi peluang kepada pelajar mendapat kemahiran dan maklumat sesuai dengan keupayaan mereka dan aplikasi pelbagai stail pembelajaran. 3. Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara. 4. Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik dengan rakan dan guru. Tambahan pula, perkembangan dari segi penggunaan teknologi maklumat, kurikulum di Malaysia juga telah disemak semula dan diberi nilai tambah supaya kurikulum tersebut adalah relevan dan berupaya untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran tertentu bagi menghadapi persekitaran global setelah mereka melepasi alam persekolahan. Cabaran ketiga ialah dalam pengurusan pendidikan. Dalam hal ini, pengurusan pendidikan telah mengalami transformasi dalam perkembangan dunia global terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran. Beberapa perisian baru telah diaplikasikan yang dikenali sebagai Pengurusan Maklumat Sekolah (School Management Information System) bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan. Dengan aplikasi tersebut ianya sedikit sebanyak membantu dalam pengurusan pendidikan seperti: - Membantu dan mempermudahkan pengurus sekolah membuat keputusan. - Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran. - Mengurangkan beban pengurus dalam melaksanakan tugas yang pelbagai. - Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail. - Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses dan menyimpan data seperti laporan kehadiran pelajar. -Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaan pelajar. - Penempatan pelajar dalam kelas. -Membuat agihan jadual waktu mengajar guru. -Pembinaan jadual waktu guru. - Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya. -Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagai urusan rutin yang dikendalikan pentadbir dan guru. (Rahmad Sukor, 2006)

Hussein Ahmad (2001) memberi penegasan bahawa proses globalisasi yang melanda dunia telah membawa perubahan yang mendadak kepada perlakuan hidup dan norma kehidupan manusia di seluruh dunia. Sama ada sesebuah negara itu kecil atau besar, pedalaman benua mahu pun di kepulauan kecil, di pergunungan tinggi mahu pun di lereng, kaki dan lembah bukit, kesemuanya telah menerima tempias dan pengaruh fenomena globalisasi. Kesan yang paling ketara akibat pengaruh globalisasi adalah perubahan gaya hidup terutama dalam kalangan anak-anak remaja di bangku sekolah yang begitu terpengaruh dengan amalan negatif kehidupan Barat. Oleh itu, aspek berkaitan keperibadian guru, budaya sekolah dan aktiviti-aktiviti kokurikulum kerana perkara tersebut memberi impak tersendiri dalam pembentukan moral pelajar seperti di bawah: 1. Keperibadian guru: Guru perlu menampilkan perawakan yang positif terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Perwatakan guru yang jujur, amanah, bersopan santun, penyayang, penyabar, sedia memberi pertolongan, sedia berkorban dan berdedikasi perlu diterampilkan supaya dapat menjadi contohan pelajar. Guru juga perlu membawa watak orang yang taat kepada amalan agama. 2. Budaya sekolah: Budaya sekolah yang mempraktikkan sikap amanah, ketekunan, cintakan kecemerlangan, berkasih sayang, bertolong bantu, kesantunan akhlak dan mengamalkan kehidupan beragama adalah elemen-elemen yang perlu dihidupkan dan dihayati secara berterusan. Aspek tersebut merupakan nilai yang seharusnya diberikan perhatian secara bersungguhsungguh oleh pihak pentadbiran sekolah 3. Aktiviti kokurikulum: Aktiviti seperti pakaian beruniform, persatuan, kelab dan kegiatan sukan dapat memberi input penting kepada pembentukan sahsiah pelajar. Aktiviti yang dijalankan melalui pemantauan guru akan menyuburkan sikap positif terhadap semangat bekerjasama, berdikari, tolong menolong, semangat cinta akan negara dan berdisiplin. Cabaran kelima yang wujud dalam globalisasi dalam pendidikan ialah perkembangan profesionalisme guru. Satu perbahasan relevan tentang globalisasi ialah pengkajian mengenai kesan globalisasi terhadap perkembangan profesionalisme keguruan. Usaha yang dilihat menerusi cabaran globalisasi dalam perkembangan profesionalisme keguruan ialah dapat meningkatkan kualiti guru sama ada dari segi kelayakan akademik, kepakaran dalam pengajaran, kualiti professional dan kualiti personal atau kepimpinan guru dalam organisasi sekolah dan masyarakat, meluaskan pengetahuan guru bersifat global, kemahiran ICT dan interaksi global membolehkan guru meluaskan konsep pembelajaran mengatasi halangan bilik darjah dan birokrasi sekolah, meluaskan peluang kepada guru perkhidmatan dan guru-guru dalam latihan dari segi pendidikan guru dan peningkatan taraf profesionalisme dan sebagainya. Kesimpulannya, masyarakat masa kini sangat prihatin dan mengikuti perkembangan pendidikan

dengan penuh minat dan bersikap kritikal terhadap isu-isu berbangkit yang berkaitan dengan kemajuan anak-anak mereka. Pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan menghalang pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri. KRISIS GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN Satu perancangan yang lebih baik boleh dilakukan dengan mengkaji krisis pendidikan global yang mana ianya mendedahkan guru dengan pengetahuan yang berlaku di negara-negara lain. Kebanyakan Negara membangun mengalami kesan negatif globalisasi bagi membangun dan memajukan bidang pendidikan. Globalisasi memberikan kesan buruk terhadap keadaan ekonomi Negara membangun, di samping perdagangan pendidikan dan budaya dari Negara-negara Barat yang menguasai pasaran pendidikan di negara membangun. Antara krisis pendidikan global dapat dilihat menerusi gambar rajah di bawah.

Krisis kewangan timbul apabila negara membangun menimbulkan masalah membiayai perbelanjaan untuk pembangunan pendidikan. Ini termasuklah penyediaan kemudahan pendidikan seperti menyediakan peluang pendidikan untuk semua, bantuan pendidikan buku teks, menyediakan sekolah dengan infrastruktur lengkap, pendidikan literasi komputer dan sebagainya. Selain itu, program twinning iaitu program kembar pendidikan diperluaskan melibatkan institusi pendidikan membangun dengan negara maju. Apa yang pasti, program seperti ada kepentingan kerana pengetahuan dan kemahiran tertentu dipindahkan kepada tenaga pengajar di negara ini seperti latihan kepakaran dalam bidang perubatan, biodiversiti dan kejuruteraan. Persaingan untuk memantapkan kualiti diri dengan kepakaran dalam sesuatu bidang dan kemahiran tertentu akan menghasilkan produk pendidik yang setaraf dengan pendidik di negara luar. Persaingan adalah suatu dorongan untuk perubahan dan kemajuan yang penting dalam era globalisasi. Tambahan pula, dalam profesion keguruan, nilai intelektual perlu dipertahankan dan sentiasa dipertingkatkan kerana warga pendidik merupakan agen dalam membentuk

modal insan yang berkualiti. Ini bermakna, guru perlu sentiasa ke hadapan dalam mendidik dan memimpin masyarakat kea rah perubahan dan kemajuan. Krisis pendidikan global seperti jurang pendidikan juga menimbulkan kebimbangan. Ini kerana pelaburan yang rendah dalam bidang pendidikan di negara membangun dan persaingan global meningkatkan perbelanjaan pendidikan yang mana ianya menyulitkan untuk usaha ke arah merapatkan lagi jurang pendidikan.

PERANAN INSTITUSI KELUARGA DAN SEKOLAH DALAM MEMBINA KEMAHIRAN 7M BERDASARKAN GLOBALISASI

Dunia sekarang sedang menghadapi era globalisasi yang kian memuncak. Keterbatasan dalam memantau penerimaan ledakan sumber dan bijak menapis serangan unsur-unsur perlu dilaksanakan dengan segera agar kita tidak jatuh dalam arus globalisasi. Globalisasi jika dilihat memberikan manfaat dan juga keburukan kepada kita andai kita tersalah membuat pilihan dan keputusan. Semua pihak perlulah sama-sama bertanggungjawab dalam usaha memelihara kemajuan yang tercipta tanpa perlu kecundang disebabkan tewas dalam globalisasi. Peranan sesebuah institusi keluarga dan sekolah amat penting dalam membantu membina kemahiran-kemahiran yang seharusnya dikuasai murid berdasarkan globalisasi. Kemahiran pertama ialah menulis, di mana kemahiran literasi asas komunikasi dan menyampaikan idea secara tulisan dapat dikuasai oleh kerana menerusi penulisan, seseorangitu boleh mengeluarkan idea, perasaan, menyampaikan maklumat dan sebagai alat perhubungan sosial.

Kemahiran kedua ialah membaca, yang mana kemahiran literasi menimba ilmu melalui bahan-bahan bercetak perlu diterapkan sejak dari bangku sekolah agar murid-murid memperoleh pengalaman dan ilmu menerusi bahan-bahan ilmiah yang dibaca. Membaca jambatan ilmu. Dengan melazimkan diri dengan aktiviti membaca sudah menerapkan nilai-nilai murni secara tidak langsung menerusi kandungan bahan yang dibaca. Kemahiran ketiga, mengira merupakan kemahiran literasi asas mengoperasikan otak secara abstrak tentang hukum sains dan alam semesta. Segala yang dilalui dalam kehidupan seharian melibatkan kita dengan hukum sains dan alam semesta. Cuba bayangkan seandainya anak-anak kita tidak menguasai kemahiran mengira, adakah mereka mampu untuk menguruskan kehidupan mereka secara sendiri kelak? Contohnya, jika tidak menguasai konsep asas nombor, bagaimana murid dapat menyelesaikan masalah melibatkan nilai nombor yang lebih besar? Kemahiran mengira merupakan kemahiran yang penting di samping perlunya kita menguasai kemahirankemahiran yang lain. Kemahiran keempat, kemahiran memikir. Dalam kemahiran ini, guru dan ibu bapa berperanan untuk menyediakan peluang dan ruang untuk murid-murid berfikir tentang sesuatu perkara dan melatih mereka untuk mengolah dan melontarkan idea menerusi kemahiran berfikir yang diaplikasikan. Kemahiran kelima ialah kemahiran menggunakan komputer. Jika dilihat sekarang, penggunaan komputer dalam membantu memudahkan pengurusan harian, mencari maklumat dan sebagai alat pengajaran yang berkesan. Kemahiran menggunakan komputer perlu diterapkan dan didedahkan kepada anak-anak muda sekarang agar perkara seperti fobia komputer dapat dielakkan. Kemahiran keenam ialah kemahiran menjadi manusia. Dalam kemahiran ini, perlunya individu diajar untuk menjadi individu yang boleh berinteraksi bersama orang lain secara positif. Dengan kemahiran komunikasi yang baik seperti kesantunan tingkah laku dan kesantunan berbahasa membuatkan kita sentiasa dihormati dan hidup dalam keadaan yang harmoni. Kemahiran ketujuh ialah kemahiran mencintai Tuhan. Dalam hidup kita, keredhaan Ilahi adalah sesuatu yang penting kerana hidup dalam keadaan dicintai Tuhan dan mendapat keredhaan menghasilkan dengan kejayaan dalam segala aspek dan memperoleh ketenangan yang sukar diterjemahkan. Kemahiran mencari dan menggunakan ilmu agama dalam proses mendapatkan keredhaan dan kecintaan Tuhan buat setiap hambanya, manusia harus sentiasa tersemat dalam diri setiap individu.

KESAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Berdasarkan definisi globalisasi pendidikan, cabaran globalisasi dalam pendidikan, krisis pendidikan global dan sebagainya sebagaimana yang telah dinyatakan di ruangan sebelumnya, apakah kesan yang dapat kita kenal pasti terhadap globalisasi dalam pendidikan? Adakah memberi kesan baik sahaja atau member kesan buruk semata atau memiliki pro dan kontranya iaitu kesan baik dan buruk melalui globalisasi dalam pendidikan. Globalisasi dalam pendidikan memberikan kesan positif dan negatif. Apakah kesan positif yang dapat diberikan melalui globalisasi dalam pendidikan? Antaranya ialah:

budaya pembelajaran sepanjang hayat kebolehan berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa antarabangsa menguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan seharian pendidikan Negara terbuka kepada dunia luar perubahan peranan guru dalam bilik darjah peluang pendidikan terbuka luas persaingan sihat dalam meningkatkan mutu pendidikan dan inovasi perkongsian sumbangan hasil penyelidikan tentang pengajaran dan pembelajaran

Terdapat beberapa kesan negatif melalui globalisasi dalam pendidikan iaitu:


kadar pengangguran semakin meningkat pengaliran keluar sumber manusia yang berkepakaran ke luar negara meminggirkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda perdagangan pendidikan penyebaran sumber-sumber yang tidak bersesuaian dengan intelek dan rohani berlaku penindasan dalam merampas peluang dan sumber bagi kemajuan sistem pendidikan sesebuah negara pemantauan mendalam dari aspek permasalahan antisosial

Oleh itu, biarpun ianya mempunyai kesan positif dan negatif, ianya adalah tanggungjawab individu dalam membuat pilihan bijak sama ada ingin memilih sumber yang bersesuaian atau sebaliknya. Tambahan pula, sebagai pendidik perlunya pemilihan dibuat dalam mencedok ilmu dan sumber maklumat yang bersesuaian untuk disalurkan kepada murid-murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah agar nilai-nilai negatif tidak dapat diterapkan dalam diri murid-murid. IMPAK GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Globalisasi meluaskan konsep dunia tanpa sempadan memberikan cabaran terhadap guru bagaimana perancangan pembelajaran dan dunia pendidikan boleh dimajukan dari perspektif global yang melibatkan penyesuaian kurikulum, penjadualan belajar, penerokaan maklumat melalui ICT, pengawalan dan penyeliaan, serta peranan efektif guru dalam memajukan dunia pendidikan. Seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah 7, ada dinyatakan tentang impak globalisasi dalam pendidikan di mana rajah di sebelah kiri merupakan sebab yang berlaku menerusi globalisasi dan rajah di sebelah kanan menunjukkan akibat daripada globalisasi dalam pendidikan.

Lambakan sumber maklumat dalam Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa yang mudah diperoleh menerusi kecanggihan teknologi maklumat menghasilkan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa sebagai bahasa ilmu. Ini kerana, kebanyakan bahan penyelidikan dan sumber lain maklumat menggunakan Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa. Ini secara langsung, menjadi kelaziman individu menjadikan Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa sebagai bahasa ilmu utama. Selain itu, dengan globalisasi, penggunaan teknologi maklumat dalam sesi pembelajaran dan pengajaran sering diaplikasikan. Ini membuatkan murid-murid dan guru dapat menguasai ledakan maklumat dan menambah pengalaman murid. Jika pada masa kini tiada pelaksanaan pembelajaran menggunakan teknologi maklumat di dalam bilik darjah, adalah sukar untuk guru menyalurkan ilmu dan pengalaman berkaitan

persekitaran yang sukar untuk disediakan. Contohnya, keadaan di dasar laut, suasana di kutub utara dan melihat bagaimana gunung berapi meletus. Dengan kecanggihan teknologi maklumat, murid berpeluang melihat dan meneroka pengetahuan baru yang terbatas melalui video, paparan slide dan sebaganyai. Dengan globalisasi dalam pendidikan, mewujudkan lebih banyak institusi pengajian tinggi swasta yang mana memberikan kesan ke atas semua individu untuk mendapatkan peluang pendidikan yang sama rata. Secara tidak langsung, pembangunan negara semakin meningkat melalui penghasilan produk berkemahiran dan pakar dalam sesuatu bidang. Pembudayaan teknologi dalam pelaksanaan harian membuatkan urusan kita menjadi lebih mudah dan lebih bersistematik. Contohnya, penggunaan aplikasi Microsoft Excel, memudahkan kita untuk menguruskan sesuatu data dan boleh dikemas kini pada bilabila masa. Guru dan Cabaran Semasa: Bab 1: Isu dan Cabaran Pendidikan Semasa BAB 1 ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA

1)

Pengenalan; usaha untuk mewujudkan kesatuan dan perpaduan dalam sebuah negara berbilang agama dan budaya merupakan suatu perkara yang mencabar. penekanan kepada perpaduan dalam kepelbagaian dan keterangkuman (inklusif) pastikan kesaksamaan untuk semua,khususnya dalam bidang pendidikan. Pendidikan adalah kepentingan awam dan mempunyai peranan yang sangat penting untuk memupuk integrasi antara kaum. memerlukan tindakan secara holistik agar masyarakat memperoleh mutu pendidikan yang setara pendidikan adalah bersifat futuristik dalam menghadapi masa depan yang penuh saingan. INTEGRASI NASIONAL; Akibat keretakan integrasi nasional Perbezaan budaya dan agama Ketidakpuasan hati Kedudukan Geografi

2)

3)

Cabaran mewujudkan satu sistem sosial; Agama dan kebudayaan Dasar Penjajah British Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan Amalan ekonomi yang berlainan

4)

Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik Halangan Integrasi Nasional; Perbezaan budaya dan agama Dasar Penjajahan Sistem Pendidikan Amalan Ekonomi Perbezaan politik

5)

Pupuk Integrasi Nasional Melalui Dasar Pelajaran; Sistem Pendidikan Kebangsaan Agenda Memperkasakan SK Penerapan Nilai Mata Pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan Konsep Sekolah Wawasan Aktiviti Kurikulum dan Kokurikulum Perkasakan bahasa Kebangsaan Pemantapan Aktiviti Pupuk Kefahaman Dasar Pelajaran kebangsaan menggunakan sukatan pelajaran, buku teks, peperiksaan, pakaian seragam, sistem latihan guru dan bahasa penghantar yang sama Usaha bagi memastikan matlamat perpaduan kaum dan integrasi nasional terus dipelihara dan diperkukuhkan;

6)

melaksanakan sistem pendidikan kebangsaan menjadikan agenda memperkasakan SK menerapkan nilai jati diri, budi bahasa dan seni budaya dilaksanakan secara sisipan dalam tajuk-tajuk mata pelajaran yang bersesuaian. memperkenalkan mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan pada tahun 2003 memperkenalkan Konsep Sekolah Wawasan melaksanakan beberapa aktiviti bagi menerapkan semangat patriotisme secara berterusan melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum 7) Pupuk Integrasi Nasional Melalui RIMUP; Modul Aktiviti Kecemerlangan Akademik Modul Aktiviti Kesukanan dan Permainan Modul Aktiviti Kokurikulum Modul Aktiviti Khidmat Masyarakat

Modul Aktiviti Meningkatkan Patriotisme

8)

Tindakan KPM Untuk Pupuk Integrasi Nasional; Sekolah sebagai alat perpaduan Sistem persekolahan yang sama Penggunaan Bahasa Melayu Pendedahan kepada nilai Seminar/forum

9)

Penglibatan Komuniti Setempat Untuk Pupuk Integrasi Nasional; Program Permuafakatan Masyarakat Hari Keluarga Acara Kebudayaan Sambutan Perayaan Aktiviti Kokurikulum Bulan Kemerdekaan Lawatan ziarah Bina Insan

10) Melalui aktiviti yang dijalankan tersebut, secara keseluruhannya diharapkan akan dapat mencapai objektif seperti yang berikut; meningkatkan kefahaman pelajar mengenai kepelbagaian kebudayaan masyarakat Malaysia. menimbulkan rasa hormat terhadap kebudayaan dan adat resam pelbagai kaum. menanamkan kesedaran bahawa unsur kebudayaan adalah penting untuk menyemarakkan suasana harmoni dan semangat toleransi antara kaum. menyemai dan memupuk nilai-nilai mulia yang dapat menjalinkan hubungan silaturahim antara pelajar berlainan latar belakang, agama, budaya dan adat resam.

11) PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN; Semua dapat hak yang sama Sekolah dapat kemudahan yang sama Sekolah Wawasan,kongsi kemudahan Sekolah satu aliran Amalan kehidupan Peluang pendidikan yang sama Persamaan hak Peluang yang luas Pembangunan sumber manusia

12) Tumpuan Dalam Pendemokrasian Pendidikan; Basmi buta huruf Pendidikan universal Penyediaan infrastruktur Guru terlatih yang mencukupi Pra sekolah untuk semua

13) Strategi pelaburan dalam bidang pendidikan Pendidikan asas perlu disediakan kepada semua kanak-kanak dan orang dewasa sesuai dengan sumber yang ada. Dalam jangka masa panjang sistem pendidikan formal dan tidak formal perlu dibangunkan pada setiap peringkat pendidikan. Untuk meningkatkan produktiviti dan memperluaskan ekuiti sosial, peluang pendidikan perlu disediakan tanpa mengira perbezaan jantina, latar belakang etnik dan status sosioekonomi. Sistem pendidikan perlu cuba meningkatkan kecekapan dalaman dalam pengurusan. pengagihan dan penggunaan sumber sedia ada untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti pendidikan. Pendidikan patut mempunyai kaitan dengan kerja dan persekitaran dalam usaha untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti pendidikan, pengetahuan dan kemahiran perlu untuk perkembangan ekonomi, sosial dan lain-lain.

14) Rumusannya: Tumpuan Bank Dunia Dalam Pendidikan Pendidikan asas Pendidikan wajib untuk semua Kecekapan dalam pengurusan Pengagihan sumber Keperluan dengan pasaran kerja

15) Pendidikan Negara Pelbagai peringkat Kurikulum yang sama Penubuhan sekolah agama rakyat Peningkatan bilangan pelajar ke universiti Pendidikan swasta Pendidikan untuk semua Pengagihan sumber kewangan Pendidikan sawarjagat Pertambahan guru dan bilangan kelas

Pendidikan Bertaraf Dunia Pendidikan berterusan Pendemokrasian pendidikan Pendidikan berkualiti

16) TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO; Tonggak Pendidikan UNESCO adalah berdasarkan kepada; pelajar belajar untuk tahu belajar untuk membuat belajar untuk menjadi apa belajar untuk hidup bersama 17) Kejayaan Sekolah Menurut UNESCO; Pengurus punyai kuasa autonomi Memperkasakan kapasiti Struktur terurus Ukuran prestasi Pemantauan prestasi Kawalan sumber ketelusan

18) Menurut laporan Unesco (2005), kuasa autonomi bagi menguruskan perjalanan sekolah secara keseluruhannya; pengurusan sekolah mesti mempunyai strategi untuk memperkasa kapasiti dan kepemimpinannya. sekolah perlu mempunyai maklumat tentang prestasinya untuk mengukur kekuatan, kelemahan dan prioritinya. sekolah memerlukan struktur yang terurus dan professional. kerajaan pusat perlu terus memainkan peranan kritikal terutamanya dari segi pemantauan prestasi sekolah. sekolah perlu mengawal sumber-sumber. pengurusan sekolah mesti telus. 19) Tujuan Tonggak Pendidikan UNESCO; Memenuhi keperluan pembelajaran asas Membentuk wawasan Akses kepada universal Focus terhadap pembelajaran

Perluaskan skop Penambahbaikan persekitaran Perkukuhkan perkongsian Pembangunan dasar gerakkan sumber perpaduan antarabangsa

20) Dasar KPM dan kaitannya dengan Tonggak Pendidikan UNESCO; Perkembangkan potensi individu Tingkatkan kreativiti Sistem pendidikan yang cekap Pusat kecemerlangan pendidikan Tingkatkan martabat pendidikan 21) Tujuan KPM untuk membentuk pembangunan insan yang seimbang adalah seperti yang berikut; Memperkembang potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Meningkatkan kreativiti , inovasi dan budaya ilmu pelajar. Membudayakan sains dan teknologi dan pembelajaran sepanjang hayat. Menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan dan bertaraf dunia. Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada peringkat antarabangsa.

22) Pembangunan Modal Insan KPM; Perkembangkan potensi Punyai pelbagai kemahiran Bentuk peribadi Kemahiran berkomunikasi Kemahiran ICT Pembelajaran sepanjang hayat Nilai yang tinggi

23) Cabaran KPM adalah untuk menyediakan generasi muda Malaysia dengan seluas-luas peluang dengan cara; memperkembangkan potensi diri bagi setiap pelajar.

melengkapkan diri pelajar dengan pelbagai kemahiran.

membentuk ciri-ciri keperibadian dan perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan lagi negara di mata dunia, selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

24) Pembangunan modal insan juga termasuk melengkapkan diri pelajar dengan; kemahiran komunikasi berkesan. kebolehan menggunakan ICT dengan baik. berfikir secara kreatif dan kritis. mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. nilai yang tinggi supaya berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat.

25) Pendidikan Berterusan; Institusi diperbanyakkan Bekalkan kemahiran Memenuhi guna tenaga sumber manusia Ahli masyarakat yang berfungsi Pemahaman kritikal Bijak menggunakan masa lapang Belajar sukarela Sedar kepada biografi Merancang kerja Perkembangan bakat Bentuk konsep kendiri

26) Beberapa alasan mengapa trend tersebut wujud dalam kalangan masyarakat; Memberi peluang orang dewasa yang kekurangan pendidikan di peringkat sekolah tinggi untuk memperoleh kemahiran yang diperlukan supaya dapat berfungsi dengan lebih berkesan dalam masyarakat dan pekerjaan. Memperoleh kemahiran pekerjaan peringkat tinggi. Memperoleh kemahiran yang diperlukan bagi menjadi seorang ahli masyarakat yang berfungsi lebih efisien dan dapat menjadi seorang pengguna yang lebih pintar. Membangunkan pemahaman kritikal daripada masalah-masalah yang wujud dalam masyarakat serta berupaya mengambil bahagian secara aktif dalam masyarakat dengan tujuan mencapai keadilan sosial.

Membangunkan sikap menggunakan masa lapang dengan kreatif bagi memperoleh pengetahuan yang diperlukan. Membangunkan sikap belajar secara sukarela. Membantu orang dewasa menjadi lebih sedar pada biografi sendiri dalam hubungannya dengan masyarakat secara keseluruhannya. Membantu orang dewasa dalam merancang kerjaya dan mencapai matlamat yang bererti. Membolehkan individu membangunkan kelebihan-kelebihan terpendam dan mempertingkatkan konsep kendiri individu tersebut.

27) Pendidikan Seumur Hidup adalah bertujuan untuk; Menyediakan dan memberi galakan latihan dalam teknologi tinggi dengan memberi penekanan kepada kepelbagaian kemahiran. Membangunkan program latihan yang berinovasi bagi memenuhi keperluan pengetahuan dalam industri. Mewujudkan program e-Latihan. Mewujudkan persekitaran yang mesra kepada pembelajaran di semua agensi dalam perkhidmatan awam. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pendidikan dewasa dan Pendidikan Berterusan. Menggubal polisi bagi menggalakkan penggunaan sekolah, kolej komuniti, masjid, dewan orang ramai dan bangunan awam dan persendiran bagi program Pendidikan Berterusan. Melancarkan Kempen Kebangsaan mengenai kepentingan pendidikan seumur hidup.

28) Rumusannya; Pendidikan Seumur Hidup; Galakan dalam teknologi Pembangunan pgram latihan E-learning Persekitaran yang mesra Penggunaan institusi Kempen di peringkat kebangsaan

29) Globalisasi Dalam Pendidikan; Cabaran globalisasi dalam pendidikan adalah dari segi yang berikut; Keperluan terhadap pembelajaran berterusan. Inovasi dalam pelaksanaan kurikulum Penggunaan teknologi telekomunikasi dan maklumat. Pengurusan pendidikan. Pembentukan jati diri pelajar. Kualiti guru. 30) Perlu kepada perubahan kurikulum; Antara perubahan yang dapat diperhatikan adalah seperti yang berikut; Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia. Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar. Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara. Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik dengan rakan dan guru.

31) Persediaan menghadapi persaingan global iaitu dari segi; Mempunyai budaya pembelajaran sepanjang hayat. Mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa antarabangsa. Menguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan seharian. Bersedia dari segi kognitif untuk tugasan yang kompleks dan mencabar, menyelesaikan masalah serta menjana pengetahuan baru. Menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi sosial, politik dan budaya.

32) Kesan Globalisasi Pendidikan; Pembelajaran sepanjang hayat

Kebolehan berkomunikasi Kemahiran teknologi Kesediaan kognitif Warganegara bertanggungjawab

33) Cabaran Globalisasi; Kesediaan guru Kurang rasa kepunyaan Pertambahan beban Kekurangan sokongan pengurusan Pengurusan pendidikan Sikap guru Perbezaan tahap pengetahuan Perubahan yang kerap Penggunaan teknologi Pembentukan jati diri Budaya sekolah Perkembangan profesionalisme guru

34) Pembelajaran Berbantu Komputer; Perisian latih tubi Perisian tutorial Perisian simulasi Perisian permainan Perisian penyelesaian masalah

35) Pengurusan Maklumat Sekolah Menurut Rahmad Sukor (2006); Permudahkan urusan Tingkatkan kecekapan Kurangkan beban Jimatkan masa Penempatan pelajar Pengagihan jadual waktu guru dan pelajar Pengagihan sumber Rekod stok dan inventori

36) Perkembangan Profesionalisme Guru; Memimpin perubahan Utamakan daya pengeluaran Perkembangan semasa Perkembangan teknologi

Perubahan inovasi

37) Cabaran membentuk Perkembangan Profesionalisme Guru; Berupaya memimpin perubahan di sekolah di mana guru itu bertugas. Mengutamakan daya pengeluaran tinggi dalam bidang kerjayanya. Sentiasa mengikuti peredaran masa. Memahami perkembangan teknologi. Mempunyai sifat berani, mahu mencuba idea baru dan inovatif

38) Fuller (1975) dalam kajian perkembangan profesionalisme guru mengkategorikan tingkah laku guru kepada tiga tahap iaitu; Tumpuan Berkaitan Peribadi Tumpuan Berkaitan Tugas Tumpuan Berkaitan Kesan.

39) Hall dan Loucks (1978) pula dalam kajian lanjutnya telah memurnikan klasifikasi tumpuan tersebut kepada tahap berikut; Tumpuan Tiada Berkaitan: Guru tidak mahu mengambil tahu apa-apa perubahan yang berlaku di sekolah. Tumpuan Berkaitan Peribadi: Guru melihat keupayaan diri sendiri untuk melaksanakan sesuatu tugas terutama dari segi kemahiran dan pengetahuannya. Aspek lain yang diberi tumpuan adalah berkaitan keluarga, kesihatan dan penggunaan masa senggangnya. Tumpuan Berkaitan Tugas: Guru cenderung untuk melaksanakan tugas dengan cekap dan sentiasa berusaha menghasilkan yang terbaik terutama dari segi pengajaran dan pembelajaran. Tumpuan Berkaitan Kesan: Guru mempunyai visi yang jelas terhadap peranannya sebagai pendidik secara holistik dalam konteks kemajuan pelajar, kebolehlaksanaan kurikulum dan implikasi kurikulum terhadap kemajuan negara.

40) Impak Globalisasi Kepada Perkembangan Profesionalisme Guru; Berdaya saing Hubungan sumber pendidikan Kemahiran berbahasa Komunikasi rentas budaya Produk dan perkhidmatan Keupayaan nilai antarabangsa Peningkatan bilangan institusi Penyebaran teknologi

Cita rasa global

41) Kesan Negatif Globalisasi; Negara lemah ditindas Ketidakadilan perkongsian Pemantauan yang mendalam Permintaan pasaran tenaga kerja Meminggirkan bahasa melayu Terbuka kepada persaingan tidak sihat Pengkomersilan pendidikan Penafian pendemokrasian pendidikan Penghayatan ilmu terhakis

42) Kepelbagaian Budaya; Perlu keadilan Peluang pendidikan kepada semua Pupuk melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum Program sekolah berkembar 43) Merujuk kepada Dasar Pernyataan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Malaysia (2001), proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut beberapa prinsip yang digariskan. Antaranya adalah seperti yang berikut; Pendekatan, kaedah dan teknik yang dipelbagaikan dengan melibatkan pelajar secara aktif. Berpandukan bahan-bahan sokongan yang relevan dengan tahap pencapaian semasa, potensi dan kemajuan pelajar. Penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan.

44) Kepelbagaian sosio budaya pelajar haruslah ditangani dengan bijak. Oleh yang demikian, berikut adalah beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan untuk menjayakan isi tersebut, antaranya adalah seperti yang berikut; Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidikan negara. Memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan negara. Mengimbangi penekanan kepada sistem peperiksaan dengan sistem pembelajaran berasaskan pemikiran kritis dan analitikal dengan matlamat mencari kebenaran. Memastikan setiap pelajar yang berkelayakan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang.

Meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 demi mewujudkan iklim yang kondusif dalam bentuk jaminan kebebasan akademik dan autonomi universiti kearah mempertingkatkan mutu pendidikan setanding dengan negara-negara maju. Memastikan pelantikan naib canselor, rektor, dan lain-lain penjawat tertinggi akademik dilakukan berdasarkan kelayakan dan kelulusan Majlis Senat. Memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah yang daif di pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak. Meningkatkan mutu pendidikan guru bagi setiap peringkat sekolah dan menambah jumlah guru terlatih mengikut permintaan. Menyediakan peluang latihan peringkat tinggi untuk guru dan pensyarah supaya pengetahuan dan kemahiran profesional mereka sentiasa selaras dengan perkembangan semasa. Mengkaji kembali skim perkhidmatan guru dan menambah skim rangsangan bagi mereka yang mengajar di pedalaman. Menyediakan biasiswa berasaskan merit dan bantuan kewangan lain berasaskan keperluan dengan keutamaan kepada pelajar miskin dari kawasan luar bandar dan pedalaman. Menekankan betapa mustahaknya pelajar menguasai pelbagai bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina sebagai bahasa-bahasa utama dunia dan juga bahasa-bahasa ibunda. Menyediakan tempat dan latihan kepada mereka yang keciciran. Meluaskan skop Lembaga Pentauliahan Kebangsaan untuk memantau dan mencadangkan pengiktirafan sijil, diploma dan ijazah dari dalam dan luar negara yang memenuhi piawaian akademik yang boleh diterima termasuklah sijil dan Diploma Muadalah (diploma berkembar).

45) Cadangan Tangani Kepelbagaian Sosiobudaya; Sekolah kebangsaan sebagai peneraju Kelayakan pelajar jadi penentuan Pindaan akta Tingkatkan kemudahan Tingkatkan mutu pendidikan guru Peluang latihan Biasiswa kepada yang berkelayakan Kuasai pelbagai bahasa

46) Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK); Suasana lebih kondusif Mudah hasilkan bahan Kepelbagaian media Maklumat pelbagai

47) Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat iaitu; teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. memanipulasikan maklumat dan proses semula imej. proses berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

48) Perubahan Teknologi Maklumat; Kuasa penggerak Pelaksanaan Pemudahan bertindak Kaedah perubahan Permulaan perubahan

49) Implikasi TMK; penggunaan komputer dalam sistem organisasi yang mampu merubah cara kerja dan penyesuaian pekerja dengan sesuatu tugasan. menjadikan sesuatu keputusan yang ingin dilaksanakan oleh organisasi menjadi lebih terancang dan telus terutama organisasi yang mempunyai maklumat yang banyak dan terdapat perkara kerahsian. mampu untuk mengawal selia dengan lebih terancang dan tersusun tanpa wujud kekhilafan dalam perlaksanaannya. kemampuan sistem komputer yang mempunyai internet dan perkembangan sistem komunikasi juga akan lebih menjurus kearah berkomunikasi secara interpersonal dan bukan secara bersemuka yang lazim dilaksanakan dalam organisasi.

50) Komputer Dalam Pendidikan;

Pendidikan jarak Jauh Reformasi dalam pendidikan Mudah beri maklumbalas Sebagai bahan pengajaran pembelajaran Alat komunikasi Memudahkan pemahaman

51) GEJALA SOSIAL; Pengkelasan masalah sosial boleh dipecahkan kepada 3 Bahagian iaitu; Jenis kesalahan jenayah seperti mencuri basikal, melawan guru, bertumbuk sesama pelajar, berjudi dan mencuri kertas soalan ujian. Jenis kesalahan gengsterisme seperti menjadi ahli kumpulan geng, mengutip duit pau daripada pelajar lain, mencari gaduh dengan kumpulan lain, memak sa kumpulan lain untuk menjadi ahli kumpulan dalam geng dan berkelakuan seperti samseng. Jenis kesalahan kurang sopan dan biadab seperti menghisap serta menyimpan rokok, mengganggu pelajar perempuan, melawan pengawas, bising dalam bilik darjah, minum serta menyimpan minuman keras, berbohong, berambut panjang, mengeluarkan katakata lucah, menonton dan menyimpan filem lucah dan lain-lain.

52) Punca Gejala Sosial; Globalisasi dan modenisasi Keruntuhan institusi keluarga Media-massa ICT Kelemahan undang-undang Sikap remaja Sikap ibu bapa

53) Kesan Negatif; Kepada individu sendiri Menjejaskan negara Keruntuhan nilai agama

54) Tangani Gejala Sosial; Peranan ibu bapa Peruntukan undang-undang Pendekatan akademik

Didikan agama Peranan ahli masyarakat

55) Kesimpulan; Antara cabaran yang perlu ditangani dan diatasi adalah seperti yang berikut; pemupukan Integrasi Nasional melaksanakan Pendemokrasian Pendidikan menjadikan Tonggak Pendidikan UNESCO sebagai panduan menghadapi Globalisasi Dalam Pendidikan dengan jayanya menangani Kepelbagaian Budaya dengan penuh berhemah menggunakan Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan sepatutnya berjaya mengatasi setiap Gejala Sosial yang berlaku dalam kehidupan masyarakat di negara ini.

Isu 2: Cabaran Profesion Keguruan

1.0 PENGENALAN

Ramai berpendapat secara umumnya kerjaya sebagai seorang guru merupakan suatu pekerjaan yang murni. Tambahan pula dikatakan guru mempunyai cuti yang banyak. Ada juga yang mengatakan menjadi seorang guru senang dan memperoleh pendapatan tinggi dan tetap. Tidak kurang juga yang menyatakan menjadi seorang guru merupakan jalan mati setelah profesion lain tidak memberikan peluang yang baik.

Pelbagai tanggapan yang boleh disimpulkan sama ada dalam kalangan masyarakat umum tentang profesion guru. Namun sebenarnya profesion menjadi seorang guru bukan sahaja suatu pekerjaan yang murni dan baik malah menjadi seorang guru perlu menggalas suatu tugas dan cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing dan menunjuk ajar dalam proses membentuk seorang manusia untuk menjadi modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Dalam mengharungi proses dan sistem pendidikan tersebut khususnya di negara kita seorang guru sering menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan konteks tugasannya di bilik darjah dan sekolah.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007 : 232) cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan (untuk berlawan dan sebagainya), sesuatu (unsur, faktor dan sebagainya) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dan lain-lain), pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, secara lateralnya cabaran membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan seseorang yang ada kaitannya dengan sesebuah organisasi.

Dalam konteks perguruan, profesion menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran untuk melihat keupayaan seorang guru dalam melaksanakan tugasannya bukan sahaja dalam biik darjah namun di sekolah secara amnya. Profesion keguruan adalah satu bentuk perkhidmatan sosial yang amat mencabar jika dilihat dari segi tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. Hal ini kerana golongan guru adalah golongan yang bertanggungjawab memastikan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru tercapai. Ada yang melihat sekolah sebagai sebuah organisasi yang dihujani pelbagai bebanan tugas dan ada kalanya bentuk tugasan ini bukan yang terancang tapi sesuatu tidak terduga. Pandangan sebegini pasti akan menyebabkan reputasi profesion perguruan yang sentiasa dipandang tinggi dan mulia terjejas.

Guru profesion adalah seseorang yang tahu menghasilkan kerja bermutu tinggi dalam bidangnya serta sentiasa bersedia berkongsi kepakarannya di samping sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Matlamat kerjaya seorang guru ialah menghayati prinsip perkembangan yang berterusan. Impak daripada tugas yang dilaksanakan ternyata memberi sumbangan yang amat penting dalam pembangunan ekonomi dan masa depan generasi muda khususnya dalam konteks pembinaan modal insan. Seseorang guru perlu melalui beberapa peringkat dalam kerjayanya sebelum dapat mencapai ke tahap kepakaran atau kecemerlangan. (Harian Metro 26 Mei 2012).

1.1 PERKEMBANGAN HUJAH

Guru-guru khasnya dan profesion perguruan amnya, adalah tidak terkecuali daripada terlibat dengan keadaan perubahan akibat daripada internationalisme dan globalisasi (Ibrahim Abu Shah, 2002; Rohaty Majzub, 2000; Wan Liz Ozman, 2000; Kim, 1995). Hal ini memandangkan guru adalah agen perubahan. Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012 ada menyatakan bahawa seperti profesion lain, bidang keguruan yang juga terkandung dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan tidak terkecuali mendepani cabaran yang cukup besar. Antara cabaran-cabaran yang mendepani profesion keguruan pada masa ini ialah cabaran dalam bilik darjah, cabaran di sekolah, cabaran dalam sistem pendidikan, cabaran dalam masyarakat, cabaran berasaskan wawasan 2020 dan cabaran globalisasi.

1.1 Cabaran Dalam Bilik Darjah

Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012, guru ialah ejen keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan pendidikan adalah berhubung rapat dengan kesedaran para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan keilmuan dan keluhuran peribadi. Walaupun sesuatu sistem pendidikan itu baik, sekiranya ejen yang menyampaikan itu tidak efektif maka maksud yang ingin disampaikan tidak akan tercapai matlamatnya. (Syed Ismail & Ahmad Subki, 2010).

Dalam keadaan dunia pendidikan yang semakin mencabar ini, sebagai pengamal ilmu, guru perlu menguasai subjek yang diajarnya. Guru juga perlu menunjukkan interaksi dua hala dan menggunakan pelbagai teknik dan kaedah untuk menambah keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Sebagai ejen

keberkesanan pendidikan, tugas guru adalah untuk mendidik murid-murid supaya menjadi generasi berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bersemangat patriotisme dan bertanggungjawab terhadap diri, masyarakat, agama dan Negara selaras dengan apa yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Menurut Wan Mohd. Zahid (1993), pada abad ke-21, para pelajar perlu dikembangkan potensinya yang ada di hemisfera otak kanan dan di hemisfera otak kirinya secara seimbang. Dari sudut proses pengajaran dan pembelajaran pula, dalam abad ke-21 para pelajar akan mendapat pelbagai kemudahan, termasuk kemudahan ICT sebagai yang dirancang untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran bestari. Hal ini menjadi satu cabaran kepada profesion keguruan. Dalam proses penilaian pelajar pula, penilaian kemajuan berasaskan sekolah (PKBS); penilaian hasil pembelajaran (learning outcomes); pelaksanaan penanda aras (bench marking); dan ujian atau peperiksaan secara talian terus (on-line) akan menjadi perkara biasa untuk dilaksanakan dalam abad ke-21. Guru hendaklah menyediakan diri untuk menghadapi cabaran-cabaran ini. Menurut Wise (1999), Increasingly, technology is poised to revolutionize teaching, learning and assessment.

1.1.2 Cabaran Di Sekolah

Persidangan Pendidikan ke-5 dalam tahun 1997 merumuskan bahawa cabaran besar dalam abad ke-21 selain daripada ledakan ilmu yang berbentuk global ialah masalah sosial yang perlu ditangani dan di atasi ke arah membentuk masyarakat madani (Mohamad, 1998). Perdana Menteri Malaysia menegaskan bahawa kepentingan sistem pendidikan menyediakan generasi kedua atau generasi wawasan memerlukan piawaian baru termasuk mengurangkan masalah gejala sosial pelajar seperti ponteng sekolah dan lepak serta salah laku yang lain (Wan Mohd. Zahid, 1997).

Di negara kita, terdapat 430,000 guru untuk mendidik 5.4 juta pelajar. Betapa besarnya tanggungjawab guru untuk membimbing dan mendidik bilangan anak dan pelajar yang begitu ramai. Dalam satu artikel yang disiarkan dalam Harian Metro bertajuk, Minda: Guru Pencetus Transformasi bertarikh 30 Ogos 2012, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berpendapat pelajar sering melakukan kejutan kepada masyarakat dengan masalah sosial mereka. Ada segelintir daripada pelajar yang malas belajar, suka tidur dalam kelas, ponteng atau terbabit kegiatan samseng, membuli, merempit, berzina, buang bayi, merokok, salah guna dadah, mencuri dan gejala lain.

Antara Januari dan Jun tahun ini, kira-kira 11,880 pelajar direkod terbabit dengan kegiatan jenayah. Kira-kira 40,000 pelajar terbabit dengan vandalisme, menonton dan menyimpan bahan lucah dan bertindak kasar manakala 24,000 lagi didapati ponteng dan lewat ke sekolah. Isu disiplin pelajar memang satu perkara yang serius. Namun, ia bukan tugas pendidik semata-mata. Ibu bapa perlu bertindak pantas mengenal pasti masalah atau keadaan tertentu yang dihadapi anak mereka serta lebih prihatin dan mengambil tahu hal anak mereka secara lebih mendalam dan terkawal. Sesungguhnya, guru berada di saf hadapan untuk membangun bangsa cemerlang yang akan menentukan sebuah negara maju, aman dan dihormati.

Jumlah pelajar yang terlibat dengan kes disiplin semakin hari semakin meningkat (Shahril @ Charil & Habib, 1999). Pada tahun 1993 sebanyak 36.7% daripada keseluruhan pelajar dikenakan tindakan amaran; 15.66% diberi nasihat; 16.8% dirotan sekali; 8.18% dirotan dua kali; 2.27% dirotan tiga kali; 0.90% dirotan lebih tiga kali; gantung sekolah 2.90%; buang sekolah 0.51% (Wan Mohd. Zahid, 1997). Mungkin dari segi angka peratus adalah kecil tetapi dari segi bilangan pelajar yang terlibat keseluruhannya adalah pada angka yang besar. Kaeadaan ini adalah sangat mencabar dan membimbangkan.

Dr Novandri Hasan Basri juga menyatakan bahawa bahawa waktu sekarang, hampir semua ibubapa dan masyarakat mempunyai taraf pelajaran yang lebih tinggi. Orang dewasa ini telah pun berjaya melalui sistem persekolahan tersebut. Hal ini menghasilkan satu masyarakat yang juga mempunyai ilmu-ilmu yang dahulunya hak ekskusif dan hanya diketahui oleh guru-guru. Lantaran itu, mereka mengganggap guruguru di sekolah hanya sebagai objek penyalur ilmu secara formal sahaja (Jun 2003). Yusri Abdul Malek dalam artikelnya Displin Pelajar Bermula di Rumah pula menegaskan pula bahawa pada zaman dulu guru dihormati dan rotan ialah senjata utama mendisiplin pelajar tetapi kini semua itu tidak dianggap relevan lagi. Tegas beliau, kebanyakan ibu bapa yang berkerjaya dan bergaji besar serta berasal dari

kampung bagaikan lupa peranan guru yang membantu kejayaan mereka hanya kerana anak mereka dirotan kerana kesalahan disiplin. Sebaliknya, mereka bertindak datang ke sekolah dan menyalahkan guru yang terbabit merotan anaknya. Hal ini sedang berlaku dalam sistem pendidikan kita.Terlalu banyak campur tangan dan akhirnya guru tiada kebebasan untuk bertindak menyebabkan masalah disiplin tiada noktah. (Harian Metro, 25 Mei 2006)

1.1.3 Cabaran Dalam Sistem Pendidikan

Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012, dunia pendidikan berubah dengan penekanan diberikan kepada penggunaan teknologi maklumat yang selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Keadaan ini seterusnya menyebabkan pengurusan sekolah menjadi semakin kompleks. Menurut Reighlath dalam Ornstein & Hunkins (1993), pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah di zaman kepesatan teknologi banyak mengalami perubahan selaras dengan yang terkini. Ini memberi cabaran kepada guru di dalam mengikuti perkembangan terkini. Guru perlu menyediakan diri untuk memenuhi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

Tugas, tanggungjawab dan peranan guru di Malaysia hari ini bukan sahaja berbeza dari masa yang lalu, tetapi juga lebih berat dan kompleks. Hal ini adalah akibat daripada perkembangan dan kemajuan pendidikan negara yang pesat. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa nanti. Perubahan sistem pendidikan di Malaysia yang pesat, khasnya pelaksanaan reformasi pendidikan dalam dekad 80-an dengan pengenalan program KBSR dan KBSM memerlukan guru mereformasikan diri ke arah pandangan, sikap dan daya usaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahun dan kemahiran mengajar yang canggih

demi mempertingkatkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerja yang kian mencabar.

Ekoran daripada reformasi pendidikan yang dilancarkan khasnya pengenalan konsep sekolah bestari, tugas dan kerja guru hari ini tidak sama seperti masa yang lalu. Peranan guru yang lalu merupakan seorang penyampai maklumat tetapi pada masa kini peranannya telah berubah menjadi seorang pembimbing, fasilitator dan pemberi rangsangan dalam bilik darjah. Guru pada masa dulu menumpukan tugasnya mengajar murid dengan ilmu pengetahuan tetapi pada masa kini menyeluruh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi, mendidik murid supaya enjadi insan yang berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia berani dan sanggup menghadapi cabaran hidup serta berguna untuk pembangunan Negara.

Perubahan peranan guru hari ini adalah diiringi dengan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Hal ini bermakna sistem latihan perguruan dahulu telah dianggap kurang sesuai dan berguna lagi untuk mencapai matlamat pendidikan yang baru. Perubahan-perubahan yang seperti ini tentunya mengubah harapan dan keperluan semua pihak ke atas kecekapan dan keterampilan guru-guru agar impian sebagai yang diwawarkan menjadi kenyataan.

1.1.4 Cabaran Dalam Masyarakat

Profesion perguruan adalah berkait dengan kemasyarakatan. Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012, pendidik memainkan peranan yang dominan dalam merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan kaum. Semakin masyarakat dan negara bertambah maju dan bersifat global semakin banyak cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru; semakin meningkat taraf hidup dan status sosio ekonomi rakyat, semakin besar gelombang cabaran di hadapan guru-guru (Ramlan, 2002). Guru juga adalah agen perubahan yang membawa kemajuan kepada masyarakat (Wan Liz Ozman, 2000; Atan Long, 1980).

Menurut Boyer (1994), dalam abad ke-21, cabaran dalam bidang pendidikan adalah tidak terhad kepada penemuan-penemuan baru sahaja. Namun ia termasuk juga penyesuaian penemuan-penemuan tersebut kepada perspektif yang lebih luas dan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. Oleh yang demikian, kaum guru perlulah mempunyai kesediaan menerima sebarang penemuan baru seterusnya berkemampuan untuk mengaplikasikan penemuan baru tersebut di dalam profesion bagi kepentingan masyarakat.

Kepada masyarakat, guru adalah sumber maklumat dan pengetahuan, kemahiran dan keterampilan; sumber kebudayaan dan ilmu; sumber pemupukan kepercayaan dan sistem nilai; penyedia tenaga manusia untuk alam pekerjaan; dan penjagaan belia, remaja dan kanak (Wan Liz Ozman, 2000; Kementerian Pendidikan, 1996; Sufean Hussin, 1996; Wan Mohd Zahid, 1994). Guru juga merupakan agen penyatu masyarakat. Dalam satu artikel yang disiarkan dalam Harian Metro bertajuk, Minda: Guru Pencetus Transformasi bertarikh 30 Ogos 2012, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berpendapat guru daripada pelbagai latarbelakang, anutan agama atau bangsa mestilah terbabit dalam proses membentuk perpaduan, sekali gus menjalin hubungan dan kerjasama yang kukuh dan berkekalan.

Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan dalam Dewan Masyarakat Mei 2012 Rizuan Khamis juga ada menyatakan guru berperanan sebagai ejen penyalur budaya dan ilmu. Selain itu, guru berperanan sebagai institusi kedua selepas keluarga. Dalam cakupan ini, guru memainkan peranan sebagai ejen pewarisan budaya yang penting bagi membentuk sesebuah masyarakat. Proses pembelajaran mungkin berlaku secara spontan dan personaliti berubah secara tidak disedari. Guru harus mendepani cabaran secara profesional dan sedar tentang hakikat bahawa guru ialah pembimbing dan pendidik dalam masyarakat yang berbudaya. Banyak persepsi yang melingkari profesion keguruan, antaranya tanggapan yang menyatakan bahawa profesion keguruan sebagai mudah dan tidak memeningkan kepala, namun menjanjikan gaji yang memuaskan.

1.1.5 Cabaran Berasaskan Wawasan 2020

Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012, guru yang aktif dan bersikap terbuka akan sentiasa melihat teknologi baharu sebagai perkara yang positif dan berusaha mencari alternatif yang terbaik bagi menguasainya. Pengaplikasian teknologi dalam pengajaran akan menghasilkan generasi berteknologi yang mampu mengharungi era globalisasi, sekali gus merealisasikan impian negara agar menjadi negara maju pada 2020.

Tuntutan Wawasan 2020. Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia adalah dinyatakan seperti berikut : Menjelang tahun 2020, Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang bersatu padu, dengan masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan diri, ditunjangi oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh, menikmati kehidupan dalam sebuah masyarakat yang demokratis, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama ekonominya, progresif dan makmur dan sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamis, tangkas serta mempunyai daya ketahanan. (Mahathir Mohamad, (1991), Malaysia Melangkah Ke Hadapan) Guru ialah orang yang kerjayanya mempunyai implikasi yang jauh ke hadapan, tanggungjawabnya adalah bersifat futuristik di mana gurulah yang mendidik generasi yang akan hidup di masa hadapan. Oleh yang demikian guru perlu sentiasa peka dan sensitif akan tuntutan wawasan negara yang disuarakan bagi mengatur programprogram perkembangan negara ini menjelang abad ke-21 ((Pengarah Pendidikan, 2000; Ibrahim Mamat, 2001; Wan Liz Ozman, 2000; Robiah Sidin, 1998; Sufean Hussin, 1996; Wan Mohd Zahid, 1993).

Cabaran-cabaran yang terkandung dalam wawasan negara adalah meliputi proses pembangunan kognitif, afektif dan psikomotor serta penerapan nilai dan asas moral bagi membentuk sikap kanak-kanak atau pelajar. Generasi baru yang dihasilkan melalui proses ini perlu dapat memanifestasikan inovasi, daya cipta atau daya reka yang tinggi

di samping perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat. Guru adalah sebagai orang yang bertanggung jawab secara terus kepada proses bagi mendapatkan hasil akhir ini baik pada dimensi instrinsik mahupun dimensi instrumental. Justeru itu guru perlu berkterampilan, inovatif, kreatif, reflektif, futristik, analitik di samping berpegang kepada nilai-nilai murni.

1.1.6 Cabaran Globalisasi

Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012 memetik kenyataan Mantan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Haji Ahamad Sipon, bahawa dalam abad ke-21, bidang pendidikan menghadapi pelbagai cabaran akibat kesan globalisasi dan liberalisasi. Setiap pendidik di institusi pendidikan pasti menghadapi cabaran sebagai seorang pendidik. Oleh sebab itu, kesan globalisasi dan liberalisasi menuntut guru yang berilmu agar celik dan mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Dalam suasana alaf baharu yang berorientasi TMK, teknologi memainkan peranan yang besar dalam pendidikan.

Menurut Mok Soon Sang (2010), globalisasi pendidikan membawa tekanan kepada guru supaya berubah dari stail pengajaran lama kepada baru, mengikut hasil dapatan penyelidikan pendidikan yang terkini. Fungsi utama globalisasi pendidikan ialah menghasilkan sumber-sumber diperlukan pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat. Ia merupakan proses berterusan untuk meningkatkan tahap kemahiran dan pengalaman individu. Naisbitt (1982) pula menegaskan dalam abad ke-21, salah satu aliran mega di peringkat global ialah kepakaran pendidikan secara global (global educational experties) selain daripada hubungan dalam bentuk rangkaian (networking). (Noriati et. al, 2009).

Bagi Rohaty Majzub (2000), ini dianggap sebagai sifat antara bangsa (international character) yang perlu ada pada guru kerana ini adalah avenue baru yang perlu diteroka dan diperkembangkan. Kesemuanya ini juga menjadi cabaran kepada guru. Pelaksanaan pengajaran dalam bahasa Inggeris adalah selari dengan arus globalisasi.

Guru-guru perlu menyahut cabaran ini kerana generasi yang hidup pada abad ke-21 ini perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi hingga ke peringkat antarabangsa. Selain daripada itu kebanyakan sumber maklumat adalah berasaskan kepada bahasa antarabangsa iaitu bahasa Inggeris. (Mok Soon Sang, 2010).

Dalam era ledakan teknologi maklumat dan pada ketika dunia kini menjadi sebuah global village, tuntutan terhadap ilmu pengetahuan menjadi semakin mendadak. Justeru itu, guru-guru perlu dan harus sentiasa mengemaskini serta mepertingkatkan ilmu pengetahuan masing-masing terutama penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pendidikan. (Syed Ismail & Ahmad Subki, 2010). Dalam satu artikel yang disiarkan dalam Harian Metro bertajuk, Minda: Guru Pencetus Transformasi bertarikh 30 Ogos 2012, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berpendapat pada abad ke-21 ini, antara cabaran terbesar dihadapi guru ialah perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Tidak dinafikan perkembangan semasa memberi kesan kepada proses sahsiah, terutama pelajar. Tambah beliau, kebanyakan pelajar sudah mahir komputer bahkan pemahaman dan keupayaan mereka kadangkala melebihi guru. Disebabkan itulah guru perlu sentiasa meningkatkan kemahiran dan

pengetahuan, selain memahami tanggungjawab serta berikan komitmen dengan melaksana pendekatan baru ke arah meningkatkan kualiti pendidikan.

Kenyataan ini disokong oleh Cikgu Azlan Hussain, guru sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Victoria (Victoria Institution), Kuala Lumpur dalam satu artikel yang disiarkan dalam Berita Harian bertajuk, Selamat Pagi Cikgu bertarikh 30 Ogos 2012, apabila ditanya tentang Bagaimana anda simpulkan cabaran profesion guru pada hari ini? Beliau berpendapat terdapat tiga cabaran dihadapi guru pada hari ini. Pertama, faktor masa lebih panjang yang menuntut guru mempelbagaikan corak pengajaran. Kedua, cabaran dari pihak luar secara langsung dan tidak langsung manakala ketiga ialah cabaran dari segi kemajuan teknologi maklumat (IT). Sebagai guru kita perlu

pantas dan mempersiapkan diri untuk menerima ilmu baru. Ini kerana kita lihat pelajar sendiri cepat mendapatkan pelbagai maklumat.

1.3 IMPLIKASI HUJAH

Untuk menangani cabaran-cabaran profesion keguruan tersebut, para guru mestilah menyediakan diri mereka dalam pelbagai aspek. Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012 ada memetik katakata David Ryans dalam bukunya Characteristics Of TeachersTheir Description, Comparison, And Appraisal berpendapat bahawa guru yang berkesan dalam menangani cabaran ialah guru yang mempunyai sifat adil, demokratik, responsif, bertimbang rasa, baik hati, jujur, cergas, menarik, bertanggungjawab, stabil, tenang dan berkeyakinan. Di samping itu, elemen-elemen penting yang mesti ada pada setiap guru dalam mendepani cabaran profesion keguruan pada masa kini ialah ciri dan kualiti professional, pengajaran yang efektif, peningkatan profesionalisme, peningkatan dalam penggunaan ICT, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia serta bertanggungjawab.

1.3.1 Mempunyai Ciri Dan Kualiti Profesional

Seseorang guru itu perlulah mempunyai ciri dan kualiti yang profesional sesuai dengan proses perkembangan pendidikan ini. Cabaran guru untuk merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan, khasnya meningkatkan kualiti sekolah ialah guru haruslah sentiasa berusaha meningkatkan taraf profesional melalui latihan dalam perkhidmatan, perlaksanaan penyelidikan tindakan secara kolaborasi, membuat refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui e-pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang terkini untuk merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Guru juga

mestilah berupaya membuat keputusan, menyelesai masalah serta berfikiran kritis dan kreatif. Para pendidik juga mesti sedar bahawa profesion mereka bukan sahaja mengajar tetapi terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.

1.3.2 Mewujudkan Pengajaran yang Efektif

Dari segi pengajaran yang efektif dalam sekolah berkualiti pula, bergantung kepada perlakuan mengajar guru dalam proses perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Keberkesanan pengajaran boleh berlaku apabila guru telah merancang sesuatu program mengajar mengikut prinsip mengajar.pengajaran efektif mempunyai objektif pelajaran eksplisit yang ditentukan berdasarkan sukatan pelajaran serta kebolehan murid-murid. Selain itu melaksanakannya dengan cekap dan berjaya menggunakan teknik mengajar yang sesuai. Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan adalah sesuai dan cerdas diberikan aktiviti pengayaan, manakala murid-murid yang lambat dibimbing dengan aktiviti pemulihan. Keberkesanan pengajaran ini dapat dilihat apabila guru menggunakan teknik penilaian terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. (Noriati et. Al, 2009)

1.3.3 Mempertingkatkan Profesionalisme

Seorang guru berkualiti juga perlu mempertingkatkan Profesionalisme. Guru harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan mencapai wawasan negara. (Syed Ismail & Ahmad Sabki, 2010). Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini. Berusaha mengaplikasi kaedah- kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Guru perlu menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan paradigma dapat dilakukan oleh para pendidik.

1.3.4 Meningkatkan Kemahiran dalam Penggunaan ICT

Perkara yang paling penting bagi mendepani cabaran profesion keguruan pada masa kini ialah meningkatkan kemahiran Dalam Penggunaan ICT. Bidang perguruan sentiasa berkembang dan berubah sejajar dengan perubahan zaman. Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi dan internet menuntut banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai Misi Nasional. Para guru mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih ini. Ilmu ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik sebagai melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer sebagai satu bentuk kurikulum wawasan negara Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang 2020. Guru juga harus memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era teknologi maklumat masa kini masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden. Pembestarian sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan SchoolNet, hendaklah dihargai oleh guru dengan menggunakan segala kemudahan semaksima mungkin.

1.3.5 Berilmu pengetahuan Dan Berakhlak Mulia

Selain itu juga, dalam mendepani cabaran profesion keguruan pada masa kini, seorang guru perlulah berpengetahuan, berdaya fikir dan berakhlak mulia. Guru yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari penyelesaian. Isu-isu semasa berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti masyarakat, ekonomi dan sebagainya. Guru yang berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak didik yang cemerlang di kemudian hari. Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion perguruan perlu menyediakan diri dengan amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan ditegaskan nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada pelajar dalam pengajaran. Penerapan nilai murni ini penting

untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada bangsa dan negara. (Mook Soon Sang,2010)

1.3.6 Bertanggungjawab

Tanggungjawab merupakan suatu perkara yang amat penting untuk membimbing pelajar bagi mencapai kemajuan dan wawasan, para guru perlu melaksanakan tanggungjawab terhadap terhadap pelajar seperti mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar, bersikap adil, memupuk nilai murni. Tanggungjawab terhadap ibu bapa juga penting seperti seperti mewujudkan hubungan mesra, menghormati mereka, tidak dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi mereka dan memberi maklumat kepada mereka untuk kepentingan anak-anak mereka. Seterusnya tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara seperti mengelak dari menyebar perkara negatif, menghormati masyarakat setempat serta menggalakkan kerjasama dan persefahaman. Dan akhirnya tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion seperti mengelak dari membuat kenyataan negatif, tidak melibat diri dalam kegiatan yang menjejaskan kepercayaan masyarakat serta membantu rakan sejawat.

1.4 RUMUSAN/CADANGAN

Secara rumusannya, dalam dunia pendidikan yang semakin canggih seiring dengan perkembangan teknologi, seseorang guru tidak boleh lari daripada cabaran yang makin hebat sama ada dalam bilik darjah ataupun sekolah secara amnya. Tugas mendidik dan mengajar di sekolah perlu dilaksanakan bagi memastikan wawasan yang ingin dicapai melalui Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) supaya menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,

berketrampilan dan berkupayaan dalam mencapai Wawasan 2020. Oleh hal yang demikian, cabaran profesion yang datang perlu disahut oleh seorang guru sama ada cabaran dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada muridnya dan dasar-dasar

yang telah ditetapkan dalam sistem pendidikan walaupun sosiologi sekolah tidak memberangsangkan. Itu tugas dan tanggungjawab seorang guru di sekolah rendah.

Setiap dari kita juga mestilah memahami bahawa pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama iaitu mengajar, mendidik serta merubah manusia yang bernama pelajar daripada keadaan tidak mengenal huruf, mengira dan membaca kepada celik huruf, bijak dan menjadi manusia berjaya. Tapi kenapa kini pandangan masyarakat terhadap guru dan profesionnya mula berubah. Jika dulu mereka dipandang tinggi tapi kini seakan-akan terpinggir. Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan hari ini menuntut perubahan perspektif masyarakat terhadap kerjaya ini. Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi sesiapa saja kerana hanya mereka mempunyai kualiti, berketerampilan, kewibawaan, kelayakan, minat. Iltizam, dan berjiwa pendidik layak menjadi guru. Di samping menuntut kesungguhan dan tanggungjawab guru dalam mengharungi cabaran di era globalisasi, pemantapan kebajikan dan kerjaya harus diberikan penekanan sewajarnya. Anda mungkin juga meminati:

GLOBALISASI DAN CABARAN PENDIDIKAN

Mengikut Prof Michael Gibbons (2003), Setiausaha Agong Persatuan Universisti Komonwel (ACU), globalisasi pendidikan ialah proses perubahan untuk amalan dan pelaksanaan pengajaran yang

berkualiti. Fungsi utama globalisasi pendidikan adalah menghasilkan sumber-sumber yang diperlukan untuk pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat.

Ia merupakan proses berterusan untuk meningkatkan tahap kemahiran dan pengalaman individu. Dalam hal ini, pelbagai langkah telah dilakukan untuk menghadapi cabaran globalisasi pendidikan ini antaranya, menubuhkan Multimedia Super Corridor (MSC) dan mengembangkan sekolahsekolah bestari. Selain itu, mereformasikan kurikulum sekolah dengan melaksanakan pengajaran Sains Matematik dalam bahasa Inggeris atau dikenali sebagai PSMI dan penswastaan pendidikan tinggi dengan memberi peluang untuk penubuhan kolej dan universiti swasta dalam negeri. Untuk menghadapi cabaran pendidikan, guru merupakan aset utama yang berperanan dalam menyahut segala cabaran pendidikan akan datang. Jadi, ciri-ciri guru dalam cabaran globalisasi pendidikan perlu dititikberatkan oleh semua guru. Guru perlulah mempunyai iltizam yang tinggi iaitu melibatkan diri secara bersungguh-sungguh serta penuh tanggungjawab dalam pelaksanaan tugas melahirkan modal insan kelas pertama. Seterusnya, dalam era globalisasi ini seseorang guru itu perlu berorientasikan maklumat, dengan kata lain bersungguh-sungguh mengejar maklumat baru yang berkaitan pendidikan serta isu-isu semasa. Aspek ini perlu diambil perhatian kerana ia amat berguna kepada pelajar. Seseorang guru perlu berpandangan jauh dan mempunyai visi terutamnya dalam perkembangan pendidikan demi mencapai matlamat kecemerlangan pendidikan negara dalam alaf baru. Selain itu, guru juga perlu berpandangan positif iaitu memperlihatkan reformasi dan inovasi pendidikan serta perubahan kurikulumnya dalam perspektif yang positif yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri, pelajar, masyarakat dan negara contohya peka kepada perubahan dalam setiap aspek, sedar tentang keperluan negara dan bersikap positif terhadap pembelajaran. Seseorang guru juga perlu berpengetahuan, fleksibel dan mudah menyesuaikan diri dalam reformasi, inovasi dan perubahan pendidikan dengan menguasai kemahiran belajar. Salah satu nilai aspirasi dalam penerapan Satu Malaysia adalah budaya inovasi dan budaya ilmu. Oleh yang demikian, kesediaan rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang diceburi perlu dititikberatkan. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Rakyat Melaysia perlu berani mencari penyelesaian baru dalam menangi masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis. Seterusnya, negara Malaysia akan benarbenar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu yang diterapkan dalam nilai aspirasi cenderung untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan menimba ilmu sepanjang hayat. Justeru itu, globalisasi dan cabaran pendidikan amat bertepatan dengan konsep Satu Malaysia itu sendiri. Jadi untuk merealisasikan konsep Satu Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, rakyat Malaysia perlulah disediakan dengan kriteria globalisasi dan cabaran pendidikan kerana kemajuan dan pembangunan sesebuah negara bermula dari pendidikan.

Cabaran Seorang Guru.


Pepatah Melayu menganalogikan guru sebagai lilin membakar diri bagi menerangi orang lain masih relevan dalam era globalisasi. Apa tidaknya, ramai kalangan guru kekal pada takuk lama kerana rutin kerja yang diamanahkan pihak

stake-holder, demi melahirkan generasi cemerlang dari segi budaya, agama, sahsiah dan pemikiran.Namun, golongan guru boleh menguntum senyuman kerana jasa mereka terpapar pada kejayaan dikecapi, bukan saja murid diajar bahkan pada setiap pelosok pembangunan. Inilah lilin yang membakar diri demi kebahagiaan orang lain. Profesion keguruan yang merupakan profesion tertua di dunia, kini memasuki satu lagi era baru. Dulu peranan utama guru ialah sebagai penyampai pengetahuan. Gurulah yang banyak bercakap dan menyoal. Bagaimanapun kini, peranan guru lebih penting sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran. Sebagai pemudah cara, guru perlu lebih sedia dan peka melahir dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Murid perlu selalu digerak untuk berfikir secara kreatif dan kritikal. Malahan, murid dijangka dapat menyoal guru serta membantu guru membuka luas pintu pembelajarannya. Dahulu, punca pengetahuan adalah dalam bentuk bertulis. Sekarang, lebih banyak bilik darjah ditukar menjadi bilik darjah bestari yang membolehkan pelajar menggunakan komputer untuk mencari lebih banyak pengetahuan dan maklumat. Bagaimanapun, kehadiran guru penting untuk membimbing pelajar membuat pilihan ilmu dan maklumat yang betul. Betul kata pujangga Usman Awang yang menulis bait keramat bahawa setiap kejayaan dicapai manusia, titik pangkalnya bermula daripada guru.Meskipun guru tidak boleh bermegah dengan kejayaan anak didik mereka, guru harus bangkit daripada kesibukan bagi memberi didikan kepada anak bangsa untuk mencapai kejayaan cemerlang. Inilah satu lagi peranan guru - sebagai seorang pembangun negara. Ini kerana di bawah jagaannya adalah sekumpulan manusia muda yang akan diasuh dan dididik supaya menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab dan berguna. Justeru, fokus guru adalah lebih daripada pembelajaran. Ia melibatkan pendidikan meliputi segala aspek meliputi pembangunan mental, fizikal, emosi, sosial dan psikologi. Guru harus berperanan untuk mengenal pasti dan membangunkan potensi diri pelajar. Peranan guru ini amat penting dalam menentukan corak pembangunan sesebuah negara. Kita perlu sedar, kejayaan negara sehingga kini, sebahagian besar adalah hasil sumbangan kerjaya keguruan. Ini kerana persediaan bagi pengeluaran tenaga kerja negara di semua sektor bermula dari sekolah yang sudah pastinya memerlukan khidmat dan jasa guru. Guru juga adalah model manusia berkelakuan baik. Guru mesti bebas daripada bersikap negatif dan sempit daripada aspek bangsa, kelas, sosial, kedaerahan dan politik. Seorang ahli psikologi Barat pernah menganalogikan seorang guru yang pintar ibarat walking dictionary kerana peranannya memberi arah kepada orang yang ingin bertanya sesuatu.Pun begitu, seorang guru yang proaktif dan berfikiran terbuka lebih mesra dengan sikap keterbukaan dan kesediaannya untuk meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing.Seorang pelajar di Amerika Syarikat pernah dipetik sebagai berkata bahawa guru yang baik ialah guru yang mengajar muridnya seperti mana dia mahukan anak murid mengajarnya. Malah guru yang berpendirian profesional dalam tingkah lakunya dengan memegang kepada nilai-nilai akhlak dan etika yang positif berkemungkinan mampu mempengaruhi pelajarnya daripada ibu bapa mereka sendiri. Bagi memantapkan profesionalismenya, adalah penting guru menjalani latihan sebelum perkhidmatan. Pendedahan awal ini mendedahkan guru dengan pelbagai kaedah dan kemahiran pengajaran yang perlu seorang guru miliki. Bagaimanapun, latihan tidak terhad kepada sebelum perkhidmatan semata-mata. Dalam semua aspek keguruan, ilmu pengetahuan adalah lebih luas dan mendalam hasil usaha penyelidikan dan diskusi guru-guru pengetahuan. Selain itu, kelayakan akademik juga adalah satu lagi perkara yang perlu ditimbangkan. Ini kerana profesionalisme guru itu adalah berpusatkan kepada pengetahuan. Maka, adalah wajar diramalkan, seiringan dengan kejayaan Malaysia meningkatkan kadar pembangunannya, guru-guru ijazah akan bertugas sehingga ke sekolah rendah. Memandangkan guru memainkan peranan penting dalam pembangunan negara, sifat kerja guru yang begitu khusus memerlukan guru mempunyai kelayakan akademik minimum dan menghadiri program-program latihan sebelum dan semasa perkhidmatan. Justeru langkah Kementerian Pelajaran Malaysia menggalakkan guru meningkatkan kelayakan akademik melalui pelbagai program dan galakan termasuklah kursus dalam perkhidmatan, galakan guru bukan siswazah melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah, pensiswazahan Guru Besar, anugerah biasiswa melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan ijazah kedoktoran merupakan manifestasi untuk membangunkan kerjaya guru. Bagaimanapun dorongan ini perlu selari dengan insentif untuk terus menyuburkan minat dan kompetensi guru dengan menyediakan Hadiah Pergerakan Gaji umpamanya bagi guru yang mempunyai kelayakan akademik yang lebih tinggi seperti sarjana, Phd dan sebagainya. Di samping itu, cabaran kini, guru juga perlu mempunyai dan mengamalkan sifat-sifat tingkah laku yang positif. Di samping memperakui akan kepentingan guru, penganugerahan status ini akan dapat menarik calon-calon yang lebih terpelajar dan lebih berkelayakan memohon menjadi guru dan seterusnya akan membantu negara memperoleh kejayaan yang lebih besar. Benarlah Islam meletakkan profesion guru itu tinggi darjatnya. Hakikat ini ditunjukkan sendiri Imam Shafie ketika beliau pada saat-saat hampir menghembuskan nafas terakhir, meminta anak muridnya mengajar sesuatu kepadanya. Beliau tahu betapa tingginya martabat orang yang mengajar, begitu juga orang yang belajar di sisi Tuhan. Dalam menghadapi krisis pendidikan dalam era globalisasi ini, guru boleh berfikir sejenak terhadap tugas dan tanggung jawab yang harus dipikul bagi memenuhi tuntutan semasa. Cabaran guru masa depan lebih hebat. Guru harus berfikiran glokal dengan mengadunkan aspek tempatan dengan kepelbagaian entiti dunia yang berlaku begitu pantas dengan pelbagai karenah yang harus dibendung secara lebih bijak dan berhati-hati. Guru masa kini harus melihat kurikulum pendidikan secara dinamik. Guru harus bijak mentafsir kurikulum yang menjadi wahana penyampaian ilmunya. Bagi rakyat, kurikulum yang menjadi intipati kemajuan dan perpaduan ialah integrasi antara kaum.Bentuk kurikulum yang usang dan difikirkan kurang menyumbang kepada

kemajuan negara bangsa harus diberi nafas baru atau digubal semula agar penampilannya lebih segar sebagai agen kemajuan dan pembangunan 2020.

16 Mei 2009 saya berada di SK Bandar Baru Selayang 2 mengendalikan Kursus Kepimpinan Pengawas .Satu sumbangan untuk rakan yang merupakan antara guru pembimbing pengawas sekolah.Sedang hebat beraksi memberi ceramah, semakin banyak sms yang masuk ke peti telefon.Kenapa ye agaknya?.Hari ni hari guru, kata Penolong Kanan sekolah.Oh ya! patutlah hari ni bertalu-talu sms masuk, rupanya semuanya ungkapan khusus dedikasi untuk guru.Saya kan cikgu!. Begitulah.Tahun ini , agak lain rasanya.Sibuk sampai hari guru pun tak ingat tarikhnya.Nasib baik rakan-rakan guru ingatkan.Memang begitulah.kalau dulu kita ucapkan selamat hari guru untuk cikgu.Tapi sejak setahun dua ni, rasa sebak sangat apabila insan lain yang ucapkan selamat hari guru kepada kita.Cikgu saja yang tahu betapa mahalnya ungkapan tersebut.

Saya sempat meneliti beberapa tulisan, bingkisan daripada penulis dan masyarakat tentang guru, profession perguruan, cabaran dunia pendidikan dan sebagainya.

Rata-rata menyokong fakta yang mengatakan guru merupakan insan mulia yang perlu dihormati.Masih ramai yang menghormati profesion perguruan dan insan guru itu sendiri.Masih ada juga yang masih sanggup mempertahankan guru yang kini sebahagiannya menghadapi tekanan untuk mendisiplinkan murid.Ada yang menerima tekanan dan menjadi sasaran kemarahan ibu-bapa apabila mendenda dan memarahi anak mereka.

CABARAN. EMOSI Antara cabaran paling utama bagi guru alaf baru ialah pengendalian emosi yang baik.Kecemerlangan seorang guru di dalam pengajarannya tidak mungkin begitu andai dirinya tidak mampu mengawal emosi sendiri.Guru-guru harus memahami , pendidik masakini memang terlalu banyak tugasnya.Tetapi ianya harus dilihat dari sudut rasional dan kepentingan bersama.Seandainya emosi yang tidak berfikir secara waras , maka timbullah perasaan tertekan terhadap bebanan kerja yang sebenarnya merupakan tanggungjawab pendidik sendiri.Merungut bukanlah penyelesaian yang baik.Menyalahkan orang lain juga bukan suatu jawapan yang baik.Maka tidak lain dan tidak bukan, di dalam menghadapi beban yang pelbagai ini, strategi perlu disusun rapi.Pembahagian tugas perlu dilaksanakan dengan effektif.Berat sama dipikul , ringan sama dijinjing.

Memang guru juga insan biasa.Adakalanya berdepan dengan keadaan murid dan pelajar yang agak keterlaluan tindak tanduknya.Kita adakalanya pening memikirkannya.Mengapa dahulu, kita tidak melawan apabila dimarahi guru, walaupun adakalanya guru juga silap di dalam melaksanakan sesuatu tindakan.Saya pernah berhadapan dengan situasi di herdik murid sendiri.Diherdik oleh seorang murid 9 tahun dengan kata-kata yang kesat.Kesannya masih terasa sehingga ke hari ini.Menggeletar seluruh badan ketika itu.Saya buntu memikirkan bagaimana boleh terfikir seorang insan mengherdik gurunya sendiri yang sekian lama mendambakan diri memberikannya ilmu.Itulah juga rasanya tahap kesabaran saya diuji dengan begitu dahsyat sekali.Saya boleh membalasnya kembali malah menggunakan dendaan yang hebat sebagai balasan.Tetapi entah mengapa dari mana datangnya kekuatan untuk hanya bersabar dan tidak pun melawan, walaupun ketika itu maruah diri sudah disiat-siat dicalar.Saya belajar suatu perkara.Rupanya orang menghargai kesabaran tersebut.Insan yang hebat adalah insan yang mampu mengawal kemarahannya sendiri.Memang benar.

Saya percaya setiap guru pasti pernah menghadapi saat-saat getir menghadapi pergolakan emosi.Itu tidak termasuk konflik dengan rakan sekerja yang pasti memeningkan.Bagi guru-guru yang terpaksa berpisah beribu batu dengan keluarga tercinta, nilai kesabaran anda pasti dibalas Allah suatu hari nanti.

CABARAN MEMBANGUN MODAL INSAN DIRI INSAN GURU. Sewaktu lawatan jemaah Nazir mahupun Pemantau Jabatan Pelajaran Negeri, antara perkara yang dibincangkan adalah dimana letaknya guru di tengah-tengah masyarakat.Sesetengahnya pula akan berbual dengan mungkin jawatankuasa masjid terdekat, ajwatankuasa penduduk terdekat.Ada atau tidak guru-guru yang tinggal berhampiran dengan kawasan tersebut melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan.tambahan pula guru tersebut merupakan seorang ustaz atau ustazah.Ada atau tidak menjenguk surau dan masjid.Memberi bingkisan tazkirah mahupun mengajar anak-anak mengaji Al-Quran.Bunyinya memang remeh.Sudahlah guru dibebani dengan bebanan tugas, ditambah pula dengan penglibatan dengan masyrakat.Tetapi itulah sebenarnya antara tanggungjawab seorang pendidik.Perlu turun bersama dengan masyarakat.Menjadi pemimpin, ahli jawatankuasa, penggerak dan sebagainya.Untuk itu, sudah pasti seorang guru pasti memiliki ciri-ciri keinsanan yang tinggi.Guru perlu bijak berkomunikasi dan pintar apabila diajak berunding.Mampu pula mengendalikan mesyuarat.Apatah lagi mampu mengimamkan solat dan memimpin majlis-majlis ilmu.Di sinilah diri insan guru diperlihatkan.Disinilah kredibiliti guru perlu dilonjakkan ke suatu mercu.masyarakat memerlukan anda.Adakah guru sudah bersedia dari pada sudut kemahiran dan ilmu?.guru yang rapat dengan masyarakat akan dipandang mulia dan dihormati kerana ketokohannya.

Cabaran tersebut merupakan asam garam yang perlu dilalui oleh seorang guru.Mahu tidak mahu ianya pasti dan harus dilalui bukannya dielakkan.Emosi yang harmoni pasti menghasilkan hasil kerja berkualiti.Manakala penglibatan dengan ahli masyarakat sebenatnya menguji daya tahan seorang guru mendepani masyarakat umum.

Isu-Isu Pendidikan di Malaysia


by Kulanzsalleh on August 6, 2009 213 comments Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengambil kira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup.

Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001). Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau bagaimanapun, apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan berkaitan dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya perkara berhubung sengan struktur pendidikan; akses kepada pendidikan; ekuiti; kualiti tenaga pengajar; ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur; Pelaksanaan Program PPSMI; dan kurikulum yang relevan. Ini selaras dengan pendapat Sufean (2004) yang menyatakan terdapat banyak isu pendidikan yang boleh dikatagorikan iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan.

Struktur Pendidikan Beberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya termasuklah struktur pendidikan menengah yang tidak selaras kurang menepati keperluan, misalnya:

Bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengan kebanyakan negara lain di dunia; Tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan wujudnya pelbagai haluan; Kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas.

Akses Pendidikan Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut adalah berkaitan dengan:

pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar; perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh; latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan; penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; dan bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi.

Justeru adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akan memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT. Ekuiti Pendidikan Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged school) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school). (Sumber: Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM). Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih terlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang belum dapat menikmati kemudahan yang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakan prasarana yang amat diperlukan, seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus, terutamanya sekolah-sekolah luar

bandar atau pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan.

Tenaga pengajar Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam pelaksanaan pendidikan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia, pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luar bandar, khususnya di pedalaman dan pulau. Kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi bidan terjun. Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan. Program PPSMI Sejajar dengan matlamat ingin melahirkan pelajar yang bertaraf dunia, KPM juga telah melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Walau bagaimanapun penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek sains dan matematik telah mendapat respon yang negatif daripada rakyat. Ini kerana penggunaan bahasa asing bukan sahaja merosakan kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu, tetapi turut memusnahkan reputasi pelajar, khususnya di luar bandar. Mereka belajar melalui medium yang mereka tidak faham. Komunikasi tidak berkesan dalam pelajaran sudah tentu memberi kesan yang buruk. Kesan globalisasi Selain daripada itu, isu-isu berkaitan pendidikan juga turut melibatkan penggunaan internet. Era dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah memudahkan maklumat diperoleh dengan cepat dan berkesan melalui internet atau laman-laman web dan sebagainya melalui komputer. Implikasinya, isu-isu Moral semasa khususnya isu-isu yang membabitkan nilai-nilai sosial

menjadi begitu kompleks dan menjadi sukar untuk diselesaikan. Fenomena ini disebabkan nilainilai murni masyarakat Malaysia yang ingin diterapkan bercanggah dengan nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang lain yang mana mereka lebih mementingkan materialistik, individualistik dan budaya kosmopolitan. Sahsiah Pelajar Kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi isu dan dipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang naik ke sekolah menengah, atau pelajar menengah rendah yang naik ke Tingkatan 4 memiliki kualiti sahsiah yang kurang baik. Hal ini berlaku pada kebanyakan murid tanpa mengira kaum dan agama. Sebagai contoh, tabiat merokok di kalangan pelajar, gejala vandalisme, melepak, ponteng sekolah dan sebagainya di kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi. Isu-isu lain dalam sistem pendidikan Selain isu-isu yang dikemukakan di atas, terdapat pelbagai lagi isu yang timbul berkenaan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya:

Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran (instructional leadership) yang berkesan; Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih perlu mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri; Layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada realitinya sekolah mempunyai keperluan, kekuatan dan kelemahan serta keupayaan yang berbeza; Keselamatan di sesetengah sekolah masih belum terjamin sepenuhnya; Penandaarasan bagi menjamin sekolah di Malaysia setanding dengan sekolah di negara maju adalah terhad; Struktur organisasi antara lapisan pentadbiran di KPM yang tidak setara menyebabkan penyaluran dasar dan pelan pelaksanaan kurang sistematik dan berkesan; Sistem penyampaian masih belum cekap dan berkesan khususnya daripada aspek pemberian bantuan; dan Sistem maklumat tidak menyeluruh dan tidak bersepadu.

Isu Semasa Mengenai Sistem Pendidikan Di Malaysia


Guru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan.Di samping itu dia dilatih untuk menguasai kemahiran mengajar dan diberi tugas menyampaikan ilmu kepada pelajarnya.Oleh itu guru sebagai pengamal ilmu perlu memainkan peranan untuk menyampaikan ilmu yang berguna dalam bidangnya.Sebagai seorang pendidik yang bertanggunjawab, guru hari ini harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa kelak.Perubahan perancangan hari ini adalah perlu diiringi dengan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.Untuk menghadapi cabaran dan tuntutan daripada

perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, guru hari ini hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dari masa ke semasa.

Pendidikan adalah suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan perhubungan atau komunikasi dan interaksi di antara individu dengan individu yang lain seperti seorang ibu dengan anaknya atau seorang pengikut dengan ketuanya atau seumpamanya. Ia juga boleh berlaku di antara individu dengan beberapa individu yang lain seperti di antara seorang anak dengan kedua ibu bapa atau keluarganya atau dengan rakan sebaya,seorang guru dengan murid-muridnya atau seumpamanya.

Pendidikan juga merupakan suatu proses komunikasi dan interaksi di antara manusia dengan persekitarannya seperti sekolah, media massa, tempat tinggal, pekerjaan dan tempat bekerja serta institusi masyarakat lainnya.Oleh kerana pendidikan adalah suatu proses penerimaan dan penyebaran maklumat, maka ilmu dan budaya yang tersebar secara langsung dan tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan fizikal, sosial dan rohani manusia.Oleh itu,isu profesion sebagai guru adalah perkara yang bukan main-main iaitu faktor gaji, beban kerja luntur minat.

Dalam era globalisasi yang semakin pesat ini, profesion sebagai seorang guru merupakan pilihan kedua bagi anak-anak muda disebabkan oleh faktor gaji meluntur kan minat para garaduan.Namun demikian,anak-anak muda haruslah mengerti bahawa profesion sebagai guru adalah perkerjan yang bukan menguntungkan dan tidak akan menjadikan kita seorang yang kaya.Walaubagaimanpun, perkerjaan sebagai guru adalah satu perkerjaan yang mulia serta kita mampu mempertabatkan dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan di Negara Malaysia.

Seperti yang kita sedia maklum,tugas sebagai seorang guru adalah sangat berat.Seorang guru mempunyai tiga tugas pokok yaitu tugas profesional, tugas manusiawi, dan tugas kemasyarakatan.Jika dikaitkan pembahasan tentang kebudayaan, maka tugas pertama berkaitan dengar logika dan estetika, tugas kedua dan ketiga berkaitan dengan etika.Tugas-tugas profesional dari seorang guru iaitu meneruskan atau transmisi ilmu pengetahuan, keterampilan dan nilai-nilai lain yang sejenis yang belum diketahui anak dan seharusnya diketahui oleh anak.Tugas manusiawi adalah tugas-tugas membantu anak didik agar dapat memenuhi tugas-tugas utama dan manusia kelak dengan sebaik-baiknya. Tugas-tugas manusiawi itu adalah transformasi diri, identifikasi diri sendiri dan

pengertian tentang diri sendiri.Usaha membantu kearah ini seharusnya diberikan dalam rangka pengertian bahwa manusia hidup dalam satu unit organik dalam keseluruhan integralitasnya seperti yang telah digambarkan di atas. Hal ini bererti bahwa tugas pertama dan kedua harus dilaksanakan secara menyeluruh dan terpadu.

Guru seharusnya dengan melalui pendidikan mampu membantu anak didik untuk mengembangkan daya berpikir atau penalaran sedemikian rupa sehingga mampu untuk turut serta secara kreatif dalam proses transformasi kebudayaan ke arah keadaban demi perbaikan hidupnya sendiri dan kehidupan seluruh masyarakat di mana dia hidup.Tugas kemasyarakatan merupakan konsekuensi guru sebagai warga negara yang baik, turut mengemban dan melaksanakan apa-apa yang telah digariskan oleh bangsa dan Negara.Ketiga tugas guru itu harus dilaksanakan secara bersama-sama dalam kesatuan organis harmonis dan dinamis.

Seorang guru tidak hanya mengajar di dalam kelas saja tetapi seorang guru harus mampu menjadi katalisator, motivator dan dinamisator pembangunan tempat di mana ia bertempat tinggal.Seterusnya, peranan guru sebagai pendidik merupakan perananperanan yang berkaitan dengan tugas-tugas memberi bantuan dan dorongan,tugas-tugas pengawasan dan pembinaan serta tugas-tugas yang berkaitan dengan mendisiplinkan anak agar anak itu menjadi patuh terhadap aturan-aturan sekolah dan norma hidup dalam keluarga dan masyarakat. Tugas-tugas ini berkaitan dengan meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan anak untuk memperoleh pengalaman-pengalaman lebih lanjut seperti penggunaan kesihatan jasmani, bebas dari orang tua, dan orang dewasa yang lain, moralitas tanggungjawab kemasyarakatan, pengetahuan dan keterampilan dasar, persiapan.untuk perkawinan dan hidup berkeluarga, pemilihan jabatan, dan hal-hal yang bersifat personal dan spiritual.Oleh karena itu tugas guru dapat disebut pendidik dan pemeliharaan anak. Guru sebagai penanggungjawab pendisiplinan anak harus mengontrol setiap aktivitas anak-anak agar tingkat laku anak tidak menyimpang dengan norma-norma yang ada.

Peranan guru sebagai model atau contoh bagi anak. Setiap anak mengharapkan guru mereka dapat menjadi contoh atau model baginya. Oleh karena itu tingkah laku pendidik baik guru, orang tua atau tokoh-tokoh masyarakat harus sesuai dengan norma-norma yang dianut oleh masyarakat, bangsa dan negara. Karena nilai-nilai dasar negara dan

bangsa Indonesia adalah Pancasila, maka tingkah laku pendidik harus selalu diresapi oleh nilai-nilai Pancasila.Peranan guru sebagai pengajar dan pembimbing dalam pengalaman belajar. Setiap guru harus memberikan pengetahuan, keterampilan dan pengalaman lain di luar fungsi sekolah seperti persiapan perkawinan dan kehidupan keluarga, hasil belajar yang berupa tingkah laku pribadi dan spiritual dan memilih pekerjaan di masyarakat, hasil belajar yang berkaitan dengan tanggug jawab sosial tingkah laku sosial anak.

Kurikulum harus berisi hal-hal tersebut di atas sehingga anak memiliki pribadi yang sesuai dengan nilai-nilai hidup yang dianut oleh bangsa dan negaranya, mempunyai pengetahuan dan keterampilan dasar untuk hidup dalam masyarakat dan pengetahuan untuk mengembangkan kemampuannya lebih lanjut.Peranan guru sebagai pelajar. Seorang guru dituntut untuk selalu menambah pengetahuan dan keterampilan agar supaya pengetahuan dan keterampilan yang dirnilikinya tidak ketinggalan zaman. Pengetahuan dan keterampilan yang dikuasai tidak hanya terbatas pada pengetahuan yang berkaitan dengan pengembangan tugas profesional, tetapi juga tugas kemasyarakatan maupun tugas kemanusiaan.

Peranan guru sebagai setiawan dalam lembaga pendidikan. Seorang guru diharapkan dapat membantu kawannya yang memerlukan bantuan dalam mengembangkan kemampuannya. Bantuan dapat secara langsung melalui pertemuan-pertemuan resmi maupun pertemuan insidental.Peranan guru sebagai komunikator pembangunan masyarakat. Seorang guru diharapkan dapat berperan aktif dalam pembangunan di segala bidang yang sedang dilakukan. Ia dapat mengembangkan kemampuannya pada bidangbidang dikuasainya.Oleh itu, seorang guru tidak hanya sebagai pendidik dan pengajar, tetapi juga sebagai administrator pada bidang pendidikan dan pengajaran. Oleh karena itu seorang guru dituntut bekerja secara administrasi teratur.Segala pelaksanaan dalam kaitannya proses belajar mengajar perlu diadministrasikan secara baik.Sebab administrasi yang dikerjakan seperti membuat rencana mengajar, mencatat hasil belajar dan sebagainya merupakan dokumen yang berharga bahwa ia telah melaksanakan tugasnya dengan baik.

Namun demikian, kebanyakannya anak muda tertekan beban tugas.Penghormatan masyarakat terhadap profesion keguruan yang agak hambar serta imbuhan pendapatan yang yang tidak setanding dengan golongan profesion yang boleh dikaitkan dengan

motivasi guru.Cabaran yang dihadapi oleh guru ialah untuk memotivasikan diri menjadi pendidik selaras dengan harapan ibubapa,masyarakat dan Negara.Faktor beban tugas yang boleh menimbulkan fenomena dalam kalangan guru, imbuhan kerja yang kurang menarik, kekurangan peluang kenaikan pangkat menjadi faktor penolak kepada guru untuk terus kekal dalam profesion yang mulia ini.

Selain itu, profesion perguruan yang pernah menjadi pilihan graduan atas faktor gaji dan waktu berkerja kini bukan lagi satu tarikan kepada anak muda ekoran daripada perubahan gaya sosial.Sedia maklum,faktor gaji dalam profesion perguruan adalah merupakan faktor utamanya lunturnya minat anak muda dalam profesion perguruan.Disamping itu juga, untuk menjadi seorang guru mereka haruslah dididik dengan sains sosial tetapi kebanyakan anak muda kini menganggap sains sosial sebagai satu jurusan yang membosankan kerana anak muda kini lebih berminat kepada yang bersifat realistik seperti penerokaan dan penciptaan.Penerokaan dan penciptaan lebih menarik perhatian dan minat anak-anak muda pada era globalisasi di Negara Malaysia.

Oleh itu,faktor utama dalam proses memilih kerjaya dimana hubungan anak tiada dengan kerjaya guru dilihat terlalu pasif dan relatif.Namun begitu,individu itu perlulah mempunyai minat dan sikap kasih terhadap anak-anak.Walaubagaimanapun, memilih calon yang layak untuk menjadi seorang guru walaupun tidak dinafikan ramai memohon.Jika hanya berminat dan cinta dengan profesion perguruan tetapi tidak mempunyai hati yang ikhlas usahlah bercita-cita menjadi guru.Seterusnya, jikalau hanya kerana terdesak dan tidak boleh memupuk perasaan, usahlah menjadi guru.Seorang guru haruslah mempunyai nilai keguruan iaitu sifat peribadi dan kualiti peribadi.Sifat peribadi yang harus ada pada seseorang guru adalah baik hati dan sabar dengan keadaan yag diihadapinya.

Disamping itu,guru haruslah mempunyai keyakinan dan penuh dengan jenaka untuk menarik perhatian kanak-kanak serta bertanggungjawab dengan tugas yang diamanahkan kepada guru dan mempunyai kepimpinan yang tinggi.Manakala seseorang guru tersebut haruslah mempunyai kualiti peribadi iaitu mempunyai kemesraan,seorang yang sentiasa tegas dan berwibawa.Seterusnya,bertindak secara adil,berdedikasi dan bertoleransi dalam segala perlakuan dan tindakan.Selain daripada itu, setiap guru haruslah mempunyai sifat sosial dan kualiti sosial supaya menjadi seorang pendidik yang cemerlang.Oleh itu,

profesion guru adalah bukan main-main di kalangan anak muda kerana seorang guru haruslah mempunyai sifat yang terpuji iaitu budi pekerti dalam setiap perkara, ramah mesra dalam kalangan murid-murid, ibubapa murid serta rakan sekerja.Seterusnya, seorang guru yang sentiasa merendah diri,bersemangat berbakti dan jujur dalam sesuatu tindakan.

Selain daripada itu,seseorang yang bergelar guru haruslah mempunyai kualiti sosial yang baik.Contohnya, sentiasa berinovasi dalam perhubungan sosial, berperti mulia, mudah suai dengan pelajar serta ibubapa pelajar.Seterusnya, seorang yang berdaya kepimpinan dan kesedaran tentang persekitaran.Personaliti sebagai seorang guru adalah penting untuk memenuhi kateria-kateria yang ditetapkan.Seterusnya, terdapat beberapa cabaran profesion perguruan iaitu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan dalam kalangan guru serta mewujudkan pengurusan yang mesra pelanggan dan akauntabiliti kepada masyarakat.Disamping itu juga ia mampu mengurangkan karenah birokrasi dalam pendidikan dan membentuk kerja berpasukan yang dinamik.Profesion guru haruslah meningkatkan kualiti pendidikan melalui pengurusan sekolah yang berkesan, pengurusan kurikulum dan pembelajaran.Selain daripada itu, kerjaya sebagai seorang guru haruslah mengembangkan inovasi dan kreativiti dalam pengurusan pendidikan dan juga pengurusan bukan akademik.

Namun demikian,telah wujud usaha oleh pihak kerajaan untuk menangani isu ini dengan mempelbagaikan peluang kenaikan pangkat dan penyediaan struktur gaji yang lebih menarik serta penyediaan persekitaran kerja yang lebih kondusif demi kebajikan guru disamping untuk menarik perhatian individu menyertai profesion keguruan.Hal ini turut dinyatakan dalam pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 dibawah teras strategik memertabatkan profesion keguruaan.

Tuntasnya, seseorang yang memilih profesion keguruan sebagai kerjayanya adalah seseorang yang benar-benar mempunyai keikhlasan yang mulia untuk mendidik kanakkanak.Profesion sebagai guru adalah sangat penting kepada anak-anak untuk mengajar dan memberikan ilmu sebagai satu bekalan untuk terus menimba ilmu sebanyak mungkin.Tambahan pula, guru sangat berjasa kepada Negara kerana membantu pertumbuhan kecemerlangan kearah pembangunan Negara.Disamping itu juga,guru perlu meningkatkan perkembangan masing-masing.Perkembangan tersebut akan melibatkan

pembentukan konsep kendiri.Seterusnya, mempengaruhi cara kerja seseorang guru.Guru yang mempunyai konsep kendiri yang baik seperti yakin, bersikap terbuka, percaya dan mempunyai nilai-nilai diri yang baik akan membantu guru tersebut melaksanakan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan.Ini seterusnya akan meningkatkan kualiti pengajaran seseorang.

Guru yang berketerampilan haruslah peka terhadap perkembangan pendidikan dan teknologi terkini.Guru yang baik perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran serta peka terhadap perkembangan pendidikan terkini.Mereka harus sentiasa memperkembangkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa mengikut perkembangan zaman. Setiap guru juga perlu bersedia menerima sebarang perubahan sistem pendidikan agar pengetahuannya selari dengan keperluan masa kini.

Pembelajaran sepanjang hayat membolehkan ilmu seseorang guru itu lebih dinamik. Ilmu pengetahuan akan membolehkan guru menyampaikan banyak maklumat kepada pelajar.Ini akan mewujudkan keyakinan dan kebolehpercayaan pelajar terhadap seseorang guru.Konklusinya, Profesion keguruan adalah perkara yang serius dalam kalangan anak muda.Profesion keguruan adalah bukan sekadar perkara mainan dalam kalangan anak muda.Jika seseorang itu mempunyai minat dan ikhlas menabur ilmu serta mempunyai kebolehan untuk mengajar, faktor bebanan kerja dan gaji yang sedikit adalah bukan satu persoalan bagi mereka.

- See more at: http://setphenetomi.blogspot.com/2012/07/isu-semasa-mengenai-sistempendidikan.html#sthash.DpNttpDr.dpuf