Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA LINUS SEK. KEB.

SULTAN IDRIS II, FELDA IJOK SELAMA, PERAK BIL 3/2013

Tarikh Masa Tempat Kehadiran :

: 22 Oktober 2013 : 1.00 petang : Bilik Gerakan SK Sultan Idris II

Othman Bin Yahaya AMP. PJK. Shuhaiza Bt Mohd Sharif Faridah Bt Tahir Syahrul Azwan Bin Amir Hamzah Fahiratonnizah Bt Abu Bakar Zurilawati Bt Zainun Khairunnisa Syazwani Zulkifli

Guru Besar Cemerlang Ketua Panitia Bahasa Melayu & Guru Bahasa Melayu Tahun 3 Ketua Panitia Matematik, Guru Matematik Tahun 2 & 3 Guru Bahasa Melayu Tahun 2 Penyelaras LINUS, Guru Bahasa Melayu Tahun 1 Guru Matematik Tahun 1 Setiausaha LINUS dan Guru Pemulihan

1. Ucapan pengerusi 1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan surah al-Fatihah. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru bagi Mesyuarat Jawatankuasa LINUS kali ketiga sesi 2013. Pegerusi memaklumkan bahawa Mesyuarat Verifiikasi Data LINUS (Literasi dan Numerasi) Saringan 2 akan dijalankan mengikut zon. Beliau mengedarkan surat panggilan mesyuarat kepada Puan Khairunnisa Syazwani Zulkifli selaku setiausaha LINUS. Tindakan : Semua guru 2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu 2.1 Setiausaha membaca dan membentangkan minit mesyuarat yang lalu. 2.2 Puan Shuhaiza Mohd Shariff. mencadangkan agar minit mesyuarat diterima dan disokong oleh Encik Shahrul Azwan Amir Hamzah. 3. Perkara-perkara berbangkit Tiada 4. Perkara yang ingin dibincangkan 4.1 Pembentangan Keputusan Saringan 2 LINUS (Literasi dan Numerasi) 4.1.1 Puan Khairunnisa Syazwani Zulkifli membentangkan keputusan saringan 2 Bahasa Melayu dan Matematik Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 berdasarkan jadual di bawah.

1.2

LITERASI BAHASA MELAYU Tidak Menguasai (K1-K2) 0 0 0 Menguasai (K3-K18) 3 0 0

Tahun 1 CERDIK 2 CERDIK 3 CERDIK

Bil. Murid 20 33 33

Menguasai 17 33 33

NUMERASI

Tahun 1 CERDIK 2 CERDIK 3 CERDIK

Bil. Murid 20 33 33

Tidak Menguasai (K1-K2) 0 0 0

Menguasai (K3-K18) 0 0 0

Menguasai 20 33 33

4.1.2

Puan Khairunnisa Syazwani Zulkifli memaklumkan bahawa terdapat 3 orang murid yang tidak menguasai Literasi Bahasa Melayu Tahun 1 ialah Muhammad Afiq bin Nordin, Muhammad Afiq Irfan bin Arif Azizan dan Norakmal Hafiz bin Nor Azman. Puan Khairunnisa Syazwani Zulkifli melaporkan bahawa bilangan murid Tahun 2 adalah sepatutnya 34 orang. Namun begitu, nama seorang murid baharu Tahun 2 iaitu Nurul Ain binti Roslan tiada di dalam portal http://nkra.moe.gov.my biarpun namanya telah didaftarkan di portal APDM oleh guru kelas pada September 2013. Beliau telah mengambil inisiatif dengan mennghubungi sekolah lama murid tersebut agar namanya dilupuskan dari portal APDM sekolah tersebut. Namun begitu, nama murid tersebut telah pun dibuang dari rekod portal APDM sekolah seminggu selepas murid tersebut berpindah Puan Khairunnisa Syazwani Zulkifli telah memaklumkan ralat itu kepada Puan Rosni selaku FasiLINUS dan beliau berjanji akan menyiasat masalah ini.

4.1.3

Puan Syazwani Shafiai memaklumkan bahawa Saringan 2 bagi LINUS Bahasa Inggeris masih berjalan dan keputusan akan dilaporkan sejurus selesai saringan. Tindakan: Semua guru

4.2

Analisis SWOT 4.2.1 Rujuk Lampiran 1 Analisis Swot dan Isu serta Tindakan Diambil Program LINUS Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 (Saringan 2), 2013. Tindakan: Semua guru

4.3

Isu/Masalah Program LINUS (Saringan 2) 4.3.1 Rujuk Lampiran 1 Analisis Swot dan Isu serta Tindakan Diambil Program LINUS Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 (Saringan 2), 2013. Pengerusi mencadangkan agar murid-murid yang masih belum menguasai konstruk literasi dibimbing secara latih tubi sama ada di dalam kelas perdana atau di kelas pemulihan. Puan Zurilawati Zainun mencadangkan agar murid-murid tersebut diberi sebuah buku cerita pendek untuk dihabiskan bacaannya selama satu minggu di rumah. Usaha ini perlu dibantu oleh ibu bapa atau penjaga. Cadangan diterima oleh semua guru.

4.3.2

4.3.3

Tindakan: Semua guru 5. Hal-hal lain Tiada

6. Ucapan Penangguhan Pengerusi memohon agar guru-guru saling bekerjasama dan berusaha untuk meningkatkan prestasi khasnya 3 orang murid Tahun 1 LINUS (Literasi) dan semua murid tahap satu secara amnya. Beliau juga berharap guru-guru sentiasa memantapkan diri dengan kaedah pengajaran yang menarik dan meningkatkan pencapaian kendiri sebagai seorang guru yang berkaliber. Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

____________________________________ PUAN KHAIRUNNISA SYAZWANI ZULKIFLI Setiausaha LINUS SK Sultan Idris II, FELDA Ijok Selama, Perak

______________________________ PUAN FAHIRATONNIZAH ABU BAKAR Penyelaras LINUS SK Sultan Idris II, FELDA Ijok Selama, Perak

Disemak oleh :

____________________________________ ENCIK OTHMAN BIN YAHAYA AMP. PJK. Pengerusi Jawatankuasa Linus SK Sultan Idris II, FELDA Ijok Selama, Perak

Anda mungkin juga menyukai