Anda di halaman 1dari 48

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

MEI/2012

HBAE 1203

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : : :

ASIAH BTE SHARIFF 750501017218001 750501 01 - 7218 019 - 7667886 budimantuah@yahoo.com.my

JOHOR LEARNING CENTRE

ASIAH SHARIFF 750501017218001

PRAKATA

Bersyukur saya kehadrat Allah s.w.t kerana limpah dan kurniaNya, maka saya dapat menyiapkan tugasan yang telah diberikan kepada saya dalam masa yang ditetapkan.

Saya juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada tutor Universiti Terbuka Malaysia iaitu Puan Mariana binti Tukiman kerana kesudian beliau memberi tunjuk ajar, nasihat, dan bantuan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dalam masa yang telah ditetapkan serta dapat menepati kehendak soalan.Jasa puan akan tetap saya kenang buat selama-lamanya.Terima kasih sekali lagi kepada Puan Mariana binti Tukiman.

Ucapan terima kasih juga untuk rakan-rakan di OUM ambilan SMP Khas ini yang sudi berkongsi kepayahan dan memberikan kerjasama serta tujuk ajar dan pendapat kepada saya yang tidak terhingga sehingga siapnya tugasan ini dengan jayanya. Akhirnya, terhasilah tugasan ini yang mungkin boleh menjadi panduan bagi golongan pendidik untuk menggunakan pendekatan perkembangan kreativiti Fisher dalam pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Seni Visual agar murid-murid lebih kreatif dan boleh berfikir dengan kritis.

Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga sekali lagi dihulurkan kepada tutor Perkembangan Seni Kanak-kanak iaitu Puan Mariana binti Tukiman atas segala bimbingan, nasihat, idea serta masa yang diluangkan untuk menyiapkan tugasan ini. Kepada semua anggota keluarga yang mengharapkan kejayaan ini, terima kasih atas dorongan yang diberikan serta keprihatinan yang telah dicurahkan. Terima kasih atas segala-galanya, hanya Tuhan juga yang mampu membalasnya.

Sekian , Terima kasih.

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

ASIAH SHARIFF 750501017218001

ISI KANDUNGAN

PERKARA BAB 1: PENDAHULUAN

MUKA SUARAT

1.1 1.2 1.3

Pengenalan Kepentingan Kreativiti Kepada Kanak-kanak Thap Perkembangan Kreativiti Fisher

5 6 7

BAB 2:KAEDAH PELAKSANAAN PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER DALAM AKTIVITI PENGAJARAN 2.1 2.2 2.3 Pengenalan Lima Perkembangan Kreativiti Fisher Kronologi Penghasilan Karya Murid Berdasarkan 5 Peringkat Kreativiti Fisher 26 9 10

BAB 3:ANALISIS 5 PERINGKAT PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER DENGAN PERKEMBANGAN DIRI KANAK-KANAK 3.1 Perkaitan Perkembangan Kreativiti dengan Perkembangan Diri Kanak-kanak 3.2 Kesimpulan 29 33

BAB 4;IMPLIKASI PENDEKATAN KREATIVITI FISHER TERHADAP PERKEMBANGAN KREATIVITI MURID-MURID 4.1 4.2 Pengenalan Perkembangan Kreativiti Murid-murid 34 34

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

ASIAH SHARIFF 750501017218001

BAB 5:KESIMPULAN

38

LAMPIRAN

39

RUJUKAN

47

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

ASIAH SHARIFF 750501017218001

BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan Kreativiti merupakan pemikiran yang kreatif.Berfikir secara kretif merupakan seseorang yang dapat berfikir di luar kotak.Kreativiti juga merujuk kepada keupayaan seseorang untuk menyelesaikan sesuatu masalah.Kita perlu sedar bahawa kreativiti

merupakan satu proses yang berterusan yang akan menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Paul Torrance (1974), mendefinisikan kreativiti sebagai proses yang menjadikan seseorang itu lebih peka terhadap masalah kekurangan, jurang pengetahuan, unsur-unsur yang hilang, ketidakharmonian dan sebagainya.Manakala June King McFee pun berpendapat

bahawa kreativiti adalah keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru bagi mengemaskini idea yang ada.Aktiviti penyusunan semula organisasi yang sedia ada kepada sebuah organisasi yang baru adalah sesuatu yang kreativiti. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) menyatakan bahawa kreativiti adalah kemampuan atau kebolehan seseorang untuk mencipta daya kreatif dan kekreatifan.Dunn (1992) pula mendefinisikan kreativiti sebagai keupayaan untuk menjana idea baru, melihat masalah dari sudut yang baru dan mengambil risiko dalam mencuba sesuatu yang tidak pernah dicuba sebelum ini.Kreativiti sebenarnya berkait rapat dengan pengetahuan, kemahiran asas dan pemikiran kritis dan pengetahuan yang diperoleh tersebut kita mampu untuk menterjemahkannya kepada cara yang baru. Kreativiti ini dapat dikaitkan dengan perkembangan kanak-kanak. Ini adalah kerana seorang kank-kanak sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif.Kretiviti seni dan kreatif ini dapat memberi peluang kepada kanak kanak untuk meluahkan imaginasi mereka ke dalam pelbagi cara.Contohnya dalam aktiviti seni seperti melukis, mewarna, nyanyian atau pun drama. Apabila kanak-kanak melibatkan diri dalam aktiviti seni ini dapat membantu kanka-kanak menggunakan pengalaman deria mereka terutamanya ketika merasa struktur, menghidu bahan dan mendengar bunyi.

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

ASIAH SHARIFF 750501017218001

1.2 Kepentingan Kretiviti Kepada Kanak-kanak

Kreativiti amat penting kepada kanak-kanak. Antara kepentingannya adalah seperti berikut: 1.2.1 Dapat melatih kanak-kanak agar gemar mengkaji dan menyelidik. Kreativiti merupakan satu proses.Apabila kanak-kanak mempunyai kreativiti

tersendiri mereka akan dapat memberikan makna dan pengertian terhadap sesuatu ciptaan. Mereka akan kerap bertanya bagi mencari sesuatu penyelesaian.Selain daripada itu, kanak kanak yang kreatif juga akan berusaha untuk mencari sesuatu penemuan baru mengenai hubungan antara idea mereka dengan bahan. 1.2.2 Kanak-kanak akan lebih berkeyakinan Kanak-kanak yang kreatif akan memiliki sikap keyakinan yang tinggi.Mereka dapat menggunakan pendekatan yang lebih fleksibel mengikut siatuasi yang sesuai.Selain daripada itu, kanak-kanak akan lebih berdikari untuk menyelesaikan sesatu masalah mengikut kreativiti mereka sendiri tanpa meminta bantuan daripada orang lain. Mereka juga akan sentiasa mempunyai kekuatan perasaan dan emosi. 1.2.3 Melatih kanak-kanak membina idea sendiri Kanak-kanak yang kreatif akan berupaya untuk membina, mencipta dan menghasilkan sesuatu yang baru. Mereka akan mencuba dengan gaya dan teknik yang baru serta

memanipulasikan idea mereka dengan pelbagai tindakan seperti kebiasaan atau berlainan daripada biasa.Apabila kanak-kanak itu seorang yang kreatif mereka akan cuba untuk menyelesaikan masalah dengan cara sendiri dan cuba meneroka pelbagai pendekatan . Kreativiti dapat membantu kanak-kanak berimaginasi tinggi dan melangkaui batas pemikiran biasa. Selain daripada itu, kanak-kanak juga akan menghasilkan idea yang asli dan tulen tanpa meniru atau menciplak idea orang lain.

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

ASIAH SHARIFF 750501017218001

1.2.4 Peka kepada nilai estetik Kanak-kanak yang kreatif akan selalu peka terhadap nilai estetik. Mereka akan mudah tertarik dengan nilai keindahan, kecantikan, keunikan, kelainan dan keharmonian pada objek, alam dan kehidupan mereka. Mereka akan menjadi peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling kehidupan mereka dan akan menghargainya. Mereka juga akan berkeupayaan untuk merasakan irama dan harmoni terhadap apa yang dihasilkan. 1.3 Tahap Perkembangan Kreativiti Fisher Fisher (1943) telah menjelaskan bahawa terdapat lima tahap dalam perkembangan kreativiti iaitu: 1.3.1 Peringkat Rangsangan Dalam peringkat rangangan, guru-guru akan membantu merangsang minda muridmurid dengan pelbagai bentuk soalan mengikut Taksonomi Bloom seperti, apa, mengapa, siapa, atau bagaimana. Tujuan rangsangan dibuat agar murid-murid dapat dibantu untuk menyatakan perasaan ingin tahu mereka atau membantu murid-murid untuk berinteraksi secara aktif. Sewaktu peringkat rangsangan, guru harus merangsang minda murid-murid dengan pelbagai soalan kritikal. 1.3.2 Peringkat Penerokaan Peringkat penerokaan ini memerlukan murid-murid berfikir secara kreatif atau mempunyai pemikiran ke hadapan. Ini adalah kerana sewaktu di peringkat rangsangan, murid-murid telah berjaya diberikan rangsangan urnuk menjawab pelbagai soalan yang diberikan oleh guru. Oleh itu mereka akan berupaya untuk mencari jalan penyelesaiannya melalui pelbagai gaya dan teknik. 1.3.3 Peringkat Perancangan Peringkat ini menggalakkan murid-murid berfikir dengan kreatif untuk merancang dan menghasilkan semua aktiviti dan merekaodkannya. Aktivit ini akan dilakukan dengan beberapa cara seperti perancangan secara verbal iaitu perbincangan, pemerhatian, dan

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

ASIAH SHARIFF 750501017218001

interaksi. Perancangan secara visual juga boleh dilakukan seperti melalui visual, imej, graf dan lukisan. 1.3.4 Peringkat Aktiviti Peringat aktiviti ini dimulakan dengan set idea. Pemikiran kreatif dapat dihasilkan setelah melakukan pelabagai aktiviti. Peringkat aktiviti ini dirancang melalui persoalanpersoalan seperti Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut? 1.3.5 Peringkat Kajian Semula Dalam peringkat ini, kita perlu menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil setelah melakukan penambahbaikan. Manakala murid-murid pula akan digesa untuk memberikan pendapat terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri. Selain daripada itu juga, guru akan membimbing murid-murid untuk menyatakan pendapat terhadap hasil seni yang telah dihasilkan.

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

ASIAH SHARIFF 750501017218001

BAB 2 KAEDAH PELAKSANAAN PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER DALAM AKTIVITI PENGAJARAN

2.1 Pengenalan Lima tahap perkembangan Fisher perlu dijadikan panduan dan ikutan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran Seni Visual agar perkembangan kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Selain daripada itu, proses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas akan lebih tersusun dan menarik. Bagi melihat keberkesanan perkembangan Fiher dalam proses pengajaran dan pembelajaran, saya telah memilih mata pelajaran Pendidikan Seni Visul untuk Tahun 4 yang terdiri daripada 40 orang murid. Saya memilih tema alam semulajadi dan bidang yang diguankan ialah menggambar yang bertajuk Burung. Saya telah menggunakan Rancangan Pelajaran Tahunan bagi Tahun empat untuk menyiapkan rancangan pengajaran harian serta mendapatkan hasil pembelajaran dan objektif yang sesuai dengan aktiviti yang saya pilih bagi memenuhi tahap perkembangan kreativiti Fisher. Hasil pembelajaran yang telah saya tentukan bagi tajuk Burung untuk tema alam semula jadi adalah seperti berikut: i)Menghasilkan gambar menggunakan media kering yang menekankan unsur garisan, bentuk, rupa dan warna. ii)Menghasilkan lukisan dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. iii)Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni visual iaitu mempamerkan karya yang dihasilkan dan menghargai serta menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan. Objektif pengajaran yang saya tetapkan pula ialah guru dapat mengajar murid-murid membuat lukisan alam semula jadi yang bertajuk Burung dengan menggunakan media kering iaitu kertas lukian, pensel, pensel warna, dan karyon dan menggunakan unsur-unsur

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

ASIAH SHARIFF 750501017218001

seni seperti garisan, bentuk, rupa dan warna. Di akhir pengajaran dan pembelajaran muridmurid dapat menghasilkan gambar burung mengikut kreativiti mereka sendiri. Dalam melaksanakan proses pengajaran pendidikan Seni Visual ini, guru telah meggunakan 5 tahap perkembangan kreativiti Fisher bermula dari set induksi hinggalah penutup.Langkah-langkah pengajaran yang telah ditentukan oleh guru mengikut 5 tahap perkembangan kreativiti Fisher iaitu peringkat rangsangan, peringkat penerokaan,peringkat perancangan, peringkat aktiviti dan peringkat kaji semula.

2.2 Lima Perkembangan Kreativiti Fisher Lima tahap perkembangan kreativiti yang telah ditetapkan oleh Fiher adalah seperti berikut: 2.2.1 Peringkat Rangsangan Dalam peringkat rangsangan ini, set induksi digunakan untuk merangsang minda murid agar mereka dapat berinterkasi secara aktif dengan guru dan menyatakan pendapat mereka. Sewaktu set induksi guru telah menggunakan nyanyian Aku Burung bagi merangsang minda murid agar tertarik dengan pengajaran guru dan merangsang minda mereka untuk berfikir dengan kreatif. Guru telah menggunakan power point untuk memaparkan lirik lagu tersebut. Guru telah memperdengarkan dahulu kepada murid-murid dan kemudiannya mengajak murid-murid menyanyi bersama-sama lagu tersebut. Sewaktu menyanyi murid murid akan membuat aksi-aksi atau pergerakan-pergerakan seperti burung. Pada peringkat rangsangan ini, guru telah melakukan sesi soal jawab bersama-sama murid untuk mengaitkan lagu yang digunakan dengan isi pelajaran yang diajar.Soalan-soalan yang diajukan kepada murid-murid berdasarkan soalan aras Tsknomi Bloom iaitu dari aras rendah kepada aras tinggi.Dalam set induksi ini guru hanya menggunakan soalan pada aras rendah iaitu aras pengetahuan dan kefahaman sahaja.Tujuan guru menggunakan aras soalan rendah ini adalah untuk mengetahui tahap pengetahuan sedia ada murid-murid berkaitan tajuk yang dipilih oleh guru. Soalan yang telah diajukan kepada murid-murid yang bertujuan untuk merangsang minda mereka adalah seperti berikut:

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

10

ASIAH SHARIFF 750501017218001

Aras

Soalan Guru

Jawapan Murid

Pengetahuan

1.Siapa yan pernah melihat burung?

Murid mengangkat tangan

2.Dimanakah kamu selalu melihat burung?

-di zoo -di belakang rumah -di kampung

Aras Soalan

Soalan Guru

Jawapan Murid

Kefahaman

1.Bolehkah

kamu

ceritakan 1.Burung mempunyai paruh, bulu, berkaki dua 2.Burung juga terbang untuk bergerak.

bagaimana sifat fizikal burung?

2.Cuba kamu nyatakan burung yang - burung helang kamu tahu. -burung merpati -burung enggang -burung nuri

3.Bagaimana kamu tahu nama-nama 1.Membaca buku burung tersebut? 2.Melihat di zoo 3.Menonton televisyen 4.Melihat di internet

4.Di manakah habitat burung?

1.Di dalam hutan

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

11

ASIAH SHARIFF 750501017218001

Sewaktu sesi soal jawab dilakukan, guru-guru akan membantu murid-murid memberikan jawapan yang tepat dan betul agar murid-murid dapat menerima pengetahuan atau fakta yang tepat dan juga dapat merangsang murid-murid untuk menerima pengetahuan yang betul.Sekiranya guru tidak memperbetulan atau membantu murid ketika memberikan jawapan, maka akan timbul kekeliruan maklumat dalam diri murid-murid dan sudah pasti objektif guru tidak akan tercapai. Setelah guru berpuas hati dengan jawapan dan penerimaan murid-murid terhadap perkara yang dibincangkan, barulah guru mengaitkan soal jawab tadi dengan tajuk yang akan diajar oleh guru iaitu Burung. Nyanyian yang dimainkan dan soal jawab yang berlaku dalam set induksi telah memberikan rangsangan kepada murid-murid untuk mengukuhkan pengetahuan serta memberikan idea untuk melukis gambar burung seperti bentuk, warna, sifat fizikal dan habitat. Selain daaripada itu, nyanyian itu tadi juga telah emberikan rangsangan kepada murid-murid untuk terus mengikuti dan memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru. 2.2.2 Peringkat Penerokaan Guru meneruskan pengajaran dengan langkah satu. Langkah satu merupakan peringkat penerokaan. Peringkat penerokaan dilakukan agar murid-murid berupaya untuk mengumpulkan dan mengukuhkan lagi pengetahuan baru mereka dengan pengalaman sedia ada yang dimiliki oleh murid-murid. Guru sedar,bahawa murid-murid mempunyai

pengetahuan sedia ada yang berbeza, untuk mengatasi maslaah ini, guru telah memaparkan dan menunjukkan beberapa contoh gambar burung dan habitatnya kepada murid-murid. Guru telah mengases maklumat tersebut dari internet dan memaparkannya di dalam kelas menggunakan animasi power point dan juga guru mengedarkan gambar-gambar tersebut kepada murid-murid agar mereka dapat menyentuh dan merasanya sendiri.

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

12

ASIAH SHARIFF 750501017218001

Contoh-contoh bahan yang digunakan semasa peringkat penerokaan (diedarkan kepada murid-murid)

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

13

ASIAH SHARIFF 750501017218001

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

14

ASIAH SHARIFF 750501017218001

Contoh-contoh bahan yang digunakan semasa peringkat penerokaan (animasi powerpoint)

http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=1-2RO5wLur0

Selain memaparkan maklumat berkaitan burung, guru juga mengajukan beberapa soalan mengikut aras aras tertentu dalam Taksonomi Bloom. Dari soalan dan gambar yang diberi telah membantu murid-murid melakukan penerokaan dengan lebih mendalam berkaitan burung. Pada mulanya guru telah menunjukkan beberapa contoh burung dan meminta murid menyatakan nama-nama burung tersebut. Setelah guru membantu murid untuk memberikan
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

15

ASIAH SHARIFF 750501017218001

jawapan yang betul, guru telah menunjukkan pula gambar burung di habitat yang sesuai iaitu di dalam hutan. Guru juga menerangkan kepada murid-murid keadaan burung yang tinggal di hutan dan yang tinggal di zoo bagi mengelakkan pemahaman murid terhadap habitat sebenar burung. Berikut merupakan soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh guru kepada muridmurid agar mereka dapat melakukan penerokaan serta untuk mencungkil kretiviti muridmurid berkaitan tajuk yang diberi.

Aras Soalan

Soalan Guru

Jawapan Murid

Kefahaman

1.Namakan burung-burung 1.Burung enggang yang telah cikgu tunjukkan 2.Burung helang tadi? 3.Burung nuri 4.Burung merak

2.Dimanakah habitat sebenar 1.Di dalam hutan burung?

Analisis

1.Senaraikan burung-burung 1.Burung merak yang diancam kepupusan 2.Burung enggang

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

16

ASIAH SHARIFF 750501017218001

Aras Soalan Sintesis

Soalan Guru

Jawapan Murid

1.Pada pendapat kamu 1.Hutan banyak ditebang mengapakah burung-burung 2.Burung kekurangan makanan. ini diancam kepupusan? 3.burung diburu atau ditembak untuk mengambil bulu.

Penilaian

1.Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi maslaah kepupusan burung-burung tersebut.

1.Di tempatkan di zoo. 2.Mendenda orang yang menembak burung sesuka hati. 3.Mewartakan haiwan peliharaan yang tidak boleh diburu atau ditembak.

Sepanjang soal jawab dilakukan, guru-guru masih membimbing murid-murid untuk memberikan jawapan yang betul.

2.2.3 Peringkat Perancangan Setelah murid-murid melalui peringkat rangsangan dan peringkat penerokaan, dan guru telah berpuas hati dengan maklumat yang diperoleh oleh murid-murid maka guru meneruskan peringkat seterusnya iaitu peringkat perancangan. Peringkat perancangan dilakukan adalah bertujuan untuk murid-murid merancang lukisan yang akan dilukis kelak berdasarkan tajuk yang telah dibincang bersama.Semasa peringkat perbincangan, guru telah mengguakan perancangan secara verbal iaitu perbincangan dan pemerhatian. Guru melakukan perbincangan verbal agar guru dapat mengetahui perancangan murid-murid untuk menghasilkan gambar berdasarkan tajuk iaitu Burung. Bagi memastikan murid-murid membuat perancangan yang baik dan menghasilkan kreativiti mereka maka guru telah mengemukakan beberapa soalan pelbagai aras. Soalan-soalan tersebut seperti berikut:

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

17

ASIAH SHARIFF 750501017218001

Aras Soalan Sintesis

Soalan Guru

Jawapan Murid

1.Bagaimanakah bentuk 1.Bentuk burung seperti burung yang akan kamu burung enggang lukiskan nanti? 2.Bentuk burung merak. 3.Bentuk burung helang

2.Bagaimanakah keadaan 1.Burung yang sedang burung yang akan kamu terbang lukiskan nanti? 2.Burung yang bertenggek pada dahan. 3.Burung yang sedang memberi makan kepada anak-anaknya.

Penilaian

1.Nyatakan persekitaran Burung tersebut tinggal di habitat burung yang akan dalam hutan. kamu lukiskan.

Selain guru menggunakan perancangan verbal, guru juga menggunakan perancangan visual. Dalam perancangan visul ini guru telah mengedarkan bahan yang diperlukan untuk menggambar iaitu kertas lukisan. Murid-murid diberikan kebebasan untuk menghasilkan gambar burung sama ada melukis dalam kedudukan menegak ( portrait) atau melintang (landscape) walaupun begitu guru membantu murid untuk membuat pemilihan yang tepat agar mereka dapat menghasilkan lukisan yang menarik. Melalui perancangan visual murid telah mula membuat lakaran lukisan mereka berdasarkan pengetahuan yang diperoleh sewaktu peringkat rangsangan dan penerokaan itu tadi. Terdapat beberapa soalan yang telah dikemukakan oleh guru semasa peringkat perancangan visual dilakukan.Antara soalan tersebut ialah

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

18

ASIAH SHARIFF 750501017218001

Aras Soalan

Soalan Guru

Jawapan Murid

Kefahaman

1.Cuba nyatakan apakah yang 1.Burung perlu kita lakarkan dahulu? 2.Pokok-pokok

Aplikasi

1.Bagaimankah keadaan gambar 1.Burung dilakarkan dan yang ingin dilakarkan? dikelilingi pokok-pokok. 2.Burung yang tinggal di dalam sangkar

2.Bagamanakah dengan saiz 1.Semua saiz obejk yang objek yang perlu dilakarkan dan dilakar mesti besar agar nyatkan alasannya. mudah untuk diwarnakan.

Bagi melancarkan proses melakar dan tidak mengambil masa yang lama maka guru telah banyak membantu murid dari segi susun letak obejek dan saiz objek agar memudahkan murid-murid untuk mewarna.

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

19

ASIAH SHARIFF 750501017218001

Lakaran lukisan yang dibuat oleh murid

2.2.4 Peringkat Aktiviti Peringkat aktiviti merupakan peringkat di mana murid-murid mula mewarnakan lukisan mereka setelah siap dilakar sewaktu peringkat perancangan tadi. Bagi murid-murid tahun 4 Bijak, guru telah memberikan kebebasan kepada mereka untuk menggunakan warna yang sesuai dan mudah digunakan. Sewaktu peringkat aktiviti, guru telah melontarkan pelbagai soalan yang bertujuan untuk membantu murid untuk menghasilkan lukisan yang baik dan menepati tajuk yang diberi. Soalan yang diberikan adalah seperti berikut:

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

20

ASIAH SHARIFF 750501017218001

Aras Soalan

Soalan Guru

Jawapan Murid

Aplikasi

1.Apakah warna yang sesuai untuk 1.hitam burung yang kamu lukiskan ini? 2.Kuning dan putih 3.Warna asal burung

2.Bagaimana keadaan warna untuk 1.guna menggambarkan suasana di dalam gelap hutan?

warna-warna

yang

Setelah melakukan soal jawab, murid-murid dapat membuat pemilihan warna yang tepat dan sesuai untuk menyiapkan lukian mereka. Gambar lukisan murid yang telah siap diwarnakan

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

21

ASIAH SHARIFF 750501017218001

2.2.5 Peringkat Kajian Semula Peringkat kaji semula dijalankan bertujuan untuk melakukan penambahbaikan supaya murid-murid dapat menghasilkan lukisan yang baik dan untuk mengatasi kelemahan yang telah dilakukan oleh murid-murid sewaktu peringkat aktiviti tadi. Sewaktu peringkat kaji semula juga, murid-murid dapat dilatih agar berkomunikasi dan memberikan pendapat untuk menyatakan hasil seni yang telah mereka lakukan. Beberapa soalan telah dikemukakan oleh guru untuk menjadi panduan kepada muridmurid bagi melakukan penambahbaikan kepada hasil lukisan mereka.Antara soalan tersebut ialah;

Aras Soalan

Soalan Guru

Jawapan Guru

Penilaian

1.Pada pendapat kamu, adalah lukisan 1.Tidak ini memuaskan hati kamu? 2.Ya

2.Adakah kamu rasa yang lukisan ini 1.Ya perlu diberbaiki? 2.Tidak

3.Apakah kekekurangan yang ada pada 1.Keadaan di dalam hutan lukisan kamu ini? yang Nampak kosong dan tidak banyak pokok.

2.Kurang kelihatan burung

4.Pada pandangan kamu, apakah yang 1.Burung-burung sewajarnya ditambah pada lukisan ini berterbangan. agar kelihatan lebih menarik?

yang

2.Pokok dan batu-batu di bahagian bawah lukisan

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

22

ASIAH SHARIFF 750501017218001

Setelah menjawab pelbagai soalan yang dikemukakan oleh guru, maka murid-murid telah berusaha untuk melakukan penambahbaikan agar mereka dapat menghasilkan sebuah karya seni yng menarik dan menepati tajuk yang ditetapkan oleh guru. Akhirnya, dengan hasil kreativiti murid, maka mereka telah berjaya melakukan penambahbaikan dalam peringkat kaji semula ini. Peringkat kaji semula ini amat penting untuk menilai hasil lukisan yang disiapkan oleh murid dan untuk mengesan kelemahan dan kekurangan yang ada pada lukisan mereka. Selain daripada itu, sewaktu peringkat ini juga sebenarnya dapat melatih murid-murid bersikap berani untuk meluahkan pendapat dan pandangan mereka terhadap hasil seni mereka sendiri sebagai satu bentuk refleksi diri. Penambahbaikan Yang Dilakukan

Burung terbang

burung terbang

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

23

ASIAH SHARIFF 750501017218001

Batu-batuan

Rumput

pokok bunga

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

24

ASIAH SHARIFF 750501017218001

Hasil Karya Terakhir Muird Setelah Penambahbaikan

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

25

ASIAH SHARIFF 750501017218001

2.3 Kronologi Penghasilan Karya Murid Berdasarkan 5 Peringkat Kreativiti Oleh Fisher Peringkat Rangsangan Set induksi (nyanyian lagu Aku Burung

Peringakt Penerokaan Slaid powerpoint animasi burung Gambar gambar burung

Peringakt Perancangan melakar karya

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

26

ASIAH SHARIFF 750501017218001

Peringkat Aktiviti Mewarna gambar

Peringkat Kaji Semula Melakukan penambahbaikan i)burung terbang ii)batu-batuan iii)rumput iv)pokok bunga

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

27

ASIAH SHARIFF 750501017218001

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

28

ASIAH SHARIFF 750501017218001

BAB 3 ANALISIS 5 PERINGKAT PERKEMBANGAN KREATIVIT FISHER DENGAN PERKEMBANGAN DIRI KANAK-KANAK 3.1 Perkaitan Perkembangan Kreativiti dengan Perkembangan Diri Kanak-kanak Setelah menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran Penididikan Seni Visual untuk murid-murid tahun 4 Bijak mengikut lima peringkat perkembangan kreativiti Fisher, setelah melakukan analisis maka guru dapat membuktikan bahawa perkembangan kreativiti Fisher ini telah berjaya memperlihatkan perkembangan diri murid-murid dari segi sosial, fizikal dan emosi. Melalui teori Fisher, perkembangan kreativiti murid-murid serta sikap positif mereka dapat dilihat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Perkembangan diri murid-murid dari segi sosial, fizikal dan emosi dapat dilihat seperti di bawah:

Peringkat Pemikiran Kreatif Fisher (1943) Peringkat Rangsangan

Aspek Perkembangan Pelajar Aspek Sosial Murid-murid bermotivasi untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran guru dan melakukan aktiviti kerana guru telah merangsang murid melakukan sesi soal jawab dan guru juga telah membantu, memberikan dorongan dan bimbingan kepada murid-murid untuk memberikan jawapan yang betul dan tepat. Aspek Fizikal Aspek Emosi Murid-murid kelihatan amat bangga dan gembira apabila guru memberikan perhatian terhadap jawapan yang diberikan oleh murid semasa sesi soaljawab berlaku. Selain daripada itu, muridmurid juga merasa gembira apabila guru memberi pujian dan penghargaan terhadap penglibatan murid dalam sesi soal jawab walaupun guru hanya memberikan penghargaan dengan mengucapkan terima kasih, bagus dan bijak

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

29

ASIAH SHARIFF 750501017218001

Peringkat Pemikiran Kreatif Fisher (1943) Peringkat Penerokaan

Aspek Perkembangan Pelajar Aspek Sosial Sewaktu peringkat penerokaan perkembangan sosial pelajar dapat dilihat apabila murid-murid begitu teruja dengan bahan powerpoint dan bahan rangsangan seperti gambar yang diedarkan kepada mereka. Ini kerana mereka dapati paparan yang digunakan oleh guru iaitu animasi burung dalam bentuk powerpoint. Penggunaan bahan powerpoint dan gambar sebagai betuk komunikasi antara guru dan murid telah berjaya untuk memberikan rangsangan kepada murid-murid untuk melakukan penerokaan mencari maklumat untuk memilih bahan bagi menyiapkan hasil karya mereka nanti. Aspek Fizikal Walaupun penggunakan powerpoint yang digunakan oleh guru tidak dapat disentuh tetapi mereka dapat merasai bagaimana keadaan burung tersebut seperti burung terbang dan merak mengembangkan kepaknya. Ini kerana guru menggunakan animasi powerpoint. Selain daripada itu, murid-murid juga dapat melihat dengan jelas dan memegang gambar yang guru edarkan kepada semua murid dengan lebih dekat lagi untuk menyentuh bahan tersebut walaupun hanya berupa dua deminsi. Aspek Emosi Murid kelihatan lebih yakin dan berani. Perasaan ingin tahu untuk meneroka maklumat yang ada dapat dilihat apabila mereka berusaha menjawab soalansoalan yang dikemukan oleh guru. Justeru itu inkuiri penemuaan dilakukan dengan baik oleh murid dan mereka lebih bersemangat untuk meneruskan proses pengajaran ke peringkat seterusnya.

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

30

ASIAH SHARIFF 750501017218001

Peringkat Pemikiran Kreatif Fisher (1943) Peringkat Perancangan

Aspek Perkembangan Pelajar Aspek Sosial Dalam peringkat perancangan aspek sosial dapat dilihat dengan jelas iaitu telah berlaku komunikasi dua hala antara guru dan murid. Murid-murid aktif bertanya kepada guru sewaktu hendak menghasilkan lukisan mereka agar mereka dapat menghasilkan karya yang bermutu. Murid-murid kelihatan bersemangat dan teruja apabila memulakan lakaran hasil lukisan mereka itu. Aspek Fizikal Dalam peringkat perkembangan ini, aspek lokomotor murid mula kelihatan. Ini kerana dalam peringkat ini murid-murid mula melakar lukisan mereka. Mereka berusah untuk melakar dengan baik mengikut pengetahuan sedia ada mereka dan setelah mendapat rangsangan serta penerokaan agar berjaya menghasilkan lukisan yang baik. Aspek Emosi Sikap keyakinan yang tinggi dapat diperhatikan dalam diri murid-murid. Mereka kelihatan yakin untuk melakar lukisan mereka setelah mendapat bimbingan dan panduan daripada guru. Sikap berusaha juga dapat dilihat sewaktu peringkat penerokaan ini.

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

31

ASIAH SHARIFF 750501017218001

Peringkat Pemikiran Kreatif Fisher (1943) Peringkat Aktiviti

Aspek Perkembangan Pelajar Aspek Sosial Aspek sosial yang dapat dilihat ialah murid-murid memahami konsep perkaitan antara setiap benda yang dilukis dengan keadaan semula jadi. Ini bertujuan agar tidak timbulnya kejanggalan dalam lukisan mereka. Aspek Fizikal Aktiviti lokomotor juga dapat dilihat dalam peringkat aktiviti. Murid-murid berusaha untuk mengawal pergerakan tangan mereka untuk mewarna lukisan mereka itu. Mereka mencuba untuk mewarna lukisan itu dengan baik dan tidak kelihatan comot dan kotor. Aspek Emosi Murid-murid kelihatan bersemangat untuk menyiapkan lukisan mereka agar idea yang telah diterjemahkan dalam bentuk lukisan dalam peringkat perancangan tadi berjaya disempurnakan dalam peringkat aktiviti ini pula.

Peringkat Kajian Semula

Sewaktu peringkat kajian semula, murid-murid kelihatan amat berani dan berkeyakinan untuk mengeluarkan pendapat dan idea mereka sendiri tentang lukisan yang telah berjaya mereka siapkan. Selain daripada itu, muridmurid juga telah berjaya menjana idea melalui gabungan pelbagai idea sewaktu soal jawab dan komunikasi dua hala antara murid dan guru untuk melakukan penambahbaikan terhadap lukisan yang telah dihasilkan.

Aspek fizikal yang dapat dilihat ialah murid-murid berusaha untuk memperbaiki karya asal mereka yang telah disiapkan sewaktu di dalam peringkat aktiviti tadi. Usaha yang telah mereka lakukan adalah membuat lakaran tambahan pada lukisan mereka dan kemudiannya mereka berusaha pula untuk mewarnakannya dengan menggunakan warnawarna yang sesuai.Selain daripada itu, muridmurid juga telah membuat

Pada peringkat ini, murid-murid berkeyakinan, berani dan tidak merasa rendah diri untuk menceritakan karya seni mereka kepada guru dan rakanrakan. Selain daripada itu juga, murid-murid juga berupaya meluahkan perasaan tentang kelebihan dan kekurangan yang ada dalam lukisan mereka itu. Muridmurid juga bersikap terbuka dan menerima pandangan orang lain apabila mereka melakukan penambahbaikan dalam peringkat kajian semula ini.
32

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

ASIAH SHARIFF 750501017218001

penambahbaikan dan memperkemaskan lagi warna yang telah dibuat pada lukisan asal mereka agar kelihatan lebih menarik.

Murid-murid menerima teguran membina daripada guru mereka.

3.2 Kesimpulan Kesimpulannya jelaslah bahawa lima peringkat perkembangan kreativiti Fisher iaitu peringkat rangsangan, penerokaan, perancangan, aktiviti dan kajian semula telah dapat dikaitkan dengan perkembangan diri murid-murid iaitu dari segi sosial, fizikal dan emosi. Ini dapat dilihat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, murid-murid lebih banyak memiliki dan menonjolkan sikap yang poitif .Nilai-nilai murni sepeti berusaha, berani, berkeyakinan dan juga rajin dapat diterapkan ke dalam diri murid-murid. Secara tidak langsung murid-murid akan menjadi modal insan yang telah berjaya memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Negara iaitu untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

33

ASIAH SHARIFF 750501017218001

BAB 4 IMPLIKASI PENDEKATAN KRETIVITI FISHER TERHADAP PERKEMBANGAN KREATIVTI MURID-MURID

4.1 Pengenalan Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual yang dilakukan di dalam kelas 4 Bijak, terdapat beberapa perkembangan kreativiti yang dapat diukur dalam diri murid-murid.Perkembangan kreativiti tersebut ialah keaslian, kelancaran, keanjalan, dan kepekaan.

4.2 Perkembangan Kreativiti Murid-murid Perkembangan kreativiti murid-murid dapat dilihat seperti berikut: 4.2.1 Keaslian Menurut pendapat Viktor Lowenfed dalam buku Perkembangan Seni kanak-kanak oleh Abdul Shukor Hashim mengatakan bahawa keaslian merujuk kepada murid-murid yang sentiasa mencari idea baru dan asli serta mempunyai idea luar biasa.Mereka tidak kelihatan konservatif dan stereotaip dalam menghasilkan karya dan kanak-kanak yang kreatif sering mempunyai kebolahan dan kelaziman yang berlainan. Manakala Kamus Deawan Edisi Keempat pula mengatakan bahawa keaslian adalah sifat yang tulen dan asal serta tidak meniru ataupun salinan daripada bahan yang lain. Perkembangan kreativiti keaslian murid-murid dapat dilihat sewaktu peringkat perancangan. Sewaktu peringkat ini murid-murid mula melakar hasil lukisan mereka setelah mempunyai idea sewaktu peringkat rangsangan dan penerokaan lagi. Murid-murid melakar gambar burung mengikut imaginasi mereka sendiri. Murd-murid dilihat tidak meniru atau menyalin daripada gambar yang diberikan atau ditunjukkan oleh guru sewaktu peringkat penerokaan dalam langkah satu. Walaupun murid-murid diedarkan beberapa keping gambar
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

34

ASIAH SHARIFF 750501017218001

burung untuk memudahkan mereka membuat penerokaan tetapi mereka berjaya memiliki idea sendiri untuk menghasilkan karya seni mereka. Selain keaslian melukiskan gambar burung, murid-murid juga dilihat mempunyai keaslian dalam menghasilkan suasana keadaan habitat burung itu sendiri. 4.2.2 Kelancaran Kelancaran adalah idea dan pendapat yang berjaya diterjemahkan secara spontan serta pantas. Pada peringkat ini, murid-murid berupaya menghubungkan dan mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu perkara yang lain selain berupaya memikirkan kemungkinankemungkinan terhadap idea tersebut. Perkembangan kreativiti kelancaran dapat dilihat dalam semua peringkat terutamanya peringkat penerokaan. Ini dapat dilihat semasa sesi soal jawab atau komunikasi dua hala yang berlaku antara guru dan murid. Murid-murid dapat menjawab soalan yan diberikan oleh guru dengan spontan dan yakin setelah berjaya dirangsang oleh guru dan memperoleh maklumat dalam peringkat rangsangan. Selain daripada itu, murid-murid juga dapat melakar subjek dan figura dengan lancar dan menngikut tajuk yang dinyatakan oleh guru tanpa mengambil masa yang lama. Ini adalah kerana murid-murid telah mempunyai idea kreatif tersendiri yang telah dijana sewaktu proses rangsangan dan penerokaan. Idea kreatif mereka telah membantu mencambah pelbagai perkara yang berkaitan dengan karya yang hendak dilukis. Murid-murid dapat melakar lukisan mereka dengan lancar dalam peringkat perancangan. Selain kelancaran dalam peringkat perancangan, proses mewarna karya mereka dalam peringkat aktiviti juga menunjukkan kelancaran.Murid-murid dapat mewarna hasil lukisan mereka dengan warna yang sesuai tanpa teragak-agak membuat pemilihan warna. Ini adalah kerana soalan-soalan yan dikemukakan oleh guru sewaktu proses aktiviti telah membantu perkembangan kreatifivi mereka.

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

35

ASIAH SHARIFF 750501017218001

4.2.3 Keanjalan Dalam peringkat kerativiti keanjalan, murid-murid mula mempamerkan semangat toleransi dan bertolak ansur. Mereka dilihat mampu untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi selain daripada mempunyai keyakinan tinggi terhadap apa yang dilakukan. Sikap keanjalan juga dinyatakan apabila murid-murid dapat menerima pelbagai cabaran dengan fikiran terbuka dan positif. Keanjalan ini dapat dilihat dalam peringkat kajian semula apabila murid-murid dapat melakukan perubahan pada kekurangan yang terdapat dalam karya mereka. Murid-murid sanggup menerima teguran dengan hati yang terbuka dan bersifat positif kerana mereka sedar bahawa teguran yang diberikan oleh guru berupa teguran membina dan memberikan bimbingan untuk menghasilkan karya seni yang terbaik. Sewaktu peringkat kajian semula, murid-murid akan memperlihatkan hasil karya mereka, setelah berlakunya proses interaksi antara guru dan murid-murid, maka berlakukan penambahbaikan pada hasil karya tadi. Murid-murid dapat menerima teguran dengan baik dan terus melakukan penambahbaikan mengikut kreativiti mereka sendiri. Selain daripada itu, keanjalan juga dapat dilihat apabila murid-murid dapat berfikir sama ada sesautu tindakan yang akan dilakukan benar ataupun tidak. Sebagai contohnya, dalam peringkat aktiviti, murid-murid berinteraksi dan dibimbing oleh guru untuk menentukan warna yang sesuai digunakan untuk menyudahkan lakaran karya seni mereka. Soalan-soalan yang diajukan oleh guru tersebut, dapat membantu murid-murid dikaitkan dengan perkembangan kreativiti murdi-murid iaitu memilih dan memikirkan warna yang paling sesuai untuk digunakan dan tidak kelihatan kejanggalan terhadap karya seni mereka.

4.2.4 Kepekaan Viktor Lowenfeld mengatakan bahawa kepekaan ialah, murid-murid mempunyai daya kepekaan yang tinggi terhadap aspek keperluan rakan sebaya dan sekeliling.Ini termasuklah kepekaan terhadap ciptaan, nilai estetik terhadap objek, proses artistik terhadap objek di samping penekanan terhadap apa yang dilihat oleh murid-murid. Semua pancaindera digunakan sepenuhnya oleh murid-murid untuk melakukan proses pengamatan dan merekod.
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

36

ASIAH SHARIFF 750501017218001

Kepekaan ini dapat dilihat dalam peringkat kajian semula di mana, murid-murid tidak mudah merasa berpuas hati terhadap hasil karya seni mereka sendiri. Murid-murid sanggup berusaha untuk melakukan penambahbaikan terhadap hasil karya seni mereka untuk menghasilkan karya yang terbaik. Murid-murid amat peka terhadap teguran membina oleh guru. Selain daripada itu kepekaan juga dapat dilihat apabila murid-murid memberikan tindak balas yang baik sewaktu berkomunikasi bersama guru di peringkat rangsangan dan penerokaan. Murid-murid menerima bimbingan daripada guru untuk memberikan jawapan yang paling tepat agar rakan-rakan sekelas yang lain mendapat maklumat yang paling tepat terhadap topik yang sedang dibincangkan. Sebagai contoh soalan pada aras sintesis yang meminta murid menyatakan sebab kepupusan hidupan dan soalan aras penilaian dengan meminta murid-murid menyatakan langkah-lagkah untuk mengatasi masalah ini daripada terus berlaku.

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

37

ASIAH SHARIFF 750501017218001

BAB 5 KESIMPULAN
Secaraa kesimpulannya, teori perkembangan kreaitiviti Fisher ini merupakan lima peringkat yang amat baik untuk membantu kreativiti murid-murid. Ini adalah kerana melalui perkembangan kreativiti Fisher, murid-murid bukan sahaja dibantu dan dirangsang pemikiran mereka untuk menjadi lebih kreatif malahan mereka juga dibantu untuk menjadi insan yang lebih positif dan kreatif. Ini dapat dilihat dalam kelima-lima peringkat ini berjaya menjadikan murid-murid memiliki nilai murni seperti berani, berkeyakinan mahupun bertolak ansur dan tidak mudah berputus asa serta beupaya menonjolkan kreativiti murid-murid. Murid-murid dapat menghasilkan karya seni mereka sendiri dengan mengutamakan keaslian dan tidak meniru atau menyalin sepenuhnya gambar, pandangan dan saranan guru sewaktu peringkat penerokaan. Bantuan dan bimbingan yang diberikan hanya dijadikan panduan untuk menghasilkan karya seni yang lebih baik. Ini dapat dilihat sewaktu murid meluahkan idea di peringkat perancangan dan aktiviti .Idea-idea yang telah diperoleh sewaktu peringkat rangsangan dan penerokaan dijadikan panduan yang baik oleh murid-murid. Sikap positif ini amat penting dipupuk dan ditanam dalam diri murid-murid. Sikap ini membantu murid-murid menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selain daripada itu, proses pengajaran dan pembelajaran mengikut perkembangan kerativiti Fisher ini juga berupaya menjadikan murid-murid insan yang mampu untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan pihak lain serta berani meluahkan pendapat masingmasing. Ini dapat dilihat kerana sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dijalankan murid-murid dan guru sering berkomunikasi mengikut pelbagai aras soalan Taksonomi Bloom. Selain berani meluahkan pendapat mereka juga dapat dilatih untuk berkomunikasi secara lisan dengan lebih baik dan bersopan serta melatih minda mereka untk menjawab pelbagai soalan yang memiliki aras yang pelbagai seperti aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Ini akan menjadikan murid-murid dapat berfikir secara kreatif dan kritis.

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

38

ASIAH SHARIFF 750501017218001

LAMPIRAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Mata pelajaran Tahun Tarikh Masa Tempoh Jumlah Murid Bidang Tajuk Aktiviti Hasil Pembelajaran

: : : : : : : : : :

Pendidikan Seni Visual 4 Bijak 2 Julai 2012 10.05 - 11.05 60 minit 40 orang Menggambar Alam Semula Jadi Burung Lukisan Guru dapat mengajar murid-murid membuat lukisan alam semula jadi dengan menggunakan media kering iaitu kertas lukisan, pensel, pensel warna dan karyon dan menggunakan unsur-unsur seni.

Objektif Pengajaran :

Di akhir pembelajaran dan pengajaran, murid-murid dapat: i)Menghasilkan gambar menggunakan media kering yang menekankan unsur garisan, bentuk, rupa dan warna. ii)Menghasilkan lukisan dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. iii)Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni visual iaitu mempamerkan karya yang dihasilkan dan menghargai serta menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan.

Keperluan Bahan

: :

Alat

kertas lukisan, pensel, pensel warna dan karyon

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

39

ASIAH SHARIFF 750501017218001

Rujukan

Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Tahun 4 Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual KBSR. Maklumat internet

: :

Prosedur

1.Guru menentukan aras pembelajaran supaya sesuai dengan tahap murid. 2.Guru merancang strategi pengajaran dengan teratur supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dengan menerapkan kemahiran-kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. 3.Guru memulakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan set induksi. 4.Guru menunjukkan atau mempamerkan hasil kerja yang telah siap. 5.Guru memberi penekanan kepada murid-murid sumber alam semula jadi yang boleh membantu murid untuk menghasilkan lukisan mereka. 6.Guru memberi bimbingan kepada murid-murid dalam menyiapkan hasil lukisan mengikut tajuk yang ditetapkan. 7.Apresiasi dan refleksi 8.Penutup : Sosial atau Kognitif

KBKK Penerapan Nilai BBM

: : :

Menjana idea, menghubungkait Menghargai alam sekitar dan keyakinan ICT, slaid powerpoint, dan gambar

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

40

ASIAH SHARIFF 750501017218001

Langkah / Masa

Isi Kandungan

Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran

Catatan

Set Induksi ( 5 Minit)

Nyanyian Burung

lagu

Soalan: 1.Siapakah yang melihat burung?

KBKK Menjana idea 2.Guru memberi arahan agar Menghubungkait 2.Dimanakah kamu selau murid menyanyi bersamamelihat burung? sama. -di zoo, di belakang rumah, 3.Murid bersama-sama di kampong menyanyikan lagu tersebut. 3.Bolehkah kamu 4.Murid murid menjawab menceritakan sifat fizikal beberapa soalan yang burung? dikemukakan oleh guru. -Burung mempunyai paruh, bulu, berkaki dua -Burung juga terbang untuk bergerak. 4.Cuba kamu nyatakan burung yang kamu tahu? -Burung helang, merpati, enggang, nuri 5.Guru menerangkan tajuk pelajaran hari ini selepas murid-murid dapat menjawab semua soalan yang diberi.

Aku 1.Guru menayangkan nyanyian lagu Aku Burung dan meminta murid mendengar lagu yang di pernah keudarakan.

BBM Powerpoint lagu Aku Burung

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

41

ASIAH SHARIFF 750501017218001

Langkah / Masa

Isi Kandungan

Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran

Catatan

5. Bagaimana kamu tahu nama-nama burung tersebut? -.Membaca buku, melihat di zoo, menonton televisyen dan melihat di internet 6.Dimanakah burung? -Di hutan habitat

Langkah 1 Meneroka maklumat 1.Guru menayangkan slid (10 minit) daripada bahan yang power point burung (animasi) diberikan oleh guru. dan menerangkan secara ringkas. Soalan: 1.Namakan burung-burung 2.Guru mengedarkan yang telah cikgu tunjukkan beberapa keping gambar tadi? burung kepda murid-murid untuk mereka merasai dan -burung engang, helang, melihat dengan lebih dekat nuri , merak bentuk, warna, dan rupa burung walaupun dalam 2.Dimanakah habitat bentuk dua dimensi. sebenar burung? 3.Murid-murid mengetahui - Di hutan beberapa maklumat tambahan tentang burung3.Senaraikan burung- burung yang dipaparkan dan burung yang diancam diedarkan oleh guru serta kepupusan? penerangan guru secara lisan. -burung enggang, merak

BBM 1.Slaid powerpoint 2.Gambar KBKK 1.Menganalisis 2.Menjana idea Teori Kajian Masa Depan Menjangka Belajar Cara Belajar -mendengar maklumat yang disampaikan

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

42

ASIAH SHARIFF 750501017218001

Langkah / Masa

Isi Kandungan

Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran

Catatan

4.Pada pendapat kamu, mengapakah burungburung ini diancam kepupusan? -hutan banyak ditebang -burung kekurangan makanan. -burung ditembak atau diburu untuk mengambil bulunya. 5.Nyatkan langkah-langkah yang pelru diambil untuk mengatasi maslah tersebut? -di tempatkan di zoo. -menenda orang yang menembak burung sesuka hati. -mewartakan haiwan yang tidak boleh ditembak sesuka hati.

4.Murid-murid berusaha untuk menjawab soalansoalan yang diberi dengan bimbingan guru.

Langkah 2 Guru membimbing murid 1.Murid mula melakar karya KBKK semasa melakukan aktiviti seni mereka mengikut 1.Menjana idea ( 15 minit) lakaran karya seni mereka. kreativiti mereka sendiri. 2.Menghubungkait Soalan: 2.Murid-murid berinteraksi bersama-sama guru untuk 1.Cuba kamu nyatakan menghasilkan kaya seni yang apakah yang perlu kita baik. lakarkan dahulu? 3.Murid melakar karya seni -pokok-pokok mereka berpandukan -burung beberapa soalan yang dikemukakan oleh guru. Belajar Cara Belajar -mendengar maklumat yang disampaikan

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

43

ASIAH SHARIFF 750501017218001

Langkah / Masa

Isi Kandungan

Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran

Catatan

2.Bagaimanakah keadaan gambar yang ingin dilakarkan/ -Burung dilakarkan dengan dikelilingi oleh pokokpokok. -Burung yang tinggal di dalam sangkar. 3.Bagaimanakah saiz objek yang ingin dilakarkan dan nyatakan alasannya. -Semua saiz objek mesti dilakarkan bersaiz besar agar mudah untuk diwarnakan. Langkah 3 Murid mula mewarnakan 1.Murid membuat pemilihan hasil karya seni. warna yang sesuai agar tidak ( 20minit) menampakkan kejanggalan. Soalan: 2.Murid mendengar arahan 1.Apakah warna yang daripada guru agar mewarna sesuai untuk burung yang menggunakan teknik yang kamu lukiskan ini? betul. -hitam, kuning dan putih -warna asal burung 3.Murid mewarna karya seni mereka dengan warna yang sesuai dan mengikut teknik 2.Bagaimanakah keadaan yang dinyatakan oleh guru. warna yang sesuai untuk menggambarkan keadaan hutan? -menggunakan warna gelap. warnaKBKK 1.Menghubungkait 2.Menjana idea Teori Kecerdasan Pelbagai Verbal Lingustik

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

44

ASIAH SHARIFF 750501017218001

Langkah / Masa

Isi Kandungan

Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran

Catatan

Penutup (10 minit)

Apreiasi Seni dan Refleksi

1.Murid-murid memaparkan KBKK hasil karya seni mereka yang 1.Menganalisis Mempamerkan karya seni telah siap. 2.Membanding murid dan membuat dan membeza refleksi dalam penghasilan 2.Murid-murid berinteraksi gambar burung mengikut bersama guru untuk tajuk. membincangkan kelebihan Teori Kecerdasan dan kekurangan karya seni Pelbagai Soalan: murid. Verbal Linguistik 1.Pada pendapat kamu, 3.Murid-murid melakukan adakah lukisan ini penambahbaikan terhadap memuaskan hati kamu? karya seni mereka agar lebih menarik setelah mendapat -Tidak - Ya bimbingan dan pandangan daripada guru. 2.Adakah kamu rasa lukisan ini perlu diperbaiki 4.Murid mempamerkan semula hasil kerja mereka -Ya -Tidak setelah melakukan penambahbaikan. 3.Apakah kekurangan yang ada pada lukisan kamu? 5.Murid dapat menilai keupayaan dan kreativiti -keadaan di dalam hutan mereka sendiri. yang nampak kosong dan tidak banyak pokok. -kurang kelihatan burung. 4. Pada pandangan kamu, apakah yang sewajarnya ditambah pada lukisan ini agar kelihatan lebih menarik? -Burung-burung berterbangan. -Pokok dan batu-batu di bahagian bawah lukisan yang Belajar Cara Belajar -mendengar maklumat yang disampaikan

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

45

ASIAH SHARIFF 750501017218001

Refleksi Guru: Pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan.40 orang murid dapat menunjukkan minat dan kesungguhan sewaktu proses menggambar mengikut tajuk iaitu Burung.Murid-murid telah berjaya membuat penerokaan bahan yang diberi oleh guru. Objektif tercapai dengan jayanya.

5, 699 patah perkataan


HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

46

ASIAH SHARIFF 750501017218001

RUJUKAN

Abdul Shukor Hashim et.al. (2007).Perkembangan Seni Kanak-kanak. Selangor:Meteor Doc. Sdn. Bhd. Kementerian Pelajaran Malaysia.Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Tahun 4

Mohd Johari Ab.Hamid (2004).Falsafah dan Kritikan Seni. Tanjong Malim : UPSI Noresah Baharom(2007).Kamus Dewan Edisi Ke-empat.Kuala Lumpur: DBP. Blog cikguseni (atas talian) http://cikgusenitokai.blogspot.com/

Cikgu Mazlan Blog (atas talian) http://blogcikgumazlan.blogspot.com/2012/05/6-seni-dan-perkembangan-kanak-kanak.html

Senivisual.blogsport (atas talian ) http://senivisual1.blogspot.com/

http://notapismp.blogspot.com/2010/07/kanak-kanak-dan-seni.html

http://seluascitasegunungharapan.blogspot.com/2010/04/kepentingan-aktiviti-dan-kreativiti.html

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

47

ASIAH SHARIFF 750501017218001

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

48

Anda mungkin juga menyukai